You are on page 1of 35

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

1.0

PENGENALAN

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik merupakan satu bidang mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Manakala, bidang fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Dalam mengkaji sistem bunyi bahasa Melayu, dialek juga tidak seharusnya ketinggalan untuk dianalisis dan dihayati oleh kerana keunikan bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu mempunyai lebih daripada 300 jenis dialek mewakili masyarakat berbilang bangsa dan etniknya. Kewujudan dialek ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti perbezaan geografi dan taraf sosialnya. Kepelbagaian dialek bahasa Melayu merupakan salah satu daripada keunikan bahasa Melayu yang tidak boleh dilihat pada bahasa-bahasa lain di dunia. Sementelah bahasa Melayu juga kaya dengan kosa kata yang rencam dan bersesuaian dengan keadaan setempat dan situasi. Namun begitu, penggunaan bahasa Melayu standard dalam situasi formal adalah amat penting sesuai dengan peranannya sebagai bahasa pengantar, bahasa rasmi juga bahasa kebangsaan negara ini. Faktor kebiasaan oleh pengguna dialek yang telah sebati khasnya murid-murid di sekolah rendah memerlukan latihan lisan yang intensif daripada guru Bahasa Melayu secara sistematik. Oleh yang demikian, ilmu fonetik dan fonologi amatlah penting untuk dikuasai oleh guru-guru bahasa Melayu bagi memastikan murid-murid sekolah rendah dapat menguasai bahasa Melayu dengan betul menggunakannya dalam pelbagai konteks sama ada dalam situasi harian ataupun situasi formal. Dalam tugasan ini, saya dikehendaki merancang dan kendalikan satu rakaman cerita lisan masyarakat Melayu yang bersesuaian dan membuat pendokumentasian cerita tersebut. Sebelum itu, saya haruslah membuat analisis matlamat dan pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu di Malaysia. Selain itu, saya juga hendaklah
1

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

menyediakan folio dan menganalisis dua dialek Melayu dari aspek fonetik dan fonologi. Melalui analisis tersebut, saya hendaklah menyediakan transkripsi daripada rakaman cerita lisan yang telah dibuat dalam betuk lambang fonetik untuk dialek dan sebuah transkripsi lagi dalam bahasa baku.

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

2.0

SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU DI MALAYSIA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), baku bermaksud sesuatu yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah (bentuknya, sifatnya, dan lain-lain) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk yang lain (bahasa, sebutan, ejaan, dan sebagainya) dan standard. Oleh yang demikian, Istilah bahasa baku, bahasa piawai atau standard adalah merujuk kepada perkara yang sama. Menurut Abdullah Hassan (1983) ialah satu norma yang agak seragam atau satu dialek bahasa yang digunakan oleh sekumpulan penutur untuk berhubung. Manakala Asmah Hj Omar, (1978) mendefinisikan bahasa Melayu standard (baku) sebagai bahasa Melayu yang telah diterima oleh semua pemakai bahasa Melayu dan pelbagai dialek dan tingkat masyarakat. Penggunaan bahasa Melayu baku lebih kepada situasi formal yang meliputi bidang sintaksis, leksikon dan sebutan. Dengan ini jelaslah bahawa bahasa Melayu baku merupakan bahasa yang telah diterima oleh masyarakat penutur bahasa Melayu itu sendiri sebagai satu alat komunikasi yang seragam dan diguna pakai dalam pelbagai konteks terutamanya dalam situasi formal. Bahasa baku ini digunakan dalam situasi atau upacara rasmi dalam majlis-majlis umum atau di persidangan di sekolah-sekolah atau institut pengajian tinggi sebagai bahasa pengantar. Pembakuan bahasa Melayu di Malaysia menjadikan bahasa Melayu sempurna dari segi penggunaan aspek-aspek bahasanya iaitu tatabahasa, ejaan, istilah, penggunaan kata, sebutan dan bahasanya. Penuturnya menggunakan kesemua aspek bahasa tersebut dengan betul dan ini menjadikan bahasa Melayu menjadi mantap dan sempurna. Oleh yang demikian, maka terbitlah satu panduan yang disusun berdasarkan rumusan yang diperoleh melalui penyelidikan, hasil seminar dan bengkel tentang fonologi dan sebutan bahasa Melayu oleh pakar linguistik dan ahli bahasa serta tokoh pendidikan bagi membuat penyeragaman penggunaan bahasa baku di negara ini. Panduan tersebut diberi nama Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
3

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

Maklumat yang termuat dalam Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu ini berdasarkan kepada dokumen-dokumen pedoman sebutan baku bahasa Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, khususnya daripada terbitanterbitan yang berikut : i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1998. ii. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1994. iii. Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991. Perancangan mengenai pembakuan sebutan bahasa Melayu menjadi salah satu objektif Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu yang telah termaktub dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 ( Disemak 1978; Pindaan dan Peluasan 1995). Terdapat beberapa objektif yang dicatatkan sebagai tujuan-tujuan Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai perkara ini iaitu untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan .

2.1

Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu

Apabila merancang sesuatu dasar atau pelaksanaan, kita haruslah mengenalpasti matlamat dan tujuan dasar tersebut. Oleh itu, pelaksanaan sebutan bahasa baku mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Matlamat pembakuan sebutan dalam bahasa Melayu adalah untuk tujuan penyeragaman. Secara khususnya, ia bertujuan untuk meningkatkan kecekapan berbahasa

Melayu baku dalam kalangan semua pengguna bahasa Melayu. Oleh kerana pencemaran bahasa yang kian menjadi pendebatan pelbagai pihak, bahasa Melayu baku adalah satu hasrat murni untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam kalangan masyarakat di negara ini.
4

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

Maka

pelaksanaan

bahasa

Melayu

baku

adalah

satu

platform

yang dapat

merealisasikan hasrat tersebut. Selain itu, bahasa Melayu baku adalah untuk memantapkan struktur dalaman dan sistem bahasa Melayu, iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, laras bahasa, sistem ejaan dan kosa kata. Hal ini adalah kerana ciri-ciri bahasa yang dinamis yang bermaksud bahasa yang bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan selari dengan perkembangan pesat dunia pada hari ini. Bahasa adalah hidup dan ia seharusnya sentiasa berkembang mantap demi memenuhi keperluan semasa. Sementelah pembakuan sebutan bahasa Melayu juga bermatlamatkan untuk mewujudkan satu kepelbagaian sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi rasmi atau formal. Situasi formal atau rasmi termasuklah urusan seperti pengajaran dan pembelajaran di insitusi pendidikan oleh pelajar, guru, pensyarah dan pegawai pendidikan dan ucapan di khalayak ramai, seperti pidato, ceramah, syarahan dan kuliah. Selain itu, bahasa baku juga digunakan dalam perbincangan dan komunikasi rasmi dalam sektor awam seperti dalam mesyuarat rasmi, temuduga, wawancara dan ucapan dalam upacara rasmi. Siaran melalui media elektronik (radio, televisyen dan filem) seperti pembacaan berita, hebahan, ulasan dan pengacaraan sesuatu program atau rancangan juga menggunakan bahasa Melayu baku dengan sebaiknya. Secara khususnya, penggunaan bahasa Melayu baku adalah bertujuan untuk mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat dalam pembelajaran dan pengajaran di peringkat sekolah. Seperti yang kita sedia maklum, hampir setiap negeri di Malaysia mempunyai dialek yang melambangkan jati diri negeri masing-masing. Oleh itu, kebanyakan masyarakat negara ini tidak dapat meninggalkan jati diri tersebut dan masih lagi menggunakan dialek negeri masing-masing dalam pelbagai situasi sama ada formal mahupun tidak. Tidak ketinggalan juga murid-murid yang tinggal di persekitaran yang penuturnya menggunakan bahasa yang bukan standard. Justeru, hasrat pembakuan bahasa
5

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

Melayu adalah bagi menghindarkan masyarakat ini daripada menggunakan dialek tersebut dalam situasi formal, namun pada masa yang sama tidak melupakan jati diri mereka sendiri.

2.2

Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu

Penggunaan sebutan baku dalam sektor pendidikan di Malaysia telah dilaksanakan pada dua penggal tahun 1988. Ia dilaksanakan berdasarkan arahan Pekeliling Ikhtisas Bil. II/ 1988: Pelaksanaan Sebutan Baku Ejaan Rumi Bahasa Malaysia di Sekolahsekolah yang bertarikh 2 April 1988 yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Namun begitu, pelaksanaan mengenai sebutan baku bahasa Melayu di seluruh negara memerlukan masa yang lama. Ini adalah kerana kebiasaan sebutan lama yang sukar diubah kepada sistem baharu.

2.2.1 Dasar Sebutan Baku Penetapan dasar umum sebutan baku bagi kata bahasa Melayu perlulah berdasarkan ejaan, iaitu penyukuan kata dan sebutan menurut pelambangan huruf, serta fungsinya dalam ayat. Sebagai garis panduan umum tentang sebutan baku bahasa Melayu , perhatian perlu diberikan kepada ciri-ciri sebutan yang berikut :

i. Sebutan Kata : Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata, sama ada kata dasar atau kata terbitan. ii. Sebutan Huruf : Pada asasnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi hendaklah dilafazkan dengan jelas menurut nilai bunyi bahasa Melayu yang

dilambangkannya.

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

iii. Intonansi : Ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendahnya sewaktu berbicara, dan hendaklah berdasarkan bentuk ayat atau kalimat dan jenis dalam bahasa Melayu serta keprihatinan keadaan yang berkenaan.

2.2.2 Sebutan Baku Merujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu 1996: 46 telah mentakrifkan sebutan baku sebagai sebutan yang digunakan dalam situasi rasmi. Segala urusan yang ditakrifkan sebagai rasmi termasuklah:

i. Siaran melalui media elektronik seperti pembacaan berita, ulasan, dan pengacaraan sesuatu majlis. ii. Ucapan pada khalayak ramai seperti pidato, ceramah, perbahasan, kuliah dan pengumuman. ii. Pengajaran dan pembelajaran formal di institusi pendidikan oleh [pegawai pensyarah, pelajar dan guru. iv. Komunikasi rasmi dan perbincangan di sektor awam, seperti mesyuarat rasmi, temu duga ucapan dalam upacara rasmi dan wawancara.

2.3

Masalah Penggunaan Sebutan Baku Bahasa Melayu

Penggunaan sebutan baku bahasa Melayu mendapat halangan yang hebat. Menurut Mohd Naim Daipi (1988) dalam artikelnya Masalah Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu dalam majalah SEKATA , antara masalah yang dihadapi untuk melaksanakan Dasar Sebutan Baku ini ialah sikap dan penerimaan masyarakat sendiri terhadap penggunaan sebutan baku yang diselaraskan. Ada yang berpendapat bahawa pengunaan sebutan baku ini tidak membawa sebarang keuntungan dan kepentingan kepada mereka. Selain daripada itu, terdapat beberapa kekeliruan yang dibelenggu oleh pengguna sebutan baku bahasa Melayu dari beberapa aspek. Contohnya ialah dari aspek penyelarasan huruf vokal, penggunaan kata pinjaman dari bahasa Inggeris dan
7

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

Arab dan penyebutan sistem bunyi bahasa baku itu sendiri. Ini adalah kerana perubahan sistem sebutan yang lama kepada yang baru. Kekangan sebutan disifatkan sebagai kekangan yang merumitkan. Oleh itu, perancangan dalam pembakuannya di Malaysia dilaksanakan selepas memantapkan aspek-aspek bahasa yang lain. Beberapa kegiatan yang diperturunkan adalah :

i. Kegiatan kajian mengenai sistem fonologi dialek dan bahasa Melayu yang diadakan sejak tahun 1980-an lagi. Beberapa bengkel diadakan sehingga akhir tahun 1987. ii. Perumusan mengenai pedoman sebutan baku bahasa Melayu dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal antara DBP dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, PLM, Kementerian Pendidikan Malaysia dan pakar-pakar bahasa sekitar tahun 1987. iii. Mengadakan penyelidikan melalui beberapa seminar dan bengkel sejak awal Rancangan Malaysia Keempat 1981. iv. Siri bengkel sebutan baku 1987 antara Persatuan Linguistik Malaysia dan DBP, Kementerian Pendidikan Malaysia serta pakar-pakar bahasa.

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

3.0

ANALISIS DUA DIALEK BAHASA MELAYU 3.1 Pengenalan Dialek

Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu. Dialek merupakan salah satu variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard atau baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu. Namun begitu, perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap dan dipisahkan sebagai satu bahasa yang lain. Dialek selalunya digunakan dalam situasi tidak formal atau rasmi, namun terdapat kecenderungan pengguna bahasa yang mencampurkan unsur dialek dalam penggunaan pada situasi formal. Terdapat pelbagai faktor yang menimbulkan dialek bahasa Melayu. Faktor-faktor tersebut ialah faktor-faktor geografi, politik, penjajahan, perdagangan, masa, dan seumpamanya. Faktor politik contohnya telah membahagi-bahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil yang mewujudkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, dan seterusnya menimbulkan pelbagai dialek di negara ini. Setiap dialek yang digunakan oleh penduduk tempatan mempunyai kelainan pengucapan yang disebabkan oleh perbezaan individu, dan kelainan stilistik yang terjadi sebagai akibat perbezaan konteks. Kelainan ini disebut sebagai ideolek, namun begitu penutur-penuturnya masih boleh saling bersefahaman antara satu sama lain. Fonemena seperti inilah yang telah menarik perhatian ahli-ahli bahasa untuk membuat kajian mendalam terhadap dialek-dialek tersebut. Salah satu kajian yang melibatkan penggunaan dialek-dialek ini adalah dari sudut fonetik dan fonologi.

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

3.2

Analisis Dialek Kelantan

Dialek Kelantan ialah salah satu daripada dialek-dialek bahasa Melayu. Ia dituturkan oleh penutur-penutur atau anak jati yang berasal dari Kelantan dan bermastautin di negeri Kelantan. Menurut Abdul Hamid Mahmood, (2006), dialek Kelantan bukan sahaja dituturkan di negeri Kelantan tetapi merentasi sempadan politik dan dituturkan juga oleh penduduk-penduduk di tempat-tempat lain seperti penduduk-penduduk yang mendiami daerah-daerah sempadan Kelantan-Terengganu, Kelantan-Pahang,

Kelantan-Perak, dan juga beberapa daerah dalam Wilayah Thai Selatan seperti Sungai Golok, Narathiwat, Yala dan Patani. Jika dibandingkan dengan dialek-dialek lain di Malaysia terutamanya dari segi sebutan, kosa kata dan makna, dialek Kelantan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Justeru, keunikan ini kadangkala

menyebabkan dialek Kelantan agak sukar difahami oleh masyarakat lain. Antara beberapa subdialek yang terdapat di Kelantan, subdialek Kota Bharu dianggap sebagai subdialek yang standard kerana menerima pengaruh dari bahasa standard khususnya dalam perbendaharaan kata. Dengan kata lain, subdialek inilah yang digunakan oleh orang-orang golongan atasan di Kelantan dalam pertuturan mereka sehari-hari. Kelainan fonologi bagi subdialek ini diklasifikasikan kepada dua aspek iaitu dari segi pengucapan dan juga fonem. Pengucapan kata dalam subdialek Kelantan berlainan dengan cara pengucapan kata dalam bahasa Melayu baku. Sebagai contoh; Subdialek Kota Bharu [r] [bp] [mat] [make] [jae] [ambi] Bahasa Standard [ora] [kenapa] [mata] [makan] [jaan] [ambil] orang kenapa mata makan jangan ambil

10

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

Dari segi fonem pula, kelainan subdialek Kelantan dapat dilihat pada pasangan minimal dan pasangan terkecil perkataan. Subdialek Kelantan mempunyai 30 fonem yang terdiri daripada 10 fonem vokal dan 20 fonem konsonan.

3.2.1 Sistem Vokal dalam Dialek Kelantan Fonem vokal terdiri daripada : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. [i] seperti dalam [bilek] [e] seperti dalam [kile] [] seperti dalam [la] [a] seperti dalam [kawa] [i] seperti dalam [gari] [] seperti dalam [say] [u] seperti dalam [um] [o] seperti dalam [tuboh] [] seperti dalam [kt] [] seperti dalam [ploh] itik kilir ela kawal garing sayang umur tubuh kotak peluh

Penyebutan vokal-vokal [i], [e], [u], dan [o] dalam lingkungan-lingkungan yang terizin oleh sistem fonologi subdialek ini tidak banyak bezanya dengan apa yang terdapat dalam Bahasa Melayu dan subdialek-subdialek lain, kecuali adanya ciri kardinal sekunder pada sifat kardinal vokal-vokal berkenaan yang relevan. Contohnya;

11

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

Dialek Kelantan [gigi] [ploh] [dbu] [kuku]

Bahasa Standard [gigi] [ploh] [dbu] [kuku]

Namun begitu, vokal [a] akhir kata dalam bahasa standard atau [] dalam bahasa standard yang terdapat dalam lingkungan akhir kata, mempunyai kesejajaran dengan vokal [o] dalam subdialek ini. Misalnya ; Dialek Kelantan [guno] [gapo] [ghaso] [gilo] Bahasa Standard [guna] [apa] [rasa] [gila]

Vokal [a] dalam suku kata akhir yang tertutup mempunyai kesejajaran dengan vokal [], dengan syarat konsonan yang mengikutinya itu adalah dalam bahasa standard merupakan hentian glotis [] atau frikatif glotis [h]. Sebagi contoh; Dialek Kelantan [m] [gal] [gah] [muth] Bahasa Standard [ma] [gala] [gaah] [muntah]

12

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

Jika dalam bahasa standard konsonan penutup sesuatu kata itu merupakan [t] atau [p], ia dapat digantikan oleh hentian glotis dalam subdialek ini dan bunyi vokal [a] sebelumnya itu dipertahankan. Dialek Kelantan [dapa] [sia] [lwa] [lipa] Bahasa Standard [dapat] [siap] [lwat] [lipat]

Di samping itu, vokal [a] yang diikuti oleh salah satu konsonan nasal ( [n], [m], [], [] ) dalam suku akhir tertutup sesuatu kata mempunyai kesejajaran dengan vokal [e] dalam subdialek ini. Sebagai contoh; Dialek Kelantan [mas] [blac] [pad] [but] Bahasa Standard [masam] [blacan] [padan], [padam], [pada] [buta]

Konsonan [s] pula digantikan dengan [h] dalam akhir sesuatu perkataan, manakala bunyi vokal [a] sebelumnya dipertahankan. Sebagai contoh ; Dialek Kelantan [drah] [blah] [pulah] Bahasa Standard [dras] [blas] [pulas]

13

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

[kilah]

[kilas]

Selain daripada itu, konsonan [l] dan [r] di akhir sesuatu kata bahasa standard juga digugurkan, vokal [a] sebelum konsonan tersebut dipertahankan. Sebagai contoh ; Dialek Kelantan [maha] [tba] [tawa] [leba] Bahasa Standard [mahal] [tbal] [tawar] [lebar]

3.2.2 Diftong dalam Dialek Kelantan Subdialek Kelantan tidak mempunyai diftong. Oleh itu, diftong-diftong seperti [au] dan [ai] yang terdapat dalam akhir sesuatu kata dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan [a] dalam subdialek ini. Contohnya ialah;

Dialek Kelantan [pisa] [misa] [kda] [paka]

Bahasa Standard [pisau] [misai] [kdai] [pakai]

Selain daripada analisis vokal-vokal dan diftong dalam subdialek ini, terdapat juga rangkap vokal yang dikenalpasti dalm subdialek Kelantan. Rangkap vokal ini

14

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

dibunyikan secara geluncuran [] dan []. Banyak rangkap vokal yang boleh dibandingkan, antaranya ialah ; i. rangkap depan : ae, ui, ue

Contoh rangkap depan ialah : Dialek Kelantan [ba] [cui] [kuh] [buh] Bahasa Standard [ba] [cuet] [kuh] [buh]

ii. rangkap tengah

: ia, ua

Contoh rangkap tengah ialah : Dialek Kelantan [bia] [sia] [jua] [sua] Bahasa Standard [biar] [siap] [jual] [suap]

iii. rangkap belakang Contoh rangkap belakang ialah : Dialek Kelantan [lio] [di]

: io, i, iu, u

Bahasa Standard [liur] [dia]


15

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

[tiu] [du]

[tiup] [dua]

3.2.3 Konsonan dalam Dialek Kelantan Dalam dialek Kelantan terdapat 20 fonem konsonan. Konsonan-konsonan tersebut terdiri daripada ; Fonem Plosif/ hentian Nasal Frikatif Afrikat Lateral Separuh Vokal [p],[b],[t], [d], [g], [], [k] [m], [n], [], [] [s], [h], [], [r] [], [], [l] [w], [y]

a) Konsonan Plosif / Hentian Dalam dialek Kelantan, antara konsonan-konsonan dalam golongan plosif/ hentian ini, hanya hentian glotis [] sahaja yang dapat menduduki lingkungan akhir kata. Oleh itu, dapat dikatakan konsonan plosif lain dapat menjadi unsur akhir kata dalam bahasa standard digantikan kepada hentian glotis []. Contohnya ialah :

Dialek Kelantan [ada] [isa]

Bahasa Standard [adab] [hisap]


16

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

[sba] [murta]

[sbab] [murtad]

b) Konsonan Nasal Keempat-empat konsonan nasal yang terdapat dalam subdialek ini boleh menempati lingkungan pravokal dan antara vokal. Konsonan nasal yang menjadi unsur akhir kata ialah [] dan wujudnya dalam lingkungan demikian itu hanya sebelum vokalvokal [i], [], [e], [u], [o] dan []. Begitu juga dengan konsonan-konsonan nasal lainnya iaitu [m] dan [n] yang dalam bahasa standard terdapat sebelum vokal-vokal tersebut,mengalami penggantian dengan [] dalam subdialek Kelantan. Contohnya ialah : Dialek Kelantan [bining] [ilmu] [kul] [tahu] [kuci] [brs] Bahasa Standard [bini] [ilmu] [kulm] [tahun] [kuce] [brsin]

Sebelum vokal [a], konsonan nasal [m], [n] dan [] mengalami proses pelemahan yang akhirnya menggantikan suku kata yang terakhir kesemuanya dengan

penyengauan yang merupakan artikulasi tambahan pada vokal berkenaan dan vokal [a] mengalami perubahan pada bunyinya, menjadi []. Contohnya ialah : Dialek Kelantan [dal] Bahasa Standard [dalam]

17

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

[mak] [binat] [tay]

[makan] [binata] [taya]

c) Konsonan Frikatif Konsonan frikatif [s] hanya terdapat dalam lingkungan sebelum dan antara vokal. Dialek Kelantan [sapi] [susu] Bahasa Standard [sapi] [susu]

Dalam lingkungan sebelum kesenyapan, konsonan ini mengalami penggantian dengan [h] tanpa melibatkan perubahan pada nilai vokal sebelumnya. Misalnya; Dialek Kelantan [ati] [iuh] [abih] [pdah] Bahasa Standard [hati] [hius] [habis] [pdas]

Konsonan [h] juga terdapat dalam lingkungan awal kata, antara vokaldan akhir kata. Dalam lingkungan akhir kata, [h] dalam subdialek ini mempunyai kesejajaran dengan [h] dan [s] dalam bahasa standard. Seperti contoh [abih] dalam subdialek Kelantan dan [habis] dalam bahasa standard. Namun jika sejajarannya itu [h], maka vokal [a] yang mendahuluinya akan mengalami perubahan pada nilai bunyinya, misalnya [sush] dalam subdialek Kelantan dan [susah] dalam bahasa standard. Jika

18

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

sejajarannya itu ialah [s] pula, tiada perubahan pada bunyi vokal [a] contohnya [blah] dalam subdialek Kelantan dan [blas] dalam bahasa standard. Kesejajaran dalam subdialek Kelantan dengan [h] dalam bahasa standard sebelum vokal-vokal lain adalah seperti di bawah ; Dialek Kelantan [salh] [subh] [lteh] [bh] Bahasa Standard [salah] [subuh] [letih] [bah]

Contoh-contoh penyebaran [h] dalam lingkungan awal kata dan tengah kata adalah seperti berikut : Dialek Kelantan [has] [tahu] [mahliga] [maha] Bahasa Standard [hasil] [tahun] [mahligai] [mahal]

Seperti dalam dialek-dialek Melayu lain, terdapat kata-kata yang menunjukkan pengguguran [h] pada awal kata. Contohnya ialah [ati] dalam subdialek Kelantan [hati] dalam bahasa standard. Manakala bagi konsonan getaran [], ia hanya terdapat dalam lingkungan pravokal dan antara vokal. Contohnya ialah;

19

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

Dialek Kelantan [aso] [ugi] [maoh] [lee]

Bahasa Standard [rasa] [rugi] [marah] [lere]

d) Konsonan Frikatif Seperti juga dalam dialek-dialek Melayu lain dan juga bahasa standard, konsonan afrikat dalam subdialek Kelantan ini hanya berada di lingkungan sebelum dan antara vokal. Sebagai contoh : Dialek Kelantan [in] [i] [ag] [ra] Bahasa Standard [ina] [iak] [aga] [erat]

e) Konsonan Lateral Konsonan lateral [l] tidak menempati lingkungan sebelum kesenyapan. Walau bagaimanapun, sebelum kesenyapan, konsonan ini mengalami penghilangan tanpa menimbulkan perubahan pada nilai bunyi vokal sebelumnya. Contohnya ialah : Dialek Kelantan [lapu] [lala] [luah] Bahasa Standard [lampu] [lalat] [luas]
20

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

[kat] [aka] [sap]

[katl] [akal] [sampul]

Selain itu, terdapat juga rangkap konsonan dalam subdialek Kelantan ini. Rangkap konsonan merupakan konsonan nasal-oral yang terdiri daripada [mp],[mb],[nt],[nd],[n],[n],[ns],[k] dan [g] dalam subdialek ini mengalami perubahan berdasarkan ciri bersuara atau tidak bersuaranya konsonan oral yang merupakan unsur kedua dalam rangkap yang berkenaan. Jika konsonan berkenaan bersuara, maka konsonan ini mengalami kelemahan. Sebagai contoh; Dialek Kelantan [sam] [tan] [pan] [sigh] Bahasa Standard [sambut] [tandu] [pana] [sigah]

Namu begitu, jika konsonan tersebut tidak bersuara, maka proses perubahan berlaku apabila konsonan nasal digugurkan. Contohnya ialah; Dialek Kelantan [saph] [guti] [haci] [klns] Bahasa Standard [sampah] [gunti] [hanci] [klonso]

21

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

3.2.4 Pemanjangan Konsonan dalam Subdialek Kelantan Dalam subdialek Kelantan ini, terdapat juga ciri pemanjangan yang terletak pada awal kata. Proses ini boleh berlaku dalam kata atau antara kata. Jika proses ini merupakan proses dalam kata, maka perkataan yang berkenaan biasanya terdiri daripada tiga suku kata. Suku kata pertama kata tersebut akan digugurkan. Untuk menggantikan pengguguran tersebut, maka timbullah perpanjangan pada konsonan pertama pada suku kata kedua kata tersebut. Suku kata yang dihilangkan itu boleh merupakan salah satu awalan atau merupakan ciri fonologi sahaja bagi perkataan yang mendukungnya. Dialek Kelantan [nnikh] [ab] [ttupa] [nnat] Bahasa Standard [mnikah] [trabut] [ketupat] [binata]

Proses ini juga berlaku pada kata berganda. Dalam hal ini, unsur pertama dalam kata tersebut mengalami pengguguran pada masa yang sama konsonan awal pada unsur kedua itu dipanjangkan. Dialek Kelantan [kkur] [rram] Bahasa Standard [kurakura] [ramarama]

22

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

3.3

Analisis Dialek Perak

Dalam negeri Perak, terdapat bahagian-bahagian daerah atau kawasan tertentu yang merupakan kawasan penyebaran dialek-dialek lain, sebagai contoh, dialek Petani di daerah Ulu Perak dan Larut-Matang, dialek Kedah di daerah Taiping ke utara dan dialek Selangor dari daerah Ipoh ke selatan. Oleh yang demikian, daerah atau kawasan yang betul-betul mewakili dialek Perak ialah daerah Parit dan Kuala Kangsar. Namun begitu, sebahagian dari daerah Kuala Kangsar iaitu yang bersempadan dengan Taiping merupakan kawasan peralihan antara dialek Kedah dan dialek Perak. Bahasa yang diucapkan di Parit dan Kuala Kangsar terdapat banyak persamaan. Kedua-duanya memperlihatkan ciri-ciri secara khusus dan dinamakan sebagai ciri-ciri dialek Perak. Walaupun begitu, terdapat beberapa ciri perbezaan antara keduanya dan ini menunjukkan bahawa kedua-dua bahasa yang diucapkan di Parit dan Kuala Kangsar adalah merupakan subdialek-subdialek dari dialek yang sama iaitu dialek Perak. Antara kedua-dua subdialek tersebut, secara umumnya, subdialek Parit dikenalpasti sebagai dialek Perak. Dalam erti lain, dialek Perak umumnya disamakan dengan subdialek Parit. Seperti juga dalam dialek Kelantan, kelainan fonologi bagi subdialek ini diklasifikasikan kepada dua aspek iaitu dari segi pengucapan dan juga fonem. Pengucapan kata dalam dialek Kelantan berlainan dengan cara pengucapan kata dalam bahasa Melayu baku. Sebagai contoh;

Subdialek Parit [sr] [bibi] [i] [aw] [] [krob]

Bahasa Standard [srai] [bibir] [iir] [saya] [uba] [kerbau] serai bibir cicir saya cuba kerbau

23

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

Dari segi kelainan fonem pula, dialek Perak mempunyai tujuh fonem vokal dan 20 fonem konsonan.

3.3.1 Sistem Vokal dalam Dialek Perak Subdialek Parit atau dikenali sebagai dialek Perak mempunyai tujuh vokal iaitu [i],[e],[],[a],[u],[o] dan []. Kesemua vokal-vokal ini adalah vokal kardinal utama. Dalam dialek Perak, vokal-vokal sempit [i] dan [u], boleh hadir dalam lingkungan awal kata, antara konsonan dan sebelum kesenyapan. Hal ini sama sahaja seperti dalam bahasa standard. Namun begitu, kedua-dua vokal ini tidak dapat hadir dalam suku kata akhir yang tertutup. Sebagai contoh; Dialek Perak [ikan] [pisa] [nasi] [buda] [bile] [tumbo] Bahasa Standard [ikan] [pisa] [nasi] [buda] [bile] [tumbo]

Manakala vokal [e] dapat menempati lingkungan sebelum dan antara konsonan sahaja. Vokal ini tidak dapat hadir sebagai unsur akhir kata iaitu sebelum kesenyapan. Misalnya; Dialek Perak [ek] [lemp] Bahasa Standard [ekor] [lempar]

24

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

Dalam masa yang sama, vokal [] hanya dapat menempati lingkungan akhir kata. Dalam hal ini, bunyi tersebut adalah pengwujudan [a] di akhir kata yang terdapat dalam ejaan standard. Dengan demikian [e] ini mempunyai kesejajaran dengan vokal [a] dan [] dalam bahasa standard. Contohnya ialah ; Dialek Perak [ape] [kate] [lame] [saye] Bahasa Standard [apa] [kata] [lama] [saya]

Selain daripada itu, vokal [e] akhir kata juga terdapat sebagai kesejajaran dengan diftong [ai] dalam bahasa standard. Contohnya ; Dialek Perak [mise] [sre] [tape] [sape] Bahasa Standard [misai] [srai] [tapai] [sampai]

Seperti vokal [e], vokal [o] juga mempunyai dua alofon iaitu [o] dan [] yang saling menggantikan antara satu sama lain dengan bebas. Tetapi hanya [o] yang wujud sebagai unsur pertama dalam diftong [oi]. Dialek Perak [ota] [kota] Bahasa Standard [ota] [kota]

25

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

[tumpoi]

[tumpul]

Dalam lingkungan antara konsonan, [o] timbul dalam proses meneuteralkan vokal rangkap dan juga konsonan rangkap tengah kata. Namun, jika [o] antara konsonan ini terdapat dalam suku kata pertama yang berkenaan, maka vokal ini mempunyai kesejajaran dengan vokal [] dalam bahasa standard tetapi contoh kesejajaran ini terbatas jumlahnya . Misalnya ; Dialek Perak [peoyo] [kobo] [koa] Bahasa Standard [periu] [kerbau] [kera]

Sebagai unsur akhir kata, vokal [] di akhir kata mempunyai kesejajaran dengan diftong [au], contohnya; Dialek Perak [lemp] [kab] [kub] [at] Bahasa Standard [lempar] [xabar] [kubur] [atur]

Selain itu, [] di akhir kata juga mempunyai kesejajaran dengan diftong [au] tetapi dalam contoh yang terbatas. Dialek Perak [kob] Bahasa Standard [kerbau]

26

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

[hal] [kac]

[halau] [kacau]

3.3.2 Sistem Diftong dalam Dialek Perak Diftong yang terdapat dalam dialek ini ialah [oy] dan [aw] dan kedua-duanya hadir sebelum kesenyapan. Diftong [oy] ini mempunyai dua kesejajaran dalam bahasa standard, iaitu [oi] dan [ul]. Contohnya ialah seperti berikut ; Dialek Perak [amboy] [tumpoy] [cakoy] [timboy] Bahasa Standard [amboi] [tumpul] [cakul] [timbul]

Manakala diftong [ai] tidak wujud dalam dialek ini. Diftong [ai] akhir kata dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan [e] dalam subdialek ini. Diftong [au] dalam bahasa standard pula mempunyai kesejajaran dengan vokal []. Dialek Perak [mise] [sampe] [kob] [hal] Bahasa Standard [misai] [sampai] [krbau] [halau]

27

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

Terdapat juga rangkap vokal dalam dialek Perak. Rangkap vokal adalah terdiri daripada [ae], [ao] dan [io] yang mempunyai kesejajaran dengan rangkap vokal [ai], [ao] dan [iu] dalam bahasa standard. Ketiga-tiganya terdapat sebagai puncak suku kata. Sebagai contoh ; Dialek Perak [bae] [daon] [tiop] Bahasa Standard [bae] [daun] [tiup]

Di samping itu juga, rangkap [io] mempunyai kesejajaran dengan [ir] di akhir kata dalam bahasa standard. Misalnya ; Dialek Perak [ayo] [cayo] [pikio] [bibior] Bahasa Standard [aer] [cair] [fikir] [bibir]

3.3.3 Sistem Konsonan dalam Dialek Perak Dari segi perbendaharaan konsonannya, subdialek ini mempunyai semua konsonan yang juga terdapat dalam bahasa standard. Perbezaannya terletak pada lingkunganlingkungan yang mungkin ditempati oleh konsonan-konsonan tertentu. Terdapat 20 fonem konsonan dalam dialek Perak. Fonem-fonem tersebut adalah seperti yang berikut ;

28

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

Fonem Plosif/ hentian Nasal Frikatif Getaran Afrikat Lateral Separuh vokal [p],[b],[t],[d],[k],[g],[] [m],[n],[],[] [s],[],[h] [r] [],[] [i] [w],[y]

a) Konsonan Plosif / Hentian Konsonan-konsonan plosif atau hentian tidak bersuara [p] dan [t] boleh menghadiri dalam lingkungan awal kata, antara vokal dan juga sebelum kesenyapan. Dalam lingkungan yang terakhir ini, konsonan-konsonan ini tidak diletupkan. Hentian glotis boleh menempati semua lingkungan kecuali antara vokal kekerapannya terbatas. Konsonan-konsonan plosif /hentian lainnya hanya dapat hadir dalam lingkungan awal kata dan antara vokal.

b) Konsonan Nasal Rata-rata konsonan nasal [m],[n],[] dan [] dalam subdialek ini sama dengan yang terdapat dalam bahasa standard. Konsonan [] di akhir kata hanya mungkin jika didahului oleh vokal selain dari vokal [i]. Konsonan [] yang didahului oleh vokal [i] digantikan dengan [n]. Sebagai contoh ; Dialek Perak [knin] [pnin] Bahasa Standard [kni] [pni]

29

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

[kambin] [kuin]

[kambi] [kui]

c) Konsonan Frikatif Konsonan frikatif dalam subdialek ini terdiri daripada [s],[] dan [h]. Konsonan [s] dapat hadir dalam lingkungan sebelum dan antara vokal. Dengan itu, [s] sebelum kesenyapan dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan konsonan [h] dalam dialek Perak. Dalam proses menggantikan [s] dengan [h] ini, maka vokal yang mendahului konsonan yang berkenaan juga mengalami perubahan pada nilai fonetiknya apabila ; i. [a] yang diikuti oleh [s] dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan [e] yang diikuti oleh [h], ii. [u] atau [o] yang diikuti oleh [s] dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan diftong [oy] yang diikuti oleh [h], dan iii. [i] yang diikuti oleh [s] dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan [e] yang diikuti oleh [h] Contohnya oleh dilihat seperti yang berikut ; Dialek Perak [kipeh] [lpeh] [tikoyh] [putoyh] [boroyh] [habeh] Bahasa Standard [kipas] [lpas] [tikus] [putus] [boros] [habis]

30

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

[lapeh]

[lapis]

Konsonan frikatif [h] terdapat dalam semua lingkungan yang diperkatakan. Namun, jika [h] berada dalam unsur akhir kata, [h] adakalanya mempunyai kesejajaran dengan [e] yang diikuti dengan [s] dan adakalanya juga kesejajarannya tidak berubah. Contohnya ialah ; Dialek Perak [endah] [ntah] Bahasa Standard [indah] [ntah]

Manakala konsonan frikatif [] mempunyai kesejajaran dengan getaran [r] dalam bahasa standard. Konsonan ini hanya terdapat dalam lingkungan sebelum dan antara vokal. Dalam lingkungan sebelum kesenyapan, konsonan tersebut digugurkan dan penggugurannya itu melibatkan perubahan nilai fonetik vokal yang mendahuluinya. Perubahan tersebut berlaku apabila ; i. [a] dan [u] atau [o] yang diikuti oleh [r] dalam lingkungan akhir kata dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan [] yang diikuti dengan kesenyapan dalam subdialek Parit. Contohnya ialah, Dialek Perak [tik] [leb] [bs] Bahasa Standard [tikar] [lebar] [bsar]

ii. urutan [i] yang diikuti oleh [r] dalam lingkungan akhir kata dalam bahasa standard sejajar dengan [io]. Jika [i] dalam [ir] merupakan bahagian dari vokal rangkap [a], maka kesejajarannya ialah [y]. Contohnya ialah ;
31

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

Dialek Perak [pasio] [bibio] [ay] [ay]

Bahasa Standard [pasir] [bibir] [air] [aer]

d) Konsonan Afrikat Konsonan afrikat yang terdapat dalam subdialek ini ialah [] dan []. Keduaduanya terdapat dalam lingkungan sebelum dan antara vokal, seperti halnya dengan bahasa standard. Sebagai contoh ; Dialek Perak [ari] [maam] [ari] [bii] Bahasa Standard [ari] [maam] [ari] [bii]

e) Konsonan Lateral Konsonan lateral [l] dalam subdialek ini hanya terdapat dalam lingkungan

sebelum dan antara vokal, seperti juga dialek-dialek lain. Konsonan ini terdapat dalam lingkungan akhir kata. Penggugurannya itu mempengaruhi nilai fonetik vokal sebelumnya apabila ; i. [l] di akhir kata dalam bahasa standard yang didahului oleh [i] digugurkan dalam subdialek ini. Vokal [i] pula berubah nilainya menjadi [e]. Contohnya ;

32

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

Dialek Perak [cuke] [page]

Bahasa Standard [cukil] [pagil]

ii. [l] akhir kata dalam bahasa standard yang didahului oleh [a] digugurkan dalam subdialek Parit dan keseluruhan [al] tersebut mempunyai

kesejajaran dengan [e]. Sebagai contoh ; Dialek Perak [tbe] [bante] Bahasa Standard [tbal] [bantal]

iii. [l] akhir kata bahasa standard yang didahului oleh [u] atau [o] digantikan dengan [y] menghasilkan diftong [oy]. Contohnya ialah seperti berikut ; Dialek Perak [cakoy] [tumpoy] [timboy] Bahasa Standard [cakul] [tumpul] [timbul]

f) Separuh Vokal Separuh vokal [w] dan [y] dalam subdialek ini terdapat dalam lingkungan sebelum dan antara vokal. Dalam lingkungan akhir kata konsonan [y] wujud hanya jika vokal sebelumnya ialah vokal [o]. Contohnya adalah seperti rajah di atas.

33

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

Selain daripada itu, terdapat juga rangkap konsonan dalam subdialek ini. Rangkap konsonan yang paling kerap berlaku dalam dialek ini adalah seperti [mp],[mb],[nt],[nd],[k],[g] dan juga [s]. Contohnya ialah ; Dialek Perak [tumpoy] [lmbu] [bage] [kosi] Bahasa Standard [tumpul] [lmbu] [baga] [kosi]

Kesimpulannya, dapatlah dikenalpasti bahawa kedua-dua dialek Kelantan dan Perak mempunyai perbezaan yang agak ketara dari segi sistem bunyinya. Perbezaan tersebut termasuklah dari aspek vokal dan konsonannya. Dalam bab seterusnya, kita akan melihat transkripsi fonetik daripada hasil temubual yang telah saya jalankan terhadap seorang warga emas di Batu Kurau, Taiping, Perak.

34

FONETIK DAN FONOLOGI (BMM 3108)

4.0

RUMUSAN

Setelah membincangkan matlamat dan pelaksanaan sebutan baku bahasa dapatlah dikatakan bahawa sebutan baku bahasa Melayu yang telah diperkenalkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1988 amatlah penting bagi setiap masyarakat untuk membangunkan sebutan baku ini. Hal ini adalah kerana pembakuan bahasa Melayu di Malaysia menjadikan bahasa Melayu sempurna dari segi penggunaan aspek-aspek bahasanya iaitu tatabahasa, ejaan, istilah, penggunaan kata, sebutan dan bahasanya. Penuturnya menggunakan kesemua aspek bahasa tersebut dengan betul dan ini menjadikan bahasa Melayu menjadi mantap dan sempurna. Selain daripada itu, sebutan baku juga melambangkan jati diri penutur bahasa Melayu itu sendiri. Penggunaan sebutan baku bahasa Melayu juga perlulah diperkukuhkan dalam konteks formal seperti dalam majlis-majlis rasmi melibatkan golongan penting yang menekankan aspek protokol. Di samping itu, sebutan baku juga digunakan dalam

konteks pendidikan di sekolah agar bahasa Melayu mudah difahami oleh semua golongan pelajar tidak kira bangsa dan agama mereka. Namun begitu, faktor kebiasaan dan persekitaran dengan dialek dan bahasa ibunda bagi warga bukan Melayu menjadi antara sebab mengapa sebutan baku bahasa Melayu dilupakan dan dipinggirkan. Oleh yang demikian, penggunaan dialek yang sebati dalam sebutan seseorang penutur memerlukan latihan lisan oleh guru bahasa Melayu secara sistematik dan berterusan. Seterusnya, dalam tugasan ini dapatlah dirumuskan bahawa setiap dialek mempunyai perbezaannya yang tersendiri dari pelbagai aspek. Hal ini menjadikan dialek itu unik dan menarik untuk dijadikan kajian dalam bahasa Melayu yang kaya dengan kosa kata yang rencam.

35

You might also like