P. 1
Guru Sebagai Pemimpin Dan Pengamal Profesionalisme Keguruan

Guru Sebagai Pemimpin Dan Pengamal Profesionalisme Keguruan

2.0

|Views: 3,083|Likes:
Published by Zaidy Omar

More info:

Published by: Zaidy Omar on Jun 30, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/07/2014

pdf

text

original

PISMP SAINS

GURU SEBAGAI PEMIMPIN DAN PENGAMAL PROFESIONALISME KEGURUAN 1.0 PENGENALAN Realiti pada masa kini iaitu tugas seorang guru tidak terhad kepada mengajar menyebabkan guru turut dilabel sebagai seorang pemimpin di dalam tugas-tugas yang tertentu. Danielson (2006) melihat kepimpinan guru sebagai himpunan kemahiran pada seseorang guru yang selain daripada mengajar turut mempunyai pengaruh yang diperluaskan ke luar bilik darjahnya, sama ada di dalam atau di luar sekolahnya. Hal ini dibuktikan dengan pelbagai peranan dan tugas guru dari pelbagai aspek yang harus dijalankan dengan penuh tangggungjawab. Setiap bidang pekerjaan dibezakan dengan aras profesionalismenya. Tidak semua pekerjaan dianggap sebagai bidang profesional. Ianya memerlukan ciri-ciri yang khusus untuk diiktiraf sebagai sesuatu bidang yang profesional. Antara pekerjaan yang pada masa kini dianggap sebagai bidang profesional ialah peguam, doktor, guru dan sebagainya. 2.0 KONSEP 2.1 Konsep Pemimpin

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "pemimpin" bermaksud suatu gelaran kepada pelaku kepimpinan atau memimpin sesebuah, organisasi, kumpulan atau persatuan. Ahmad Rusli (1999) dalam kertas kerjanya Pemimpin Dalam Kepimpinan Pendidikan menyatakan pemimpin adalah individu manusia yang diamanahkan memimpin subordinat (pengikutnya) ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.
1

PISMP SAINS

Katzenmeyer dan Moller (2009), mendefinisikan guru pemimpin ialah, mereka yang memimpin di dalam dan luar kelas, mengenalpasti dan menyumbang kepada komuniti guru dan para pemimpin, berpengaruh terhadap yang lain ke arah amalan pendidikan yang lebih baik, dan menerima tanggungjawab untuk mencapai hasil dari kepimpinan mereka.Dalam erti kata yang lain, istilah guru sebagai pemimpin dapat diterjemahkan sebagai individu manusia yang memimpin murid-muridnya untuk mencapai matlamat pembelajaran berdasarkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

2.2 Konsep Profesionalisme Keguruan

Mok Soon Sang (1991) mengistilahkan profesionalisme keguruan sebagai ciriciri suatu pekerjaan yang memerlukan latihan ikhtisas seperti yang diperlukan di dalam profesionalisme perguruan, profesionalisme guaman, profesionalisme perubatan dan sebagainya. Sufean (1993) pula menjelaskan guru merupakan golongan professional kerana profesion ini lebih mementingkan perkhidmatan daripada ganjaran kewangan dan merasa bertanggungjawab dalam semua tindakan dan keputusan yang dibuat. Dalam definisi yang lain pula, Fatimah (2002) menyatakan guru bukan sahaja menjadi pendidik dan pengasas kepada pengetahuan pelajar-pelajar tetapi juga menjadi pemimpin, penasihat dan agen perubahan dalam masyarakat.

Bersandarkan

kepada

ketiga-tiga

definisi

diatas,

dapat

disimpulkan

profesionalisme keguruan diertikan sebagai sesuatu bidang pekerjaan yang mempunyai latihan ikhtisas yang cukup dan mengamalkan kod etika yang ditetapkan serta sumber kepada ilmu dan maklumat murid dan juga agen perubahan bagi masyarakat sekelilingnya.
2

PISMP SAINS

3.0

GURU

SEBAGAI

PEMIMPIN

DAN

PENGAMAL

PROFESIONALISME

KEGURUAN 3.1 Guru sebagai Pemimpin Berdasarkan definisi oleh Katzenmeyer dan Moller, ciri-ciri pemimpin guru adalah: i. Memimpin di dalam dan luar kelas Guru yang profesional merupakan seorang yang mahir di dalam kelas melalui pengajaran dalam pembelajaran dengan pelajar.

Kepimpinan guru akan dibenarkan oleh guru lain apabila guru tersebut dirasakan cemerlang terhadap pelajarnya. Little (1995) menyatakan kepercayaan yang diberikan untuk memimpin sebagai suatu pra syarat bagi guru pemimpin dalam mempengaruhi rakan sekerja. Kepercayaan ini hanya boleh diberikan oleh guru lain dan bukan melalui jawatan yang dipegang. Guru boleh menjadi pemimpin kepada perubahan di luar kelas mereka dengan menerima lebih tanggungjawab dalam membantu rakanrakan untuk mencapai kejayaan bagi semua pelajar dan untuk keseluruhan program di sekolah. Tahap penglibatan kepimpinan guru di luar kelas adalah bergantung kepada konteks sekolah dan sistem sekolah serta kemahuan guru. Apa yang paling penting adalah guru tidak harus melepaskan fokus mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran untuk menjadi pemimpin.
3

PISMP SAINS

Pada masa lalu, keyakinan masyarakat umum bahawa jika anda seorang guru, satu-satunya cara untuk menjadi sebagai pemimpin adalah dengan meninggalkan kelas dan mungkin juga sekolah (Barth, 1988; Buyer, 1983) Wanda (2009), menyarankan agar guru perlu terus mengajar disamping memberikan sumbangan di luar kelas. Ini bagi mengelakkan mereka terputus hubungan dengan kelasnya di sekolah. Peranan guru sebagai pemimpin memberikan semangat kepada guru untuk menyedari tentang nilai profesional mereka, disamping itu akan tetap

mempertahankan peranan dan tumpuan mereka untuk mengajar. ii. Mengenalpasti dan menyumbang kepada komuniti guru dan para pemimpin . Memimpin di luar kelas memberikan peluang bagi guru untuk berinteraksi dengan orang dewasa di sekolah. Ackerman dan Mackenzie (2007), mencadangkan “Hidup untuk mencapai impian bagi menjadi sebahagian daripada kelompok, kerjasama dalam sesuatu perusahaan”. Jika impian ini tercapai, maka para guru akan belajar atau berada di dalam komuniti sekolah yang profesional. Guru pemimpin juga boleh menjangkau di luar sekolah mereka ke peringkat yang lebih luas dalam masyarakat. Penyertaan dalam projekprojek pendidikan nasional, organisasi profesional, termasuklah

menjalinkan rangkaian dengan pemimpin guru lain yang menguatkan serta meningkatkan amalan pengajaran mereka.

4

PISMP SAINS

Lieberman dan Wood (2003) mendokumentasi nilai guru terlibat dalam rangkaian luaran. Para guru pemimpin mengetahui bagaimana

membina perikatan dan rangkaian bagi menyelesaikan pekerjaan mereka. Rangkaian ini membantu mereka untuk mendapatkan tenaga kerja yang diperlukan, dana, dan sumber lain untuk menyokong tindakan yang dirancang. iii. Berpengaruh terhadap yang lain ke arah amalan pendidikan yang lebih baik. Guru sebagai pemimpin mempengaruhi orang lain bagi

meningkatkan amalan pendidikan. Kata kunci bagi pemimpin adalah mempengaruhi. Kerjaya sebagai pendidik merupakan suatu kerjaya yang banyak mengamalkan kaedah mempengaruhi di dalam pengajaran ketika bersama dengan pelajar di dalam kelas. Silva, Gimbert, dan Nolan (2000), dalam kajian mereka para guru pemimpin yang membina hubungan adalah seorang yang kritis dalam pekerjaan mereka. Mooney (1994), Guru pemimpin digambarkan sebagai rajin, terlibat dengan inovasi, memotivasi pelajar dengan berbagai kemampuan, dan sentiasa bersedia untuk guru lain. Kedudukan jawatan tidak begitu mempengaruhi orang lain. Guru yang mengadakan kerjasama dengan rakan-rakan mereka adalah sama efektif dalam mempengaruhi orang lain sepertimana individu dengan kedudukan jawatan yang membawa kekuatan sesuatu kedudukan.

5

PISMP SAINS

iv.

Menerima tanggungjawab untuk mencapai hasil dari kepimpinan mereka. Kepimpinan yang berkesan dilihat berdasarkan hasil yang

diperolehi. Guru sering memasukkan peranan kepimpinan dengan mengenalpasti bahagian yang memerlukan penambahbaikan dan

kemudian menangani masalah tersebut. Guru pemimpin akan menerima tanggunjawab ini untuk membuat tindakan lanjut sebagai komitmen mereka dan untuk mencapai matlamatnya. Dalam sebuah kajian tentang keberkesanan masyarakat pendidik profesional, dilaporkan bahawa salah satu dari jenis sokongan yang diberikan oleh pengetua sekolah adalah membuat tindak susulan yang konsisten terhadap sesuatu keputusan (Moller et al., 2000). Adalah diandaikan bahawa ini juga berlaku kepada kepimpinan guru. Dimana kepercayaan dibina melalui pengalaman dengan berapa kekerapan seseorang itu dapat bergantung terhadap orang lain. 3.2 Guru sebagai Pengamal Profesionalisme Keguruan Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan

profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001). Kualiti yang dimaksudkan ialah kualiti proses dan kualiti produk. Dengan ini, modal insan perlu dikembangkan secara bersepadu hingga mencapai ke tahap yang optimum. Dengan adanya program-program pembangunan profesional maka para guru sudah tentunya dapat
6

PISMP SAINS

mengoptimumkan keupayaan diri seterusnya meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara. Antara aspek-aspek keguruan yang dikatakan sebagai ciri-ciri profesion ialah guru mempunyai pengetahuan yang luas dari segi pengetahuan kandungan, pengetahuan pedagogi dan pedagogi asas. Dalam konteks pendidikan, menjadi seorang guru bukannya semudah menjadi pemberi ilmu. Seseorang individu perlulah menjalani latihan khusus di mana tempat latihan tersebut merupakan pusat latihan yang diiktiraf oleh agensi yang berkenaan sebagai sebuah pusat latihan guru yang mencapai kualiti tertentu. Contohnya ialah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang pada masa kini sedang melalui proses

pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA) untuk pengiktirafan graduan ijazahnya. Di pusat-pusat latihan sebegini, para bakal guru dibekalkan dengan pengetahuan mendalam tentang mata pelajaran yang akan mereka ajar, pengetahuan pedagogi yang mantap, kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan serta pembentukan sahsiah diri yang unggul melalui pelbagai program yang disediakan. Aspek Pengajaran yang yang kedua berkesan ialah pengetahuan guru mengenai yang pelajar.

memerlukan

mempunyai

pengetahuan dari segi perkembangan kanak-kanak dan remaja dari perspektif kognitif, sosial, fizikal dan emosi. Pemahaman mengenai murid dan alam belajar iaitu berkaitan kepelbagaian kecerdasan pelajar, perbezaan individu dari segi kognitif, budaya dan emosi dapat membantu
7

PISMP SAINS

guru memperkembang potensi pelajar ke peringkat yang optimum. Selain itu, seseorang guru itu juga perlu berupaya mengaplikasikan pendekatanpendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan muridnya serta boleh memotivasikan murid untuk meneruskan pembelajaran. Guru juga perlu menilai pemahaman pelajar, membuat refleksi amalan pengajaran serta menambahbaik perancangan dan proses pengajaran. Aspek ketiga pula ialah peningkatan profesionalisme guru. Sebagai seorang guru yang professional, kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah dan teknik pengajaran perlu diperkemas dari semasa ke semasa. Rohani Abdul Hamid (1998) menyatakan profesion guru diharapkan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya berasaskan ilmu dan pemikiran. Justeru, guru perlu melengkapkan diri dengan pembaharuan dan perubahan kurikulum agar tidak ketinggalan terhadap perkembangan pesat yang berlaku dalam dunia pendidikan. Di samping itu, guru haruslah berupaya membuat keputusan dalam hal-hal kepengurusan bilik darjah, mewujudkan hubungan mesra dengan pihak pentadbiran sekolah, membina kerjasama baik dengan pihak luar yang berkenaan dan mempunyai rangkaian hubungan dengan agensi-agensi kerajaan. Guru komited untuk menyediakan program pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkualiti dan berpegang teguh kepada strategistrategi akauntabiliti yang berkesan di samping melaksanakan program secara adil dan mencapai keputusan yang bermakna. Seorang guru yang profesional merupakan individu yang mengamalkan dan patuh kepada
8

PISMP SAINS

etika kerja seperti mana yang telah termaktub di dalam Kod Etika Keguruan. Antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru termasuklah tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat, rakan sejawat dan negara. Manakala guru juga perlulah mempunyai akauntabiliti keguruan yang diistilahkan sebagai bertanggubgjawab terhadap seseorang individu atau terhadap sesuatu. Akauntabiliti merupakan satu obligasi untuk memberi penjelasan tentang sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapatkan penjelasan tersebut. Sebagai contoh, sekolah akan memastikan seorang guru mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian murid melalui pengumpulan dan penganalisisan data yang sistematik dan shih keputusannya. Maka, akauntabiliti keguruan membawa maksud berkaitan tanggungjawab sepenuhnya guru terhadap profesionalisme keguruannya.

4.0 ISU-ISU ETIKA KEGURUAN DAN KESANNYA TERHADAP PROFESION 4.1 Isu Kesantunan Guru Makna perkataan kesantunan boleh dikatakan sebagai perlakuan atau tingkah laku yang mampu menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain yang menjadikan sesuatu pergaulan itu berada dalam keadaan harmoni dan mesra. Kesantunan melibatkan perlakuan verbal atau non-verbal. Za’ba (1950) menjelaskan beberapa perkara yang menjadi peraturan ketat dalam masyarakat bagi mengawal perlakuan dan
9

PISMP SAINS

etiket. Antaranya ialah perlakuan dalam percakapan. Nada, ton dan intonasi suara hendaklah bersesuaian dengan keadaan semasa

seseorang individu. Noriati (2004) berpendapat bahawa kesantunan bermula daripada hati yang ikhlas dan jujur akan menzahirkan perlakuan yang menyenangkan semua pihak. Menurut sumber blog Laman KL-Today bertarikh 27 September 2010, pada masa kini telah berlaku beberapa kes yang berkaitan dengan isu kesantunan guru. Di Muar, Johor pengetua Sekolah Menengah

Kebangsaan Sultan Abu Bakar telah diberikan amaran oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysian kerana bertindak rasis dengan

memaksa lebih 50 pelajar bukan Islam daripada tingkatan satu hingga lima supaya meniru cara menadah tangan serta membaca doa bersamasama pelajar Islam semasa perhimpunan bulanan sekolah itu. Selain itu, pada bulan Ogos yang lepas seorang pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman di Kulai mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman terhadap pelajar Cina dan India. Kemudian pada Julai lalu, seorang guru agama di Sekolah Menengah Perempuan Methodist di Tengkera, Melaka didakwa memarahi pelajar sebuah kelas sekolah dengan mengeluarkan kata-kata perkauman. Guru tersebut menyalahkan pelajar Cina yang menyebabkan pelajar Melayu tidak menutup aurat. Kejadian ini berlaku selepas beberapa pelajar perempuan Melayu berpakaian tidak menutup aurat ketika memperagakan fesyen dalam satu program di sekolah itu. Malah, guru tersebut turut menuduh
10

PISMP SAINS

pelajar Cina memakai seluar pendek kerana mahu menjual tubuh mereka. Laporan telah dilakukan dan akhirnya guru tersebut telah ditukar ke sekolah lain. Berdasarkan daripada ketiga-tiga contoh nyata tindakan guru-guru berkenaan, adalah lebih baik sekiranya mereka menilai semula nilai kesantunan guru yang sewajarnya diamalkan. Ketika berkomunikasi, guru harus mengikut norma-norma budaya dan bukan sekadar mengikut tatacara sendiri. Tatacara berbahasa harus sesuai dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam konteks masyarakat majmuk. Sekiranya perkara ini dipandang remeh maka pelbagai kesan yang tidak baik akan wujud. Antaranya, tindakan tatatertib dan disiplin daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kredibiliti perkhidmatan menurun, gangguan system tangga gaji dan sebagainya. Dari aspek kesantunan non-verbal, perlakuan dari segi gaya berpakaian, cara duduk, cara berhubung dengan pihak lain, salam dan beramah-tamah adalah dititikberatkan. Para guru perlu bijak

menyesuaikan keadaan penampilan diri selari dengan nilai dan cara hidup masyarakat Malaysia yang berkait rapat dengan budaya dan kepercayaan beragama. Impak yang negatif akan dirasai oleh seorang guru apabila berpakaian melawan cara yang sepatutnya. Sebagai contoh guru berpakaian seperti seorang artis. Secara tidak langsung persepsi muridmurid dan para rakan sejawat akan bertukar negatif dengan memandang serong guru berkenaan dan maruah guru tersebut akan tercalar.
11

PISMP SAINS

Guru juga perlu mengawal tingkah lakunya yakni bijak mengawal emosi. Adalah tidak wajar bagi seorang guru untuk memarahi muridnya dihadapan khalayak umum dengan menggunakan kata-kata yang kesat. Sekiranya berlaku perkara sebegini, guru berkenaan telah melanggar hak asasi kanak-kanak berdasarkan Konvensyen Kanak-Kanak Kebangsaan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Susulan daripada itu, murid tidak akan berjaya dididik dengan tingkah laku guru yang tidak santun. Ini kerana guru merupakan model utama bagi seorang murid. 4.2 Isu Berniaga di Sekolah Bidang perniagaan merupakan satu bidang menjanjikan

keuntungan yang lumayan dan agak cepat maka, tidak hairanlah jika segelintir guru pada masa kini terlibat aktif dalam perniagaan seperti Multi Level Marketing (MLM), menjual kuih raya, mengambil tempahan pakaian, mengedar barangan kecantikan dan kesihatan serta pelbagai lagi jenis perniagaan. Dari segi etika profesion perguruan Malaysia, guru yang terlibat telah melanggar etika berikut iaitu; 4. Tanggungjawabterhadap rakan sejawat dan profesion

perguruan. 4.2 Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai seorang guru. Kebanyakan guru yang terlibat dalam perniagaan sebegini memberikan alasan yang pelbagai. Antaranya ialah, kos sara hidup yang
12

PISMP SAINS

tinggi, merasakan gaji yang diterima belum cukup lumayan dan menambah sumber pendapatan sedia ada. Alasan sebegini seringkali didengari walhal kerajaan pada masa kini prihatin mengenai kebajikan guru dengan memberikan elaun-elaun serta intensif yang berkaitan sebagai pendorong kepada perkhidmatan yang berkualiti. Kesan daripada isu ini antaranya ialah, guru hadir ke sekolah demi memenuhi syarat perkhidmatan dan mengajar demi mencukupkan masa yang diperuntukkan sahaja. Jiwa dan raga guru berkenaan tidak lagi komited terhadap tanggungjawab utama seorang guru kerana lebih mengutamakan agenda lain yang lebih menguntungkan. Selain itu, ibu bapa akan mempunyai tanggapan yang salah terhadap pihak pengurusan sekolah. Lebih banyak prasangka buruk serta cemuhan akan dilemparkan kepada guru yang tidak dedikasi dalam menjalankan tugas dan lebih mengutamakan keuntungan sendiri.

5.0 TEORI DAN JENIS KEPIMPINAN 5.1 Teori Kepimpinan Situasi Teori situasi beranggapan bahawa persekitaran organisasi yang berbeza memerlukan cara kepimpinan yang berbeza untuk mendapatkan impak yang maksimum. Kepimpinan yang berkesan dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut iaitu pengikut, pemimpin dan situasi yang saling

mempengaruhi. Dalam teori Kontijensi Fiedler (1967) dinyatakan bahawa
13

PISMP SAINS

tidak terdapat satu cara yang terbaik dalam memimpin sesebuah organisasi. Keberkesanan sesuatu gaya kepimpinan bergantung kepada situasi apa yang dihadapi. Dengan kata lain, kepimpinan optimal tertakluk kepada orientasi psikologikal pemimpin dan tuntutan persekitaran. Kejayaan sesebuah kepimpinan di sekolah berdasarkan teori kontijensi ini dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu pertama hubungan pemimpin dan ahli-ahlinya. Sebagai seorang pemimpin di sekolah hubungan sosial yang akrab dengan rasa hormat yang tinggi dengan ahliahli kepimpinan sangat membantu dalam meningkatkan mutu kepimpinan di sekolah. Ini disebabkan pemimpin yang boleh didekati dan mendekati ahli kepimpinannya akan mudah mendapat kerjasama dalam melakukan apa sahaja program yang dirancang. Kedua ialah faktor struktur tugasan yang jelas. Setiap ahli kepimpinan perlulah jelas akan perkara yang perlu dicapai dan direalisasikan. Visi, misi, matlamat, dan hala tuju sekolah sebaiknya dijelaskan secara terperinci agar semua ahli dalam kepimpinan dapat berusaha tanpa membuta tuli dan mempunyai hala tuju yang sama. 5.2 Kepimpinan Teragih Jenis kepimpinan teragih menekankan kepada kerja berpasukan dan kerjasama yang tinggi. Kepimpinan jenis ini diagihkan dalam suatu jaringan interaktif antara pemimpin dengan ahli-ahli di dalamnya.

14

PISMP SAINS

Kepimpinan sebegini dapat menimbulkan semangat kerjasama dan keakraban di antara rakan sekerja. Di dalam konteks kepimpinan sekolah, keputusan bersama adalah diutamakan. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan maklumat yang lebih kolektif dan situasi ini dapat membawa kepada peningkatan keberkesanan pelaksanaan sesuatu perancangan. Hasil dan keputusan bersama ini juga terhasil dengan pemilikan visi yang sama oleh pemimpin atasan dan juga ahli kepimpinan. Melalui kepimpinan teragih, suara dan pendapat semua pihak dapat dipertimbangkan kerana kepimpinan jenis ini merupakan gabungan jenis kepimpinan demokratik dan juga kepimpinan partisipatif. Oleh itu, masalah keciciran terhadap perkara-perkara pengurusan yang berkaitan dengan sekolah akan menjadi lebih kurang.

6.0 RUMUSAN Rumusannya, sebagai seorang guru aspek kepimpinan tidak akan dapat dipisahkan daripada tugas dan peranan guru itu sendiri. Seseorang yang telah mengikuti latihan keguruan yang cukup sudah semestinya boleh dikatakan sebagai seorang pemimpin. Ini kerana melalui modul-modul latihan keguruan itu sendiri, para guru telah didedahkan dengan kaedah dan teknik yang berkesan untuk seseorang menjadi pemimpin khususnya di dalam sebuah bilik darjah.

15

PISMP SAINS

Sungguhpun begitu, seorang guru akhirnya perlulah berbalik kepada tujuan utama profesion perguruan itu sendiri. Ini dapat dilakukan dengan mengetahui, memahami dan menghayati isi kandungan kod etika perguruan yang telah digariskan sebelum ini. Perkara ini penting bagi memastikan para guru boleh menjalankan tanggungjawabnya secara lebih berfokus dan kolektif demi memartabatkan profesion perguruan dan membantu murid mencapai keseimbangan dalam lima aspek utama yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

16

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->