You are on page 1of 13

SOALAN: Anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya.

Jelaskan pendapat anda tentang ungkapan di atas. Anak merupakan kurniaan Ilahi yang paling berharga. Kehadiran setiap anak dalam keluarga lazimnya mewarnai kehidupan berumah tangga kerana cahaya mata merupakan harapan ibu bapa yang utama. Walau bagaimanapun, ibu bapa harus sedar bahawa anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang harus mencorakkannya. Ungkapan ini memainkan peranan yang penting dalam menjalankan tanggungjawab keibubapaan. Oleh sebab itu, ibu bapa haruslah memikul tanggungjawab untuk membina generasi baharu yang lebih berkualiti sebagai pemimpin masa depan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Ibu bapa mestilah menjaga anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Hal ini dikatakan penting kerana kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa mampu menyedarkan anak-anak tentang betapa pentingnya institusi kekeluargaan demi membina masyarakat yang berkualiti. Mengikut kajian yang dijalankan, lebih 60 peratus anak muda yang terlibat dalam gejala sosial terdiri daripada golongan yang kehausan kasih sayang ibu bapa. Oleh sebab itu, anak-anak harus disayangi dan dijaga dengan baik supaya mereka mudah berasa bersalah dan akan berfikir demi ibu bapa sebelum melakukan perbuatan yang buruk yang mampu menconteng arang di muka ibu bapa. Selain itu, ibu bapa turut memainkan peranan penting untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan yang berkualiti dapat menjamin masa depan anak-anak. Pada kebiasaannya, ibu bapa mula menghantar anak-anak ke tadika sejak umur mereka tiga tahun lagi. Ibu bapa sedar bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki apabila masuk ke menara gading, anakanak dapat menjaga ibu bapa dan menjamin masa depan mereka. Oleh itu, ibu bapa haruslah mementingkan pelajaran anak-anak mereka. Lain daripada itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting sebagai suri teladan kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana bapa borek anak rintik. Ibu bapa haruslah menunjukkan sikap yang bermoral di hadapan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa tidak wajar berbahasa kesat mahupun merokok di hadapan anak mereka. Secara tidak langsung, anak-anak akan terdidik untuk mendisiplinkan diri kerana datang daripada keluarga yang baik dan yang mementingkan disiplin kerana kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. Para ibu bapa juga harus sedar bahawa mereka perlu menjadi tempat anak-anak bergantung hidup. Oleh sebab itu, ibu bapa harus bekerja keras memberikan kehidupan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Sebagai contoh, segala keperluan dan kelengkapan belajar haruslah disediakan oleh ibu bapa. Dengan berbuat demikian, ibu bapa sudah pun memenuhi komitmen mereka sebagai pendorong dan penggalak anak-anak mereka untuk menimba ilmu. Saya yakin bahawa anak-anak akan berusaha untuk berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum demi tidak menghampakan ibu bapa mereka sekali gus tidak menjadi seperti kacang lupakan kulitnya. Ilmu agama merupakan salah satu ajaran yang perlu disalurkan oleh ibu bapa ke dalam sanubari anak-anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana pegangan agama yang kuat dalam diri seseorang anak akan memperteguh keimanan mereka untuk menghadapi dugaan hidup. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama dan moral

kepada anak-anak mereka supaya anak-anak tahu membezakan yang mana batu, yang mana permata. Secara tidak langsung, mereka tidak akan menjerumuskan diri dalam kancah jenayah kerana sedar bahawa manusia punya asa, Tuhan punya kuasa. Dengan ini, masalah sosial dan jenayah dalam masyarakat kita akan berkurangan kerana ibu bapa telah menjadi pembimbing dan menunjukkan jalan hidup yang betul kepada anak-anak. Konklusinya, ibu bapa haruslah memerhatikan gerak-geri anak mereka sejak kecil lagi. Saya yakin bahawa tiada seorang pun ibu bapa yang mahu melihat anak mereka tergelincir daripada landasan hidup yang betul. Oleh sebab itu, para ibu bapa haruslah digalakkan menyertai bengkel keibubapaan dan kursus yang berkaitan dengan tanggungjawab ibu bapa mencorak anak-anak menjadi modal insan yang mulia demi masa depan anak-anak mereka. Dengan perkataan lain, segala tindakan ibu bapa terhadap anak mereka bakal memberikan impak yang besar dalam kehidupan anak mereka. Demikianlah kebenaran ungkapan anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya.

Para remaja sering menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan mereka. Sebagai remaja cadangkan strategi untuk menangani masalah remaja. Kehidupan zaman remaja merupakan suatu zaman yang penuh dugaan hidup yang mencabar. Kewujudan cabaran ini menyebabkan banyak remaja menganggap kehidupan mereka tidak begitu penting lalu memudahkan mereka terjebak dalam pelbagai kancah gejala sosial yang mampu menjejaskan imej dan maruah diri remaja itu sendiri. Situasi ini seolah-olah memberi satu persepsi umum bahawa kemelut yang melanda remaja itu tidak boleh diselesaikan dengan begitu mudah. Namun, ada pelbagai strategi yang mampu dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk menangani pelbagai cabaran yang melanda kehidupan harian remaja itu. Antara strategi awal ialah remaja harus disedarkan bahawa kehidupan mereka itu mempunyai matlamat atau tujuan yang tertentu. Kesedaran ini boleh ditimbulkan melalui pelbagai kempen kesedaran yang boleh dilakukan oleh pihak media massa menerusi filem atau iklan yang pasti ditonton oleh jutaan remaja kita. Setiap remaja yang menyedari bahawa kehidupan mereka mempunyai matlamat yang lebih besar selain daripada diri sendiri pasti akan mampu untuk menangani sebarang cabaran yang timbul dalam hidup mereka kerana sedar diri mereka mampu melakukan perubahan dalam kehidupan orang lain dan negara ini. Maka, remaja harus terlebih dahulu disedarkan tentang kepentingan memiliki matlamat hidup yang lebih jelas dan nyata. Manakala strategi kedua ialah pihak sekolah harus mampu memberikan perkhidmatan kaunseling kepada mana-mana remaja yang bermasalah dengan efektif. Perkhidmatan kaunseling ini hendaklah dilakukan dengan sistematik dan diseliakan oleh guru-guru yang berpengalaman serta memiliki kemahiran yang cukup dalam aspek memberi nasihat yang positif kepada remaja kelak. Guru kaunseling bakal menjadi barisan awal untuk mengesan remaja yang bermasalah lalu segera membuat perubahan yang mampu membawa remaja terbabit ke pangkal jalan dengan segera. Sesungguhnya, khidmat kaunseling oleh pihak sekolah menjadi satu senjata pelindung yang paling praktikal dalam menangani cabaran hidup remaja kerana mereka menghabiskan masa yang lama di sekolah. Selain itu, remaja yang sedang menghadapi cabaran hidup mampu menanganinya dengan kembali kepada ajaran keagamaan mereka. Semua ajaran agama di dunia ini cuba membawa penganutnya supaya menggunakan kaedah keagamaan untuk menjalani kehidupan di dunia dengan lebih baik selain mampu menyelesaikan masalah kehidupan mereka dengan lebih positif dan rasional. Benteng agama menjadi kriteria penting yang harus dimiliki dalam jiwa remaja terutama yang bermasalah kerana agama memberikan seseorang itu satu pegangan atau kepercayaan bahawa diri mereka mampu mengharungi badai kehidupan yang sedang melanda mereka itu. Jelaslah, semakin tebal kefahaman agama dalam diri remaja semakin besarlah peluang remaja itu untuk mampu menangkis sebarang cabaran kehidupan yang timbul dalam hidup mereka. Pada masa yang sama ahli masyarakat umum turut berperanan untuk menegur atau membantu remaja yang sedang menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka. Kalau kita lihat kini

masyarakat tidak lagi mahu atau berani untuk menegur kelakuan sumbang remaja kerana tidak mahu dianggap menjaga tepi kain orang pula terutama dalam kehidupan masyarakat moden kini. Kegagalan setiap ahli masyarakat untuk menjalankan tanggung jawab mereka untuk memberikan nasihat kepada remaja kita telah menyebabkan banyak remaja tersesat jalan lalu terbabit dalam pelbagai fenomena sosial yang menjejaskan imej rakyat negara ini juga. Jadi, masyarakat harus disedarkan tentang peranan mereka untuk sama-sama membantu remaja dengan memberi teguran dan sokongan kepada remaja dalam menyelesaikan pelbagai cabaran kehidupan yang melanda jiwa muda mereka itu. Malah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru boleh digerakkan untuk bersama-sama menangani masalah kehidupan yang melanda golongan remaja itu. Kelebihan persatuan ini ialah gabungan idea dan kerjasama ibu bapa serta guru mampu menjadikan mereka lebih peka akan cabaran hidup yang dilalui oleh remaja itu. Perkongsian maklumat dan pengalaman antara dua pihak yang penting dalam merencanakan kehidupan remaja ini pasti berupaya untuk mencetuskan satu pendekatan yang bukan sahaja bersifat psikologi tetapi juga praktikal dalam menyelesaikan kemelut hidup remaja tersebut. Lantaran itu, persatuan ini perlu lebih proaktif dalam merangka pelan atau aktiviti yang turut mampu menjadikan kehidupan remaja lebih riang dan selesa diharungi bersama-sama. Konklusinya, semua strategi yang diperhalusi di atas itu harus dilaksanakan dengan segera tanpa banyak alasan lagi. Kerjasama semua pihak terutama pihak ibu bapa dan sekolah amat diperlukan dalam menyelesaikan masalah yang bakal menentukan hala tuju negara kerana remajalah harapan pemimpin masa depan kelak. Kegagalan untuk menyelesaikan polemik ini secara rasional dan efektif akan menjadikan masyarakat kita pada masa hadapan satu masyarakat yang lemah dan tidak mampu untuk bersaing dalam arus persana globalisasi kini. Mahukah kita semua melihat remaja kita terus dibelenggu pelbagai masalah hidup tanpa kita melakukan apa-apa tindakan?

Masalah pembuangan bayi makin menjadi-jadi akhir-akhir ini terutama dalam kalangan remaja. Ulaskan pernyataan ini. Pembuangan bayi biasanya melibatkan golongan remaja yang tidak bertindak terburu-buru mengambil tindakan. Kemelut ini semakin serius apabila pihak media massa memaparkan kejadian ini dalam akhbar mereka dengan begitu meluas tanpa segan-silu. Jadi apakah puncapunca dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani isu ini? Kemelut ini berlaku lantaran kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja kita. Kekurangan ini mungkin akibat kekurangan didikan dan perhatian ibubapa serta impak kemodenan yang melanda negara kita. Remaja kita tidak mempunyai pegangan agama yang tebal dan mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu. Kesannya, ramai yang terjebak dalam kancah negatif ini saban tahun. Selain itu, isu ini turut berleluasa kerana institusi kekeluargaan itu sendiri sudah runtuh. Sudah menjadi kebiasaan kini sesebuah keluarga itu tidak mempunyai ayah atau ibu untuk mendidik. Ketiadaan ini menyebabkan tanggungjawab mendidik anda tidak menjadi satu keperluaan yang harus dipenuhi dengan baik. Sesungguhnya, keadaan inilah yang menyebabkan masalah pembuangan bayi menjadi-jadi. Sikap masyarakat yang terlalu suka menghukum turut menjadi penyebab pembuangan bayi ini berlaku. Kita suka menganggap wanita yang mengandung tanpa suami ini sebagai melakukan kesalahan tanpa menimbang keadaan yang menjurus kemelut itu berlaku. Pemikiran masyarakat ini menyebabkan remaja tidak mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka sehingga sanggup membiarkan anak mereka daripada dipandang jijik oleh masyarakat. Arus kemodenan terutama melalui media massa telah menyemarakkan masalah ini. Program dari barat yang mengaitkan kebebasan dalam pergaulan telah menyebabkan remaja terpengaruh. Kehidupan moden sering dikaitkan dengan hubungan seksual yang bebas. Lantaran itu, masalah ini terus menerus menjadi sesuatu yang lumrah dalam hidup mereka. Langkah yang perlu dilaksanakan oleh kita ialah menyediakan satu tempat perlindungan kepada remaja yang bermasalah seperti ini. Rumah perlindungan ini memberi bantuan kaunseling dan penjagaan kepada remaja dan bayi sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil. Kewujudan rumah perlindungan ini memberi ruang kepada remaja untuk berfikir secara rasional menyelesaikan masalah mereka. Sesungguhnya isu pembuangan bayi dapat dikurangkan. Paradigma masyarakat harus berubah dalam menangani masalah ini. Kita perlu mengikis sikap suka menghukum moral seseorang itu dengan terburu-buru tanpa mengambil kira keadaan yang dialami oleh remaja terbabit. Kita seharusnya menjadi tempat remaja meluahkan masalah mereka dan bukannya tempat remaja melarikan diri mereka. Pandangan

masyarakat yang berubah memberikan persepsi yang baik kepada remaja untuk berkongsi masalah mereka. Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini perlu dikaji secara telus. Semua pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Semua pihak memikul kesan yang timbul kerana kitalah yang menyebabkan dan mampu menghalang masalah ini daripada berterusan. Kita harus menerima masalah ini dan mencari jalan penyelesaiannya secepat mungkin.

Jelaskan peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang. Pada alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepada masyarakat dan negara. Media cetak mahupun media elektronik sering menyiarkan isu ini. Dalam kalangan ibu bapa dalam masyarakat ini selalu diberi perhatian oleh orang ramai terutamanya kerajaan. Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-5 Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Batawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat penting sekali. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh diambil untuk membentuk masyarakat penyayang. Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada anak-anak. Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini kerana, ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidaup dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka pada alaf globalisasi ini. Di sini saya memberi contoh ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk meneratkan hubungan dan mengurangan tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa. Jadi, impian ibu bapa atau negara untuk membentuk masyarakat penyayang akan tercapai jua. Sejajar dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak semenjak kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebaliknya, ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan anak-anak dalam didikan agama. Hal ini kerana, mereka beranggapan didikan agama tidak penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya, menggalakkan anak-anak mengikut kelas kifayah supaya anakanak akan menjadi insan yang berakhlak mulai. Di samping itu, mereka seharusnya memberikan pengajaran yang baik kepada anak-anak mereka ketika anak-anak itu masih dalam buaian lagi. Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam melahirkan generasi yang berguna akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti. Malahan, ibubapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada anak mereka. Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting. Begitu juga dengan hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarang masalah sudah pasti akan memberi keselesaan kepada anak untuk menjadi manusia yang penyayang. Ringkasnya, sikap ibubapa yang sebegini mampu melahirkan satu generasi muda yang penyayang di negara ini. Seiring dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anakanak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai buruk. Contohnya, menjadi penangih dadah, pencuri, penjengah, perogol dan sebagainya. Hal ini jelas, mereka akan mengalami kesempatan wang dan tekanan emosi. Bak kata pepatah bagai acuan begitulah kuihnya. Hal ini demikian, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi. Umpamanya, mengamalkan tabiat rajin membaca buku di hadapan anak-anak. Lama-kelamaan tabiat ini dalam kalangan generasi muda akan mengikut tabiat yang positif ini. Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang berguna pada alaf globalisasi ini.

Tuntasnya, semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dan pihak swasta. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang terpenting untuk memupuk masyarakat penyayang. Justeru, peribahasa bagai aur dengan tebing hendaklah diamalkan oleh semua warganegara Malaysia terutamanya generasi muda sejak belakangan ini.

Telefon bimbit merupakan alat komunikasi penting dalam era globalisasi ini terutama kepada golongan remaja. Penggunaan telefon bimbit yang begitu meluas ini telah membuktikan bahawa teknologi ini penting kepada remaja dan impak negatif yang timbul. Jelaskan. Telefon bimbit sudah menjadi satu bentuk perhiasan diri yang harus dimiliki oleh semua remaja. Kecanggihan telefon bimbit sering menarik minat remaja sehingga ada yang sanggup menahan lapar atau bekerja ketika cuti sekolah semata-mata untuk mendapat telefon bimbit yang lebih baik. Keadaan ini menyebabkan ramai yang menganggap telefon bimbit sudah menjadi satu pembaziran tetapi ada yang masih menyanjung kepentingan telefon bimbit ini. Lantaran itu, apakah kebaikan-kebaikan telefon bimbit kepada remaja? Satu kebaikan memiliki telefon bimbit ini ialah kemudahan untuk berkomunikasi. Hubungan antaa ibu bapa, adik, kakak, abang, kawan, guru dan sebagainya menjadi lebih akrab kerana telefon bimbit mempunyai kelebihan yang tidak mungkin dapat dicapai oleh perbualan tradisi kita. Konsep sistem pesanan ringkas (SMS) yang unik bersama-sama dengan ikon dan lagu atau irama menjadikan penggunaan teknologi ini untuk berinteraksi begitu romantik. Kemudahan berhubung juga mengelakkan pelbagai masalah seperti aspek keselamatan, tidak membuang masa untuk menunggu dan mendapat ketepatan tentang sesuatu perkara yang sering menimbulkan masaalah kepada remaja kini. Jadi, telefon bimbit memang membawa kebaikan kepada remaja dalam aspek komunikasi. Kebaikan kedua ialah telefon bimbit ini menjadi satu bentuk penyampaian informasi yang pelbagai dan menarik. Teknologi ini memudahkan pelbagai maklumat disalurkan seperti berita, lagu dan data peribadi. Maklumat ini berguna kepada remaja kerana melalui penggunaan yang betul semua maklumat ini dapat memastikan remaja memahami sesuatu atau melakukan sesuatu dengan betul. Jelaslah, telefon bimbit yang mempunyai pelbagai guna ini penting dalam memastikan remaja kita menjadi remaja berinformasi. Sudah pasti impak yang paling banyak dipaparkan ialah penggunaan telefon bimbit ini menyebabkan kos hidup remaja bertambah. Sikap suka menggunakan telefon ini untuk berhubung memastikan kos turut bertambah dan penggunaan telefon yang sebegini menyebabkan remaja tidak nampak penggunaan kosnya sehinggalah mereka terpaksa membayar bil telefon itu. Keadaan ini mungkin membawa mereka terpaksa mencari wang dan ada yang terpaksa beralih ke arah cara yang negatif seperti mencuri. Lantaran itu, telefon bimbit mampu menyebabkan remaja mengalami masaah kewangan yang serius. Tambahan pula, penggunaan telefon bimbit menyebabkan remaja tidak memberi tumpuan dalam aspek pendidikan mereka. Ada remaja terutama yang masih belajar menggunakan telefon bimbit di dalam kelas ketika guru mengajar tanpa segan silu. Mereka juga sering menghabiskan masa dengan membuat SMS atau berbual sehingga melupakan tanggung jawab mereka sebagai pelajar iaitu belajar. Akibatnya, banyak pelajar akan terjejas prestasi

pelajarannya kerana penggunaan telefon bimbit. Konklusinya, telefon bimbit harus dikawal penggunaannya terutama kepada remaja. Ibu bapa harus menegur dan memarahi anak mereka yang keterlaluan menggunakan teknologi ini. Namun dalam masa yang sama penggunaan telefon bimbit in turut memberi sat dimensi baru kepada hubungan keluarga. Mungkin remaja harus lebih bijak dalam kemelut ini supaya mereka terus dihormati oleh masyarakat.

Sikap membaca dalam kalangan anak? Apakah peranan ibu bapa dalam aspek ini? Amalan membaca menjadi satu amalan yang semakin dilupakan terutama oleh generasi muda kita. Amalan ini dianggap begitu membosankan kerana memerlukan penumpuan dan perhatian yang tinggi. Remaja juga memandang rendah pembacaan kerana membaca bukan sesuatu yang boleh menjadikan remaja 'teruja. Jadi, apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menanam minat anak mereka untuk membaca. Untuk memastikan anak mereka membaca, ibu bapa perlulah menyediakan satu ruang khas untuk aktiviti membaca. Ruang khas ini boleh menjadi perpustakaan mini buat keluarga dan mereka boleh menghabiskan masa di sana dengan membaca. Koleksi buku yang sesuai mengikut peringkat umur anak juga harus disediakan supaya semua boleh menikmati keseronokan membaca. Oleh itu, ruang membaca di rumah memupuk sikap membaca dalam diri remaja. Sebenarnya ibu bapa bukan sahaja harus menyediakan ruang khas tetapi mereka juga harus menjadikan diri sebagai teladan kepada anak-anak dengan menghabiskan masa membaca daripada menonton televisyen. Jika ibu bapa menjadikan membaca satu rutin dalam keluarga seperti hari ahad masa membaca atau sebelum tidur membaca mungkin anak mereka akan mengikuti teladan ini. Lama kelamaan mereka sendiri akan berminat untuk membaca apabila sudah dewasa pula. Oleh itu, teladan ibu bapa memberi satu peringatan kepada anak untuk menirunya secara semula jadi. Selain itu, ibu bapa berupaya memupuk sikap suka membaca dengan menjadikan amalan member hadiah hari jadi dalam bentuk buku. Banyak ibu bapa yang suka memberi hadiah berbentuk alat permainan atau pakaian yang tidak berupaya menambah keupayaan minda remaja. Buku yang bermutu mampu menjadi hadiah hari jadi yang bermakna buat remaja terutama jika buku itu memberi kesan mendalam kepada mereka. Maka, ibu bapa perlu menjadikan amalan memberi hadiah buku satu kewajipan mereka. Tambahan pula, ibu bapa boleh menimbulkan minat membaca dengan membuat diskusi apabila terdapat sesuatu isu yang menarik di dalam buku atau media massa. Perbincangan ini sudah pasti menimbulkan minat kerana ibu bapa dan anak akan cuba berhujah untuk menentukan hujah mereka lebih baik. Suasana yang mesra ini bukan sahaja merapatkan hubungan malah boleh memberi satu peluang untuk anak membaca lebih meluas. Sesungguhnya, ibu bapa yang mampu berbincang dengan anak membuka satu perasaan ingin tahu yang mampu dipuaskan melalui pembacaan. Kesimpulannya, ibu bapa menentukan minat remaja ada atau tidak tetapi masih ramai yang tidak memahami tugas mereka. Remaja pula menjadikan pelbagai alasan untuk tidak membaca terutama terlalu sibuk dengan kerja sekolah. Mungkin semua pihak perlu duduk

semeja dan merenung diri mereka sendiri. Peribahasa 'membaca jambatan hidup' memang harus kita semua renungkan.

You might also like