You are on page 1of 44

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH ANJURAN KELAB AGAMA ISLAM DAN MORAL SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

MUKADDIMAH

Pengurusan Jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap muslim


kepada muslim yang lain. Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu. Kursus Pengurusan Jenazah ini merupakan program yang dirancang oleh Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS) SKPBD dengan kerjasama Sekolah Agama Parit Bakar Darat bagi memenuhi aktiviti aktiviti selepas UPSR yang julung kali diadakan di SK Parit Bakar Darat, Muar. Usaha ini juga diharapkan dapat membantu para pelajar memahami cara pengurusan jenazah sebagai salah satu tanggungjawab sebagai muslim. Program ini juga sebagai satu cara untuk menambah kefahaman dan panduan kearah melahirkan masyarakat yang mendalami ilmu agama dan dapat melaksanakan tuntutan agama dalam kehidupan mereka. ini merupakan program yang dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Bidang Kemanusiaan bagi memenuhi aktiviti aktiviti semasa minggu Karnival Akademik Gemilang yang julung kali diadakan di SMK Pasir Putih.

OBJEKTIF

1. Mendedahkan kepada semua pelajar tentang kepentingan mengetahui cara pengurusan jenazah 2. Memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian. 3. Membiasakan para pelajar dengan aktiviti bersifat praktikal supaya lebih mendapat pemahaman yang mendalam dalam pengurusan jenazah.

RASIONAL Tujuan diadakan kursus Pengurusan Jenazah ini adalah sebagai salah satu alternatif yang baik untuk mendedahkan para pelajar bagaimana pengurusan jenazah yang betul .

TARIKH 27 APRIL 2007 ( JUMAAT)

TEMPAT DEWAN SERBAGUNA SMK PASIR PUTIH

MASA 9.00 PAGI 12.00 TGH

ANJURAN Panitia Pendidikan Islam SMKA (P) AlMashoor

SASARAN

Semua pelajar Tingkatan 3 , 4 DAN 5

PELAKSANAAN PROGRAM & ATURCARA PROGRAM Rujuk Lampiran 1

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM Rujuk Lampiran 2

KEWANGAN Rujuk Lampiran 3

PENUTUP Kursus ini merupakan kursus yang penting untuk para pelajar kerana ia merupakan satu amali praktikal yang penting sebagai persediaan kepada mereka .Semoga program ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Lampiran 1

PELAKSANAAN PROGRAM JADUAL PRA PERTANDINGAN PENGURUSAN JENAZAH HARI /TARIKH MASA KUMPULAN HAKIM

Semua pertandingan akan di adili oleh hakim di dewan Kumpulan yang terbaik akan di pilih untuk mengadakan demostransasi menguruskan jenazah dan persembahan pentomem semasa Minggu Karnival Akademik Gemilang 2007.

ATURCARA PROGRAM 7.00 - 7.30 pagi - Guru dan Pelajar mengambil tempat di dalam dewan

7.30 - 8. 15 pagi - Demostransi Pengurusan Jenazah

8.15 8.30 pagi - Soal jawab agama

8.30- 9.00 pagi - Persembahan Pentomem

9.00pagi

-Bersurai

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM Penaung : Pn Alizizah Hj Sipil Pengerusi :En Dzulkifli B Darus Penasihat I: Ustaz Abdul Hamit Mohammadin Penasihat II: Pn Latipa Sahat Pengarah Program : Setiausaha : Ustazah Nurul Asyikin Mustapa Bendahari : PENGARAH PROGRAM Uustaz Johan Bin Ishak SETIAUSAHA Ustazah Nurul Asyikin Mustapa

BENDAHARI KETUA KOMANDO

AJK MODUL @ BAHAN LDK AJK BACKDROP & RAKAMAN AJK HADIAH

AJK KEROHANIAN AJK RIADAH / SUKAN AJK MAKANAN

SMKA (P) ALMASHOOR KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 6 MEI 2006

BORANG RUMUSAN PENILAIAN PROGRAM

Bulatkan pada yang berkenaan

1 = KURANG BAIK 2 = MEMUASKAN 3 = BAIK 4 = SANGAT BAIK

AKTIVITI CERAMAH 1

KOMEN

MAKANAN PENCERAMAH AMALI 1 AMALI 2 Cadangan _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________

/-asyik

SUMBER KEWANGAN WANG PANITIA YURAN PENYERTAAN - RM 300.00 RM 2.00 X 210 = RM 420.00

PERBELANJAAN

BAHAN KAIN PUTIH = 15 METER X 6.50 = RM 97.50

MAKANAN PELAJAR VIP (MKN PAGI) (MKN TGH) 210 X RM 1.50 6 X RM 3.00 6X RM 3.50 = RM 315.00 =RM 18.00 =RM 21.00

CENDERAHATI SAGUHATI PENCERAMAH =RM300.00

JUMLAH

RM 751.50

LAPORAN KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 2006 HARI : SABTU TARIKH :6 MEI 2006 MASA : 8.00 PAGI 12.30 TGH TEMPAT : DEWAN SMKA (P) ALMASHOOR

JUMLAH PESERTA : 210 ORANG KEHADIRAN : 178 ORANG TIDAK HADIR: 32ORANG

1. CERAMAH TAJUK : PENGURUSAN JENAZAH PENCERAMAH : USTAZAH AZIZAH BT SAMSUDIN KAFA AZ-ZAHRAWAN , TMN TUN DR ISMAIL , 6000 KUALA LUMPUR PENGERUSI : NUR FARHANA Kursus Pengurusan Jenazah ini dimulakan dengan sesi ceramah yang bertajuk Pengurusan Jenazah yang telah disampaikan oleh Ustazah Azizah Bt Samsudin . Saudari Nur Farhana telah mempengerusikan majlis ceramah ini dengan baik.Ceramah yang di sampaikan oleh ustazah bermula dari jam 8.15 pagi dan berakhir pada jam 10.15 pagi.Kemudian , pengerusi membuka sesi soal-jawab kepada para peserta sekiranya ada kemusykilan

2. KUDAPAN Pada jam 10. 15 pagi , semua peserta diberi masa untuk makan makanan yang telah di sediakan di kantin dan mereka dikehendaki masuk ke dalam dewan semula pada jam 10.45 pagi untuk pelaksanaan Amali 1 & Amali 2

3. AMALI 1 ( CARA MEMANDIKAN MAYAT ) Alhamdulillah , bagi melibatkan semua peserta dalam amali ini, pihak urusetia telah membahagikan beberapa kumpulan bagi menyediakan bahan bahan untuk memandikan mayat.Penyediaan bahan bahan tersebut dibantu oleh ustazah Azizah sendiri. Seorang pelajar telah dipilih untuk dijadikan model bagi pelaksanaan amali ini supaya para peserta boleh nampak cara bagaimana mayat dimandikan.

4. AMALI 2 ( MENGKAFANKAN MAYAT)

Setelah mayat dimandikan, para peserta diberi pendedahan bagaimana cara mengkafankan mayat.Bahan-bahan yang diperlukan adalah gunting , kain , dan kapas bagi menyempurnakan mengkafan mayat

ULASAN KESELURUHAN :

KELEMAHAN : Terdapat sebahagian para pelajar yang tidak dapat melihat sepenuhnya cara mengkafan dan memandikan mayat kerana tempat yang kurang strategik dan bilangan pelajar yang ramai. Selain itu , pelajar tidak berpuas hati dengan bayaran yang dikenakan kerana makanan yang disediakan kurang memuaskan . Terdapat para pelajar yang terlibat dengan aktiviti luar sekolah seperti program motivasi dan program perkhemahan. KEKUATAN : Penceramah jemputan dapat menarik perhatian pelajar di dalam sesi ceramah yang diadakan pada awal majlis. Kebanyakan pelajar berminat dengan cara penyampaian penceramah jemputan dan meminta pihak urusetia untuk menjemput beliau untuk aktiviti yang seumpamanya. Alhamdulillah, kebanyakan pelajar memberi sepenuh perhatian semasa ceramah dan mereka membawa buku catatan dan menyediakan soalan-soalan yang baik untuk dikongsi bersama peserta-peserta lain. CADANGAN : Mengadakan kursus amali ini ditempat yang lebih startegik untuk memudahkan semua peserta menyaksikan cara memandikan mayat Setiap peserta di sediakan fail serta bahan bahan yang berkaitan dengan kursus yang di jalankan.

LAPORAN KEWANGAN KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

SUMBER KEWANGAN YURAN PENYERTAAN : RM 420.00 WANG PANITIA : RM 397.50 ( RM2.00 X 210 )

BIL 1.

PERKARA MAKANAN PELAJAR VIP (MKN PAGI (MKN TGH) JUMLAH 210 X RM 1.50

WANG PERBELANJAAN

SUMBER KEWANGAN

RM 315.00

YURAN PENYERTAAN RM 420.00

6 X RM 3.00 RM 18.00 6X RM 3.50 RM 21.00 RM354.00

2. 3.

SAGUHATI PENCERAMAH KAIN KAPAN JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN

RM300.00 WANG PANITIA RM 97.50 RM 397.50 RM397.50 RM751.50 RM 817.50

ULASAN : SUMBER KEWANGAN WANG BELANJA BAKI AKHIR : RM 817.50 : RM751.50 _________ : RM 76.00

TARIKH : 6 MEI 2006 HARI :SABTU MASA : 8.00 PAGI 12.00 TGH TEMPAT : DEWAN SMKA(P) ALMASHOOR

ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKA (P) ALMASHOOR

Ustazah Azizah Bt Samsudin KAFA Az-Zahrawan Tmn Tun Dr Ismail 60000 Kuala Lumpur

UCAPAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk: 2. Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak

ustazah kerana menerima jemputan penceramah bagi Kursus Jenazah yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah. 3. Segala kerjasama dari pihak ustazah amat kami hargai.

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

HJH ZAINAB BT MD SAMAN Pengetua SMKA (P) AlMashoor Pulau Pinang

/-asyik

TAJHIZ JENAZAH

Makluman: Bahan ini adalah terbitan Unit Ukhuwah Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah dan diolah semula oleh panitia agama Islam SMK untuk disesuaikan dalam kursus pengurusan jenazah yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

ISI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN

Kata Alu-aluan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Kata Pengantar Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Mukaddimah Perkara yang dilakukan semasa sakit

....................................................... ....................................................... ....................................................... .......................................................

iii iv 1 1

Perkara yang dilarang dilakukan semasa sakit Melawat orang yang sakit dan hikmahnya Apa yang perlu dilakukan ketika menghadapi seseorang yang nazak Orang mati Perkara yang dilarang dilakukan terhadap mayat Fardhu Kifayah terhadap mayat Syarat wajib mandi Memandikan mayat Persediaan dan keperluan untuk memandikan jenazah Cara memandikan Perkara yang disuruh sewaktu memandikan mayat Perkara yang dilarang sewaktu memandikan mayat Mengkafankan mayat Perkara yang dilarang semasa menggunting kain kafan Solat jenazah Rukun solat jenazah Cara solat jenazah Perkara yang disuruh sewaktu melakukan solat jenazah Perkara yang dilarang dilakukan semasa solat jenazah Mengebumikan jenazah Perkara yang disuruh dalam pengebumian jenazah

....................................................... ....................................................... ....................................................... ....................................................... ....................................................... ....................................................... ....................................................... ....................................................... ....................................................... ....................................................... ....................................................... ....................................................... ....................................................... ....................................................... ....................................................... ....................................................... ....................................................... ....................................................... ....................................................... ....................................................... .......................................................

2 2 3 4 4 5 5 5 5 5 8 8 9 10 10 10 10 13 13 13 15

Perkara yang dilarang sewaktu pengebumian jenazah Penutup (Khatimah) Rujukan

....................................................... ....................................................... .......................................................

15 15 16

KATA ALU-ALUAN Saya bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan inayah-Nya Buku Tajhiz Jenazah dapat diterbitkan jua. Ini membuktikan bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah sentiasa mengambil berat perkembangan dan kemajuan saudara kita di negeri Sabah. Saya berharap agar buku ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh saudara-saudara kita. Semoga terpahat di hati sanubari mereka dengan akidah dan pegangan agama yang kukuh sehingga memperoleh kejayaan dunia dan akhirat.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis, MUIS, Percetakan Negeri Sabah serta mereka yang terlibat dalam penghasilan buku ini. Semoga Allah meredhai segala amal baik yang kita lakukan. Amin. Safar 1426 Mac 2005 Datuk Hj. Pg. Nohin Pg. Rauf Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

KATA PENGANTAR Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T., kerana buku ini dapat diterbitkan untuk dimanfaatkan oleh saudara kita di negeri Sabah. Buku ini diterbitkan bertujuan mempertingkatkan kefahaman Islam saudara kita serta dapat melancarkan perjalanan kelas-kelas Agama dengan lebih teratur mengikut tahap serta kokurikulum yang telah disusun oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Saya berharap agar buku ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya supaya objektif kita bagi melahirkan umat Islam yang cemerlang, beriman dan bertakwa akan terlaksana hendaknya.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menerbitkan buku ini. Semoga usaha murni yang diberikan akan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T. hendaknya. Amin. Safar 1426 Mac 2005 Ust. Baharudin Hj. Alwi Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah

1. MUKADDIMAH Firman Allah S.W.T. dalam Surah Ali-Imran ayat 185 terjemahannya: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati, dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahala mu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Ambiya ayat 35 terjemahannya:

Tiap-tiap yang bernyawa itu akan merasai mati, Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kami kamu akan kembali Kematian pasti akan berlaku ke atas diri masing-masing dan tidak ada pemberitahuan sebelumnya, sama ada bersedia atau tidak untuk bekalan akhirat, apabila sudah sampai masa dan saat mati tidak dapat dilambatkan dan dipercepatkan walau satu saat. Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nahl ayat 61 terjemahannya: Apabila telah tiba waktu (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula)mendahulukannya

2. PERKARA YANG DILAKUKAN SEMASA SAKIT 1. Berubat atau berjumpa doktor atau bomoh yang sesuai dengan syariat Islam. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Asy-Syuaro ayat 80 terjemahannya: Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku Hadis diriwayatkan dari Abu Daud dari Abu Darda bahawa Nabi S.A.W. bersabda:

Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan bagi setiap penyakit ada ubat, maka berubatlah kamu, dan jangan berubat yang haram

2. Memperbanyakkan istighfar. 3. Sentiasa berzikir kalimat Laa ilaha Illallah. 4. Berwasiat. 5. Membaca Surah Yassin.

3. PERKARA YANG DILARANG DILAKUKAN SEMASA SAKIT 1. Berubat dengan benda-benda haram walaupun sedikit. 2. Berjumpa bomoh yang FASIK. 3. Tidak boleh bercakap bahawa doktor, bomoh dan alat lain penyebab penyembuh penyakit.

4. MELAWAT ORANG SAKIT DAN HIKMAHNYA Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah: 1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah. 2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah. 3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang telah kita lakukan sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu, kita hendaklah sabar dan redha di atas dugaan yang telah diberikan Allah kepada kita dan berusahalah mencari ubatnya sebab Nabi Muhammad pernah bersabda yang bermaksud Tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Sabda Nabi Muhammad S.A.W.: Daripada Ali ia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W.: siapa yang menziarahi saudaranya yang muslim, maka sentiasa ia jalan di kebun syurga sampai duduk, apabila ia telah duduk, dinaungi rahmat, jika waktu pagi maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakan sampai petang, dan jika waktu petang maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya sampai pagi

(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

5. APA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENGHADAPI SESEORANG YANG DALAM KEADAAN NAZAK? 1. Perlu berada disisinya. 2. Mengajar dan memastikan mengucap kalimah tauhid iaitu : Sewaktu si sakit masih sedar. Pastikan lidah si sakit menyebut kalimah tauhid sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. seperti berikut: Dari Abu Said Al-Khudri r.a. berkata ia: Telah mendengar Rasulullah S.A.W.: Ajarkanlah orang yang hampir meninggal dunia di kalangan kamu dengan kalimah tauhid: LAA ILAAHA ILLALLAH (Riwayat Muslim)

Daripada Muaz r.a. katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesiapa yang mengakhiri percakapannya sebelum ia meninggal dunia dengan kalimah LAA ILAHA ILLALLAH masuk syurga (H.R. Abu Daud dan Al-Hakim) Manakala rakan-rakan lain membaca Al-Quran atau Surah Yassin: Dari muqoli bin Yasar r.a. bahawa Nabi S.A.W. berkata: Bacakanlah Surah Yassin kepada mayatmu (orang yang hampir mati) (Riwayat Abu Daud dan Nasaai)

6. ORANG MATI Apabila seseorang Islam telah mati, sunat dilakukan seperti berikut: 1. 2. 3. 4. Hendaklah kita ucapkan: Menutup kedua matanya dan serta meminta ampun kepada Allah keatas dosanya. Menutupkan mulutnya, apabila tidak mahu tertutup, ambil kain ringan dan ikatkan. Bersihkan qubul dan dubur supaya jangan tercium bau najis. Semua pakaiannya hendaklah ditanggalkan dan tutup seluruh badannya dari kaki hingga ke kepala dengan kain yang tidak begitu tebal. 5. 6. Pindahkan atau letakkan ke tilam yang bersih. Letakkan benda di atas pusat supaya boleh menahan perut daripada kembung. Jangan diletakkan di atasnya Al-Quran atau Al-Hadis. 7. Bagi perempuan pakaikan telekung supaya tidak nampak rambut ketika orang menziarahinya (buka). Kemudian tutup mayat dengan kain dari kepala hingga ke kaki. 8. Menghadapkannya ke arah kiblat iaitu menelentangkan kakinya ke arah kiblat dan letak bantal di bawah kepalanya. 9. Meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas dada seperti tangan semasa sembahyang. 10. Menyegerakan mengurus jenazahnya seperti memandikan, mengkapankan,

mensolatkan dan mengebumikannya. 11. Menyegerakan membayar hutangnya. 12. Menunaikan wasiatnya.

7. PERKARA YANG DILARANG DILAKUKAN TERHADAP MAYAT 1. Meratapi mayat. 2. Meletakkan cermin, Al-Quran dan cincin di atas jenazah yang tidak ada faedahnya. 3. Menginaikan jenazah seperti pengantin. 4. Mengikat kaki iaitu ibu jari jenazah, walaupun tujuannya untuk merapatkan kaki jenazah.

8. FARDHU KIFAYAH TERHADAP MAYAT Apabila seorang Islam wafat/ meninggal, maka diwajibkan (fardhu kifayah) atas orang Islam menyelenggarakan jenazah tersebut dengan melakukan empat perkara: 1. Memandikan. 2. Mengapani atau membungkusnya. 3. Mensolatkan. 4. Mengebumikan.

9. SYARAT WAJIB MANDI 1. Mayat orang Islam. 2. Ada didapati tubuhnya. 3. Mayat itu bukan mati syahid.

10. MEMANDIKAN MAYAT

Memandikan mayat ialah menyampaikan air mutlak (air suci lagi meyucikan) keseluruhan tubuh badan mayat sehingga bersih daripada najis. Sunat hukumnya menyiramkan tiga jenis air iaitu: 1. Air bidara atau air sabun. 2. Air mutlak. 3. Air yang bercampur dengan kapur barus.

11. PERSEDIAAN DAN KEPERLUAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH 1. Sediakan tempat mandi (tempat yang mudah air jatuh/mengalir). 2. Air sabun atau air daun bidara. 3. Air bersih (air mutlak). 4. Air kapur barus. 5. Sarung tangan-4 unit (2 pasang) 6. Sedikit kapas. 7. Baldi serta gayung. 8. Kain panjang dan tuala.

12. CARA MEMANDIKAN 1. Jenazah ditelentangkan dan sunat berniat memandikan iaitu:a) Lafaz niat memandikan jenazah lelaki:

Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala b) Lafaz niat memandikan jenazah perempuan:

Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala 2. Ratakan air sabun ke seluruh badan sambil gosok. 3. Ratakan air sabun dan gosok ke sebelah kanan mayat dari bahu hingga ke kaki. 4. Kemudian miringkan dan seterusnya ratakan air sabun dan gosok dari bahu hingga ke kaki serta sunat membaca doa memohon ampun kepada Allah terhadap dosa jenazah:Memohon keampunan dari engkau Ya Allah dan kepada engkau tempat kembali

5. Setelah selesai sampai semua air sabun sebelah kanan kemudian berpindah sebelah kiri mayat. Sampaikan air sabun dan gosok dari bahu hingga ke kaki. 6. Kemudian miringkan dan seterusnya ratakan air sabun dan gosok dari bahu hingga ke kaki serta sunat membaca doa memohon ampun kepada Allah terhadap dosa jenazah:-

Memohon keampunan daripadaMu wahai pemurah Ya Tuhan kami kepadaMu jua tempat kembali 7. Setelah selesai membasuh badan sebelah kiri, kemudian mayat ditelentangkan serta ratakan air sabun dan gosok serta sunat membaca

Memohon keampunan-Mu Ya Allah yang amat mengasihani, Ya Allah kepada Mu jua tempat kembali. Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya jua kerajaan dan kemuliaan dan menghidupkan dan mematikan dan Ia berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu 8. Kemudian urut sedikit perutnya sambil gosok qubul dan duburnya sehingga tiada najis keluar dari qubul dan duburnya atau orang yang memandikan merasa yakin (dzon) akan kebersihan qubul dan dubur mayat itu daripada najis. Dan niat istinja dengan air mutlak. 9. Kemudian sampaikan air mutlak ke seluruh tubuh badan mayat sebagaimana air sabun.

10. Setelah mayat bersih daripada najis dan sudah yakin kebersihannya, barulah diwudukan ke atas mayat itu. a) Lafaz niat mewudukan jenazah lelaki:

Sahaja aku berniat mewudukan jenazah (lelaki) ini kerana Allah Taala

b) Lafaz niat mewudukan jenazah perempuan:

Sahaja aku berniat mewudukan jenazah (perempuan) ini kerana Allah Taala 11. Doa lepas diwudukan dalam Kitab Sahibul Muhtadin hal 68 iaitu:Bagi perempuan:-[ ]

12. Setelah selesai wudu kemudian sampaikan/siramkan air kapur barus tiga kali sebelah kanan dari kepala hingga ke hujung kaki kemudian sebelah kiri mulai dari hujung kepala hingga ke hujung kaki sebanyak tiga kali. Kemudian telentangkan jenazah siram mulai dari kepala hingga ke hujung kaki sebanyak tiga kali.

Ertinya: Dari Ummi Athiyah r.a. berkata ia: Telah meninggal salah seorang anak perempuan Rasulullah S.A.W. lalu ia datang kepada kami dan berkata:

Mandikanlah ia dengan sidir mengikut bilangan yang ganjil, hingga katanya Dan jadikanlah di akhir mandinya air kafur atau sedikit daripada kafur (Diriwayatkan oleh Bukhari)

13. Setelah selesai siraman air kapur barus kemudian jenazah di lap kering agar kain kapan tidak basah.

13. PERKARA YANG DISURUH SEWAKTU MEMANDIKAN MAYAT 1. 2. Menutup aurat jenazah. Orang yang memandikan jenazah sunat dari keluarga yang terdekat dengan si mayat.

Hadis Rasulullah S.A.W.: Dari Aisyah bersabda Rasulullah S.A.W.: Barang siapa memandikan mayat dan dijaganya kepercayaan, dan tidak membuka (rahsia) sesuatu cacat pada si mayat kepada orang lain, maka keluarlah ia dari segala dosa sebagaimana keadaannya sewaktu baru dilahirkan dari ibunya. Sabda Nabi lagi: Hendaklah yang mengaturkannya keluarga sendiri yang terdekat jika mereka dapat memandikan mayat. Tetapi jika tidak dapat, maka siapa sahaja yang berhak, kerana waranya dan amanahnya (H.R. Ahmad)

3. 4. 5. 6.

Orang yang memandikan mayat di bahagian aurat hendaklah memakai sarung tangan. Mendoakan jenazah agar dosanya diampunkan oleh Allah S.W.T. Tempat mandi yang mudah jatuh air atau najis. Tempat yang tidak terdedah kepada orang ramai.

14. PERKARA YANG DILARANG SEWAKTU MEMANDIKAN MAYAT 1. 2. 3. Membuka aurat jenazah. Melihat aurat jenazah. Membuat senaman kepada jenazah seperti memaksa meluruskan anggota badan jenazah iaitu melembutkan kaki dan tangan mayat. 4. Menyentuh aurat jenazah dari pusat sampai ke lutut dengan tidak memakai sarung tangan (alas tangan). 5. 6. 7. 8. 9. Menekan atau mengurut perut jenazah kuat-kuat. Menggosok qubul dan dubur sampai melampaui batas. Panggilan air sembilan hanya ada pada adat tidak pada Hadis dan Al-Quran. Memakai air yang berlebihan. Beramai-ramai memandikan jenazah.

10. Menyebarkan aib jenazah.

15. MENGKAFANKAN MAYAT

Mengkafani mayat ialah membalut seluruh tubuhnya dengan kain atau lainnya wajib satu lapis. Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafankan mayat telah disediakan. Seperti: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Kain putih (bidang 45)- 18 meter bagi orang dewasa. Gunting. Kapas. Cendana. Kapur barus. Minyak wangi (minyak attar). Tikar.

Mayat lelaki sunat dikafani tiga lapis:1. 2. Tiga lapis kain yang menutupi seluruh badannya. Boleh ditambah sehelai baju dan serban.

Mayat perempuan sunat dikafankan lima lapis:1. Kain. 2. Baju. 3. Tudung (tidak berjahit). 4. Lapisan keempat dan kelima menutupi seluruh tubuh dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.

Mayat lelaki yang ihram haji atau umrah baginya tidak boleh ditutup kepalanya. Demikian juga mayat perempuan yang sedang ihram haji atau umrah tidak boleh ditutup mukanya.

16. PERKARA YANG DILARANG SEMASA MENGGUNTING KAIN KAPAN 1. Menggunting semua tepi (siring) kain yang tidak ada faedahnya, hanya perlu untuk jenazah lima ikatan sahaja. 2. Menyimpan daun inai di atas lapisan kain kapan. 3. Menambah lapisan kain dari yang disunatkan.

17. SOLAT JENAZAH Mayat orang Islam baik lelaki atau perempuan wajib disolatkan, kecuali orang mati syahid kerana berperang membela agama Allah, dan anak yang gugur yang tidak jelas tanda-tanda hidup dan belum sempurna bentuk kejadiannya.

18. RUKUN SOLAT JENAZAH 1. Niat. 2. Berdiri bagi orang yang sanggup. 3. Empat kali membaca takbir. 4. Membaca Surah Al-Fatihah (selepas takbir pertama). 5. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. (selepas takbir kedua). 6. Doa bagi mayat (selepas takbir ketiga).

7. Memberi salam (selepas takbir keempat).

19. CARA SOLAT JENAZAH 1. Niat-niat solat jenazah adalah seperti: a) Niat bagi jenazah lelaki:

Sahaja aku solat jenazah (lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah (menjadi/mengikut imam) kerana Allah Taala b) Niat bagi jenazah perempuan:

Sahaja aku solat ke atas jenazah (perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah (menjadi/mengikut imam) kerana Allah Taala c) Niat bagi jenazah kanak-kanak lelaki:

Sahaja aku solat ke atas jenazah (kanak-kanak lelaki) ini dengan empat takbir fadhu kifayah (menjadi/mengikut imam) kerana Allah Taala d) Niat bagi jenazah kanak-kanak perempuan:

Sahaja aku solat ke atas jenazah(kanak-kanak perempuan) ini empat takbir fardhu kifayah (menjadi/mengikut imam) kerana Allah Taala

e) Niat bagi mayat lelaki ghoib:

Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ghoib empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah Taala f) Niat bagi perempuan ghoib:

Sahaja aku solat jenazah perempuan ghoib empat takbir mengikut imam kerana Allah Taala

2. Membaca Surah Al-Fatihah. 3. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad S.A.W. dan ke atas keluarganya Nota:- lebih sempurna membaca selawat seperti bacaan selawat di Tahiyat Akhir sembahyang. 4. Mendoakan jenazah sekurang-kurangnya: a) Lelaki: b) Perempuan: c) Sebaik-baiknya doa yang lebih lengkap:

Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah ia dengan air salju dan embun, bersihkanlah ia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kekotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang baik dari keluarganya dan peliharalah (hindarkan) dia dari seksa kubur dan seksa neraka Nota:- Bagi mayat perempuan [ ] bagi mayat lelaki [ ]

d) Jika jenazah adalah kanak-kanak (belum baligh) hendaklah dibaca doa pada takbir ketiga:-

Ya Allah! Jadikanlah ia sebagai simpanan pendahuluan bagi ibu bapanya dan sebagai titipan, kebajikan yang didahulukan dan menjadi pengajaran dan iktibar syafaat bagi orang tuanya. Dan beratkan timbangan ibubapanya kerananya serta berilah kesabaran dalam hati kedua ibubapanya. Dan janganlah menjadikan fitnah bagi ayah bondanya sepeninggalannya dan janganlah Engkau menghalangi pahala kedua ibu bapanya

5. Memberi salam ke kanan. Sebelum salam sunat dibaca doa ini:

Ya Allah! Janganlah kiranya pahala tidak sampai kepada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan iman dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

20. PERKARA YANG DISURUH SEWAKTU MELAKUKAN SOLAT JENAZAH 1. Mendirikan solat jenazah beramai-ramai. 2. Perempuan boleh mengikut solat jenazah. 3. Mendirikan solat jenazah di masjid atau surau yang berdekatan. 4. Ahli warisnya lebih afdhal ikut serta dan mengimamkan solat jenazah tersebut.

21. PERKARA YANG DILARANG DILAKUKAN SEWAKTU SOLAT JENAZAH

1. Memberi sampul surat (sedekah) di khalayak ramai. 2. Memilih orang yang tertentu sahaja untuk solat jenazah.

23. MENGEBUMIKAN JENAZAH Menanam jenazah ialah menguburkannya, sekurang-kurangnya dalam kuburan itu tidak tercium baunya dan tidak terbongkar oleh binatang. Kuburan itu digali melintang ke arah kiblat dan sunat memakai liang lahad apabila tanahnya keras. Liang lahad ialah menggali lubang di sebelah dalam (kanan) kuburan arah kiblat untuk meletakkan jenazah/mayat.

Ibnu Abbas r.a. dari Nabi S.A.W. bersabda ia: lahad itu untuk kita (orang Islam) dan lubang itu bukanlah untuk kita (orang Islam) (H.R. Abu Daud dan Tarmizi)

Waktu memasukkan jenazah ke dalam kubur sunat membaca:

Dari Ibnu Umar r.a. berkata ia: Adalah Nabi S.A.W. apabila ia memasukkan mayat ke dalam kubur, berkata ia dengan nama ALLAH dan di atas sunnah Rasulullah S.A.W. (H.R. At-Tarmizi)

Kemudian ambil tanah dekat mayat sekadar tiga genggam diletakkan di kepala, bahu dan pinggang. Pada genggaman pertama sunat dibaca:-

Pada genggaman kedua dibaca:-

Pada genggaman ketiga dibaca:-

Kemudian diletakkan papan sebagai pendinding supaya tanah penimbus tidak terkena mayat. Lubang pun ditimbus sampai rata dan ditinggikan sedikit dari tanah asal. Setelah selesai jenazah dikebumikan, sunat berdiri sebentar untuk mendoakan mayat. Hadis Rasulullah S.A.W.: Dari Uthman bin Affan r.a. berkata ia adalah Nabi SAW bila ia telah selesai menguburkan mayat berdirilah ia sebentar di dekat kubur itu, dan berkata, mintalah ampun(berdoa) bagi saudara mu ini dan mohonlah kelapangan baginya di dalam kubur (supaya ia tetap di dalam kalimah Tauhid maka sesungguhnya ia sekarang sedang ditanya

(H.R. Abu Daud)

23. PERKARA YANG DISURUH DALAM PENGEBUMIAN JENAZAH 1. Membuat liang lahad bagi tanah yang boleh membuat liang lahad. 2. Membuka semua ikatan si mayat. 3. Menghadapkan mayat ke kiblat, pipi kanan tersentuh pada tanah.

24. PERKARA YANG DILARANG SEWAKTU PENGKEBUMIAN JENAZAH 1. Mengambil tali ikatan si mayat. 2. Azan sewaktu memasukkan mayat ke liang lahad. 3. Membelah kelapa di atas kuburan jenazah.

25. PENUTUP (KHATIMAH) 1. Mengurus atau menyempurnakan terhadap jenazah, lebih afdhal keluarga yang paling dekat. 2. Apabila seseorang telah meninggal dunia di samping wajib, banyak lagi perkara sunat yang dilakukan, justeru itu sempurnakanlah ia dengan mengerjakan perkara-perkara sunat. 3. Kain kafan sekurang-kurangnya satu lapis dan warna putih adalah yang terbaik (sunat). 4. Apabila tiba masa solat jenazah, lakukanlah beramai-ramai dalam hadis dikatakan semakin banyak orang yang mensolatkannya lebih baik.

5. Buatlah liang lahad dalam kuburan, apabila tanahnya keras (tanah merah).

You might also like