You are on page 1of 3

Polisi Keselamatan Dan Tatacara Tindakan Di Makmal Komputer Tindakan Murid : -Peraturan am sekolah hendaklah dipatuhi.

-Selipar / kasut mesti ditinggalkan di luar. -Tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran dan pengawasan guru. -Hendaklah menulis nama, masa masuk dan keluar serta nombor komputer yang digunakan di -dalam buku rekod yang telah disediakan. -Beg dan alatan lain tidak dibenarkan dibawa masuk tanpa kebenaran guru bertugas. -Tidak boleh makan, minum. bising, bermain dan mengganggu murid lain. -Ikut arahan guru dengan baik apabila belajar asas-asas komputer. -Tutup komputer dengan tatacara shut down yang betul seperti arahan guru. -Pastikan meja dan kerusi disusun dan kebersihan bilik ICT dijaga selepas menggunakannya Polisi keselamatan dan tatacara tindakan di bilik komputer (a) Peraturan am sekolah hendaklah dipatuhi. (b) Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa guru (c) pelajar tidak dibenarkan membawa masuk beg, makanan dan minuman. (d) Pelajar tidak dibenarkan membuat bising dan bermain serta melakukan aktiviti tanpa kebenaran guru. (e) Pelajar hendaklah menulis nama, kelas, masa masuk dan keluar serta nombor komputer yang digunakan di dalam buku rekod yang disediakan (f) Pastikan disket bebas dari virus. (g) Tutup komputer dengan tatacara yang betul. (h) Pastikan bilik sentiasa kemas dan bersih. (i) Pastikan semua suis elektrik ditutup, pintu dan gril ditutup dan dikunci sebelum balik.

Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal komputer: -Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal. -Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT. -Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu. -Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmalkecuali dengan keizinan Penyelaras ICT. -Pelajar dilarang melaraskan pendingin hawa. -Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal. -Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas. -Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer. -Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan segera kepada guru yang bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu. -Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas. -Tidak dibenarkan membawa liquid paper -Dilarang membuat bising di dalam makmal -Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur lucah, menghina atau menfitnah pihak tertentu. -Dilarang mengubah sebarang settings dalam komputer. -Dilarang mengubah atau menambah perisian dan perkakasan -Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak boleh disimpan dalam cakera

keras. -Peralatan seperti LCD dan printer hanya boleh dikendalikan oleh guru. -Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke makmal komputer hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal. -Pengguna hendaklah merekod penggunaan buku log komputer. -Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer

You might also like