P. 1
SEJARAH FALSAFAH

SEJARAH FALSAFAH

|Views: 3,932|Likes:
Published by Norhana Ayob

More info:

Categories:Types, Research, History
Published by: Norhana Ayob on Jun 29, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/03/2016

pdf

text

original

PPPH1153 PENGANTAR FALSAFAH

DISEDIAKAN OLEH:

GP01655 NORHANA BINTI AYOB

DISEMAK OLEH:

PROFESOR MADYA DR.AHMAD SUNAWARI BIN LONG

LATAR BELAKANG FALSAFAH DEFINISI: Gabungan dua perkataan Greek- Iaitu -Philien bermaksud menyintai. -Sophos bermaksud hikmah. *Falsafah bermaksud kecintaan terhadap hikmah. *Ahli falsafah pula bermaksud orang yang menyintai hikmah.

-Signifikan:satu bidang ilmu yang banyak mengemukakan masalah dan menunjukkan jalan penyelesaian. -Falsafah membawa kebahagiaan,memantapkan individu,memahamkan budaya luar, membezakan antara zahir dan batin serta ia merupakan satu ilmu yang sentiasa berkembang.

SIFAT :Sesuatu yang bersifat konseptual(idea yang melibatkan pemahaman.

Dua perkara utama yang menarik:  -Ahli falsafah seorang yang mengejar dan mencari hikmah walaupun tidak semestinya dapat memilikinya.  Hikmah digunakan dalam pelbagai bidang. -Harun Hadiwojono(1980,7)menyatakan kebijaksanaan atau hikmah adalah pengertian dan pencarian utama kepada falsafah. -Plato mengatakan falsafah adalah suatu keadaan atau suasana seseorang itu berusaha mendapatkan hikmah sebagai hasil daripada beberapa tahun pendidikannya dalam ‘dialetika’. -Aristotle pula menyatakan falsafah disamakan dengan metafizik kerana metafizik mengkaji hakikat zat sesuatu dan penyebab utama. -al-Kindi (185/801-260/873)mengistilahkan falsafah sebagai ilmu mengenai hakikat sesuatu yang berada dalam kemampuan manusia untuk menanggapinya. -al-Farabi(339H/950M) pula mengatakan falsafah adalah ‘cintakan kebijaksanaan atau hikmah’. -Rusell(1872-1970) menyimpulkan falsafah sebagai suatu ilmu yang terletak antara teologi dan sains. Galakan Islam terhadap falsafah: Di dalam Al-Quran terdapat ayat yang menggalakkan penggunaan akal.( ‫) افال تعقلون‬

Perbezaan falsafah dengan sains:  Kajian falsafah bersifat umum manakala sains lebih kepada persoalan khusus. Sains hanya mengkaji fakta sedangkan falsafah mengkaji fakta dan system nilai. Falsafah mengkaji persoalan yang lebih asas daripada sains.

*Mempunyai bidang kajian yang luas

*Berfikir secara kritis ( tiga ciri utama:sikap yang konsisten, berhujah dengan bukti yang kukuh mempunyai kesejajaran idea )

*Hikmah merangkumi(masalah,sikap, Metodologi,aktiviti, kesimpulan dan kesan falsafah).

PENGKAJIAN DALAM FALSAFAH

-*Sikap konsisten

(tidak mempunyai falsafah yang Bercanggah)

*Metodologinya adalah berbeza dengan metodologi sains. -falsafah mendasarkan kpd akal yang rasional sebagai wadah mencari kebenaran terhadap suatu teori yg dibuat -sains menumpukan kepada kaedah empirical sesuatu teori yg dilakukan dalam makmal.

*Berfikir secara Komprehensif -pemikiran falsafah tidak wujud dalam bidang lain -persoalan tidak bersifat saintifik -persoalan membawa kekeliruan&pemikiran yang mendalam untuk mencari jawapan -persoalan memaksa kajian pelbagai bidang.

*Melakukan perbandingan -secara individu -antara individu -antara tamadun

* Membuat penilaian@kesimpulan -matlamat terakhir dalam aktiviti falsafah -lima kaedah:induksi, deduksi, dialetika, analitik dan sintetik

*Empat peringkat - peringkat awal -zaman pertengahan -zaman moden -zaman kontemporari

*Zaman Pra-Socrates -abad ke-6 S.M. di Yunani -tiga isu utama(hakikat dan perubahan akal dan etika. -sifat utamanya cuba memahami secara rasional dunia alam semula jadi *Zaman Socrates -Socrates(469-399 S.M.) dilahirkan di bandar Athens -mempertahankan kebebasan berfikir dan keagungan kebenaran -signifikan dalam perkembangan Falsafah Yunani.

PERKEMBANGAN FALSAFAH

* Plato - Plato(428-348 S.M.) - berketurunan aristocrat - cintakan kebenaran&mementingkan proses taakulan dlm semua perkara. - percaya kepada kewujudan Tuhan - seorang pemikir sistematik dlm penulisannya - menggunakan teori bentuk,ilmu, kiasan gua dan pembahagian (garisan pembahagi) -konsep Negara ideal (golongan pekerja, tentera dan pemerintah) - sekiranya gagal maka membentuk empat Kerajaan(Timokrasi,Oligarki,Demokrasi dan Depotisme) - Teori kekalan roh(nafsu,emosi&rasional) - Dua metod kekalan roh ialah mitos dan perbandingan.

*Aristotle -dilahirkan di Stagira(348 S.M.) - karya Aristotle (karya popular-pelajar&orang awam, Karya kajian ilmiah dan bahan kuliah) -karyanya juga dibahagikan kepada tiga tahap Perkembangan kehidupannya(semasa menuntut di akademik,semasa merantau ke Asia Minor dan semasa kembali ke Athens)

*Neoplatonisme -pembentukan semula pemikiran plato pusat pertemuan antara falsafah dan agama.

*Pengaruh falsafah Yunani terhadap falsafah Islam - perluasan pentadbiran Islam ke kawasan Timur - gerakan penterjemahan di Baghdad - galakan daripada pemerintah al-Makmun

*Zaman Paderi(abad 4-9M)
Pemikiran
-dikuasai golongan paderi Gereja Kristian -utama aspek teologi dalam falsafah -unsur falsafah pemikiran Plato, Neoplatonis&pemikiran logic Aristotle -ahli falsafah dua kelompok(Yunani dan Latin)

*Zaman Kebangkitan Averoisme (abad 13 M)
-golongan Averois utamakan falsafah berbanding teologi kristian. -zaman mengharmonikan falsafah dengan agama -abad ke-14 falsafah Barat mula memisahkan falsafah daripada agama

ZAMAN PERTENGAHAN -abad ke -4 M. -kemuncak pertemuan antara falsafahYunani dan agama. -ahli falsafah tiga kelompok(Islam, Yahudi & Kristian)

*Zaman Skolastik(abad 10-13 M) -digelar skolastik melalui pendidikan berbentuk trivium&quadrivium -banyak penterjemahan karya Yunani -kemuncak falsafah ini dengan kemunculan Falsafah Islam -dua peringkat(terpengaruh pemikiran neoplatonisme dan terpengaruh dengan karya Aristotle)

*Zaman Renaissance
-bermula kejatuhan kerajaan Constantinople 1453 M. -dikenali zaman penemuan dan pembebasan karya klasik. -pemisahan antara falsafah dan teologi oleh John Duns Scotus. -Falsafah terbahagi dua: zaman falsafah kemanusiaan dan zaman falsafah tentang

alam.

*Zaman Falsafah Kemanusiaan (1400-1500 M)
-persoalan peranan dan kedudukan Manusia di alam ini. -Kehidupan yang baik adalah hubungan dengan Tuhan dan sesama manusia.

*Zaman Falsafah Tentang Alam (1500-1600M)
-tumpuan kepada alam dan hubungannya dengan alam semesta menggunakan pendekatan saintifik.

* Falsafah Abad 17(Falsafah Rasionalisme)
- falsafah ini dipimpin tiga ahli falsafah Utama:Rene Descartes(1596-1650), Benedict Spinoza(1632-1677) dan Gottfried Wilhelm Leibniz(1646-1716). -dipengaruhi perkembangan sains dan Matematik.

*Falsafah Moden
-bermula di Barat di Beua Eropah abad ke-17(muncul aliran rasionalisme. -kebenaran bersumberkan ketaakulan. -dimulakan dengan Rene Descartes(15961650M). -tiga cirri utama:bersifat rasional, naturalistic,dan berbentuk saintifik. -penolakan system skolastik.

*Falsafah Abad 18(Falsafah Empirisme)
-falsafah Rasionalisme mendapat tentangan daripada Empiris British. -dakwaan tidak ada ilmu bersifat a priori mesti bersifat a posteriori. -Tokoh aliran ini:John Locke(1632-1704) George Berkeley(1685-1753) dan David Hume (1711-1776). -dikenali zaman Pengajaran bagi falsafah Barat.

*Falsafah Abad 19(Falsafah Romantisme Dan Pasca Kantianisme)
-Abad ke-19 muncul gerakan Romantisme

*Falsafah Abad ke- 20 (Falsafah Pragmatisme)
-tiga aliran utama:pendukung

di Barat. -didorong perasaan marah dan simpati Terhadap peperangan berbentuk keagamaan dan perang saudara di Negara Perancis, England dan Jerman. -Tokoh terkenal aliran ini antaranya: Jean Jacques Rousseau, Jacob Fries Mary Shelley. -abad ini juga muncul falsafah Pasca Kantianisme.
*EKSISTENSIALISME -Kewujudan yang mengutamakan Fakta terhadap kewujudan. -hasil daripada aliran fenomenologi. -menekankan kebebasan memilih. -antara tokoh yang menonjol ialah Sartre.

Falsafah Neo-Kantianisme, aliran pragmatism dan utamakan sains. -peranannya menjadi perantara dan menyediakan asas pemikiran teoritikal -kecenderungan utama mengukur Kebenaran.

*Aristotle mendefinisikan sebagai ilmu tentang kewujudan yang bersifat sejagat. -sebagai kajian benda.

*Maksud perkataan metafizik Ialah melangkaui alam fizik *Aquinas menyamakan pengertian metafizik dengan falsafah utama dan ilmu falsafah ketuhanan.

*al-Farabi membahagikan tiga bahagian: -antologi -jenis mawjudat yang menghubungkan perkara pokok dengan teori sains. -mawjudat yang tidak berjasad.
*ciri kajiannya: -komprehensif terhadap kewujudan -sesuatu yang paling benar -melangkaui alam pancaindera -metode lebih bersifat a priori.

METAFIZIK

*Rahsia di sebalik alam fizik -empat skop utama

Antologi

kosmologi

psikologi rasional

teologi rasional

-perbincangan kepada sifat sesuatu benda yang membentuk alam.

-manusia dianggap sebagai makhluk rasional &bersifat Spiritual.

-perbincangan atau wacana mengenai kosmos @ alam.

-mengenai ketuhanan atau perkara ghaib.

*Berasal daripada gabungan dua perkataan Yunani,episteme bermaksud ilmu dan logos bermaksud sains atau kajian. -mengenai sifat ilmu dan bagaimana menjustifikasi ilmu yang diperolehi. -mempunyai hubungan rapat dengan metafizik. -keperluan bidang epistemologi kepada Metafizik:
Golongan epistemologi Idealis golongan epistemologi realis golongan epistemologi dualis

*Definisi ilmu:falsafah Barat mengaitkan ilmu dengan pengetahuan berakar-umbikan konsep tahu. -bagi ahli epistemolgi ilmu bermaksud kepercayaan yang benar yan boleh dibuktikan. *Justfikasi kepercayaan dan sumber Ilmu pengetahuan: -seorang epistemologis mengkaji dengan melibatkan persoalan bagaimana, tahap ilmu pengetahuan dan kesahihan ilmu seseorang terhadap kepercayaannya. *Intuisi: -dalam konteks falsafah ialah ilmu yang diperolehi secara langsung melalui proses Taakulan akal atau teknik inferensi. -Herbert Feigl menyatakan tujuh bentuk intuisi untuk menjustifikasikan kepercayaan(Blackwood1975,209-221).

EPISTEMOLOGI

*Sensasi(pengalaman pancaindera) -maklumat yang diproses oleh otak hasil daripada pengalaman yang diperolehi melalui pancaindera. -tiga jenis data bersumberkan pancaindera data pancaindera, data somatic dan data halusinasi. -ahli falsafah bersumberkan ilmunya melalui pancaindera dikenali sebagai empiris. -antara tokoh berfahaman empiris ialah John Locke.

Kesedaran pancaindera

garapan langsung terhadap idea Kebenaran terbukti dengan sendirinya benar ilmu berbentuk naluri persepsi di luar jangkauan pancaindera

Pengalaman mistik

gerak hati yang disertai dgn penilaian berdasarkan impresi lepas dan memori

WAHYU: -dua kaedah wahyu disampaikan iaitu melalui penurunan kitab wahyu dan melalui ilham Tuhan yang diwahyukan kepada Nabi dan disampaikan kepada orang lain.

AUTHORITI: -diterima secara total dan mempunyai dua pengertian iaitu ia merujuk kepada Tuhan dan merujuk kepada maklumat yang diterima melalui fakta bersumberkan media massa dan media cetak.

EPISTEMOLOGI

KEIMANAN/KEPERCAYAAN: -tiga aspek keimanan iaitu merujuk - kepercayaan secara taklid kepada kumpulan atau mazhab. - Kepercayaan berdasarkan harapan - Kepercayaan disertakan dengan proses taakulan dan diterima sebagai aspek kajian bidang epistemology.

ALIRAN PEMIKIRAN EPISTEMOLOGI:-sejarah epistemology Barat terdapat tiga aliran utama iaitu rasionalisme,empirisme dan skeptisme. -cuba menjelaskan tentang sumber dan hakikat ilmu. -pertentangan antara golongan empirisme dan rasionalisme mengenai sumber idea dan bagaimana sifatnya yang benar itu tidak boleh dipertikaikan.

RASIONALISME: -merupakan teori ilmu yg dipegang oleh ahli falsafah abad ke-17 dan 18. -mengandungi kepercayaan dengan system ketaakulan sahaja. -pengasas kepada aliran ini adalah Rene Descartes(1596-1650M). -beliau membuktikan ilmu yang terhasil melalui proses taakulan dgn menggunakan akal semata-mata tanpa mengaitkan peranan pancaindera.

EMPIRISME: -aliran falsafah yang berpendapat bahawa ilmu adalah bersumberkan pengalaman pancaindera sahaja. -menolak pandangan falsafah platonisme, Idealism dan rasionalisme. -antara yg mengasaskan aliran ini adalah John Locke (1632-1704). -falsafah ini juga berkembang dalam dunia falsafah akhlak.

SKEPTISME: –umumnya bermaksud falsafah yg menyatakan ilmu yg pasti terhadap sesuatu hakikat mungkin dapat dicari tetapi tidak akan dijumpai. -tidak mempercayai maklumat melalui pancaindera. –tiga jenis pengalaman pancaindera bersifat ilusi: *ilusi garapan pancaindera. *garapan pancaindera bersifat relative menyebabkan berlakunya komplikasi terhadap persepsi seseorang. *halusinasi. -aliran ini bermula pada zaman Yunani. -bagi tradisi falsafah Islam, al-Ghazali adalah tokoh skeptic yg menafikan peranan ilmu melalui hasil daripada pancaindera dan ketaakulan.

DEFINISI:

FAKTOR KEPERLUAN FALSAFAH

-etika bermaksud suatu kajian yang bersifat falsafah terhadap moral. -penumpuan kepada tingkah laku manusia, samada peribadi,sosial atau politik. -berkaitan dgn setiap bidang kehidupan dan terangkum dlm kajian sains sosial. -perbezaan etika dgn sains sosial: *etika lebih kepada peraturan dan tingkah laku manusia. Manakala sains sosial bersifat deskriptif iaitu mengenai masyarakat atau perlakuan ahli ekonomi. *dari aspek permasalahan,etika lebih kepada maksud konsep seperti baik,benar atau mengkaji permasalahan dbwh suasana baik. Metode ini tidak ada didalam sains sosial. -ia juga menghubungkan antara tingkah laku individu dengan akal. -etika juga diperbincangkan hanya ada dalam tradisi Islam iaitu persoalan akhlak.

ETIKA: –untuk mencari kehidupan yang baik. -mencari nilai mutlak tentang kebaikan. –menyediakan metode yang sesuai dlm membuat keputusan. –penyediaan prinsip tingkah laku.

FALSAFAH ETIKA

ETIKA NORMATIF: -penyediaan prinsip umum mengenai tingkah laku. -menumpukan kepada asas moral yg digabungkan dgn factor rasional dimasukkn dlm sebarang bentuk tindakan, bg kesahihan seseorang.

ETIKA ANALITIK: -tumpuan kepada menyelidik dan mengkaji maksud etika yg digunakan dalam etika normative.
-menyelidik kepercayaan seseorang terhadap nilai moral secara taakulan samada yg dipercayai oleh pelaku tindakan itu benar atau tidak.

TEORI NILAI DLM FALSAFAH ETIKA: - ada lapan(teori teleologi, hedonisme, deontologi, subjektif, objektif, naturalisme, teori bukanNaturalism, Relativisme dan teori absolutisme.

FALSAFAH AKHLAK ISLAM: -Empat sumber utk menilai sesuatu perbuatan itu baik atau buruk ialah melalui al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qias.

PERSOALAN SEMASA FALSAFAH ETIKA: EUTHANASIA -disebut sebagai pembunuhan ihsan. -iaitu kaedah mematikan seseorang tanpa rasa sakit bagi mengurangkan keperitan atau kesakitan yg ditanggung oleh seseorang. -dalam Islam kaedah ini diharamkan kerana termasuk didalam membunuh diri.

-Politik berasal daripada perkataan Yunani politicos berkenaan negara, polites warganegara atau negara, polis negara dan politeiea hak warganegara. -menurut Aristotle,politik adalah sebahagian aktiviti manusia yg disifatkannya sebagai haiwan politik dlm sebuah polis yang saling bekerjasama demi mencapai kebahagiaan. -dua aliran kontemporari mengenai makna politik iaitu aliran instrumental mengatakan ia adalah satu cara yg digunakan indivdu mempertahankan perjanjian demi mendapat faedah daripada proses kerjasama dan mengelak diri drpd tidak bekerjasama. -aliran expressivist pula, politik adalah suatu cara bagaimana manusia menyatakan dirinya sebagai makhluk sosial dan bekerjasama dlm menikmati kewujudan yg saling bergantung antara satu sama lain.

PERSPEKTIF FALSAFAH POLITIK: -perbezaan falsafah politik dgn sains sains politik adalah aspek penekanan. -falsafah politik focus kepada normative atau nilai manakala sains politik menekankan politik bersama fakta. -difahami sebagai suatu ilmu berkaitan dgn perkara politik yg berhubung dengan kehidupan politik. -falsafah politik juga tidak boleh dipisahkan daripada persoalan moral.

FALSAFAH POLITIK

FALSAFAH POLITIK ARISTOTLE: -beliau menganggap sesebuah Negara itu sebagai pertubuhan atau organisasi yg dibentuk utk mencapai kebaikan. -menurut Aristotle, alam semulajadi berperanan menyusun struktur sesebuah negara. Selain daripada itu, melalui pembentukan kampung dan pembentukan sesebuah negara adalah melalui gabungan kampung yang bercantum menjadi sebuah kampung. -bagi Aristotle, manusia yg baik adalah mereka yg berpegang kepada undangundang dan keadilan.

RAKYAT DAN HAK RAKYAT: -menurut Aristotle rakyat adalah mereka yang menyertai dalam memberi penghukuman dan menjawat jawatan dalam pentadbiran negara. -rakyat dan pemerintah mempunyai tanggungjawab yang satu menjaga kestabilan negara melalui perlembagaan.

PERLEMBAGAAN DAN PEMIMPIN TERBAIK: -negara yang terbaik bagi seseorang rakyat jika dia memiliki sebuah perlembagaan yang terbaik untuknya. -pemimpin yang baik adalah yang mengambil berat keadaan negara dan rakyat serta berhikmah dalam menunaikan tanggungjawab.

PENDIDIKAN: -Aristotle menyatakan bahawa kehidupan seseorang dipengaruhi tiga unsur iaitu sifat, tabiat dan akal. -oleh itu mereka perlu diberi pendidikan di peringkat kanak-kanak. -empat aspek yg perlu diajar iaitu membaca dan menulis, latihan fizikal, muzik dn lukisan. -setiap empat aspek tersebut mempunyai Kelebihan tersendiri.

FALSAFAH POLITIK

FALSAFAH POLITIK MACHIAVELLI: -Niccolo Machiavelli(1469-1527) adalah ahli falsafah politik moden yang mementingkan kuasa dalam politik. -beliau adalah kelahiran Renaissance Itali yg telah melakukan penentangan terhadap mazhab Katolik dan merupakan pengasas sejarah politik moden.

REALITI POLITIK DALAM SESEBUAH NEGARA: -sesebuah kerajaan dibentuk melalui dua cara *melalui pewarisan daripada kerajaan sebelumnya. *melalui pembentukan sebuah Negara baru yg terbentuk melalui proses penggabungan kerajaan sedia ada dengan negara yang baru ditakluk. -penguasa dan pemerintah adalah penentu perjalanan politik sesebuah negara.

POLITIK TANPA MORAL: -menurut Machiavelli, tugas utama pemerintah ialah mencari, melengkap dan menjadikan kuasa sebagai elemen utama dalam pengukuhan politik. -pemerintah yang mempunyai kemahiran memerintah dapat memerintah dengan baik. -menurutnya lagi, dua bentuk kerajaan yang baik ialah* Princedoms yg mengamalkan sistem monarki secara mutlak dan *kerajaan berbentuk Repulik.

CIRI PEMERINTAH YANG BAIK: -bagi Machiavelli ciri ini adalah asas utama dalam mengekalkan kuasa walaupun pada persepsi moral buruk namun ianya sesuai diamalkan oleh pemimpin iaitu: *tidak bersikap pemurah *bersikap kejam dan ditakuti *bersikap hipokrit *mengelak daripada aib dan kebencian *kritikan terhadap agama.

PERUBAHAN MASYARAKAT KEPADA NEGARA YANG ZALIM -kerosakan sesebuah negara disebabkan dua Factor iaitu: *unsur keburukan dan kejahatan yang dibawa ke dalam masyarakat bersama salah laku moral individu. * keborokan politik.

FALSAFAH POLITIK ROUSSEAU: -JeanJacques Rousseau(1712-1778) ahli falsafah Perancis yg dilahirkan di Geneva, Switzerland. -sangat berpengaruh dalam teori politik moden. -falsafah politik beliau bermula dengan teori bahawa manusia secara sifat semulajadinya baik. –ia akan berubah disebabkan factor alam, manusia dan benda. -ini adalah gambaran sifat semulajadi manusia dalam politik. -bagi mengatasi masyarakat yg rosak, beliau telah mencadangkan suatu bentuk masyarakat atau negara yg baru dibina berasaskan kontrak sosial. -setiap individu akan meletakkan diri dan kuasanya di bawah satu arahan kehendak negara. -ia juga menggambarkan kerjasama dan perpaduan dalam sesebuah negara. -penggubalan undang-undang sesebuah negara perlu dilakukan melalui pengundian secara langsung oleh rakyat.

-falsafah agama adalah gabungan dua perkataan iaitu falsafah dan agama. -ahli tafsiran memberi tafsiran yang berbeza: *konsep falsafah agama berdasarkan peranan atau sumbangan falsafah terhadap agama. *pandangan Aquinas menyatakan bahawa peranan falsafah agama adalah bersifat defensive dan apologetic. *falsafah tidak member sumbangan yang besar kepada agama. *falsafah agama sebagai persoalan analitikal atau meta-logical. *wujudnya suasana tidak harmoni antara falsafah dan agama.

ISU: –lebih kepada isu berkaitan agama dalam bentuk rasional dan focus kepada falsafah metafizik. -dua isu utama:

*teori dua kebenaran: wujudnya nilai sejagat dalam al-Quran dan juga agama wahyu lain serta menjadikan ahli falsafah sebagai orang yang beragama. -falsafah juga berjaya menyelamatkan agama dengan menjadikannya sesuatu yg rasional dan dan dihormati serta mendapat perhatian ramai (Charlesworth 1972,23-27)

FALSAFAH AGAMA

* Persoalan kejahatan atau keburukan dalam dunia: -dua aspek iaitu * kejahatan kerana factor alam semula jadi dikaitkan dengan Tuhan dan berlaku diluar kawalan manusia. * kejahatan moral yang dilakukan oleh manusia yang diberikan kehendak dan akal untuk menentukan perbuatannya. -gabungan aspek pertama dan kedua maka lahirlah istilah Pertahan yang lebih Baik. -ini dapat difahami apabila dikaitkan dengan tiga sikap manusia iaitu sama ada mereka berfahaman optimism, pesimisme atau meliorisme.

-golongan yang cenderung mentafsirkan keburukan atau kejahatan dengan maksud kebaikan.

-golongan ini melihat dunia dipenuhi dengan kejahatan atau dunia tidak mempunyai apa- apa makna. -didukung oleh penganut agama Hindu &Budha. -Falsafah Barat yang berfahaman ini ialah Arthur Schopenhaur(1788-1860). -golongan ini menganggap dunia ini sebagai sentiasa berkeadaan progresif dan manusia boleh menyumbang ke arah peningkatannya. -menurut Herbert Spencer(1820-1903) dan Edgar S.Brigtman(1884-1953) kewujudan kebaikan di dunia mengatasi keburukan atau kejahatan.

POLEMIK KONSEP FALSAFAH ISLAM -pelbagai pandangan mengenai persoalan apakah falsafah Islam itu falsafah arab? -Ernest Renan(1823-1892) mengatakan falsafah Arab tidak mempunyai originality dengan mengaitkan bangsa Arab kepada keturunan Semait. -pendapatnya ditolak oleh Ibrahim Bayyumi Madkour (1983). -menurutnya falsafah Islam tumbuh dan berkembang dalam suasana Islam dan ditulis menggunakan bahasa Arab. -dinamakan falsafah Islam kerana : *Islam bukan sekadar agama tetapi adalah sebuah tamadun. *ciri asasnya bersifat Islamik dan membentuk falsafah ini dengan mengumpul pengajaran dan berlatarbelakangkan pelbagai budaya dan aliran pemikiran. -perbincangan falsafah Islam menggabungjalinkan antara akal dan wahyu, ilmu-ilmu berkaitan kehidupan dengan berteraskan tauhid kepada Allah.

FALSAFAH ISLAM

SEJARAH FALSAFAH ISLAM -falsafah Islam adalah rupa dan bentuk kepada perkembangan sejarah Islam itu sendiri. -M.M Shariff(1963,13) membahagikan perkembangan falsafah ini kepada lima peringkat: *abad pertama tahun Hijrah(7M.)-zaman kejatuhan kerajaan Baghdad. Mengandungi empat aliran pemikiran iaitu aliran teologi dan falsafah,aliran mistik, aliran falsafah dan saintifik dan aliran jalan pertengahan. *fasa bertahan yang memakan masa selama setengah abad. *zaman keemasan kedua bagi dunia Islam bermula abad ke-8 Hijrah(14 M.)-awal abad ke-12 Hijrah(18 M.). *zaman kegelapan dunia Islam satu abad setengah selepasnya. *zaman Renaissance dan moden pada pertengahan abad ke-13 Hijrah(19M.) -sepanjang abad itu falsafah Islam diresapi unsur-unsur falsafah Yunani dan Greek. -ini disebabkan interaksi antara orang Islam dengan bangsa-bangsa asing, perluasan wilayah Islam hingga ke Iskandariah, penterjemahan buku-buku k arangan Pythagoras ke bahasa Arab dan interaksi Ilmu. -pada zaman kebangkitan semula falsafah Islam, falsafah berkembang dalam bentuk pemikiran daripada kebebasan kongkongan penjajah, anti tradisionalisme dan pembentukan kesedaran pemikiran baru. -antaranya Muhammad Abduh(1849-1905) -antara mereka yang lebih kontemporari ialah Muhammad Iqbal(1877-1938).

PRAKTIS: -terangkum dalam empat bidang iaitu: *ilmu kalam-perbincangan mengenai ketuhanan, pembuktian kewujudan,persoalan ruh dan kebangkitan semula, persoalan baik dan buruk serta kenabian dibincang secara rasional bersandarkan tafsiran ayat-ayat al-Quran. -melahirkan golongan Muktazilah, Asya’irah dan Jabariah. *tasawuf sebagai falsafah mistik membincangkan Isu-isu falsafah termasu ketuhanan dan epistemology. Tokoh yang terlibat antaranya al-Ghazali. *ilmu usul fiqh kaedah sistematik dan penganalisaan Yang mendalam terhadap sesuatu sumber hukum yang merupakan sebahagian daripada ciri falsafah. *hubungan antara falsafah dan ilmu praktis -membicarakan ilmu sains, politik, sosial, matematik, astronomi dan geografi. -perbincangan ini menunjukkan ruang lingkup falsafah bersifat teoritikal dan praktikal.

GEOGRAFI: -dua bahagian iaitu : *falsafah Islam di dunia Timur *falsafah Islam di dunia Barat. FALSAFAH ISLAM DI DUNIA TIMUR: -peringkat awal, umat Islam menghadapi dilemma sama ada menerima atau menolak falsafah Greek. -namun pertengahan abad ke-8M., senario ini berubah dengan kemunculan ahli kalam Muktazilahyang terpengaruh dengan gaya dialektikal falsafah Greek yang membicarakan persoalan ketuhanan. -tambahan pula sikap pemeritahan Khalifah al-Makmun yang cenderung kepada pemikiran rasional Muktazilah. -antara ahli falsafah tersohor kelahiran Baghdad ialah: al-Kindi, al-Farabi, ib Sina, al-Razi dan al-Ghazali.

FALSAFAH ISLAM

AL- KINDI: -beliau adalah Yusuf Ibn Ishaq Ibn al-Sabbah Ibn Imran Ibn Ismail Ibn al-Ash’ath Ibn Al-Qais alKindi. -lahir di Kufah tahun 800 M. -masanya banyak dihabiskan di Basra dan Baghdad sehingga kematiannya tahun 873 M. -suasana aktiviti kerasionalan banyak membentuknya menjadi seorang ahli falsafah yang ensiklopedik. -beliau juga penyambung pertama menghubungkan falsafah Greek ke falsafah Islam. -ahli falsafah pertama yang menulis falsafah secara sistematik. -mempunyai pelbagai kemahiran termasuk bidang perubatan, muzik dan sebagainya. -menghasilkan lebih 250 karya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, logic, aritmetik, metafizik dan sebagainya. -jasa terbesar al- Kindi ialah: *usahanya mengharmonikan antara falsafah dan agama atau antara akal dan wahyu. *peranannya sebagai pembuka tirai kepada pengenalan falsafah Greek di dunia Islam yang akhirnya membuka jalan kepada dunia Barat mengenalinya. IBN SINA: -nama sebenar beliau ‘Abu ‘Ali al-Husin Ibn Abdullah Ibn Sina. -dilahirkan di Afshana dekat Bukhara pada 370 Hijrah (980 M.). -peringkat awal pengajiannya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. -walaupun menguasai pelbagai bidang namun beliau lebih cenderung dalam bidang perubatan. -mula terkenal setelah berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani..sehingga beliau digelar al-Syeikh al- Rais. -kemashyurannya melangkaui wilayah dan Negara Islam. -bukunya al-Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul precepts Of Medicine. -beliau juga merupakan ahli falsafah yang terkenal. Buku beliau yang berjudul al-Najah membicarakan persoalan falsafah.-pemikiran beliau banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan falsafah Aristotle.

AL-FARABI: -beliau adalah Abu Nasr Muhammad ibn Tarkham Ibn Awzalagh al-Farabi. -dilahirkan dan dibesarkan di Turkestan 257H/. -pengajian awalnya di Farab dan Bukhara. -ilmu falsafah yang diperolehinya hasil bimbingan seorang guru Kristian bernama Yuhanna b. Haylan (m.328H/941 M.) di Harran. -ahli falsafah Islam kedua menulis falsafah secara sistematik. -dikategorikan sebagai Neoplatonis yang cuba menggabungkan falsafah Platonisme dan Aristotelisme dengan teologi. -banyak menulis komentar tentang fizik Aristotle, meteorology dan logic. -banyak karyanya yang telah hilang namun 117 dikenal pasti masih ada. -meninggal dunia pada usia 80 tahun di Damsyik.

-pemikiran Ibn Sina telah mencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan utk membahaskan zat Allah. -al-Ghazali telah menyangkal terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap Ibn Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka. -beliau meninggal dunia ketika berusia 58 tahun dalam perjalanan ke Hamadan, Iran.

FALSAFAH ISLAM
AL-GHAZALI: -beliau Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad al-Tusi al-Ghazali. -dilahirkan pada tahun 450/1058 di Tus berhampiran Mashdad, Khurasan. -di kalangan ilmuwan Islam beliau dikenali dengan pelbagai gelaran seperti penghujah Islam, Mutiara Agama dan Reformasi Islam. -berlatarbelakangkan keluarga kelas pertengahan, beliau mendapat peluang pendidikan yang baik termasuk pengajian al-Quran dan pengajian ilmu teologi dan tasawuf. -penglibatan dlm bidamg falsafah bermula dengan penghijrahannya ke Nishapur untuk melanjutkan pelajaran dlm bidang teologi di Akademi Nizamiyyah dibawah bimbingan ahli teologi Asha’riyyah dan Imam al-Harmain. -kehebatanya dalam bidang fiqh, teologi dan falsafah mengagumkan Nizam al-Mulk dengan melantiknya sebagai Profesor Kerusi Falsafah di Akademi Nizamiyyah. -ketika berusia 38 tahun, beliau berhijrah ke Damsyik untuk menumpukan kepada kehidupan mistik dan sufi dan bersikap skeptic terhadap kesahihan ilmu teologi dan falsafah. -pengalamannya belajar di Jurusalem dan Iskandariah mengilhamkannya untuk menghasilkan karya berjudul Ihya ‘Ulum al-Din. -selama 53 tahun menghambakan diri dalam bidang ilmu, al- Ghazali menghasilkan lebih 192 buku yang popular dan menjadi rujukan sehingga ke hari ini. -kecaman beliau terhadap sebahagian falsafah

-kecaman beliau terhadap sebahagian falsafah sebagai kafir dimuatkan dalam karyanya al-Munqiz min Dalal dan Tahafut al-Falsafah kerana bertentangan dengan teologi Asha’irah. -beliau mengkelaskan ahli falsafah kepada tiga kumpulan iaitu: *ahli falsafah materialis yang menyangkal kewujudan Tuhan dan mendakwa alam wujud secara sendiri. *ahli falsafah naturalis *ahli falsafah ketuhanan iaitu ahli-ahli falsafah Greek, Neoplatonis dan ahli-ahli falsafah Islam yang terpengaruh dengan mereka. -kesannya menyebabkan umat Islam takut untuk belajar falsafah tetapi lebih tertumpu kepada ajaran tasawuf dan mistik al- Ghazali. -al-Ghazali meninggal dunia ketika berusia 55 tahun (505 Hijrah).

AL-RAZI: -nama penuh al-Razi adalah Abu Bakar ibn Zakaria ibn Yahya al-Razi. -beliau dilahirkan di Rayy, Tehran pada 1 Syaaban 251 Hijrah/865M. -terkenal di dunia Barat sebagai Rhazes. -beliau kurang hebat dalam dunia falsafah Islam kerana kehidupan dan tumpuannya dalam bidang perubatan sehingga dikenali sebagai the Arabic Galen di kalangan ilmuan Barat. -kepakarannya dalam bidang perubatan telah menarik perhatian Gabenor al-Rayy, Mansor Ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad melantiknya sebagai ketua Hospital Muqtadari selama enam tahun. -al-Razi telah menghasilkan 200 karya terutama dalam bidang perubatan. -antara karyanya yang popular dalam bidang falsafah seperti al- Tibb al-Ruhani dan alSirah al-Falsafiyyat.

-dalam bidang perubatan, kitab yang popular dihasilkannya seperti al-Hawi. -dari aspek falsafah, al-Razi adalah ahli falsafah yang paling kontroversi dan jelas bertentangan dengan pandangan teologi Asha’irah dan Muktazilah. -dua falsafah beliau yang tidak dapat diterima oleh ahli kalam ialah: *lima prinsip qadim al-Barry Ta’ala (Allah), Al-Nafs al-Kuliyyat(akal sejagat), al-Hayula al-Ula (bentuk utama atau logos), al-Makan al-Mutlaq(tempat mutlak) dan al-Zaman al-Mutlaq(masa mutlak). *al-Razi amat mengagung-agungkan akal sehingga menafikan keperluan kepada wahyu dan Nabi dalam mencari kebenaran. -terdapat penulis yang menganggapnya sebagai korupsi golongan penentangnya, terutama golongan Syiah dan Zindiq.(Sirajuddin Zar 2004, 123-124). -meninggal dunia pada 5 Sya’ban 313 Hijrah 925M.

FALSAFAH ISLAM MISKAWAYH: -beliau adalah Abu Ali Ahmad b. Muhammad b. Yaqub ibn Miskawayh . -dilahirkan di kota al-Rayy, Iran pada 320 Hijrah/932 M. -kepakaran beliau tertumpu kepada bidang falsafah akhlak dan memperlihatkan pengaruh kuat pemikiran Plato dan Aristotle. -beliau juga terpengaruh dengan tulisantulisan ahli Greek antaranya Pythagoras. -falsafah Miskawayh tentang penciptaan alam dan kenabian adalah menyamai apa yang dipegang oleh al-Farabi. -alam dicipta melalui proses emanasi daripada akal aktif. -dalam aspek kenabian, beliau menyatakan kedudukan ahli falsafah adalah lebih tinggi daripada para nabi kerana mereka memperolehi taraf kenabian melalui proses penaikan akal aktif menuju Tuhan berbanding dengan nabi memperolehinya melalui anugarah Iahi. -namun, nabi dan ahli falsafah mempunyai matlamat yang sama iaitu mencari kebenaran cuma metodenya berbeza. IKHWAN AL-SAFA: -Sekumpulan ahli falsafah Syiah Islamiyyah yang bergerak secara bawah tanah di tengahtengah penguasaan mazhab Sunni di Basrah pada abad ke 4 Hijrah/10 M. -Gelaran penuh kumpulan ini ialah Ikhwan al- Safa wa Khullan al-Wafa’ wa Ahl alHamd wa Abna’ al- Majd. -ahli-ahli kumpulan ini akan dihantar ke bandarbandar menyampaikan falsafah mereka dan menjaga kerahsiaan kumpulan serta menjauhi perkara maksiat. -kategori kepada empat kumpulanmengikut umur. -falsafah mereka disampaikan melalui koleksi tulisan Rasail Ikhwan al- Safa’. -mereka juga tidak terlepas dengan kontroversi: *seperti teori kejadian alam melalui proses emanasi. *falsafah pluralism agama yang melihat semua agama adalah sama. -bagi mereka, individu bebas memilih agama masing-masing.

FALSAFAH ISLAM DI DUNIA BARAT: -Sejarah awal kemasukan Islam ke Barat bermula dengan penaklukan Andalus(Sepanyol) oleh kerajaan Islam Bani Umayyah pimpinan Tariq bin Zaid. -dibawah pimpinan Abd. Rahman 111(912-961 M.) puteranya al-Hakam 11(961-976 M.), Cordoba dikenali sebagai The Athens of the Western kerana kecemerlangan ilmu pengetahuan. -sikap dua pemimpin yang cintakan ilmu dan kecenderungan khalifah yang tidak memihak kepada fuqaha ahli nas yang bermazhab Maliki mendorong budaya berfikiran bebas kepada kalangan rakyat. -antara tokoh falsafah yang terkenal pada zaman itu ialah Ibn Masarrah dan Ibn Hazm.

IBN MASARRAH: -Muhammad Ibn ‘Abd Allah Ibn Masarrah dilahirkan di Cardoba, Sepanyol pada tahun 269 Hijrah/883 M. -beliau banyak terpengaruh dengan pemikiran dan kezuhudan Empidocles dan bersama pengikutnya mendiami pergunungan Sierra di Cordoba. - di samping pengaruh ahli falsafah Greek, pemikirannya juga adalah adunan falsafah gnosticism dn ajaran Muktazilah. -kehidupannya bersifat berpindah- randah kepelbagai tempat kerana ancaman pemerintah yang menuduhnya mengamalkan amalan kebatinan. -selepas kematiannya pada 319 Hijrah/931M. ramai pengikutnya dikenakan hukuman. -beberapa karya beliau antaranya Kitab al-I’tibar, dan Tawhid al-Muqinin.

IBN HAZM: -nama penuhnya Ali Ibn Ahmad Ibn Sa’id Ibn Hazm. -dilahirkan di Cordoba pada tahun 383 Hijrah -kehidupannaya penuh dengan kemewahan. -kejatuhan Khalifah Hisham11 menyebabkan Ayahnya dihalau daripada Cordoba. -Ibn Hazm meninggalkan Cordoba selepas kematian ayahnya dan menetap di Almeria. -beliau menumpukan dalam bidang ilmu fiqh. -Kitab al-Muwatta karya Imam Malik menjadi bahan utama bacaannya. -kemudian beliau cenderung kepada fiqh Mazhab al- Syafie, tapi akhirnya beralih kepada mazhab Zahiri, mazhab yang berpegang kepada pengertian zahir nas. -prinsip berijthad dengan ijtihadnya sendiri dan menafikan qias serta mengambil nas zahir atau umum al-Quran dan al- Hadis. -pegangannya berbeza daripada mazhab semasa menyebabkan beliau dihalang daripada menyampaikan kuliah di masjid Cordoba. -dikatakan sebahagian 400 karyanya dibakar kerana didakwa membawa fahaman Zahiri. -Ibn Hazm menekankan kepada maklumat pancaindera sebagai sumber ilmu pengetahuan yang diyakini.

FALSAFAH ISLAM
-

IBN BAJJAH: -Abu Bakr Muhammad Ibn Yahya Ibn al- Say’igh. -dikenali sebagai Ibn Bajjah atau Avempace di Barat. -dilahirkan di Saragosa, Sepanyol pada abad ke 5 Hijrah/akhir abad ke-11 M. -beliau juga sering berpindah –randah disebabkan ancaman dan tekanan akibat pegangan falsafah yang berbeza dengan fahaman Mazhab Maliki. -beliau mati akibat diracun dan meninggal dunia pada 1537 Hijrah/1138 M. -selain mahir dalam bidang falsafah, beliau juga pakar dalam bidang antaranya muzik dan matematik. -di dunia Barat, beliau dikenali orang pertama paling memahami pemikiran ahli-ahli falsafah terdahulu seperti Plato, Aristotle, al-Farabi, Ibn Sina dan al-Ghazali. -beliau juga mengkritik falsafah epistemology yang dikemukan oleh alGhazali kerana menafikan peranan akal dan pancaindera dalam mendapatkan ilmu. -karyanya Tadbir al- Mutawwahid menghuraikan manusia sebagai mutawwahid mampu berhubung dengan Tuhan berdasarkan kekuatan akal dan kehebatan fizikal.

IBN TUFAYL: -beliau adalah Abu Bakr Muhammad Ibn ‘Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaysi al-Andalusi. -dilahirkan pada awal abad ke-6 Hijrah/12 M di Guadix 60 km timur laut Granada. -selain terkenal sebagai ahli falsafah, beliau juga popular sebagai ahli perubatan, astronomi, matematik dan penyair. -kehebatannya dalam bidang perubatan mendorong khalifah al-Muwahidin, Abu Yakub Yusuf melantiknya sebagai doctor diraja. -antara karyanya ialah:Risalah fi Nafs, dan Hayy ibn Yaqazan

FALSAFAH ISLAM

IBN RUSHD: -beliau adalah Abu al-Walid Muhammad Ibn Ahmad Ibn Rushd digelar Abu al- Walid. -lahir di Cordoba pada tahun 520 Hijrah/1126M. -terkenal dalam tradisi ilmuan Barat sebagai Averoes. -dari segi fiqh, beliau berpegang kepada Mazhab Maliki. -dari aspek akidah beliau memilih fahaman Ahl Sunnah wa al-Jamaah. -beliau mempunyai tahap kecintaan ilmu yang tinggi. karya-karyanya berbentuk komentar terhadap karya Aristotle yg dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu komentar pendek, komentar bersaiz sederhana dan komentar panjang. - tulisannya dipengaruhi tiga sumber iaitu fiqh Mazhab Maliki, falsafah Aristotle dan karya-karya ahli falsafah Islam. -baginya falsafah adalah anugerah Allah yang rasional dan mampu membawa manusia mengenal Allah. -karya-karya yang dihasilkan antaranya Tahafut al-Tahafut dan kitab fi al-Tibb. -pengaruhnya begitu besar dalam mencetuskan Renaissance khasnya dan dunia Barat amnya.

PASCA IBN RUSHD: -Setelah kejatuhan Andalus ke tangan pemerintah Kristian, dunia falsafah Islam mula malap. -karya-karya falsfah Islam telah dimusnahkan. -ahli-ahli falsafah selepasIbn Rushd tidak lagi menonjolkan kecenderungan kepada falsafah parepatetik sebaliknya tumpuan kepada falsafah mistik atau kepada satu bidang sahaja. -pusat perkembangan falsafah tidak lagi Andalus tetapi kembali bertapak di dunia Timur seperti di Baghdad dan Parsi. -Nasiruddin al-Tusi(597 Hijrah/1201M.) satu-satunya ahli falsafah timur era pasca Ibn Rushd yg berusaha menghidupkan kembali kegemilangan falsafah ala al- KindiIbn Rushd. -falsafahnya tertumpu kepada falsafah moral yang menggabungkan pemikiran Ibn Sina dan Miskawayh. -beliau menghasilkan karya sebanyak 64 karya dalam pelbagai bidang. -aliran falsafah israqiyyah lebih menonjol pada era ini. -aliran ini dibawa oleh Suhrawardi al-Maqtul (548Hijrah/1153M.) dan Mulla Sadra al- Shirazi (979/980 Hijrah/ 1571/1572 M.) -Suhrawardi menghasilkan lebih dariapa 50 karya falsafah isyraqiyyah, teosofi dan mistik. -manakala Mulla menghasilkan 46 karya,alHikmah al-Muta’aliyah fi Asfar al- ‘Aqliyah alArba’ah menjadi masterpiece kepada Mulla Sadra.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->