You are on page 1of 11

SK PARIT KADZI, MUAR

PROGRAM BULAN MEMBACA 2012 JULAI

TARIKH

02 JULAI 2012

HARI

ISNIN

TEMPAT PARIT KADZI,

: DATARAN SK. MUAR, JOHOR

DISEDIAKAN OLEH PN. FAREHA BINTI KAMIL @ HUSSIN

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM PELANCARAN BULAN MEMBACA 2012 - JULAI SK PARIT KADZI, MUAR, JOHOR.

1.0

Pengenalan

Program bulan membaca adalah untuk memupuk dan menggalakkan murid minat membaca yang berterusan serta menjana idea yang kreatif dan menyemai tabiat membaca dikalangan murid. Program ini juga menggalakkan murid mengisi masa lapang dan tidak membuang masa dan menghargai masa yang ada.

2.0 Objektif Memupuk tabiat membaca yang berterusan Menjadikan Pusat Sumber sebagai pusat gerakan membaca Menjadikan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca Memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengasah bakat dengan menyertai aktiviti anjuran pusat sumber sekolah.

3.0 Matlamat Mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah supaya dapat memupuk semangat kerjasama 1 Harapan, 1 Semangat, 1 Sekolah, 1 Malaysia dan menghargai masa yang ada.

4.0 Sasaran - 353 murid - 30 guru 5.0 Masa -Waktu Perhimpunan

6.0 Tarikh - 02 Julai 2012 7.0 Tempat - Dataran Perhimpunan

8.0 Pengisian program Pengenalan bulan membaca Ucapan guru besar dan merasmikan bulan membaca Persembahan membaca oleh : Murid tahun 1 Murid tahun 6

Penutup : Nyanyian lagu Bulan membaca

9.0 Sumber Tenaga Semua tenaga pengajar SK Parit Kadzi,Muar Johor.

10.0 Sumber Kewangan Peruntukkan dari Pusat Sumber, SK Parit Kadzi, Muar Johor.

11.0 Strategi Membuat kertas kerja cadangan program. Pembentangan kertas cadangan program dalam mesyuarat. Penubuhan jawatan kuasa pelaksanaan program. Mesyuarat jawatan kuasa pelaksanaan program. Membuat persiapan program. Pelaksanaan program. Penilaian pelaksanaan program.

11.0 Anggaran Kos

Bil 1 2

Butir-butir Hadiah tahap 1 Hadiah tahap 2

Harga RM 40.00 RM 56.00

Jumlah RM 40.00 RM 56.00 RM 96.00

12.0 Latar belakang Bulan Membaca USAHA untuk menggalakkan masyarakat Malaysia supaya gemar membaca sudah dimulakan sejak tahun 1972. Usaha tersebut dinamai Gerakan Membaca yang juga merupakan salah satu projek anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pelancaran Projek Gerakan Membaca di seluruh negara kemudiannya telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, YB Datuk Musa Hitam pada 28 Januari 1980 di Balai Tun Syed Nasir, DBP, Kuala Lumpur. Tujuan Projek Gerakan Membaca diadakan adalah untuk memupuk semangat dalam kalangan rakyat di negara ini. Gerakan Membaca ini merupakan pilot project bagi pembangunan masyarakat yang berilmu. Aktiviti utama gerakan ini dijalankan secara berperingkat-peringkat dan dilaksanakan bagi tempoh jangka pendek dan jangka panjang. Bagi aktiviti jangka pendek, ia lebih mengutamakan usaha-usaha mengadakan persidangan, pameran buku di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, menganjurkan seminar, forum, diskusi, ceramah dan pertandingan seperti kuiz, menerbitkan karangan terbaik dalam dan luar negara, memberi penerangan dan tinjauan buku, menambah perkhidmatan perpustakaan dan menggalakkan rakyat membaca melalui media massa khususnya radio dan televisyen. Manakala, aktiviti projek jangka panjang pula meliputi kerja penyelidikan berhubung tabiat membaca, penerbitan, pengedaran dan pemasaran bahan bacaan serta mengkaji tindak balas dan perubahan sikap rakyat terhadap minat membaca. Antara projek pertama yang dilaksanakan di bawah Gerakan Membaca ialah kaji selidik tentang tabiat dan minat membaca masyarakat Malaysia. Kaji selidik tersebut dilaksanakan oleh DBP pada tahun 1982 dengan kerjasama para akademik dari universiti tempatan dan juga perpustakaan awam dan negeri ketika itu. Projek ini juga mendapat sokongan serta dibiayai oleh Yayasan Toyota, Jepun. Pada tahun 1982, Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan (MKBK) yang dipengerusikan oleh Datuk Hj. Hassan Ahmad ketika itu telah memperkenalkan konsep Pesta Buku yang pertama kali diadakan di Dewan

Tunku Canselor, Universiti Malaya dengan tema Ke Arah Masyarakat yang Membaca. Tumpuan utama projek Gerakan Membaca adalah di kawasan yang mempunyai peratusan keciciran yang tinggi, buta huruf dan kurang membaca seperti di kawasan desa dan kawasan pekan kecil. Sehubungan itu, Unit Gerakan Membaca telah ditubuhkan oleh DBP bagi memastikan pelaksanaan projek Gerakan Membaca berjalan dengan baik. Projek Gerakan Membaca yang diumumkan ini diharap dapat menyedarkan rakyat terhadap kepentingan membaca dan ilmu pengetahuan. Melalui projek ini juga, kerajaan berharap akan mampu membasmi masalah buta huruf dalam kalangan rakyat di negara ini. Pada tahun 1995, Kempen Membaca dengan slogan Mari Membaca Bersama telah dilaksanakan sempena sambutan Bulan Membaca Kebangsaan yang diraikan pada bulan Ogos sehingga tahun 2000. Majlis tersebut dirasmikan oleh YAB Dato Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan pada ketikaitu. Mulai tahun 2001, program ini kemudiannya diubah ke bulan Julai bagi mengelakkan pertindihan dengan sambutan bulan kemerdekaan. Kempen ini telah dijadikan agenda tahunan dalam kalendar nasional bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup. Pada tahun 2006 di bawah teraju Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, kempen ini diperhebat dengan pelbagai program dan aktiviti sepanjang tahun bagi memberi impak yang lebih efektif. Pelbagai institusi telah terlibat dalam menjayakan aktiviti berkaitan pembacaan dan galakan membaca yang bukan sahaja dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, tetapi juga perpustakaan awam negeri, kementerian, jabatan, agensi kerajaan dan swasta serta institusi-institusi lain.

13.0 Ahli Jawatankuasa Induk Program pelancaran Bulan membaca 2012 Julai

Penasihat : Pn. Fawziah Binti Kassim Pengerusi : En. Ismail Bin A. Rahman N.Pengerusi 1 : Pn. Mastura Binti Ismail N.Pengerusi 2 : Tn.Hj Aziz Bin Amir Setiausaha : Pn. Fareha Binti Kamil @ Hussin Pen.Setiausaha : Pn. Nor Aribah binti Yusak

14.0 Ahli Jawatankuasa Kerja Program pelancaran Bulan membaca 2012 Julai Hadiah : Pn. Lim Siew Chin : Pn. Suzana Binti Japrun : Pn. Halimah Binti Md. Saru : Pn. Noh Laili Binti Binti Abd. Samad PA Sistem : En Mohd Rasyidi Bin Alias

Jurugambar : En. Zulhaidi Bin Ahmari Dokumentasi : Pn. Fareha Binti Kamil @ Hussin Brochure : En. Muhamad Muslim Bin Mammu Kawalan Murid : En. Norasfalihin Bin A.Rahman : Pn. Nor Liah Binti Hamzah : Pn. Zuraiha Binti Mohd. Kusrin : Pn Julainah Binti Buang : En. Tan Boon Lee

Bil Aktiviti bulan membaca 1 Pertandingan menghias papan kenyataan di perpustakaan tahun 5 dan 6 2 Pertandingan sudut bacaan dikelas. 3 Rekod pembacaan NILAM terbanyak bulan membaca 4 5 Pemasangan lagu sempena bulan membaca. Pertandingan menulis cerita pendek 80 patah perkataan Tahap 2 Pertandingan menampal kolaj murid pra sekolah. Pertandingan nyanyian Tahap 2

Tindakan Pn.Suzana Binti Japrun Guru Kelas Pn. Aribah Binti Yusak En Muhamad Muslim Bin Mammu Pn.Julainah Binti Buang En.Norasfalihin Bin A Rahman En. Zulhaidi Bin Ahmari En.Zulhaidi Bin Ahmari En.Mohd Rasyidi Bin Alias Pn.Samsiah Binti Abd Latiff Pn.Silawati Binti Ramli Pn.Lim Siew Chin En. Tan Boon Lee Pn.Wan Azian

Tarikh 9 - 20Julai 2011 Sepanjang bulan Julai Sepanjang bulan Julai Sepanjang bulan Julai 9 - 27Julai 2012

17 Julai 2012

4 - 5Julai 2012

Pertandingan mencari makna perkataan Tahap 1 Pertandingan Spelling Tahap 2

16 Julai 2012

16 Julai 2012

Aktiviti Bulan Membaca 2011 Julai

1. Pertandingan menghias papan kenyataan di perpustakaan tahun 6

dan tahun 5. - Tempat : Perpustakaan - Tarikh : 09 20 Julai 2012 - Setiap kelas tahun 6 dan 5 menghantar wakil untuk menghias papan kenyataan di perpustakaan. - Setiap papan kenyataan yang disedikan diberi tajuk iaitu: a) Gejala-gejala sosial. b) Kebudayaan Rakyat Malaysia. c) Penerangan mengenai Hobi-hobi. d) Membaca amalan semua. - Penilaian : Pn.Suzana Binti Japrun

2. Pertandingan sudut bacaan di kelas. Setiap kelas perlu wujudkan satu sudut bacaan. Melengkapkan keadaan sudut bacaan dengan bahan bacaan yang pelbagai. Bahan bacaan bolah dibawa dari rumah. Penilaian : Bila-bila masa pada bulan Julai ( Juara akan ditentukan berdasarkan kebersihan, keceriaan, kreativiti dan isi kandungan.

3. Rekod pembacaan NILAM terbanyak bulan membaca. Pemenang dikira berdasarkan rekod pembacaan NILAM terbanyak sepanjang bulan membaca ( Julai ). Masa : Sepanjang bulan Julai 2011 Penilaian : Di semak oleh Pn. Nor Aribah Binti Yusak. Pemenang : Tahap 1 : satu, dua , tiga Tahap 2 :satu, dua, tiga

4. Pemasangan lagu sempena bulan membaca. Lagu akan dipasang semasa waktu rehat setiap hari . Dikelolakan oleh: En. Muhamad Muslim Bin Mammu.

5. Pertandingan menulis cerita pendek Tahap 2 Pertandingan ini terbuka kepada murid tahap 2. Tajuk: Membaca menambahkan ilmu. 80 patah perkataan. Penilaian : Pn Julainah Binti Buang. En.Norasfalihin Bin A Rahman.

6. Pertandingan menampal kolaj murid pra sekolah. Pemenang dikira daripada kekemasan, kebersihan, dan cantik. Dikelolakan oleh : En. Zulhaidi Bin Ahmari

7. Pertandingan Nyanyian. Pertandingan ini dinilai dari segi intonasi, sebutan dan kelancaran. Penilai : En. Zulhaidi Bin Ahmari En. Mohd Rasyidi Bin Alias

8. Pertandingan mancari makna Tahap 1. Pertandingan ini menguji tahap kecekapan murid menggunakan kamus dewan. Penilai : Pn.Samsiah Binti Abd Latiff Pn.Silawati Binti Ramli

9. Pertandingan Spelling Tahap 2 Pertandingan ini menguji kemahiran mengeja dan perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris. Penilai : Pn. Lim Siew Chin Pn. Wan Azian En. Tan Boon Lee

Disediakan oleh :

Disahkan oleh:

( Fareha Binti Kamil@Hussin) Kassim) Setiausaha Program Bulan Membaca 2012 Julai

( Pn.Fawziah Binti Guru Besar SK. Parit Kadzi Muar Johor.

You might also like