You are on page 1of 7

TEKS UCAPAN GURU BESAR DALAM MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2012

Selamat petang dan salam sejahtera. Terima kasih kepada saudari pengerusi majlis.
Yang YB Tuan Haji Ahmad Fatahi bin Haji Omar Yang Di Pertua

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kedah,Merangkap Naib Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia. selaku jemputan khas kita pada hari ini, yang dikasihi Tuan Yang Dipertua PIBG SK Haji Hussin Dol En. Ku Abd Razak bin Ku Ismail jawantankuasa, guru-guru Penolong Kanan, dan barisan dan

guru-guru

seterusnya tuan-tuan dan puan-puan para waris yang dihormati sekalian. Syukur dapat kita berkumpul pada petang yang indah ini untuk menjayakan aktiviti tahunan sekolah ini dalam membantu kejayaan dan kecemerlangan anak-anak kita di sekolah ini. Terlebih dahulu

saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada jemputan khas kita yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada petang ini. Tahniah dan sekalung ucapan terima kasih kepada Tuan YDP PIBG dan barisan jawatankuasa serta tuan-tuan dan puan-puan atas

komitmen dan kesudian hadir untuk menyempurnakan majlis kita pada hari ini. Dalam usaha kita mengejar visi dan misi sekolah kita terpaksa melalui banyak kekangan dan cabaran pada tahun ini.Segala urusan pentadbiran dan perjalanan sekolah berjalan seperti biasa dengan bantuan guru sebanyak 53 orang dan 4 orang staf. Kita mempunyai sebanyak 873 orang murid dan 24 buah kelas . Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Dalam kesempatan yang ada ini saya ingin melaporkan beberapa program yang telah dilaksanakan diperingkat sekolah sejajar dengan perkembangan pendidikan negara pada masa kini. Antara program yang dilaksanakan adalah; i. Program LINUS iaitu Literasi dan Numerasi yang ditujukan kepada pelajar Tahun 1. Program ini adalah program yang bertujuan untuk memberi kemahiran asas membaca dan mengira kepada murid tahap 1. Dalam tempoh 3 tahun pelajar ini diharap akan dapat menguasai kemahiran ini sepenuhnya iaitu pada penghujung tahun 2012. Program ini adalah sebahagian daripada item NKRA dibawah bidang

memartabatkan bidang pendidikan.

ii.

Program seterusnya ialah PROTIM untuk pelajar tahun 4,5 dan 6 yang tidak dapat menguasai kemahiran asas membaca dan mengira. Program ini telah dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu dan kita berjaya mengesan pelajar yang bermasalah ini untuk diberikan pemulihan dengan disediakan modul-modul yang bersesuaian dengan mereka.

iii. iv.

Ujian Februari 2012 telah diadakan. PAM untuk pelajar tahun 2 dan 3

Dalam penyertaan kita di peringkat PKG dan Daerah setakat ini sekolah ini telah mencapai beberapa kejayaan yang membanggakan. Kita telah berjaya merangkul kejayaan sebagai Juara Bola Sepak dan Olahraga diperingkat PKG dan akan mewakili PKG ke peringkat Daerah dalam masa terdekat ini. Setinggi tahniah dan terima kasih kepada mereka yang terlibat. Dalam bidang ko-akademik kita juga beroleh kejayaan yang cemerlang dalam Majlis Tilawah Al-Quran baru-baru ini. Tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian, Dalam usaha kita memartabatkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi sememangnya cabaran sangat besar. Sekiranya kita tidak tampil untuk bersama-sama membantu pihak sekolah saya percaya

kejayaan ini agak lambat untuk kita kecapi. Dalam hal ini, saya ingin menarik perhatian tuan-tuan dan puan-puan supaya kita sama-sama memberi kerjasama kepada pihak sekolah tentang beberapa perkara yang mudah, ringan dan yang menjadi perkara asas kepada peraturan sekolah. Usaha kami dalam mendidik anak-anak tuan-tuan dan puan-puan memerlukan komitmen dan bantuan sepenuhnya daripada tuan-tuan dan puan-puan. Tindak balas tuan-tuan dan puanpuan terhadap pihak sekolah dalam menyelesaikan beberapa isu yang berkaitan anak-anak kita disekolah sebenarnya diperhatikan oleh anak-anak kita. Oleh itu bertindaklah secara professional ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak tumpah. Sehubungan itu beberapa perkara yang saya maksud termasuklah: i. Trend waris pada masa ini yang banyak mencari kesilapan dan kesalahan pihak sekolah. Mereka akan melihat pihak sekolah sebagai musuh yang perlu diajar tanpa memikirkan kesan baik atau buruk tindakan mereka terhadap anak-anak mereka. ii. Pihak sekolah telah beberapa kali mengeluarkan arahan dan teguran kepada waris yang menghantar dan mengambil anakanak mereka dengan kenderaan terutamanya pada waktu puncak supaya tidak masuk ke kawasan sekolah kerana akan

mengganggu dan kita mendoakan semoga tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini dalam kawasan sekolah. iii. Seperkara lagi ialah masih terdapat waris yang meletakkan kenderaan dan menunggu anak-anak mereka betul-betul di hadapan pintu masuk. Saya mohonlah kepada mereka yang terlibat agar kita sama-sama memberi kerjasama dan cubalah elakkan perkara sedemikian daripada berulang lagi. iv. Marilah kita sama-sama menggunakan wadah yang kita ada ini iaitu melalui PIBG untuk menyelesaikan segala permasalahan demi kebaikan kita bersama. Semoga guru dan ibu bapa saling membantu ke arah yang satu iaitu kejayaan anak-anak tuantuan dan puan-puan. Kejayaan anak-anak tuan-tuan dan puanpuan adalah kejayaan kita bersama. Pihak sekolah tidak pernah mengharapkan sebarang balasan jika anak-anak tuan-tuan dan puan-puan berjaya, cukuplah jika sudi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kita. v. Dalam kesempatan ini juga, saya ingin menasihatkan para waris yang ada di sini dan sampaikan kepada yang tidak dapat bersama kita supaya jangan atas sesekali menyebelahi anak dan

mengambil

tindakan

maklumat

sepenuhnya.

Seeloknya dalam mengambil sebarang tindakan kita perlu

siasat terlebih dahulu dalam sesuatu perkara itu dengan sebaikbaiknya dan mendapatkan penjelasan daripada pihak sekolah. vi. Seperkara lagi ialah berhubung kehadiran bagi aktiviti KK dan aktiviti lain yang berkaitan, sila tuan-tuan dan puan-puan pastikan agar mereka dapat hadir pada waktu yang

dimaklumkan kepada mereka. Para waris perlu pastikan mereka tidak datang terlalu awal kerana ditakuti mereka akan

melencong ke tempat lain. Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,Sebelum saya mengundur diri, saya ingin berpesan kepada semua waris yang ada supaya dapat membuat pemantauan terhadap anak-anak tuan-tuan dan puan-puan tentang beberapa perkara terutama dalam hal kerja rumah mereka yang diberikan oleh guru, berhubung tingkah laku dan tutur kata

yang bersopan-santun, juga berhubung pergaulan mereka dan sikap mereka terhadap kita, guru-guru, orang yang lebih tua maupun kepada kawan-kawan mereka. Pendidikan bukan sekadar melatih anak-anak menimba ilmu pengetahuan, tetapi dengannya dapat dijadikan panduan dan asas yang cukup untuk membentuk sahsiah dan keperibadian yang mulia kepada anak-anak bakal pewaris kita kelak. Saya percaya, segala

usaha dan ketekunan yang dicurahkan oleh pihak pentadbir, guruguru dan penglibatan PIBG adalah bertujuan meningkatkan prestasi pelajar-pelajar di samping merealisasikan wawasan negara. Oleh itu, pada kesempatan ini bagi mencapai maksud yang dinyatakan tadi, saya ingin menyeru kepada diri saya dan kepada semua pihak terutama tuan-tuan dan puan-puan para ibu bapa marilah kita memberi sepenuh kerjasama kepada pihak sekolah dan guru-guru dalam memikul tanggungjawab murni ini. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa, guru-guru, para pelajar, masyarakat setempat, agensi-agensi kerajaan dan khasnya kepada pihak syarikat dan ahli-ahli korporat yang terlibat untuk kecemerlangan sekolah ini. Sekian, terima kasih.

You might also like