You are on page 1of 26

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

OBJEKTIF AM A

UNI T

Memahami bengkel.

dan

mengetahui

amalan

keselamatan yang diamalkan di kilang dan di

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat : Menerangkan kepentingan keselamatan diri di kawasan kilang dan bengkel. Menyatakan apakah faktor penyumbang kepada kemalangan dan bagaimanakah cara untuk menghindarinya. Menghuraikan bagaimana amalan keselamatan dapat dipraktikkan secara efektif dalam pengendalian alat dan mesin di kilang dan di bengkel.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

INPUT
1.0 PENGENALAN UTAMAKAN KESELAMATAN Seperti mana yang anda lihat di mana-mana kilang, bengkel, tapak bina, tapak ujian dan di pelbagai premis yang memerlukan kesedaran keselamatan yang tinggi dikalangan pengguna dan pengunjungnya. Kenyataan tersebut dibuat dalam bentuk papan tanda yang besar atau dilukis dengan jelas dan terang di dinding-dinding premis tersebut. Secara tidak langsung, kenyataan tersebut menggambarkan satu bentuk peringatan yang keras dan jelas berhubung pentingnya aspek keselamatan diutamakan di premispremis tersebut. Apa yang membuatkan keselamatan diberikan penekanan yang lebih adalah kerana persekitaran dan keadaan premis tersebut biarpun dalam keadaan tenang tetapi jika tidak diuruskan dan dioperasikan dengan berhati-hati, ia dengan mudah mengundang bencana besar kepada penggunaannya.

1.1

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN. Kecuaian : Kemalangan sering berlaku disebabkan oleh kecuaian, oleh itu tumpuan terhadap kerja amat penting untuk menghindarkan daripada berlakunya kemalangan. Kejahilan : Pekerja-pekerja harus memahami cara penggunaan dan pengendalian fungsi-fungsi mesin dan alatan yang digunakan. Pemakaian : Pakaian yang longgar, tidak berbutang atau baju berbulu, tali leher, tidak seharusnya dipakai. Pemakaian pakaian keselamatan perlu

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

sentiasa dititik beratkan merangkumi beberapa peralatan keselamatan seperti goggles, apron, sarung tangan, kasut getah dan sebagainya. Kebersihan : keadaan persekitaran di bengkel perlu sentiasa bersih dan kemas. Sesetengah besi bulat seperti batang paip, jika terpijak akan tergelincir dan terjatuh. Lantai bengkel mestilah bebas daripada minyak dan gris. Gunakan bahan buangan yang bersih, bahan buangan yang lama kemungkinan mengandungi besi-besi potongan dan sebagainya. Peralatan Tangan : Pemegang penukul yang telah longgar atau kasar permukaannya tidak seharusnya digunakan lagi. Pemegang files mestilah dipasang dengan ketat, sekiranya tidak, selumbar (tang) akan masuk kedalam tangan. Alatan tangan yang tidak dipasang dengan rapi akan terlucut atau longgar. Apabila menggerudi, adalah perlu untuk memegang benda kerja dengan kemas dan selamat dengan cara mengepitnya dengan ragum. Apabila mencanai (grinding) selalulah memakai topeng mata (goggles). Peralatan Jentera : semua alat dan peralatan berjentera perlu berada dalam keadaan baik dan tiada skru yang longgar atau terkeluar. Pastikan juga roda alat pengasah (abrasive Wheels) dalam keadaan baik dan dan perjalanannya dalam arah dan kelajuan yang betul. Jangan buang atau alihkan bahanbahan buangan berhampiran bahagian alat jentera yang bergerak. Sebarang pembetulan, pengubahan atau penetapan semula (reset) alat mestilah dalam keadaan alat tersebut tidak berfungsi dan tiada arus elektrik yang mengalir ketika itu.

PERINGATAN : Kaji dengan mendalam konsep asas fungsi dan konsep kerja bagi sesuatu jentera, ia termasuklah bagaimana mematikan alat jentera tersebut dalam waktu kecemasan. Jauhkan diri anda dari bahagian yang bergerak. Jangan sesekali membetulkan sebarang alat semasa jentera sedang bergerak dan

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

berfungsi. Biarkan alat jentera yang berpusing atau bergerak berhenti dengan sendirinya jika anda mematikan suis. Hentikan alat jentera sebelum mengukur semula benda kerja. Jangan biarkan orang lain mengawal suis untuk anda (strating switch) ; SATU ORANGSATU JENTERA. Elektrik : Jangan gunakan logam lembut yang rosak. Gunakan alat pekakas yang bertebat dan dibumikan dimana sahaja yang mungkin. Dalam hal apa sahaja sekalipun berhati-hati dengan wayar hidup. Mengangkat : jangan sekali-kali mengangkat gearrs atau sesuatu kerja melainkan benda tersebut tidak terlalu berat. Berhati-hati dengan penggunaan takal pengangkat yang digunakan. Semua rantai, takal, cangkuk yang digunakan mestilah tidak melebihi muatan maksimum peralatan tersebut.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

AKTIVITI UNIT 1
1 2 Bagaimanakah faktor pakaian boleh menyebabkan berlakunya kemalangan? Jelaskan faktor kemalangan yang diakibatkan oleh peralatan tangan dan jentera. 3 Senaraikan secara ringkas 8 faktor penting yang menyebabkan kemalangan di bengkel. 4 Apakah kemungkinan buruk yang akan berlaku sekiranya anda membiarkan orang lain mengawal suis jentera yang anda sedang kendalikan?

Fahamkan dengan jelas maksud soalan sebelum menjawab.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

MAKLUMBALAS UNIT 1 (A)


1. Pakaian yang longgar, tidak berbutang atau baju berbulu, tali leher, tidak seharusnya dipakai. Sebagai contoh, tali leher yang dipakai mungkin tersepit pada mesin semasa membongkok. 2. Peralatan tangan : komponen alat tangan yang tidak ketat dan longgar seperti besi tukul yang longgar atau pemasangan skru yang longgar menyebabkan alat tangan hilang berubah sifat dan mendatangkan bahaya. Peralatan jentera : bahagaian yang bergerak jika tidak dipasang dengan betul akan mendatangkan bahaya. Contohnya piring gergaji pada Radial Arm Saw, jika ikatan skrunya longgar piring yang berputar pada halaju tinggi mungkin akan terkeluar yang sangat merbahaya jika terkena tubuh. 3. a kecuaian b. kejahilan c. pemakaian d. kebersihan e. peralatan tangan f. peralatan jentera g. elektrik h. mengangkat 4. Kemungkinan berlakunya salah faham yang menyebabkan rakan mengaktifkan mesin pada masa anda tidak bersedia dan sedang melakukan kerja pada mesin tersebut. Kecederaan mungkin berlaku.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

INPUT
1.2
MENERANGKAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA BERADA DIDALAM BENGKEL Terdapat beberapa aspek keselamatan yang perlu diambil kira. Aspek-aspek ini merangkumi beberapa perkara utama : 1.2.1 SIKAP : Terdapat beberapa cara yang dapat membina sikap positif terhadap keselamatan. Antaranya adalah seperti dibawah : Menunjukkan teladan yang baik semasa berada didalam bengkel pensyarah ataupun pengajar perlu menitikberatkan aspek keteladanan yang memainkan peranan penting dalam membentuk sikap dan sahsiah para pelajarnya. Contoh : Pensyarah memperlihatkan imej yang baik dari segi pemakaian dan tatacara penggunaan alat mengikut prosedur agar dapat dicontohi oleh pelajar. Mengadakan taklimat atau ceramah keselamatan menganjurkan ceramah/taklimat berhubung dengan keselamatan di bengkel dari masa ke semasa sebagai satu usaha berterusan menyedarkan para pelajar tentang amalan keselamatan yang baik. Ceramah dan taklimat ini boleh disertakan bersama kempen-kempen keselamatan atau Minggu Keselamatan . hal ini dapat menarik minat pelajar seterusnya kesedaran berterusan akan terus dapat dipupuk.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

Sifat cermat, bertanggungjawab dan timbang rasa bergantung kepada pembentukan sikap dan perasaan yang rasional.

1.2.2

ORGANISASI : Dalam usaha membentuk disiplin yang tinggi dikalangan pelajar dalam menjalankan kerja di bengkel, adalah penting diwujudkan satu organisasi pentadbiran dikalangan pelajar bagi tujuan penyelarasan serta memastikan kerja-kerja dijalankan dalam keadaan teratur, berdisiplin dan penuh tanggungjawab. Contoh Organisasi paling asas adalah terdiri daripada Foreman, Penolong Foreman dan Pelajar-pelajar. Foremans sebagai ketua bengkel bertanggungjawab memastikan disiplin terkawal selain bertindak sebagai penyelia terhadap kerja pelajar-pelajar dalam menentukan cara kerja yang teratur dan sistematik. Foreman juga bertindak melantik petugas-petugas yang berfungsi dalam hal-hal kebersihan, keselamatan alat dan disiplin. Secara tidak langsung ia dapat membantu pensyarah mengawal kelas seterusnya menguatkuasakan peraturan dan meningkatkan keselamatan.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 1.2.3 PERATURAN AM KERJA-KERJA PERABOT

7102

Dalam melaksanakan kerja-kerja pembuatan perabot, terdapat beberapa peraturan am yang perlu diambil kira : Anda dimestikan memakai pakaian yang sesuai semasa menjalankan kerja-kerja amali didalam bengkel. Menjaga alat-alat yang telah dipinjam dari stor seterusnya memulangkan alatan yang telah diambil kembali ke tempat asalnya. Paku-paku, habuk-habuk, potongan-potongan kayu perlulah

dipastikan tidak berada diatas meja kerja. Kebersihan diatas meja kerja adalah sangat penting. Pastikan sebelum anda meninggalkan bengkel, anda sudah mengemas segala alat dan pekakas pertukangan tidak tertinggal diatas meja atau dimana-mana kawasan bengkel. Demikian juga dengan alatan jentera, pastikan suis-suis setiap jentera dimatikan. Jika pensyarah/juruteknik tiada didalam bengkel, anda dilarang sama sekali melakukan sebarang kerja atau menggunakan mesin tanpa diawasi oleh pensyarah/ juruteknik. 1.2.4 ALATAN DAN PAKAIAN KESELAMATAN Merangkumi aksesori yang dipakai semasa menjalankan kerja-kerja seperti ; a) Topi Keselamatan dipakai bagi melindungi bahagian kepala. b) Goggles sebagai pelindung mata dari habuk atau bendasing. c) Sarung tangan getah dipakai semasa mengandalikan cat-cat, bahan kimia pelarut, mengangkat kepingan kayu dan sebagainya.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

10

d) Kasut getah dipakai untuk mengelakkan kecederaan kaki selain bertindak mengelakkan tegelincir aripada minyak atau gris. e) Apron sebagai pelindung dada dan pakaian terutamanya emasa kerja-kerja mengecat dan kemasan akhir dilakukan. f) Penutup hidung melindungi pernafasan dari habukhabuk kayu dan semburan kimia. g) Penutup telinga melindungi telinga daripada bunyi bising yang melampau semasa kerja-kerja pemesinan kayu dijalankan.

Gambar menunjukan satu contoh pemakaian keselamatan yang baik semasa kerja dibengkel.

PAKAILAH PAKAIAN KESELAMATAN YANG SESUAI SEMASA KERJA TIRU MACAM SAYA!

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

11

AKTIVITI UNIT 1
1 2 Jelaskan 2 cara yang dapat membina sikap positif terhadap keselamatan. Nyatakan fungsi-fungsi alat keselamatan berikut : a) Topi Keselamatan b) Goggles c) Kasut Getah d) Penutup Telinga 3 Dalam melaksanakan kerja-kerja pembuatan perabot, terdapat 5

peraturan am yang perlu diambil perhatian, nyatakan 3 daripadanya.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

12

MAKLUMBALAS UNIT 1 (B)


1 a) Menunjukan teladan yang baik semasa berada didalam bengkel pensyarah ataupun pengajar perlu menitikberatkan aspek keteladanan yang memainkan peranan penting dalam membentuk sikap dan sahsiah para pelajarnya. b) Mengadakan taklimat atau ceramah keselamatan menganjurkan ceramah/taklimat berhubung dengan keselamatan di bengkel dari masa ke semasa sebagai satu usaha berterusan menyedarkan para pelajar tentang amalan keselamatan yang baik. 2 a) Topi Keselamatan dipakai bagi melindungi bahagian kepala. b) Goggles sebagai pelindung mata dari habuk atau bendasing. c) d) Kasut getah dipakai untuk mengelakkan kecederaan kaki selain bertindak Penutup telinga melindungi telinga daripada bunyi bising yang melampau mengelakkan tegelincir aripada minyak atau gris. semasa kerja-kerja pemesinan kayu dijalankan. 3 Anda dimestikan memakai pakaian yang sesuai semasa menjalankan kerja-kerja amali didalam bengkel. Menjaga alat-alat yang telah dipinjam dari stor seterusnya memulangkan alatan yang telah diambil kembali ke tempat asalnya. Paku-paku, habuk-habuk, potongan-potongan kayu perlulah dipastikan tidak berada diatas meja kerja. Kebersihan diatas meja kerja adalah sangat penting.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

13

INPUT
Kita telah pun mengetahui jenis-jenis dan pakaian keselamatan yang sesuai ditempat kerja. Namun demikian, satu lagi perkara yang mungkin berlaku ialah risiko kebakaran. 1.2.5 BAHAYA KEBAKARAN. Punca Bahaya. - kebakaran boleh berlaku disebakan pelbagai punca, umpamanya : a) kebakaran disebabkan terbakarnya kayu, kain, minyak, kertas, dan sampah sarap. Tempat-tempat yang terdedah kepada bahaya ini ialah persekitaran tempat kerja. b) Kebakaran adalah disebabkan oleh cecair yang mudah terbakar seperti, petrol, minyak gris, cat, alcohol, asid, silinder gas dan sebagainya. c) Kebakaran boleh disebabkan oleh arus elektrik. Ini kebanyakkannya disebabkan oleh pendawaian yang rosak dan salah. Pemeriksaan hendaklah dilakukan setelah menggunakan alat atau mesin. 1.2.6 LANGKAH_LANGKAH PENCEGAHAN KEBAKARAN Untuk mecegah kebakaran, langkah-langkah berikut haruslah dilakukan : a) bahan yang mudah terbakar hendaklah disimpan di tempat yang selamat b) alat pemadam kebakaran dari jenis yang baik hendaklah diletakkan di tempat yang mudah mengendalikannya. c) Pemadam api hendaklah diletakkan di dinding dengan ketinggian yang sesuai

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

14

d) Pastikan kelengkapan pemadam api tidak terlindung dari penglihatan. e) Gunakan pakaian dan alat-alat yang mempunyai ketahanan haba jika bekerja di tempat yang mudah terbakar. f) Lakukan latihan mecegah kebakaran jika berlakunya kebakaran. Biasakan diri dengan bunyi loceng amalan kebakaran dan pastikan tempat letak pintu kecemasan. 1.2.7 ALAT-ALAT PENCEGAH KEBAKARAN Alat pencegah kebakaran ataupun alat pemadam api terbahagi kepada lima jenis bergantung kepada jenis bahan yang digunakan : a) Jenis Katrij Air b) Jenis Buih c) Jenis Karbon Dioksida d) Jenis Serbuk kering e) Jenis Pasir Cara penggunaan alat pemadam api ini berbeza mengikut jenis alat terbut. Dan juga jenis kebakaran yang berlaku seperti di muka sebelah :

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

15

Cara penggunaan alat pemadam api :

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

16

Pemadam-pemadam api ini perlu dilakukan pemeriksaan yang berjadual oleh Jabatan Bomba seperti yang tertera di label alat tersebut bagi memastikan alat pemadam api tersebut dapat berfungsi dengan baik pada bila-bila masa yang diperlukan. Kaedah penggunaan alat pemadam api ini terkandung dalam manual penggunaan yang tertera pada alat tersebut. NOTA PENTING : Adalah menjadi satu kemestian bagi setiap bengkel mempunyai pelan laluan kecemasan jika berlakunya kebakaran. Pelan kecemasan ini bertindak sebagai panduan kepada pengguna premis untuk memudahkan meraka keluar daripada premis tersebut dengan cepat, teratur dan selamat. Rajah dibawah adalah satu contoh pelan keluar di sebuah bengkel jika berlakunya kebakaran :

Rajah menunjukan susunatur bengkel dan pelan keluar jika berlakunya kecemasan. 1.2.8 KOTAK PERTOLONGAN CEMAS (FIRST AID KIT)

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

17

Satu alat yang sangat penting sekiranya berlakunya kecemasan yang melibatkan kecederaan. Kotak pertolongan cemas ini dapat membantu mengubati bagi kecederaan ringan seperti luka kecil, terseliuh, dan sebagainya. Kit pertolongan cemas ini juga amat berguna sebagai bantuan awal jika berlakunya kecederaan berat seperti kepatahan, luka besar dan sebagainya. Ubatan yang terkandung dan kelengkapan perubatan yang ada perlu diperiksa dan dikemaskinikan sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi memastikan ubat-ubatan dalam keadaan baik dan peralatan mencukupi. Berikut adalah senarai ubatan dan alatan serta cara menggunakannya bagi setiap kotak kecemasan : Ubatan Dan Alatan Selvon Gentian Biru (Blue Lotion) Larutan Iodin Ubat Cium (Smelling Salt) Kapas Kegunaan Dan Rawatan Untuk merawat luka dan kudis Untuk merawat luka atau kudis Untuk Merawat Luka Untuk Untuk menyedarkan menyapu mangsa luka, yang pengsan menyapukan ubat pada luka dan sebagai penutup luka. Kain Pembalut Krim Antiseptik Radian Massage Untuk mebalut luka atau anggota yang terseliuh Untuk Merawat kudis yang besar dan bernanah. Untuk merawat sakit otot, untuk mengurut badan. Krim Anti-Lecur Untuk merawat meredakan kulit sakit yang dan terbakar dan melecur/ melepuh. Pil Penahan sakit (Pain Killer) Untuk dan memanaskan

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Minyak Urut pening kepala.

7102

18

Untuk disapukan pada anggota yang terseliuh, koma atau patah.

Merawat kecederaan ringan. Sekiranya terdapat pelajar yang mengalami kecederaan walaupun kecederaan ringan, pastikan, ia diberi rawatan segera disamping memaklumkan kepada guru ataupun orang yang bertanggungjawab. Pelajar seharusnya mengetahui cara merawat kecederaan ringan seperti luka dan melecur. Lukaluka kecil boleh dirawat dengan membasuh luka tersebut, sapukan ubat luka pada luka dan balut. Bagi kecederaan yang lebih teruk, hendaklah dirujuk kepada guru untuk merawatnya ataupun dibawa ke hospital Merawat Mangsa renjatan Elektrik. Renjatan elektrik boleh menyebabkan mangsa pengsan atau menemui maut dalam masa yang singkat sahaja. Oleh itu, bantuan segera hendaklah diberikan : a) berhentikan bekalan elektrik dengan cara mematikan suis litar atau suis utama . b) jika suis bekalan tidak dapat dimatikan, pindahkan mangsa supaya tidak tersentuh dengan punca bekalan. Gunakan bahan penebat seperti sarung getah atau kain tebal. INGAT! JANGAN SENTUH MANGSA TANPA ALAT PENEBAT! c) Jauhkan bahan-bahan yang basah atau lembab atau pengalir haba seperti besi, zink, dan sebagainya dari kawasan yang terlibat.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN d) Periksa pernafasan Holger Nelson Cara Mulut Ke Mulut Cara Mulut Ke Hidung Cara Schafer mangsa.

7102 Beri

19

bantuan

pemulihan pernafasan dengan kaedah berikut :

Cara Pemulihan Jantung Dari Luar (CPR)

e) laporkan kepada pasukan pertolongan cemas untuk mendapatkan rawatan lanjut. f) Rawat mangsa jika ia mengalami kecederaan. mangsa. Selimutkan mangsa supaya dapat memanaskan badannya. h) Dapatkan rawatan doctor seberapa segera. g) Hindarkan orang ramai daripada mengerumuni

SILA BUAT PEMBACAAN SEMULA UNTUK PEMAHAMAN YANG LEBIH JELAS

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

20

AKTIVITI UNIT 1 (C)


1 Kebiasaannya terdapat 3 punca yang menyebabkan kebakaran. Jelaskan dengan terperinci ketiga-tiga punca tersebut beserta contoh-contohnya. 2 C K K A S S F T P S S Q B Terdapat 5 jenis alat pemadam api yang tersembunyi dalam teka silangkata dibawah. Anda dikehendaki mencari kesemuanya. E D A F S G U P I M K U R M G R T E R B U T N I W P N U B A R L I J U H R P T I K O E B I L K E U T U D A E N D U K J N D K R R M D A D S K H S A S T I I N X E I K K L E A I R U P I C T O R E H I A B R F A R N M K J R U K A M B S S P B B S L I A L E A N E I F Y C I P N T P C D T R R T U K D Q G M O B C F B U V P O A D C B U N S K U J X

Isikan tempat kosong dibawah mengikut kesesuaian ubatan tertentu. UBATAN DAN ALATAN Gentian Biru KEGUNAAN DAN RAWATAN

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

21

Untuk merawat kudis yang bernanah Untuk merawat luka dan kudis Krim Anti-Lecur Untuk meredakan tasik dan Minyak Urut Ubat Cium Radian Massage pening kepala Untuk disapu pada anggota yang terseliuh

4 Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil jika seseorang itu terkena renjatan elektrik. 5 Terdapat lima kaedah untuk bantuan pemulihan pernafasan, senaraikan 4 daripadanya.

MAKLUMBALAS UNIT 1 (C)

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

22

1. a) kebakaran disebakan terbakarnya kayu, kain, minyak, kertas, dan sampah sarap. Tempat-tempat yang terdedah kepada bahaya ini ialah persekitaran tempat kerja. b) Kebakaran adalah disebabkan oleh cecair yang mudah terbakar contohnya, petrol, minyak gris, cat, alcohol, asid, silinder gas dan sebagainya. c) Kebakaran boleh disebabkan oleh arus elektrik. Contohnya pendawaian yang salah. 2 K K S A S R T E B R O B I N U J A I H I U B 3 UBATAN DAN ALATAN Gentian Biru Krim Antiseptik Selvon Krim Anti-Lecur Pil Penahan Sakit (Pain-Killer) Minyak Urut KEGUNAAN DAN RAWATAN Untuk merawat luka atau kudis Untuk merawat kudis yang bernanah Untuk merawat luka dan kudis Untuk merawat kulit yang terbakar/melepuh Untuk meredakan sakit dan pening kepala Untuk disapu pada anggota yang terseliuh P A S I R R D K I K O E K R S I I N D G A

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Ubat Cium Radian Massage

7102 Untuk menyedarkan mangsa

23

yang pengsan Untuk merawat sakit otot, mengurut dan memanaskan badan.

4 a) b) berhentikan bekalan elektrik dengan cara mematikan suis litar atau suis utama . jika susis bekalan tidak dapat dimatikan, pindahkan mangsa supaya tidak tersentuh dengan punca bekalan. Gunakan bahan penebat seperti sarung getah atau kain tebal. Jauhkan bahan-bahan yang basah atau lembab atau pengalir haba seperti besei, zink, dan sebagainya dari kawasan tang terlibat. c) d) e) Periksa pernafasan mangsa. Beri bantuan pemulihan pernafasan dengan kaedah berikut : laporkan kepada pasukan pertolongan cemas untuk mendapatkan rawatan lanjut. Rawat mangsa jika ia mengalami kecederaan. supaya dapat memanaskan badannya. g) Dapatkan rawatan doctor seberapa segera. 5 a) Holger Nelson b) Cara Mulut Ke Mulut c) Cara Mulut Ke Hidung d) Cara Schafer e) Cara Pemulihan Jantung Dari Luar (CPR) f) Hindarkan orang ramai daripada mengerumuni mangsa. Selimutkan mangsa

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

24

PENILAIAN KENDIRI 1
1 Mengapakah peraturan keselamatan dan undang-uandang di bengkel itu penting dan perlu dipatuhi setiap masa? 2 Terangkah langkah-langkah penggunaan bagi pemadam api Jenis Katrij Air dan Jenis Buih 3 Pada situasi apakah penggunaan Goggles amat perlu digunakan?

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 4

7102

25

Pada hemat anda apakah lokasi yang sesuai untuk menempatkan kotak pertolongan cemas di bengkel dan kenapakah lokasi itu dipilih?

Mengapakah sesuatu organisasi perlu diadakan di setiap bengkel.

Bagaimana mudah bukan? Hanya jika and.a memahami dengan jelas input dalam unit yang diberikan. Anda juga adalah digalakkan untuk mendapatkan lebih banyak panduan keselamatan dari pelbagai sumber alternatif seperti Internet, rujukan tambahan di Perpustakaan dan sebagainya..

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI 1


1. Dengan mematuhi peraturan keselamatan, sebarang risiko yang melibatkan kemalangan jiwa @ pancaindera serta kerosakan terhadap alat dan mesin akan dapat dihindari. 2. a) Katrij Air - cabut pin penutup halakan muncung ke pangkal api hampiri kebakaran tekan tuil goncangkan tabung

b) Jenis Buih

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN tarik tuil dan pusingkan ke kanan terbalikkan tabung halakan muncung ke pangkal api hampiri kebakaran tekan tuil

7102

26

3. Penggunaan goggles amat perlu digunapakai semasa kerja-kerja pemotongan kayu yang menggunakan mesin. Hal ini disebabkan oleh habuk-habuk kayu semasa kerja pemotongan akan mudah masuk kedalam mata sekiranya tidak menggunakan goggles. 4. Kotak pertolongan cemas sesuai diletakkan di dalam bilik penyarah agar ia mudah diambil dan tidak disalahgunakan oleh para pelajar. 5. organisasi memainkan peranan yang penting kerana struktur organisasi yang baik akan melancarkan perjalanan kerja dan secara langsung kerja tersebut akan lebih tersusun dan teratur.

Bagaimana? Bersedia melangkah ke unit berikutnya?

You might also like