You are on page 1of 2

KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN

KAEDAH TERUS KAEDAH FONETIK/ LINGUISTIK KAEDAH AUDIO-LINGUAL KAEDAH KOMUNIKATIF

Bertujuan membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran bahasa. Amat sesuai untuk pengajaran bahasa kedua. Pelajaran bahasa dimulakan dengan cara menghubungkan muridmurid itu terus kepada bahasa yang hendak mereka pelajari. Semasa pengajaran dijalankan, terjemahan tidak sekalikali digunakan. Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif.

Pada dasarnya membandingkan dua bahasa, iaitu antara bahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui. Mementingkan pertuturan dan membenarkan penggunaan bahasa yang diketahui oleh muridmurid. Mendahulukan bentuk daripada makna. Pemilihan bunyi-bunyi dilakukan terhadap bunyibunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa itu. Pemilihan bentuk-bentuk ayat hendaklah berdasarkan bentuk-bentuk ayat yang terdapat dalam bahasa ibunda mereka dahulu. Pemilihan perkataan pula mendahulukan perkataanperkataan yang serupa atau yang hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa.

Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan. Satu kebiasaan/ kelaziman. Murid diajar untuk menggunakan bahasa bukan tentang pengetahuan bahasa. Bahasa adalah apa yang dituturkan oleh penutur natif. Bahasa berbeza antara satu sama lain.

Murid perlu menguasai makna terlebih dahulu kemudian baru mereka dapat gambarkan makna.

You might also like