You are on page 1of 31

YU LEI TAO PAN SIEW NGO LO VUN YAN

Pengertian Pameran
Pameran merupakan kegiatan yang dilakukan oleh seniman untuk menyampaikan idea atau gagasannya kepada publik melalui media karya seni. Pengertian pameran adalah suatu kegiatan pengajian karya seni rupa untuk dikomunikasikan sehingga dapat diapresiasi oleh masyarakat luar.

Menurut Myers, B. (1985) dalam bukunya How To Look At Art= Pameran sebagai satu aktiviti yang melibatkan satu ruang, biasanya galeri atau dewan dan mempamerkan hasil karya seni seperti lukisan, catan, cetakan, arca, ukiran, gambar foto dan karya yang siap.

Pandangan Tokoh

Tujuan Pameran
Tujuan sosial Tujuan sosial bererti bahawa kegiatan pameran baik skala luas (di masyarakat) mahupun skala terbatas (di sekolah). Karya seni yang dipamerkan dipergunakan untuk kepentingan sosial. Hasil penjualan karya seni yang dipamerkan disumbangkan kepada yayasan yatim piatu, pendidikan anak cacat, dan membantu orang yang membutuhkan uluran tangan kita.

Tujuan Komersial Tujuan komersial pameran berkaitan dengan kegiatan untuk menghasilkan profit atau keuntungan terutama bagi seniman. Melalui kegiatan ini seniman dapat menjual karyanya kepada apresiator dan kolektor karya seni.

Tujuan Kemanusiaan Tujuan kemanusiaan kegiatan pameran adalah untuk kepentingan pelestarian, pembinaan nilai-nilai, dan pengembangan hasil karya seni budaya yang dimiliki oleh masyarakat. Media apresiasi bagi masyarakat terhadap karya-karya seniman.

Manfaat Pameran
Menumbuhkan dan menambah kemampuan dalam memberi apresiasi terhadap karya orang lain. Menambah wawasan dan kemampuan dalam memberikan evaluasi karya secara lebih objektif. Membangkitkan motivasi dalam berkarya seni. Melatih dan memupuk kerja kelompok (bekerjasama dengan orang lain). Menambah pengalaman sosial.

Ciri-ciri Pameran
Sebaiknya diselenggarakan bersamaan dengan peristiwaperistiwa khusus. Mempunyai tema dan pusat perhatian (focus). Dalam skala kecil, harus mengajikan secara lengkap hal-hal yang tercakup dalam suatu kegiatan. barang yang disajikan harus jelas, sederhana dan mudah difahami. Harus dalam susunan yang sistematis dan berkelanjutan. Penggunaan jumlah objek secukupnya dan tidak berlebihan . Ruang diatur sehingga menarik perhatian pengunjung. Gunakan dekorasi dari bahan-bahan yang erat hubungannya dengan yang dipamerkan.

Syarat-syarat Pelaksanaan Pameran


Untuk dapat memaksimalkan pelaksanaan pameran hendaknya membuat perencanaan secara tertulis, sehingga persiapan yang harusnya diwujudkan tidak akan menjadi kendala pada saat pelaksanaan. Proposal yang di dalamnya memuat Tema, Tujuan, Pelaksanaan, Pelaksana, Anggaran, adalah wujud perencanaan secara tertulis yang mesti dipersiapkan serta memperhatikan beberapa faktor yang menjadi persyaratan, iaitu: karya yang dipamerkan,

panitia pameran, sarana dan prasarana.

Karya Yang Dipamerkan


Karya seni rupa Homogen

Karya seni rupa yang akan dipamerkan adalah karya yang sejenis. Dikenali sebagai pameran tunggal, iaitu pameran seni rupa yang dilaksanakan oleh seorang seniman dengan mempamerkan karyanya sendiri.
Karya seni rupa heterogen

Karya seni rupa yang dipamerkan adalah campuran berbagai jenis karya seni rupa. diertikan sebagai pameran dari beberapa seniman yang mempamerkan karyanya dalam satu pelaksanaan.

Panitia Pameran
Penyelenggaraan sebuah pameran biasanya dilakukan oleh sebuah panitia. Hal ini untuk mengatur mekanisme kerja secara efektif.

Susunan panitia tersebut dapat ditambah atau dikurang mengikut keadaan.

Sarana dan Prasarana


Dalam suatu pelaksanaan pameran, sarana dan prasarana menjadi syarat mutlak yang harus ada. Hal ini kerena tanpa syuarat ini sebuah pameran tidak akan dapat dilaksanakan. Antara sarana dan prasarana dalam pelaksanaan pameran adalah : o Dana o Ruangan / Tempat o Pencahayaan (Lighting) o Panel-panel untuk memasang karya o Standar display untuk menempatkan karya 3 dimensi. o Sound System o Catalog o Buku tamu o Buku kesan dan Pesan.

Pelaksanaan Pameran
Apabila semua unsur dan syarat pameran sudah dipenuhi, maka sebuah pameran dapat dilaksanakan. Beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam pelaksanaan pameran adalah :
Unsur karya Unsur Informasi Unsur Tempat Unsur cahaya Unsur Penataan Karya

Unsur karya Karya yang dipamerkan harus melalui tahap seleksi dan dikelompokkan menurut jenis dan dimensinya. Hal ini untuk memudahkan pengunjung dalam menikmatinya.
Unsur Informasi karya dilengkapi dengan informasi yang lengkap, antara ialah : judul, waktu pembuatan (tahun), seniman pembuat, bahan yang digunakan, ukuran, dan sebagainya. Informasi ini selain ditulis dalam katalog juga perlu dibubuhkan di sisi karya yang dipamerkan.

Unsur Tempat Agar dapat memberikan kenyamanan bagi pengunjung untuk memgapresiasi karya yang dipamerkan, maka tempat pameran amat penting. Yang paling ideal adalah tempat yang luas, penataan tempat yang baik akan memberi kesan positif bagi pengunjung. Unsur cahaya Apabila cahaya ditempatkan pada posisinya dengan tepat, maka akan memperindah karya yang dipamerkan, sehingga ia akan membantu proses komunikasi seniman dengan apresiator. Unsur Penataan Karya Penataan karya harus tepat, sehingga dapat dinikmati secara optimal oleh pengunjung. Dengan demikian, proses apresiasi berlangsung dengan baik. Penempatan karya yang kurang tepat akan menghambat terjadinya proses apresiasi.

Ahli Jawatankuasa
Pengerusi Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pihak Penasihat dari masa ke semasa. Naib Pengerusi Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.

Setiausaha Menguruskan hal-hal surat menyurat. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan pameran. Penolong Setiausaha Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.

JKK Teknik Bertanggungjawab atas segala perkara berkaitan dengan hal teknikal. Mengurus dan bertanggungjawab menyediakan segala peralatan dan kemudahan. JKK Kewangan Berusaha mendapatkan tajaan, derma dan iklan mengikut sasaran yang ditentukan. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan pameran.

JKK Jemputan & Sambutan Menyambut tetamu khas serta jemputanjemputan lain. Bersama Urusetia bertanggungjawab menyusun atur cara sambutan VVIP semasa perasmian, penutupan dan Jamuan Rasmi. JKK Perasmian dan Penutup Merancang dan menyusun atur cara Perasmian Pembukaan dan Penutupan

JKK Hiasan & Kebersihan Mendapatkan pekerja untuk membantu membersihkan tempat.

JKK Dokumentasi, Rakaman, Siaraya & Publisiti Membuat rakaman Perasmian Pembukaan dan Penutupan dalam video dan gambar untuk didokumentasikan.
JKK Buku Cenderamata Mengedarkan buku-buku cenderamata dan buku program kepada/di tempat ia akan digunakan.

Bahan-Bahan Keperluan Pameran


Bahan-bahan pameran yang dipamerkan adalah berdasarkan pada jenis pameran dengan beberapa pengubahsuaian mengikut keperluan. Hasil-hasil karya dan ciptaan Pemilihan kesemua bahan-bahan rekacipta dan inovatif Bahan-bahan inovatif ICT juga dipamerkan di semua jenis dan peringkat pameran. Contoh e-bahan, e-material, Edu-Web TV.

PROSES PERLAKSANAAN PAMERAN

Sebelum melaksanakan pameran


Bincang dengan ketua unit Berhubung dengan pegawai berkenaan tentang lokasi Kenalpasti lokasi dan saiz ruang pameran
Harus berbincang dengan ketua unit tentang pameran yang akan dilaksanakan.

Mesti berhubung dengan pegawai berkenaan tentang lokasi yang akan digunakan untuk mengadakan pameran.

Harus mengenalpasti tentang lokasi dan saiz ruang pameran terlebih dahulu sebelum digunakan.

Sebelum melaksanakan pameran


Sedia senarai semakan bahan Sedia jadual petugas pameran Beritahu pegawai urusan pameran
Menyediakan senarai semakan bahan yang mana bahan yang akan digunakan semasa pameran diadakan. Setiap ahli jawatankuasa mempunyai tugas masing-masing berdasarkan jadual petugas pameran yang telah disediakan.

Memberitahu kepada pegawai tentang urusan-urusan dalam pameran.

Selepas melaksanakan pameran


Pastikan semua peralatan berfungsi
Memberi taklimat kepada petugas

Petugas berada diruang pameran

Penerangan mengenai bahan

Selepas melaksankan pameran

Bahan disimpan

Sebaik sahaja pameran selesai, bahan atau alat yang telah digunakan dan dipinjam harus disimpan dengan baik dan dikembalikan.

Sediakan laporan

Satu laporan yang lengkap harus disediakan dan seterusnya diberikan kepada penaung dan salinan pada setiap ahli jawatankuasa sebagai tindakan susulan.

CONTOH PAMERAN

PAMERAN SENI

KASIHNYA IBU

Balai Seni Lukis Negara (BSLN) dengan khasnya mengadakan sebuah pameran Seni Rupa bertemakan 'Kasihnya Ibu' sempena sambutan Hari Ibu 2011. Pameran ini merangkumi hasil karya realis figuratif daripada 44 buah karya himpunan tetap BSLN, perupa jemputan dan karya pemenang daripada Pertandingan Fotografi Kasihya Ibu Kasihnya Ibu..karya seni yang mempamerkan hubungan antara ibu dan anak dalam pelbagai media dan dimensi.

PAMERAN PEKERJA SEDUNIA BEREHAT


Bermula pada bulan Mei sehingga 12 Jun 2011 bersempena dengan Hari Pekerja sedunia, Balai Seni Lukis Negara (BSLN) dengan bangganya mempersembahkan pameran yang berjudul BEREHAT Pameran ini memaparkan antara karya-karya terbaik dari koleksi himpunan tetap khazanah seni visual negara. Pameran ini mengambil pendekatan yang berlainan dalam meraikan sumbangan tenaga dan pengorbanan masa para pekerja kaum lelaki dan wanita tanah air dari dahulu sehingga kini. Dari usaha, tenaga dan keringat mereka telah menaik taraf hidup yang kini di nikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.hari ini, dan bagi generasi yang akan datang.

You might also like