You are on page 1of 3

5.

CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG, SELANGOR

a)

Kuat kuasa undang-undang Beberapa akta telah dikuatkuasakan untuk menjaga sumber air daripada

dicemari seperti Akta Kualiti Alam Sekitar. 1974, untuk memelihara kebersihan alam sekitar dan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling, 1979, untuk mengawal pembuangan sisa industri. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Seksyen 29A - Larangan Atas Pembakaran Terbuka mengenakan denda maksimum sebanyak RM2,000 bagi pesalah yang melakukan pembakaran terbuka. Selain itu, diharapkan satu sistem pengawalan, pemantauan dan penguatkuasaan kemas dan mantap dapat dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar mahupun pihak lain untuk mencegah pencemaran daripada terus berlaku. b) Kempen cintai alam sekitar Menyertai sesuatu kempen cintai alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Dalam kempen-kempen ini, penduduk Taman Putra Perdana akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. Kempen-kempen seperti ini dapat mengurangkan pencemaran bau akibat pembuangan sampah-sarap. Antara kempen-kempen cintai alam sekitar ialah:
i.

Kempen

Cintailah

Sungai

Kita

menjalankan

banyak

aktiviti

untuk

membersihkan kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.
ii. Kempen Kitar Semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula

bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, penduduk Taman Putra Perdana akan belajar untuk berjimat-cermat.
iii. Sahabat Alam menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok

bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga

dapat menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.

c)

Pendidikan Alam Sekitar Untuk memupuk kesedaran dalam kalangan penduduk Taman Putra Perdana,

cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Dengan adanya pendidikan alam sekitar, akan wujud kesedaran tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio. Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. d) Insinerator Incinerator atau insinerator (tapak pelupusan sampah sanitari) berfungsi melalui kegiatan pembakaran sisa-sisa atau sampah-sarap secara tertutup. Alternatif ini dapat memperbaiki sistem pelupusan sampah di Taman Putra Perdana yang masih mengamalkan tapak pelupusan dan pembakaran sisa secara terbuka. Tapak pelupusan sanitari mempunyai loji rawatan leachate (air larut resapan) ke dalam sumber air bawah tanah, sistem saluran paip untuk menyerap gas Metana yang dihasilkan daripada proses pereputan sampah serta sistem penutupan sampah yang dilupuskan bagi mengelak risiko bau. Selain itu, pembarakan sampah secara tertutup juga memerlukan masa yang lebih sedikit berbanding dengan membakarnya secara terbuka. e) Petrol tanpa plumbum Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan

kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan penduduk Taman Putra Perdana. Hal ini kerana plumbum ialah sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak.
f)

Catalytic converter Penggunaan Catalytic Conventer dalam ekzos kereta boleh mengurangkan

karbon monoksida yang dilepaskan oleh kereta. Alat ini dapat menukar karbon monoksida yang beracun kepada karbon dioksida. Hal ini mengurangkan pencemaran udara akibat gas karbon monoksida tersebut. Saya berbangga kerana penduduk di Taman Putra Perdana memiliki kesedaran dan sikap bertanggungjawab yang tinggi terhadap alam sekitar. Kerjasama telah diberikan untuk menyenaraikan alternatif atau cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Namun begitu, kerajaan dan rakyat perlu sama-sama berganding bahu untuk menangani isu ini.

CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG, SELANGOR LANGKAH-LANGKAH BILANGAN RESPONDEN Kuat kuasa undang-undang 5 Kempen Cintai Alam Sekitar 4 Penapis asap 5 Petrol tanpa plumbum 3 Catalytic Converter 3 JUMLAH 20 (Sumber: Soal Selidik terhadap Penduduk Taman Putra Perdana)

You might also like