P. 1
1242649078 Ke Tingting

1242649078 Ke Tingting

|Views: 17|Likes:
Published by Cik Kenanga

More info:

Published by: Cik Kenanga on Jul 02, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/02/2012

pdf

text

original

PERMAINAN KETINGTING

PENGENALAN

Permainan ketingting yang juga dikenali sebagai permainan ‘buat rumah batu’ , ‘tinting’ dan ‘ciak tingting’ merupakan salah satu warisan kebudayaan Melayu yang masih popular hingga ke hari ini. Walaupun pengaruh permainan moden seperti ‘video game’ dan ‘monopoli’ memberi ancaman kuat kepada permainan tradisional, permainan ketingting masih menjadi aktiviti Ketingting merupakan sebuah permainan kanak-kanak yang bukan sahaja memberi hiburan, malah bermanfaat terhadap rohani dan jasmani seseorang pemain. Permainan ini yang dimainkan oleh kanak-kanak di seluruh dunia dengan istilah yang berbeza merupakan asas kepada acara lompat jauh yang bertaraf sukan antarabangsa. Skil melompat dalam permainan ketingting yang memberikan pengalaman dan latihan asas kepada pemain untuk menceburi sukan yang lebih tinggi kemahirannya.

Permainan ketingting yang tidak lenyap akibat arus pemodenan ini telah diamalkan khususnya oleh masyarakat luar bandar yang masih memelihara warisan nenek moyang mereka. Di samping itu informasi mengenai ketingting boleh didapati di mana sahaja termasuklah buku-buku, muzium dan internet. Melalui sumber-sumber tersebut masyarakat di serata dunia dapat mengetahui dan memahami ciri-ciri permainan ketingting dan sekaligus mengenali warisan kebudayaan masyarakat Melayu.

Mengikut kajian Sejarah, permainan ketingting bermula semasa Empayar Rom. Luas petak ketingting pada ketika itu dikatakan berukuran lebih daripada 100 kaki! Ketingting diperkenalkan di kalangan askar-askar Rom sebagai latihan ketenteraan yang mengasah kekuatan fizikal dan daya tahan mereka. Semasa latihan diadakan, askar-askar akan berlari sambil memikul guni-guni berat dan dipercayai kaedah tersebut dapat meningkatkan ketangkasan dan daya tahan kaki mereka. Dengan berbekalkan latihan ini askar-askar tersebut mampu bertahan lebih lama di medan peperangan. Apabila kanak-kanak Rom melihat latihan tersebut , mereka mula meniru latihan pahlawanpahlawan mereka dengan mencipta dan mengubahsuai permainan ketingting. Struktur latihan pahlawan tersebut berubah wajah menjadi sejenis permainan yang menarik di kalangan kanak.kanak. Mereka mengubahsuai dengan mengurangkan jumlah keluasan petak dan memudahkan permainan dengan system pemarkahan mereka sendiri Permainan ketingting ini berbeza di kebanyakan negara dari segi jumlah dan saiz petak, cara bermain dan alat-alat yang digunakan. Tetapi, dua ciri asas permainan ini yang universal ialah ‘petak segi empat’ dan skil ‘melompat’. Walaupun pelbagai teori dan sumber mengatakan bahawa ketingting berasal dari tempat-tempat yang berbeza namun masyarakat di setiap negara menganggap permainan tersebut sebagai warisan tradisi nenek moyang mereka.

Berikut adalah istilah yang digunakan untuk permainan ketingting di seluruh dunia.

Alaska ArgentinaAruba Bolivia India Indonesia Jerman

Rayuela -

Alaskan Hopscotch
MALAYSIA

Pele La Thunkuna Ekaria Dukaria One Leg Jump Templehupfen
BOLIVIA
ARUBA

Malaysia
Netherlands New York Perancis Vietnam

-

Ketingting / Buat Rumah Batu
Hinklebaan Potsy Marelles / Escargot
NEW YORK PERANCIS

Pico

TEMPAT / KAWASAN PERMAINAN Lazimnya, ketingting dimain di kawasan-kawasan lapang yang rata. Di kawasan luar bandar, halaman rumah yang luas dijadikan medan permainan ketingting . Para ibu bapa mempercayai permainan ini dianggap selamat dijalankan di perkarangan rumah kerana gerak-geri anak-anak mereka dapat diawasi sambil menguruskan tugasan masing-masing. Manakala di kawasan bandar pula, kanak-kanak bermain ketingting di taman permainan ataupun di gelanggang-gelanggang yang berlantaikan simen seperti gelanggang badminton. Kapur digunakan untuk melukis petak di atas lantai ataupun tanah supaya garisannya jelas kelihatan. Kawasan berumput atau padang tidak sesuai untuk permainan ini kerana kesukaran melukis petak dengan menggunakan kapur. Tambahan pula, kor yang dibaling akan terselindung di celah-celah rumput dan akan menjejaskan proses permainan. Permainan ketingting yang dimain di kawasan lapang menyihatkan badan kerana udaranya bersih dan segar berbanding dengan permainan dalaman yang mengongkong pergerakan seseorang.

SASARAN PEMAIN Ketingting biasanya dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur 6 hingga 15 tahun. Jumlah pemain pula tidak terhad dan sekurang-kurangnya dua orang pemain. Kanak-kanak perempuan dan lelaki amat menggemari permainan ini kerana permainannya menyeronokkan dan menguji stamina dan kecekapan seseorang pemain. Walaupun tahap umur ataupun saiz badan tidak menjadi penentu kemenangan dalam permainan ketingting, biasanya kanak-kanak gemar memilih pemain-pemain yang seusia dengan mereka.

PERALATAN PERMAINAN Salah satu keistimewaan ketingting ialah, permainan ini tidak membebankan kanak-kanak atau ibu bapa untuk membeli peralatan seperti permainan-permainan moden. Ini adalah kerana peralatannya yang terdiri daripada barang-barang yang boleh dikitar semula senang diperolehi dan selamat digunakan. Peralatan-peralatannya ialah seperti; a) kapur putih / berwarna atau crayon - digunakan untuk melukis petak-petak di atas tanah b) batu atau ‘kor’ - setiap pemain perlu ada ‘kor’ yang boleh terdiri daripada sebarang bahan, bentuk, saiz dan warna . Contohnya : batu, penutup botol, duit syiling, beg berisi biji saga, kulit siput, butang dan rantai.

CARA BERMAIN
 Pemain perlu membuang ‘kor’ ke dalam petak ‘RUMAH’ mengikut giliran.Kor pemain yang jatuh paling dekat dengan garisan ‘RUMAH’ akan memulakan permainan.  Pemain akan berdiri di tempat permulaan apabila mula bermain.  Pemain mesti membuang ‘kor’ ke dalam petak 1 dahulu.  Kemudian pemain akan meneruskan lompatan sehingga dia pulang ke tempat permulaan (lompatan sebelah kaki untuk nombor tunggal dan dua belah kaki untuk petak bernombor genap)  Seseorang pemain perlu menghabiskan permainan iaitu sehingga ‘kor’ nya dibuang di petak 7.  Selepas tamat semua pusingan, kini tibalah langkah memilih ‘rumah’.  Pemain akan membaling ‘kor’ ke dalam mana-mana dari tempat permulaan.Di mana jatuhnya ‘kor’, akan menjadi ‘rumah’ pemain.  ‘Rumah’ pemain boleh dihias dengan corak mengikut citarasa pemain.

PERATURAN PERMAINAN
Peraturan dan syarat di dalam permainan ketingting melancarkan proses permainan dan juga mendisiplinkan para pemain. Pemain yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan denda ataupun hilang satu pusingan. Bagi kesalahan-kesalahan yang lebih besar, pemain akan dibuang dari permainan. Berikut adalah peraturan-peraturan umum permainan ketingting ; i. ‘Kor’ pemain-pemain tidak boleh sama kerana boleh mengelirukan para pemain untuk membezakannya. ii. Semasa bermain, ‘kor’ tidak boleh jatuh di luar petak , di atas garisan mana-mana petak dan di petak ‘rumah’ pemain lain.

iii. Tangan dan kaki pemain tidak boleh terpijak garisan petak semasa melompat ataupun ketika mengambil semula ‘kor’ mereka.
iv. Seseorang pemain diberikan 3 peluang sahaja apabila membuat pemilihan ‘rumah’. Semasa pemilihan ‘rumah’ sekiranya ‘kor’ jatuh di atas garisan ataupun ‘rumah’ pemain lain, pemain dianggap ‘mati’ dan akan memulakan semula permainan dari awal. v. Pemain boleh melompat di ‘rumah’nya tetapi tidak di ‘rumah’ pemain-pemain lain dan tidak boleh lupa memijak mana-mana petak kecuali ‘rumah’ pemain lain. Pemain yang tidak mematuhi mana-mana peraturan di atas akan hilang satu pusingan. Permainan akan tamat setelah semua petak dimiliki oleh para pemain. Pemain yang memiliki ‘rumah’ yang paling banyak akan dianggap pemenang.

PENUTUP Permainan ketingting yang tergolong dalam permainan luar rumah amat sesuai untuk perkembangan rohani dan jasmani seorang kanak-kanak. Ciri-ciri permainan ketingting yang menggunakan gerakan otot mampu melahirkan badan yang sihat dan otak yang cerdas. Gerakan ‘lompatan’yang menguji kemahiran mengawal keseimbangan badan boleh menjadikan seorang kanak-kanak itu cergas dan aktif. Secara tidak langsung, sifat keyakinan diri dapat disemai di jiwa kanak-kanak supaya mereka percaya akan kemampuan diri. Mengawal gerakan badan dan mematuhi peraturan yang diamalkan di dalam permainan ketingting ini boleh mendidik seseorang kanak-kanak mendisiplinkan diri apabila berada di rumah dan juga tempat-tempat awam. Persaingan memonopoli ‘rumah’ dalam permainan ketingting merupakan satu budaya yang sihat. Sikap bersaing ini akan melatih kanak-kanak agar sentiasa gigih berusaha untuk mencapai keinginan atau matlamat mereka dengan cara yang adil dan betul. Di samping itu, permainan ketingting juga melahirkan interaksi sosial di kalangan kanak-kanak yang berasal dari pelbagai budaya dan keturunan yang berbeza. Secara tidak langsung, interaksi ni mengeratkan perpaduan kaum di kalangan masyarakat majmuk di negara kita. Semoga permainan ketingting ini akan terus dipelihara di kalangan generasi muda agar khazanah warisan kebudayaan Melayu ini akan kekal sebagai jati diri bangsa yang disanjungi.

TUGASAN 1

KUIZ
Pilih jawapan yang paling tepat. 1. Di antara berikut yang manakah tafsiran paling tepat mengenai asal-usul permainan ketingting mengikut ahli-ahli Sejarah? A Diperkenalkan oleh kanak-kanak semasa Dinasti Ming. B Diperkenalkan di kalangan askar ketika Empayar Rom. C Telah bermula sejak zaman Neolitik. D Tidak ada satu bukti yang kukuh mengenai asal-usulnya. 2. Apakah istilah ketingting di negara Eropah? A ‘Buat Rumah Batu’ C ‘Hopscotch’ B ‘Tingting’ D ‘Ekaria Dukaria’

3. Istilah ‘Escargot’ untuk permainan ketingting digunakan di negara ____________________ . A Indonesia C Bolivia B Vietnam D Perancis

4. Di antara berikut , pilih lokasi permainan ketingting yang paling sesuai.

I padang III perkarangan rumah
A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV

II gelanggang badminton IV stadium

5. Mengapakah permainan ketingting tidak menelan perbelanjaan yang besar seperti sesetengah permainan moden? A kerana kanak-kanak langsung tidak memerlukan sebarang peralatan permainan B kerana peralatan permainannya terdiri daripada barang-barang kitaran yang mudah diperolehi. C kerana permainan ini tidak diminati oleh kanak-kanak di kawasan bandar. D kerana permainan ini bersifat tradisional dan diwarisi daripada nenek moyang.

6. Di antara bahan-bahan berikut yang manakah tidak sesuai dijadikan ‘kor’?
A kulit siput B guli C penutup botol D duit syiling

Soalan 7 dan 8 berdasarkan Rajah 1.

7. Berpandukan Rajah 1, di petak manakah pemain perlu membuang ‘kor’ untuk memulakan permainan?

8. Sekiranya ‘kor’ seorang pemain jatuh di tempat ‘D’, apakah tindakan seterusnya? A Pemain tersebut dianggap ‘mati’ dan memulakan semula permainan.

B Pemain tersebut akan memulakan permainan sebagai pemain pertama dan diikuti oleh
pemain lain. C ‘D akan menjadi ‘rumah’ pemain tersebut. D Hanya pemain tersebut boleh memijak ‘D’ ketika membuat lompatan.

9. Berikut adalah cara-cara pemain mengutip semula ‘kor’ dari petak ‘RUMAH’. Sila susun semula cara tersebut mengikut turutan. I pemain melompat ke petak 5 dan seterusnya ke petak-petak lain sehingga tiba di titik permulaan. II apabila mengutip ‘kor’, tangan pemain tidak boleh menyentuh garisan.

III pusing sambil melompat supaya kaki kanan di petak 6 dan kaki kiri di petak 7.
IV pemain duduk mencangkung untuk mengutip ‘kor’ tanpa menoleh ke belakang. A IV, II, III, I B I, III, IV, II C III, IV, II, I D II, IV, III, I

10. Antara berikut pemain manakah dianggap sebagai pemenang dalam permainan ketingting? A pemain yang pertama memulakan permainan B pemain yang tidak pernah ‘mati’ C pemain yang paling banyak memiliki ‘rumah’

D pemain yang tidak pernah melanggar peraturan permainan

JAWAPAN KUIZ

Berapa skor anda?

JAWAPAN KUIZ
1 B 2 C

3 D
4 D 5 B 6 B 7 C

8 A
9 C 10 D

TUGASAN 2

Hasilkan satu persembahan power point untuk mana-mana satu tajuk permainan tradisional di bawah.
a. Wau

b. Sepak raga
c. Congkak

d. Gasing
e. Berlaga buah keras f. Selambut

SELAMAT MENCUBA

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->