You are on page 1of 3

SEK. KEB.

GONG NANGKA MARANG, TERENGGANU PERTANDINGAN BUKU SKRAP JAWI 2012

Tarikh Hari Tempat

: 5 - 15 Julai 2012 : Khamis Isnin : SK Gong Nangka, Marang

GURU PELATIH IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEK. KEB. GONG NANGKA DAN UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD PERTANDINGAN BUKU SKRAP JAWI

PENGENALAN Tulisan jawi merupakan salah satu daripada warisan bangsa melayu. Akhir-akhir ini, kewujudan tulisan jawi seperti tidak dipandang penting oleh golongon masyarakat. Justeru, usaha-usaha yang murni perlu dilakukan bagi membendung masalah penguasaan tulisan jawi dalam kalangan bangsa melayu supaya tidak hilang daripada warisan bangsa kita. Bertitik tolak daripada usaha inilah, pertandingan buku skrap tulisan jawi ini diwujudkan supaya penguasaan tulisan jawi dalam kalangan murid sekolah rendah dapat dipertingkatkan.

RASIONAL Memartabatkan tulisan jawi sebagai satu cabang seni dan menggalakkan para murid menguasai tulisan yang telah menjadi satu legasi warisan bangsa dan negara.

OBJEKTIF Murid-murid mampu mengenali tulisan jawi. Murid-murid dapat memperkukuhkan penguasaan tulisan jawi.

TEMPOH PELAKSANAAN 2 minggu: Dalam aktiviti Ko-kurikulum Persatuan Agama Islam SK Gong Nangka

MAKLUMAT PROGRAM Tarikh Hari Tempat : 5 15 Julai 2012 : Khamis - Isnin : Sekolah Kebangsaan Gong Nangka Rujuk lampiran A berkaitan pertandingan

SASARAN Semua murid tahun 4, 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Gong Nangka

JAWATANKUASA PELAKSANA Rujuk Lampiran B

ANGGARAN PERBELANJAAN Rujuk Lampiran C

You might also like