You are on page 1of 7

PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TAJUK 1 Pengenalan dan konsep 1.1 Definisi dan konsep Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan tingkah laku menunjukkan faktor-faktor luaran atau persekitaran yang berlaku sebelum atau selepas sesuatu peristiwa akan merangsang sesorang individu mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus. Pada umumnya hasil kajian saintifik pengurusan tingkah laku mencadangkan bahawa; Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh dipelajari pada bilabila masa. Tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah laku baru yang lebih positf jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan teliti, iaitu sesuai dan sistematik. Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu (Bear, Wolf and Risley, 1968)

Tingkah laku adalah berbagai ragam dan berbagai laku. (Kamus Dewan, 1979) Manakala modifikasi atau pengubahsuaian pula adalah satu pendekatan berstruktur dan bersistematik bagi meningkatkan tingkah laku diingini, mengurangkan tingkah laku yang buruk, dan mengekalkan tingkah laku sasaran. Pendekatan ini banyak mengamalkan peneguhan bagi mencapai matlamat pengubahsuaian tingkah laku diingini. Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi perkaraperkara berikut; perancangan yang rapi tentukan individu atau kumpulan teknik intervensi yang berkesan penilaian secara objektif Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid khas sebelum program pengurusan tingkah laku dilaksanakan, iaitu; setiap murid adalah unik tiada satu cara yang berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan keperluan dan kehendak murid (aspek kognitif,

afektif, dan psikomotor murid saling berkait). Model tingkah laku Model tingkah laku berteraskan kepada tiga elemen penting iaitu; rangsangan (stimulus) Tindak balas (response) Kesan/akibat (consequences) Rangsangan adalah sebarang bentuk keadaan persekitaran atau benda/objek yang boleh menyebabkan tindak balas perlakuan berlaku. Tindak balas merupakan tingkah laku yang terhasil daripada kewujudan rangsangan tertentu. Kesan/akibat adalah kejadian (event) yang terjadi ke atas murid selepas tindakan balas berlaku. Rangsangan Tindak balas Akibat Murid A menampar kepala murid B tanpa sebab Guru mengarah murid Pandang cikgu Murid B membaling buku kepada murid A Murid memandang guru Guru menegur murid tersebut Guru memujinya Guru memberi gula-gula sebagai ganjaran

Model lain yang seakan-akan sama seperti di atas adalah Model A-B-C Antrecedent -------- Behaviour ---------- Consequences A ----- peristiwa sebelum B ----- Tingkah laku yang ditunjukkan (response) C ----- Akibat/kesan
http://asengonek.blogspot.com/2009/02/pengurusan-tingkah-laku.html

Definisi Pengurusan Tingkah laku. PTL ialah tingkahlaku yang dilakukan oleh guru, ibu bapa atau pihak-pihak tertentu untuk membentuk perlakuan luaran dan dalaman individu atau kumpulan supaya individu tersebut mempunyai tingkahlaku yang bermanfaat, produktif, dan diterima oleh masyarakat. Apakah Program Pengurusan Tingkah Laku Ia adalah dokumen bertulis yg menjelaskan perkara-perkara berikut : v Jenis perlakuan yg dinilai v Kekerapan perlakuan v Keadaan semasa perlakuan dinilai

Konsep Pengurusan Tingkah Laku - Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.(Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005). - Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku-kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. - Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif-bebas gangguan - Langkah asas:v Kenal pasti tingkah laku v Tentukan sasaran v Pilih strategi, kaji kesan v Aplikasi strategi baru jika perlu, bina yang baru Teknik Pengurusan Tingkah Laku 1. Alat pengukuran personal (personal tools) v Kedekatan fizikal (physical proximity) dekati murid yang bermasalah. v Mobiliti fizikal (physical mobility)-jalan depan ke belakang, ke tepi atau keliling kelas, buat

pengawasan. v Pandangan guru (ekspresi wajah), menyenangkan, menarik, marah, benci, kecewa. v Setiap guru mesti mahir menggunakan teknik ini 2. Teknik pencegahan (preventive techniques) v Kurangkan ketegangan, pengajaran lancar v Iklim positif v Peramah, peneguhan, berhati-hati v Persekitaran terurus v Patuhi rutin bilik darjah, sistem kutip buku v Bentuk peraturan, perlakuan yang diterima dan tidak diterima 3. Tindakan Pembetulan (corrective measures) v Tangani masalah secara spontan, henti secara baik tidak merosakkan v Ubah fokus tingkah laku secara positif, henti tingkah laku negatif dan harmonikan iklim bilik darjah v Caranya:v Guna hukuman yang diketahui murid dan

relevan v Tukar tempat duduk, jumpa selepas pengajaran v Bimbing perlakuan yang positif v Jelaskan hak mereka, ingatkan mereka selalu v Gunakan alat pengukuran personal-wajah dll. Teknik - teknik Pengurusan Tingkah Laku 1. Peneguhan 2. Tukar persekitaran fizikal 3. Ubahsuai program pengajaran 4. Guru menukar tingkahlaku sendiri 5. Kualiti guru 6. Penggunaan ganjaran 7. Pembentukan 8. Pengasingan (time-out) 9. Dendaan / hukuman 10. Penghapusan 11. Rakan sebaya (modelling) 12. Kejalakan (satiation) 13. Bimbingan dan Kaunselling
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/05/pengurusan-tingkah-laku-2.html

You might also like