You are on page 1of 9

LAGU RAKYAT, LAGU TRADISIONAL & LAGU KANAK-KANAK

PISMP 4.10

LAGU RAKYAT
Lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari sesutu kawasan dalam Alam Melayu tidak kira kawasan itu terletak di negara Indonesia, Malaysia, Singapura,Brunei. Menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun scenario semasa di kawasan tersebut.

Dinyanyikan semasa bermain, mendodoikan anak, hiburan setelah penat membanting tulang dan juga semasa majlis-majlis keraian. Didendangkan secara berkumpulan oleh anakanak dara sunti dan kanak-kanak Melayu.

CONTOH LAGU RAKYAT


Ala Canggung Anak Ayam Anak Itik Tok Wi Bapaku Pulang Dari Kota Burung Kakak Tua Can Mali Can Geylang Si Paku Geylang Jambatan Tamparuli

LAGU TRADISIONAL
Lagu-lagu tradisional boleh kita klasifikasikan sebagai juga satu bentuk sastera lama dalam genre puisi. Serupa juga dengan sastera rakyat ianya berkembang dalam masyarakat Melayu lama kemudian titis-menitis dari satu keturunan kepada satu keturunan secara lisan

Kebanyakan lagu-lagu tradisional ini telah lama dilupakan dan kurang diingati oleh masyarakat sekarang, namun usaha-usaha masih boleh dijalankan. Antara kesukaran yang dihadapi ialah kebanyakkan lagu yang berkaitan dengan lagu tradisi ialah berkaitan dengan dialek.

BENTUK-BENTUK PUISI DALAM LAGU TRADISIONAL


Syair Pantun Puisi lama

PENJENISAN LAGU-LAGU TRADISIONAL


Untuk kanak-kanak Untuk orang dewasa atau muda Digunakan oleh bomoh dalam upacara perubatannya khususnya jampi serapah atau puja-memuja minta pertolongan kepada makhluk halus dan hal yang seperti ini adalah jarang atau tidak kedapatan lagi.

LAGU KANAK-KANAK
Ciri-ciri:

1. Senikata lagu haruslah mudah difahami dan banyak pengulangan


2. Setiap rangkai lagu haruslah mengandungi bilangan suku kata yang seimbang. 3. Hujung rangkai mengandungi rima. 4. Mestilah mempunyai pengulangan pada melodi lagu. 5. Pengulangan corak irama dalam lirik lagu. 6. Senikata haruslah sesuai untuk dilakukan gerakan.

7. Rentak dan irama muzik iringan tidaklah terlalu berat.


8. Tema lagu mestilah berkaitan pengalaman dan persekitaran harian kanak-kanak

You might also like