P. 1
Pendekatan Kaedah Teknik Dan Strategi 1234413059569580 1

Pendekatan Kaedah Teknik Dan Strategi 1234413059569580 1

|Views: 8|Likes:
Published by HQ Chocoboom

More info:

Published by: HQ Chocoboom on Jun 29, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/29/2012

pdf

text

original

PERBEZAAN PENDEKATAN, KAEDAH
DAN TEKNIK

PENDEKATAN

Parera (1986) :

Pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau
pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan
dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima
umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian).

Kamarudin Hj. Husin (1988) :

satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat
bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran
bahasa

JENIS-JENIS PENDEKATAN :

1.

Pendekatan Induktif

2.

Pendekatan Deduktif

3.

Pendekatan Eklektik

4.

Pendekatan Komunikatif

5.

Pendekatan Interaksional

6.

Pendekatan Pengalaman Bahasa

7.

Pendekatan Bersepadu

KAEDAH

Mangantar Simanjuntak (1982) :

satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk
mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara
keseluruhannya mestilah didasarkan kepada
pendekatan yang di gunakan.

Parera (1986) :

satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan
secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada
bahagian-bahagiannya yang saling bertentangan dan
semuanya berdasarkan kepada pendekatan

Ishak Ramly (2006) :

satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan
sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif
pengajaran.

JENIS-JENIS KAEDAH :

(MENURUT KAMARUDIN HJ. HUSIN,1988 )

1.

Kaedah terus

2.

Kaedah semulajadi

3.

Kaedah askar atau tentera

4.

Kaedah ajuk-hafaz

5.

Kaedah linguistik

6.

Kaedah oral-aural

7.

Kaedah terjemahan

8.

Kaedah psikologi

9.

Kaedah kod-kognitif

10.Kaedah khusus

1. Kaedah Terus :

Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah
kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan
bahasa kedua kepada kanak-kanak.
menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini
mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi
kanak-kanak.
Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas

iaitu:

1.Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan
benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya.

2.Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-
pengalaman sedia ada.

3.timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui
soalan-soalan yang telah dirancangkan.

4.mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-
undang tentang bahasa yang hendak dipelajari,
mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan
pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu
yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.

2. Kaedah Semulajadi :
hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan
dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar.
Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan
menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh
murid.
Terjemahan tidak langsung digunakan.

3. Kaedah Oral-Aural :
kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur.
menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan.
Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi
perhatian kepada intonasi yang betul.

4. Kaedah Linguistik :
Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa
yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi
bunyi.

memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti
oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan
mengikut pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988).

TEKNIK

Kamus Dewan (edisi ketiga) :

kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-
mengarang dan sebagainya.

Edward M. Anthony :

satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru
untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu
mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz :

pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam
bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

JENIS-JENIS TEKNIK :

(MENURUT KAMARUDIN HJ. HUSIN,1988 )

1.Teknik main peranan

2.Teknik permainan bahasa

3.Teknik latih tubi

4.Teknik bercerita

5.Teknik inkuiri

6.Teknik perbahasan

7.Teknik kuiz

8.Teknik sumbangsaran

9.Teknik soal jawab

10.Teknik simulasi

11.Teknik drama

12.Teknik perbincangan

1.Teknik berbincang

teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan
di kalangan kanak-kanak di bawah penyeliaan dan kawalan
guru.

2. Teknik brainstorming

teknik yang berbentuk perbincangan

Kanak-kanak digalakkan berfikir secara kreatif dan aktif untuk
menghuraikan pendapatnya.

3.Teknik soal jawab

teknik yang kerap digunakan oleh guru.

Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan kanak-kanak.

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan
dan kanak-kanak akan menjawab soalan tersebut.

Mempunyai aras kesukaran soalan

4. Teknik main peranan

teknik yang melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap
sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang
bantuan skrip.

pengalaman secara spontan.

5. Teknik bercerita

Guru memilih cerita yang sesuai dengan kanak-kanak dan isi
pengajaran yang hendak disampaikan.

Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan
kepada aspek-aspek bahasa yang hendap diajarkan.

6. Teknik tunjuk cara

sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran yang
memerlukan kanak-kanak bertutur dengan menggunakan
ayat-ayat yang betul dan sempurna.

Di samping menunjuk cara, kanak-kanak diminta untuk
menerangkannya melalui bahasa yang baik.

Sebelum kanak-kanak menunjuk cara, guru perlulah
menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-
perkara yang harus dicakapkan.

7. Teknik penyelesaian masalah

teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah
penyeliyaan guru. Kanak-kanak diberi masalah dan
cuba menyelesaikan masalah tersebut.

8. Teknik latih tubi

pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari.
Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan
kemahiran tersebut dan di samping itu, untuk menjamin
kekekalannya.

9. Teknik permainan bahasa

guru membentuk satu situasi yang memerlukan kanak-
kanak menggunakan bahasa yang ada pada mereka
untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang
diberi.

Secara keseluruhannya, pendekatan adalah bersifat
aksiomatik dan menggambarkan hakikat bahasa dan proses
belajar bahasa yang dijadikan landasan untuk menyusun
kaedah mengajar. Kaedah pula adalah bersifat prosedur dan
teknik merupakan perlaksanaan kaedah dalam kelas.

Pendekatan
Induktif

Pendekatan
Deduktif

Pendekatan
Eklektik

Pendekatan
Komunikatif

o Khusus kepada
umum
o Pengajaran
mendapatkan
hukum
o Banyak
menggunakan
contoh

o Umum kepada
khusus
o Pengajaran
berdasarkan
hukum
o Kemukakan
genelisasi

o Gabungan
induktif dan
deduktif
o Pengajaran
mengikut kebolehan
dan kemampuan
kanak-kanak

o Bahasa sebagai satu
komunikasi
o Pengajaran lebih
kepada dialog
o Situasi yang
menyerupai keadaan
sebenar

Kaedah :

1.Terus atau
semulajadi
2.Oral-aural
3.Linguistik
4.Fonetik

Kaedah :
1.Linguistik
2.Semulajadi
3.Terus

Kaedah :
1.Linguistik
2.Oral-aural
3.Semulajadi
4.Terus

Kaedah :
1. Linguistik
2. Oral-aural
3. Terus

Teknik :
1.Berbincang
2.Brainstorming
3.Soal jawab

Teknik :
1.Main peranan
2.Bercerita
3.Lakonan/ drama
4.Tunjuk cara

Teknik :
1.Penyelesaian
masalah
1.Tunjuk cara
2.Latih tubi
3.Soal jawab

Teknik :
1.Bercerita
2.Brainstorming
3.Soal jawab
4.Berbincang
5.Permainan
bahasa

Sumber : Kamaruddin haji Husin (1988)

PENDEKATAN INDUKTIF

dipelopori oleh aliran pemikiran behaviorisme

dimulai dengan contoh-contoh khusus kpd
kesimpulan umum

memberi peluang kepada pelajar membuat
kesimpulan sendiri

bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan &
menekankan kpd pengulangan

utk mendapatkan hukum

KONSEP-KONSEP PNDKTN INDUKTIF :

Mempelbagaikan perbendaharaan kata
untuk mendapatkan hukum

Memperkenalkan pengetahuan &
pengalaman

Mengakumulasikan maklumat utk m’btk

hukum

Membentuk kesimpulan drpd cth-cth
tertentu

PENDEKATAN DEDUKTIF

Pendekatan ini selaras dengan teori
pembelajaran Gestalt

pengajaran dengan mengemukakan
generalisasi dan kemudian diikuti oleh
contoh-contoh.

bematlamatkan pemerolehan struktur
kognitif

Pendekatan ini lebih banyak menekankan
aspek tulisan

PRINSIP-PRINSIP PNDKTN DEDUKTIF

1.Generalisasi pada permulaan pengajaran
mestilah dinyatakan secara eksplisit

2.Cth-cth yang digunakan mestilah sesuai dan
mencukupi

3. Cth tdk hrs datang dr guru shj ttp juga dr
murid

4.Cth msti btl spy murid dpt meniru & mghslkan
cth yg lain

5.Pemahaman generalisasi murid msti dinilai
melalui pelbgai cara

KELEBIHAN:

Cara yang mudah untuk menyampaikan isi
pelajaran.

Menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu
membuat banyak persediaan.

Pendekatan ini patut dan sesuai digunakan oleh
kerana secara tradisinya, guru patut memberikan
penerangan sebelum memulakan pengajaran
dan pembelajaran.

PENDEKATAN EKLEKTIK

Pendekatan eklektik merupakan gabungan daripada dua pendekatan
lain iaitu pendekatan deduktif dan induktif.

Pendekatan eklektik bermaksud pengajaran disampaikan dengan
menggabungkan semua atau sebahagian daripada ciri-ciri sesuatu
kaedah ke dalam kaedah yang baru.

Pengajaran eklektik amat penting dalam membantu
meningkatkan kemahiran mengeja dan juga kemahiran
membaca dalam kalangan kanak-kanak.

Pendekatan eklektik digunakan apabila sesuatu
pengajaran memerlukan guru menggunakan berbagai-
bagai pendekatan tidak hanya dengan penggunaan satu
bidang pendekatan yang mirip kepada satu teori sahaja.

Teori eklektik berpegang kepada satu fahaman
bahawa kaedah yang baik diterap dari berbagai-
bagai sistem dan pendekatan.

Pendekatan eklektik merupakan satu usaha
bagi menyatukan cara hubungan yang rapat di
antara berbagai-bagai pendekatan.

Usaha ini juga berkaitan dengan cara bagi
merapatkan ke arah satu pertemuan yang baik
dalam penggunaan pendekatan tersebut

Cara yang demikian merupakan satu permulaan bagi
menggabungkan kaedah yang pelbagai itu ke arah satu
sistem yang munasabah untuk dilaksanakan ke dalam
proses pengajaran.

Walau bagaimanapun penggabungan tidak boleh
disamakan dengan teori eklektik, tetapi di antara satu
kaedah dalam teori eklektik adalah penggabungan.

PENDEKATAN KOMUNIKATIF

Fokus kpd aktiviti berinteraksi dan
berkomunikasi

Tujuan :

- Guna bhs yg betul semasa komunikasi
- Membentuk satu tatacara yang
berkesan bagi mengajar empat
kemahiran bahasa iaitu membaca,

memahami, menulis dan bertutur

PERINGKAT-PERINGKAT DLM
PELAKSANAAN PENGAJARAN :

1.

Aktiviti prakomunikatif

2.

Aktiviti komunikatif

SECARA RINGKASNYA ……

penekanan kepada fungsi dan struktur secara
serentak

boleh menyatakan perasaan atau fikiran mereka

berbeza dengan pendekatan tradisional yang
hanya mementingkan kepada aspek tatabahasa
dan perbendaharaan kata semata-mata.

CONTOH AKTIVITI

HP : 3.2.1 Mengecam huruf vokal yang terdapat dalam
perkataan

MENGECAM HURUF VOKAL DALAM
PERKATAAN
- AKTIVITI 1 -

PENDEKATAN : INDUKTIF

KAEDAH : TERUS, ORAL-AURAL,
LINGUISTIK & FONETIK

TEKNIK : BERBINCANG,
BRAINSTORMING & SOAL

JAWAB

1.

Guru menunjukkan kad-kad gambar beserta perkataan
kepada kanak-kanak.

2.

Guru meminta kanak-kanak menyebut perkataan yang
di tunjukkan.

3.

Guru meminta kanak-kanak mencari dan menyebut
huruf vokal yang terdapat dalam perkataan tersebut.

RAMBUTAN

KOMPUTER

MENGECAM HURUF VOKAL DALAM
PERKATAAN
- AKTIVITI 2 -

PENDEKATAN : DEDUKTIF

KAEDAH : TERUS, SEMULAJADI &
LINGUISTIK

TEKNIK : BERCERITA, MAIN PERANAN,
LAKONAN / DRAMA &

TUNJUK CARA

1.

Guru menunjukkan kad-kad huruf vokal dan meminta
kanak-kanak menyebut huruf vokal tersebut.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->