You are on page 1of 8

Jenis-jenis boneka

Jenis-jenis boneka dibahagi kepada lima. Salah satu jenis boneka ialah boneka sarung tangan. Kita mengambil sarung tangan kita yang lama dan mengubahkannya mendaikan badan dan anggota boneka. Kita haruslah mengguunakan semua jari atau sebilangan jari semasa menggunakan boneka sarung tangan. Contohnya ialah:

Selain itu, boneka lidi ialah salah jenis boneka. Ia diperbuat daripada bahan yang lebih keras ataupun tebal. Kita mestilah meletakkan lidi panjang pada badan boneka dan anggota-anggota yang boleh bergerak.

Boneka wayang kulit ialah salah satu boneka wayang kulit. Rupa bentuk boneka ini dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya baruslah dipotong keluar. Biasanya ia dibuat daripada kulit, plastik, lut sinar dan kertas tebal dan ia nipis dan berbentuk dua dimensi. Kita mestilah meletakkan lidi-lidi halus di tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu.

Di samping itu, boneka bertali atau marionette ialah salah satu jenis boneka. Biasanya kita membuat boneka ini dengan menggunakan

bahan-bahan keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Talinya juga di sambung dibahagian yang boleh bergerak.

Jenis boneka yang terakhir ialah boneka tongkat. Ia berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat yang dibuat daripada kayu, rotan, buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka. Ia menggunakan konsep wayang kulit tetapi ia berbentuk tiga dimensi.

You might also like