You are on page 1of 11

SINOPSIS Cerpen Ziarah karya Othman Puteh terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan satu cerita sedih

dimana ianya mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri yang telah berpisah akibat persefahaman yang tidak wujud lagi di antara mereka. Watak utamanya tidak di nyatakan dengan jelas oleh penulis, tetapi berdasarkan hasil bacaan yang telah saya perolehi, dia adalah seorang narrator dalam cerpen ini, seorang bekas suami kepada seorang wanita yang bernama Esah, dan berada dalam lingkungan pertengahan umur (35-40 tahun). Ceritanya bermula dengan berlatarkan di kawasan lapangan terbang dimana si pencerita ingin terbang pergi ke Bangkok bersama dengan kekasih barunya, yang hanya digelarkannya sebagai R. Situasi ini boleh dirujuk melalui dialog ini: Katakan apa saja kau mahu ... hello! ada flight ke Bangkok? R merupakan seorang yang baik dan merupakan kenalan lama si pencerita. yang dahulunya di maki caci oleh si pencerita. Keputusan untuk pergi ke Bangkok di ambil oleh si pencerita kerana dia sudah tidak sanggup untuk menanggung penderitaan dengan menetap di daerah yang sama dengan bekas isterinya. Tetapi sebelum si pencerita sempat berangkat menuju ke Bangkok, timbul rasa serba salah di dalam dirinya. Rasa serba salah ini terbit hasil daripada perpisahan dia dengan bekas isterinya. Rasa kesal yang membelenggu membuatkan dirinya berhasrat untuk menziarahi bekas isterinya. Setibanya si pencerita di rumah bekas isterinya, Esah, suasana di gambarkan bagaikan pertemuan yang tidak diduga oleh sepasang kekasih. Mereka berdakapan dan Esah mula mengalirkan airmata dan menangis dengan tidak henti. Anak-anak tiada di rumah, meninggalkan Esah sendirian. Esah mengatakan semenjak perpisahan mereka, suasana dirumah tersebut bagaikan kubur. Bagaimanapun, dakwaan tersebut dibidas oleh si pencerita. Baginya, rumah tersebut hidup termasuk dengan isi-isi yang terkandung didalamnya. Buku-buku, akuarium, pokok-pokok dan termasuklah siulan angin menjadikan rumah tersebut hidup menurutnya.

Sejurus selepas Si pencerita mengambil keputusan meninggalkan rumah tersebut untuk mencari anak-anaknya, dia singgah ke hotel penginapan Said, rakan si pencerita, bagi bertanyakan sesuatu kepada dirinya. Walaubagaimanapun, hasratnya tidak kesampaian apabila setibanya Si Pencerita di tempat penginapan Said, rakannya itu tiada. Lalu, ditunggunya Si Said sehingga lewat malam. Malang tidak berbau apabila Si Pencerita terbaca dairi milik rakannya itu. Segala-galanya

terbongkar dan baru di sedari oleh Si Pencerita bahawa rakannya itu haiwan beranggotakan manusia. Sudah terjebak dalam perangkap nafsu dan tidak boleh dipercayai. Lantas, Si Pencerita bingkas meninggalkan rumah penginapan rakannya itu dan terus menjalin hasrat ingin mencari anak perempuannya, Aziah. Pelbagai persoalan mula timbul di benak fikiran si pencerita apabila dia tidak mengetahui di mana Aziah berada. Setelah Si Pencerita kembali semula ke lapangan terbang lewat dinihari, baru si pencerita tahu bahawa anaknya, Aziah berada ke 800 meter ke selatan, Davao. Entah dari mana anaknya itu, pulang sahaja ke rumah, Aziah terus merebahkan dirinya ke atas tilam dan kemudian menunaikan solat fardhu isyak. Si pencerita yang memerhatikan tingkah-laku anaknya pada ketika itu merasa bangga dan mula membandingkan dan mengatakan bahawa anak perempuan lebih baik daripada anak lelakinya. Namun ternyata langit tidak selalunya cerah. Anak yang diharapkan dan disanjung tinggi telah menconteng arang di mukanya.Jam berdenting sekali lagi menandakan lewat 12 tengah malam. Seorang lelaki yang digelarkan oleh Si Pencerita sebagai Si Gerondong yang bertubuh jangkung telah datang ke kamar Aziah. Pada malam tersebut, mereka telah melakukan perkara terlarang yang tidak seharusnya di lakukan oleh pasangan yang bukan suami isteri. Serentak dalam keadaan itu Si Pencerita menjadi sungguh kecewa dan hampa. Di pengakhiran cerita ini, Si Pencerita terus bersandarkan harapan kepada kekasih barunya, R. Tetapi R akan berangkat ke Bangkok tidak lama lagi dan tidak dapat menunggu Si Pencerita. Si Pencerita terus menanggung derita dan persoalan bilakah akan tamatnya derita dia terus bermain di kotak minda

Soalan: Berdasakan sebuah cerpen yang di tulis antara tahun 70-an hingga tahun 90-an terbitan dewan Bahasa dan pustaka, anda dikehendaki

menganalisis, mengulas, dan menghuraikan aspek-aspek berikut. a. Penggunaan gaya Bahasa b. kesantuanan Bahasa. c. sistem sapaan d. kepentingan gaya Bahasa, kesantunan Bahasa dan system sapaan. ANALISIS CERPEN Ziarah OLEH OTHMAN PUTEH Di dalam cerpen yang bertajuk Ziarah karya Othman Puteh, cerpen ini mempunyai lapn muka surat keseluruhannya. keseluruhan cerita ini mengisahkan tentang penderitaan dan rasa serba salah yang terpaksa di tanggung oleh watak utamanya, Si Pencerita, terhadap bekas isteri dan keluarganya hasil perpisahan mereka. Perasaan serba salah ini menjadi suatu beban buat dirinya, justeru menuntutnya kembali untuk menziarahi mereka. Dalam penghasilan karya ini, terdapat banyak penggunaan gaya Bahasa, kesantunan Bahasa, serta sistem sapaan bagi menjadikan jalan cerita di dalam cerpen ini lebih menarik. Jadi di sini saya akan menghuraikan kesemua aspek ini satu persatu. Aspek pertama yang akan di bincangkan ialah gaya Bahasa. Dari sudut ini, gaya Bahasa pertama yang dapat dilihat berdasarkan pembacaan awalan ialah inversi. Contoh yang dapat saya sertakan sebagai rujukan ialah perjalanan serba payah dan seksa ini bukanlah suatu dongengan cuma(perenggan 1 , baris 3 dan 4 , mukasurat 1). Sepatutnya, perjalanan serba payah dan seksa ini bukanlah cuma suatu dongengan. Di sini, pengkarya telah bermain dengan ayat dengan menjadikan struktur susunan ayat menjadi terbalik.(subjek+predikat).Penterbalikan atau penyongsangan ini juga merupakan salah satu gaya retorik. Selain daripada itu, penggunaan bahasa arab juga turut digunakan sebanyak dua kali di dalam penulisan cerpen ini. Contohnya, ya rabbi (perenggan , baris , muka surat ,) dan Ya Allah (perenggan , baris , muka surat ,). Secara amnya, penggunaan perkataan ini melambangkan keagamaan(islam) dan

bagi

situasi di sini, ianya menjadi suatu penegasan bagi mengeksperesikan

perasaan yang tidak dapat dinyatakan Si Pencerita. Struktur ayat yang penuh di sini: Sebenarnya, iklim di daerah ini, ya rabbi, amat getir! (perenggan , baris , muka surat ,) serta Aku jadi ngeri sekali melihatnya. Ya Allah! Aziah, jangan biarkan dingin malam menjamah tubuhmu. (perenggan , baris , muka surat ,) Gaya Bahasa yang seterusnya ialah ungkapan (simpulan Bahasa). Gaya Bahasa ini merupakan susunan kata atau ungkapan yang pendek yang telah mantap dan mempunyai maksud yang khusus. Contonya,Jerit pikau, laung-teriak, menjamah tubuh,. Lantas, jerit pikau, laung-teriak, permohonan dan rayuan tidak terhitung lagi (perenggan , baris , muka surat ,). Gaya Bahasa anafora juga turut digunakan oleh pengkarya dengan agak kerap. Sebagai contoh Yang abadi. Yang pasti tiba., (perenggan , baris , muka surat ,) Kemudian Aziah ke bilik air. Kemudian lagi Aziah membentang sehelai kain bersih di lantai bilik. (perenggan , baris , muka surat ,), Biarkan Esah menggelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Biarkan berturut ketika. (perenggan , baris , muka surat ,),dan Bersama malam ini. Bersama marjuana. Bersama kau!. (perenggan , baris , muka surat ,). Di samping itu, gaya Bahasa imejan juga telah diguna pakai oleh pengkarya dimana perkataan dan frasa yang menghuraikan apa yang dilihat, didengar, dihidu, dirasa mahupun disentuh. Kenyataan ini boleh dirujuk melalui (perenggan , baris , muka surat ,):Rumah ini penuh dengan keriangan. Pokok-pokok itu, denyut nafas dan siulan dimain angin mengisi ruang. Di dalam akuarium itu, ikan-ikan berkejaran rancak menghidupkan alamnya. Buku-buku itu, penuh dengan deret-deret dan sketsa berwarna cerah. Segala-galanya membuktikan rumah ini hidup sebenarnya. Kemudian, Rumah besar ini macam kubur! (perenggan , baris , muka surat ,), Teksi dan jip bagai cencorot basah (perenggan , baris , muka surat ,) dan Taat setianya macam kerbau juga (perenggan , baris , muka surat ,) menunjukkan penggunaan gaya Bahasa simile yang cuba diketengahkan oleh pengkarya.

Kemudian, gaya bahasa diksi. Aziah baru pulang ke kamarnya entah dari mana. Wajahnya jelas tidak gembira. Tidak terpancar sinar kepuasan yang abadi. (perenggan , baris , muka surat ,). Penggunaan gaya bahasa diksi disini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh pengkarya bagi memilih kata yang bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan bagi menjadikan jalan cerita mudah difahami. Seterusnya, gaya Bahasa yang menjadi penggunaan dominan oleh pengkarya cerpen Ziarah adalah penggunaan bahasa inggeris, personafikasi, hybrid serta sinkof. Dari aspek gaya bahasa inggeris, terdapat banyak contoh yang diberi. Antaranya ialah graduate,: Tapi, anak-anak sudah dewasa. Sudah graduate (perenggan , baris , muka surat ,). Antara perkataan-perkataan lain yang turut digunakan seperti hello, flight, Travellers cheque, certificate vaccination, International Youth Hostel, shopping, Frust!, bastard, and curfew!. Selain itu bagi gaya Bahasa personafikasi pula, telah diselitkan beberapa contoh seperti: Wisel saling berjeritan memerintah (perenggan , baris , muka surat ,), dan Aziah, jangan biarkan dingin malam menjamah tubuhmu (perenggan , baris , muka surat ,). Seterusnya, bagi unsur dan elemen hybrid, contoh perkataan yang tertera seperti ku nyatakan: Ada yang mau kunyatakan untuk kamu bertiga! (perenggan , baris , muka surat ,). Seharusnya, perkataan kunyatakan itu merupakan dua ayat yang terpisah iaitu perkataan asalnya (aku + kata).Tetapi, di sini dapat dilihat penyatuan kedua-dua perkataan ini telah membentuk satu perkataan lengkap yang mempunyai maksud yang sama dengan perkataan dasarnya. Akhir sekali, gaya bahasa sinkof. Aku tau. Dia menderita kerana tidak bisa menolongku. Aku tau itu! (perenggan , baris , muka surat ,). Berdasarkan ayat tersebut, perkataan tau merupakan kata singkatan bagi ayat dasar tahu. Pengkarya telah menggunakan gaya bahasa sinkof atau singkatan kata bagi menyesuaikan dengan gaya Bahasa dialog. Antara contoh lain yang dapat dirujuk seperti Mahu ke mana? Kau juga mau berangkat pergi?. (perenggan , baris , muka surat ,) Antara gaya Bahasa yang menjadi penggunaan minimal di dalam penghasilan cerpen ini pula ialah hiperbola, peribahasa dan paradoks. Dari aspek gaya bahasa hiperbola, dapat diperhatikan melalui (perenggan , baris , muka surat ,): Kehadiran R membikin aku bisa menyemai angan-angan, dan melalui

(perenggan , baris , muka surat ,): Semoga tapak kaki tidak akan melocot memijak kerikil membara,. Dari aspek gaya Bahasa peribahasa dan paradoks pula dapat diperhatikan melalui (perenggan , baris , muka surat ,): Esah, kubur tidak pernah sunyi, kau tau! dan (perenggan , baris , muka surat ,): Mereka ketawa mengerikan. Aspek seterusnya yang akan dihuraikan dengan lebih lanjut di sini ialah penggunaan kesantunan bahasa dan sistem sapaan. Di dalam cerpen ini, pengkarya, Othman Puteh telah meminimumkan menggunakan kesantunan bahasa bagi menyesuaikan penggunaan sistem sapaan di dalam penghasilan karya beliau. Maksud yang saya cuba sampaikan disini pengkarya hanya menggunakan kata sapaan/ panggilan ganti nama diri (GND). Seperti yang telah di ketahui, ganti nama diri (GND) terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ganti nama diri pertama, ganti nama diri kedua dan ganti nama diri ketiga. Untuk membuatkan kenyataan saya ini lebih jelas, saya akan menganalisis sistem yang digunakan dengan mengasingkan setiap contoh yang diberi. Ganti nama diri pertama: Aku sunyi. Kadang-kadang aku rasa ngeri. Rumah besar ini macam kubur! (perenggan , baris , muka surat ,). Di sini, perkataan aku diguna pakai oleh pengkarya yang dirujuk sebagai bahasa kasar. Dari menggunakan Bahasa yang lebih santun seperti saya untuk berkomunikasi, pengkarya telah menggunakan perkataan aku bagi menyesuaikan dengan keadaan seperti komunikasi antara kenalan lama dan lain-lain. Seterusnya, kami: Mungkin kami berpelukan? Biarkan Esah menatap aku dengan segala ratap tangisnya. (perenggan , baris , muka surat ,). Dapat dilihat perbezaan untuk contoh ayat kedua yang telah saya sertakan. Pengkarya telah menggunakan perkataan kami yang boleh dirujuk sebagai Bahasa yang lebih santun. Bagi ganti nama diri kedua pula, pengkarya hanya menggunakan satu ayat sahaja sebagai bahasa dominan yang dirujuk sebagai bahasa kasar iaitu kau: Kaulah sesungguhnya anakku, Aziah! (perenggan , baris , muka surat ,). Bagi ganti nama diri ketiga pula, jelas kelihatan penggunaan perkataan mereka yang digunakan. Mereka langsubng tak beri sumbangan. (perenggan , baris , muka surat ,). Berdasarkan kesemua analisis yang telah saya huraikan satu persatu, apakah kepentingan kesemua elemen atau aspek yang telah disebut dalam

penulisan dan penghasilan cerpen, novel dan sebagainya? Dari segi gaya bahasa, kepentingan elemen ini tidak dapat dinafikan lagi dalam menghasilkan sesebuah cerpen, novel dan sebagainya. Antara kepentingannya adalah ayat-ayat menarik yang digunakan mampu membuat pembaca tertarik dan tertawan dengan keindahan berbahasa yang digambarkan secara kreatif dan inovatif oleh pengkarya. Selain itu juga, watak dan karakter yang dirangka oleh pengkarya secara tidak langsung dapat member impak yang besar dan mendalam kepada para pembaca seperti menjadikan sesebuah watak protagonis sebagai role model kepada pembaca untuk dipraktikkan dalam menjalani kehidupan seharian. Seterusnya, penggunaan Bahasa Malaysia dapat diperkembangkan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh penulis serta pembaca yang dapat menaikkan martabat bahasa tersebut di dalam dunia kesusasteraan negara. Bagi kepentingan kesantunan Bahasa pula adalah seperti penggunaan unsur kesantunan berbahasa dalam karya seseorang amatlah digalakkan. Penggunaan unsur kesantunan berbahasa dalam karya seseorang adalah sangat digalakkan. Hal ini kerana, kesusasteraan juga boleh dijadikan medium untuk berkempen bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berbudaya serta bersopan santun. Lagipun, menurut Profesor Dr. Haji Awang Sariyan ketika membentangkan kertas utama yang bertajuk Melestarikan Bahasa Melayu dalam Komunikasi dalam Se-minar

Kesantunan Berbahasa Peringkat Kebangsaan pada 28 hingga 29 Mac 2007 di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu, masyarakat kita sedang menghadapi krisis pembudayaan bahasa Melayu dalam komunikasi, apatah lagi komunikasi yang bersifat rasmi. Kian ketara ialah pengabaian sejumlah anggota masyarakat pelbagai lapisan terhadap bahasa sebagai unsur teras kebudayaan dan tamadun.Jadi, jelas di sini pengabaian kesantunan berbahasa telah mencetuskan senario yang tidak diingini ini. . Apabila kita menggunakan kata-kata yang indah dan sopan ketika berkomunikasi, kita mampu mengelakkan sebarang perselisihan faham juga pergaduhan. Malah, kita mampu menyambung serta mengukuhkan lagi tali persaudaraan juga persahabatan dikalangan semua orang. Akhir sekali, kepentingan sistem sapaan. Bagi tujuan berkomunikasi dalam kalangan rakan-rakan, kaum kerabat dan sebagainya, pengamalan sistem ini adalah sangat penting bertujuan untuk mengelakkan salah faham dan pertelingkahan.

Selain mampu mewujudkan persekitaran yang harmoni dan bahagia antara satu sama lain, penggunaan sistem sapaan yang betul juga akan menggalakkan ramai orang untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Di samping itu juga, perbezaan gelaran dan pangkat membolehkan seseorang itu belajar menyesuaikan dirinya di dalam situasi yang berlainan. Oleh itu, sistem sapaan sangat perlu dititikberatkan bagi melahirkan modal insan yang beradab sopan dalam berbahasa.

REFLEKSI Kesantunan Bahasa Di Kalangan Pelajar Mutakhir Ini. WEII.. apalah korang ni.. Aku dah tunggu korang lama giler..Nenek aku pun lagi laju daripada korang lah. Ingat mak bapak korang bayar aku untuk tunggu korang ke? Ini adalah antara contoh Bahasa yang kerap dikeluarkan oleh pelajar-pelajar kita semasa berkomunikasi dalam kalangan mereka pada masa kini. Senario ini jelas menunjukkan bahawa telah berlakunya serius kerosakan dari segi kesantunan Bahasa dalam komunikasi diantara mereka. Ini berkemungkinan pelajar itu sendiri kadangkala tidak meneliti bahasa yang mereka gunakan dalam percakapan seharian. Barangkali pelajar bertutur sedemikian rupa dengan sengaja bagi menggambarkan identiti atau penampilan diri remaja yang gagah. Namun mereka harus sedar bahawa keperibadian diri mereka tergambar melalui cara bagaimana mereka berkomunikasi dengan orang lain. Bak kata pujangga,Yang Indah Itu Bahasa. Jadi mengapa harus berkasar Bahasa? Mengapa harus keadaan dibiarkan ini terus menular? Apakah antara faktor yang menjadi penyumbang kepada perkembangan situasi ini? Banyak faktor major yang mempengaruhi remaja menggunakan bahasa yang kurang sopan dalam pertuturan seharian. Antaranya ialah faktor emosi serta cara didikan keluarga dan persekitaran boleh menimbulkan permulaan kepada perlakuan ini. Selain itu, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran juga menyumbang kepada masalah ini. Sebagai kesimpulan, sekecil-kecil Bahasa yang diguna pakai dalam kehidupan seharian seseorang itu merupakan satu peluang buat orang lain untuk menilain menghakimi diri kita. Justeru kita seharusnya berhati-hati terhadap apa jua yang kita tuturkan. Sebagai pelajar, kita perlu sentiasa menjaga percakapan kita agar tidak menyakiti perasaan orang lain dan menimbulkan ketegangan. Lemah lembut dan bersopan dalam bertutur kata tidak akan merendahkan harga diri remaja, sebaliknya menambahkan rasa hormat orang lain terhadap kita dan mengeratkan hubungan antara sesama insan.

Keyakinan Penguasaan Sepanjang Melaksanakan Projek Bohong bagi saya untuk mengatakan bahawa saya seratus peratus dapat memahami cara untuk melaksanakan tugasan ini sepenuhnya selepas taklimat pertama disampaikan oleh pensyarah subjek Bahasa Melayu Komunikatif 2, Encik Ahmad bin Abu. Banyak persoalan timbul dan bermain di kotak fikiran ini. Dari mana hendak dimulakan? Di mana sumber-sumber harus diperolehi? Namun, selepas beberapa kali bersoal jawab dengan pensyarah, dan selepas beberapa kali berulang-alik ke perpustakaan Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO), keyakinan saya mula bertambah. Antara faktor lain yang menyebabkan keyakinan diri saya bertambah untuk menyempurnakan tugasan ini melalui diskusi dengan rakan-rakan institut. Saling bertukar pendapat dan bertanyakan soalan antara rakan-rakan telah membuahkan hasil yang saya inginkan. Bak kata pepatah Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Walau sesukar manapun tugasan yang diberi, insyalah, dengan ikhtiar dan doa, sesuatu tugasan itu akan dapat disempurnakan walau terpaksa menghadapi pelbagai aral sepanjang melaksanakan tugasan. Kesedaran Kepentingan Kesantunan Berbahasa (Kemahiran Bertutur Dan Mendengar) Bagi Anda Sebagai Seorang Guru. KESEDARAN KEPENTINGAN KESANTUNAN BERBAHASA (KEMAHIRAN

BERTUTUR DAN MENDENGAR) SEBAGAI SEORANG GURU Guru sering dikatakan sebagai contoh atau idola kepada para pelajar. Hal ini kerana, guru akan memberikan tauladan yang baik untuk diikuti oleh anak muridnya nanti. Oleh itu, kesantunan bahasa bagi seorang guru adalah amat penting. Di dalam aspek bertutur, guru hendaklah memilih kata-kata yang sesuai dan sopan ketika mendidik pelajar. Penggunaan kata-kata yang lembut tetapi tegas mampu mengawal masalah disiplin pelajar pada hari ini. Tambahan pula, kata-kata yang sopan membuatkan guru akan disenangi ramai pelajar. Selain itu, guru juga harus bijak dalam menguruskan emosi diri kerana apabila marah, kita mudah mengeluarkan kata-kata yang tidak elok. Guru adalah ejen pengubah kehidupan kepada seseorang pelajar itu.

Seterusnya, saya juga akan menjadi guru yang mempunyai kemahiran mendengar yang baik. Guru harus menjadi pendengar yang baik terutama sekali sewaktu pelajar ingin berkongsi masalahnya. Selain itu, pendengar yang baik juga mampu memberikan pandangan yang jelas apabila penutur mengutarakan pandangan atau soalan. Pendengar yang baik juga seharusnya berani menegur pelajar dengan elok jika mendapati mereka menggunakan kata-kata yang tidak enak didengar sewaktu berbual. Kesimpulannya, tugasan kerja kursus ini sangat mencabar dari segi fizikal dan mental. Walaubagaimanapun, menerusi kerja kursus ini, saya telah mendapat pelbagai ilmu pengetahuan mengenai bahasa melayu serta karya-karya yang menarik oleh sasterwan-sasterawan negara kita. Akhir sekali, konsep kesantunan bahasa dan penggunaan sistem sapaan yang betul kian dipraktikkan di dalam kehidupan seharian dengan rakan-rakan serta masyarakat setempat.

You might also like