You are on page 1of 102

BAHAGIAN 1 SEJARAH PERKEMBANGAN PERMAINAN BOLA TAMPAR

Bola

tampar

merupakan

suatu

permainan

bukan

sahaja

untuk

pertandingan malah untuk kecergasan dan riadah. Permainan ini terkenal di seluruh dunia kerana ia adalah sukan untuk semua; untuk orang ramai termasuk orang yang cacat anggotanya. Permainan ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja; di taman, di tepi pantai atau di kawasan lapang. Bola tampar merupakan permainan berpasukan tanpa sentuhan fizikal dan dengan itu mengurangkan kecederaan individu dan menambahkan keseronokan bemain. Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1985 di Gimnasium Y.M.C.A, Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof. William J. Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Permainan ini berasal dari dua jenis permainan lain, iaitu tenis dan bola kerangjang. Prof. Morgan menggabungkan jaring tenis dan bola keranjang. Pada mulanya bola tampar dikenali dengan nama Mintonette, tetapi diubah kepada Volleyball oleh Prof. H.T. Halstead pada tahun 1896. Walaupun perkembangan bola tampar agak perlahan, ia dikembangkan dengan meluas melalui pergerakan Y.M.C.A.. Kanada merupakan negara luar pertama menerima permianan bola tampar, iaitu pada tahun 1900. Selepas itu ia diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Cuba pada tahun 1905, Puerto Rico (1909), Filipina (1910), Uruguay (1912) , China (1913) dan Jepun (1917).

Semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua, anggota-anggota angaktan tentera Amerika Syarikat telah memperkenalkan permainan bola tampar ke Asia dan Eropah. Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang

dipertandingkan. Undang-undang permainan dicetak pada tahun 1897 dalam buku panduan The North Amerika YMCA Athletic League. Undang-undang permainan itu telah diubah suai beransur-ansur sejak tahun 1900. Buku undang-undang yang pertama telah diterbitkan pada tahun 1916 oleh Y.M.C.A. di Amerika Syarikat. Dalam tahun 1922, Kejohanan Bola Tampar Pertama Y.M.C.A. dimulakan di Amerika Syarikat. Berikutan ini Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928. Sejurus kemudian persatuan-persatuan bola tampar telah ditubuhkan di Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipna. Perancis, Itali dan Belgium masing-masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936, 1945 dan 1946. Pada tahun 1947, Federation Internationale de Volleyball (FTVB), persatuan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan. Selepas penubuhan FTVB, undang-undang permainan yang berasaskan undang-undang Amerika Syarikat telah dikemaskini dan

diselaraskan. Pada masa ini FTVB mempunyai sejumlah 175 anggota persatuan kebangsaan, termasuk Malaysia.

Selepas

FTVB

ditubuhkan,

banyak

pertandingan

antarabangsa

dianjurkan. Pada tahun 1948, Kejohanan Bola Tampar Eropah Pertama diadakan di Rom. Kejohanan Dunia Pertama (bahagian lelaki) diadaka di Prague pada tahun 1949 dan Rusia telah muncul sebagai johan. Kejohanan Dunia

Kedua (untuk lelaki) dan pertama kali untuk wanita telah diadakan di Paris dalam tahun 1951. Dalam Kejohanan Dunia Ketiga di Moscow pada tahun 1952, ia telah menarik minat 60 000 penonton. Rusia menjuarai kedua-dua bahagian tersebut. Dalam tahun 1948, bola tampar telah dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik ke-18 di Tokyo, Jepun. Rusia merupakan johan bahagian lelaki dan Jepun sebagai johan bahagaian wanita. Dalam tahun 1965, bola tampar diterima secara rasmi sebagai permainan Olimpik di Kongres Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa di Madrid. Berikutan ini bola tampar terus dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik di Mexico City (1984), Seoul (1988) dan Barcelona (1992).

WILLIAM G. MORGAN ( 1870-1942 )

William G. Morgan ( 1870-1942 ), merupakan anak kelahiran New York yang tercatat dalam sejarah sebagai pengasas permainan bola tampar dan nama asalnya ialah MINTONETTE. Ketika mudanya, Morgan melanjutkan pengajiannya di Springfield College of The Young Mens Christian Association dan bertemu dengan James Naismith pada tahun 1891 iaitu pengasas permainan bola keranjang. Selapas menamatkan pengajian, beliau menghabiskan tahun pertamanya di Auburn ( Maine ) YMCA. Kemudian selepas musim panas pada tahun 1896 beliau berpindah ke YMCA di Holyoke ( Massachusetts ) dan dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Jasmani. Jawatan ini telah telah memberi beliau peluang untuk memperkenal, memperkembang dan mengarahkan pelbagai program latihan dan kelas kesukanan untuk lelaki dewasa. Kepimpinan beliau telah diterima oleh semua pihak dan bilangan pelajar di kelas beliau semakin meningkat. Beliau menyedari bahawa beliau memerlukan sejenis permainan rekreasi dalam usaha untuk meneruskan program beliau. Permainan bola keranjang ketika itu baru berkembang dan sesuai untuk orang muda tetapi ia adalah satu keperluan untuk mendapatkan satu alternatif untuk orang yang lebih berumur dalam satu permainan yang kurang membebankan.( Less violent and less intense ).

TAHUN-TAHUN PENTING DALAM SEJARAH BOLA TAMPAR

Tahun 7 1896 1900 1916 1917 1922 1928

Sejarah Bola Tampar Julai Permainan pertama di Springfield College Bola yang lebih khusus telah dicipta Teknik mengumpan dan merejam ( set & spike ) telah diperkenalkan di Filipina. Mata permainan telah ditukar dari 21 ke 15. Kejohanan pertama dilangsungkan di Brooklyn, New York dan sebanyak 27 pasukan dari 11 negara telah menyertai. Menubuhkan Unites States Volleyball Association ( USVBA @ USA Volleyball ) U.S Open pertama dan dibuka

1930 1934 1937 1947 1948 1949 1964 1965 1974 1975

kepada bukan skuad YMCA. Permainan bola tampar pantai dimainkan oleh 2 pemain. Pengadil Bola Tampar Kebangsaan telah dipersetujui. The US Volleyball Association sebagai badan rasmi di peringkat antarabangsa. Ia diperkenalkan dalam persidangan AAU di Boston. Menemui The Federation International De Volleyball Ball ( FIVB ) Permainan bola tampar pertama dilangsungkan. Kejohanan Dunia berlangsung di Parague Czechoslavakia. Memperkenalkan permainan bola tampar di sukan Olimpik di Tokyo. The California Beach Volleyball Association (CBVA) ditubuhkan. Kejohanan Dunia Mexico disiarkan di Jepun. Pasukan Kebangsaan Wanita US membuat latihan bergerak di Pasadena Texas. 1979 ke Colorado Springs, Coto De Caza dan Fountion Valley. 1980 ke Calfornia dan San Diego pada tahun 1985. Pasukan Kebangsaan Lelaki bermula di Dayton kemudian di San Diego pada tahun 1981. The Association of Volleyball Profesionals (AVP) telah ditubuhkan. Pasukan US memenangi medal pertama di kejohanan Olimpik di Los Angeles. Pasukan lelaki Emas dan pasukan wanita Perak.

1977 1983 1984

1986 1987 1988 1989 1990 1992 1994 1995 1996

The Womens Profesional Volleyball Association (WPVA) FIVB menambah Siri Kejohanan Dunia Bola Tampar Pantai. Pasukan Kebangsaan Lelaki US mengulangi kejayaan emas di Olimpik Korea. Program Bantuan Sukan Diadakan oleh FIVB. Menganjurkan Liga Dunia 4 pemain Pro Beach League bermula di USA. Volleyball World Wide ditubuhkan. Permainan bola tampar 100 tahun. Bola Tampar Pantai, 2 pemain disenaraikan dalam Olimpik.

SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA TAMPAR DI MALAYSIA

Permainan bola tampar diperkenalkan di Pulau Pinang dan Selangor dalam masa yang lebih kurang sama, iaitu pada suku pertama abad ke-20. Di Pulau Pinang, permainan ini diperkembangkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang dari Universiti Chi-Nan, Shanghai. Pasukan Mekanik Pulau Pinang merupakan

pasukan bola tampar yang pertama di Pulau Pinang, ditubuhkan di sekitar 1926/27. Dalam tahun 1927, pertandingan Liga Bola Tampar Selangor dimulakan. Pertandingan ini melibatkan pasukan-pasukan dari Klang dan Kuala Lumpur. Permainan ini bekembang dengan tertubuhnya Y.M.C.A. Tetapi pada masamasa berikutnya, perkembangan sukan bola tampar di Selangor tidak begitu jelas, dan tidak banyak aktiviti yang dijalankan. Dalam tahun 1932, Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar Pulau Pinang ditubuhkan. Beberapa kejohanan kemudiannya telah dianjurkan dan sukan bola tampar menjadi popular seperti badminton dan bola keranjang khususnya di negeri ini. Dalam tahun 1935, pasukan bola tampar yang terdiri daripada orangorang Cina Malaya telah menyertai Kejohanan Sukan (Mini Olimpik) di seluruh Cina di Shanghai. Peryertaan pasukan ini telah mendorong Persaturn Bola Keranjang dan Bola Tampar Pulau Pinang untuk memperluaskan pekembangan sukan ini terutama di kalangan masyarakat Cina. Seterusnya ia telah membawa kepada penubuhan Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar Cina Malaya pada tahun 1935. Persatuan ini telah mengadakan pertandingan antara negerinegeri dalam usaha untuk memperkembangkan sukan bola tampar. Pada bulan April 1937, Kejohanan ini melibatkan behagian lelaki dan wanita. Singapura telah muncul sebagai johan, sementara naib johan ialah Pulau Pinang. Aktiviti sukan bola tampar tergendala semasa Perang Dunia Kedua, tetapi ia dihidupkan kembali selepas perang. Walau bagaimanapun selepas kejohanan

antara negeri pada tahun 1951, kegiatan sukan ini terhenti sekali lagi tanpa sebarang pertandingan. Pada tahun 1959, satu usaha untuk memupuk minat terhadap sukan ini dikaji oleh para perwakilan Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam satu mesyuarat di Pulau Pinang. Hasil pertemuan itu, Persatuan Bola Tampar Amatur Malaya ditubuhkan. Persatuan ini telah menganjurkan kejohanan bola tampar kebangsaan (antara negeri) yang pertama pada tahun 1960. Pada tahun 1962, persatuan ini telah bergabung dengan Persekutuan Bola Tampar Dunia dan berikutnya telah menjadi ahli penuh dlam Majlis Olimpik Malaya. Pada tahun 1966, persatuan ini telah menganjurkan kejohanan kebangsaan kedua di Bentong dan bahagian wanita turut dipertandingkan. Pada tahun 1962, buat pertama kalinya Malaya telah menyertai kejohanan peringkat antarabangsa, iaitu di Sukan Asia Keempat di Jakarta. Pada tahun 1965, Malaysia telah mengambil bahagian dalam Sukan SEA di Kuala Lumpur apabila sukan ini diperkenalkan.

PENGENALAN

Bola tampar merupakan sukan yang dimainkan di kebanyakan negara di dunia. Tinjauan tahun 1970 bagi pihak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, telah melaporkan bahawa bola tampar dan bola keranjang mempunyai jumlah pemain berdaftar yang sama banyak, dengan bilangan lebih kurang 65 juta pemain untuk setiap jenis sukan itu (Buku Panduan Jurulatih Antarabangsa,

hal.12). Populariti permainan ini meningkat apabila Jepun menyertakan bola tampar sebagai sukan yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik 1964. Walaupun Amerika Syarikat merupakan negara asal yang mencipta permainan bola tampar, tetapi hanya pada pertengahan tahun 1980-an barulah negara ini menyediakan kepimpinan dan perkembangan yang pesat untuk permainan ini. Pada tahun 1984, pasukan lelaki dan wanita Amerika Syarikat buat kali pertamanya memenangi pingat bola tampar Sukan Olimpik. Pasukan lelaki menewaskan pasukan Brazil untuk merangkul pingat emas, dan pasukan wanita tewas kepada pasukan China dengan memperolehi pingat perak. Kemenangan ini telah membuka minat kepada golongan rakyat Amerika Syarikat. Ciri-ciri permainan ini membolehkan peminatnya untuk menceburkan diri tanpa mengira tahap kecekapan. Sama ada ia dimainkan semasa perkelahan atau dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Permainan ini tetap pantas, bertenaga, menyeronokkan dan mencabar. Bola tampar boleh dianggap sebagai sukan sepanjang hayat dan ia boleh diserapkan kepada semua peringkat umur dan kemahiran. Pada masa kini, bola tampar sangat popular sebagai permainan rekreasi di kalangan liga dalam pertubuhan perniagaan, masyarakat, dan program intramural sekolah. Dalam kejohanan Bola Tampar Amerika Syarikat setiap tahun sebagai tambahan kepada kejohanan terbuka,pemenangnya diiktiraf dalam senarai senior (perempuan melebihi 30 tahun, lelaki 35 tahun ke atas) dan Golden Masters (lelaki 45 tahun ke atas). Kedua-dua kumpulan yang ditubuhkan ini

memberi peluang kepada pemain untuk terus bergiat dalam permainan bola tampar pada peringkat pertandingan yang tertinggi walaupun umur telah meningkat. Selain peringkat pertandingan, bola tampar juga sangat popular dimainkan di perhimpunan sosial kerana permainan ini boleh di sesuaikan kemahirannya dan mempunyai peraturan-peraturan yang boleh dipermudahkan dan membolehkan permainan ini dapat di nikmati oleh kesemua orang. Bola tampar dimainkan di beberapa negara asing pada tahap profesional dan mendapat ganjaran kewangan yang banyak. Walau bagaimanapun di Amerika Syarikat, liga profesional yang pertama mengalami masalah kewangan dan akhirnya dibubarkan pada tahun 1982. Suatu aspek yang menarik dalam liga ini ialah pasukan campurannya. Walaupun lelaki dan wanita mempunyai peranan yang berlainan dalam pasukan (wanita bermain sebagai benteng pertahanan dan lelaki sebagai penyerang), kejayaan tercapai hasil daripada kerjasama semua anggota pasukan. Pada tahun 1987, sebuah liga wanita ditubuhkan tetapi tidak diiktiraf sebagai liga profesional. Buat masa ini, pendapatan daripada segi kewangan untuk sukan ini bergantung kepada minat daripada peminat-peminat bola tampar. Dengan bertambahnya jumlah peminat di seluruh negara dari setahun kesetahun harapan masa depan permainan ini masih cerah. Daripada dorongan kejayaan pasukan bola tampar Sukan Olimpik 1984, permainan bola tampar terus berkembang di Amerika Syarikat pada semua peringkat. Kejayaan kewangan bergantung kepada imej permainan ini dan

10

sokongan peminat. Ini akan menjadi kenyataan apabila mendapat galakan dan bantuan daripada pihak media sama ada media cetak atau media elektronik. Di bawah sistem kiraan mata yang sedia ada, jangka masa sesuatu perlawanan bola berlangsung antara 1 hingga lebih dari 3 jam. Bergantung kepada tahap kemahiran kedua-dua pasukan yang bertanding. Masa yang panjang ini menyukarkan pihak media terutamanya pihak televisyen. Pelbagai kajian telah dijalankan untuk membuatkan permainan ini boleh dijangka daripada segi masa permainan dijalankan. Oleh sebab kesulitan ini, kerap kali permainan ini tidak dapat ditayangkan pada keseluruhan masa pertandingan. Perubahan daripada segi kiraan mata dan / atau masa permainan boleh membuatkan bola tampar lebih menarik untuk liputan media. Terdapat tiga pertubuhan yang menentukan peraturan-peraturan

pertandingan bola tampar di Amerika Syarikat. Kejohanan terbuka lelaki dan wanita, dan pertandingan kolej lelaki menggunakan peraturan-peraturan Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat (USVBA). Untuk kejohanan peringkat kolej wanita dan sekolah peraturan-peraturan dikendalikan oleh Persatuan Kebangsaan Sukan Wanita dan Perempuan (NAGWS). Majoriti daripada Sekolah Tinggi Perempuan dan semua Sekolah Tinggi Lelaki ditentukan oleh Persekutuan Kebangsaan Sekola-sekolah Tinggi Negeri (NFSHSA). USVBA mengawal semua kejohanan terbuka di Amerika Syarikat. Negara ini dibahagikan kepada bahagian, dengan setiap bahagian

dipertanggungjawabkan untuk menjadualkan kalender pertandingan masingmasing untuk ahli-ahlinya.

11

Pertandingan peringkat kolej untuk lelaki dan wanita dikawal oleh Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCCA), Persatuan Kebangsaan Olahraga Antara Kolej (NAIA), atau Persatuan Olahraga Kolej Remaja Kebangsaan (NJCAA). Pertubuhan-pertubuhan ini mengawasi dan

mengelolakan permainan bermusim dan mentadbir kedua-dua kejohanan kebangsaan.

BAHAGIAN 2

GELANGGANG BOLA TAMPAR


Gelanggang bola tampar berbentuk segi empat tempat berukuran 18 meter panjang dan luasnya 9 meter 18m x 9m. Ia juga di kelilingi oleh ruang berukuran sekurang-kurangnya 3 meter lebarnya. Ruang ini dipanggil zon bebas. Ruang di atas gelanggang bola tampar mesti bebas dari sebarang gangguan, sekurangkurangnya 7m atas permukaan gelanggang bola tampar.

12

Permukaan Gelanggang Permukaan permainan mestilah rata, mendatar dan seragam. Ia mestilah tidak boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain. Pemain dilarang bermain di atas kawasan permukaan yang kasar dan licin. Warna muda juga harus digunakan untuk gelanggang bola tampar di dewan. Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, hanya permukaan kayu atau bahan sintetik sahaja dibenarkan. Semua permukaan mestilah terlebih dahulu diluluskan oleh FIVB. Untuk gelanggang dalam dewan, permukaan permainan mestilah berwarna cerah.manakala Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, warna putih diperlukan untuk garisan. Warna lain yang berbeza di antara satu sama lain,diperlukan untuk gelanggang permainan dan zon bebas. Bagi gelanggang terbuka di luar, kecuraman 5 mm semeter dibenarkan untuk pengaliran air. Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal adalah dilarang.

Garisan Gelanggang Semua garisan adalah 5cm lebar. Ia mesti berwarna cerah dan lain warnanya daripada lantai dan garisan-garisan lain. Garisan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian: Garisan-garisan Sempadan

13

Gelanggang permainan ditanda oleh dua garisan tepi dan dua garisan belakang. Kedua-dua garisan tepi dan garisan belakang ini adalah termasuk di dalam ukuran gelanggang permainan.

Garisan Tengah Paksi garisan tengah membahagikan gelanggang permainan kepada dua buah gelanggang yang sama ukuran 9m x 9m. Garisan ini terletak tepat di bawah jaring dan memanjang dari garisan tepi ke garisan tepi.

Garisan Serang Pada setiap gelanggang, satu garisan serang di mana dilukis 3m dari paksi garisan tengah, menandakan zon depan. Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIV, garisan serang dipanjangkan dengan tambahan garisan putus-putus dari garisan tepi,berukuran 15 cm lebar, dilukis 20 cm di antara satu sama lain sepanjang 1.75 m.

2. ZON DAN KAWASAN PERMAINAN

a) Zon Depan

14

Pada

setiap

gelanggang,

zon

depannya

dihadkan oleh paksi garisan tengah dan belakang garisan serang.zon depan dianggap sebagai pemanjangan menjangkaui garisan tepi hingga hujung zon bebas.

b) Zon Servis Zon servis adalah kawasan yang lebarnya 9 m

di belakang setiap garisan hujung. Ia dihadkan oleh dua garisan pendek setiap satu 15 cm panjang dan di lukis 20 cm ke belakang garisan hujung sebagai pemanjangan garisan tepi. Kedua-dua garisan pendek ini adalah termasuk dalam lebar zon servis.

c) Zon Penggantian Zon penggantian dihadkan oleh jujuran kedua-

dua garisan serang hingga ke meja pencatat skor.

d) Kawasan Memanaaskan Badan Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB,

kawasan memanaskan badan berukuran lebih kurang 3m x 3m, yang diletakkan pada kedua-dua penjuru bersebelahan bangku di luar zon bebas.

e) Kawasan Penalti

15

Satu kawasan penalti, anggaran 1m x 1m siap

dengan dua buah kerusi, terletak dalam kawasan kawalan, di luar garis unjuran garisan belakang. Ia dihadkan oleh garisan merah berukuran 5 cm.

9m Zon servis

Garisan belakang

16

Garisan serangan

3m 18 m Garisan tengah Tinggi jaring 2.43 m Gari san tepi

3m

Zon servis

Penjaga garisan

Zon bebas berukuran 3 m lebar Penjaga garisan

BAHAGIAN 3 PERALATAN-PERALATAN BAGI PERMAINAN BOLA TAMPAR Peralatan Pemain


Peralatan pemain terdiri daripada jersi, seluar pendek dan kasut sukan. Jersi dan seluar pendek mestilah seragam, bersih dan sama warna. Kasut mestilah ringan dan mudah lentur dengan tapak getah atau kulit tanpa tumit.

17

Jersi pemain-pemain mestilah benombor 1 hingga 18. nombor-nombor tersebut mestilah dilatakkan di tengah-tengah bahagian hadapan dan belakang jersi. Warna nombor mestilah berbeza daripada warna jersi.

JARING DAN TIANG Ketinggian Jaring Terletak tegak atas garisan tengah adalah sebidang jaring di mana bahagian atasnya dipasangkan pada ketinggian 2.43 m untuk lelaki dan 2.24 m untuk wanita. Tingginya diukur dari tengah gelanggang permainan. Tinggi jaring (pada kedua-dua garisan tepi) mestilah sama dan tidak melebihi 2 cm daripada ukuran rasminya. Ketinggian rasmi untuk pertandingan peringkat MSSM ialah : Lelaki B-18 : 2.35 m Lelaki B-15 : 2.25 m Perempuan B-18 Perempuan B-15 L & P B-12 Penanda Tepi Dua jalur putih diletakkan secara menegak pada jaring dan diletak tegak atas setiap garis tepi. Ukurannya adalah 5 cm lebar dan 1 m panjang (5cm x 1cm) adalah sebahagian daripada jaring. : 2.20 m : 2.15 m

: 2.00 m

Antena

18

Antena ialah satu rod berukuran 1.8 m panjang dan berdiameter 10 mm, diperbuat daripada fibreglass atau bahan yang serupanya. Antena diikat pada pinggir luar setiap penanda tepi. Antena itu terletak pada sebelah jaring yang bertentangan. 80 cm bahagian atas antena menjangkaui di atas jaring dan ditandakan dengan jalur berukuran 10 cm yang berlainan warna; merah dan putih digalakkan untuk jalur-jalur itu. Kedua-dua antena adalah sebahagian daripada jaring dan menghadkan ruang lintasan atas jaring.

Tiang Tiang yang menunjang jaring diletak pada jarak 0.50-1.00m di luar garisan tepi. Ia berukuran 2.55 m tinggi dan jenis mudah alih sekiranya boleh. Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, tiang yang menunjang jaring diletak pada jarak 1 m di luar garisan tepi kecuali dipersetujui oleh FIVB. Tiang itu adalah membulat dan licin, dipasang ke atas lantai tanpa sebarang kabel. Tidak seharusnya mempunyai sebarang penghalang yang merbahaya.

BOLA Taraf Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada satu lapisan kulit atau kulit sintetik yang fleksibel dengan satu pundi dalamannya diperbuat daripada getah atau bahan yang sama. Warnanya boleh seragam dan cerah atau kombinasi

19

warna-warni. Lilitannya adalah 65-67 cm dan jisimnya 260-280 g. tekanan udara ialah 0.30-0.325 kg/cm2 .

Keseragaman Bola Semua bola yang digunakan dalam satu-satu perlawanan mesti mempunyai taraf yang sama dari segi lilitan, berat, tekanan udara,dan jenis warna. Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB termasuk Kejohanan Kebangsaan atau Liga mesti menggunakan bola kelulusan FIVB kecuali dengan persetujuan FIVB.

BAHAGIAN 4 BAGAIMANA BERMAIN BOLA TAMPAR

20

Peraturan-Peraturan Asas Setiap permainan mempunyai undang-undang atau peraturan tertentu.

Peraturan peraturan asas ini adalah suatu panduan kepada pemain, jurulatih eserta peminat sukan bola tampar ini. Pengetahuan ini penting demi memberi gambaran yang lebih mendalam tentang permainan bola tampar supaya pemain dapat menghargai dan menikmati keseronokan permainan tersebut. Peraturan yang direkabentuk bagi sesuatu sukan dan permainan tiada ada tujuan lain selain daripada mewujudkan keadilan dan kepuasan pihak yang terlibat. Dengan itu juga untuk menetapkan sama ada menang, berjaya, kalah, atau gagal. Di dalam permainan bola tampar juga terdapat undang-undang tertentu yang wajar diikuti oleh sesiapa yang menjadi pemainnya.

*Bola tampar mempunyai undang-undang dan peraturan-peraturan khas yang diperakui oleh FIVB

21

Dalam permainan bola tampar selain daripada peraturan umum, syaratsyarat dan peraturan yang menjadi kelazimannya ialah peralatan yang

digunakan seperti gelanggang, jaring, tiang, antena, bola, pakaian seperti jersi dan kasut. Di samping itu, terdapat alatan lain yang turut memenuhi

kelengkapan permainan ini iaitu bendera dan wisel bagi pengadil, pencatat skor dan penjaga garisan. Bendera yang biasanya digunakan hanyalah dua sahaja iaitu bendera merah dan putih. Bendera adalah untuk menandakan isyarat bola keluar dari garisan permainan. Manakal bendera putih pula sebagai isyarat bola masuk ke dalam gelanggang. Kedua-dua bendera tersebut akan dipegang bersama oleh 4 orang penjaga garisan.

Wisel pula digunakan untuk pengadil pertama dan kedua. Ia bertujuan meneruskan atau menghentikan permainan. Jenis bunyi yang ditiup adalahn berbeza. Misalnya, bagi kebenaran pasukan membuat servis, bunyinya seakan panjang sedikit manakala jika bola itu terkeluar atau mati , bunyi yang ditiup adalah pendek sambil pengadil memberikan arahan atau isyarat dengan tangan sama servis bertukar tangan atau memberi mata kepada pasukan lawan. Bagi pengadil kedua pula wisel digunakan sama seperti pengadil pertama namun sekadar digunakan jika terdapat kesilapan kecil dalam permainan seperti kesalahan rotation pemain, time out, pertukaran pemain dan sebagainya.

22

Merujuk kembali kepada undang-undang permaina bola tampar, terdapat beberapa peraturan khas yang digunapakai sehingga kini dan ditetapkan oleh FIVB. Antaranya ialah seperti susunan giliran atau rotation order, bola dalam dan keluar, kesalahan aksi pemain, bermainkan bola, sentuhan serentak, kesalahan pemain di jaring, servis pertama bagi set pertama, kesalahan servis, kesalahan pukulan serangan, kesalahan mengadang, gangguan biasa , dan jarak waktu di antara satu-satu set, dan juga sistem pemarkahan.

1. Susunan giliran ( rotation order ) Ini merupakan keunikan permainan bola tampar kerana kedudukan 6 orang pemain yang berbeza dan bentuk giliran yang diamalkan. Kedudukan 6 pemain dalam satu pasukan adalah seperti berikut; JARING

4 5 1
pemain belakang

3 6

pemain depan

zon servis

23

Susunan giliran setiap pasukan yang ditetapkan pada permulaan berbaris haruslah kekal di sepanjang set permainan. Tiga pemain iaitu pemain 4 ( posisi kiri ), pemain 3 ( posisi tengah ) dan ,pemain 2 ( posisi kan ) berada di

sepanjang jaring dikenali sebagai pemain depan. Manakala tiga pemain lain iaitu pemain 5 ( posisi kiri), pemain 6 ( posisi tengah ), dan pemain 1( posisi kanan ) merupakan pemain belakang. Sebaik sahaj servis dilakukan, pemain dibenarkan bergerak bebas di kawasan gelanggang sendiri dan zon bebas. Apabila

pasukan menerima servis mendapat hak untuk membuat servis, pemain-pemain akan berputar satu posisi mengikut arah jam. Contohnya; Pemain 4 Pemain 3 Pemain 2

Pemain 5

Pemain 6

Pemain 1

Pemain 2 akan bergerak ke posisi pemain 3, manakala pemain 3 akan bergerak ke posisi pemain 4. begitulah seterusnya. Pemain 6 akan ke posisi 1 akan menjadi pemain yang akan membuat servis. Jikalau berlaku sesuatu kesalahan pada posisi atau giliran, kesalahan itu akan didenda dengan kekalahan rali dan seterusnya kesalahan dibetulkan.

24

Kelazimannya kesalahan gikiran tersebut akan mudah dikesan oleh pengadil kedua dan pencatat skor. Ini kerana di awal sebelum permainan bermula, pengadil dan pencatat skor telah dimaklumlam senarai kedudukan pemain melalui borang rotation slip yang telah disi dan ditandatanganii oleh pengurus dan ketua pasukan.

2. Bola dalam ( ball in ) Bola adalah dalam apabila ia menyentuh lantai gelangang bermain,

termasuk garisan sempadannya.

3. Bola Keluar ( Ball out ) Bola adalah keluar apabila; 1. Sebahagian bola yangmenyentuh lantai adalah di luar garisan sempadan gelanggang. 2. Ia menyentuh sesuatu bahan atau objek , di luar gelanggang, siling, atau orang diluar gelanggang. 3. Ia menyentuh antenna, tali, tiang atau bahagian jarring yang berada di luar antenna atau penjuru tepi. 4. Ia berjaya melintasi satah tegak jaring ( vertical plane of the net ) dengan keseluruhan atau sebahagian bola berada di luar ruang gelanggang.

25

4. Kesalahan Aksi Bermain Sebarang aksi bermain yang melangari peraturan permainan bola tampar adalah kesalahan bermain dan ini akan membawa kepada suatu kekalahan dalm rali.

5. Bermainkan Bola ( Playing the ball ) Setiap pasukan berhak mengembalikan melakukan tiga pukulan maksimum untuk

bola melintasi jaring. Pukulan-pukulan pasukan termasuk

pukulan sengaja oleh pemain dan sentuhan bola secara tidak sengaja. Seorang pemain dilarang memukul bola dua kali berturut-turut, kecuali semaa menghadang ( blocking ). Sentuhan menghadang tidak diambilkira sebagai satu pukulan pasukan. Selepas sesuatu sentuhan hadangan, pasukan itu berhak melakukan tiga pukulan untuk mengembalikan bola kepada pihak lawan sebagai serangan balas.

6. Sentuhan Serentak Dua atau tiga pemain boleh menyentuh bola serentak. Apabila dua pemain dari pasukan yang sama menyentuh bola serentak, ia akan diambilkira sebagai dua satu pukulan kecuali menghadang. Namun jika pukulan serentak dua atau tiga pemain tadi, hanya seorang pemain yang menyentuhnya, maka ia dikira satu sentuhan atau pukulan sahaja. Untuk sentuhan serentak olek kedua-dua pasukan di atas jaring dan bola masih kekal dalam gelanggang bermain, pasukan yang menerima bola

26

berhak membuat tiga pukulan lagi. Manakala jika sentuhan serentak oleh kedua-dua pasukan dan mengakibatkan bola pegang ( held ball ), maka ia dikenali sebagai kesalahan serentak dan rali itu dimainka semula.

7. Kesalahan Semasa Bermain Bola Pemain dilarang sama sekali memainkan bola seperti berikut ; a. Empat sentuhan Sesuatu pasukan memukul bola empat kali sebelum mengembalikan bola kepada pihak lawan. b. Pukulan larang ( irregular hit ) Bola menyentuh bahagian di bawah lutut pemain. c. Pukulan terbantu ( assited ball ) Pemain yang menerima bantuan daripada rakan pasukan atau sebarang objek agar dapat mencapai bola dalam kawasan bermain. d. Bola pegang ( Held Ball ) Pemain tidak memukul bola dengan betul iaitu bola dipegang, diangkat, dibawa atau dilontar. e. Dua sentuhan ( double contact ) Pemain memukul bola dua kali berturut-turut atau bola menyentuh beberapa bahagian badannya secara berturutan.

27

8. Kesalahan Bermain di Jaring Pemain dilarang bermain di jaring seperti situasi berikut; a. Pemain menyentuh bola atau pihak lawan dalam ruang lawan

sebelum atau semasa pukulan serangan pihak lawannya. b. Pemain masuk ke ruang lawan di bawah jaring dan mengganggu

pihak lawan. c.Pemain masuk gelanggang lawan. d. Pemain menyentuh jaring.

9. Servis pertama bagi sesuatu set Servis pertama untuk set satu dan lima dilakukan oleh pasukan yang ditentukan oleh lambungan duit ( toss coin ). Set-set lain akan dimulakan dengan servis oleh pasukan yang tidak melakukan servis dahulu dalam set yang sebelumnya. Semasa lambungan duit tersebut , pasukan yang menang akan membuat keputusan untuk sama ada memilih servis, receiving, atau gelanggang.

Melakukan sevis 1. Peservis diberikan masa selam 5 saat untuk membuat servis

selepas wisel dibunyikan oleh pengadil pertama. 2. Servis tanpa kebenaran wisel pengadil akan dibatalkan dan

diulangi semula.

28

3.

Bola akan dipukul dengan sebelah tangan atau sebarang bahagian

lengan selepas bola dilambungkan atau dilepaskan (release) dan sebelum bola itu menyentuh permukaan bermain. 4. Semasa pukulan servis atu melonjak bagi servis melompat,

peservis dilarang menyentuh gelangang ( termasuk garisan belakang ) atau lantai di luar zon servis. Selepas pukulannya, dia boleh memijak atau mendarat di luar zon servis atau di dalam gelanggang.

Kesalahan servis Kesalahan berikut akan mengakibatkan satu pertukaran servis walau pihak lawannya berada dalam posisi yang salah. Peservis ; 1. Melangar susunan servis 2. Tidak melakukan servis dengan betul 3. Melanggar peraturan percubaan membuat servis.

10. Kesalahan Pukulan Serang Beberapa kesalahan pukulan serangan ( attack-hit fault ) seperti; 1. Pemain memukul bola dari ruang dalam bermain pihak lawan. 2. Pemain memukul bola keluar. 3. Pemain barisan belakang melengkapkan pukulan serangan dari zon depan dan keseluruhan bola itu berada di atas paras atas jaring semasa pukulan dibuat.

29

4. Pemain melengkapkan sesuatu pukulan serangan ke atas servis lawan apabila keseluruhan bola itu berada di zon depan dan di atas paras jaring. 11. Kesalahan Menghadang Berikut adalah contoh kesalahan semasa membuat hadangan. 1. Penghadang menyentuh bola dalam ruang lawan sama ada sebelum atau serentak dengan pukulan serangan lawan. 2. Bola menyentuh penghadang pada bawah lututnya, 3. Menghadang bola dalam ruang lawan dari luar antenna. 4. Menghadang bola servis pihak lawan. 5. Bola dihantar keluar melalui hadangan.

12. Gangguan biasa dalam permainan Gangguan atau tergendalaan yang lazim berlaku dalam permainan merujuk kepada ; 1. Masa hentian ( time out ) 2. Penggantian pemain ( palyer subsitutions ). 3. Tempoh masa hentian ialah selama 30 saat. 4. Setiap pasukan berhak meminta masa hentian sebanyak 2 kali untuk setiap set. 5. Pemain hendaklah berada di zon bebas semasa masa hentian . 6. Setiap pertukaran pemain terhad hanya sebanyak 6 kali pertukaran sahaja.

30

7. Pemain yang keluar masuk hendaklah berdiri di garisan dan zon pertukaran berasama pengadil kedua. 8. Penggantian yang dilengah-lengahkan akan diberi amaran oleh pengadil.

13. Jarak waktu ( intervals ) Semua jarak waktu antara set termasuk set keempat dan kelima adalah selama 3 minit. Dalam tempoh itu , pertukaran gelanggang dan pendaftaran berbaris pasukan-pasukan di borang skor dilakukan.

STRATEGI ASAS

Dalam apa jua permainan sekali pun, strategi adalah kunci utama bagi menghadapi segala bentuk persaingan yang bakal tiba. Aspek strategi amat penting bagi seseorang jurulatih mahu pun pemain yang akan beraksi di dalam padang, gelanggang, dan gymnasium. Malahan di dalam rutin kehidupan sekalipun , strategi adalah isyarat pertama untuk melakukan sesuatu sama ada menghadapi peringkat permulaan atau pun semasa sesuatu perlakuan. Permaianan bola tampar turut tidak terkecuali dari aspek strategi ini. Strategi merupakan simbol dan kunci bagi teknik dan taktik di dalam sesuatu permainan atau pertandingan. Tanpa strategi kemungkinan besar kejayaan tidak menjelma. Di dalam permainan bola tampar, terdapat pelbagai strategi yang boleh dipelajari dan diaplikasikan oleh pemain. Peranan jurulatih amat penting bagi

31

mempraktikkan seberapa banyak strategi untuk para pemain. Di antara strategi yang lazimnya dipraktikkan di dalan sukan bola tampar adalah meliputi ;

i. formasi pasukan dan serangan ii. pemain iii. pengaplikasian kemahiran yang efektif dan iv. Penggunaan penggantian ( substitution ) dengan efektif.

Formasi dan strategi pasukan

Formasi pasukan terbahagi kepada dua iaitu kedudukan pemain. Satu pasukan bola tempar mempunyai enam (6) orang pemain . Tiga (3) pemain adalah dibarisan depan manakala tiga (3) pemain lagi di bahagian belakang. Gelannggang bola tampar dibahagikan kepada enam (6) kawasan atau zon bermain. Keenam-enam pemain akan bergerak mengikut putaran jam secara bergilir-gilir selepas memperolehi atau memenangi servis. Pemain di depan dikenali sebagai pemain fawad manakala pemain belakang adalah pemain bek. Posisi dan pergerakan setiap 6 pemain boleh berubah semasa menerima bola asalkan urutan putaran dikekalkan.

32

Strategi merupakan sistem yang diaplikasikan oleh setiap pasukan semasa beraksi. Pemilihan sistem atau strategi adalah bersandarkan kepada

kemampuan pemain dan pihak lawan. Dua system yang popular dipraktikkan ialah seperti ;

1. Sistem 4-2 ( empat perejam dan dua pengumpan ) 2. Sistem 5-1 ( lima perejam dan seorang pengumpan )

Sistem 4-2 (empat perejam dan dua pengumpan)

Sistem ini sering menjadi piulihan utama sesebuah pasukan dan dikenali sebagai serangan mudah kerana pengumpan adalah salah seorang daripada barisan hadapan. Hanya pemain barisan hadapan boleh merejam daripda garisan

serangan (attack line). Maka, jika salah seorang pemain bertindak sebagai pengumpan, pasukan terhad kepada dua penyerang hadapan. Kebanyakan

pasukan tidak mempunyai perejam mahir lebih daripada empat orang. Dengan itu pasukan yang nenpunyai serangan 4-2 adalah lebih daripada mencukupi.

Pemain Setiap posisi dan pemain mempunyai tugas dan peranan tertentu. Penguasaan kesemua jenis kemahiran amat perlu bagi setiap pemain. Di dalam permainan bola tampar kemahiran merejam dan dan mengumpan merupakan elemen

terpenting. Ini adalah kerana permainan bola tampar adalah suatu permainan

33

kuasa dan ketepatan ( a geme of power and precision ) iaitu kuasa perejam dan ketepatan pengumpan. Pemain pengumpan adalah pemain utama ( brains

behind the attack ) berperanan sebagai ;

1. Memiliki kecergasan fizikal yang amat tinggi termasuk kepantasan, koordinasi, kefleksibelan, reaksi segera, dan daya tahan kardivoskular. 2. Memiliki sifat tahan lasak menatal, waspada, dan ketenangan semasa membuat strategi, analisa ,keputusan, dorongan kepada pemain pasukan. 3. Memiliki kemahiran teknikal secara kenalurian ( instinctively ), taktik, mengawal rentak dan ritma permainan.

Pemain perejam pula berfungsi sebagai pemain terpantas dan bintang pasukan. Beliau harus memiliki sifat-sifat seperti kekuatan, kefleksibelan, dan kuasa. Disamping itu juga, perejam wajar mempunyai kelebihan dari aspek fizikal iaitu kuat, tinggi dan tangkas. Dari aspek fisilogi pula, beliau pemain yang cergas untuk melakukan ketinggian lompatan, kuasa rejaman berulang kali, dan mengatur masa. Aspek mental pula , beliau adalah pemain yang waspada dan memahami komunikasi dengan pemain pengumpan sebelum membuat rejaman dan lompatan sama ada rejaman pantas, rejaman tinggi , atau dink disamping membaca permainan pihak pasukan lawan. Sementara dari aspek teknik dan taktik pula, pemain perejam haruslah menyerang dengan efektif boleh mempraktikkan kemahiran

34

Sistem 5-1 ( lima perejam dan seorang pengumpan )

Serangan 5-1 ini adalah sistem serangan yang lazim dipraktikkan pada peringkat antarabangsa. Serangan ini hanya mengunakan seorang pengumpan. Ini bermakna semasa tiga pusingan pengumpan berada di baris hadapan dan untuk tiga pusingan seterusnya pengunpan datang dari belakang.Lima pemian yang lain adalah penyerang dengan pemain yang berlawanan pengumpan dikenali sebagai penyerang ofsaid. Adalah lebih menguntungkan jika penyerang ofsaid merupakan pemain kidal kerana pemain tersebut boleh memukul dari kedudukan fawad kenan, iaitu bahagian serangan pemain kidal yang kuat. Sebaiknya juga pengumpan merupakan pemain kidal kerana ia lebih mudah bagi pengumpan untuk merejam terus. Serangan ini adalah yang terbaik bagi pasukan yang mempunyai seorang pengumpan sahaja. In kerana merejam semua perejam hanya

umpanan dari seorang pengumpan sahaja. Komunikasi dan

pergerakan yang difahami akan membantu pengumpan dan perejam kerana tidak ada pengumpan lain semasa beraksi kecuali seorang sahaja. Pengumpan boleh menyerang apabila berada di barisan hadapan. Pengumpan yang baik adalah merupakan pemain penghadang terbaik yang bersaiz tinggi. Dalam formasi serangan 5-1 ini, pasukan juga boleh melakukan pelbagai bentuk penerimaan servis dan cuba menyorokkan pengumpan semasa di barisan belakang atau hadapan. Namun pengumpan seharusnya bijak menggunakan peluang dalam formasi 5-1 ini walaupun perejam merejam bola pada keadaan sentuhan kedua . Sistem 5-1 ini merupakan gabungan pergerakan

35

serangan 4-2 dan 6-2. Pasukan yang mahir dengan system 4-2 dan 6-2 akan mudah menguasainya.

PRINSIP-PRINSIP AM UNTUK SERANGAN Beberapa prinsip asas untuk strategi menyerang iaitu; 1. Semua pemain haruslah berkomunikasi untuk mengetahui pergerakan rakan. 2. Permainan dan semangat berpasukan dipupuk melalui pengetahuan tentang kelemahan dan kekuatan pihak pasukan lawan 3. Elakkan strategi yang rumit kerana akan membawa risiko kesilapan. Mesti ada pilihan-pilihan dalam serangan 4. Pengumpan mengawal semua penyerang. 5. Semua pemain sergas, mahir, konsisten , dan tahan lasak sepanjang permainan. 6. Pembentukan satu sistem mesti sesuai untuk pemain.

Prinsip-prinsip pertahanan

Suatu system pertahanan yang sistematik dan berkelola adalah penting dalam semua perlawanan. Pertahanan dibina pada prinsip tertentu. Prinsip pertahanan yang terpenting dikenali sebagai prinsip akal. Prinsip ini meletakkan semua pemain di posisi dimana pihak lawan mungkin akan menyerang. Selain itu, terdapat lima prinsip asas yang boleh dijadikan garis panduan dan digunapakai oleh sesuatu pasukan dan pemain iaitu; 36

1. Posisi di gelangang ditetapkan untuk setiapa penahan. Ia merujuk kepada setiap pemain tahu dan faham kedudukannya di dalam gelanggang semasa di serang pihak lawan. 2. Penahan harus menjangka dan betindak pantas semasa rejaman. 3. Pemilihan pemain dan bilangan penghadang yang sesuai diutamakan 4. Pegelolaan, pertahanan dan latihan tubi dipraktikkan agar salah faham dan pelanggaran pemain di minimumkan. 5. Gerakan pertahanan pantas dan terusmenerus.

37

BAHAGIAN 5 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA TAMPAR


Pergerakan dan Postur

Pergerakan adalah asas permainan bola tampar. Setiap pemain harus sentiasa bergerak mengikut situasi semasa permainan; bergerak untuk memainkan bola, bergerak untuk melindungi rakan sepasukan atau bergerak sebagai persediaan untuk fasa permainan yang seterusnya. Permainan bermutu tinggi ditentukan oleh kebolehan dan keupayaan pemain melakukan pergerakan yang tinggi dan berbagai-bagai. Terdapat tiga jenis pergerakan asas seperti berikut: 1. Pergerakan kaki kehadapan (forwardfootwork). 2. Pergerakan kaki sisi (side footwork). 3. Pergerakan kaki ke belakang (backward footwork). Pergerakan seseorang pemain ditentukan oleh jarak dan masa. Langkah sisi digunakan untuk jarak dekat dan dalam situasi yang mempunyai masa yang mencukupi; langkah silang digunakan untuk jarak lebih jauh dan dengan masa yang lebih singkat, manakala langkah berlari digunakan untuk jarak yang jauh dan masa yang singkat. Dalam semua pergerakan, mata mestilah ditumpukan pada bola. (Lihat rajah dibawah)

38

Kedudukan Sedia Sebelum Bergerak 1. Kedua-dua kaki pada kedudukan yang direnggangkan lebih luas dari bidang bahu dengan satu kaki ke hadapan. 2. Berat badan hendaklah pada bebola tapak kaki dengan lutut ke arah dalam. 3. Sentiasa bengkokkan lutut. 4. Belakang badan hendaklah lurus selesa. 5. Tangan bebas di atas aras lutut. 6. Tapak kaki sentiasa bergerak sebelum bergerak.

Langkah ke hadapan

Langkah ke hadapan

Langkah sisi tidak bersilang

Pergerakan kaki

Langkah sisi bersilang

39

Latihan Untuk Pergerakan 1. Pemain berlari ke hadapan dari A ke B, melangkah sisi tidak bersilang dari B ke C dan melangkah ke belakang dari C ke D. Ulang latihan untuk beberapa kali. B C

A X Mula

D Tamat

2. Ulang latihan 1 dengan melangkah sisi bersilang dari B ke C. 3. Pemain berlari dari A ke B, kemudian berlari ke hadapan berpusing, pivot pada tapak kanan dan terus berlari arah silang ke belakang ke C. Dari sini pemain berlari ke hadapan (D), dan berpusing pivot pada tapak, terus berlari sehingga ke garis belakang (A).

Peringatan: Dalam latihan pergerakan bola tampar, setiap pemain mesti berada dalam kedudukan rendah atau sedikit membengkokkan lutut untuk melakukan sebarang pergerakan dengan cepat. Mata pemain hendaklah diitumpukan pada aras atas jaring semasa bergerak.

40

Pola pergerakan dan postur badan Salah satu asas kejayaan dalam sukan ialah untuk mengetahui dan memahami pola pergerakan di dalam aktiviti berkenaan. Pergerakan dan kemahiran dalam bola tampar biasanya dilakukan dalam tiga postur badan, iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Postur tinggi digunakan semasa melompat untuk merejam bola, mengadang bola pukulan atau hantaran lawan dan membuat hantaran atas. Postur sederhana adalah untuk membuat servis, hantaran atas dan bawah. Postur rendah digunakan semasa membuat diving dan guling di gelanggang. Melakukan suatu kemahiran dengan postur yang salah akan menyebabkan ketidakcekapan dan mengurangkan keberkesanannya. Dalam kes-kes tertentu ia menyebabkan kecederaan. Pemain seharusnya berlatih pola pergerakan sehingga akhirnya ia menjadi reaksi automatik. Di samping itu, pemain-pemain harus menguasai pola-pola pergerakan untuk menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dalam bola tampar. Dalam melakukan pergerakan, perkara-perkara berikut harus dititikberatkan. 1. Semasa melakukan sesuatu kemahiran, pemain mesti mempunyai postur yang betul iaitu sama ada postur tinggi, sederhana ataupun rendah. 2. Pemain harus bergerak ke tempat perlakuan, iaitu dengan pergerakan langkah silang, langkah sisi atau langkah ke hadapan atau berlari. 3. Pemain mesti tiba di tempat perlakuan dengan cepat untuk menyediakan postur sebelum melakukan sesuatu kemahiran.

41

4. Selepas perlakuan kemahiran, pemain seharusnya kembali pada kedudukan bersedia. Postur badan Tinggi

Sederhana

Rendah Pola pergerakan badan

SERVIS

Servis merupakan suatu

tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan

dengan bola dari kawasan servis oleh seorang pemain, iaitu peservis. Ia juga merupakan salah satu kemahiran terpenting untuk dikuasi oleh semua pemain. Servis bukan sahaja sebagai pemula permainan, bahkan boleh dianggap sebagai faktor serangan yang berkuasa jika ia digunakan dengan sebaiknya. Terdapat dua jenis servis yang asas iaitu Servis Bawah Tangan (underhand) dan Servis Atas Kepala (overhead). Kepentingan servis adalah seperti;

42

1. Berdasarkan peraturan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat servis supaya dapat memperoleh mata. Pasukan yang mempunyai peservis yang mahir akan mempunyai kelebihan untuk mendapat skor yang dan mengekalkan servis. 2. Semasa peservis membuat servis dengan darjah tertentu, dia boleh memaksa lawannya bermain bola mengikut kehendaknya. Setiap servis yang kuat boleh memaksa penerima yang lemah membuat kesilapan seperti

terlepas, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass)

Servis Bawah Tangan

Suatu servis yang paling mudah untuk dilakukan. Ia adalah tepat, konsisten, dan memerlukan sedikit daya upaya fizikal sahaja.Pemain-pemain yang baru diajar membuat servis ini kerana dengan tepatnya mereka boleh menghantar bola ke sasaran yang dikehendaki. Kaedah-kaedah membuat servis ini adalah seperti berikut ;

43

Fasa-Fasa Servis Bawah Fasa Persediaan

1. Kedudukan kaki terbuka. 2. Bola pada paras pinggang. 3. Bahu lurus pada jaring. 4. Mata pada bola. 5. Buka tangan pemukul.

Fasa Perlaksanaan 1. Lengan dihayun ke belakang. 2. Berat bdan dipindahkan ke belakang. 3. Lengan dihayun ke hadapan. 4. Berat badan dipindah ke hadapan. 5. Tangan yang memegang menjatuhkan bola. 6. Guna pangkal tangan yang dibuka. 7. Sentuh bola pada paras pinggang. 8. Sentuh bola di bawah tengah belakang bola.

44

Fasa Ikut Lajak

Berat badan pada kaki hadapan. Lengan ke arah atas jaring. Bergerak masuk ke dalam gelanggang.

Servis Atas Kepala

Servis ini mudah dikuasai oleh ramai pemain. Ia lebih kuat (harder) dan berat (heavier) berbanding servis bawah tangan. Kaedahkaedah membuat servis atas kepala adalah seperti berikut ;

Fasa-Fasa Servis Atas Kepala Fasa Persediaan 1. Berdiri menghadap jaring , dengan kaki berjarak seluas bahu. 2. Kaki kiri di hadapan untuk peservis yang menggunakan tangan kanan. 3. Pegang bola dalam tangan lambungan (tossing hand)lebih kurang satu kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan. 4. Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand)

45

Fasa Perlaksanaan 1. Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan bahu lengan yang membuat servis 2. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.

Fasa Ikut Lajak 1. Menghayun lengan yang membuat servis seperti aksi membaling bola. 2. Memukul bola dengan tapak tangan dan jejari di keliling bola. 3. Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan putar depan. 4. Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan. 5. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.

Servis Gelombang (Floata) Servis ini hampir sama dengan servis permainan tennis. Selepas memukul bola di tengahnya dengan tapak tangan yang terbuka, tangan berhenti dengan serta merta tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa putaran langsung. Gelombang ini bergerak dengan laju melintasi jaring dan tiba-tiba pecah atau mati ( breaks of dies ). Maka, penerima mungkin terganggu sementara imbangannya. Kaedah-kaedah melakukan servis

gelombang adalah seperti berikut ;

46

Fasa-Fasa Servis Gelombang Fasa Persediaan

1. Kedudukan terbuka. 2. Bahu lurus pada jaring. 3. Mata pada bola. 4. Buka tangan pemukul.

Fasa Perlaksanaan 1. Bola dilempar di hadapan bahu pemukul. 2. Bola dilemparkan rapat ke badan. 3. Lengan dihayun ke belakang dnegn siku ditinggikan. 4. Tangan di telinga. 5. Sentuh dengan pangkal tangan terbuka. 6. Sentuh pada keluasan yang penuh. 7. Tindakan menjolok. Fasa Ikut Lajak

47

1. Berat badan pada kaki hadapan. 2. Tiada ikutan lengan. 3. Bergerak ke dalam gelanggang.

Butiran-butiran untuk servis 1. 2. 3. Pastikan kaki adalah di belakang garisan belakang. Melepaskan bola daripada tangan sebelem melakukan servis. Kaki berjarak, dengan kaki kiri ke depan(bagi pengguna tangan kanan)

dan sebaliknya. 4. Bengkokkan lutut, memindahkan berat badan dari kaki belakang ke

kaki depan. 5. 6. 7. 8. 9. Pastikan tangan memukul adalah kukuh. Kaki menuju ke sasaran. Pastikan pelepasan bola adalah terkawal dan konsisten. Mengambil masa dan memberi perhatian ke atas servis. Masuk gelanggang secepat mungkin apabila bola telah dimainkan.

48

OVERHEAD SERVIS

JUMPING SERVIS

HANTARAN BAWAH TANGAN (DIG)

Ia juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau dig. Hantaran jenis ini menggunakan kedua belah tangan (a two handed underhand pass). Kegunaannya adalah untuk menerima servis, hantaran, dan serangan pihak lawan. Kemahiran ini juga diaplikasikan apabila semasa bola berada terlalu dekat lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala. Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan , menyelamatkan hantaran, dan mengawal bola. menyangga adalah seperti berikut: Fasa Persediaan 1. Tangan bersedia. Fasa-fasa

49

2. Kaki bekuda-kuda selebar bahu. 3. Lutut bengkok. 4. Lengan selari dengan paha. 5. Belakang lurus. 6. Mata mengikut bola.

Fasa Perlaksanaan 1. Kedua ibu jari selari. 2. Tumit pergelangan tapak tangan dirapatkan. 3. Capai ke arah bola. 4. Jatuhkan bahu rapat ke sasaran. 5. Luruskan badan ke bola. 6. Lakukan pergerakan menjolok ke hadapan dan ke atas. 7. Cungkil pergelangan tangan atau bengkokkan siku untuk mendapatkan ketinggian yang baik. 8. Pergerakan pinggul ke hadapan. 9. Lihat bola menyentuh lengan.

Fasa Ikut Lajak

1. Pelantar lengan diarahkan ke sasaran 50

2. Lengan tidak tinggi daripada bahu. 3. Pindahkan berat badan ke hadapan. 4. Mata mengikut bola ke sasaran.

Butir-butiran menyangga 1. 2. Pastikan ibu-ibu jari sejajar dan tangan memanca jejari. Terkunci siku-siku dengan melurusklan lengan-lengan dan

pergelangan tangan. 3. Kaki berjarak dengan sebelah kaki di depan dan bengkokkan lutut

untuk menerima hantaran. 4. Letakkan kaki luar ke hadapan dan memusing badan untuk

menghadap sasaran. 5. Menolak ke atas dan terus melalui kaki dengan pergerakan bahu

yang minimum. 6. 7. 8. Elakkan daripada mengayun lengan ke bola. Pastikan tapak pemukul ( platform ) adalah stabil. Kendurkan bahagian atas tubuh badan dan hantar bola tinggi.

Variasi Menyangga 1. Persediaan kedudukan asas 2. Hantaran bawah tangan arah sisian ( lateral movement )

51

3. Junam dan tangkap ( dive and catch ) 4. Junam dan luncur ( dive and slide ) 5. Junam dan pusing ( dive and turn ) 6. Berguling

HANTARAN DEPAN (FOREARM PASS)

Kemahiran asas bola tampar yang perlu dipelajari ialah hantar depan. Kemahiran ini juga dikenali sebagai hantaran bawah atau 'bump'. Biasanya ini adalah kemahiran pertama yang mesti dilaksanakan oleh pasukan anda jika anda belum dipililh untuk memulakan servis. Hantaran ini digunakan untuk

menerima servis, menerima rejaman dan memainkan bola pada paras pinggang, ke bawah dan di jaring. Walaupun hantar depan selalu digunakan, adalah lebih baik anda mengawal hantaran dengan mengenakan hantaran atas kepala (dibincangkan dalam Langkah 5). Dengan itu, jika boleh hantaran atas kepala menjadi pilihan utama. Walau bagaimanapun, sebarang bola laju, seperti servis atau rejaman, mestilah selalu diterima dengan 'hantar depan' kerana tangan yang terbuka tidak cukup kuat untuk menerima bola yang dipukul kuat. Hantar depan selalu digunakan untuk menghantar terus kepada rakan pasukan. Ini adalah penting untuk menyerap hentakan bola pukulan kuat serta menghantar bola cara ini boleh membantu rakan sepasukan melaksanakan hantaran atas atau umpanan dalam permainan berikutnya.

52

MENGAPA HANTAR DEPAN PENTING? Jika anda ingin pasukan anda berjaya, hantar depan mestilah dilaksanakan sepenuhnya bila menerima bola daripada pihak lawan. Apabila anda melakukan serangan balas, hantar depan yang tepat amat penting.

BAGAIMANA MELAKSANAKAN HANTAR DEPAN Unsur-unsur melaksanakan hantar depan yang baik adalah (a) menghampiri bola (b) tetapkan posisi anda (c) membuat sentuhan, dan (d) tumpuan kepada bola ke arah sasaran. Semasa melakukan balingan lengan hadapan; tangan anda mestilah digabungkan bersama; ibu jari mestilah selari. dalam. Siku berpusing ke

Dengan itu, bahagian lengan yang lembut - lurus menghadap siling.

Lengan anda selari dengan paha, jauhkan darip4ada badan. Anda mesti cuba meletakkan badan anda di belakang bola, serapkan daya, dan hantar bola terus kepada sasaran dengan menggunakan badan, melalui kaki yang diluruskan semasa menyentuh bola. Lihat Rajah untuk kunci kejayaan hantar depan. Sangga mempunyai kaitan kemahiran mudah untuk digunakan apabila anda bergerak ke arah bola terlebih dahulu, iaitu mendapat kedudukan yang sesuai sebelum cuba melaksanakan kemahiran. Kesukaran kemahiran ini ialah apabila anda tidak pernah menggunakan lengan anda dalam sukan-sukan yang lain. Fasa-Fasa Hantar Depan Fasa Persediaan 1. Tangan mesti ditemukan.

53

2. Kedudukan kaki terbuka ke hadapan dan ke belakang. 3. Kaki selebar bahu. 4. Lutut dibengkokkan. 5. Lengan hadapan selari dengan paha. 6. Belakang lurus. 7. Mata pada bola.

Fasa Perlaksanaan 1. lbu jari selari. 2. Tumit tapak tangan ditemukan. 3. Terima bola pada tepi kiri badan. 4. Kaki dilunjurkan sedikit. 5. Pergerakan "menjolok" ke hadapan dan ke atas. 6. Platform condong ke arah hadapan. 7. Pinggul ke bawah dan ke hadapan. 8. Perhatikan bola menyentuh tangan. Fasa Ikut Lajak

54

1. Tangan tetap ditemukan. 2. Platform mengikuti bola ke sasaran. 3. Tangan tidak tinggi lebih daripada bahu. 4. Pindahkan berat badan ke hadapan. 5. Mata rnengikut bola ke sasaran.

HANTARAN ATAS Kemahiran hantaran atas membolehkan anda mengawal bola dengan

kecekapan yang salngat baik. Anda menggunakan tangan atas untuk menggerakkan bola kepada rakan sepasukan dan jarang sekali digunakan untuk mengembalikan bola ke pihak lawan. Hantaran dilaksanakan buat sementara oleh pengumpan untuk menghantar bola itu kepada penyerang tetapi ia mungkin digunakan oleh pemain untuk memenuhi tugas itu. Anda mestilah boleh

melaksanakan kemahiran sama ada di hadapan atau di belakang tanpa mengubahcara penghantaran.

MENGAPA HANTARAN ATAS PENTING Hantaran atas biasanya pukulan bola kedua pasukan anda dalam tiga peringkat serangan. Dalam kebanyakan keadaan serangan, seorang pemain dilantik

55

sebagai pengumpan dan melaksanakan pukulan kedua atau set. Orang ini mestilah penghantar atas yang terbaik bagi satu-satu pasukan. Hantaran atas boleh digunakan oleh pemain ketika menerima sebarang bola tinggi lebih daripada paras bahu dan dating ke arah pemain dengan laju. Anda mestilah menggunakan hantaran atas bila perlu. Jangan biarkan bola jatuh ke paras hantaran depan, kerana hantaran atas adalah cara yang paling berkesan untuk mengendalikan bola.

BAGAIMANA MELAKSANAKAN HANTARAN ATAS Kedudukan sedia ialah menggerakkan langkah, kaki dan bahu dijarakkan, lutut bengkok dan tangan diangkat ke hadapan dahi pada jarak lebih kurang1520 cm. Ibu jari menghala ke mata anda. Bentuk tingkap dengan ibu jari dan jari telunjuk dalam sebegitu rupa jari-jari adalah dua kali jaraknya daripada ibu jari anda. Lihat bola melalui tingkap ini. Adalah sa-ngat penting, bahu anda diletakkan tegak menghala ke sasaran. Apabila bola menyentuh tangan anda, tangan anda membentuk mengikut bola dengan hanya dua gabungan tangan dan ibu jari menyentuh bola. Apabila bola menyentuh tangan anda, lunjurkan tangan dan kaki, pindahkan berat badan anda mengikut arah hantaran.

Fasa-Fasa Hantaran Atas Fasa Persediaan

56

1. Kedudukan bersedia. 2. Lutut dan punggung dibengkokkan. 3. Bahu tegak ke sasaran. 4. Tangan di hadapan dahi. 5. Membentuk tingkap. 6. Lihat bola melalui tingkap.

Fasa Perlaksanaan 1. Bentuk tangan mengikut bentuk bola. 2. Sentuh bahagian bawah bola. 3. Sentuh bola dengan bahagian atas temuan jari. 4. Luruskan tangan dan jari. 5. Tangan menghala ke sasaran.

Fasa Ikut Lajak

57

1. Tangan dan lengan lurus ke sasaran. 2. Pindahkan berat badan ke sasaran 3. Bergerak ke arah bola.

Aksi-aksi hantaran

Kemahiran membuat hantaran dan menyangga dengan bijak akan 58 mengurangkan kesilapan semasa bermain.

59

MEREJAM (SPIKING)

Kemahiran merejam digunakan oleh pasukan serangan untuk mendapatkan mata atau skor. Ia adalah bola yang dihantar dengan membuat smesy ke bawah gelanggang pihak lawan. Perejam berdiri dekat jaring, menghadap arah dari mana bola akan tiba. Semasa bola mula menurun, perejam melompat tinggi ke udara dan menghayun tangan kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola ke bawah ke dalam gelanggang pihak lawan. Kemahiran merekam bukan ciptaan Amerika Syarikat walaupun permainan ini berasal dari negara tersebut. Kemunculannya boleh dikesan pada suatu pertandingan bola tampar yang diadakan di Manila. Sebuah pasukan orang asli menarik perhatian orang ramai dengan menaikkan bola tinggi ke udara, dekat dengan jaring sementara seorang pemain orang asli dari tengah gelanggang, menghentam bola ke bawah. Pada masa itu tiada sesiapa pun boleh menahan serangan tersebut, begitu juga tidak terdapat dalam sebarang peraturan yang menghalang penggunaan kaedah ini untuk membuat jaringan. Justeru, kemahiran , merejam dihasilkan dan diaplikasikan dalam variasi kemahiran

serangan. Kemahiran merejam boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu kuisan, rejaman perlahan dan rejaman kuat.

60

Fasa-Fasa Kuisan Fasa Persediaan 1. Tunggu di garis serangan. 2. Perhatikan pengumpan. 3. Mata melihat bola selepas

mengumpan. 4. Berat badan ke hadapan. 5. Bersedia mendekati jaring.

Fasa Perlaksanaan

1. Mula mendekati jaring

4. Lengan dihayunkan

7. Sentuh bola di

61

apabila bola berada di point terakhir. beberapa langkah. 3. Dua langkah ahir ke kanan, rapat ke kiri atau melangkah untuk melompat.

ke belakang ke paras pinggang. menghayun ke hadapan. 6. Kedua-dua lengan menghayun tinggi ke arah bola.

hadapan bahu yang memukul. 8. Sentuh dengan hujung dua jari yang diganungkan. 9. Sentuh bahagian bawah setengah bola. 10. Sentuh dengan lengan yang lurus.

2. Kurangkan jarak dengan 5. Kedua-dua lengan

Fasa Ikut Lajak 1. Tangan sasaran. 2. Mendarat ke atas kedua-dua kaki. 3. Bengkokkan lutut untuk meresap tekanan mendarat. mengikut bola ke

Fasa-Fasa Rejaman Perlahan Fasa Persediaan

62

1. Tunggu di garis serangan. 2. Perhatikan pengumpan. 3. Mata melihat bola selepas

mengumpan. 4. Berat badan ke hadapan. 5. Bersedia mendekati jaring.

Fasa Perlaksanaan

63

1. Mula mendekati jaring apabila bola berada di paras tertinggi. langkah. 3. Akhiri dua langkah dengan langkah kanan dan rapat dengan kiri untuk melompat. 4. Tangan dihayunkan ke belakang ke paras pinggang. 5. Kedua-dua lengan menghayun ke hadapan. 6. Kedua-dua lengan menghayun tinggi ke arah bola.

7. Sentuh bola di hadapan bahu yang memukul. yang terbuka. 9. Sentuh bahagian bawah tengah belakang bola. 10. jari menggolek membalut bahagian atas bola. 11. pergelangan tangan dipetik. 12. sentuh dengan tangan yang betulbetul lurus.

2. Kurangkan jarak dengan beberapa 8. Sentuh dengan tumit tapak tangan

Fasa Ikut Lajak

64

1. Tangan mengikut bola ke sasaran. 2. Mendarat ke atas kedua-dua kaki. 3. Bengkokkan lutut untuk melembutkan pendaratan.

Fasa-Fasa Rejaman Kuat Fasa Persediaan 6. Tunggu di garis serangan. 7. Perhatikan pengumpan. 8. Mata melihat bola selepas

mengumpan. 9. Berat badan ke hadapan. 10. Bersedia melakukan pendekatan.

65

adalah langkah kanan 7. Sentuh dan rapat dengan kiri untuk melompat.

bola

di

tangan yang kuat. dengan

hadapan bahu yang 11. Sentuh memukul.

lengan yang betulbetul lurus.

4. Tangan menghayun ke 8. Sentuh dengan tumit belakang sekuarngtapak tangan yang terbuka.

kurangnya pada paras pinggang.

Fasa Ikut Lajak

66

1. Tangan mengikut arah rejaman dan jatuh ke paras pinggang. 2. penyerang mendarat di atas dua kaki. 3. Bengkokkan lutut untuk melembutkan pendaratan.

Teknik-Teknik Merejam Posisi Bersedia 1. 2. 3. 4. Pergerakan 1. Bergerak ke arah bola. 2. Melangkah dengan kaki kiri untuk pemain yang menggunakan tangan kanan. 3. Bergerak sambil melihat kelakuan dan trajektori bola. 4. Lengan-lengan mula bergerak ke belakang. 5. Turunkan badan secara beransur-ansur dalam persediaan untuk Berat badan seimbang dan bengkokkan lutut. Bahagian atas tubuh badan mengendur. Bahu ke hadapan dan Jarak dari jaring di antara 2 3 meter.

melakukan lompatan. 6. Lengan-lengan ke belakang dan ke atas seberapa banyak yang boleh. 67

7. Melangkah dengan kaki kanan yang mengambil kebanyakan berat badan. 8. Menghayun lengan-lengan ke bawah di sisi badan.

Lompatan 1. Mula dengan buaian dari tumit ke jari kaki (heel toe-rock) 2. Bermula dengan ayunan lengan ke atas apabila kaki-kaki mula menolak ke atas. 3. Menghulurkan badan dengan bergerak dari mata kaki ke kaki, ke pinggang , dan tubuh badan. 4. Lompatan haruslah tegak ( vertical ) dan ledakan ( explosive )

Teknik-Teknik Aksi Merejam Posisi Badan 1. Lengan merejam tinggi di atas kepala. 2. Kekalkan siku tangan merejam lebih tinggi daripada bahu. 3. Bahagian atas tubuh badan memutar jauh dari jaring. 4. Bahagian belakang badan dilentikkan dengan kaki-kaki dibawa ke

belakang untuk imbangan. Kontak 1. Kontak harus dibuat ke bahagian atas bola ( upper half of ball ) 2. Kontak bola dengan hujung tangan ( heel of hand )

68

3. Pergelangan tangan bengkok dengan serta merta ke depan ( the wrist snaps forward ) dengan tapak tangan dan jejari melindungi bola. 4. Mendepangkan jejari seluas boleh untuk mengawal soik atau menadahkan tangan untuk mendapat lebih kuasa. 5. Kontak bola seberapa tinggi yang boleh dan lebih kurang 1 meter di hadapan badan. 6. Hayunan lengan harus mengikut lajak sehingga ke pertengahan badan ( midline of the ball )

Daratan 1. Mendarat di atas jari-jari kedua-dua belah kaki. 2. Bengkokkan lutut sedikit untuk menyerap tekanan. 3. Mendarat lebih kurang di tempat yang sama dengan membuat lonjakan.

Variasi Rejam 1. Rejam dari Belakang Gelanggang ( Back Court Spike ) 2. Rejam Bersilang ( Cross Body Spike

3. Rejam ROUDHOUSE i. ii. Lengan merejam diturunkan. Memutar badan jauh dari jaring.

69

iii. iv. v.

Menurunkan lengan bukan merejam. Lengan merejam untuk merejam bola. Kaki dan badan ke depan serta merta ( snap forward )

4. Rejam Pukulan Tinggi 5. Rejam Dink Butiran-butiran merejam 1. Mendekati jaring dari jarak 2 3 meter. 2. Pada langkah akhir yang panjang, badan diturunkan dan sediakan lengan untuk memukul. 3. Buaikan tumit-tumit ke belakang pada hujung penujuan. 4. Lonjak daripada kedua-dua belah kaki. 5. Mengayun kedua-dua lengan ke atas dengan kuat pada masa lonjakan. 6. Pastikan kedua-dua bahu menghadap jaring. 7. Tarik lengan memukul ke belakang dengan siku ke depan. 8. Pengelangan tangan harus terkunci ( locked ) dan tangan harus terbuka. 9. Memukul bola setinggi-tingginya di depan bahu tangan memukul. 10. Tangan memukul meliputi bola dengan ikut lajak (a follow through ) oleh pergelangan tangan.

11. Jangan menyentuh jaring. 12. Menuju kepada perletakan ( placement ) daripada kuasa (power )

70

Aksi merejam

MENGHADANG (BLOCKING)

71

Menghadang ( blocking ) merupakan kemahiran yang dilakukan sama ada seorang atau dua orang pemain yang bertujuan untuk ; 1. Menahan dan menghalang serangan daripada kemahiran merejam oleh pihak lawan. 2. Menghadang lintasan bola untuk dibalikkan semula ke gelanggang lawan 3. Mendapatkan skor atau mata dengan menggagalkan percubaan rejaman oleh pihak lawan. 4. Mengurangkan kelajuan dan memesongkan bola kepada pemain pasukan sendiri.

Kemahiran ini merupakan satu kaedah menahan bola dekat jaring. Pemain akan cuba menyekat bola sebaik sahaja pada posisi dimana bola itu melintasi jaring. Penghadangan hanya merupakan salah satu fasa daripada keseluruhan sistem pertahanan.Fasa-fasa lain termasuk menerima servis, memberi perlindungan di belakang perejam dan melakukan beberapa cara menyelamatkan bola.Ia juga digunakan untuk mengatasi rejaman dan akan kesannya membawa kejayaan atau kemenangan dalam permainan. kedua-dua belah tangan adalah

Penghadangan yang menggunakan

pertahanan terbaik untuk menahan bola yang direjamkan.

Fasa-Fasa Adang Tunggal

72

Fasa Persediaan

1. Tunggu di jaring. 2. Lihat pengumpan lawan. 3. Tangan di paras bahu. 4. Selepas umpanan, mata tertumpu kepada penyerang lawan. 5. Tempatkan diri anda di hadapan tangan memukul perejam.

Fasa Perlaksanaan

73

1. Lompat serta-merta setelah penyerang melompat. 2. Lengan mencapai atas jaring. 3. Tangan melintasi ke gelanggang lawan. 4. Bariskan setengah badan anda di depan bahagian sisi memukul lawan. 5. Undurkan tangan. 6. Mendarat atas kedua-dua kaki.

Fasa Ikut Lajak 1. Bengkokkan lutut untuk

melembutkan pendaratan. 2. Beralih daripada jaring. 3. Lihat bola.

Fasa-Fasa Adang Berganda Fasa Persediaan

74

1. Setelah umpanan, pengadang yang bergerak, menumpukan perhatian kepada pemain yang sedang membuat adangan.

Fasa Perlaksanaan

1. Kedua-dua pengadang melompat serentak.

Fasa Ikut Lajak

75

1. Semua pemain kembali ke kedudukan biasa.

76

AKSI MENGHADANG

KEMAHIRAN MENYELAMATKAN BOLA Dalam beberapa situasi di mana hantaran bawah tidak dapat digunakan ataupun bola dihantar ke tempat yang sukar untuk diterima atau diselamatkan, maka kemahiran menyelamat bola diperlukan. Di antara teknik yang boleh digunakan ialah terjun hadapan dan guling sisi. Terjun hadapan biasanya digunakan oleh pemain lelaki yang sudah lama atau sudah mahir dengan permainan bola tampar, manakala gulingan sisi pula digunakan oleh pemain lelaki yang baru atau belum mahir dan pemain wanita. Kedua-dua teknik menyelamatkan bola ini dilakukan oleh pemain bola tampar.

Terjun Hadapan

77

1. Pemain berlari menuju ke arah bola.

Pemain tangan kanan membuat

terjunan dengan kaki kiri di hadapan. Ini membolehkan tangan kanan dihulurkan keiarak yang paling jauh. 2. Terjunan dibuat dan kedua-dua kaki ditendang ke belakang dan ke atas. Belakang badan dilentikkan dan kepala diangkat. Bola disentuh di bahagian belakang tapak tangan. 3. Mendarat dengan kedua-dua tangan, sambil siku dibengkokkan untuk menyerap berat badan. 4. Tangan diangkat ke sisi dan pelunjuran dibuat dengan bahagian torso.

Aksi terjun hadapan dari mula hingga akhir Guling Sisi 1. Bersedia untuk menuju ke arah bola.

78

2. Langkah yang luas digunakan unutk mendekati bola. Tangan dan kaki yang sama digunakan. 3. Badan direndahkan untuk menyelamatkan bola. Bola disentuh di sekitar pergelangan tangan atau bahagian daslam lengan atau bahagian atas tapak tangan. 4. Mendarat dengan sisi paha dan punggung. Lutut digerakkan ke arah dalam supaya ia tidak menyentuh lantai. 5. Kedua-dua kaki ditarik ke arah badan. 6. Membuat gulingan.

7. Bersedia semula untuk permainan

8. seterusnya

Aksi guling sisi dari mula hingga akhir (a-f)

79

ASPEK-ASPEK KESELAMATAN DALAM BOLA TAMPAR

Aspek keselamatan yang perlu diutamakan dalam permainan bola tampar. Antaranya ialah : Pemain perlu memakai pelindung lutut atau knee pad bagi memastikan kecederaan yang tidak serius semasa perlawanan dijalankan. Pemilihan kasut yang sesuai juga penting dalam memastikan aspek keselamatan semasa berada di dalam gelanggang. Kasut yang baik dipakai adalah apabila tapak kasut tersebut tidak mudah rosak dan tahan dengan keadaan gelanggang yang keras. Contohnya kasut badminton.

80

Pemain yang bermain menggunakan cermin mata atau kanta lekap bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.

Sekiranya terdapat bola di dalam gelanggang permainan tidak boleh dijalahkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan berlaku terhadap pemain.

Contoh kecederaan pada tangan dan lengan

KECEDERAAN DAN CARA RAWATAN Kecederaan tisu lembut (soft tissue injury) Kecederaan tisu lembut boleh berlaku di bahagian tengah otot, antara otot dengan tendon di tempat melekat tendon (origin & insertion) atau di tulang sendiri. i. ii. Kecederaan boleh dikelaskan mengikut:punca/mekanisma kecederaan (etiologi) darjah kecederaan (severity)

81

Punca:i. ii. iii. iv. v. vi. vii. secara langsung (direct) selalunya pada sukan berlaga tubuh badan (body contact sport) contoh kecederaan: Luka, lebam, bengkak, cedera kepala dan mata. Tidak secara langsung (indirect) Acute- berlaku bila otot menerima tekanan/beban secara mengejut. Seperti memecut (lari) atau menendang (bola sepak) Kesannya: Otot terkoyak

Chronic & Overuse i. Ini disebabkan hasil tekanan/beban yang berulang-ulang atau pergeseran ii. yang berterusan. Biasanya semasa latihan ketahanan (endurance training) Contoh kecederaan: Tendinitis

Acute on Chronic i. Otot yang telah sedia sakit akibat chronic & overuse terkoyak atau putus

Darjah kecederaan ii. Sakit sedikit semasa cedera atau dalam masa 24 jam selepas kecederaan, sakit setempat, atlit masih boleh meneruskan permainan. iii. Sakit sederhana, sakit semasa melakukan pergerakkan, atlit tidak dapat meneruskan permainan.

82

iv. v. vi. vii. viii. ix.

Atlit mendengar bunyi pop bengkak, sakit sangat? Kejang otot? Berdarah, bentuk bahagian yang cedera berubah cacat. Apa yang berlaku selepas tisu lembut cedera? Tisu-tisu ini akan mengalami proses-proses:Acute inflammatory phase- semasa kecederaan hingga 72 jam pertama Repair phase 48 jam 6 minggu Remodeling phase 3 minggu 12 bulan

Rawatan kecederaan:i. Cryotheraphy R.I.C.E ii. iii. iv. Ubat anti Fisioterapi Bantu diri, pergerakkan bebas dan latihan pemulihan Corticosteroid

Rawatan menggunakan ais batu:i. Ice massage ii. iii. iv. v. vi. Ice pack Ice immersion Lama rawatan : 15 30 minit Kekerapan : 2 atau 4 kali sehari Dilakukan : 2 3 hari pertama selepas kecederaan

83

Bagaimana air batu bertindak balas terhadap tisu yang tercedera? i. Kawasan yang kena air batu menjadi sejuk dan kebas ini akan mengurangkan sakit, mengecilkan salur rerambut, pengaliran darah ke kawasan cedera perlahan mengurangkan bengkak dan pendarahan. ii. iii. Mengurangkan kekejangan Menjadikan otot yang kejang (spastic) berfungsi semula.

Ubat anti-inflammatory (insaid drug) i. Penggunaan ubat ini akan ditentukan oleh Pegawai Perubatan

Rawatan Fisioterapi:i. ii.

Rawatan ini bermula secepat mungkin selepas kecederaan. Rawatan meliputi: 1. Air batu dan senaman 2. Ultra Sound 3. Rangsangan otot letrik 4. Gabungan (a) dan (b) 5. Senaman kekuatan dan kelembutan

Bantu diri, pergerakkan awal dan latihan pemulihan Kaedah:i. ii. iii. Corticosteroid Penggunaan ubat ini juga akan ditentukan oleh Pegawai Perubatan. Suntikan ubat ini (local injection) pada tempat kecederaan dilakukan setelah rawatan-rawatan lain tidak berjaya mengurangkan kesakitan/kecederaan atau kecederaan itu berulang-ulang. Isometrik Isotonik Isokinetik

84

Patah tulang i. Mengetahui tanda-tanda dan gejala-gejala fraktur. ii. Melarang gerak (immobilize) kesemua patah tulang pada:a. Tulang rahang bawah b. Tulang selangka c. Lengan atas d. Lengan bawah e. Tulang rusuk f. Tulang belakang atau spina g. Pelvis h. Tulang paha atau femur i. Tulang kaki iii. Mengutamakan pencegahan renjatan dalam kecederaan patah tulang.

Sebab-sebab patah tulang:i. Akibat pukulan tepat atau secara langsung ii. iii. Akibat pukulan secara tidak langsung Akibat tersentap sendi

Jenis-jenis patah tulang:i. Patah rebung ii. iii. iv. Patah tebu Patah riuk Patah melarat

85

Tanda-tanda dan gejala-gejala:i. Tulang patah boleh didengar ataupun dirasa ii. iii. iv. v. Bengkak dan kemudian menjadi lebam pada bahagian yang patah itu, diakibatkan pendarahan dalam tubuh. Anggota itu kelihatan berlainan kedudukannya dan ganjil rupanya, seperti bahagian kaki yang patah mungkin nampaknya lebih pendek dan terbalik Cacat pada anggota dan bahagian yang tercedera tidak boleh digerakkan seperti biasa. Rasa kesakitan pada atau dekat tempat fraktur.

Peraturan am bagi rawatan fraktur:i. Jangan cuba menggerakkan mangsa itu sehingga bahagian yang patah itu telah dilarang gerakkan (immobilization), kecuali mangsa itu didalam keadaan bahaya yang mengancam nyawanya. ii. Peringatan langkah-langkah yang dilakukan dengan kasar mungkin mengakibatkan keadaan menjadi lebih serius dan menambahkan bahaya renjatan, misalnya patah tertutup mungkin menjadi patah tulang terbuka. iii. Peraturan diatas diutamakan, oleh yang demikian pernafasan yang terhenti dan pendarahan yang teruk mestilah diberikan rawatan terlebih dahulu sebelum memberi rawatan pada tulang. iv. Tetapkan keadaan patah tulang dengan serta-merta supaya ia tidak bergerak langsung (immobilization). Langkah seperti itu tidak akan menggerakkan hujung-hujung tulang itu daripada merosakkan saluran darah atau otot-otot. v. vi. vii. viii. ix. x. Kaedah pertama ialah dengan menggunakan pembalut segitiga ikat anggota yang tercedera kepada anggota yang tidak tercedera atau badan mangsa. Kaedah kedua dengan menggunakan tuap atau bidai (splint) Balut dan tutup luka-luka dengan pembalut atau kain yang bersih Selimutkan mangsa untuk menghindarkan terjadinya renjatan Dapatkan pertolongan doktor dengan segera Kecederaan pada tulang yang tidak dapat dipastikan, maka rawatlah kecederaan itu sebagai merawat patah tulang.

86

Kecederaan otot, sendi dan ligamen i. Mengenali kecederaan pada otot-otot iaitu urat daging koyak ii. iii. Mengetahui kecederaan pada persendan iaitu terseliuh dan terkehel Merawat kecederaan pada otot-otot dan sendi-sendi.

Apakah sendi dan otot i. Sendi adalah suatu tempat bertemunya antara dua tulang atau lebih. Sebanyak 206 tulang yang membina sistem rangka menusia dihubungkan disendi yang membolehkan rangka bergerak dan menjalankan tugas-tugas badan. ii. Ligamen adalah tisu-tisu yang kenyal dan liat yang mengikat tulang kepada tulang. Tugasnya ialah untuk mengukuhkan kedudukan tulang-tulang itu daripada terseliuh. iii. Otot adalah tisu yang terdiri daripada sel-sel yang mempunyai khususnya kebolehan khas untuk mengecut (constration). Ia bertanggungjawab terhadap pergerakkan.

Terseliuh i. Terseliuh adalah suatu kecederaan pada persendian di mana ligamen dan tisu-tisunya terpusing, biasanya berlaku pada pergelangan kaki atau lengan. Tanda-tanda dan gejala-gejala:i. Rasa kesakitan pada sendi itu ii. iii. Bengkak Lebam atau perubahan warna dibawah kulit sendi yang cedera, menjadi biru kehitam-hitaman.

87

Rawatan:i. ii. iii.

Letakkan kompres sejuk ataupun beku air batu pada sendi yang cedera itu untuk mengurangkan bengkak dan melegakan kesakitan. Jika pergelangan kaki terseliuh, buka kasutnya dengan segera. Tinggikan bahagian yang cedera dan letakkan sendi itu dalam keadaan yang paling selesa. Jika pergelangan tangan, siku atau bahu terseliuh, tampug tangan sebelah bahagian yang cedera dengan anduh besar.

iv. v. Terkehel i.

Letakkan kapas yang tebal pada sendi yang cedera dan balut dengan pembalut krep mengikut angka lapan. Bawa mangsa ke hospital

Terkehel adalah satu keadaan dimana tulang terkeluar dari sendi dan kedudukannya pun berubah.

Tanda-tanda dan gejala:i. Rasa amat sakit pada sendi ii. iii. iv. v. Berubah kedudukan sendi itu Berubah rupanya Bengkak Lebam-lebam

Rawatan:i. Jangan cuba membetulkan tulang yang terkehel ii. Eloklah anggota yang cedera itu dijadikan tidak boleh bergerak dalam kedudukan yang paling selesa seperti dalam keadaan patah.

88

iii.

Apa yang nampaknya sebagai suatu yang terkehel mungkin sebenarnya suatu patah tulang. Hanya gambar sinar-X boleh menunjukkan sama ada ini telah berlaku. Oleh demikian bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera supaya sinar-X boleh diambil.

Urat daging terkoyak i. Otot-otot boleh menjadi lebih tegang atau koyak yang disebabkan oleh pengecutan otot-otot secara tiba-tiba seperti bila mengangkat benda-benda yang berat atau bermain.

Tanda-tanda dan gejala:i. Bengkak ii. iii. iv. Perubahan warna dibawah kulit atau lebam pada bahagian yang cedera. Rasa kesakitan apabila bergerak Mungkin menjadi kaku

Rawatan:i. Letakkan bahagian yang cedera dalam keadaan yang paling selesa. ii. iii. iv. Taruh kompres sejuk untuk mengurangkan bengkak dan rasa kesakitan dalam tempoh 24 jam kemudian, mengurut dengan minyak sloan. Ampu bahagian yang cedera dengan anduh segitiga Bawanya ke hospital

89

Kejang (cramp) i. ii. Kejang adalah keadaan yang tidak sengaja yang datang dengan tiba-tiba dan sakit kerana otot-otot tertarik dan tersimpul. Ianya disebabkan oleh:1. Kehilangan air yang berlebihan mengakibatkan kekurangan garam dan cecair dalam tubuh kerana berpeluh semasa bersenam. 2. Kerana sejuk ketika berenang.

Rawatan:i. Memanjangkan otot-otot yang mengejang ii. iii. iv. v. Ditangan luruskan jari-jari dengan cermat Dikaki luruskan lutut dan tekan tapak kakinya Dipaha luruskan lutut dan angkat kakinya, kemudian menekan lutut ke bawah dengan tangan anda. Jika berlaku kehilangan air yang berlebih-lebihan, beri air yang bercampur dengan sukatan sudu teh garam dengan gelas air. Pedih perut (stitch) i. Ketika sedang bermain, berlari dan berjalan pantas, terutama bagi orang yang tidak biasa berlatih: kekejangan dalam otot abdomennya Rawatan i. ii. iii. Suruh orang itu berehat secara baring terlentang Berilah dia meminum air yang panas Gosokkan pada bahagian abdomen yang sakit it 90

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KEJOHANAN

Untuk mengurus dan mengelolakan sesuatu kejohanan yang akan dianjurkan, seseorang itu perlu ada aspekaspek penting atau langkah-langkah pengurusan yang betul. Antara aspek-aspek atau langkah-langkah yang perlu ada ialah:

1. Jawatankuasa pertandingan

Jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli-ahli yang dipilih daripada kalangan mereka yang berpengetahuan dan berkelayakan tentang permainan. Kebiasaannya ia terdiri daripada pengerusi dan naib pengerusi, diikuti oleh setiausaha dan penolong setiausaha seterusnya bendahari dan beberapa orang ahli jawatankuasa kecil yang lain. Jawatankuasa pertandingan berperanan sebagai merangka dan menyusun peraturan untuk dijadikan panduan rasmi di dalam sesuatu pertandingan. Di dalam merangka dan menyusun peraturan pertandingan itu, antara perkara penting yang perlu diambil kira ialah: a. Nama pertandingan yang akan dianjurkan. b. Hadiah-hadiah yang akan ditawarkan sama ada ianya berbentuk wang ringgit, medal atau pingat, hamper dan pelbagai lagi hadiah yang dikira sesuai. c. Pihak pengurusan, iaitu mereka yang bertindak sebagai penganjur dan pengelola kejohanan tersebut. d. Peserta terdiri daripada mana-mana pasukan yang difikirkan layak mengambil bahagian dan sebagai peserta jemputan. e. Yuran penyertaan dikenakan keatas setiap pasukan yang menyertai samada dalam bentuk wang tunai ataupun secara percuma dimana penganjur yang membiayai kejohanan tersebut.

91

f. Cara atau bentuk pertandingan yang akan diadakan iaitu samada secara liga, kalah mati dan sebagainya. g. Jadual pertandingan dimana didalam bahagian ini diberitahu tarikh kejohanan itu akan diadakan bersama dengan waktu dan lokasi pertandingan. h. Pengadilan iaitu senarai pengadil dan penjaga garisan serta mereka yang akan mengendalikan pertandingan yang terdiri daripada pegawai berkelayakan. i. Setiap kejohanan memerlukan adanya pertolongan cemas, minuman dan pengangkutan. Adakalanya butiran ini perlu disediakan oleh setiap pasukan sendiri dan ada sesetengahnya di sediakan oleh penganjur. j. Perancangan perbelanjaan amat penting iaitu jumlah anggaran keseluruhan perbelanjaan yang akan digunakan dan keuntungan yang bakal diperolehi. Biasanya ia akan disediakan oleh bendahari dan ahli jawatankuasa yang lain. k. Tetamu khas iaitu senarai jemputan untuk VVIP, VIP dan lain-lain perlu disenaraikan bagi tujuan perasmian, penutupan dan penyampaian hadiah. l. Jawatankuasa khas akan ditugaskan untuk menyediakan buku cenderamata atau buku program yang mengandungi perjalanan keseluruhan kejohanan. m. Bagi menganjurkan sesuatu kejohanan yang besar, penajaan daripada badan koporat, individu dan derma perlu diuruskan bagi menampung perbelanjaan kejohanan.

92

2. Jenis pertandingan

Jenis pertandingan bermaksud peringkat umur peserta yang ditujukan oleh jawatkuasa penganjur. Umpamanya pertandingan untuk murid-murid sekolah bawah 12 tahun, pertandingan antara rumah, pertandingan peringkat negeri dan sebagainya. Jawatankuasa akan menetapkan peringkat umur para peserta untuk menyertai sesuatu pertandingan. Sesuatu pertandingan yang akan dianjurkan harus memastikan kelayakan para peserta dan pasukannya. Ini kerana tidak semua pemain layak untuk mengambil bahagian atau menyertai sesuatu kejohanan yang dianjurkan. Ini bertujuan untuk memastikan setiap peserta dan pasukannya dapat bermain dengan adil. Adalah tidak wajar pemain yang berumur 20 tahun menyertai pertandingan untuk peringkat umur 12 tahun. Oleh itu. Jawatankuasa Penganjur harus menentukan dan mengariskan matlamat atau tujuan pertandingan itu diadakan. Sebagai contoh, pertandingan itu diadakan untuk memilih pasukan untuk satu-satu kejohanan yang lebih besar atau sempena menyambut Hari Kebangsaan atau program pertandingan antara sekolah dan sebagainya.

3. Bentuk atau sistem pertandingan

Terdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan dalam sesuatu kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan. Pemilihan bentuk atau sistem pertandingan ini ditentukan oleh pihak penganjur dan kadang-kadang ditentukan juga oleh pasukan yang mengambil bahagian. Antara pertimbangan yang diambilkira dalam menentukan bentuk dan sistem pertandingan ialah bilangan pasukan atau penyertaan, tempoh pertandingan, tempat dan keupayaan pengadil dan pegawai yang akan

93

menguruskan pertandingan. Sistem pertandingan yang lazim dipraktikan di negara ini ialah: a. Sistem pertandingan liga (liga satu pusingan dan 2 kumpulan) b. Sistem pertandingan kalah mati (kalah mati sekali dan kalah mati dua kali)

a) Sistem Pertandingan Liga

Sistem liga bererti setiap pasukan yang mengambil bahagian akan berlawan antara satu sama lain, sehingga semua pasukan telah bermain dengan pasukanpasukan lain, Sistem ini sesuai jika bilangan peserta atau pasukan adalah terhad atau kecil bilangannya. Cara menentukan bilangan perlawanan untuk setiap pasukan ialah dengan menggunkan formula:

N (N-1) 2

dimana N = jumlah pasukan yang mengambil bahagian.

Keputusan pertandingan secara liga ditentukan dengan pengiraan seperti berikut: P M K B - Jumlah pertandingan - Bilangan menang - Bilangan kalah - Bilangan mata

94

Lazimnya pasukan yang menang bagi setiap pertandingan akan diberi tiga mata dan kalah tiada mata. Liga 1 pusingan Sekiranya lima atau kurang daripada lima pasukan yang bertanding, pertandingan secara liga satu pusingan dijalankan. Pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira sebagai johan.

Liga 2 Kumpulan Bagi pertandingan yang melibatkan 6 hingga 8 pasukan, sistem pertandingan yang sesuai digunakan adalah gabungan sistem liga dipusingan pertama dan sistem kalah mati di pusingan berikutnya. Pembahagian pasukan kepada kumpulan adalah mengikut keputusan pertandingan yang lalu. Pasukan-pasukan yang lain perlu mengundi.

Kebaikan 1) Setiap pasukan akan bertanding dengan semua pasukan yang mengambil bahagian dan ini benar-benar menguji ketahanan sesebuah pasukan untuk merebut tempat yang paling atas. 2) Pertandingan dapat diadakan dengan adil dan saksama dan tidak ada sebarang sungutan atau rasa tidak puas hati. 3) Menggalakkan setiap pasukan mengekalkan prestasi yang tinggi pada setiap perlawanan dan bukan hanya menumpukan pada sesuatu perlawanan tertentu sahaja. 4) Memberi peluang kepada sesebuah pasukan yang kalah mencatat kemenangan dalam perlawanan berikutnya.

95

Keburukan 1) Memakan masa yang panjang, kadang-kadang hilang keberkesanan dan kemeriahan pertandingan. 2) Kemungkinan akan timbul masalah dari segi pasukan dan pegawai-pegawai terlibat. 3) Tidak memberikan galakan atau kecenderungan untuk bermain dengan baik dan bersungguh-sungguh kerana jika kalah satu perlawanan, masih ada peluang di perlawanan lain. 4) Tidak dapat menarik ramai penonton kerana banyak perlawanan.

b) Sistem Kalah Mati Sistem pertandingan kalah mati merupakan bentuk pertandingan yang paling senang dan ringkas untuk mendapatkan pemenang atau pasukan terbaik. Bentuk pertandingan seperti ini amat sesuai jika bilangan pasukan atau peserta adalah ramai. Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta-peserta yang kalah dan bagi pasukan yang berjaya akan terus mara untuk perlawanan yang seterusnya. Proses ini akan berterusan sehingga hanya terdapat satu peserta sahaja yang tinggal iaitu juara.

Sistem Kalah Mati Sekali Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan terus tersingkir daripada saingan atau mati. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

96

i. Bilangan peserta menunggu/ bye Bilangan menunggu/ bye dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka kuasa dua iaitu angka 2, 4, 6, 8, 16, 32 dan seterusnya.

ii. Bilangan perlawanan Bilangan perlawanan yang dijalankan dapat dikira dengan menolak angka 1 daripada jumlah peserta atau pasukan.

iii. Penempatan pilihan atau seeded Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan secara adil dengan sebaran yang menyeluruh. Panduan menempatkan peserta pilihan dalam pertandingan kalah mati adalah seperti berikut: Semua peserta pilihan hendaklah ditempatkan dalam pusingan awal. Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara simentrikal Jika terdapat dua pasukan yang menunggu, satu ditempatkan di bawah sekali dan satu lagi diatas sekali.

Sistem Kalah Mati Dua Kali ( Double Knock-Out) Pertandingan cara ini memberi peluang kepada setiap peserta bermain sekurang-kurangnya dua kali sebelum tersingkir terus daripada pertandingan. Mana-mana pasukan yang kalah pada perlawanan pertama akan dimasukkan kedalam kumpulan kalah (losers pool). Dengan cara ini setiap pasukan berpeluang keperingkat berikutnya walaupun tewas sekali. Peserta yang menang akan maju ke kanan untuk menjadi johan manakala peserta yang kalah ditempatkan ke kiri. Jika dalam pertandingan ini 2 yang memenangi pertandingan akhir, maka 2 akan menyandang juara atau johan, tetapi jika 1 yang memenangi pertandingan akhir, maka 2 berhak memohon untuk bertanding semula bagi menentukan johan. 97

Pengelolaan Pertandingan kalah Mati Langkah pertama yang perlu diambil untuk mengelolakan pertandingan ini ialah menentukan kedudukan pasukan-pasukan dengan cara undian. Kedudukan pasukan ditetapkan oleh nombor yang dicabut jika terlalu banyak pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan-pasukan ini perlulah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dengan cara undian. Sekiranya jumlah pasukan tiap kumpulan bersama gandaan '2'

(2,4,8,16,32,64.....), maka akan wujud 'pasukan menunggu' (bye). 'Bye' cuma dibenarkan pada pusingan pertama pertandingan sahaja. Cara kiraan 'bye' adalah seperti berikut: Angka Gandaan terdekat seterusnya TOLAK Jumlah Pasukan Jumlah Pertandingan = Jumlah Pasukan Tolak 1 Contoh: 1. Pertandingan yang melibatkan 12 pasukan Gadaan terdekat seterusnya = 16 Jumlah 'bye' = 16 - 12 = 4 Pasukan Contoh: 2. Pertandingan yang melibatkan 7 Pasukan Gadaan terdekat seterusnya = 8 Jumlah 'bye' = 8 - 7 = 1 Pasukan. Kebaikan a) Lebih mudah dan senang dijalankan kerana bilangan pasukan atau peserta semakin berkurangan. b) Menjadikan perlawanan dan pertandingan lebih mencabar, kerana manamana pasukan yang kalah tidak berpeluang bermain dalam peringkat berikutnya. c) Meningkatkan semangat berlawan dan keinginan mencapai kemenangan dikalangan pasukan.

98

Keburukan a) Mematahkan semangat bagi pasukan yang kalah kerana mengadakan latihan yang lama hanya untuk bermain sekali sahaja. b) Tidak dapat menentukan pasukan yang benar-benar handal, kerana sesebuah pasukan perlu bermain dengan baik dalam satu perlawanan untuk mara keperingkat kedua atau seterusnya. c) Akan hilang semangat kesukanan kerana kemenangan yang lebih diutamakan. Nota: Secara logik, pertandingan secara KALAH MATI cuma memperuntukkan HADIAH PERTAMA dan KEDUA sahaja kerana pasukan yang kalah secara otomatik TERSINGKIR dari pertandingan 4. Pengurusan Semasa Pertandingan Pengurusan pertandingan ialah satu rentetan pengurusan dari mula Pengadil Rasmi meminta Daftar Pemain daripada Pengurus Pasukan sehingga beliau mengumumkan keputusan muktamad pertandingan. Rentetan pengurusan tersebut adalah seperti berikut:1. 30 minit sebelum pertandingan bermula, Urusetia akan meminta Pengurus Pasukan yang terlibat mengemukakan Daftar Pemain. 2. Setelah Daftar Pemain diterima, Urusetia akan menuliskan nama-nama Pemain, Pengurus dan Jurulatih daripada kedua-dua pasukan ke dalam Borang Hitungan Mata. 3. Pengadil akan meminta kedua-dua pasukan bersedia di mana kesemua pemain akan masuk ke gelanggang untuk diperkenalkan kepada penonton. 4. Semua pemain seterusnya bersalaman dan memberi hormat kepada penonton dan terus meninggalkan gelanggang.

99

5. Setelah puas hati dengan keadaan gelanggang, pengadil akan memanggil ketua kedua-dua regu untuk membuat undian. Seterusnya setiap pasukan diberi masa 3 minit untuk 'warm up' 6. 1 minit sebelum sessi 'warm up' ini akan tamat, Pembantu Pengadil dan Pengadil-Pengadil Garisan akan memasuki gelanggang dengan tersusun dan kemas dan sedia di tempat masing-masing. 7. Pengadil naik kekerusinya, diikuti oleh lain-lain pengadil mengambil tempat masing-masing. 8. Setelah memastikan lain-lain pengadil dalam keadaan bersedia, pengadil pertama akan memulakan pertandingan. 9. Setelah tamat pusingan pertama, pengadil perlu mengarahkan pemainpemain bertukar petak dan selepas pertukaran petak ini disempurnakan, pengadil memaklumkan masa rehat 2 minit. 10. Setelah tamat masa rehat, pengadil mengarahkan kedua-dua pasukan masuk ke gelanggang dan meneruskan pertandingan pusingan kedua. 11. Sekiranya pertandingan berterusan hingga ke pusingan ketiga, semasa tamat pertandingan pusingan kedua, Pembantu Pengadil perlu memanggil ketuaketua regu untuk membuat undian. Undian ini hanya untuk memilih pasukan yang akan memulakan permainan sahaja. Keputusan undian ini hendaklah dimaklumkan kepada pengadil. 12. Setelah tamat pertandingan, pengadil akan keluar meninggalkan gelanggang disertai oleh lain lain pengadil. Pergerakan ini hendaklah dilakuan dengan tersusun dan kemas. 13. Setelah menerima Borang Hitungan Mata dari urusetia, Pengadil Rasmi menyemaknya dan jika semuanya betul, beliau akan menandatangi Borang Hitungan Mata untuk pengesahan.

100

5.

Borang-borang yang diperlukan untuk pertandingan (bergantung

kepada penganjur pertandingan) 1. Borang Pendaftaran Pasukan 2. Borang Pertukaran Pemain 3. Borang Bantahan Rasmi 4. Borang Hitungan Mata 5. Borang Keputusan Perlawanan (untuk acara berpasukan) Contoh Organisasi Pengelolaan Pertandingan Bola Tampar Penasihat Pengerusi dan Naib Pengerusi Setiausaha/Penolong Setiausaha Bendahari Jawatankuasa: Pengerusi Teknik Gelanggang dan Persiapan Pengadil Peralatan Minuman Juri Rayuan Pembukaan dan Penuntup Hadiah dan Cenderahati Jamuan Keselamatan Perubatan Perhubungan Penginapan/Makanan Pengangkutan dan sebagainya.

101

102

You might also like