You are on page 1of 12

Pidato/Syarahan

BEBERAPA PERSOALAN

(a) (b) (c) (d) (e)

Apakah persediaan yang harus dilakukan oleh seorang pemidato? Bagaimanakah seseorang pemidato memulakan pidato/syarahannya? Bagaimanakah seseorang pemidato dapat melahirkan pendapatnya dengan jelas? Apakah ciri-ciri penyampaian pidato/syarahan yang baik? Bagaimanakah seseorang pemidato dapat menutup ucapannya dengan berkesan? PENDAHULUAN PIDATO/syarahan adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan. Melalui aktiviti ini, seseorang akan dilatih untuk berfikir secara logik, menaakul, menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu, aktiviti berpidato juga dapat melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang tepat dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan. Kemahiran berpidato yang dikuasai seseorang akan menjadi satu aset kepadanya. Ini kerana ia dapat menyampaikan isi hati dan pendapatnya dengan jelas dan tepat untuk mendapat' sokongan dan seterusnya mempengaruhi pendengarnya. Selain itu pidato/syarahan yang berkesan akan mengurangkan salah tafsiran oleh pihak pendengar dan seterusnya mengelakkan konflik komunikasi. Kemahiran berpidato merupakan satu kualiti yang wajar diterapkan di kalangan guru memandangkan guru sebagai agen penyebaran ilmu. Kemahiran berpidato pasti dapat membantu guru untuk menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan. Justeru itu, aktiviti berpidato penting dalam pendidikan guru. DEFINISI PIDATO/SYARAHAN Pidato adalah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk. Berpidato/syarahan merupakan aktiviti berkomunikasi secara sehala, iaitu pemidato akan menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang dipidatokan. Pidato/syarahan juga bertujuan menerangkan sesuatu maklumat bagi meyakinkan sekumpulan pendengar. TUJUAN PIDATO/SYARAHAN Lazimnya pidato/syarahan dilakukan untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut:

1.

Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek penting tentang tajuk tersebut;

2.

Memberitahu audien tentang sesuatu perkara baru seperti peristiwa atau hal-ehwal semasa yang menarik hati; Memberi keyakinan kepada pendengar tentang pendiriannya terhadap sesuatu perkara; dan Mempengaruhi audien supaya memberi perhatian yang serius terhadap sesuatu isu yang penting. HUBUNGAN ANTARA PIDATO/SYARAHAN DENGAN PERBAHASAN Pidato/syarahan dengan perbahasan merupakan wacana-wacana yang mempunyai hubungan erat dari segi mengubah sikap dan pendirian audien. Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua wacana, iaitu:

3. 4.

1.

Perbahasan mempunyai matlamat kebenaran, iaitu kebenaran yang dihasilkan daripada fikiran yang ditaakul. Pidato/syarahan pula mempunyai matlamat penyerahan, iaitu audien terserah untuk menerima pendapat atau idea pemidato itu. Wacana pidato/syarahan menampakkan kehalusan penggunaan bahasanya manakala perbahasan mencerminkan kejituan dan ketegasan pemakaian bahasa. Pidato/syarahan dilakukan secara lembut dan bersahaja tetapi di sebalik kelembutan itu tersemai mesej yang halus dan tajam maksudnya. Wacana perbahasan mementingkan perincian, pidato/syarahan berpada dengan penjelasan. iaitu fakta dan bukti sedangkan

2.

3.

4.

Pembahas bertujuan hanya setakat mempengaruhi atau mengubah pendirian audien tetapi pemidato bertujuan lebih daripada itu, iaitu untuk mempengaruhi audien agar bertindak atau melakukan sesuatu terhadap perkara yang diperkatakannya. Perbahasan dikaitkan dengan pertentangan atau konflik terhadap sesuatu kesangsian. Namun dalam pidato/syarahan, pemidato bertugas menghilangkan konflik dan kalau masih wujud kesangsian atau kekeliruan, maka dia akan cuba untuk sama menjelaskannya secara ikhlas. Perbahasan berdasarkan lojik manakala pidato/syarahan kadangkala menggunakan emosi untuk mempengaruhi audien. BINAAN SESUATU TEKS PIDATO/SYARAHAN Secara kasar, binaan sesuatu pidato/syarahan terdiri daripada bahagian-bahagian seperti berikut:

5.

6.

1.

Pembuka kata Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak-pihak tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan pidato/syarahan yang berkenaan.

2.

Menarik minat dan membina keyakinan pendengar

Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi pidato/syarahan. Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk pidato/syarahan perlu diberikan dalam bahagian ini. 3. Isi atau amanat Isi pidato/syarahan merupakan bahagian terpenting dan perlu diberikan penekanan yang sewajarnya. 4. Penutup isi/amanat Penutup isi ialah kesimpulan pidato/syarahan tadi. 5. Penutup pidato/syarahan Bahagian ini merupakan bahagian yang terakhir. Dalam bahagian ini, pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar pidato/syarahan tadi akan memanfaatkan para hadirin. Dari segi penyampaian, pemidato yang cekap harus menguasai kemahiran-kemahiran memulakan pidato/syarahan, melahirkan pendapat, penyampaian yang menarik, dan menutup pidato/syarahan. KEMAHIRAN MEMULAKAN PIDATO/SYARAHAN Kemahiran memulakan pidato/syarahan terdiri daripada peringkat persediaan dan peringkat permulaan ucapan. Peringkat Persediaan Peringkat persediaan amat penting dan boleh menentukan kejayaan atau keberkesanan sesuatu pidato/syarahan. Di peringkat ini, pemidato perlu melakukan persediaan seperti yang berikut: 1. Mengetahui tujuan berpidato, iaitu sama ada hendak memberi penerangan, menyampaikan maklumat, memberi inspirasi atau memujuk/mempengaruhi para pendengar. Menganalisis audien dan majlis dari aspek-aspek seperti yang berikut: Apakah jenis dan tujuan majlis? Siapakah bakal pendengar atau audien majlis? Berapa ramaikah audien (saiz audien)? Apakah minat mereka? Apakah tahap ilmu pengetahuan, kelulusan atau kelayakan mereka? Bagaimanakah agaknya sikap audien terhadap pidato nanti? yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat dalam

2. (a) (b) (c) (d) (e) (f)

(g) (h) 3. 4. (a) (b) (c) 5.

Jantina audien. Umur audien. Mengumpul maklumat yang sesuai mengikut tujuan majlis dan jenis audien. Menyusun maklumat dan mengelompokkannya kepada tiga kategori iaitu: Fakta yang wajib disampaikan untuk mencapai tujuan pidato/ syarahan.

Fakta yang harus dimasukkan untuk memantapkan pidato/syarahan. Fakta yang boleh dimasukkan jika perlu atau masa mengizinkan. Menganggarkan jangka masa yang diperlukan untuk menyampaikan pidato/syarahan yang berkenaan. Meneliti tempat berpidato, iaitu sama ada di dewan atau di luar dewan, ada rostrum atau tidak, dan mengenal pasti kemudahan-kemudahan lain. Peringkat Permulaan Ucapan Peringkat permulaan ucapan amat penting untuk menarik minat audien dan pemidato harus memiliki kemahiran-kemahiran seperti yang berikut:

6.

1. 2.

Menyampaikan salam mengikut kesesuaian majlis; Menyampaikan kata alu-aluan kepada pengerusi majlis, dif-dif kehormat, jemputan khas, pihak penganjur, dan para hadirin mengikut susunan protokol; Menarik minat dan membina keyakinan audien melalui: Pernyataan fakta yang merangsangkan. Kenyataan yang provokatif. Soalan yang membangkitkan minat dan perasaan ingin tahu di kalangan audien. Contohnya, "Tahukah anda bahawa ....". Petikan atau data yang memeranjatkan audien. Menyatakan tajuk pidato/syarahan dan memperkenalkan tajuk keseluruhan dengan mengetengahkan beberapa idea utama yang akan dihuraikan nanti agar audien bersedia untuk mengikuti pidato/syarahan. Dalam pertandingan pidato/syarahan, pemidato biasanya dikehendaki memberi defmisi tajuk pidato/syarahan dengan jelas dan mantap dalam peringkat permulaan ucapan. KEMAHIRAN MELAHIRKAN PENDAPAT

3. (a) (b) (c)

(d) 4.

Pidato/syarahan yang berkesan harus mengandungi idea atau pendapat yang jelas dan disesuaikan pula dengan aras kefahaman audien. Kejelasan idea atau pendapat bermaksud penyampaian isi yang terang, nyata dan dapat difahami dengan mudah. Penglahiran pendapat yang jelas juga menampakkan pernyataan yang konkrit dan spesifik supaya audien dapat memahami dengan tepat. Sebaliknya idea yang tidak jelas adalah kabur, sukar difahami dan gagal menyampaikan mesejnya serta tidak melakukan komunikasi dengan audien. Dalam melahirkan pendapat atau idea, pemidato perlu menitikberatkan beberapa aspek yang penting seperti pemilihan kata, pemilihan ayat, penyusunan idea atau fakta dan kesesuaian contoh dan data. Pemilihan Kata Pemilihan kata dan ekspresi merupakan salah satu faktor yang penting bagi rnelahirkan pendapat yang jelas. Penggunaan perkataan yang tepat membolehkan pemidato menyampaikan pendapatnya dengan cepat dan berkesan. Oleh itu, elakkan penggunaan perkataan-perkataan yang tidak perlu. Pemidato sebaik-baiknya mengelakkan pengulangan perkataan-perkataan secara sewenang-wenangnya kerana ini membosankan. Pemidato digalakkan menggunakan perkataan yang lebih konkrit dan spesifik serta perkataanperkataan yang membawa konotasi yang sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. Pemilihan Ayat Ayat-ayat yang pendek dan mudah boleh membantu audien memahami maksud buah fikiran pemidato tetapi pemidato harus juga mempertimbangkan bahawa kadangkala ayat yang pendek tidak dapat menggambarkan kumpulan idea yang mantap. Sementara itu, ayat-ayat yang terlalu panjang pula menyukarkan kegramatisan ayat juga menjadi faktor kejelasan idea. Ayat-ayat yang tidak gramatis sering menimbulkan kekeliruan dan tidak dapat menyampaikan pendapat pemidato dengan jelas. Oleh itu, ayat yang meleretleret dan tidak gramatis harus dielakkan. Penyusunan Fakta Dalam melahirkan pendapat atau idea, pemidato perlu memelihara unsur-unsur penyusunan fakta, iaitu kesepaduan, koheren, pertautan, sifat ringkas dan padat, serta mudah difahami. Kesepaduan Pidato/syarahan yang berkesan harus menampakkan unsur kesepaduan, iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. Pokok persoalan diketengahkan dan diberi penekanan. Hujah-hujah mesti berhubung kait dengan pokok persoalan tersebut. Hujah yang tidak berkaitan atau menyeleweng dielakkan. Hujah-hujah penting disusun untuk memantapkan pokok persoalan. Sekiranya pokok persoalan tidak diketengahkan, idea-idea sokongan haruslah disusun dalam bentuk yang membolehkan audien mencapai satu kesimpulan secara inferens.

Koheren Pidato/syarahan yang baik harus bersifat koheren, iaitu setiap hujah atau fakta mempunyai pertalian antara satu dengan lain sehingga menampakkan satu pola atau corak keseluruhan ucapan. Umpamanya permainan teka-teki "jigsaw", kepingan gambar yang disusun dengan betul akan menampakkan satu gambar yang lengkap dan sempurna. Pertautan Hujah yang mengandungi unsur pertautan memperlihatkan idea-idea utama didukung dengan bukti, contoh dan fakta sokongan yang bernas serta ada kaitan dengan pokok persoalan. Hujah sedemikian boleh meyakinkan audien. Pemidato yang kurang mahir sering memasukkan perkara-perkara yang tidak berkaitan, dan perbuatan ini menjejaskan kualiti pertautan pidatonya. Ringkas dan Tepat Salah satu ciri hujah yang berkesan ialah ringkas dan padat. Setiap hujah atau mesej harus diolah dengan jelas tanpa diulang-ulang kecuali untuk penegasan di peringkat rumusan atau kesimpulan. Untuk memastikan proses melahirkan pendapat dapat dilakukan dengan berkesan, pemidato yang cekap akan menghadkan skop hujahnya dalam masa yang diperuntukkan. Hujah yang terlalu luas skopnya akan menyebabkan idea-idea penting sering ditinggalkan dan pokok persoalan menjadi kabur. Jelaskan unsur-unsur pidato/syarahan. yang harus dipelihara apabila melahirkan pendapat dalam

PENYAMPAIAN YANG MENARIK Isi dan susunan pidato/syarahan yang berkualiti harus disampaikan dengan gaya yang menarik. Aspek-aspek penting dalam penyampaian pidato/syarahan yang berkesan termasuklah kelancaran, nada dan intonasi, kecekapan berbahasa, dan gaya. Kelancaran 1. Memulakan pidato/syarahan dengan berkeyakinan tinggi terhadap diri dan pengetahuan yang sedia ada. Pandang tepat ke arah audien semasa menyampaikan pidato. Pengaliran idea secara berterusan tanpa terlalu kerap merujuk kepada nota. 'Pause' - berhenti seketika pada akhir penyampaian sesuatu fakta atau di mana perlu untuk audien memahami atau mengikuti hujah. Kawalan masa, iaitu memulakan pidato/syarahan pada waktu yang ditetapkan dan menamatkannya tepat pada waktunya.

2. 3. 4.

5.

6. 7.

Elakkan daripada melakukan gangguan wacana seperti "eh", "em", atau "ya". Menyampaikan pidato/syarahan mengikut tempo yang sederhana; elakkan penyampaian yang terlalu laju atau perlahan. Nada dan Intonasi Semasa berpidato, pastikan suara sedap didengar dan menarik. Nada dan intonasi haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk tujuan yang tertentu. Misalnya,

1. 2. 3. 4. 5.

Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian. Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati. Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk. Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi pendengar. Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi. Kecekapan Berbahasa Pidato/syarahan yang berkesan disampaikan dengan menggunakan bahasa yang tepat dan indah. Pemidato perlu menguasai bahasa dengan baik. Ciri-ciri penggunaan bahasa yang baik adalah seperti yang berikut:

1. 2. 3.

Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis. Aras bahasa bersesuaian dengan audien. Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam pidato untuk menarik minat audien. Keindahan bahasa yang dimaksudkan ialah pantun, bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan. Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik simpati Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien. Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab. Gaya Penyampaian

4. 5. 6.

1. 2. 3.

Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah diselaraskan untuk menekankan fakta. Jangan kaku atau beraksi berlebihan. Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum apabila gembira, sedih apabila gundah, dan marah apabila emosi tinggi. Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan 'eye-contact' yang sesuai.

4.

5.

Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan menunjukkan wajah yang terlalu serius. Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis. Pemidato perlu menonjolkan dirinya dahulu sebelum menonjolkan idea-ideanya. Oleh itu, pemidato perlu memperlihatkan perwatakan, sikap dan pandangan yang positif serta penuh dengan keyakinan diri sendiri sebelum berjaya mendapatkan keyakinan audien. KEMAHIRAN MENUTUP UCAPAN

6.

1.

Sebelum mengakhiri pidato/syarahan, pemidato hendaklah membuat rumusan keseluruhan dan menegaskan pendiriannya terhadap tajuk yang disampaikan untuk meyakinkan para pendengar; Menggunakan nada suara yang lantang serta meyakinkan; Menggunakan unsur-unsur keindahan bahasa yang menyerikan majlis seperti kata-kata hikmat dan pantun apabila mengakhiri pidato/ syarahan; Mengakhiri pidato/syarahan dengan meninggalkan suatu soalan rangsangan kepada para pendengar untuk renungan dan penilaian bersama; Mengatakan harapan agar apa yang telah disampaikan boleh meman-faatkan para pendengar; Mengamalkan adab atau tatacara majlis dengan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat; dan Memohon maaf daripada para hadirin sekiranya tersilap kata semasa berpidato. CONTOH PIDATO Tajuk Pidato: Ke Arah Pengisian Wawasan Pendidikan Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yang mulia saudara pengerusi majlis, yang penasihat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, dihormati Tuan Pengetua, pensyarah

2. 3.

4.

5.

6.

7.

Berhubung tajuk bakal dibentangkan, Isu pengisian yang akan dihurai, Dalam konteks wawasan pendidikan, Satu agenda yang belum selesai. "Ke arah pengisian wawasan pendidikan", begitulah bunyinya tajuk pidato yang akan saya sampaikan pada pagi ini. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Wawasan 2020 merupakan satu cita-cita besar untuk mengangkat maruah, martabat dan harga diri bangsa Malaysia. Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir b. Mohamad, ingin mewujudkan sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Beliau telah mengajak seluruh rakyat Malaysia memandang masa hadapan bangsa dan negara secara optimistik. Hasrat ini telah disuarakan oleh beliau dalam pem-bentangan kertas kerja beliau yang berjudul "Malaysia Melangkah ke Hadapan", dalam Majlis Perdagangan Malaysia yang telah diadakan pada 28 Februari 1991. Kini ungkapan Wawasan 2020 sudah begitu biasa didengar kerana amat kerap diperkatakan. Kementerian Pendidikan juga beriring dengan jentera kerajaan dan swasta yang lain bergerak ke arah mengisi sembilan cabaran Wawasan 2020, kerana sebahagian besar daripada cabaran-cabaran itu berkait rapat secara langsung dengan pendidikan. Hadirin dan hadirat sekalian, Memang telah banyak diperkatakan oleh orang tentang Wawasan 2020 dan pengisian wawasan pendidikan daripada berbagai-bagai aspek. Tetapi adakah semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau dengan alam pendidikan, benar-benar faham, dapat menerima dan menghayati sepenuhnya wawasan pendidikan kita? Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memperkatakan beberapa isu yang berkait rapat dengan pengisian wawasan pendidikan yang perlu kita fahami dan hayati bersama. Memperkatakan tentang reformasi pendidikan, Kementerian Pendidikan telah banyak memperkenalkan dan melaksanakan reformasi secara berdikit-dikit, berperingkat-peringkat sejak awal tahun 60-an lagi mengikut keperluan semasa. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) menjadi landasan utama untuk mewujudkan reformasi pendidikan secara besarbesaran. Maka lahirlah KBSR dan KBSM. Reformasi ini telah banyak mencetuskan perubahan dan pembaharuan dalam pendidikan keseluruhannya. Selain turut mencorakkan profesion perguruan, persekitaran pembelajaran, pengurusan dan kepimpinan pendidikan kita. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Walaupun kita dapat melihat hasil ujian UPSR, PMR dan SPM, tetapi menghela nafas para penggubal sistem, menggeleng kepala para cerdik pandai dan diam seribu bahasa para tok guru, apabila mendapati sistem pendidikan kita masih belum dapat mengatasi beberapa masalah lama, masalah lapuk yang berlaku tahun demi tahun. Murid-murid di sekolah rendah, terutamanya di sekolah kebangsaan, masih lemah dalam mata pelajaran Matematik dan penguasaan bahasa Inggeris. Bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran Sains Tulen masih juga tidak meningkat. Pelajar luar bandar masih juga ketinggalan dalam pencapaian akademik dan belum mampu menguasai kemahiran berfikir. Di dalam bilik darjah pula, beberapa konsep yang diperkenalkan melalui KBSR dan KBSM masih belum dilaksanakan seperti yang diharapkan. Konsep kesepaduan masih belum dipraktikkan sepenuhnya. Nilai-nilai murni masih gagal diterap, kalau tidak, masakan harihari dipaparkan di dada akhbar berita tentang penglibatan para remaja, khususnya para pelajar dalam kegiatan yang tidak bermoral. Menteri Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Sulaiman Daud mengesahkan seramai 2 230 orang murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Dato' Leo Michael Toyad pula menyebut seramai 138 358 orang murid atau sebanyak 98.2% daripada 140 678 pelajar

sekolah menengah di seluruh negara dikenal pasti terlibat dengan salah laku jenayah dan tabiat buruk. Di samping itu, pengajaran guru-guru masih lagi tidak berpusatkan murid, alat bantu mengajar juga jarang digunakan. Penilaian Berasaskan Kemajuan Sekolah tidak dilaksanakan dengan penuh prihatin. Mengapakah semua ini berlaku? Apakah yang terjadi dengan kursus-kursus. yang telah diberikan kepada guru-guru selama ini? Para hadirin sekalian, Kita harus sedar bahawa pembaharuan dan perubahan perlu berlaku demi tanggungjawab kita dalam menyelesaikan agenda wawasan pendidikan ini. Namun begitu terdapat di kalangan sesetengah guru amat negatif terhadap sebarang perubahan yang bertujuan menambahbaikkan sesuatu keadaan. Berbagai-bagai kenyataan yang negatif dan pasif disuarakan. Sebenarnya individu-individu ini tidak ada keupayaan untuk berubah, tidak sanggup melaksanakan perubahan dan tidak dapat berfikir secara objektif bahawa dia perlu berubah. Kita harus mengikis sikap "tidak mahu memulakan sesuatu" dan "tidak berupaya" ini di kalangan pendidik jika kita mahu mengecapi nikmat wawasan pendidikan kita. Kita tidak mahu menyaksikan berapa puluh jong pun masuk, anjing tetap bercawat ekor. Air sungai lagi berubah inikan pula manusia. Kalaulah air sungai itu diempangkan sudah tentu banyak perubahan berlaku secara besar-besaran. Tuan-tuan dan puan-puan, Guru harus bersikap proaktif, kreatif, imaginatif, dan inovatif. Sekolah sepatutnya mementingkan pemuafakatan antara kakitangannya, ibu bapa, dan murid-murid. Semua pihak mesti berasa bertanggungjawab dan mempunyai semangat kesepunyaan. Keputusan seharusnya datang daripada golongan guru kerana gurulah sebenarnya pelaksana pendidikan. Dengan yang demikian dapatlah para guru melakukan sesuatu kerja itu hingga ke tahap kesempurnaan. Kerja berpasukan boleh menggerakkan kita ke arah mencapai "zero defect' atau tanpa cacat apabila menangani masalah disiplin pelajar, penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah dan lain-lain lagi. Apa yang perlu dititikberatkan ialah berfokus kepada proses berterusan supaya menampakkan kemajuan. Teladanilah orang-orang Jepun. Mereka mengamalkan dan mempercayai konsep "synergy", iaitu tidak ada perbez'aan status antara pekerja. Semuanya sama penting dalam menuju kemajuan negara. Kini, mereka telah mendahului negara-negara lain dalam kemajuan. Untuk mencapai keadaan tanpa cacat yang diingini, kita perlu sentiasa peka terhadap kualiti. Setiap orang harus bertanggungjawab menghasilkan kerja yang berkualiti. Kita tidak akan dapat menghasilkan murid-murid tahun enam mencapai kejayaan 100% dalam UPSR jika murid-murid kita tidak dididik dengan baik secara berterusan. Sebarang kelemahan perlu dibaiki segera agar murid-murid kita tidak mendapat kerugian. Bayangkanlah betapa rugi dan malangnya mereka apabila terus-menerus belajar selama enam tahun tanpa dibaiki kesalahan dan kelemahan mereka. Bagaimanakah jika anak kita berada di tempat mereka? Para hadirin sekalian,

Demikianlah cabaran-cabaran yang perlu kita hadapi untuk mencapai wawasan pendidikan. Sebagai pendidik, kita perlu faham dan menghayati wawasan pendidikan dan apa yang perlu dilakukan untuk mengisi wawasan itu. Arak-arak kelapa puan, Tidak puan kelapa bali, Mereka mengharap kepada tuan-tuan, Tidak tuan siapa lagi? Yakinlah jika kita dapat mengisi wawasan kita, maka dengan sendirinya hasil daripada pendidikan kita akan lahir generasi baru yang akan dapat membina sebuah negara Malaysia yang serba maju. Agenda ini baru bermula dan masih jauh daripada penyelesaian. Umpama pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri, kini terserah kepada kita semua untuk menentukan penyelesaiannya. Tuan-tuan dan puan-puan, Setakat ini pidato saya pada pagi ini. Semoga apa yang saya sampaikan tadi boleh mendatangkan manfaat kepada kita semua. Sebelum saya mengundur diri, saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan dan keterlanjuran budi bicara. Sekian, terima kasih.

RINGKASAN (a) Pidato/syarahan ialah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan. Tujuan pidato/syarahan adalah untuk mempengaruhi para pendengar supaya yakin dan bersetuju dengan apa yang dipidatokan atau member! penerangan tentang sesuatu tajuk. Binaan teks pidato/syarahan terdiri daripada pembuka kata, membina minat dan keyakinan pendengar, isi/amanat dan penutup pidato/syarahan, Kemahiran memulakan pidato/syarahan terdiri daripada menganalisis audien dan majlis, mengumpul dan menyusun maklumat, menyampaikan salam, aluan, membina minat dan keyakinan, dan memperkenalkan tajuk. Dalam melahirkan pendapat, unsur-unsur penyusunan yang perlu diberi perhatian ialah kesepaduan, koheren, pertautan, sifat ringkas dan padat Pidato/syarahan yang berkesan harus mengandungi idea-idea yang jelas. Melahirkan idea yang jelas memerlukan kemahiran pemidato dari aspek-aspek pemilihan kata, penyusunan fakta dan kesesuaian contort dan data.

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

Penyampaian pidato/syarahan yang menarik boleh dilihat dari segi kelancaran, nada dan intonasi, kecekapan berbahasa dan gaya. Di bahagian penutup pidato/syarahan, pemidato hendaklah membuat rumusan keseluruhan, menggunakan nada suara dan unsur-unsur keindahan bahasa untuk menyerikan majlis dan meyakinkan khalayak, pemidato juga perlu mengamalkan adab atau tatacara majlis.

(h)

You might also like