You are on page 1of 50

1

Bab 1: Pengurusan dan pentadbiran PJ dan sukan


PENGENALAN
- Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang
yang berlainan sama sekali.
- Pengelolaan pendidikan jasmani mengutamakan unsur pendidikan.
- Aktiviti PJ merupakan subjek akademik disekolah-sekolah dan mempunyai
kurikulum yang terancang dan teratur.
- Aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola, menyertai
pertandingan dan permainan serta mengelola dan melatih pasukan untuk
pertandingan yang lebih formal.
KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN
- Menurut kamus dewan pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan
pengawalan, pengelolaan, penyelenggaraan.
- Dengan kata lain pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikan
sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran,
perancangan, pengelolaan,pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet,
kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan
sukan dan PJ.
Fungsi pentadbiran dan pengelolaan PJ dan sukan ialah
(a) Merancang
(b) Menyediakan bajet
(c) Mengawal
(d) Mengarah
(e) Mengelola
(f) Menyediakan jadual pertandingan
(g) Membuat keputusan
(h) Menilai
Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan pendidikan
jasmani dan sukan. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu:-
(a) Persediaan profesional
(b) Sikap profesional
(c) Perkembangan profesional
Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badan pentadbiran
dan pengelolaan PJ dan sukan. Kemajuan pentadbiran dan pengelolaan PJ dan sukan akan
Memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan.
Pengurusan PJ
- Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk
mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui
pendekatan aktiviti fizikal.
- Pendidikan jasmani (PJ) juga merupakan satu proses pembelajaran yang
menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor,
kognitif, afektif, sosial, dan emosi.
- Melalui PJ pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri
pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya.
- Secara ringkasnya Pendidikan jasmani adalah merupakan satu bentuk
pembelajaran yang holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai
aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer,
1986)
- Oleh yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran
yang menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran
insani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental,
fizikal, sosial, pembentukan nilai dan emosi.
2
- Pendidikan jasmani juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas
dan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan
- dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.
Pengelolaan dan pentadbiran PJ adalah bagaimana kita mentadbir dan
menguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran ini
dapat dilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang di
harapkan.
(a) Kurikulum PJ di Malaysia
- PJ merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia.
- Mata pelajaran PJ diajar selama 11 tahun dalam sistem persekolahan di
Malaysia.
- Kurikulum pendidikan jasmani merangkumi aspek-aspek kemahiran sukan,
rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan.
- Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan
pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang
seimbang dari segi JERI. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang
pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan.
- Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif PJ.
- Bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran PJ, pelajar
perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang
mengamalkan gaya hidup sihat.
- Kurikulum PJ yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan
pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap
optimum.
(b) Objektif Kurikulum PJ
Objektif utama kurikulum PJ ialah:
(i) Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan
motor
(ii) Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri
(iii) Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian
(iv) Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai
kegiatan fizikal
(v) Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan
(vi) Membuat keputusan bijak dalam kehidupan
(Sukatan Pelajaran, PJ, 1999)
- Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti
yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi
membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan
kesihatan.
- Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama PJ iaitu:
Pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas
melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 1999)
(c) Organisasi
Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan
jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan
akademik (Rajah 1.1)
3
Rajah 1.1: Organisasi panitia PJ di sekolah
(d) Bidang Kuasa Ketua Panitia PJ
(i) Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah
(ii) Mempengerusi mesyuarat panitia PJ
(iii) Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untuk digunakan
(iv) Mgagih dan menyimpan sukatan pelajaran PJ
(v) Menyediakan perancangan tahunan panitia
(vi) Memantau pengajaran PJ
(vii) Memeriksa buku latihan pelajar
(viii) Merancang pembelian alatan untuk panitia
(ix) Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia
(x) Merancang latihan dalaman
1.2 PENGURUSAN PJ DAN SUKAN
1.2.1 Falsafah dan Kepentingan Pengurusan PJ, dan Sukan
- Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari
objektif yang mampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran
terhadap sesuatu prinsip dan konsep.
- Contohnya falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan berupaya
membantu guru memahami semua tugasan secara menyeluruh bukannya
secara berasing-asing.
- Ini bermakna melalui falsafah secara tidak langsung akan berupaya membantu
guru supaya memahami peranannya serta bertindak merancang pengajaran
yang bertumpu kepada objektif pengajaran yang telah ditetapkan.
- Dengan kata lain juga falsafah juga boleh diibaratkan sebagai petunjuk arah
dan mampu membantu guru menghasilkan rumusan serta mampu membentuk
matlamat secara tersusun dan berterusan.
- Falsafah dapat membantu guru memahami dan menghayati tanggungjawab
pengajarannya dengan lebih menyeluruh. Ini dapat membantu menimbulkan
kesedaran kepada guru untuk menumpukan peranannya melalui perancangan
yang berlandaskan kepada objektif pengajaran yang sepatutnya.
- Falsafah pengurusan pendidikan jasmani ialah satu aktiviti mentadbir dan
mengelola dalam pendidikan jasmani bertujuan untuk menghasilkan insan yang
seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial. Aktiviti PJ adalah
berdasarkan aktiviti fizikal yang mempunyai 3 domain iaitu afektif, kognitif dan
psikomotor.
- PJ merupakan aktiviti pendidikan yang dirancang dan terancang dengan kemas dan
sistematik.
- Falsafah pengurusan sukan ialah mentadbir dan menguruskan sukan sebagai
alat membawa kebaikan kepada manusia sejagat, menjalinkan persahabatan serta
memupuk semangat toleransi kerjasama persefahaman dan perpaduan. Dalam
menceburi diri atau menjalankan aktiviti dalam sukan perlu berpegang kepada etika
sukan.
1.2.2 Prinsip Pengurusan PJ
(a) Pendidikan jasmani akan dapat mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan
berasaskan kesihatan dan perlakuan motor berasaskan domain kognitif dan afektif.
4
(b) PJ adalah melahirkan masyarakat yang akan menjadikan senaman dan aktiviti fizikal
sebagai budaya atau rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan
(c) Pendidikan jasmani membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas pergerakan
dan permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan ketiga-tiga tunjang
pembelajaran iaitu:
(i) Kecergasan
(ii) Kemahiran
(iii) Kesukanan
(d) Pendidikan jasmani adalah dapat melahirkan masyarakat yang dapat
mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai
kegiatan fizikal
(e) Pendidikan jasmani dilihat akan dapat membentuk masyarakat yang mengamalkan
nilai murni, sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma-norma masyarakat
1.2.3 Prinsip Pengurusan Sukan
Pengurusan sukan ialah membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh
dari segi fizikal dan mental - bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin
dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan
sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal.
Berdasarkan kepada prinsip:
(a) Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan membentuk kecergasan dan
kesihatan dari segi fizikal dan mental. Sukan dilihat membolehkan seseorang itu
memperoleh sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai
terpuji hidup (quality of life) dan keperluan asas manusia.
(b) Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan
beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan
masyarakat asing - semuanya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan
mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak
mengasingkan diri
(c) Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan
fiziologi kepada kepuasan mutlak diri.
Definisi Organisasi
- Sekumpulan individu berusaha untuk menyempurnakan satu-satu tugas yang tidak
boleh dilaksanakan oleh seorang individu sahaja.
- Fungsinya, tujuan dan objektif organisasi akan jenis struktur organisasi .
- Struktur pula menentukan tugas seseorang individu dalam organisasi tersebut dan
perhubungan dengan individu lain.
- Mengikut Pfiffner (1960) organisasi adalah persediaan yang sistematik untuk
tindakan dan menstrukturkan individu serta fungsi kepada pertalian-pertalian yang
produktif. Organisasi juga mencari satu pola kemahiran dan tanggungjawab yang
boleh di selaraskan serta penyatuan tujuan melalui pengawasan.
Definisi Pentadbiran
- Pentadbiran merupakan satu proses atau keadaan yang melibatkan 2 atau lebih
individu mengembleng tenaga untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
- Leith (1990) pentadbiran melibatkan proses perancangan, pengelolaan, bimbingan
dan kawalan keatas sumber-sumber yang wujud untuk menghabiskan kerja yang
diharapkan atau untuk mengarahkan program kepada pencapaian matlamat-matlamat
tertentu.
- Daughtrey & woods (1976) : pentadbiran merupakan koordinasi aktiviti oleh individu
dalam kumpulan yang tersusun. Pentadbiran melibatkan pengurusan kakitangan,
perancangan organisasi, penghasilan dan perhubungan awam.
Perkaitan antara Pentadbiran & Organisasi
- Organisasi dibentuk untuk membekalkan suatu struktur @ sistem yang berkesan
bagi mencapai tujuan satu-satu kumpulan.
- Pentadbiran ialah sebahagian daripada organisasi. Ia membimbing tingkah laku
individu di dalam organisasi untuk mencapai tujuan yang ditetapkan.
5
- Organisasi membekalkan struktur untuk mencapai sesuatu matlamat oleh satu-satu
kumpulan dan pentadbiran membekalkan unit-unit yang berfungsi untuk menjalankan
organisasi dengan berkesan. Pentadbiran diperlukan untuk menubuh sesuatu
organisasi. Organisasi memerlukan pentadbiran untuk berfungsi.
- Objektif pentadbiran dan organisasi adalah untuk mengawal persekitaran dan
pentadbiran serta memberi arah kepada organisasi.
Aspek perlu diberi perhatian dalam perancangan organisasi:
1. Tentukan dengan jelas garis autoriti dan tanggungjawab dari paras atas ke bawah
di dalam organisasi.
2. Individu yang mendelegasikan tanggungjawab masih lagi bertanggungjawab.
3. Memastikan bilangan paras organisasi adalah terendah.
4. Delegasi autoriti dan tanggungjawab adalah pada peringkat tindakan sahaja.
5. Kedudukan dibentuk supaya tugas pentadbiran dan fungsi dipisahkan.
6. Objektif unit atau bahagian dalam organisasi adalah selaras dengan objektif
organisasi itu sendiri.
7. Setiap individu dalam organisasi menerima arahan daripada seorang ketua yang
lebih tinggi sahaja.
PROSES DAN ASAS PENGURUSAn DALAM PJ DAN SUKAN
Pengurusan
satu proses perancangan, pengelolaan, memimpin dan pengawalan usaha-usaha
anggota sesebuah organisasi serta menggembleng sumber-sumber yang ada
dalam organisasi bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan
Peranan sebagai pengurus Theory Mintzberg
PROSES PENGURUSAN
Fungsi Pengurusan
Perancangan (Planning)
Perancangan adalah merupakan salah satu komponen penting dalam
aktiviti pengurusan. Ianya boleh dilihat sebagai satu aktiviti penetapan matlamat
dan objektif yang dirangka secara tersusun dan sistematik. Kesemua aspek dalam
perancangan dirangka secara terperinci dan ianya sering dikaitkan dengan
6
masa. Perancangan yang baik dan berkesan adalah perancangan yang tidak
bermasalah dan mudah untuk dilaksanakan.
Perancangan boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu:
(i) Perancangan Strategik
Perancangan jenis ini dirangka bagi memenuhi objektif organisasi dalam
konteks yang lebih luas. Ianya merangkumi kepada pelan tindakan dan aktiviti
yang menjurus kepada kepentingan kewujudan organisasi tersebut. Ianya juga
dikenali Master plan
(ii) Perancangan Operasi
Perancangan ini dirangka secara terperinci dan digunakan untuk bagi
melaksanakan plan strategik. Perancangan operasi boleh dibahagikan kepada
dua aspek:
(iii) Perancangan Jangka panjang dan Jangka Pendek
Perancangan ini diklasifikasikan sebagai rancangan yang melibatkan tempoh
masa. Tempoh masa yang ditetapkan ditentukan oleh perancang berdasarkan
objektif ingin yang dicapai. Tiada tempoh masa yang spesifik ianya boleh jadi
satu tahun atau pun kurang. Jika perancangan itu ditetapkan untuk dicapai
dalam tempoh kurang dari satu tahun ianya diklasifikasikan sebagai
Perancangan jangka pendek dan begitulah sebaliknya bagi Perancangan
Jangka Panjang.
(iv) Perancangan Berfungsi
Perancangan jenis ini diklasifikasikan sebagai perancangan yang dibuat untuk mencapai
sesuatu maksud dan tujuan untuk dicapai. Perancangan jenis bersifat bertindan dan
ianya berkaitan antara rancangan-rancangan lain yang telah sedia ada.
Sebagai contoh perancangan jenis ini adalah seperti:
Perancangan sumber manusia
Perancangan kewangan
Perancangan program pembangunan atlet sekolah
Langkah-langkah dalam Melaksanakan Perancangan
(a) Memikirkan idea yang baik
(b) Memilih idea yang terbaik
(c) Mengenal pasti sumber yang boleh menyumbangkan kepada idea anda
(d) Menjalankan kajian yang terperinci dan mengumpul maklumat penting
(e) Menyemak semula semua idea dan pelan alternatif yang ada dan boleh diguna pakai
(f) Mencari dan memilih kaedah yang terbaik untuk memulakan tindakan
perancangan
(g) Menentukan tempoh masa yang perlu dicapai
(h) Kenal pasti masalah yang bakal dihadapi terlebih dahulu
(i) Menentukan struktur organisasi
(j) Menyediakan garis panduan yang boleh diguna pakai sebagai contoh ketika ingin
membuat sebarang keputusan penting panduan ini boleh digunakan
(k) Memikirkan kaedah pemantauan dan pengawalan yang terbaik
(l) Memastikan rancangan ini bertulis (Blueprint) dan sebaiknya dibukukan untuk
panduan mereka yang terlibat
(m) Melaksanakan rancangan ini
(n) Pastikan anda menilai akan keberkesanan setiap perancangan yang dibuat bagi
membantu memberikan gambaran keberkesanan dan permasalahan yang dihadapi untuk
tujuan pembaikan dan rujukan di masa hadapan
Faedah Perancangan
(a) Membantu memberikan hala tuju kepada mereka yang terlibat
(b) Membantu organisasi menentukan masa hadapannya
(c) Membantu organisasi dalam pemantauan dan pengawalan
(d) Membantu menjadikan organisasi berjaya aspek pengurusanny
7
Pengelolaan (Organizing)
Pengelolaan adalah merupakan salah satu fungsi utama dalam pengurusan dan
ianya bukanya satu proses yang berasing. Pengelolaan juga boleh menjadi
sebahagian dari perancangan atau digabungjalinkan dengan fungsi pengurusan
yang lain. Secara kolektifnya anda perlu melihat proses dan fungsi pengurusan iaitu
perancangan, pengelolaan, pelaksanaan, dan pengawalan sebagai satu aktiviti
mengurus (managing).
Langkah-langkah dalam Melaksanakan Pengelolaan
(i) Membahagikan Tugas Secara Spesifik
Keberkesanan dalam pengelolaan banyak bertumpu kepada
pembahagian
tugasan secara spesifik kepada mereka yang dipertanggungjawab.
Tanpa
membahagikan tugas seseorang individu perlu melaksanakan pelbagai
tugasan dalam satu masa. Ini merupakan satu petunjuk bahawa
sesebuah
organisasi itu tidak efisien dalam pengurusannya.
Ada faedahnya jika amalan ini dilaksanakan, antaranya seperti individu
yang
menjalankan tugasan yang spesifik dan sama akan lebih mahir
melakukan
tugasnya kerana tugasan tersebut telah dilakukannya secara berulang.
Ini
memberikan manfaat dalam membantu mempertingkatkan kemahiran
dan
menjamin pencapaian matlamat yang diinginkan dalam perancangan.
(ii)Pembahagian Tugasan Berdasarkan Kumpulan atau Unit Kecil
Langkah yang kedua ialah membahagikan tugasan mengikut kumpulan
secara
sistematik dan tersusun. Ini dapat membantu ketua memantau anggota
di
bawahnya berdasarkan kumpulan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh
anda
ditugaskan sebagai ketua unit kemudahan sukan dan latihan,
tanggungjawab
anda adalah untuk memenuhi objektif perancangan dan dalam masa
yang
sama bekerjasama dengan anggota lain serta memantau pelaksanaan tugas.
(iii) Memberikan Autoriti dan Tanggungjawab
Setelah tugasan kepada kumpulan dan unit-unit kecil telah diberikan,
seterusnya anda perlu memberikan autoriti dan tanggungjawab kepada
kesemua ketua berdasarkan portfolio masing-masing. Ketua memiliki autoriti
yang boleh dikaitkan dengan pemilikan kuasa yang dibenarkan. Autoriti ini
merupakan kuasa yang wujud dari pihak atasan dan diturunkan dari satu tahap
ke bawah dalam satu masa dan mengikut keperluan tugas.
Tanggungjawab pula sering dikaitkan dengan pemilikan kuasa yang ada, ia
datang secara bersama. Tanggungjawab ini merupakan satu bentuk
akauntibiliti terhadap tugasan yang diterima.
(iv) Menentukan Span of Management
Span of Management bermaksud jumlah anggota yang akan ditugaskan bagi satu-
satu kumpulan atau unit. Jumlah anggota juga menentukan kejayaan sesuatu
tugasan. Jika terlalu sedikit anggota yang diperlukan ianya akan mengurangkan
8
keberkesanan kerja, manakala jika terlampau ramai sebagai ketua anda akan
hilang kawalan terhadap anggota bawahan yang terlampau ramai.
(v) Mengkoordinasi Sumber Organisasi
Langkah ini adalah yang terakhir dalam aktiviti pengelolaan, Mengkoordinasi
sumber organisasi oleh semua anggota kumpulan adalah merupakan usaha
kolektif yang dilakukan bagi memenuhi objektif organisasi. Ini dilakukan bagi
memastikan sumber yang ada dalam organisasi dapat di manfaat dan digunakan
dengan baik sepenuhnya. Koordinasi ini merujuk kepada satu kaedah
penggabungan, integrasi dan keseragaman di antara kumpulan dan unit-unit lain.
Faedah Pengelolaan
Tindakan yang diambil akan lebih berkesan
Menggunakan segala sumber yang anda dengan lebih efektif dan efisien
Membantu dan memudahkan proses meletak tugasan dan tanggungjawab
kepada individu yang berkenaan
Membantu mewujudkan satu sistem pelaksanaan dan pengawalan yang
berkesan
Memimpin (Leading)
Memimpin adalah satu proses mempengaruhi dan memujuk anggota bawahan untuk
bekerja secara bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan.
Peranan Pemimpin
Berikut adalah peranan sebagai pemimpin dalam organisasi:
(i) Wujudkan kecenderungan terhadap kecepatan dan tindakan
(ii) Sedia berinovatif atau mengalami kepupusan
(iii) Runtuhkan segala halangan
(iv) Menggunakan semua sumber tenaga kerja anda, segala kemahiran mereka,
segala masa yang mereka ada untuk keberkesanan organisasi.
Pengawalan (Control)
Pengawalan adalah salah satu aktiviti penting dalam pengurusan dan ianya wujud
hasil dari keperluan yang telah ditetapkan dalam setiap perancangan. Sebagai
pengurus anda perlu memastikan semua tugasan yang telah diamanahkan telah
dilaksanakan dengan baik
Perancangan. Di sinilah letaknya peranan pengawalan di mana ianya berfungsi untuk
memberikan maklumat kepada pengurus. Melalui maklumat yang diterima ini ianya
nanti akan membantu pengurus dalam membuat keputusan. Antara peranan penting
pengawalan ini adalah bertujuan untuk menyesuaikan cara kerja kepada sesuatu
standard yang telah ditetapkan.
Penetapan matlamat dan objektif yang dirangka secara tersusun dan sistematik.
Jenis Perancangan :
Strategik ,
Operasi
Jangka panjang / Jangka Pendek
berfungsi
Bab 2 : Pentadbiran agensi-agensi sukan kebangsaan dan antarabangsa
+ Perlembagaan organisasi badan sukan
+ Pentadbiran organisasi sukan
9
PENGENALAN
Organisasi bermaksud satu sistem atau kaedah yang tersusun dan memiliki tatacara
peraturan yang telah diwujudkan. Pengorganisasian ini adalah aktiviti pengurusan yang
mengkordinasikan kegiatan manusia di dalam organisasi dengan sumber yang
dimiliki oleh organisasi. Ianya kemudian digabungjalinkan melalui kepimpinan dan
aktiviti pengurusan yang berkesan dan mantap.
KONSEP ORGANISASI
(a) Konsep organisasi bermaksud gagasan, ciri, sifat sesebuah badan.
(b) Penubuhan sesebuah organisasi adalah berasaskan falsafah, matlamat atau objektif
tertentu yang disulami dengan peraturan.
(c) Ia merangkumi dasar asas dengan nilai yang tertentu, kefahaman atau kepercayaan,
undang-undang atau peraturan, panduan pengurusan dan sebagainya.
(d) Peraturan dan tatacara menjadi pedoman untuk mengawal perjalanan organisasi.
(e) Apabila disebut organisasi, ia membayangkan satu gagasan yang tersusun dengan
rangkaian-rangkaian tertentu baik dari segi dalaman ataupun perhubungan luar.
(f) Memiliki struktur organisasi dan struktur kepimpinannya yang tersendiri. Struktur ini
menerangkan aliran kepimpinan dan pertalian antara satu jawatan dengan yang lain.
(g) Dalam sebuah organisasi wujud lapisan kepimpinan yang melibatkan pemimpin,
pengurusan dan anggota biasa.
(h) Pemimpin membuat dasar kepimpinannya serta menggariskan hala tuju organisasi.
Perancangan dibuat dengan mengatur program untuk melaksanakan dasar tersebut.
(i) Pengurusan membuat interpretasi dasar serta melaksanakan perancangan yang
telah diputuskan. Ia mengatur program dan aktiviti untuk memenuhi matlamat
tersebut.
(j) Anggota biasa dari masa ke semasa dilantik dalam pelbagai bidang pengurusan
untuk membantu perlaksanaan aktiviti organisasi.
DEFINISI ORGANISASI
Organisasi merupakan satu sistem yang wujud dan memiliki perkaitan antara sumber yang
ada dan juga persekitaran yang setiap satunya saling memiliki pertalian di antara
satu
sama lain.
Berikut adalah beberapa definisi mengenai organisasi:
(a) Organisasi adalah merupakan agen penyelarasan yang dapat menyesuaikan
pelbagai aktiviti manusia untuk diselaraskan bagi mencapai satu tujuan dan
matlamat organisasi melalui pembahagian buruh, fungsi dan juga melalui hierarki
berautoriti dan tanggungjawab.
(b) Organisasi adalah merupakan satu sistem aktiviti atau kuasa personal yang
diselaraskan secara disedari dan mudah.
MATLAMAT ORGANISASI
Bagi organisasi sukan matlamat utama ialah untuk mendapatkan mengembangkan
disiplin
sukan hingga ke akar umbi, tetapi matlamat tambahan yang dimaksudkan ialah
seperti berjaya menghasilkan atlet yang bertaraf antarabangsa. Contoh matlamat
tambahan yang lain seperti meningkatkan imej organisasi,meningkatkan kecekapan
pengurusan
Matlamat bagi sesebuah organisasi amat
penting kerana:
(a) Mampu menjadikan kewujudan organisasi
tersebut sah dan tidak menyalahi
undang-undang.
(b) Matlamat akan bertindak sebagai satu
aktiviti atau tanggungjawab yang mesti
dilaksanakan oleh organisasi.
10
(c) Matlamat organisasi bertindak sebagai satu titik permulaan bagi semua kegiatan
organisasi.
(d) Matlamat juga bertindak sebagai satu desakan atau paksaan yang mesti dilakukan
oleh sesebuah organisasi.
CIRI-CIRI SEBUAH ORGANISASI
(a) Organisasi Mempunyai Tujuan yang Jelas
Organisasi dibentuk berdasarkan tujuan yang ingin dicapai. Misalnya bagi setiap
organisasi sukan utama di Malaysia setiap satunya memiliki tujuan penubuhan yang
berfungsi untuk menaungi setiap jenis disiplin sukan di samping tugas utamanya
mengembangkan jenis permainan tersebut hingga ke peringkat antarabangsa.
(b) Autoriti Berhierarki
Ini merupakan tahap kuasa yang bermula dari tahap tertinggi dan membawa kepada
tahap yang paling rendah dalam sesebuah organisasi. Prinsip ini diamalkan untuk
menghubungkan semua peringkat pekerja dalam organisasi dan mewujudkan
keselarasan dalam setiap pengurusan kerja dapat dilakukan dengan berkesan.
(c) Pemusatan Perintah
Seseorang individu dalam sesebuah organisasi hanya akan menerima perintah serta
arahan daripada seorang pihak atasan saja.
(d) Delegasi Tugasan
Seorang pemimpin mempunyai kemampuan yang terbatas dalam menjalankan
tugasnya dalam organisasi, maka dalam keadaan ini ia perlu dilaksanakan delegasi
tugasan kepada orang bawahannya.
Dalam delegasi kerja kuasa yang diberikan meliputi aktiviti seperti membuat
keputusan, hubungan luar dan mengambil sebarang tindakan perlu berlandaskan
tatacara organisasi tanpa perlu merujuk orang atasan setiap masa.
(e) Kepertanggungjawaban
Dalam menjalankan tugasnya setiap pegawai harus bertanggungjawab sepenuhnya
kepada pihak atasan.
(f) Pembahagian Tugas
Dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan sesebuah organisasi tidak akan sepi
dari melakukan pelbagai aktiviti pengurusan. Untuk memastikan setiap aktiviti
pengurusan itu dijalankan sebaik mungkin oleh setiap anggota kerja maka satu
pembahagian tugas dilaksanakan.
Pelaksanaan ini dibuat berdasarkan kemampuan dan jawatan setiap anggota.
Deskripsi dan bidang tugas yang jelas akan memudahkan urusan tugasan dan rasa
tanggungjawab kepada setiap tugasan yang diberikan.
(g) Span of Management
Ini bermaksud jumlah kakitangan yang harus dikendalikan oleh seseorang ketua
perlu diatur dengan sempurna. Jumlah aturan kakitangan ini perlu disesuaikan
dengan bentuk dan jenis organisasi, semakin besar organisasi dengan jumlah
kakitangan dan pegawai yang ramai maka semakin rumit aturan tersebut. Ada dua
jenis aturan iaitu Flat structure dan Tall Structure seperti dalam rajah di bawah.
(h) Pemisahan Tanggungjawab
Setiap tanggungjawab dan beban tugas seseorang kakitangan tidak dapat
11
dipindahkan tanggungjawabnya kepada orang lain sewenang-wenangnya. Ini
berdasarkan pengkhususan dan tanggungjawab dari seorang kakitangan dan
kakitangan lain adalah berbeza mengikut bidang tugas.
(i) Keseimbangan
Keseimbangan antara struktur organisasi yang efektif dengan tujuan organisasi.
Dalam perkara ini, penyusunan struktur organisasi harus di sesuai dengan matlamat
sesebuah organisasi.
Matlamat sesebuah organisasi akan diwujudkan melalui aktiviti yang akan dilakukan.
Organisasi sukan peringkat daerah misalnya, aktiviti sukan yang dianjurkan juga akan
lebih sederhana dan bersesuaian dengan fungsinya berbanding organisasi
sukan peringkat negeri ataupun kebangsaan.
(j) Fleksibiliti
Organisasi harus senantiasa melakukan pertumbuhan dan perkembangan sesuai
dengan dinamakan organisasi sendiri (internal factor) dan dengan kewujudan
pengaruh di luar organisasi (external factor), sehingga organisasi mampu
menjalankan fungsinya dalam mencapai tujuan yang ingin dicapai.
(k) Kepemimpinan
Organisasi amat memerlukan kepemimpinan yang baik dan berkesan, atau dengan
kata lain organisasi mampu menjalankan aktiviti pengurusan kerana adanya proses
kepemimpinan yang digerakkan oleh pemimpin dalam organisasi tersebut.
KEPENTINGAN REKA BENTUK ORGANISASI DAN
STRUKTUR
(a) Berdaya Saing
Reka bentuk dan struktur organisasi yang baik mampu mewujudkan kelebihan dalam
aspek berdaya saing. Bagi sesebuah organisasi sukan kemampuan berdaya saing
ini timbul dari kecekapan mengurus, pemilikan kemahiran dan kemampuannya
membentuk nilai-nilai ke arah mencapai matlamatnya.
Kebolehan dalam pelbagai aspek seperti kejurulatihan, pembangunan dan lain-lain
membolehkan organisasi sukan ini dipandang sebagai sebuah organisasi yang
mampu melangkau jauh dan tidak lesu dalam dunia sukan..
(b) Meningkatkan Kebolehan Organisasi Mengurus Kepelbagaian (Diversity)
Kepelbagaian dalam organisasi ini adalah merujuk kepada kewujudan perbezaan
yang wujud dalam organisasi. Antara perbezaan tersebut adalah terdiri daripada
aspek anggota kerja dari aspek jantina, latar belakang pendidikan dan sebagainya.
Kepelbagaian banyak mempengaruhi dalam proses membuat keputusan dan
keberkesanan pengurusan organisasi. Melalui pembangunan reka bentuk organisasi
yang mengutamakan kesesuaian dan mengambil kira faktor kepelbagaian ini akan
membantu meningkatkan kualiti dalam proses membuat keputusan.
Rentetan dari itu ianya secara tidak langsung akan membantu mempertingkatkan
kemampuan pengurusan yang telah mengambil kira semua faktor perbezaan yang
ada ketika membuat keputusan.
(c) Meningkatkan Kebolehan Organisasi yang Lebih Kreatif dan Berinovasi
Reka bentuk organisasi juga mampu memainkan peranan yang penting dalam
mencipta inovasi. Reka bentuk organisasi yang bersesuaian dapat membantu
organisasi meningkatkan kebolehannya menjadi lebih inovatif.
Sebagai contoh, cara struktur organisasi menghubungkan individu dalam bidang dan
kemahiran yang berbeza, seperti penyelidikan, pembangunan dan kejurulatihan akan
menentukan seberapa cepat organisasi
d) Memberi Organisasi Peluang Mengawal dan Menyesuaikan Organisasi dalam
Persekitarannya
Reka bentuk organisasi juga mampu menentukan bagaimana berkesannya
organisasi mengawal dan menyesuaikan organisasinya terhadap pelbagai faktor
dalam persekitarannya dan mendapatkan sumber yang terhad.
Sebagai contoh, kebolehan dan kemampuan organisasi sukan untuk mendapatkan
jurulatih atau pemain yang berkualiti dan berkebolehan adalah satu kesan daripada
reka bentuk dan struktur organisasi yang baik. boleh mencapai matlamatnya.
(f) Membantu Organisasi Membangunkan dan Melaksanakan Strategi
Bagi menentukan kejayaan bagi sesebuah organisasi apa yang menjadi kayu ukur
12
kepada kejayaan dalam setiap pelaksanaan strategi organisasi ialah berdasarkan
reka bentuk dan struktur organisasi yang baik dan berkesan.
Melalui struktur organisasi. ianya berperanan menjelaskan peranan dan
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu atau kumpulan di dalam
organisasi dalam usaha mereka mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
BAGAIMANA UNTUK MEMAHAMI SEBUAH ORGANISASI PJ DAN SUKAN
Menurut Daft (1989) dan Robbins (1990) sesebuah organisasi sukan itu adalah
ibarat
sebuah institusi sosial yang terlibat dalam industri sukan ianya mengarah kepada
matlamat yang ingin dicapai. Ianya memiliki struktur organisasi yang tersusun dan terarah
bagi mencapai matlamat yang diinginkan. Berikut adalah beberapa elemen utama
yang
wujud dalam sebuah organisasi sukan dan yang berkaitan:
(a) Sebuah Institusi Sosial
Kesemua organisasi sukan adalah terdiri daripada sekumpulan manusia yang
berinteraksi antara satu sama lain dan setiap anggotanya memainkan peranannya
yang tersendiri dalam pelbagai program dan aktiviti dalam organisasi tersebut
(b) Penglibatan dalam Secara Terus dalam Industri Sukan
Apa yang membezakan sebuah organisasi sukan dan organisasi yang lain seperti
bank, kilang, perniagaan dan lain-lain ialah,penglibatannya secara terus (direct)
dalam sukan antaranya seperti pengendalian latihan, penganjuran kejohanan dan
sebagainya.
Kita juga tidak menidakkan penglibatan organisasi lain seperti bank dan perniagaan
dalam sukan, penglibatan mereka bukan secara terus (indirect) sebagai contoh
terlibat dalam memberikan penajaan dan sebagainya.
(c) Mempunyai Matlamat yang Ingin Dicapai
Semua organisasi sukan wujud berdasarkan matlamat yang ada. Antara contoh
matlamat yang sering digariskan oleh organisasi sukan banyak berkisar seperti
membangunkan aktiviti sukan dari pelbagai aspek seperti kejurulatihan, bakat
ataupun melahirkan atlet yang bertaraf antarabangsa.
Matlamat yang digariskan oleh kebanyakan organisasi sukan ini sebenarnya agak
sukar untuk dicapai kerana beberapa halangan tertentu yang membataskan
pencapaian prestasi. Mencapai matlamat yang dimaksudkan ini bukan hanya terletak
kepada individu sahaja tetapi ianya adalah usaha yang diwujudkan secara kolektif.
(d) Mempunyai Struktur Organisasi dan Sistem Tersendiri
Setiap organisasi sukan memiliki struktur organisasi dan sistemnya yang tersendiri.
Organisasinya bukan dibentuk secara sambil lewa tetapi ianya merupakan usaha
yang digembleng untuk memajukan sesuatu disiplin sukan atas dasar untuk
memajukan sukan itu sendiri.
+ Pengendalian mesyuarat
+ Belanjawan
Belanjawan dan pengurusan ke Belanjawan ialah pelan kewangan yang digunakan
sebagai alat kawalan untuk operasi yang akan datang.
Ia menganggarkan kos-kos masa depan dan merupakan suatu pelan sistematik
untuk penggunaan sumber manusia, bahan dan sumber-sumber lain.
o 3 Langkah :
Pelan strategik Belanjawan pihak pengurusan atasan menentukan tujuan dan
objektif organisasi & peruntukan kewangan utk melaksanakan program yg
dirancang.
Tjgwb Belanjawan ia dipenuhi dgn mengesahkan peruntukan digunakan dgn sah &
cekap.
Rancangan teknikal dan mekanikal mengadakan sistem perakaunan &
keselamatan, struktur kewangan dan proses belanjawan.
Kepentingan Perancangan Kewangan cekap:
1. Keputusan dibuat adalah pro-aktif dan sistematik.
2. Menghubungkan kakitangan dari semua paras organisasi melalui komunikasi.
3. Mengurangkan bahaya dan meningkatkan persaingan organisasi.
4. Membenarkan kawalan yg mencukupi terhadap penilaian belanjawan.
Kelebihan menyediakan Belanjawan:
13
1. Merupakan cara objektif untuk menganalisa program PJ dan sukan.
2. Dijadikan satu forum untuk mempersembahkan keperluan kewangan dan untuk
meminta sokongan dari pihak atasan.
3. Memberi peluang kepada pihak pentadbir untuk :
Menghapuskan aktiviti yang tidak boleh dibiayai lagi.
Mengembang pelan jangka panjang.
4. Membenarkan pengukuran dan pengesahan kemajuan program dan membuat
analisa.
5. Membenarkan pemindahan sumber-sumber mengikut keutamaan.
Prinsip-prinsip Belanjawaan:
1. Bersikap konservatif kerana mengguna wang orang ramai.
2. Berdasarkan perbelanjaan dan pendapatan dari belanjawan sekurang-kurangnya 3
tahun lepas.
3. Tumpukan perhatian kepada faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi
perbelanjaan dan pendapatan.
4. Perancangan seharusnya mengambil kira 10% kontigensi @ peristiwa yang berlaku
di luar dugaan atau jangkaan.
5. Melibatkan semua individu secara langsung dalam proses perancangan.
6. Dipersetujui oleh pihak atasan.
7. Mengumumkan belanjawaan kepada pihak pengguna yang terlibat.
Prinsip-prinsip pengurusan wang:
Gelagat mementingkan diri sendiri.
Urus niaga 2 pihak.
Isyarat
Tingkahlaku
Idea bernilai
Kelebihan secara berbanding.
Timbal balik antara risiko dengan pulangan.
Kepelbagaian
Kecekapan pasaran modal
Nilai mata wang.
Prinsip gelagat mementingkan diri sendiri.
Berasaskan teori agensi melihat konflik kepentingan diri dgn ejen.
Contoh perhubungan prinsipal dimana pengurus (ejen) dgn pemegang saham
(prinsipal). Kadangkala harga sewa stadium atau gelanggang didapati terlalu mahal.
Penyewa perlu turunkan kadar sewa untuk menarik lebih ramai pengguna dan ia
membantu menampung kos pembinaan walaupun ia mengambil masa yang lebih
panjang.
Prinsip urus niaga 2 pihak
Perlu mengambil kira bahawa ada pihak lain yang turut menilai urus niaga
berkenaan.
Contoh penaajaan sesuatu acara cukan bertujuan mendapatkan peluang
pengiklanan melalui sukan tersebut, manakala pihak penganjur pula
bertujuan untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menampung kos
penganjuran. Kedua-dua pihak dapat faedah.
Prinsip Isyarat
Sesuatu tindakan diambil oleh individu / sy dapat menyampaikan
maklumat/mesej.
Ia sambungan pada prinsip gelagat mementingkan diri sendiri.
Badan sukan @ sy menguruskan organisasi dgn sistematik, berdaya saing &
mempamerkan cth baik dlm kebanyakan aspek supaya dapat dipercayai
oleh penggemar sukan, dgn cara ini sy@ bdn sukan dapat mempromosikan
perkhidmatan produk sy kpd masy .
Prinsip Tingkah laku
Memerhatikan apa yang berlaku pd sy lain sbg panduan. Ia implikasi
langsung prinsip isyarat.
Memberi fokus kepada penggunaan maklumat/mesej.
14
Pengurus kewangan kelab sukan perlu banyak belajar dpd pengalaman org
lain. Cth keberanian Real Madrid membeli David Beckham dgn harga yg
mahal akhirnya menyebabkan bil penonton & peminat kelab meningkat dgn
mendadak diseluruh dunia.
Prinsip Idea bernilai
Seseorang boleh mencapai kemewahan melalui idea baru.
Idea baru berupa produk @ perkhidmatan yg belum diterokai oleh pihak lain
mungkin dapat memberikan pulangan lumayan.
Cth kelab bola sepak selangor beli pemain argentina kesannya selangor jadi
juara piala Msia 2003.
Prinsip kelebihan secara berbanding
Jika setiap individu melakukan apa yg blh dilakukan dgn tebaik, maka
terdapat individu yg paling berkelayakan bg setiap jenis pekerjaan.
Berpegang kepada konsep persaingan bebas dan merupakan asas kepada
perdagangan antarabangsa
Prinsip timbal balik antara risiko dan pulangan.
prinsip mengelak risiko penting dalam pemilihan atlit yang dihantar utk
bertanding. Negara kita kerap menghantar byk atlit w/pun gagal, tetapi
mereka dapat menimba pengalaman. Keadaan ini perlu diubah kepada
prinsip yg mementingkan kualiti dan bukannya kuantiti kerana belanjawan
pengurusan boleh dikurangkan.
Prinsip Kepelbagaian
Terdapat beberapa kemudahan sukan di negara ini yg tidak
digunakan dgn maksimum.
Pengurusan kewangan boleh menggunakan prinsip kepelbagaian
idea atau usaha utk menarik minat pengguna. Banyak gelanggang
terbiar tidak digunakan kerana sewa mahal dan banyak kemudahan
sukan tidak mempunyai fungsi pelbagai. Kerana itu dewan
serbaguna di tengah-tengah bandar adalah satu aset perniagaan
sukan lumayan.
Prinsip kecekapan pasaran modal
Harga pasaran aset-aset kewangan diniagakan dipasaran modal
terdedah kepada maklumat baru. Kecekapan pasaran modal
bergantung kepada maklumat baru. Kecekapan pasaran modal
bergantung kepada betapa cepat maklumat baru digambarkan
dalam harga saham.
Prinsip nilai masa wang (wang mempunyai nilai masa)
Kos sewaan wang.
Peminjam wang akan membayar faedah atas pinjaman tersebut.
Melihat nilai masa wang sebagai peluang utk memperolehi pulangan
(faedah) melalui akaun simpanan bank.
Pengurus persatuan perlu dilatih dgn ilmu pengurusan kewangan
profesional supaya mereka peka dengan nilai masa wang dan tidak
membazirkan sumber kewangan yang dibekalkan dgn sewenang-
wenannya.
Jenis belanjawan:
Sistem belanjawaan mungkin bersifat eklektik (eclectic) iaitu mengabungkan
beberapa bahagian dpd beberapa siistem. Satu belanjawaan mungkin wujud dari
gabungan sistem-sistem berikut;
1. Belanjawan liputan masa
2. Belanjawan semasa atau Operasional
3. Belanjawan harta
4. Pendapatan (revenue)
5. Belanjawan Item-Baris
6. Belanjawan Prestasi & Program
Biasanya pengurusan sukan hanya melibatkan pengurusan Item-baris dan
Belanjawan Program / Prestasi.
Belanjawan item baris:
15
Belanjawaan ini menyenaraikan barang barang utk dibeli, perkhidmatan & gaji
perlu dibayar.
Kesahihan permintaan dipertimbangkan atas dasar perbandingan dgn pengalaman
perbelanjaan lepas.
Kelemahan
1. Menerima keputusan lepas tanpa memeriksa dgn teliti menggunakan kriteria
politik utk mendapat sokongan kewangan bg program baru.
2. Tidak menjalankan analisa kos-faedah.
Cth: Ringkasan Belanjawan Item Baris
Belanjaan Program / Prestasi Sistem PPBES (Planning, Programming,
Budgeting & Evaluation):
Perbelanjaan melibatkan program lebih setahun, dan ia patut dibandingkan dengan
yg lama utk menentukan cara/kaedah paling cekap menggunakan peruntukan bg
pencapaian obj organisasi.
Sistem ini membenarkan pentadbir menilai program secara objektif & menentukan
di mana sumber boleh diperuntukkan.
5 Langkah :
1. Membentuk pelan jangka panjang. Menentukan objektif dan kriteria
pengukuran.
2. Menentukan program spesifik. Menentukan bentuk program dan
mempertimbangkan alternatif.
3. Anggaran belanjawan untuk program dan peruntukan sumber.
4. Pelaksanaan program.
5. Penilaian pencapaian.
Kelebihan :
1. PPBES menggabungkan perancangan & anggaran belanjawan.
2. Proses perancangan adalah secara berterusan, ia mungkin melibatkan
beberapa tahun lamanya.
3. Maklumat berkenaan jumlah kos sistem adalah berorientasikan output atau
program.
4. Analisa kos-faedah secara formal dijalankan.
5. Memberi penekanan terhadap menganalisa program altenatif dan kaedah
altenatif bg pencapaian objektif organisasi.
6. Sistem ini tidak menerima keputusan yg lepas sebagai panduan tanpa
pemeriksaan spt sistem item -baris. Ia tidak menggunakan kriteria politik
untuk mendapatkan peruntukan belanjawaan.
Kelemahan
1. Sistem politik yg demokratik menyebabkan PPBES tidak praktikal dan tidak
diperlukan.
2. Ia tidak praktikal kerana :
Adalah sukar dlm keadaan tertentu untuk mengasingkan matlamat
eksplisit yg boleh diukur dan kemudian menilai alternatif yg mungkin utk matlamat
tersebut.
Ahli politik tidak memisahkan program dgn matlamat.
16
Masalah bayaran kemudahan utk penggunaan dalaman sukar
ditetapkan. Sebagai contoh, berapakah kos dikenakan ke atas kelas PJ dan sukan.
Setengah unit atau bahagian tidak mempunyai hasil.
Fungsi lama yg telah lama wujud di dlm jabatan sukar utk diubah.
Format belanjawan Program
ia beri gambaran ringkas utk membuat keputusan belanjawan, dan maklumat berikut
diperlukan:
Nama program
Nama pentadbir/pengurus program
Nombor program (utk tujuan pengenalan dan perakaunan)
Objektif program
Kriteria pengukuran
Polisi majlis
Maklumat sokongan lain
Kos program
Staf diperlukan
Kesan terhadap program lain.
Belanjawaan Zero-Base (BZB):
Ia merupakan suatu pendekatan revolusi utk menentukan prioriti program dan
untuk mengurangkan ketidakcekapan.
Ia memenuhi permintaan anggaran belanjawan, mengenalpasti dan menilai semua
aktiviti dan menempatkannya mengikut kepentingan.
Ia juga memastikan setiap program berjaya untuk memenuhi matlamat organisasi
Kelebihan
1. Memaksa penentuan objektif , matlamat dan prioriti program.
2. Tidak membenarkan ketidakberkesanan dikekalkan. Ia sepatutnya boleh
memenuhi kehendak analisa kos-untung.
3. Melahirkan maklum balas antara perancangan dengan pengawalan fungsi.
Perkara yg tidak menghasilkan keputusan yg diingini akan dibatalkan dan
perkara baru dipilih untuk menggantikannya. Proses ini berulang.
Kelemahan
Pembentukan anggaran belanjawan ini memakan masa lebih panjang terutama
organisasi besar.
Proses pembentukan BZB
1. Mengenalpasti unit pembuat keputusan mempunyai autoriti & tjgwb utk
merancang & mengawal sumber kewangan. Cth ketua unit /penyelaras.
2. Menyediakan permintaan anggaran belanjawan unit cth menyatakan
apakah yg perlu, penjelasan mengapa item berkenaan dicadangkan,
menyenaraikan obj yg boleh dipenuhi, cdgn kos & kebaikan permintaan dan
altenatif lain jika permintaan tidak diluluskan.
3. Menilai dan menyusun atau mengatur mengikut kepentingan pentadbir
menyenaraikan permintaan ikut katogeri & beri pertimbangan dan susun
ikut kepentingan / prioriti.
4. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan setelah anggaran disusun
seterusnya penyediaan satu anggaran belanjawan tahunan yang terperinci.
Lawatan ilmiah ke agensi-agensi sukan negara
Agensi Sukan Nasional
Kementerian Belia dan Sukan
Majlis Sukan Negara
Majlis Olimpik Malaysia
MSSM
Persatuan-persatuan Sukan di Malaysia
Agensi Sukan Antarabangsa
17
-Agensi sukan di peringkat antarabangsa menyelaraskan semua pentadbiran dan
program pembangunan serantau serta bertanggungjawab terhadap penyelarasan dan
keseragaman permainan, undang-undang dan pengiktirafan kejohanan peringkat dunia.
FIFA : Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau The Federation Internationale de
Football Association (FIFA) telah diasaskan penubuhannya pada 21 May 1904 di Paris.
Idea penubuhan badan antarabangsa ini diilhamkan berdasarkan dari penubuhan
Football Association (FA) di England sejak tahun 1863.
IAAF : Persekutuan olahraga amatur antarabangsa atau International Amateur
Athletic Federation (IAAF) adalah merupakan badan utama antarabangsa mengawal
selia aktiviti sukan olahraga di peringkat antarabangsa
FIH : penubuhan FIH ianya menjadi badan utama dunia kepada kemajuan sukan
hoki di dunia. Penubuhan badan antarabangsa yang pertama untuk sukan hoki telah
diinspirasikan penubuhannya oleh Persatuan Hoki England and Belgium pada tahun 1909 di
mana kedua-dua negara mula bersetuju menerima pelaksanaan udang-undang yang
seragam di peringkat antarabangsa
ITF : merupakan sebuah badan dunia yang bertanggungjawab kepada
pembangunan dan perkembangan sukan tenis di peringkat antarabangsa. ITF kini
dianggotai oleh 203 persatuan tenis di seluruh dunia termasuk Malaysia. ITF di
peringkat zon kawasan diwakili oleh enam badan utama
IRB : bertanggungjawab terhadap perkembangan dan pembangunan sukan ragbi di
seluruh dunia.
Kementerian Belia dan Sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanahkan untuk melaksanakan dasar-dasar
Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.
Sejarah penubuhan Kementerian ini bermula dengan tertubuhnya Bahagian
Kebudayaan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat dalam tahun 1953.
Pada tahun 1964, Bahagian Kebudayaan dipindahkan di bawah Kementerian
Penerangan. Dengan Pemindahan ini juga dua lagi bahagian telah diwujudkan iaitu
Bahagian Sukan dan Bahagian Belia.
Memandangkan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh Bahagian Belia dan
Bahagian Kebudayaan dalam konteks pembangunan, kerajaan telah menggabungkan tiga
aspek penting iaitu Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk dikendalikan di bawah satu
Kementerian yang dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada
1972. Pada 20 Mei 1987, Kementerian ini sekali lagi berubah, di mana Bahagian
Kebudayaan telah dipindahkan pula di bawah portfolio Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan. Dengan pemindahan ini, Kementerian kini dikenali
sebagai Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Fungsi:
O melaksanakan dasar-dasar Kerajaan dalam pembangunan Belia dan Sukan
Fungsi Kementerian Belia dan Sukan adalah:
Melengkapkan belia dgn latihan, kemahiran vokasional , sifat keusahawanan
dapat berdikari melalui kursus secara formal di Institut-institut Kemahiran Belia Negara
(IKBN).
Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia yang
bertanggungjawab, dinamik, berdaya maju dan mempunyai daya kepimpinan baik
melalui berbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.
tingkatkan rakyat amalkan cara hidup aktif dan sihat melalui konsep " Sukan
Untuk Semua" dan "Malaysia Cergas"
tingkatkan kecemerlangan sukan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
lahirkan tenaga kerja mahir dan berkualiti bagi keperluan industri negara
Majlis Sukan Negara
Majlis Sukan Negara (MSN) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara
Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Majlis pelancaran MSN
secara rasminya telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein,
Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972. Pada peringkat awal
18
penubuhannya sukan prestasi tinggi diletakkan di bawah tanggungjwab Bahagian
Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan
ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha bersama telah
dimulakan dengan melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan
kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanah air, majlis-majlis sukan negeri, institusi
pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan
supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.
Fungsi:
O bertanggungjawab ke arah penggalakan, pembangunan dan pencapaian
cemerlang dalam sukan-sukan di pertandingan di peringkat tertinggi.
Antara objektif utama MSN adalah seperti berikut:
(a) Memaju dan mempertingkatkan prestasi atlet Negara daripada peringkat Tunas,
Bakat, Pelapis dan Elit bagi menyertai pertandingan pertandingan peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.
(b) Mempertingkatkan kualiti, pengetahuan dan kemahiran jurulatih, pegawai teknikal
dan pegawai pentadbir sukan tempatan.
(c) Menyediakan peluang penyertaan yang lebih luas di bidang sukan peringkat negeri
dan daerah.
(d) Menyediakan program-program perkhidmatan, khidmat nasihat, kepakaran,
dokumentasi, perpustakaan, penyelidikan sains serta perubatan sukan.
(e) Memperuntukkan Skim Galakan dan ganjaran untuk atlet, jurulatih dan pentadbir
sukan sebagai dorongan ke arah peningkatan prestasi yang tinggi.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MSN
1. Program Pembangunan Atlet
2. Khidmat Sains dan Perubatan Sukan
3. Pembangunan Kurikulum Dan Kejurulatihan
4. Pengurusan dan Kepegawaian Sukan
5. Kemudahan Sukan
6. Skim Penggalakan dan Anugerah Sukan
7. Bantuan Organisasi dan Khidmat Sokongan kepada Persatuan Sukan
Majlis Olimpik Malaysia
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah diasaskan penubuhan dan pendaftarannya pada
tahun 1953 sebagai sebuah badan bukan kerajaan di bawah Akta Pendaftaran
Pertubuhan 1966. Setelah wujudnya Akta Pembangunan Sukan 1997, pendaftaran MOM
kini didaftarkan di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan di bawah pentadbiran Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia. MOM adalah merupakan sebuah organisasi sukan yang
diiktiraf penglibatan dan penyertaannya dalam Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
(IOC) dan Persekutuan Sukan Antarabangsa (IFS). Penglibatan MOM sejak
1954melayakkannya menjadi badan
utama di negara ini dalam penyertaan di sukan Olimpik.
Selain daripada diiktiraf oleh IOC, MOM juga diterima baik sebagai ahli gabungan
oleh beberapa badan sukan utama antarabangsa, antaranya seperti:
(a) Association of National Olympic Committee (ANOC)
(b) Olympic Council of Asia (OCA)
(c) Southeast Asian Games Federation (SEAGF)
(d) Commonwealth Games Federation (CGF)
(e) International Assembly of National Confederation of Sports.
- badan bukan kerajaan yang diiktiraf penglibatan dan penyertaannya dalam
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Persekutuan Sukan Antarabangsa (IFS).
Penglibatan MOM sejak 1954 melayakkannya menjadi badan utama di negara ini dalam
penyertaan di sukan Olimpik.
MSSM
MSSM ditubuhkan pada bulan Februari 1958 dengan nama Majlis Sukan Sekolah-sekolah
19
Persekutuan Malaya. (KPM) Pada tahun 1968 ditukarkan nama kepada Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia Ianya yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Antara objektif utama MSSM:
(a) Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur aktiviti-aktiviti sukan.
(b) Menganjurkan dan menjalankan semua aktiviti sukan sekolah sama ada di peringkat
negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
(c) Mengelola dan menjalankan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan sekolah.
(d) Menyelaras segala kaedah dan undang-undang pertandingan sukan sekolah di
peringkat kebangsaan dan negeri.
(e) Bekerjasama dengan mana-mana badan sukan lain atau pertubuhan-pertubuhan
sukan jika perlu.
Fungsi:
O memberi nasihat kepada Menteri Pelajaran berhubung perkara-perkara
pembangunan dan pengurusan sukan.
O mempunyai bidang kuasa mengeluarkan arahan berkaitan kepada
Jawatankuasa MSS Negeri, Sekretariat Negeri dan mana-mana pegawai dari
Kementerian Pelajaran Malaysia atau institusi pendidikan mengenai pelbagai
perkara yang berkaitan dengan hal ehwal sukan.
STRUKTUR ORGANISASI MSSM
Organisasi MSSM diuruskan oleh sebuah lembaga yang dikenali sebagai Lembaga
Pengurusan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. Lembaga Pengurusan MSSM boleh
menubuhkan jawatankuasa atau jawatan tertentu bagi melicinkan fungsi MSSM sendiri.
Antara jawatankuasa yang telah diwujudkan adalah seperti
(a) Jawatankuasa Kerja MSSM yang menjadi tunjang kepada kelancaran fungsi MSSM.
(b) Jawatankuasa Kewangan MSSM yang mentadbir kewangan MSSM.
(c) Sekretariat MSSM yang menjadi urus setia kepada MSSM dan Lembaga
Pengurusan.
(d) Jawatankuasa MSSM Negeri yang menjalankan fungsi MSSM di peringkat negeri.
(e) Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan yang terdiri daripada pakar-pakar dalam
setiap permainan atau acara yang dipertandingkan di peringkat MSSM.
PERSATUAN-PERSATUAN SUKAN DI MALAYSIA
KONGRESS TENPIN BOWLING MALAYSIA (MTBC)
Kongres Tenpin Boling Malaysia adalah merupakan persatuan sukan kebangsaan yang
mewakili sukan boling di Malaysia. Persatuan ini mendapat pengiktirafan dari Kementerian
Belia dan Sukan dan Majlis Olimpik Malaysia. Di samping itu juga persatuan ini juga
diiktiraf dan diperakui penglibatannya di peringkat antarabangsa oleh Federasi
Bowling Asia (ABF), Persatuan Tenpin Boling Dunia (WTBA) dan Federation
International des
Quilleurs (FIQ).
Objektif utama persatuan ini adalah menggalak dan memperkembangkan sukan boling ke
pelbagai peringkat di samping keutamaan cemerlang dalam setiap penyertaan dalam
pelbagai peringkat pertandingan. Persatuan ini disokong oleh penglibatan dari pelbagai
syarikat korporat yang menajamprogram. Melalui program Partner in Sports
persatuan ini mendapat tajaan dari Sri Jentayu Sdn Bhd di samping bantuan penajaan
lain dari seperti Nestle Products (Milo), Canon Marketing (M) Sdn Bhd, Sports Excel,
Malaysia Airlines and Antioni Sdn Bhd. Keahlian dalam persatuan ini dianggotai oleh 14
persatuan tenpin boling peringkat negeri. Persatuan ini juga aktif menjalankan pelbagai
program seperti kejohanan di pelbagai peringkat, program pembangunan dan
penggalakan.
PERSEKUTUAN KEBANGSAAN BERBASIKAL MALAYSIA
Sukan Lumba Basikal dipercayai mula diperkenalkan di Malaysia sebelum tahun
1938 oleh tentera British. Namun ianya mula dipertandingkan secara terancang mulai
tahun 1938 di sekitar Lembah Kelang melalui acara lumba basikal jalan raya. Selangor
20
menjadi Persatuan Negeri pertama yang ditubuhkan dan seterusnya diikuti oleh negeri
lain iaitu Perak, Melaka dan Pulau Pinang. Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia
ditubuhkan pada tahun 1953 oleh Mr. Gurchan Singh dan Kapten C.O. Jennings
(seorang pegawai dari tentera New Zealand)
dengan keahlian dari Negeri Selangor, Melaka, Perak and Pulau Pinang sebagai ahli
gabungan dengan pendaftaran persatuan RSM 146/55. Pada 5 Mac 1960, persatuan telah
diterima sebagai ahli gabungan kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (Union
Cycliste Internationale UCI) dan pada masa yang sama diterima sebagai ahli gabungan
Majlis Olimpik Malaysia.
Sukan Lumba Basikal mula menerima bantuan dan sokongan sepenuhnya apabila sukan ini
dipertandingkan di dalam Temasya Komanwel dan Temasya Sukan Asia 1998.
Bantuan diterima melalui Program Jaya 98 untuk menyediakan atlet ke arah Sukan
Komanwel dan Sukan Asia. Pada masa yang sama, atlet yang menjalani latihan ini
diserapkan dalam pasukan Negara menyertai Jelajah Le Tour de Langkawi yang mula
dianjurkan pada tahun 1996.
Program ini telah dimulakan sejak tahun 2002 bersama-sama dengan pelancaran Program
Gemilang 2006. Ada sebahagian dari atlet yang dikumpulkan ini telah menyertai
skuad pelapes negara sejak tahun 1999 iaitu ketika persiapan ke arah Sukan SEA 2001.
Pendaftaran semula Pertubuhan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia di bawah
Akta Pembangunan Sukan 1997 di mana nombor pendaftarannya ialah 002/98 dan
didaftarkan pada 8 Mei 1998.
PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA (BAM)
Persatuan Badminton Malaysia merupakan badan induk yang utama kepada sukan
badminton. Persatuan ini merupakan ahli gabungan kepada Konfederasi Badminton
Antarabangsa (IBF), Konfederasi Badminton Asia dan juga dari Majlis Olimpik Malaysia.
Persatuan ini telah didaftar dengan Pesuruhjaya sukan selari dengan kehendak Akta
Pembangunan Sukan 1997.
Antara objektif utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah:
(a) Menggalak, mempromosi dan bertanggungjawab kepada kemajuan sukan
badminton di Malaysia.
(b) Mengurus dan mengawasi semua kejohanan dan pertandingan yang dianjurkan oleh
BAM dan organisasi lain.
(c) Memastikan pemantauan dan penguatkuasaan penggunaan kaedah dan undang-
udang permainan yang telah ditetapkan dalam Peraturan yang dikeluarkan oleh BAM.
(d) Sedaya upaya menangani isu-isu yang bersangkutan dengan pertikaian di kalangan
anggota gabungan ataupun berhadapan dengan isu-isu semasa.
Bab 3: Pengurusan Pendidikan Jasamani dan Sukan
+ Kepimpinan
Kepimpinan dari pandangan Islam:
Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab ke atas apa
yang dipimpin.
Kepimpinan adalah :
Sidiq benar dalam kata-kata & tindakan
Amanah memegang tanggungjawab, akauntabilit, akan dipersoalkan nanti.
Tabligh menyampaikan, mengajar, mendidik.
Fatonah bijaksana dalam pemikiran dan budi bicara.
Definisi:
Koonts & ODonnel kepimpinan adalah semata-mata bermakna pengaruh, satu
seni @ proses mempengaruhi orang supaya mereka dapat berusaha secara
sukarela kearah pencapaian matlamat bersama.
Byars & Rue (1979) kepimpinan sebagai suatu proses melibatkan seorang individu
mempengaruhi tingkah laku ahli-ahli kumpulan. Ia melibatkan 3 pekara iaitu
individu lain, pengagihan kuasa tidak sama rata dan mempunyai pengaruh.
Elemen dalam kepimpinan:
Pengaruh interpersonal (interpersonal influence)
Cara mempengaruhi ahli (a way of influencing people)
Tindakan untuk mendapatkan tindakbalas (An act that causes others to respond)
21
Fungsi kepimpinan:
Meniup semangat keyakinan (Inspire)
Memberi motivasi (motivate)
Membuat perubahan (change )
Mencapai visi
Proses perhubungan antara pemimpin dengan pengikut.
Maju ke hadapan (moving forward)
Membina wawasan (vision)
Merancang (planning)
Mendaya usaha (initiate)
Mengawal (controlling)
Menyokong (supporting)
Memberitahu (inform)
Memotivasikan ahli sepasukan (motivate followers)
Membimbing (guiding)
Mengukur dan menilai ( measure & assessment)
Menjadi teladan (role model)
Mengupayakan ahli sepasukan (empowering followers)
Teras Amalan Kepimpinan:
1. Menentukan hala tuju (setting Direction)
2. Membina insan (Developing People)
3. Membina Institusi/Sekolah (Developing the Organization/school)
Menentukan Hala Tuju :
Membentuk visi merangsang ahli untuk mencapai visi/matlamat.
Mencipta hasrat bersama.
Menetapkan tahap prestasi yang tinggi
Memantau prestasi organisasi.
Menterjemahkan visi sehingga dapat diterima secara jelas & meyakinkan.
Menggalakan / meningkatkan kerjasama & membantu yg lain.
Membina Insan
Merangsang intelek
Memberi sokongan secara individu
Menjadi contoh
Membina institut / sekolah
Menyediakan institusi / sekolah agar menjadi satu komuniti pembelajaran komuniti
pembelajaran profesional untuk meningkatkan prestasi semua guru dan pelajar.
Memantapkan budaya institusi / sekolah (berkongsi norma, nilai, kepercayaan dan
sikap serta menggalakkan silaturahmi dan kepercayaan di antara ahli-ahli),
koloborasi.
Kepimpinan Berkesan :
Matlamat / visi tercapai
Pelanggan puas hati
Seronok bekerja / beajar dll
Proses input& output diiktiraf berkualiti (ISO)
Tidak membazir
Diiktiraf berjaya oleh ramai.
Cemerang, Gemilang dan Terbilang.
Ciri-ciri Pemimpin Berkesan:
Mempunyai daya intelek yang tajam
Berpengetahuan dan berfungsi
Mempunyai keberanian
Sayang kepada pengikut / rakyat
Berpandangan jauh
Tegas
Mempunyai keazaman tinggi dan benar.
22
Faham sejarah dan keadaan negara
Memastikan amanah dijalankan dengan sempurna dan berkesan. Kouzes & posner
(2002)
7 Tabiat orang yang amat berkesan:
Jadilah Proaktif ( Be Proactive)
Mula dengan mengingat matlamat (begin with the end in mind)
Mengikut keutamaan (do first thing first)
Fikirkan menang-menang (think Win-win)
Cuba fahami sebelum di fahami (seek fist to understand then to be undderstood)
Sinergi / bergabung tenaga (synergize)
Memperbaharui ilmu (sharpen the saw)
Kepimpinan Perubahan:
Tujuan :
Meningkatkan motivasi
Meningkatkan kualiti kerja
Meningkatkan produktiviti
Mengurangkan konflik
Mengikut keperluan semasa dan masa depan.
Prinsip ( 5M)
Manpower (sumber manusia)
Money (sumber kewangan)
Material (bahan )
Machinery (peralatan)
Marketing ( pemasaran )
Faktor mempengaruhi perubahan : ekonomi, teknologi, politik & sosial.
Pemimpin mewujudkan suasana perubahan:
Pemimpin perlu meraih kepercayaan pengikutnya.
Pemimpin perlu mengubah diri sendiri sebelum mengubah orang lain.
Pemimpin perlu memahami sejarah organisasinya
Kedudukan kepimpinannya adalah tempat yang berpengaruh
Perubahan memerlukan pengorbanan.
Pemimpin mendapatkan sokongan pengikut terdekatnya sebelum membuat
perubahan untuk awam.
Menetapkan agenda untuk sesuatu perubahan
Mengalakkan penyokong terdekat mempengaruhi yang lain secara formal
Menunjukkan bahawa perubahan yg diuat mendatangkan faedah.
Menguasahakan sehingga seseorang itu memilih untuk berubah.
Pemimpin menyelesaikan masalah:
Kita semua mempunyai masalah
Masalah memberikan makna kepada kehidupan
Ramai orang yang cemerlang berjaya mengatasi masalah dalam hidupnya.
Masalah kita kadangkala bukanlah masalah sebenarnya.
Jika sesuatu itu masalah kita, kita boleh membuat sesuatu terhadapnya. Jika tidak,
itu bukan masalah kita, itu adalah resam hidup.
Ujian kepada pemimpin ialah keupayaannya mengenalpasti masalah sebelum ia
menjadi satu kecemasan
Kita boleh mengukur kebolehan seseorang pemimpin daripada cara dan
keupayaanya menangani masalah
Menyelesaikan masalah berkaitan tugas dengan segera, masalah berkaitan manusia
dilakukan secara berterusan.
Sentiasa bersikap positif
Membuat pelan tindakan yang betul
+ Mengenalpasti dan penggunaan sumber
+ Pengurusan sumber manusia
23
+ Organisasi merupakan satu sistem yang mana sumber manusia merupakan
salah satu fungsi yang menggerakkan sistem berkenaan. Pengurusan sumber
manusia perlu memiliki hubungan selari dengan strategi-strategi organisasi yang
telah dirancang. Ini bermakna dalam setiap pengurusan sumber manusia ianya
perlu dilaksanakan secara terancang bagi membantu perlaksanaan strategi-
strategi organisasi. Aktiviti yang dilaksanakan ini
merupakan satu proses yang berterusan (ongoing) dan perlu melalui proses-proses,
seperti menentukan keperluan sumber manusia dalam organisasi, mendapatkan calon
yang berkelayakan, membangunkan pekerja dan mengekalkan pekerja yang
berkelayakan.
Keperluan menentukan keperluan sumber manusia bagi sesebuah organisasi perlu
dirancang secara teliti dan mengambil kira pelbagai faktor yang berkaitan dengan
perancangan sesebuah organisasi. Jadual di atas menunjukkan bagi mendapatkan
(pengambilan dan pemilihan), membangunkan (orientasi, latihan dan penilaian
prestasi)
dan mengekal atau memisahkan pekerja (pemberian ganjaran dan pemisahan)
merupakan satu senario yang saling memerlukan antara satu sama lain. Situasi
akan dapat diurus dengan baik jika adanya perancangan yang tersusun rapi dalam
mengendalikan proses ini. Oleh yang demikian, keperluan kepada perancangan sumber
manusia bagi organisasi PJ dan sukan amatlah diperlukan.
+ Bekerja dengan sukarelawan
+ Sumber kewangan
+ Perancangan
+ Penyelesaian masalah
+ Mengenal pasti masalah
+ Menyenaraikan masalah mengikut keutamaan
+ Mentakrifkan masalah berkenaan lebih rapi
o Bertanya soalan yang tepat
o Bercakap dengan orang yang sepatutnya
o Mendapatkan fakta yang jelas
o Melibatkan diri dalam proses di atas
+ Memilih kakitangan tertentu untuk membantu proses penyelesaian masalah.
+ Mengumpulkan punca masalah
+ Mengumpulkan cadangan penyelesaian masalah
+ Menyenaraikan keutamaan dan memilih cadangan terbaik
+ Melaksanakan cadangan yang terbaik
+ Menilai cadangan tersebut
+ Menyediakan prinsip/polisi tertentu untuk memastikan masalah tidak berulang.
+ Membuat keputusan
+ Penilaian
Penilaian : Satu proses yang sistematik untuk menetapkan sejauh mana sesuatu objektif
itu tercapai.
24
Penilaian merupakan antara elemen yang terpenting dalam perancangan sukan . Ia
boleh membantu untuk menentukan taraf atau paras kecergasan sebenar seseorang
individu. Ia juga dapat digunakan bagi membantu dan membimbing kumpulan sasaran
mencapai matlamat ke arah pencapaian matlamat / sukan. Ianya haruslah merupakan
satu proses yang terancang dan berterusan. Jika ia dijalankan dengan terancang dan
sempurna ia boleh digunakan sebagai satu strategi untuk memotivasikan kumpulan sasar
bagi mengekalkan pengamalan senaman / stamina. Untuk menjadikan sesuatu program
aktiviti fizikal itu paling berkesan ia hendaklah dijalankan mengikut keperluan seseorang
individu itu.
Prinsip penilaian:
Kaedah/teknik ujian dan penilaian yang digunakan mempunyai kesahan
Alat yang digunakan mengikut keperluan yang telah ditetapkan
Mempunyai objektif tertentu
Mengikut keperluan serta selaras dengan maksud dan kehendak penilaian
Penilaian harus mempunyai hubungan dengan latihan yang dibuat
Data yang diperolehi hendaklah dianalisa secara kualitatif/kuantitatif
Pengukuran dijalankan mengikut prosedur/protokol yang telah ditentukan
Penilaian hendaklah dijalankan mengikut kehendak kumpulan sasar
Objektif penilaian:
Membantu guru/jurulatih menilai prestasi pelajar/atlit
Membantu pelajar/atlit menilai pengetahuan/kemahiran dalampelbagai aktiviti
fizikal
Membantu guru secara objektifnya mengukur peningkatan dalam penilaian sebelum
dan selepas sesi pengajaran.
Mengklasifikasikan atlit/pemain untuk latihan dan pertandingan
Menilai keberkesanan sesuatu sesi latihan
Membantu pihak pengurusan menilai prestasi jurulatih
Memotivasikan pelajar ke tahap yang mencabar dihujung sesi pengajaran
Mengumpulkan data untuk tujuan kajian
Membolehkan guru untuk menilai keberkesanan pengajarannya sendiri.
Aspek penilaian dan bateri ujian untuk kecergasan fizikal berasaskan kesihatan.
1. Dayatahan Kardiovaskular Ujian ini dilakukan untuk menilai kecekapan atau
kecergasan system jantung termasuk saluran darah dan paru-paru. Bateri Ujian
Larian 2.4 kilometer/Larian 12 minit/Ujian Bleep
2. Komposisi Tubuh Badan dan Peratus Lemak Badan Ianya berkaitan dengan ukuran
peratusan otot, tulang, lemak dan tisu-tisu lain dalam badan. Bateri Ujian Ujian
Komposisi Tubuh/Skin Fold Caliper/Hydrostatic Weighing
3. Kekuatan Otot Kekuatan otot adalah daya yang tertinggi yang mampu dihasilkan
oleh sesuatu usaha. Bateri Ujian Gantung siku bengkok.
4. Dayatahan Otot - Dayatahan otot adalah keupayaan otot rangka melakukan sesuatu
pergerakan yang mempunyai beban atau rintangan yang tertentu berulang kali
tanpa cepat lesu untuk jangka waktu yang panjang.Bateri Ujian Tekan tubi.
Kelembutan Merujuk kepada ukuran julat pergerakan yang mampu dilakukan pada sendi-
sendi tertentu atau sekumpulan sendi. Bateri Ujian Ujian Duduk dan Jangkau.
+ Komunikasi
Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses
perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada
individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang
bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:
o perbuatan menghantar matklumat; dan proses untuk bertukar-tukar
maksud; supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh
mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa
gerak-geri, bahasa isyarat , sentuhan, hubungan mata , dan penulisan.
Jenis Komunikasi
o Lisan
25
o Bahasa Bada
Proses Komunikasi
Komunikasi boleh dilihat sebagai suatu proses yang melibatkan tujuh elemen penting
seperti berikut (Lihat Rajah Komunikasi):
(a) Penghantar atau Penyampai Merupakan Individu yang Memulakan Komunikasi
Tersebut
(b) Menterjemah (Enkod)
Sebelum mesej dihantar, penghantar akan menterjemah maksud kepada perkataan
dan gerak anggota adalah takluk kepada faktor kemahiran mengkod, penilaian
kemahiran mengkod, penilaian kebolehan penerima untuk memahami simbol yang
digunakan, dan judgment tentang kepatuhan simbol tersebut, pengalaman lepas,
status, pendidikan dan keadaan emosi ketika komunikasi dimulakan.
(c) Mesej
Mesej mempunyai simbol lisan dan bukan lisan yang digunakan untuk menyampaikan
maksud kepada penerima. Mesej boleh dihantar melalui pelbagai medium, yang
pentingnya ialah pemilihan medium yang bersesuaian untuk tujuan komunikasi
(d) Penerima. Individu yang Ditujukan Sesuatu Mesej
(e) Dekod
Setelah menerima mesej, penerima akan mentafsir simbol yang digunakan untuk
memahami maksud penghantar mesej tersebut. Komunikasi efektif berlaku apabila
penerima dan penghantar mesej mempunyai kefahaman yang sama daripada mesej.
Perselisihan faham berlaku apabila maksud penghantar disalahtafsirkan oleh
penerima.
(f) Gangguan
Gangguan adalah sebarang faktor dalam proses komunikasi yang mengganggu
pertukaran mesej dan pencapaian maksud bersama. Gangguan berlaku di mana-
mana dalam proses tersebut, contohnya gangguan semasa mengkod mesej, statik
dalam talian telefon, keletihan, dan simbol yang digunakan.
(g) Maklum Balas
Maklum balas ialah respon penerima terhadap mesej yang telah ditafsirkan. la
melibatkan pembalikan proses komunikasi di mana penerima menjadi penghantar
dan menghantar mesej atau maklum balas kepada penghantar yang kini menjadi
penerima. Maklum balas amat penting bagi membantu pengurus mentafsirkan
keberkesanan komunikasi mereka.
Komunikasi berkesan:
Bersifat 2 hala
Wujudnya bentuk komunikasi bersifat terbuka ( saluran tertentu yang jelas)
Mesej disampaikan adalah jelas ( pemberi dan penerima )
Tidak bersikap menilai serta mengkritik setiap pandangan tanpa mendapat
penjelasan lanjut (elakan sifat defensif, tuduhan melulu.)
Pihak pengurusan peka serta mengambil kira pandangan pihak bawahan
Tiada monopoli kuasa oleh golongan tertentu
Galakan ahli memberikan maklum balas
Wujudkan suasana yang positif / ceria dalam persatuan
Ciri-ciri komunikasi berkesan:
Menyampaikan mesej dengan cara yang paling berkesan
26
Menggunakan cara / bahasa yang mudah difahami
Penyampai mempunyai kredibiliti ( boleh dipercayai )
Memastikan mesej difahami dengan jelas (maklumbalas)
Kesan Komunikasi Yang Berkesan:
Peningkatan Prestasi
Suasana kerja yang kondusif
Peningkatan keyakinan diri
Iklim psikologi yang positif
Membangun / mencapai apa yang diingini.
Kesan ketidaklancaran Komunikasi:
Aktiviti persatuan terhenti
Wujudnya salah faham antara pihak pentadbir dan ahli
Suasana persatuan menjadi muram
Terdedah kepada tafsiran negatif
Persatuan akan mati.
Sukar untuk memilih serta mengembalikan minat, kepercayaan serta keyakinan
untuk menghidupkan semula aktiviti.
+ Teknologi dalam sukan
+ Bertujuan meningkatkan prestasi atlit ketika bertanding dalam sesuatu kejohanan
sukan antaranya :
o Teknologi Digital & Internet liputan sukan
o Alatan Sukan Fotofinish, Pakaian & Kasut , sistem telemetri (alat dipakai
dipergelangan tangan untuk merekod kadar denyutan nadi dapat
menentukan tahap intensiti latihan dilakukan atlit.)
o Perkhidmatan keputusan sukan
o Perkhidmatan teknologi video dan audio dalam pelbagai stadium serta
pengawalan dan pengawasan frekuensi wayarless dsbnya.
o Teknologi komunikasi : 3 G, kenderaan telekomunikasi tanpa wayar &
berwayar
Unit Teknologi Sukan : Institut Sukan Negara:
Fokus
Khidmat analisis kepada sukan
Menyalurkan khidmat maklumat kepada pusat sains sukan,
menyediakan video motivasi kepada pusat psikologi.
Bantu perubatan sukan mengenalpasti kecederaan atlit semasa
pertandingan, melakukan kajian dari sumber yang dimiliki dan
berperanan mendidik atlit dan jurulatih akan kepentingan teknologi
sukan dalam pencapaian atlit.
Fungsi
Pusat pengembangan dan penganalisaan bidang teknologi terkini.
Pusar R&D dalam menghasilkan software analisis membantu sukan
tanahair dengan kos yang rendah dgn bantuan kepakaran tempatan &
asing.
Menjadi pusat rujukan bagi jurulatih dan pengiat sukan dalam hasil
dari analisis yang telah di arkibkan.
Wujudkan jurang yang erat dari segi teknologi sukan negara maju
dgn menghasilkan perisian software & hardware kita sendiri.
Mendidik jurulatih berfikir kreatif & inovatif dalam bidang
kejurulatihan dgn bantuan teknologi sukan yang mana teknologi sudah
menjadi sebahagian dari kejayaan seseorang atlit atau pasukan
27
+ Pengurusan stor dan kemudahan
Stor PJ merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-
barang pendidikan jasmani. Stor yang di susun kemas dan teratur akan
menyenangkan guru pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan
peralatan pendidikan jasmani. Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan atau
dikeluarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Oleh
itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani memerlukan kerjasama dari
semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid.
Ciri-ciri stor pengurusan stor PJ
(i) Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor PJ.
(ii) Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan
stor dengan kemas kini.
(iii) Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru
(iv) Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan
pergerakan alatan.
(v) Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-
kurangnya sekali setahun.
(vi) Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.
Keperluan Bilik Stor PJ
(i) Ruang
Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung
keperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai untuk
stor pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi. Saiz stor
pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan
yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah.

(ii) Rak
Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor
PJ. Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang
yang hendak di susun. Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukan
teratur dan senang di capai. Ini bertujuan untuk menyenangkan proses
menyimpan dan mengambil barang.
(iii) Lokasi
Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang
berhampiran dengan padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang
dalam proses menyimpan dan mengambi barang. Kita juga perlu memastikan
lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah
masuk stor PJ.
(iv) Tingkap
Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari
masuk. Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain
yang di tenun, alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak.
(v) Siling
Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling
bergantung kepada alatan yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak
menyimpan galah panjang, tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian yang
sesuai.
(vi) Peredaran Udara
Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan
mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani.
Tingkat kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor PJ
bagi membenarkan pengaliran udara.
(vii) Keselamatan
28
Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan
alatan dan pengguna. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah:
Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di
cerobohi.
Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah
di susun di bahagian bawah rak simpanan.
Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian
yang tajam menghala ke bawah.
Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain
dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat.
Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita
terpijak yang boleh menyebabkan kecederaan kepada kita.
Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan
memulangkan alatan. Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu
sahaja yang mengambil barang dan pelajar yang lain tunggu di luar.
Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain
dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak reput.
Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di
perkenalkan dan di kuat kuasa.
Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur
Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan
pemindahan barang secara pukal.
(viii) Pintu
Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan.
Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam
lompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintu
yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan juga
boleh mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan
dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal
dan mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah.
(g) Penjagaan Peralatan
Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan
PJ mudah rosak. Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang
guru PJ, kebanyakan guru-guru yang mengajar PJ
bukan lulusan PJ.
Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan
alatan oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani
rosak. Antara penyalahgunaan tersebut ialah:
(i) Duduk di atas bola
(ii) Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring dan
lain-lain
(iii) Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain
(iv) Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material
yang lembut contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.
Pengurusan Kemudahan /Stor PJ
Guru Penyelia Stor :
biasanya bilik stor sukan terletak di bawah jagaan guru PJ / guru yang sering
menggunakan peralatan sukan & permainan.
Pembantu penyelia stor :
Pembantu dilantik dari kalangan pelajar untuk diberi latihan penyelenggaraan
Peraturan stor sukan :
Peraturan tentang stor perlu disenaraikan untuk makluman semua pihak yang berkenaan.
Buku Catatan:
Segala peminjaman alatan hendaklah direkodkan di dalam sebuah buku dengan terperinci .
Sistem ini akan memastikan murid yang bertanggungjawab apabila meminjam sesuatu
alat.
Buku Stok dan Pemeriksaan Stok:
29
Untuk merakamkan segala peralatan yang telah dibekalkan kepada stor itu. Catatan
tentang peralatan yang rosak, hilang dan perlu diganti juga dicatatkan. Pemeriksaan stor
hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa supaya kedudukan peralatan dapat
dikemaskinikan.
Papan Kenyataan :
Adakan sebuah papan kenyataan untuk notis atau risalah-risalah tentang stor sukan.
Keperluan Bilik Stor PJ / Sukan
Ruang
Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung keperluan
alatan di samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan
jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi. Saiz stor pendidikan jasmani
bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan yang disimpan jenis sekolah
dan saiz sekolah.
Rak / Pembahagian
Bagi memudahkan peralatan dapat sisusun dengan teratur dan untuk mengoptimumkan
ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor PJ. Rak yang di bina perlulah
bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di susun. Barang yang disusun
hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang di capai. Ini bertujuan untuk
menyenangkan proses menyimpan dan mengambil barang.
Lokasi
Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang
berhampiran dengan padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang dalam
proses menyimpan dan mengambi barang. Kita juga perlu memastikan lokasi stor sukan
tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah masuk stor PJ dan mengelak
stor dari di cerobohi dengan mudah.
Tingkap
Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk.
Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun,
alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak.
Siling
Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling bergantung
kepada alatan yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak menyimpan galah
panjang, tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian yang sesuai. Peredaran Udara
Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan mengelak bau
yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani. Tingkat kecil atau ruang
udara perlu di sediakan di bilik stor PJ bagi membenarkan pengaliran udara.
Pintu
Pintu stor hendaklah cukup luas suapaya peralatan yang besar mudah dikeluarkan dan
disimpan. Pintu paling sesuai jenis boleh dilipat. Contohnya jika kita ingin menyimpan
alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani
perlulah lebar dan tinggi. Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan
kepada alat-alat dan juga boleh mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi dengan
alatan keselamatan dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani
boleh di kawal .
Keselamatan:
Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan alatan dan
pengguna. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah:
Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi.
Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun
di bahagian bawah rak simpanan.
Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian yang
tajam menghala ke bawah.
Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain dalam
keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat.
Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita
terpijak yang boleh menyebabkan kecederaan kepada kita.
30
Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan
memulangkan alatan. Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang
mengambil barang dan pelajar yang lain tunggu di luar.
Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain dalam
keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak reput.
Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di
perkenalkan dan di kuat kuasa.
Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur
Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan pemindahan
barang secara pukal.
Penjagaan Peralatan
Penyalahgunaan alatan PJ adalah penyebab utama alatan PJ mudah rosak.
ketua panitia perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan alatan oleh
pelajar yang akan menyebabkan barang-barang PJ rosak.
Antara penyalahgunaan tersebut ialah:
(i) Duduk di atas bola
(ii) Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring
dan lain-lain
(iii) Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dll.
(iv) Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material
yang lembut contohnya tilam lompat tinggi dll.
BAB 4 : PENGURUSAN PERMAINAN TRADISIONAL
+ Pengenalan kepada permainan tradisional
Permainan tradisional merupakan permainan
yang diwarisi dari generasi terdahulu.
Permainan ini diturunkan daripada satu
generasi ke generasi yang lain.
Permainan tradisional berkaitan dengan adat
resam dan kebudayaan sesuatu bangsa.
Tujuan permainan tradisional adalah untuk mengisi masa lapang, merayakan sesuatu
pesta atau perayaan dan meningkatkan ukhuwah antara peserta. Permainan
tradisional dapat meningkatkan kemahiran psikomotor dan kecergasan di kalangan
peserta. Tiada undang-undang dan sistem pertandingan yang piawai dalam
pertandingan permainan tradisional.
Undang-undang dan sistem pertandingan
yang di guna pakai bergantung kepada keadaan dan tempat pertandingan.
Permainan tradisional atau sukan tradisional adalah merupakan sebahagian daripada
aktiviti rekreasi. Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dipilih secara
sukarela tanpa paksaan atau tekanan. Permainan tradisional dimainkan bertujuan bagi
mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti
permainan tradisional biasanya tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan. Peraturan
permainan tradisional bergantung kepada persetujuan pemain. Oleh itu peraturannya
berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain, begitu juga dari satu generasi ke satu
generasi yang lain. Permainan tradisional juga boleh dijalankan dan diberhentikan
pada bila-bila masa serta wujud dalam bentuk sejagat. Dalam erti kata lain
permainan tradisional tidak mempunyai masa yang piawai. Permainan tradisionaladalah
kehidupan di
luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani emosi danrohani
dan intelektual.
Tujuan Pertandingan Permainan Tradisional
Terdapat pelbagai tujuan permainan tradisional antaranya ialah:
(a) Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dirancang bagi memenuhi masa
lapang.
(b) Permainan tradisional seperti permainan dam dan congkak adalah permainan yang
meminta pemainnya berfikir. Oleh itu mendorong pemainnya menggunakan fikiran
dalam menyelesaikan masalah.
31
(c) Permainan tradisional seperti permainan wau membolehkan pemainnya
menggunakan kreativiti dalam membina wau.
(d) Permainan tradisional yang menggunakan fizikal dapat membantu kita membina
kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran seperti:
(i) kekuatan kardiovaskular
(ii) kelenturan
(iii) Daya tahan otot
(iv) Kekuatan otot
(v) Ketangkasan
(vi) Imbangan
(vii) Koordinasi
(viii) Kuasa
(ix) Masa tindak balas
(x) Kelajuan
Kebaikan Permainan Tradisional
Permainan tradisional bukanlah sesuatu merupakan pertandingan ke arah permainan
profesional, sebaliknya konsep permainan tradisional adalah untuk berlipur dan memenuhi
masa lapang pemainnya. Dari sini dapatlah dirumuskan permainan tradisional lebih
bersifat permainan dari pertandingan.
Oleh kerana sifat permainan tradisional ini sebagai permainan untuk beriadah. Ia
dilihat
berupaya menangani masalah tekanan hidup harian pengamalnya dan membentuk
kehidupan yang bermotivasi. Oleh itu permainan tradisional dilihat berupaya membentuk
kesihatan emosi yang baik.
Permainan tradisional sebagai medan yang baik untuk membentuk komunikasi yang
berkesan antara permain sepasukan dan pemain lawan yang seterusnya akan
merangsang ukhuwah.
Sosiologi atau pemasyarakatan merupakan satu proses sepanjang hayat yang perlu dilalui
oleh seseorang individu. Permainan tradisional dapat akan memudahkan individu untuk
menerapkan kebudayaan, nilai, sikap dan sahsiah sesuatu bangsa atau masyarakat. Oleh
kerana sifat permainan tradisional yang lebih menekankan persahabatan dan kebudayaan
permainan tradisional merupakan alat yang baik dalam proses sosiologi.
Seperti permainan yang lain, permainan tradisional juga dilihat dapat membentuk
kecergasan fizikal dan mental buat pemainnya. Permainan tradisional dapat membentuk
kemahiran motor yang berguna dan bermakna kepada pengamalnya. Dengan kata
lain
permainan tradisional memberi peluang yang terbaik kepada pengamalnya untuk
membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal.
Permainan tradisional yang melibatkan aktiviti fizikal dilihat dapat membentuk kecekapan
dalam menguruskan badan Pengurusan badan merujuk kepada kebolehan mengawal
anggota dalam pelbagai situasi pergerakan dan konteks persekitaran yang pelbagai.
Pengurus badan merangkumi:
Penjagaan postur yang betul
Pengawalan dan perimbangan tubuh dalam satu situasi
Pengaruh ritma dalam pendalian pergerakan badan
Koordinasi pergerakan yang cekap
Pergerakan merentasi lantai
ruang
+ Jenis-jenis permainan tradisional
32
+ Peraturan-peraturan permainan tradisional
pepertandingan tradisional
Kategori Pertandingan
Sistem Pertandingan
Oleh kerana permainan tradisional tidak mempunyai peraturan khas yang termaktub
sebagai undang-undang piawai. Sistem pertandingan permainan tradisional
bergantung kepada peserta yang mengambil bahagian. Namun dewasa ini permainan
tradisional telah mula mendapat perhatian dari Kementerian Belia dan Sukan dan
Kementerian Kebudayaan Dan Warisan. Sistem pertandingan permainan tradisional mula
di piawaikan tetapi mengikut keadaan pertandingan.
Permainan tradisional biasanya dipertandingkan dalam bentuk individu, berpasangan atau
berkumpulan. Bagi pertandingan permainan tradisional yang mempunyai penyertaan
individu yang ramai contohnya pertandingan gasing sistem yang dipertandingkan
sesuai dalam bentuk kalah mati. Namun bagi pertandingan yang terdiri dari
kumpulan yang kurang daripada 10 penyertaan adalah di cadangkan sistem pertandingan
secara liga.
BAB 5: Program pembANgunan sukan
+ Aspek perancangan ,pengelolaan dan pentadbiran
+ PERANCANGAN:
E Tujuan: membantu organisasi mencapai objektif dan bertindak balas terhadap
perubahan dalam persekitaran yg bakal wujud
E Kebaikan perancangan
1. Berorentasikan masa depan(Future oriented)
2. Memperkukuhkan pengkoordinasian keputusan
3. Menentukan objktif organisasi dapat dicapai
33
Antara perancangan sukan yang dilaksanakan:
E Penggubalan kurikulum persekolahan yang menggalakkan perkembangan aktiviti
sukan dan PJ;
E Penggubalan kurikulum latihan guru yang menggalakan perkembangan PJ dan
kejurulatihan;
E Perancangan dan pelaksanaan program mencungkil bakat dan potensi ke arah
kecemerlangan sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan sukan
negara;
E Penubuhan "Pusat Cemerlang" bagi beberapa jenis sukan tertentu;
E Persediaan menubuhkan "Sekolah Sukan"; dan
E Penubuhan sebuah majlis sukan sekolah-sekolah bagi memperkemaskan
pengurusan dan perlaksanaan program termasuk pertandingan di dalam dan di luar
negeri.
PROSES PERANCANGAN:
Pengelolaan:
Pengelolaan diartikan sebagai suatu rangkaian pekerjaan atau usaha yang
dilakukan oleh sekelompok orang untuk melakukan serangkaian kerja dalam
mencapai tujaan tertentu.
Ciri-ciri pengelolalaan:
E Masa yang diperuntukkan
E Masa latihan, prapertandingan dan pertandingan
E Bilangan peserta
E Jenis pertandingan
E Belanjawan yang diberi
E Menyenarai pegawai
E Kemudahan tersedia
E Kemudahan alatan yang tersedia
Skop Pengelolaan PJ Dan Sukan:
E Proses pengelolaan
Pembentukan ahli jawatankuasa
Ahli jawatankuasa boleh di bentuk seperti berikut:
1. Ahli jawatankuasa induk
2. Ahli jawatankuasa kerja/kecil
3. Ahli jawatankuasa induk
terdiri daripada:
- Pengerusi
- Timbalan pengerusi
- Setiausaha
- Penolong setiausaha
- Bendahari
- Ahli gabungan/majlis
E Ahli jawatankuasa kerja/kecil terdiri daripada:
+ Negeri
+ Daerah
+ Individu
+ Ahli Gabungan
Jawatankuasa Pengelola adalah berperanan didalam perkara-perkara berikut :
I. Bertanggungjawab sepenuhnya didalam pengelolaan kejohanan
II. Mengadakan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Pengelola dari semasa ke semasa
III. Menubuh dan melantik Jawatankuasa-jawatankuasa kecil dengan mempunyai
bidang tugas khusus masing-masing dalam melaksanakan pengelolaan kejohanan
Pentadbiran:
E Menurut Haji Wan Azmi Ramli di dalam bukunya Pengurusan Terkini Pentadbiran
adalah pentadbiran ialah sesuatu yang ditadbirkan dan ini merangkumi bidang
34
batasan yang amat luas seperti menelah (meramal), merancang, mengelola,
mengawal, menasihat, menyelaras, menyelia, melatih dan kadangkala ,meniru dan
menurut.
E Mayo (1954) mendefinisikan pentadbiran adalah satu fungsi untuk menetapkan,
menentukan, dan memperjelaskan sesuatu, menggubal dasar dan peraturan serta
memberikan kepercayaan kepada kakitangan untuk menyelesaikan penugasan
terutama penugasan yang berprestij tinggi
+ Pembangunan jurulatih
UNIT HAL EHWAL JURULATIH:
Mengenalpasti bakal jurulatih yang berwibawa dan berkelayakan sebelum proses
pengambilan dan perlantikan jurulatih ke dalam program
Menguruskan pelantikan baru jurulatih
Menguruskan perlanjutan dan penamatan khidmat jurulatih
Menangani dan menyelesaikan isu berhubung dengan tatacara dan etika
kejurulatihan.
Memantau pengurusan kontrak perkhidmatan jurulatih, visa kerja, penempatan,
tuntutan untuk semua jurulatih luar Negara dan tempatan.
Mengemaskini data dan maklumat jurulatih dari masa ke semasa
UNIT PENILAIAN DAN PEMBANGUNAN JURULATIH:
Memantau penilaian dan prestasi jurulatih dari masa ke semasa dan sekurang
sekurangnya setiap sekali setahun
Mengenalpasti jurulatih yang berpotensi untuk dihantar menghadiri kursus-kursus
yang boleh meningkatkan lagi pengetahuan, pengalaman serta kemahiran jurulatih.
Mengenalpasti symposium, seminar dan bengkel kejurulatihan yang sesuai sama
ada di dalam atau luar Negara untuk dihadiri oleh jurulatih tempatan.
Merancang dan mengendalikan kursus-kursus akademik dan profesional dalam
bidang kejurulatihan.
Meningkatkan prestasi jurulatih dari segi penyimpanan data atlit untuk bahan
rujukan dan penyelidikan kajian
Membantu jurulatih dalam urusan mendapatkan pensijilan penuh Skim Pensijilan
Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) daripada Bahagian Kejurulatihan ISN.
Mengemaskini pangkalan data semua jurulatih yang menghadiri simposium, kursus
atau bengkel kejurulatihan.
UNIT PENDIDIKAN JURULATIH:
Bekerjasama dengan Institut Sukan Negara (ISN), Institut Pengajian Tinggi dan
Institusi Sukan Luar Negara mengenai program pendidikan jurulatih.
Menganjurkan klinik peningkatan ilmu kejurulatihan dengan kerjasama Cawangan
Elit, Pelapis, paralimpik dan semua Majlis Sukan Negeri
Memastikan semua jurulatih sentiasa bersedia menghadapi perubahan dasar warsa
sukan Negara dari masa ke semasa
Sebagai pusat penyampaian pendidikan kejurulatihan kepada negeri-negeri.
Koordinator pendidikan dan pembelajaran berterusan serta memastikan setiap
jurulatih mendapat pendidikan terkini
KAEDAH MENYUSUN PROGRAM PEMBANGUNAN UNTUK JURULATIH:
1) KEPERLUAN
E Persatuan sukan mesti menentukan keperluan mereka dalam bidang sukan.
E Pemimpin sukan hendaklah menetapkan bentuk & peringkat kepakaran yang
diperlukan mereka.
E Cth: sama ada melahirkan jurulatih di peringkat tempatan, kebangsaan @
antarabangsa
2) PERINGKAT
E Mempertimbangkan bilangan jurulatih yang diperlukan di tiap-tiap peringkat
itu dalam tempoh masa lima tahun akan datang.
35
E Memikirkan sumber, kemudahan, peralatan & tenaga pengajar yang akan
melatih mereka.
E Mudah merancang latihan jika terdapat segala kemudahan yang diperlukan.
3) MENGENAL PASTI
E Persatuan sukan harus dapat mengenal pasti jurulatih yang berkemahiran tinggi
untuk :
Memberi latihan yang teratur.
Membantu merancang program latihan.
E Jika tiada kemudahan, mereka perlu mencari altenatif lain, iaitu berhubung dengan
badan-badan sukan yang lain untuk mengendalikan latihan.
4) MERANCANG
E Latihan jurulatih boleh dirancang untuk mencapai matlamat latihan.
E Hal ini kerana latihan jurulatih memerlukan latihan yang sistematik.
E Rancangan tersebut mesti mengikut keperluan jurulatih yang sering berubah-ubah.
5) MEMIKIRKAN SUMBER
E Mengambil kira sumber-sumber yang ada di persekitaran persatuan sukan itu.
E Latihan dapat dikendalikan oleh Kementerian dan Jabatan Belia & Sukan.
E Majlis Sukan Negara dan Majlis Olimpik Malaysia dapat membantu melatih jurulatih
di peringkat pusat.
E Tenaga kerja pensyarah dan guru boleh digunakan untuk mengadakan
CIRI-CIRI PROGRAM LATIHAN JURULATIH latihan jurulatih:
1) PERINGKAT
E Latihan jurulatih terdiri daripada empat peringkat:
Tahap asas: Jurulatih bertugas dalam kalangan mereka yang baru
melibatkan diri dalam sukan.
Tahap pertengahan: Melatih peserta di peringkat daerah.
Tahap lanjutan: Melatih peserta di peringkat negeri.
Tahap tinggi: Melatih peserta di peringkat kebangsaan
2) BAHAGIAN KURSUS LATIHAN
E Bhg Pertama Merupakan pengetahuan teknik tertentu, seperti teknik sukan,
strategi dan perancangan latihan.
E Bhg Kedua Teori kejurulatihan, seperti psikologi, psisiologi, biomekanik, prinsip
latihan, kecederaan ahli sukan, pemakanan dll.
E Bhg Ketiga Pengalaman amali (bidang yang penting dalam kursus sukan).
3) PENSIJILAN
E Sangat penting menganugerahkan sijil kepada ahli sukan yang berjaya mengikuti
kursus pada setiap peringkat.
E Sijil menjadi perangsang kepada mereka meneruskan latihan.
E Latihan kejurulatihan menjadikan mereka lebih cekap mengendalikan kegiatan
sukan.
SUMBER & PELUANG LATIHAN KEJURULATIHAN SUKAN:
1) KERJASAMA
E Kerjasama yang erat antara sumber-sumber yang telah memberi latihan
kejurulatihan.
2) KLINIK SUKAN
E Jurulatih yang berwibawa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sering
menjadi tenaga pengajar bagi kursus jurulatih peringkat perintis.
E Perkhidmatan pakar-pakar klinik sukan boleh diperolehi daripada mereka.
3) KLINIK TEORI KEJURULATIHAN
E Meliputi psikologi sukan, biomekanik dan teori latihan sukan.
E Perkhidmatan didapatkan daripada pusat latihan sukan di peringkat institut
perguruan, universiti, hospital tempatan dll.
4) PRAKTIKAL
E Dijalankan oleh guru PJK dan pensyarah pusat IPT.
KRITERIA PEMILIHAN CALON JURULATIH:
i. Memiliki kecerdasan & kematangan fikiran.
ii. Mempunyai pengetahuan mengenai pertumbuhan & perkembangan manusia.
36
iii. Mempunyai motivasi yang tinggi dalam bidang & perkembangan sukan.
iv. Berminat untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan jangka panjang.
v. Mempunyai kemahiran mengajar dengan menyeronokkan & berkesan.
vi. Mempunyai hubungan manusia yang baik, mesra, ceria & pandai bergaul.
vii. Mempunyai banyak masa yang diperlukan untuk melatih ahli-ahli sukan kelak.
PRINSIP KEJURULATIHAN
E Individu yang pakar dan dapat membantu mengembangkan bakat.
E Menyedari perbezaan individu.
E Bermatlamat untuk mencapai kecemerlangan.
E Kepimpinan melalui teladan.
E Berketrampilan menarik.
E Sukan sebagai cabaran hidup.
BIDANG TUGAS DAN TANGUNGJAWAB JURULATIH SUKAN:
E Menetapkan P&P mengikut individu dan aktiviti.
E Mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran sukan.
E Memberi bimbingan yang diperlukan.
E Menilai kejayaan individu mengikut objektif yang telah ditetapkan.
E Kenal pasti bakat
E Pembangunan atlet
Bab6: undang-undang dan pentadbiran sukan
+ Kaitan undang-undang dan sukan
+ Liabiliti perundangan dalam sukan
+ Liabiliti Ialah pihak yang
+ dipertanggungjawabkan atas kerosakan harta benda atau nyawa yang berpunca
dpd kecuaian atau perlakuan yg tidak bertanggungjawab.(Socros, 2000).
+ Membawa maksud guru dan pihak pengurusan sekolah dipertanggungjawabkan
atas segala kecuaian yang dilakukannya.
+ Peraturan liabiliti adalah satu garis panduan bagi mengenalpasti ciri-ciri kecuaian
dalam sesuatu kes.
+ Contoh liabiliti guru:
Tidak menjalankan tanggungawab
Tidak mematuhi langkah keselamatan
Bertindak secara emosional
Cuai
Menggunakan kekerasan untuk mendisplinkan murid.
Tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan.
Tidak bertindak secar rasional
+ Contoh Liabiliti Pihak Pengurusan Sekolah:
Tidak menyediakan langkah-langkah keselamatan.
Tidak menyediakan program dan kursus-kursus keselamatan.
Tidak menyediakan peralatan keselamatan.
Tidak menyediakan kakitangan yang mahir dan berkelayakan.
Tidak mengawal displin murid.
Ciri-ciri kecuaian mengikut peraturan liabiliti libatkan 4 pekara.:
1. Kewajipan menjaga (duty of care)
Kewajipan menjalankan tugas atau tanggungjawab diberi. Cth guru
bertanggungjawab menjaga keselamatan murid semasa mengajar dlm kelas,
sepjg waktu persekolahan.
2. Langkah penjagaan yang berseuaian (Reasonable care)
Bermaksud telah mengambil langkah-langkah keselamatan
bersesuaian ikut standard ditetapkan pihak sekolah ikut pekeliling.
3. Punca atau penyebab utama ( actual & proximate cause)
Mengenalpasti punca kemalangan dalam kes kecuaian. Cth mengajar
lompat tinggi tidak guna tilam.. Pelajar cedera kerana mendarat tanpa tilam.
Guru dipersalahkan atas kecuaian.
37
4. Kecederaan atau kerosakan (harm & damage)
Bermaksud berlaku kerosakan atau kecederaan berupa kerugian
wang ringgit atau harta benda. Cth seorang pelajar menghilangkan rekit tenis
sekolah. Pihak sekolah berhak mengenakan penalti ke atas pelajar dan
memintanya membayar ganti rugi kerana menghilangkan harta sekolah.
Undang undang Tort:
E Satu bentuk undang-undang melibatkan pengabaian tjgwb secara tidak berkontrak.
E Contoh murid dan guru bertanggungjawab menjaga harta benda sekolah tetapi
tanggungjawab ini tidak dibuat secara bertulis atau kontrak. Penyerahan tjgwb
tersebut hanya dlm bentuk lisan, jika mereka mengabaikan tugas ini dan
menyebabkan kerosakan kepada harta benda sekolah, maka mereka dikatakan
telah melakukan kecuaian di bawah undang-undang tort.
Kedudukan undang-undang tort di bawah undang-undang sivil.:
Undang undang sivil ada 2 bahagian :
1. Berkontrak
Berkontrak ialah undang-undang sivil yang melibatkan perjanjian bertulis
atau kontrak.
2. Tort (tidak berkontrak)
Tort ialah undang-undang sivil yang tidak melibatkan kontrak.
Ia melibatkan kes kecuaian yang perlu dibuktikan kesahihannya oleh pihak
pendakwa, baru mahkamah boleh jatuhkan hukuman.
Terbahagi 2 iaitu tort dengan niat dan tort tanpa niatt.
Undang-undang tort dengan niat :
5 jenis:
1. Menyerang tanpa memukul (assault)
Menyerang tanpa menyebabkan kecederaan. Cth seorang pelajar
menyerang pelajar lain dengan mengertak hanya untuk menakutkannya
sahaja tanpa memukul pelajar tersebut.
2. Memukul dan mencedera (battery)
Melakukan kecederaan berbentuk fizikal dgn cara pukulan. Cth seorang
pelajar dengan secara sengaja memukul mangsa dengan tujuan untuk
mencederakannya.
3. Bertukar niat (transferred intent)
Bermaksud mengubah niat daripada menyerang kepada memukul. Cth
serangan gertakan tidak berkesan, pelajar menukar niat melakukan
memukul.
4. Mengurung (false imprisonment)
5. Menyebabkan tekanan secara emosi (infliction of emotional distress)
Undang-undang tort tanpa niat:
1. Tidak berniat (unintentional)
Bermaksud pihak pertama melakukan kerosakan secara cuai dan tidak
sengaja menyebabkan kerosakan pada harta benda orang lain.
Contoh seorang pelajar tidak sengaja telah memecahkan cermin tingkap
bilik darjah semasa bermain dengan rakannya.
2. Liabiliti bersama (vicarious liabiliti)
Bermaksud pihak yang dipertanggungjawabkan atas kesalahan yang
dilakukan pihak kedua.
Contoh penyokong bola sepak dari sekolah A telah merosakan harta benda
di sekolah B semasa menyaksikan satu pertandingan bola sepak yang
diadakan di sekolah B. pihak dipertanggungjawabkan atas kerosakan yang
berlaku ialah penyokong sekolah A. Pengetua sekolah A juga akan disabitkan
kesalahan yang dilakukan oleh muridnya kerana gagal mengawal displin
pelajar. Secara tidak langsung pengetua A telah menanggung kecuaian yang
dilakukan pelajarnya.
Bentuk Hukuman yang dikenakan dibawah undang-undang tort:
Bentuk hukuman dalam bentuk pampasan :
1. Pampasan setimpal
38
Pampasan atau gantirugi dibayar berdasarkan jumlah kerugian dialami
pendakwa ( plaintif)
2. Pampasan menghukum
Di bawah hukuman ini kadar ganti rugi yang dikenakan adalah tinggi. Tujuan
pampasan ini adalah untuk menghukum pihak defenden (tertuduh) yang
telah melakukan kecuaian dengan niat untuk mencederakan plainitif.
3. Pampasan nominal
Pampasan atau ganti rugi yang dibayar adalah sedikit kerana palintif hanya
menanggung kerugian yang sedikit.
Bab7: isu-isu dalam sukan
+ Wanita dan sukan
Lelaki 10% lebih tinggi daripada wanita
Berat badan : lelaki > 11kg dari wanita
kerana struktur tulang yang lebih besar pada lelaki dan otot yang lebih banyak
pada lelaki
Rupa bentuk tubuh badan : lelaki > wanita
Tulang : lelaki >berat daripada wanita
Tulang kaki, tulang tangan : lelaki > panjang daripada wanita
Sendi : lelaki >besar daripada wanita (kecuali sendi lutut, wanita lebih besar untuk
kestabilan tubuh wanita)
Pelvik girdle wanita yang lebih lebar menyebabkan lutut wanita membengkok ke
dalam tapak dirian wanita lebih sempit
Bentuk pelvis dan tulang femur wanita lebih tirus dan membengkok ke dalam
menjadi pghalang kepada prestasi larian
Amnya, prestasi sukan wanita lebih rendah :
Abdomen yang lebih besar apabila meningkat dewasa berbanding lelaki yang besar
dan lebar di bahagian atas tubuh badan
Kesan daripada perbezaan tubuh : wanita mengalami masalah untuk aktiviti berlari,
melompat atau menukar arah tiba-tiba (bola jaring, tenis)
Rupa bentuk tubuh : wanita = endormorf (kegemukan), lelaki = mesomorf (tubuh
berotot)
Isu pemakaian tudung dan pakaian menutup aurat oleh para atlit wanita negara
yang beragama Islam.
Ketaksamaan peluang kesukanan kepada wanita.
Kejayaan Ruqaya Al Ghasara dari Bahrain memenangi pingat emas dalam acara
lumba lari 200 meter wanita di Sukan Asia tahun lalu sebenarnya sudah cukup
untuk menjawab kritikan terhadap pemakaian tudung oleh atlit Islam yang
kononnya dikatakan merencatkan kualiti persembahan mereka
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan 'menggantung' pasukan
bola sepak wanita Malaysia daripada menyertai sebarang aksi kompetitif akibat
kekalahan yang memalukan pada tahun 2009.
Pasukan bola sepak wanita Malaysia kalah 14-0 kepada Thailand yang disusuli 8-0
kepada Vietnam.
sumber:-Berita Harian, 8 Dis 2009
Di Arab Saudi, wanita tidak boleh melibatkan diri dalam bersukan, malah wanita
juga tidak dibenarkan menjadi penonton pertandingan sukan
+ Sukan dan media massa
- Media bukan sahaja merupakan cermin kepada masyarakat malahan ia juga
merupakan alat perubahan kepada sesuatu masyarakat (Vir Bala Aggarwal, 2002:
xvii).
- L. JohnMartin pula berpendapat bahawa media massa merujuk kepada alat yang
mewujudkan interaksi sosial,politik, dan ekonomi dalam ukuran yang lebih moden.
o Media haruslah menyampaikan maklumat dan mendidik masyarakat serta
menjadi medium perantaraan dalam sesuatu masyarakat (Vir Bala Aggarwal,
2002: xvii).
39
- Media massa juga berperanan dalam membantu perkembangan ekonomi. Penjualan
surat khabar juga membantu dalam ekonomi, penyiaran stesen tv berbayar juga
turut menyumbang kepada factor perkembangan ekonomi negara. contohnya
sukan SEA yang berlangsung dari negara kita Malaysia dan banyak lagi.
- Terdapat beberapa bahagian dalam media massa seperti surat khabar, majalah,
laman web seperti blog, internet, televisyen, radio dan lain-lain lagi. Setiap
bahagian yang akan memainkan peranan dalam proses penyebaran maklumat
kepada orang ramai.
- Contohnya suratkhabar yang merupakan salah satu medium dalam menyebarkan
maklumat kepada masyarakat.
- Penghasilan surat khabar ini juga dalam mendapatkan maklumat untuk
disampaikan kepada masyarakat mengenai perkembangan dalam sukan.
- Melalui media massa ,sesuatu pasukan atau persatuan boleh mendapat sumbangan
dan juga tajaan dari pelbagai pihak untuk kemajuan dalam membangunkan sukan.
- Boleh meningkatkan fasiliti dan kualiti sukan dengan pelbagai bentuk tajaan yang
diperolehi.
- Menaikan nama pasukan dan juga atlet negara melalui publisiti oleh media massa.
- Sebagai contoh, penggunaan media seperti suratkhabar sebagai medium untuk
menjatuhkan orang lain dan maklumat salah yang telah memberikan pandangan
negatif masyarakat terhadap atlet-atlet negara.( isu penyalahgunaan dadah)
- Melalui media juga suka menyalahkan pasukan dan pemain yang kalah dalam suatu
perlawanan sehingga timbulnya pelbagai andaian dan spekulasi.
Peranan:
- JARINGAN INFORMASI SUKAN
o Berita memberi maklumat tentang perkembangan sukan semasa
people are well information of the current sports event
PROMOSI DAN PUBLISITI
Membantu menjana pembangunan sukan ke martabat yang lebih tinggi.
Contohnya, publisiti tentang world cup yang sekaligus menarik minat orang
ramai untuk menyaksikannya.
Rancangan seperti SoccerKids dan MyTeam iaitu pencarian pemain bola
sepak terbaik adalah antara usaha media menaikkan taraf dalam menjana
kemajuan sukan.
HIBURAN
seperti siaran langsung perlawanan bola sepak.
Di samping menghiburkan, ia juga memberi pendedahan yang bersifat
ilmiah kepada penonton (teknik, strategi, dan cara bermain)
JUALAN
Media juga memerlukan maklumat atau isu dan berita terkini mengenai sukan
untuk melariskan jualan mereka.
+ Politik dan sukan
Politik ialah proses melambangkan gelagat manusia yang mengandungi konflik antara
kebaikan di sebelah pihak dan kehendak-kehendak kumpulan di pihak yang lain.
Ia juga proses digunakan manusia untuk menyelesaikan perbalahan antara kepentingan
individu dengan kepentingan awam dalam sesebuah institusi.
- Ahli sosiologi sukan menyatakan politik tidak terlibat dlm sukan disebabkan aspek
berikut:
Atlit menceburi sesuatu sukan kerana rasa tanggungjawab, kebanggaan,
semangat kesukanan dan kesetiaannya kepada negara.
Atlit bertanding untuk membuktikan atau menilai kebolehan diri sendiri.
Atlit, persatuan dan pentadbir menceburi bidang sukan untuk mendapatkan
kuasa dan pengaruh atas sebab kepentingan peribadi.
Kuasa politik dalam sukan Antarabangsa:
- 1980 Malaysia memboikot Sukan Olimpik Moscow sebagai membantah
pencerobohan soviet ke atas Afghanistan.
40
- Politik dalam sukan menjelaskan wujudnya campur tangan kuasa politik
kerajaan dalam pengurusan dan pentadbiran sesuatu badan sukan.
- Kebanyakan pucuk pimpinan badan-badan sukan di negara kita dikuasai
oleh ahli-ahli politik dan sektor korporat.
- Kuasa politik memberikan kesan besar terhadap perkembangan dan
kemajuan sukan peringkat dunia.Ia boleh mengakibatkan keretakan
hubungan antara negara kerana perbezaan ideologi dan ia juga boleh
merapatkan hubungan negara-negara serta mewujudkan integrasi
nasional.
- Isu-isu politik dalam sukan seringkali terjadi kerana perbezaan
pendapat.Isu-isu yang sering berlaku adalah seperti perebutan kuasa
dalam badan sukan,pemilihan penyertaan atlet dalam sesuatu
pertandingan,kemerosotan prestasi atlet dalam sukan,displin atlet dan
pegawai serta perkara yang berkaitan dengan pembayaran gaji dan elaun.
- Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi:
- AHLI-ahli politik atau kerabat diraja boleh menyandang jawatan utama dalam
sukan asalkan mereka memberikan komitmen tinggi terhadap sukan yang diceburi.

- Menurut bekas Perdana Menteri, penglibatan golongan (ahli politik) ini tidak
memberi masalah kepada sukan, sebaliknya mereka juga boleh memainkan
peranan sebaik golongan profesional atau mereka yang mempunyai latar
belakang sukan
- KESAN POSITIF
- Seperti yang diketahui, sesebuah badan sukanyang aktif memang memerlukan
pertolongan dari segi kewangan.
- Dengan adanya bantuan daripada ahli politik, maka sumber kewangan badan sukan
tersebut sedikit sebanyak dapat dipertingkatkan.
- Selain itu, badan sukan tersebut juga boleh menggunakan nama ahli politik untuk
mendapatkan penaja-penaja yang dapat memberi sumbangan dari segi kewangan.
- Secara tidak langsung, dengan adanya sumber kewangan, maka badan sukan
tersebut dapat mencari jurulatih-jurulatih yang berkebolehan dan berkemampuan
untuk memberi latihan kepada ahli-ahli sukan dalam badan tersebut.
- Latihan yang profesional dapat membantu
dalam mempertingkatkan kejayaan ahli-ahli sukan dan ini juga dapat akan
membantu dalam meningkatkan kebolehan mereka untuk mendapatkan johan
dalam pelbagai pertandingan sukan.
- Apabila terdapatnya pertandingan yang
melibatkan pertandingan antarabangsa
seperti sukan ASEAN sebagainya, ahli-ahli
politik akan dihantar ke luar negara untuk
mengadakan persahabatan dengan negara
lain.
- Perhubungan yang baik antara negara akan dapat membantu badan sukan dalam
Negara ini mendapat pelbagai maklumat bagaimana hendak mempertingkatkan
prestasi sesebuah badan sukan dan sebagainya
KESAN NEGATIF
Terdapat sesetengah ahli politik yang suka benar memegang pelbagai jawatan
dalam persatuan sukan dan belia. Ini kerana mereka tahu jawatan-jawatan tersebut
sudah tentu dapat mempopularkan nama mereka selain ianya juga boleh digunakan
untuk membantu mereka ketika pemilihan parti dan pilihanraya umum.
Keterlibatan ahli politik dalam menerajui sesuatu persatuan kadang-kadang akan
menjejaskan penumpuan mereka mentadbir negeri dan negara.
Selain itu ianya juga menjejaskan persatuan- persatuan itu sendiri kerana pemimpin
ini juga sibuk dengan urusan pentadbiran kerajaan dan politik.
Malah kadang-kadang persatuan-persatuan terjejas kerana urusan politik
dicampuradukkan dengan urusan persatuan.
41
Akhirnya kedua-dua jawatan iaitu jawatan kerajaan dan persatuan diabaikan oleh
kerana kesuntukan masa dan kurangnya penumpuan.
+ Insentif dan atlet
Insentif
o merupakan penghargaan kepada atlet yang cemerlang dalam sesuatu kejohanan.
o Dorongan kepada atlet untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan .
o 2 jenis intrinsik dan ekstrinsik
o Contoh skim insentif atlet remaja majlis sukan negara :
Skim hadiah kemenangan sukan (SHAKAM)
Skim hadiah Kemenangan Atlet Remaja (SHAKAR)
Rawatan perubatan percuma
Bantuan yuran persekolahan dan pengajian di institut pengajian tinggi ( biasiswa,
yuran pengajian dan khidmat jurulatih).
+ Insentif Intrinsik ialah keinginan untuk mencapai kejayaan disebabkan oleh faktor
pendorong lahir daripada diri individu seperti :
o Minat terhadap sesuatu jenis sukan
o Semangat patriotisme
+ Insentif Ekstrinsik merupakan penghargaan yang diberikan kepada seseorang atlit.
o Contoh wang, cendermata, pingat atau trofi, sijil penyertaan dan biasiswa
pelajaran
Keberkesanan Insentif intrinsik & ekstrinsik:
- Menggalakkan murid melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.
- Meningkatkan semangat atlet untuk belatih dengan bersungguh-sungguh untuk
menghadapi pertandingan
- Mendorong atlit untuk berjaya dalam pertandingan akan datang.
- Meningkatkan kepuasan atlet kerana berasa sumbangan mereka dihargai oleh
sekolah, masyarakat atau negara.
DEFINISI INSENTIF
- Insentif adalah pengupahan yang memberikanimbuhan yang berbeza mengikut
kepadaprestasi yang berbeza.
TUJUAN INSENTIF
- Tujuan Pemberian Insentif :
- Fungsi utama dari insentif adalah untuk memberikan tanggungjawab dan dorongan
kepada atlet serta meningkatkan produktiviti kerja individu mahupun kelompok
KEBAIKAN
- Memberi sokongan moral kepada atlet
- Merupakan penghargaan kepada atlet atas usaha keras mereka.
- Penyuntik semangat kepada atlet untukmengekalkan pencapaian.
KEBURUKAN
Tidak semestinya menjanjikan pencapaianberterusan kepada atlet. (cth: Hafiz
Hashim)
Perjuangan dipertikaikan. (negara@ wang?)
Atlet-atlet mudah berasa berada dalam zonselesa.
Atlet tidak menunjukkan prestasi yang baik sekiranya insentif xmemuaskan hati.
Memberi tekanan kepada atlet
Perjudian dan sukan
Wang Pertaruhan bertaruh wang ringgit untuk menentukan pihak yang bakal
menjadi pemenang.
Rasuah terdapat pihak tertentu yang merasuah dan mengatur perlawanan yang
dilangsungkan
- Perjudian merupakan satu dosa dan ia boleh menjauhkan manusia daripada
keberkatan.
42
- Hasil perjudian merupakan hasil yang tidak halal, maka sumber yang tidak halal
akan menggelapkan hati dan menjadikan kita jauh daripada keberkatan.
- Perjudian juga akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni di dalam keluarga
dan masyarakat.
- Perjudian juga akan menimbulkan kejahatan atau kemungkaran-kemungkaran yang
lain seperti penipuan, pencurian, pergaduhan dan sebagainya yang semua ini ditaja
oleh nafsu dan syaitan.
DEFINISI :
- Menurut kamus dewan edisi ke-3 (1997), Perjudian bermaksud permainan dengan
memakai wang dan lain- lain sebagai taruhan.
- Menurut Tesaurus Umum Bahasa Melayu (1990), judi didefinisikan sebagai
memperjudikan, mempertaruhkan, mempertarungkan dan menggadaiakan yang
melibatkan sebagai pertaruhan.
- Menurut kamus pelajar cetakan ke-13 (1997), Perbuatan atau hal menjudikan
dengan bertaruhkan wang.
- Perjudian ialah perihal berjudi iaitu permainan dengan menggunakan wang atau
barang-barang berharga sebagai taruhan :PJ dan Pendidikan Kesihatan Tahun
6( 2007).
- Mengapa wujudnya perjudian dalam sukan?
- Kewangan
- Hiburan
- Bookie (individu atau organisasi yang menjadi dalang dalam menguruskan
perjudian dalam sukan)
JENIS PERJUDIAN DALAM SUKAN:
- Menentukan dan mengatur perlawanan
- Sebelum pertandingan bermula keputusan perlawanan sudah ditentukan.
- Sogokan akan diberikan kepada atlet atau pegawai perlawanan untuk
mengatur keputusan pertandingan.
- Bertaruh keputusan pertandingan
- Peminat sukan akan bertaruh untuk sesuatu pertandingan contoh bola sepak
keputusan pertandingan jumlah jaringan
KESAN RASUAH:
- Mencemarkan imej sukan negara
- Mutu sukan merosot
- Kepercayaan peminat sukan terjejas
- Menjejaskan hubungan dalam pasukan
CARA ATASI:
- Menghayati dan mengamalkan Rukun Negara
- Memberi penerangan tentang gejala rasuah dan perjudian
- Penglibatan dalam ceramah agama dan kursus motivasi
- Peranan kelab penyokong
- Kebajikan atlet itu dijaga dengan baik
+ Cabaran sukan membangun masa kini
- Infrastruktur dan Fasiliti
Infrastruktur dan kemudahan yang sedia ada harus diperbetulkan dan dinaik taraf.
Negara kita kekurangan:
a. Gimnasium
b. Kompleks sukan bertaraf dunia
c. Gelanggang
Peralatan latihan usang
Aspek penyelenggaraan agak lemah
Kekurangan infrastruktur boleh mengakibatkan kepadatan jadual kuliah pelajar
yang mungkin boleh mendatangkan kesan terhadap keselesaan belajar di kalangan
pelajar. Pelajar hanya memiliki masa yang terhad untuk mengulangkaji pelajaran
dan bergiat aktif dalam bidang sukan.
43
- World Class Player
Melahirkan pemain nombor satu dunia seperti:
o Datuk Nicole Ann David
o Datuk Lee Chong Wei
Kekurangan:
Jurulatih berpengalaman Jurulatih diimport dari luar negara.
Kemudahan Menyebabkan atlet dihantar menjalani latihan di luar negara.
Pakar pemakanan (diet), ahli fisioterapi dan pakar psikologi Untuk
meningkatkan prestasi atlet
- Pembangunan atlet
Majlis Sukan Negara & Institut Sukan Negara
o Melibatkan pusat latihan, jurulatih, aktiviti program dan sebagainya.
Kemelesetan ekonomi menjejaskan program pembangunan atlet.
Banyak syarikat tidak mampu menaja program, persatuan sukan dan atlet negara.
Program pembangunan atlet yang tidak seagresif atlet luar negara.
Pegawai sukan dan jurulatih kurang bersunguh-sungguh untuk merencanakan
program pembangunan sukan.
Kerajaan masih dalam proses mewujudkan pusat kecemerlangan bagi sukan-sukan
tertentu.
Contohnya :
Sekolah Sukan Bukit Jalil
Sekolah Sukan Bandar Penawar
- Kebajikan atlet - YAKEB
- Pusat kecemerlangan atlet IPTA
Pemilihan beberapa buah IPTA sebagai pusat kecemerlangan sukan bagi melahirkan
atlet bertaraf dunia untuk menggantikan atlet yang sedia ada. Penubuhan sekolah-
sekolah sukan
Kekurangan hubungan yang wujud antara persatuan sukan dengan kerajaan.
Perbincangan mengenai sukan yang wujud adalah terbatas
Persatuan sukan hanya menerima bantuan dan sokongan kewangan yang sedikit
daripada kerajaan untuk kegiatan sukan
Badan-badan sukan dan pihak kerajaan kurang peka terhadap keperluan masing-
masing Kurangnya kerjasama antara badan sukan dengan pihak kerajaan
+ Isu sosiobudaya
+ Sosiobudaya ialah cara hidup atau kegiatan manusia dalam sesebuah masyarakat.
+ Ia mencerminkan nilai, norma, agama dan adat resam anggota masyarakat terdiri
ahli keluarga, saudara mara dan jiran tetangga.
+ Ia diambilkira dalam sukan dari segi pemilihan aktiviti sukan & permainan, pakaian
dan idola, perlu mengambil kira aspek sosiobudaya masyarakat malaysia.
Pemilihan permainan:
Faktor mempengaruhi :
Agen sosialisasi
Status sosioekonomi
Kemudahan
Agen sosialisasi merupakan individu, kumpulan atau institusi yang memperkenalkan
aktiviti sukan kepada seseorang serta mengajar nilai, sikap dan kemahiran .
Agen sosialisasi keluarga ( ibubapa, kakak, abang, datuk dll), masyarakat
(jiran, persatuan, institut keagamaan), Sekolah ( guru & jurulatih), Rakan
(sekelas & sepasukan) dan Media Massa (televisyen, suratkhabar, majalah,
ICT)
Status sosioekonomi
Taraf kehidupan manusia dari aspek ekonomi individu.
Sukan golf & ekuesterian hanya mampu disertai atlit sosioekonomi tinggi.
44
Kemudahan seperti padang, gelanggang, dewan , kolam, alatan dan sebagainya.
Pemilihan pakaian:
Pakaian yang sesuai dan mempunyai ciri keselamatan.
Pakaian sukan merangkumi baju, seluar dan kasut bersesuaian dengan aktiviti
sukan, budaya dan adat resam negara.
Faktor penting memilih pakaian sukan ialah keadaan cuaca, bentuk aktiviti,
perlindungan keselamatan dan identiti.
Pakaian sukan perlu selesa dan memudahkan pergerakan untuk mengelakkan
kecederaan dan kemalangan
Ciri-ciri pakaian sesuai untuk cuaca panas:
Mudah menyerap peluh dan lembapan
Baju lengan pendek
Pakaian jenis nipis, lembut, gebu dan selesa dipakai.
Berwarna cerah
Pembebas haba yang baik
Ciri pakaian aktiviti berisiko / perlindungan khas :
Kalis api , kalis air, tahan geseran, menyerap hentakan dan tahan tekanan
udara.
IDOLA:
Individu yang disanjung dan menjadi pujaan orang ramai. Peminat sering kali
meniru gelagat serta tingkahlaku idola mereka.
Kualiti / ciri istimewa ada pada idola:
Seringkali membantu pasukan memenangi pertandingan / kejohanan
Rekod pencapaian cemerlang seperti pemegang rekod jaringan gol
terbanyak atau acara lari pecut.
Kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang sukan
Tahap kecergasan yang tinggi.
Mempunyai semangat kesukanan yang tinggi
Mempunyai personaliti yang menarik
Komersialisme dalam sukan
Sebuah perniagaan yang berasaskan barangan, kepakaran dan perkhidmatan
sukan.
Contoh Sukan Komanwel, Formula 1 telah membawa masuk berjuta-juta wang
ringgit asing.
Semua keuntungan diperolehi melalui pengelolaan, pembuatan alatan sukan,
pelancongan, pengiklanan dan penyiaran. Industri ini telah menjana keuntungan
bagi negara.
FAKTOR PENDORONG KOMERSIALISME:
Keuntungan
Pihak penaja akan meraih keuntungan berlipat ganda melalui penjualan
tiket, penajaan dan hak penyiaran.
Pembangunan sukan negara
Sokongan dan tajaan daripada pihak swasta dapat membangunkan program
sukan negara.
Atlet profesional
Kewujudan atlet profesional yang popular dapat membantu pihak swasta
mengiklan produk mereka.
Pembangunan teknologi
Perkembangan pesat industri penyiaran dan multimedia memudahkan sukan
untuk dipromosikan di seluruh dunia.
Kesan Positif komersialisme dalam sukan:
Membantu membangunkan program sukan negara melalui tajaan daripada pihak
swasta dengan menyediakan dana kewangan yang besar.
Melahirkan ramai bintang sukan bertaraf dunia melalui tajaan dan sokongan pihak
korporat seperti Shalin, Nicole, Ong Beng Hee
45
Menyediakan peluang pekerjaan menerusi sektor-sektor berkaitan dgn sukan spt
pelancongan, perhotelan, penyiaran dan perkilangan.
Mempromosikan negara ke seluruh dunia melalui penganjuran sukan bertaraf
antarabangsa
Kesan negatif komersialisme:
Memetingkan keuntungan dan mengetepikan nilai-nilai murni yang ingin dibentuk
melalui sukan.
Melahirkan atlet yang kurang jati diri, komitmen dan semangat patriotisme kerana
mereka hanya mengejar kebendaan.
Membebankan penonton dengan mengenakan bayaran atau harga tiket yang tinggi
untuk menyaksikan acara sukan.
Bab 8: nilai dan etika dalam sukan
Etika dalam sukan:
Panduan peranan peserta, penonton, jurulatih, kumpulan sorak, pegawai, pengurus
dan juga pentadbir sukan.
Untuk menangani insiden negatif dalam sukan spt caci-mencaci, pergaduhan,
rusuhan dan tingkahlaku lain tidak beretika.
Semangat Kesukanan ialah kualiti tingkahlaku yang adil terhadap pasukan sendiri
dan pihak lawan serta sedia menerima kekalahan dan kemenangan dgn hati
terbuka.
Ciri semangat kesukanan penonton:
Keberanian diri
- Ia berani serta berazam melakukan sesuatu pekara dgn betul dan bersifat
kemanusiaan.
Mengetahui peraturan dan undang-undang permainan
- ia dapat memahami keputusan pengadil, beri komen dgn lebih teknikal,
bernas dan terperinci melalui saluran betul untuk penambahbaikan pasukanya.
Sentiasa menghormati pihak lawan & pengadil
- Pihak lawan perlu dihormati, disambut dan beri layanan baik.
- Pengadil individu mengadili sesuatu perlawanan.
- Penonton perlu bersifat tolak ansur, bersopan santun, mengambil berat &
menjalinkan persahabatan dlm situasi kemenangan @ kekalahan.
Dapat mengawal perasaan diri
- Penonton perlu mengetahui cara menyokong pasukannya ketika menang &
dpt mengawal perasaan bila kalah. Sabar & tenang menerima keputusan.
Kesetiaan kepada pasukan sendiri
- Pemain perlu diberi peluang & galakan peningkatan prestasi diri dlm
pasukan diwakilinya.
Menghargai kemahiran dan persembahan berkualiti.
- Penonton perlu memberi sokongan kpd persembahan kemahiran baik,
perlakuan ini menunjukkan kesedaran dan pengargaan terhadap prestasi yang
berkualiti tanpa mengira pasukan
Kesan semangat kesukanan kepada pasukan / negara:
1. Motivasi terhadap pasukan
2. Peningkatan keyakinan diri para pemain.
3. Para pemain mempamerkan mutu permainan yang bersih
4. Memberi imej yang baik kepada negara
5. Memperolehi hak mengelola dan menganjurkan sesuatu pertandingan diperingkat
antarabangsa.
+ Permainan bersih
Etika merupakan prinsip, nilai dan pegangan diterima sebagai panduan tingkahlaku
dlm kehidupan seharian.
Etika ditekankan dalam sukan ialah permainan bersih .
Amalan permainan bersih pada
o Peserta
o Jurulatih & pegawai sukan
o penonton
46
Etika peserta-permainan bersih:
Mematuhi semua peraturan dan undang-undang permainan
Mematuhi keputusan pengadil
Mematuhi arahan jurulatih
Menjaga displin dan maruah diri semasa perlawanan
Menjaga imej dan nama baik keluarga dan sekolah.
Menghormati pasukan lawan.
Bermain dengan tenang dan tidak mengikut emosi.
Bermain dengan adil dan berlaku jujur.
Elak daripada bermain kasar.
Bermain sebagai satu pasukan
Etika penonton permainan bersih:
Menghormati keputusan pengadil.
Menghormati pemain dan pegawai pasukan lawan.
Mematuhi peraturan tempat pertandingan
Menghormati arahan pegawai pertandingan dan pegawai keselamatan.
Menjaga displin dan maruah diri.
Menjaga imej dan nama baik keluarga dan sekolah.
Menjaga kebersihan padang atau tempat pertandingan.
Menjaga harta awam atau peralatan di tempat pertandingan.
Menghormati perasaan penyokong pasukan lawan dan penonton lain.
Sentiasa tenang dan tidak mengikut emosi.
Etika jurulatih dan pegawai sukan permainan bersih:
Mematuhi peraturan dan undang-undang permainan pada setiap masa.
Menerapkan semangat kesukanan dalam diri semua atlit
Memastikan keselamatan dan kebajikan pemain
Sentiasa menjaga displin pemain
Menghormati pasukan lawan.
Mengamalkan permainan yang bersih.
Kesan daripada Permainan Bersih:
Pengadil & pegawai sukan
Kelancaran perlawanan dan pertandingan
Mengurangkan jumlah pemain yang dikenakan tindakan displin.
Mewujudkan keharmonian dan keselesaan pemain dan penonton
Pemain
Mengelak daripada berlaku kecederaan.
Merapatkan hubungan pemain dengan pasukan yang lain.
Mengajar nilai-nilai penting seperti semangat kesukanan ( sportmanship)
Meningkatkan imej pasukan
Penonton
Menjadikan aktiviti sukan satu aktiviti yang menyeronokan.
Meningkatkan minat penonton terhadap sesuatu acara sukan
Meningkatkan jumlah penonton
+ Penyalahgunaan bahan dalam sukan
Apakah isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan?
Penggunaan drug untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja
menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada
ahliahli sukan tahun demi tahun.
Dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk
mengharamkan atau menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah
yang boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit.
Atlit berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya didapati positif
mengambil dadah terlarang melalui ujian secara rambang. Mereka juga akan
merana akibat kesan drug samada secara jangka pendek dan panjang.
Apakah maksud Drug?
47
Drug adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil,
akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itu memberi manfaat
kepada badan, drug ini disebut sebagai ubat. Sekiranya perubahan ini membawa
keburukan kepada badan, ianya disebut sebagai racun.
Apakah 'doping'?
'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan
prestasi sukan oleh atlit.
'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat
sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang.
Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk
menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil.
Kenapa sesetengah bahan dan kaedah diharamkan?
Alasan diharamkan melibatkan beberapa isu:
Kesihatan - Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap
kesihatan jika tidak digunakan dengan betul.
Etika - Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang
diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa.
Undang-Undang - Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu penggunaannya
adalah dilarang dalam sukan.
Apakah polisi penyalahgunaan drug dalam sukan di Malaysia?
Strategi yang diambil bertujuan untuk :
Pencegahan
Pembasmian :
o Salah laku dan penyalahgunaan dadah
o Sikap dan kebiasaan yang cenderung ke arah doping
Memantau :
o Ujian doping di luar pertandingan
o Parameter latihan dan tahap keupayaan
Langkah berjaga-jaga Sebelum mengambil sebarang ubat, atlit perlu mendapatkan
khidmat nasihat daripada doktor, pegawai sukan bertauliah dan pegawai pusat
doping, jika ingin menyertai acara sukan di peringkat kebangsaan atau
antarabangsa. Ini adalah kerana terdapat banyak ubat yang boleh membawa kesan
terhadap tahap keupayaan atlit.
Kenapa terdapat penyalahgunaan bahan oleh atlet berlaku sewaktu
pertandingan?
kerana atlet ingin berada atau mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik di
samping sebagai jalan mudah untuk mengecapi kejayaan
Ia juga bertujuan untuk meningkatkan stamina dan tenaga pada tahap yang tinggi
selain bertindak sebagai ubat tahan sakit sekiranya atlit mengalami sebarang
kecederaan tertentu.
Sebagai bukti, petikan artikel Berita Harian bertarikh 09 September 2009
menyatakan bahawa pelumba basikal Negara, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi
mengambil dadah terlarang kerana ingin berada pada tahap kesihatan yang terbaik
selepas mendapat tahu dia terpilih buat mengikuti program latihan elit skuad trek
negara di Australia.
Fauzan, 23 dalam petikan akhbar menyatakan beliau sebenarnya mengalami
kecederaan otot lutut kiri yang membuatkan dia bertindak mengambil keputusan
untuk mencari kaedah perubatan yang lain tanpa menyedari ubat yang diambil
telah diuji positif sewaktu Mini Olimpik
Apakah contoh penyalahgunaan bahan yang selalu digunakan atlet sewaktu
pertandingan?
Antaranya ialah dadah rangsangan jenis nandrolone iaitu sejenis steroid anabolik
yang digunakan oleh atlit lumba basikal Negara, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi.
trio atlet menembak Kebangsaan, Bibiana Ng, Joseline Cheah dan Siti Nur Masitah
Badrini juga terpalit kesalahan dalam penyalahgunaan bahan terlarang apabila
didapati mengambil dadah jenis propranonol bertujuan bagi mengurangkan
debaran. (petikan artikel akhbar Berita Harian, 08 Sept 2009) oleh Norbakti Alias.
Apakah akibat/ hukuman yang akan diterima atlet tersebut sekiranya dia
didapati bersalah?
48
Hukuman penggantungan selama beberapa tahun dikenakan ke atas mana-mana
atlet yang disahkan mengambil bahan terlarang tertentu dalam sukan selain
tindakan tataterbib dikenakan pada atlet tersebut.
Sebagai contoh bagi membuktikan kenyataan ini, dalam satu pernyataan artikel
akhbar berita harian, memberitahu MSN mengambil langkah awal dengan
menghentikan segala bantuan, elaun latihan dan kemudahan kepada Amirul serta
melarangnya daripada menyertai skuad kebangsaan untuk menjalani sesi latihan di
Hughou, China.
Bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah penyalahgunaan
bahan yang kerap berlaku pada era modenisasi ini?
dengan memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada para atlet dan perkara
ini perlu dilakukan pada peringkat bawahan.
Hal ini boleh dilaksanakan melalui aktiviti kaunseling, ceramah, kempen kesedaran
dan sebagainya kepada para atlet agar mereka dapat berusaha dan bekerja keras
dalam mencapai sesuatu kejayaan.
Selain itu, para atlet juga perlu sedar, mereka harus bertanggungjawab atas apa
sahaja makanan yang diambil kerana persatuan mahupun pegawai sukan tidak
boleh memerhatikan pergerakan mereka sepanjang masa.
Apa sahaja makanan khususnya makanan tambahan perlu dirujuk kepada Institut
Sukan Negara (ISN) untuk memastikan `kebersihannya' daripada dadah larangan.
+ Keganasan dalam sukan
+ Berlaku pada atlit, pegawai, jurulatih dan penonton semasa pertandingan.
+ Tindakan yang boleh mengakibatkan kecederaan kepada orang lain atau kerosakan
kepada objek tertentu seperti perlakuan fisikal, ugutan lisan ( akibat kecederaan
mental) .
+ Lahir daripada perasaan marah, tahap kebangkitan (arousal) yang tinggi serta
keadaan emosi diluar kawalan.
+ Punca :
o Faktor Psikologi
o Faktor persekitaran
o Faktor biologi
Keagresifan berpunca dari faktor psikologi:
1. Tindakan provokasi
Tindakan mencabar lawan supaya membuat reaksi balas.
2. Tekanan Emosi : mudah hilang kawalan berpunca dari stres akibat
Prestasi dibawah jangkaan
Jangkaan kejayaan terlalu tinggi tetapi diambang kekalahan.
Provokasi pihak lawan dan penonton.
3. Jangkaan perlakuan kasar
Individu yang menjangka bahawa beliau akan dikasari pihak lawan
mempunyai kecenderungan tinggi untuk bertindak agresif.
4. Kurang pengetahuan contah :
Dlm sukan terutama melibatkan kontak, pemain yg kurang mengetahui
peraturan kontak berkemungkinan memijak pemain lwn yg sedang terbaring
kerana beranggapan perbuatan tersebut tidak menyalahi peraturan permainan.
Penonton yg kurang berpengetahuan mungkin tidak berpuas hati dgn
keputusan pengadil lalu bertindak liar.
Keagresifan berpunca dari faktor persekitaran:
1. Lokasi pertandingan
Sokongan padu penonton blh menggalakkan pasukan tuan rmh bertindak
agresif. Sebaliknya pasukan pelawat juga blh bertindak agresif kerana
mempertahankan kedudukan atau akibat provokasi dpd penonton.
2. Cuaca ketika pertandingan
Bermain ketika cuaca panas @ hujan boleh menyebabkan seseorang
bertindak agresif. Cth keadaan padang licin blh mengakibatkan perbuatan tidak
disengajakan tetapi disalah anggap sebagai tindakan kasar oleh pihak lawan.
3. Keputusan pertandingan
49
Keputusan perlawanan tidak dijangka blh merangsang tindakan agresif. Dlm
situasi ini pemain mungkin berasa tertekan kerana gagal mencapai
kemenangan.
4. Aspek Keselamatan
Tahap keselamatan yg longgor dilokasi pertandingan adalah faktor utama
perlakuan agresif di kalangan penonton. Tingkahlaku provokasi yg tidak
dihalang juga adalah punca utama keganasan sukan.
Keagresifan berpunca dari faktor biologi:
1. Hormon adrenalin
Kajian sains menunjukkan hormon ini boleh merangsang perlakuan agresif.
Rembesan hormon ini meningkat dlm keadaan suhu tinggi, kelesuan dan
suasana bising.
2. Kesan steroid
Pengambilan steroid memberi kesan sampingan kepada mood seseorang.
Perubahan mood yang kadangkala sukar dikawal boleh mencetuskan sikap
agresif.
3. Kebangkitan fisiologi
Kebangkitan fisiologi ialah fenomena biasa dikenali naik semangat. Setiap orang
mempunyai respons yang unik apabila mengalami fenomena ini dan kesannya
rembesan hormon adrenalin meningkat dan ia mungkin kepada keganasan.
Langkah-langkah meminimumkan keagresifan dalam sukan:
- Mewujudkan sistem kawalan keselamatan yg ketat.
Memastikan tiada objek berpotensi dijadikan senjata @ alat provokasi
dibawa masuk ke kaw pertandingan.
- Memisahkan penyokong pasukan lawan.
Pisahkan tpt ddk penyokong mengelakkan tingkah laku provokasi. Kawasan
penonton dan pertandingan perlu dipisahkan dgn meletakkan pagar.
- Menggalakkan role-model yang baik
Ia mempamerkan nilai-nilai positif yg blh dijadikan teladan kpd atlit muda.
- Memberi ganjaran permainan bersih
cth anugerah fair play utk permainan bersih.
- Menghukum tindakan agresif
Spt penggantungan atlet, jurulatih & pegawai terlibat dlm tempoh tertentu.
- Mendisplinkan diri
Displin diri yg tinggi asas kawalan sifat agresif dan ia boleh dibina melalui
pengetahuan tinggi terhadap aspek kesukanan diceburi serta pemupukan nilai
positif spt semangat berpasukan, setia kawan dan patriotisme.
- Menguasai kemahiran pengurusan stres
Mengekalkan sifat tenang dlm situasi yg tegang. Jurulatih blh mengadakan sesi
mempelajari kemahiran pengurusan stress seiring dgn program latihan kemahiran
yg dijalankan.
+ Gangguan dalam sukan
Apa itu gangguan dalam sukan?
Gangguan di dalam sukan ialah berbagai tingkah laku oleh individu atau organisasi iaitu:
1. Provokasi,keganasan,memperkecil atau mengugut
2. Boleh berlaku kepada individu atau kumpulan
3. Merujuk kepada perwatakan individu atau kumpulan tersebut
Perbuatan yang dipanggil sebagai gangguan adalah tingkah laku yang diaggap tidak
disenangi oleh individu atau kumpulan.
Jenis- Jenis Gangguan Dalam Sukan
Terdapat 3 jenis iaitu:-
1. Gangguan seksual
2. Kelakuan ganas/ kasar
3. Diskriminasi
Gangguan seksual
Gangguan seksual ialah:-
1. Provokasi secara seksual
2. Permintaan melakukan perbuatan seksual
50
3. Perbuatan yang meransang seksual (lucah samada secara lisan atau bertulis)
Kelakuan ganas/ kasar
Kelakuan kasar ialah:-
1. Kekasaran secara fizikal (menyerang)
2. Serangan emosi (ugutan, desakan atau ketidakpuasan hati)
3. Pengabaian (kegagalan memberi layanan asas fizikal dan emosi seorang manusia)
4. Penyalahgunaan kuasa (antara jurulatih-pemain atau pengurus-pemain)
Rusuhan adalah satu bentuk gangguan sivil yang terdiri daripada kumpulan yang tidak
teratur dan mengamuk secara tiba-tiba serta bertindak melakukan keganasan, laku
musnah atau jenayah lain. Sementara seseorang individu mungkin cuba memimpin atau
mengawal rusuhan, rusuhan selalunya kucar-kacir dan tidak teratur.
Rusuhan biasanya berlaku sebagai reaksi kepada kesedihan tertentu atau rasa tidak puas
hati. Sepanjang sejarah, rusuhan berlaku kerana keadaan kerja serta taraf hidup yang
teruk, penentangan terhadap kerajaan, penentangan terhadap cukai, konklik antara kaum
atau agama, ataupun setelah kekalahan sesebuah pasukan di sesuatu acara sukan
terutamanya bola sepak.

You might also like