You are on page 1of 29
 
Warisan Puisi Melayu di Malaysia.
SIEW CHANG YEEMasyarakat Melayu merupakan masyarakat yang amat berpegang teguh kepada adat resamdan tradisi mereka. Dalam kehidupan seharian, ia banyak melibatkan norma-norma hidup, peraturan, tradisi dan pantang larang yang wajib dipatuhi. Pengabaian terhadap adat resam itudianggap sebagai satu kesilapan yang besar sehingga boleh mengakibatkan jatuhnya statusatau maruah si pelaku mahupun keluarganya.Pepatah Melayu yang mengatakan ‘
biar mati anak jangan mati adat’ 
menunjukkan betapa tinggi komitmen masyarakat Melayu terhadap adat resam peninggalan moyangmereka. Kehidupan masyarakat Melayu dilihat berpandukan kepada sistem rasa dan amatsensitif dengan perasaan orang lain. Mereka diasuh dan diterapkan dengan amalan-amalanhidup yang penuh dengan sifat bersopan santun, tidak suka menonjol diri dan sentiasamengalah sebagai tanda hormat dan toleransi yang tinggi. Oleh yang demikian, sejak zamantradisional lagi, orang Melayu telah melengkapkan diri mereka dengan mencipta panduanhidup dan peraturan-peraturan yang dikenali sebagai sastera Melayu tradisional berbentuk  puisi. Ia dapat dikaitkan dengan insiatif masyarakat dahulu kala dalam menggambarkankehidupan mereka. Masyarakat Melayu yang pada ketika itu lebih mementingkan tradisi lisantelah menggunakan bantuk-bentuk kesusasteraan Melayu tradisional seperti syair, pantun, peribahasa, pepatah dan perumpamaan bagi menggambarkan pencapaian serta pemikiranmereka. Namun begitu, peranan dan kedudukan warisan puisi dalam masyarakat moden harisemakin ‘sepi’. Ia semakin dipinggirkan oleh generasi muda yang dilihat semakin tidak 1
 
meminati warisan tradisi ini. Mereka dikatakan hilang ciri-ciri kemanusiaan dan gagalmenghayati keindahan warisan tradisional tersebut. Masyarakat moden yang sarat dengankonsep logik dan mengutamakan soal-soal fizikal, material dan kejasmanian dikatakan hilangsifat kerohanian sebaliknya digantikan dengan aspek-aspek logikal dan objek-objek yang bersifat konkrit.Dalam penulisan ini, penulis akan cuba mengupas pemikiran masyarakat Melayu danmengaitkannya dengan warisan puisi tradisional Melayu. Di samping itu, penulis juga akan berusaha untuk mengenal pasti dan menyenaraikan beberapa peranan puisi Melayu dalamkehidupan masyarakat Melayu. Penganalisaan turut akan dilakukan ke atas bentuk-bentuk  puisi tradisional Melayu seperti syair, pantun, gurindam, pepatah, peribahasa dan perumpamaan memandangkan ia berperanan sebagai sumber kajian yang dapatmenggambarkan pemikiran dan falsafah hidup masyarakat Melayu dari zaman tradisionalsehingga ke hari ini. Ia penting memandangkan bentuk-bentuk puisi ini mengandungi pelbagai maklumat penting yang tersirat dan tersurat dan berkait rapat dengan pelbagai aspek kehidupan, warisan, aktiviti serta kegiatan ekonomi masyarakat Melayu.Fokus penulisan akan bertumpu kepada usaha-usaha untuk mengenal pasti jenis-jenis puisi Melayu. Di samping itu, kepentingan dan fungsi puisi dalam masyarakat Melayutradisional turut akan diteliti. Pada masa yang sama, kesinambungan warisan itu sehingga haridan hubungan warisan puisi ini dengan masyarakat Melayu turut akan dikupas. Akhir sekali,cabaran warisan puisi tradisional dalam dunia moden dan globalisasi turut akan dibincangkan.Apabila membicarakan mengenai puisi Melayu, ia merangkumi satu aspek yang amatluas, menakjubkan dan penuh dengan misteri. Masyarakat Melayu tradisional yang dianggap2
 
simple, kolektif dan serba kekurangan itu telah menghasilkan puisi-puisi yang begitu banyak dan berkualiti. Kajian-kajian yang lebih serius dan bersifat akademik terhadap warisan puisitradisional dikatakan hanya bermula pada abad ke-19. Ia dipelopori oleh golongan penulis dan pengkaji Melayu tradisional sebelum diambil alih oleh golongan para sarjana dan pegawai- pegawai Eropah. Kesedaran terhadap kepentingan warisan ini telah membawa kepada satudimensi baru dalam kajian warisan puisi. Ia dilakukan dengan lebih komprehensif danmendalam oleh golongan pengkaji yang terdidik dalam disiplin sastera dan akademik.Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi merupakan tokoh yang banyak memberisumbangan dalam bidang penulisan puisi tempatan. Beliau telah menghasilkan beberapa syair yang penting dan meninggalkan impak yang begitu besar dalam warisan puisi negara.Antaranya ialah ‘
Syair Singapura Terbakar’ 
( 1820 ), ‘
Syair Kampung Gelam
 
Terbakar 
( 1847 ) dan ‘
 Kisah Pelayaran Abdullah’ 
( 1965 ). Penulisannya beliau banyak mengisahkanlawatannya ke serata tempat termasuklah Singapura, Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur.Dalam karyanya, Abdullah banyak membuat kritikan terhadap golongan bangsawan dan raja-raja Melayu yang dikatakan terlibat dalam aktiviti-aktiviti negatif seperti berjudi, berhutangdan ketagih candu. Perbuatan-perbuatan itu dianggap merugikan bangsa dan menjadikanorang Melayu lemah.Peranan Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad tidak kurang pentingnya dalam karyanyayang berjudul ‘
Gurindam Dua Belas’ 
(1846 ), beliau berjaya mencipta gurindam-gurindamyang baik dan juga membincangkan perbezaan antara gurindam dengan syair. Manakaladalam kitab
Sasilah Melayu dan Bugis dan Sekalian Raja’ 
( 1956), Raja Ali Hajimenyelitkan syair dalam hampir setiap babak ceritanya dan menjadikannya lebih menarik.3

Reward Your Curiosity

Everything you want to read.
Anytime. Anywhere. Any device.
No Commitment. Cancel anytime.
576648e32a3d8b82ca71961b7a986505