You are on page 1of 28

Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan TINGKATAN 4

BOLA KERANJANG
NAMA: NUR AISYAH UMAIRAH BT ZULKIFLI TINGKATAN:4 BOUGAINVILLEA

Bibliografi Pendahuluan Penghargaan Objektif kajian Kaedah kajian Hasil kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Bibliografi
Nama Tingkatan No I.C Tarikh Lahir : Nur Aisyah Umairah Bt Zulkifli : 4 Bougainvillea : 96080-06-5142 : 05/08/1996

Tempat Tinggal : Ipoh,Perak

Pendahuluan

Saya, Nur Aisyah Umairah bt Zulkifli, pelajar tingkatan 4 Bougainvillea dari Sekolah Menengah Sains Tapah telah menjalankan kajian tentang bola keranjang. Melalui kajian banyak perkara yang telah saya pelajari tentang bola keranjang . Dalam menjalankan kajian ini, pelbagai kaedah yang telah saya gunakan. Antaranya dengan merujuk buku teks Pendidikan Jasmani Tingkatan 5 dan kebanyakannya dengan merujuk di internet. Selain itu, saya juga telah melawat gelanggang bola keranjang yang terletak berhampiran dengan rumah saya dan dengan kesempatan yang ada, saya juga sempat bertanya tentang permainan bola keranjang pada beberapa orang kenalan yang telah berkecimpung dalam permainan ini.

Penghargaan
Saya amat bersyukur kerana dengan izin Allah dapat menyiapkan tugasan kerja kursus pendidikan jasmani dan kesihatan dengan sempurna dan lancar dan seperti yang telah dijadualkan.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Zulkifli bin Ahmad Husin dan Jamilah bt Amat yang telah banyak memberi dorongan dan semangat serta bantuan dari segi idea,maklumat,kewangan serta sokongan moral dalam usaha menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan kerana telah memberi tunjuk ajar dan membimbing saya dari mula kerja kursus ini dilakukan hinggalah selesai dengan sempurna.

Ucapan terima kasih juga pada rakan saya Nur Azznizza bt Mohd Abdul Razak yang turut membantu dan berkongsi bahan serta idea sepanjang kita bersama-sama membuat kajian ini

Akhir sekali ucapan terima kasih ditujukan kepada Muhammad Amir Muzzammil yang telah membenarkan saya membuat lawatan serta memberi segala bahan dan maklumat yang diperlukan

Segala jasa dan pengorbanan kalian amat dihargai dan terima kasih sekali lagi.

Objektif Kajian
1. Kajian yang saya lakukan ini dapat melatih saya dalam aspek mencari, mengumpul, menganalisis, mentafsir serta merumus maklumat dan fakta tentang sejarah permainan bola keranjang. 2. Kajian ini juga dilakukan untuk mengetahui tahap perkembangan permainan bola keranjang pada hari ini.
3.

dan kemajuan

Akhir sekali, kajian ini dilaksanakan sebagai satu wadah penghargaan untuk menunjukkan rasa bangga dengan kewujudan dan kemajuan yang dibawa permainan bola keranjang.

Laporan

Sejarah
Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr. James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan YMCA dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permaianan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam gelanggangsesebuah bangunan. Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai goal. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Justeru, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan permaianan ciptaannya basket ball. Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di petak lawan. Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut. Selepas permainan experiment pertama, Naismith telah menyediakan draft peraturan pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal. Peraturan-peraturan ini diterbitkan dalam surat khabar sekolah, the Triangle pada 15 Janauri 1892. Permainan ini mendapat sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak lama kemudian, bola keranajang mula dimainkan oleh pasukan YMCA, sekolah menegah, kolej, universiti, dan pasukan professional dari Amerika Syarikat dan Kanada. Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium YMCA pada 20 Januari 1982. Hanya 9 orang pemain yang terlibat dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang cuma separuh saiz gelanggang NBA pada hari ini.

Sejarah di Malaysia

Seperti kebanyakkan permainan, bola keranjang juga adalah satu lagi sukan yang di bawa masuk dari negara luar ke negara kita. Bagaimanapun tidak ada catatan atau rekod kukuh atau nyata untuk membuktikan tarikh kedatangan permainan ini ke sini. Bagaimanapun adalah dipercayai bahawa bola keranjang diperkenalkan ke negara kita pada awal abad ke-20 oleh orang Inggeris. Penduduk tempatan yang melihat permainan ini kali pertama kurang berminat untuk bermain permainan ini. Namun begitu, ahli-ahli beberapa kelab rekreasi di beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur, Singapura, Ipoh, dan Pulau Pinang bermain permainan ini. Kebanyakan mereka ini terdiri daripada orang Inggeris dan orang Cina. Sambutan dingin dalam beberapa dekad awal bola keranjang diperkenalkan sehingga perang dunia kedua. Bagaimanapun selepas itu bola keranjang mula diperkenalkan ke sekolahsekolah terutamanya sekolah Cina.

Cara dimainkan
Permainan ini melibatkan dua pasukan yang mengandungi lima (5) pemain setiap pasukan. Dua orang pemain bertindak sebagai pertahanan, dua orang menjadi penyerang sementara seorang lagi menjadi pemain tengah. Pada akhir permainan,pasukan yang mendapat mata terbanyak diisytiharkan menjadi pemenang.

Permainan bermula dengan lambungan bola di tengah gelanggang. Seorang pemain daripada kedua-dua pasukan akan berada di bulatan tengah gelanggang. Kemudian, pengadil akan melambung bola ke udara lalu keduadua pemain itu berebut untuk merampas bola. Pemain yang dapat merampas bola akan terus menyerang dan para pemain daripada pasukan lawan akan bertahan supaya keranjang mereka tidak dibolosi. Selain daripada itu, mereka akan cuba mencari peluang untuk merampas kembali bola daripada pasukan yang menyerang.

Skor
Tiga mata jaringan akan diberikan jika jaringan berjaya dilakukan di luar garisan bulatan. Bagi jaringan yang berjaya dilakukan di dalam garisan bulatan, satu mata jaringan akan diberikan. Jika pemain pihak lawan pula melakukan kesalahan, pihak satu lagi akan diberikan menjaringkan gol melalui balingan percuma.

Keperluan dan Peralatan

Cara-cara dan teknik


Pemain hendaklah sentiasa menggunakan kedua-dua belah tangan dalam setiap teknik hantaran dan jaringan.

Hantaran ke Depan Pada Paras Dada

Teknik Pergerakan Penghantaran Bola dari Belakang

Teknik Pergerakan Hantaran Bola di Atas Kepala Secara Turutan


Pemain memegang bola,mengangkat bola ke atas dan kemudiannya membuat hantaran dengan menggunakan teknik hantaran atas kepala. Pada peringkat awal, pemain memegang bola dengan kedua-dua tangannya kemudian mengawal bola dengan sebelah tangan sebelum membuat hantaran.

Teknik Menggelecek Bola Mengikut Lantunan Bola

Teknik Melepasi Kepungan Pemain Lawan dari Arah Tepi


Dalam permainan ini, tidak dapat tidak para pemain akan berdepan dengan kepungan. Oleh itu, adalah penting bagi setiap pemain untuk mengetahui teknik bagaimana hendak melepaskan diri dari kepungan melalui arah atau bahagian tepi. Perhatikan bagaimana pemain membuat helah dan seterusnya berpusing ke arah sebelah tepi bagi melepaskan diri dan bersedia untum membuat jaringan atau tolakan ke dalam keranjang.

Cara Pergerakan Menggelecek Bola Melalui Belakang

Teknik Merampas Bola daripada Pihak Lawan

Teknik Memukul Bola dan Merampas Bola daripada Pihak Lawan

Menghalang dan Merampas Bola Semasa Pihak Lawan Menggelecek Bola


Pemain perlu menghadang serta menghalang pergerakan pihak lawan. Apabila ada kesempatan, bola di tangan pemain lawan perlu dirampas.

Teknik Pergerakan Jaringan Set Secara Turutan

Teknik Pergerakan Jaringan Layang Secara Turutan

Teknik Pergerakan Jaringan Rejam Secara Turutan

Pergerakan bagi Jaringan Statik Secara Turutan

Pergerakan bagi Jaringan Lompat Secara Turutan


Pemain dalam gambar menerima hantaran dan kemudian melompat sambil memasukkan bola ke dalam jaring. Lihat bagaimana dia membongkokkan badan dan kemudian melompat sambil kedua-dua tangannya melontarkan bola masuk ke dalam jaring

Pergerakan bagi Menghalang Jaringan Lawan Secara Turutan


Adalah menjadi tugas setiap pemain untuk menghalang pemain lawan daripada menjaringkan gol. Dalam gambar di atas, perhatikan bagaimana pemain cuba menghalang pemain lawan daripada menjaringkan gol. Dia melonjak tinggi sambil mengangkat tangannya dan berjaya menepis lontaran ke jaring yang cuba dilakukan oleh pemain lawan

Menghalang Cubaan Membuat Jaringan


Pemain mendepangkan tangannya ke atas bagi menghalang pemain lawan membuat jaringan. Dengan adanya gangguan sedemikian, tumpuan pemain akan terganggu dan mungkin menyebabkan dia gagal melontar bola dengan tepat ke jaring. Ketika pemain pihak lawan dalam posisi hendak membuat lontaran masuk ke jaring, pemain tersebut bertindak melompat dan mendepakan tangannya bagi menghalang bola tersebut masuk ke jaring atau menepis lontaran tersebut.

Foul

JADUAL SKOR MARKAH

RUMUSAN....
Setelah menjalankan kajian ini, saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang cara-cara melakukan kemahiran asas dalam permainan bola keranjang dengan betul dan selamat. Saya juga dapat mengetahui tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil kira dalam permainan bola keranjang. Selain itu, saya juga dapat mengenal pasti tahap ansur maju sesuatu kemahiran dalam permainan bola keranjang. Undang-undang dan peraturan asas dalam bola keranjang juga dapat saya huraikan.

Akhir sekali, saya dapat menghuraikan tentang kesalahan-kesalahan dalam permainan bola keranjang. Saya juga dapat merancang dan menggunakan serta mengaplikasikan undangundang atau peraturan dalam permainan ini.

Lampiran...

MALAYSIA BASKETBALL ASSOCIATION (MABA)

Gelanggan bola keranjang pertama di Kolej Springfield

Rujukan...
http://keesunong.blogspot.com/2009/01/sejarah-bola-keranjang-di-malaysia.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_keranjang http://kakashi-bolakeranjang.blogspot.com/

You might also like