You are on page 1of 19

Pengawetan Basah

MAKSUD PENGAWETAN BASAH


Pengawetan

basah bermaksud spesimen diawet di dalam larutan pengawet yang sesuai. Etanol dan formalin merupakan dua jenis bahan yang sering digunakan sebagai bahan pengawet. Etanol adalah bahan pengawet yang terbaik tetapi harganya jauh lebih mahal daripada formalin.

Etanol sering digunakan untuk mengawet spesimen yang bersaiz kecil sahaja, manakala formalin pula digunakan untuk mengawet spesimen yang bersaiz besar. Balang spesimen merupakan bekas terbaik untuk menyimpan spesimen. Balang reka ganti yang sesuai boleh digunakan. Botol-botol kaca tanpa warna, tinggi, bermulut lebar dan mempunyai penutup seperti botol Nescafe adalah sesuai.

Pengawetan

basah sesuai digunakan untuk menyimpan spesimen haiwan kecil. Pengawetan basah juga sesuai untuk mengekalkan warna asal spesimen tumbuhan.

PENGAWETAN SPESIMEN HAIWAN SECARA BASAH

BAHAN DAN RADAS YANG DIPERLUKAN:


Spesimen

pilihan Botol pilihan Botol spesimen (saiz bersesuaian dengan saiz spesimen) Sekeping kaca nipis segi empat tepat (muat untuk dimasuk dan disandarkan pada dinding botol spesimen) Bahan pengawet

BAHAN PENGAWET:
Sama ada etanol atau formalin. Formalin asal berkepekatan 40%. Kepekatan bahan pengawet bergantung kepada saiz spesimen.

Spesimen

Kepekatan Pengawet

Haiwan kecil (serangga dan Alkohol 70-80% invertebrata) Haiwan besar (moluska, amfibia, reptilia dan mamalia) Formalin 4% (100 ml 40% formalin asal + 900 ml air suling)

BAHAN DAN RADAS YANG LAIN:


Tali

nilon atau benang Kloroform Kapas Forsep Peralatan lain yang sesuai

KAEDAH PENYEDIAAN SPESIMEN AWETAN


Matikan spesimen dengan menggunakan kloroform dalam sebuah botol berpenutup. Spesimen boleh dimatikan dengan cara lain tetapi spesimen perlu dimatikan dalam tempoh yang pendek dan kurang menyakitkan. Spesimen diikat pada sekeping kaca nipis segi empat dengan tali nilon atau benang. Pastikan susunan anggota spesimen pada kedudukan yang terbaik supaya setiap bahagian dapat dilihat dengan jelas.

Masukkan kepingan kaca berspesimen dalam keadaan tersandar dengan baik pada dinding botol spesimen. Atur kedudukan terbaik yang memungkinkan spesimen dapat dilihat dari pelbagai sudut dengan jelas dan baik. Botol pengawet mestilah diisi dengan bahan pengawet sehingga ke aras di mana apabila botol ditutup, tidak terdapat ruang udara di dalamnya. Sapu tepi tudung dengan lilin cair supaya kedap udara.

Udara

boleh mengoksidakan etanol atau formalin dan menjadikannya kurang berkesan. Tampalkan label yang mengandungi maklumat-maklumat berikut: Nama sains: Nama am: Tarikh: Habitat / tempat spesimen diperoleh: Nama pengumpul: Larutan pengawet:

Bagi

spesimen yang tebal, misalnya katak, kita perlu menyuntik formalin 4% ke dalam tubuhnya bagi memastikan anggota dalam turut diawet. Bagi ular pula, kita terpaksa menyuntik setiap jarak 5cm di sepanjang tubuhnya. Alkohol mudah meruap maka pemeriksaan secara berkala perlu dijalankan bagi mengelakkan kekeringan yang seterusnya merosakkan spesimen yang diawet.

PENGAWETAN SPESIMEN TUMBUHAN SECARA BASAH

Bahan / Radas:

Spesimen pilihan Botol pilihan Botol spesimen (saiz bersesuaian dengan saiz spesimen) Bahan pengawetan (Jenis pengawetan dan kepekatan bergantung kepada jenis & bahagian spesimen)

Pengawetan Spesimen Tumbuhan secara basah

Kaedah:
Spesimen Alga, kulat dan buah yang lembut Bahan & Kepekatan Pengawet Larutan Formalinasetik alkohol (FAA) [Campurkan kira-kira 5ml asid asetik glasial, 90ml etanol 70% dan 5ml formalin asal (formaldehid 40%)]

Buah (bagi mengekalkan warnanya)

Larutkan 50g zink klorida dalam 1L air suling. Tambahkan 25ml formalin dan 25ml gliserol.

Spesimen Bahagian berwarna hijau ingin dikekalkan.

Bahan & Kepekatan Pengawet Rendamkan spesimen ke dalam larutan mendidih kuprum (II) asetat dalam asid glasial yang telah dicairkan selama 10 minit. Biarkan larutan sejuk Basuh spesimen dengan air mengalir Simpan spesimen dalam formalin 5% Nota: Satu bahagian larutan tepu kuprum (II) asetat dalam asid asetik glasial dicampurkan dengan empat bahagian air.

Tumbuhan secara umum

Rendamkan dalam larutan kuprum (II) sulfat 5% selama 24 jam. Simpan untuk pengawetan dalam larutan natrium sulfit (2 3 ) berpekatan 0.2 molar.

Pengawetan Spesimen Tumbuhan secara basah

Langkah seterusnya:

Sebaik spesimen tumbuhan telah dimasukkan ke dalam larutan pengawet terakhir, sapu tepi tudung dengan lilin cair supaya kedap udara. [Nota: Udara boleh mengoksidakan etanol atau formalin dan menjadikannya kurang berkesan.]

Pengawetan Spesimen Tumbuhan secara basah

Langkah seterusnya:

Tampalkan label yang mengandungi antaranya maklumat-maklumat berikut:

Nama Sains: Nama Am: Tarikh: Habitat / Tempat spesimen diperoleh: Nama Pengumpul: Larutan pengawet:

You might also like