You are on page 1of 24

KOLEJ TUNKU ABDUL RAHMAN CAWANGAN PULAU PINANG

AEMS 2032 HUBUNGAN ETNIK 1DMK1


NAMA PENSYARAH
NAMA TUTOR TUGASAN : CIK CHAN WAY LAY : CIK NORFADILAH MAT RIPIN : Huraikan bagaimana sambutan perayaan peringkat kebangsaan dapat memupuk keharmoniaan dan perpaduan antara kaum?

NAMA AHLI KUMPULAN: ANG HOOI LING CHIN CHIA YING DORIS CHUAH XIN XIN (11PBD01874) (11PBD05870) (11PBD06572)

Isi Kandungan Muka Surat Kandungan Penghargaan Pendahuluan Isi-isi Kesimpulan Lampiran Bibliografi

Penghargaan
Sekalung budi kepada pensyarah mata pelajaran hubungan etnik iaitu Cik Chan Way Lay yang sudi meluangkan masa beliau untuk memberi penerangan yang lebih teliti tentang pelaksanaan kerja kursus kami. Selain itu, ribuan terima kasih kepada tutor kami iaitu, Cik Norfadilah Mat Ripin yang sentiasa mengalu-alukan sebarang pertanyaan daripada kami dan tidak mengenal erti penat dalam memberi tunjuk ajar kepada kami. Juga tidak ketinggalan, pustakawan Kolej Tunku Abdul Rahman cawangan Pulau Pinang yang turut membantu kami dalam pencarian bukubuku, journal dan keratan akhbar yang berkaitan dengan kerja kursus kami.

Pendahuluan
Malaysia, sebuah negara yang beraneka budaya, agama dan kaya dengan makanan yang memikat hati merupakan sebuah negara yang amat unik di mata masyarakat seantero dunia kerana negara kita berjaya memanifestasikan keharmonian, perpaduan, dan integrasi nasional walaupun rakyatnya terdiri daripada kaum, bangsa dan kebudayaan yang berlainan. Menurut kamus dewan edisi ketiga, perayaan bermaksud pesta untuk merayakan sesuatu peristiwa keramaian,perjamuan dan sebagainya.Sesuatu perayaan itu disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun ras adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu.Variasi perayaan yang berwarna-warni lagi bermakna ini yang diraikan oleh setiap kaum di Malaysia mampu mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan antara kaum sekali gus merealisasikan aspirasi pembentukan Satu Malaysia yang sentiasa diuar-uarkan oleh perdana menteri kita, Datuk Seri Najib Razak. Salah satu tonik yang efektif yang menjadi pengikat antara satu kaum dengan kaum yang lain adalah melalui sambutan perayaan peringkat kebangsaan atau perayaan berkongsi. Perayaan berkongsi atau perayaan peringkat kebangsaan ialah satu perayaan yang bukan sahaja disambut oleh kaum yang merayakannya, malah kaum yang lain juga turut serta. Sebagai contoh, masyarakat melayu berkunjung ke rumah orang cina apabila tibanya sambutan perayaan Tahun Baru Cina untuk bersama-sama meriakan dan memeriahkan sambutan itu.Selain itu, hidangan menjadi bukti konsep akulturasi yang paling ketara dalam setiap sambutan perayaan. Peyediaan ayam rendang atau ayam kari bagi masyarakat cina ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina sudah menjadi suatu kebiasaan.

Keprihatinan dan inisiatif pihak kerajaan dalam memperuntukkan cuti umum pada musim perayaan untuk seluruh rakyat Malaysia membolehkan setiap rakyat di negara ini tanpa membezakan bangsa dan agama berpeluang untuk merayakan perayaan-perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali bersama-sama. Dengan ini, setiap rakyat Malaysia akan menanti-nantikan setiap perayaan dengan penuh debaran. Hal ini sudah pasti akan sedikit sebanyak mengutuhkan perpaduan dan kesepakatan masyarakat Malaysia.

Berikut senarai perayaan yang disambut oleh masyarakat Malaysia:

Hari Perayaan Keagamaan Masyarakat beragama Islam


Hari Awal Muharram - Tahun Baru Islam. Hari Raya Aidiladha Hari Raya Aidilfitri Hari Maulidur Rasul - Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Hari Nuzul Quran Hari Israk dan Mikraj

Masyarakat beragama Kristian


Hari Ahad Easter Hari Natal (Krismas)

Masyarakat beragama Yahudi


Yom Kippur Bar Mitzvah

Masyarakat beragama Buddha

Hari Wesak

Masyarakat beragama Cina


Hari Chap Goh Mei Hari Kuih Bulan Hari Tahun Baru Cina

Perayaan Ching Ming Pesta Tanglung Perayaan Hantu Lapar

Masyarakat beragama Hindu


Hari Deepavali Hari Durga Puja Hari Thaiponggol Hari Thaipusam

Masyarakat minoriti di Malaysia Hari Gawai Hari Kaamatan Hari San Pedro

Hari Perayaan Bukan Keagamaan


Tahun Baru Cina Hari Kebangsaan/Hari Kemerdekaan Malaysia. Hari Wilayah Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Hari Keputeraan Sultan-sultan Negeri Hari Pekerja

Pengenalan Perayaan Masyarakat Melayu Beragama Islam Hari Raya Aidifitri Hari Raya Aidifitri bermula setelah umat Islam menyempurnakan ibadat puasa pada bulan 1 Ramadan.Sepanjang bulan Ramadan, umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan 2solat tarawih pada sebelah malamnya. Masyarakat Islam wajib menyempurnakan pembayaran 3zakat fitrah sebelum 1 Syawal, iaitu ketika Hari Raya Aidifitri dirayakan.Hari Raya Aidifitri disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling mengucapkan Selamat Hari Raya dan kemaafan dipohon, menandakan kesalahan lalu telah dilupakan.Rumah terbuka diadakan bagi mengalu-alukan tetamu yang datang berkunjung.

Hari Raya Aidiladha Hari Raya Aidiladha dirayakan pada hari ke-10 bulan Zulhijah,ketika umat Islam yang mengerjakan ibadat Haji di Mekkah berada pada peringkat akhir ibadat mereka.Pada pagi hari tersebut,umat Islam akan menunaikan solat Hari Raya Aidiladha di masjid. Selepas selesai menunaikan solat tersebut,umat Islam akan berkumpul beramai-ramai di kawasan yang lapang untuk upacara korban. Pada Hari Raya Aidiladha,beratus ribu ekor kambing,lembu dan unta setia tahun disembelih oleh umat Islam di seluruh dunia sebagai korban dan dagingnya diagihkan kepada kaum
4

fakir.

1 2

Ramadhan - Bulan kesembilan dalam tahun Hijrah, bulan puasa. Solat tarawih -Solat sunat dengan rasa senang dan kelapangan hati. 3 Zakat fitrah -Zakat yg wajib dibayar oleh tiap-tiap orang Islam setahun sekali (pd bulan Ramadan sehingga sebelum sembahyang Hari Raya Puasa). 4 Fakir -Golongan yg sangat berkurangan (sangat miskin)

Maulidar Rasul Maulidar Rasul jatuh pada bulan Rabiulawal. Maulidar Rasul dirayakan bagi memperingati perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. Pada hari berkenaan,acara-acara seperti perhimpunan,syarahan dan bacaan 5berzanji biasanya diadakan.

Perayaan Masyarakat Cina Tahun Baru Cina Tahun Baru Cina disambut pada hari pertama dalam bulan pertama kalendar cina. Perayaan ini berlanjutan selama 15 hari sehingga Chap Goh Meh yang dirayakan pada malam ke-15.Perayaan akan bermula dengan kaum keluarga berkumpul beramai-ramai sambil menikmati hidangan yang disediakan.Upacara makan malam ini menjadi satu kewajipan bagi masyarakat Cina kerana hari tersebut akan mengeratkan jalinan antara keluarga.Ada dalam kalangan mereka yang terpaksa pulang dari jauh semata-mata untuk berkumpul dan makan malam bersama. Ahli keluarga yang sudah berumah tangga akan memberi angpau dan limau Mandarin kepada saudara-mara dan sahabat yang bujang sempena Tahun Baru Cina.Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung,tarian singa dipersembahkan dari rumah ke rumah dan kedai ke kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Hari Chap Goh Meh Hari Chap Goh Meh disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Hari tersebut disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara bear-besaran,colok besar akan dibakar dalam upacara sembahyang. Terdapat
5

Berzanji -Nyanyi puji-pujian utk Nabi pada bulan Maulud.

amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan sempena malam Hari Chap Goh Meh.

Hari Kuih Bulan Hari Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 kalendar Cina. Hari Kuih Bulan disambut dengan perarakan tanglung dan menghayati bulan sambil menikmati kuih bulan pada malam perayaan. Bulan biasanya mengambang dan terang pada malam tersebut.

Perayaan Masyarakat India Deepavali Kejayaan kuasa baik mengalahkan kuasa jahat diraikan oleh penganut Hindu dalam perayaan Deepavali.Perayaan Deepavali juga dikenali sebagai perayaan cahaya. Mengikut kepercayaan orang Hindu, perayaan ini diraikan pada bulan gelap yang dipanggil aippasi,iaitu pada bulan Oktober dan November.Deepavali bermaksud sebarisan pelita.Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Pada pagi hari Deepavali, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.

Hari Thaipusam Hari Thaipusam disambut sebagai tanda kesyukuran serta sebagai tanda penghormatan kepada tuhan Muruga atau Subramaniam.Ribuan penganut Hindu akan berarak sambil memikul kavadi pada Hari Thaipusam.

Perayaan Masyarakat Penganut Kristian Hari Natal Hari Natal disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember oleh penganut agama Kristian bagi memperingati kelahiran Jesus, pengasas ajaran Kristian. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna-warni. Amalan pertukaran hadiah akan dilaksanakan antara saudaramara dan sahabat handai sempena Hari Natal.

Perayaan Masyarakat Di Sabah Pesta Tadau Keamatan Pesta Tadau Keamatan diadakan pada bulan Mei setiap tahun iaitu sehabis selesai menuai padi.Perayaan ini kebiasaannya diadakan selama dua malam berturutturut .Pada malam pertama, upacara magavau atau pemujaan semangat padi yang diketuai oleh bobohigan dan beberapa orang pembantunya diadakan . Pada malam kedua, upacara habot iaitu beras yang diperam diberikan kepada bobohigan sebagai tanda kesyukuran. Tetamu akan dihiburkan dengan tarian Sumazau. Satu pesta dengan acara-acara sukan tradisional akan diadakan sempena perayaan tersebut.

Perayaan Masyarakat Di Sarawak Perayaan Gawai Dayak Perayaan Gawai Dayak ini disambut menjelang 1 dan 2 Jun setiap tahun, perayaan Gawai Dayak disambut secara besar-besaran oleh kaum Dayak di seluruh pelosok Sarawak sebagai satu cara melahirkan rasa syukur selepas tamatnya musim menuai padi. Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara miring ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimudahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara minum 6air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur.

Air pengayu -Air tapai yang boleh memabukkan seseorang.

Cara-cara

sambutan

perayaan

peringkat

kebangsaan

dapat

memupuk keharmonian dan perpaduan antara kaum. Perayaan Satu Malaysia


Matlamat perayaan Satu Malaysia adalah untuk mengutuhkan perpaduan dan kesepakatan masyarakat di negara kita.Meskipun masyarakat berbilang kaum di negara ini menyambut perayaan mereka mengikut agama dan bangsa masingmasing,namun itu semua tidak menjadi penghalang dengan adanya sambutan perayaan Satu Malaysia untuk setiap rakyat di negara kita untuk bersama-sama merayakan perayaan yang disambut. Sambutan perayaan Satu Malaysia juga membuka ruang kepada segenap lapisan masyarakat untuk memahami dengan lebih dekat lagi latar belakang sambutan perayaan ,sekali gus dapat mempelajari budaya pelbagai kaum di negara kita.Meskipun berbeza latar belakang,budaya dan agama,tetapi dengan adanya sambutan perayaan Satu Malaysia ini,masyarakat India,Cina,Iban dan Kadazan merayakan sambutan Hari Raya Aidifitri bersama-sama masyarakat Melayu dan begitu juga sebaliknya.

Rumah Terbuka
Pada 7 Februari 2008, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) telah menganjurkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) bersempena Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur yang bertemakan Perpaduan Melalui Perayaan. Program ini secara tidak langsung telah menjadi titik tolak pihak kerajaan untuk mengadakan rumah terbuka peringkat kebangsaan apabila tibanya suatu perayaan. Rumah terbuka sudah menjadi lumrah dalam kalangan masyarakat apabila suatu perayaan disambut. Sambutan perayaan di Malaysia kelihatan tidak lengkap jika

budaya mengadakan rumah terbuka tidak dijayakan. Tradisi rumah terbuka dalam kalangan masyarakat majmuk merupakan satu landasan untuk kita meningkatkan perpaduan kaum.Hal ini demikian kerana sebagai sebuah negara yang bermasyarakat majmuk,kekuatan negara banyak bergantung pada aspek perpaduan rakyat.Lantaran itu,majlis-majlis rumah terbuka yang diadakan ketika sesuatu perayaan sudah pasti dapat menjalinkan hubungan intim antara pelbagai kaum. Rumah terbuka bermaksud sesuatu perayaan agama disambut bukan sahaja oleh penganut agama berkenaan tetapi juga disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan memupuk persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Matlamat utama rumah terbuka adalah untuk memupuk perpaduan melalui perkongsian perayaan dalam suasana yang aman dan harmoni. Majlis rumah terbuka telah menjadi budaya masyarakat majmuk di negara kita dewasa ini.Majlis rumah terbuka merujuk sesebuah keluarga yang mengadakan jamuan terbuka untuk saudara mara,sahabat handai,dan juga untuk jiran tetangga.Lazimnya,masyarakat Melayu akan mengadakan majlis rumah terbuka pada Hari Raya Aidifitri dan Hari Raya Korbanmanakala masyarakat Cina pula akan mengadakan majlis rumah terbuka semasa Tahun Baru Cina.Demikian juga bagi kaum yang lain di negara kita. Melalui rumah terbuka, wujud amalan kunjung-mengunjungi antara satu dengan yang lain tanpa mengira agama dan bangsa. Dalam kita bergembira menyambut perayaan satu Malaysia,kebebasan kepada seluruh rakyat di negara kita untuk berkunjung ke rumah tanpa sebarang halangan dan kekangan. Musim perayaan adalah masa untuk bergembira dan menjalin persahabatan serta muhibah antara kaum.Setiap kali perayaan , rakyat tanpa mengira keturunan,turut memeriahkan suasana dengan amalan kunjung-mengunjung antara satu sama lain.Melalui amalan

kunjung-mengunjungi,hubungan silaturahim antara saudara mara,sahabat handai serta jiran tetangga akan bertambah erat. Dalam kesibukan mengejar kemewahan hidup,tentu sekali masyarakat kita jarang-jarang mempunyai masa untuk mengunjungi sanak saudara ataupun kawan karib.Sebagai sebuah negara yang bermasyarakat majmuk,majlis seumpama ini sangat dialu-alukan. Sepertimana yang sedia kita maklum,setiap kaum di Malaysia mengamalkan kebudayaan yang berlainan yang merupakan tembok pemisahan yang sangat ketara.Namun demikian,melalui majlis rumah terbuka,telah mewujudkan wadah untuk rakyat berbilang kaum berinteraksi,berkomunikasi,dan memahami budaya rakanrakan daripada kaum yang lain. Rumah terbuka mampu membantu mengukuhkan integrasi antara penduduk Semenanjung,Sabah dan Sarawak menerusi pemahaman budaya perayaan masing-masing yang cukup indah untuk dikongsi bersama.Tanpa mengira jenis perayaan sama ada Hari Raya Aidifitri,Tahun Baru Cina,Deepevali atau sambutan perayaan etnik di Sabah dan Sarawak ,masing-masing menyambutnya dengan cara tersendiri,proses pembudayan yang wujud dalam konsep rumah terbuka menyaksikan pertembungan dua atau leebih budaya. Ini menyebabkan berlakunya proses asimilasi dan penerapan unsur-unsur kebudayaan oleh kaum minority kepada kaum majority. Senagai contoh,perayaan Hari Gawai Dayak yang disambut oleh suku kaum di Sarawak membolehkan masyarakat Melayu,Cina dan India memahami budaya masyarakat minoriti negeri burung Kenyalang itu. Pendek kata, sambutan rumah terbuka menjadi medan pertemuan yang paling sesuai untuk untuk memperkukuhkan hubungan kekeluargaan,kejiranan dan kesetiakawanan. Melalui perayaan yang disambut ini,akan wujud sebuah jambatan yang mengeratkan tali persaudaraan dan seterusnya terjalin ikatan perpaduan antara kaum. Amalan rumah terbuka ini memberi makna besar kepada anggota masyarakat

tentang erti perpaduan yang harus wujud bagi mengelakkan daripada sebarang prejudis. Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota

masyarakat ,amalan rumah terbuka juga mendedahkan semua kaum kepada kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia.Kita bukan sahaja dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum yang lain,malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

Kongsi Raya
Kongsi raya disambut adalah untuk mewujudkan keharmonian antara kaum dan sensitive terhadap fahaman keagamaan terhadap seluruh lapisan masyarakat. Rakyat di negara kita telah mewarisi budaya perayaan yang bukan sahaja disambut oleh kaum yang merayakannya malah oleh semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama turut berkongsi kegembiraan.Sebagai contohnya,persiapan menyambut Hari Raya Aidifitri turut dilakukan oleh masyarakat bukan Melayu.Sebagai menghormati Hari Raya Aidifitri,masyarakat bukan Melayu turut menyediakan pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung dan baju Melayu untuk dipakai ketika berkunjung ke rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidifitri. Begitu juga masyarakat Melayu yang tidak lagi kekok mengenakan sari mahupun ceongsam pada musim perayaan. Selain itu,begitu juga dengan sambutan perayaan etnik di Sabah dan Sarawakyang cukup indah untuk dikongsi bersama. Kewujudan lebih 30 etnik masyarakat di negeri Sabah merupakan satu keistimewaan yang harus menjadi kebanggaan seluruh rakyat,apatah lagi apabila hubungan antara kaum sentiasa berada dalam keadaan yang baik,sekali gus mewujudkan suasana yang harmoni dan aman sejahtera.

Sambutan Hari Kemerdekaan


Bulan Ogos pasti bergema suara kemerdekaan di mana-mana sahaja di tanah air tercinta ini. Kemerdekaan bukan hanya pada nama sebaliknya kemerdekaan menandakan hari ulang tahun kemerdekaan negara. Rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang mencintai negara ini. Pelbagai acara menarik dan berinformasi akan diadakan sempena Hari Kemerdekaan setiap tahun. Sebagai contoh, perarakan atau perbarisan, persembahan tarian tradisional, persembahan koir, pengibaran Jalur Gemilang dan sebagainya. Melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan beria-ria dan berganding bahu dalam melibatkan diri dalam persembahan sambutan Hari Kemerdekaan. Lazimnya, tarian kipas iaitu tarian tradisional masyarakat Cina juga akan dipersembahkan oleh masyarakat bukan Cina seperti masyarakat Melayu dan masyarakat India dalam sambutan Hari Kemerdekaan. Mereka samasama memakai pakaian tradisional kaum Cina tanpa berasa kekok semasa mempersembahkan tarian tersebut. Melalui aktiviti itu,masyarakat Melayu dan masyarakat India bukan sahaja dapat mempelajari dan memahami budaya kaum Cina,malah juga berpeluang mengalami sendiri tarian tersebut.Begitu juga dengan kaum Cina yang berkesempatan melibatkan diri dalam tarian kaum lain. Melalui pengalaman tersebut, silaturahim antara satu kaum dengan kaum lain pasti dapat dieratkan. Di samping itu,dalam kalangan penonton pula kita juga dapat memupuk kesepakatan kaum antara satu sama lain.Penonton yang terdiri daripada pelbagai ras

akan berhimpun di sesuatu tempat bersama-sama bersorak dan berkongsi kegembiraan negara Malaysia mencecah satu lagi tahun kemerdekaan. Interaksi yang baik sesama mereka dapat melahirkan perasaan muhibah antara satu kaum dengan kaum lain.

Kesimpulan Konklusinya, usaha murni pihak kerajaan dalam menanamkan amalan sambutan perayaan peringkat kebangsaan atau perayaan satu Malaysia dalam sanubari anak watan malaysia harus disambut baik dan dilihat sebagai salah satu wahana untuk mengukuhkan integrasi nasional. Amalan ini tidak harus diperlekehkan dan dianggap sebagai satu kekangan sebaliknya kita harus menganggapnya sebagai satu rahmat dan harus dipraktikkan. Amalan ini memberi kita satu gambaran yang jelas dan dimensi baru kepada masyarakat Malaysia dan juga masyarakat sejagat tentang erti perayaan sebenar. Malaysia, dikenali sebagai syurga perayaan kerana rakyatnya yang berbilang kaum bukan sahaja dapat meraikan perayaan yang disambut oleh etnik mereka malah mereka juga bebas menikmati, berkongsi kegembiraan dan memeriahkan suatu perayaan yang disambut oleh kaum yang lain. Kepelbagaian perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia mendatangkan manfaat dan kebaikan yang melimpah-ruah kepada nusa dan bangsa. Kepelbagaian perayaan ini akan sedikit sebanyak merangsang pertumbuhan ekonomi dan sekali gus mengembangkan ekonomi negara Malaysia . Hal ini demikian kerana apabila tibanya suatu perayaan, masyarakat pasti akan berbelanja di pesta pembelian, pusat membeli-belah dan juga di pasar untuk persiapan suatu perayaan yang bakal disambut. Kekerapan masyarakat berbelanja pada setiap perayaan yang disambut amatlah tinggi berbanding dengan perbelanjaan harian, mingguan atau bulanan mereka. Dengan ini, pada setiap sambutan perayaan, sudah pasti akan member ruang kepada para peniaga atau ahli perniagaan untuk mengaut keuntungan yang seterusnya akan membantu dalam penjanaan pertumbuhan ekonomi negara.

Kita sebagai generasi pascamerdeka yang bakal mengemudi bahtera negara harus menghayati makna perayaan yang tersurat dan tersirat dan menyokong usaha murni kerajaan dalam merealisasikan konsep Satu Malaysia melalui sambutan perayaan peringkat kebangsaan. Kehidupan sandar-menyandar untuk mengekalkan semangat perpaduan, sikap bertolak ansur, sikap toleransi serta hormat-menghormati harus menjadi teras kehidupan masyarakat kita lalu menjadikannyanorma masyarakat kita. Melalui sambutan peringkat kebangsaan, anak watan Malaysia pasti akan mendapat manfaat dan kebaikan yang melimpah-ruah yang seterusnya akan mewujudkan masyarakat madani dan harmoni. Mari berfikir sejenak, apakah yang akan terjadi kepada negara kita sekiranya tiada sambutan perayaan di negara ini? Sudah tentu integrasi nasional tidak dapat direalisasikan. Jadi, kita harus menjadikan sambutan perayaan peringkat kebangsaan sebagai salah satu wahana untuk merapatkan silaturahim dan jurang antara ras yang berlainan dan sekali gus membentuk satu negara dan satu bangsa yang beracuan Malaysia. Sekiranya, agenda ini dapat dicapai, sudah pasti negara Malaysia akan cemerlang, gemilang dan terbilang di seantero dunia. Jadi, kita sebagai generasi pelapis negara harus memikul tanggungjawab dan kewajipan untuk mengekalkan dan memperkukuhkan kemakmuran, keamanan, keharmonian dan kesejahteraan hidup masyarakat yang majmuk ini supaya kita tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu dan biar peristiwa hitam 13 Mei 1969 berlalu dalam lipatan sejarah.

Lampiran

Gambar-gambar di atas menunjukkan sambutan Hari Kemerdekaan di Malaysia.

Gambar-gambar di atas menunjukkan perayaan yang disambut oleh masyarakat Melayu yang beragama Islam iaitu Hari Raya Aidifitri dan Hari Raya Aidiladha.

Gambar-gambar di atas menunjukkan perayaan yang disambut oleh masyarakat India iaitu Hari Deepavali dan Thaipusam

Gambar-gambar di atas menunjukkan perayaan yang disambut oleh masyarakat Cina iaitu Tahun Baru Cina dan Hari Kuih Bulan.

Gambar-gambar di atas menunjukkan perayaan yang disambut oleh masyarakat Cina iaitu Hari Chap Goh Meh dan Hari Wesak.

Gambar-gambar di atas menunjukkan perayaan yang disambut oleh penganut Kristian di Malaysia iaitu Hari Natal dan Hari Easter.

Gambar-gambar di atas menunjukkan perayaan yang disambut oleh masyarakat di Sarawak iaitu Hari Gawai.

Gambar-gambar di atas menunjukkan perayaan yang disambut oleh masyarakat di Sabah iaitu Pesta Keamatan.

Bibliografi
1. Abdul Ghani Abu, Ogos 2010. Dewan Siswa. Selangor: Dawama Sdn. Bhd. 2. Hairi Ismail, Oktober 2009. Dewan Budaya. Selangor: Dawama Sdn Bhd. 3. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Istilah perkataan Arab. Dirujuk pada 24 Mei 2011. Diperoleh daripada http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pengarang&d=10 5. Jenis-jenis perayaan di Malaysia. Dirujuk pada 24 Mei 2011. Diperoleh daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_perayaan 6. Gambar-gambar perayaan di Malaysia. Dirujuk pada 27 Mei 2011. Diperoleh daripada http://psk-syafiq.blogspot.com/2009/04/...sia.html 7. Gambar-gambar perayaan di Malaysia. Dirujuk pada 27 Mei 2011. Diperoleh daripada http:// www.sabah.gov.my/madfi/press/11...kt09.htm 8. Gambar-gambar perayaan di Malaysia. Dirujuk pada 27 Mei 2011. Diperoleh daripada http:// ashgive.blogspot.com/2011/05/pes...do.html

You might also like