Professional Documents
Culture Documents
Kemarau ialah satu tempoh cuaca kering yang berpanjangan dengan terdapat sedikit hujan atau tiada hujan langsung. Ia boleh memberi kesan besar terhadap ekosistem dan pertanian kawasan yang terbabit.
Jenis-jenis kemarau
Kemarau boleh diketegorikan kepada tiga jenis iaitu: Kemarau Meteorologi: berkaitan dengan hujan jumlah. Kemarau Hidrologi: ditentukan oleh tahap air di dalam takungan seperti empangan. Kemarau Pertanian: berkaitan dengan adanya air untuk tanaman.
Kemarau meteorologi
Kemarau meteorologi didefinisikan dengan membandingkan hujan di tempat tertentu dan pada masa tertentu dengan purata hujan untuk tempat itu. Oleh itu, kemarau ini adalah khusus untuk lokasi tertentu. Kemarau meteorologi membawa kepada pengurangan kelembapan tanah dan ini selalunya mempunyai kesan ke atas pengeluaran hasil tanaman. Apabila kita takrifkan kemarau cara ini, kita hanya mempertimbangkan pengurangan dalam jumlah hujan dan tidak mengambil kira kesan-kesan kekurangan air pada takungan air seperti empangan, keperluan manusia atau pada pertanian.
Kemarau hidrologi
Kemarau hidrologi dikaitkan dengan kesan kadar hujan yang rendah pada paras air di sungai, kolam, tasik dan akuifer. Kemarau hidrologi biasanya dikenalpasti selepas kemarau meteorologi. Pertama, pemendakan berkurangan dan selepas itu, perkurangan pada paras air di sungai dan tasik titisan. Kemarau hidrologi menjejaskan sistem yang bergantung pada paras air. Perubahan dalam paras air mempengaruhi ekosistem, kuasa pengeluaran hidroelektrik, dan kegunaan industri dan bandar.
Kemarau pertanian.
Kemarau pertanian berlaku apabila sumber air tidak mencukupi untuk tanaman pada suatu masa tertentu. Kemarau ini bergantung tidak hanya dalam pada jumlah hujan, tetapi juga pada kadar penggunaan air yang betul. Bayangkan dalam kadar hujan yang rendah, tambahan pula di mana air tidak digunakan dengan berhati-hati untuk pengairan dan tujuan lain. Dalam keadaan ini, kesan kemarau menjadi lebih ketara. Kemarau pertanian biasanya dilihat selepas kemarau meteorologi (apabila hujan berkurangan) tetapi sebelum kemarau hidrologi (apabila paras air di sungai, tasik dan takungan air berkurangan).
Faktor-faktor Kemarau
Yang paling penting berkaitan dengan jumlah wap air di atmosfera kerana ia akan terjadinya pemendakan. Hujan berlaku apabila adanya kelembapan iaitu apabila adanya system tekanan udara yang rendah. Jadi,apabila sesuatu kawasan menjadi panas, dimana system tekanan udara yang tinggi, kawasan tersebut akan menjadi kurang lembap untuk menghasilkan pemendakan. Ini kerana sistem tersebut tidak dapat menampung wap air yang banyak.
Perubahan Cuaca
Perubahan cuaca juga merupakan penyumbang kepada berlakunya kemarau. Ini kerana berlakunya perubahan suhu, hujan dan angin mengikut musim. Malaysia terletak di kawasan khatulistiwa. Ini menyebabkan Malaysia mengalami panas dan hujan sepanjang tahun. Malaysia juga mangalami perubahan cuaca kerana tiupan angin monsun mengikut bulan. Malaysia jarang sekali mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak ada langsung cahaya matahari kecuali pada musim monsun timur laut. Apabila berlakunya tiupan angin monsun timur laut, kawasan di Semenanjung Malaysia terutamanya di pantai timur, mengalami kekurangan hujan kerana dihalang oleh Banjaran Titiwangsa.
Faktor Manusia
Kemarau berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain.
Penebangan hutan.
Dunia yang kini kian maju menyebabkan banyak hutan ditebang bertujuan untuk pembangunan. Tuntutan pembangunan yang terlalu mendesak menyebabkan hutan detroka untuk tujuan penempatan, perindustrian dan lain-lain. Apabila hutan ditebang atau diteroka, kawasan tersebut menjadi lebih panas kerana flora memberi oksigen dan udara yang sejuk kepada manusia dan dunia. Pokok yang ditebang menyebabkan oksigen dan udara tidak dapat diberikan kepada manusia dan dunia. Tambahan pula, cuaca yang panas akan menyebabkan berlakunya kemarau yang teruk.
Kesan-kesan Kemarau.
Kesan terhadap alam sekitar
Kebakaran hutan.
Apabila berlakunya kemarau yang teruk, ini akan mengakibatkan berlakunya kebakaran hutan. Kebakaran hutan akan memusnahkan habitat flora dan fauna. Seperti yang kita tahu, flora dan fauna hidup di dalam hutan. Apabila kebakaran hutan berlaku, flora dan fauna tiada tempat untuk menetap dan akhirnya akan mengakibatkan kemusnahan habitat dan akhirnya kepupusan habitat flora dan fauna. Ia juga akan memusnahkan rantaian makanan.Memusnahkan kepelbagaian biologi dan spesies hidupan liar yang hidup di dalam hutan. Kebakaran hutan juga secara tidak langsung akan menggalakkan berlakunya jerebu kerana udara sekeliling kering.
Fenomena penggurunan.
Kemarau akan mengakibatkan kawasan gurun semakin meluas meliputi kawasa pinggirnya yang diliputi hutan. Ini menyebabkan tumbuhan di pinggir gurun akan mati.Tambahan pula, tiupan angin yang kuat akan mempercepat proses penghakisan, pengangkutan dan pemendapan debudebu gurun ke kawasan pinggir. Contohnya di Gurun Sahel di Afrika.
Kebuluran.
Kemarau mengakibatkan kekurangan sumber makanan. Kekurangan sumber makanan akan menjerumus kepada masalah kelaparan dan kebuluran. Masalah kelaparan dan kebuluran meningkat terutamanya pada musin kemarau sehingga boleh menyebabkan kematian. Penyakit juga boleh merebak akibat kekurangan zat makanan. Contohnya penyakit Kwashiorkor dialami oleh kanak-kanak kerana kekurangan zat protein.
Krisis air.
Kemarau berpanjangan menyebabkan krisis air terutamanya di kawasan berpendudukan padat.Paras air di empangan akan merosot dengan ketara dan menjejaskan bekalan air dan secara tidak langsung bekalan elektrik kepada penduduk. Oleh itu, bekalan air terpaksa dicatu dan dibekalkan walaupun tidak berkualiti. Disebabkan ini, tersebarnya penyakit berjangkit seperti penyakit taun.
Bukti
Sebahagian bot penambang Sungai Tembeling tersadai dan beberapa orang penumpang terpaksa menangguhkan perjalanan akibat kemarau di Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang.
Dengan ini, sama-samalah kita berdoa dan bersikap positif dalam menghadapi dugaan melalui fenomena-fenomena cuaca ini. Allah swt berfirman dalam surah as-Syuara ayat 30 yang bermaksud: Apa-apa musibah yang menimpa kamu, maka disebabkan oleh usaha tangan mu sendiri, dan dimaafkan Allah kebanyakannya