You are on page 1of 10

Tema : Menyiasat Alam Bahan. Tajuk : Sifat-sifat bahan. Sub Topik : Bahan terapung dan bahan menyerap air.

Tempoh : 60 minit Tahun :4 Objektif Pembelajaran : Memahami sifat-sifat bahan. Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar dapat: 1. Menyenaraikan 5 bahan yang terapung di permukaan air. 2. Menyenaraikan 5 bahan yang menyerap air. 3. Mengenalpasti ciri-ciri bahan yang boleh menyerap air. 4. Membandingkan ciri-ciri bahan yang boleh terapung di permukaan air dan menyerap air. Pendekatan P&P Kaedah KPS : : Pembelajaran Masteri. 1. Permainan 2. Demonstrasi : 1. Berkomunikasi 2. Meramal 3. Menginferens 4. Membuat pemerhatian 1. Mengendalikan spesimen dengan betul dan berhati-hati. 1. Kertas A4. 2. Besen berisi air. 3. 5 objek berlainan bahan buatan (dicari oleh murid) 4. Jadual pemerhatian. 5. Lembaran kerja. 6. LCD. 7. Jaket keselamatan. 8. Pelampung. 9. Beg plastik. 10. Beg kertas.

KMS BBM

: :

Fasa (Masa) Set Induksi ( 5 minit )

Isi Kandungan Menyatakan keadaan kapal kertas. -

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Guru membimbing murid melakukan aktiviti membina kapal dengan menggunakan kertas yang diedarkan. Murid meletakkan kapal yang telah siap dibina di dalam besen yang berisi air. (telah disediakan oleh guru di hadapan kelas) Guru meletakan kapal yang diperbuat daripada plastik ke dalam besen Murid membuat pemerhatian. Guru bersoal jawab tentang apa yang diperhatikan oleh murid.

Catatan Jenis aktiviti: Permainan BBM: - Kertas A4 - Besen berisi air KPS: - Pemerhatian

Pencetusan Idea (15 minit)

Sifat-sifat bahan.

- Guru mengaitkan apa yang diperhatikan oleh murid tadi dengan sifat-sifat bahan. Contoh: Bahan boleh menyerap air dan terapung. Soal-jawab: 1. Mengapa kapal yang cikgu letakkan tidak tenggelam? 2. Mengapakah kapal yang kamu bina daripada kertas tersebut tenggelam? 3. Apakah yang akan berlaku jika kapal tersebut dibuat daripada plastik. - Guru memaparkan beberapa contoh gambar melalui LCD, untuk murid mengenalpasti ciriciri bahan yang terdapat pada gambar tersebut. (polisterina, lampin pakai buang bayi, tisu, sudu plastik dan span)

BBM: LCD KPS: - Meramal - Menginferens

Penstrukturtan Ciri-ciri bahan Semula Idea (20 minit)

Guru memberi arahan kepada murid untuk menjalankan aktiviti. (Kumpulan telah ditetapkan) 1. Murid akan keluar dari kelas mencari 5 objek yang ingin diuji sifat-sifat bahannya. 2. Murid akan membawa objek ke dalam kelas dan menguji objek tersebut dengan memasukkannya ke dalam besen yan berisi air. 3. Murid akan membuat pemerhatian tentang sifatsifat bahan dan mencatatkannya di dalam jadual yang disediakan oleh guru. (seperti di dalam Lampiran 1) 4. Murid mengenalpasti setiap objek diperbuat daripada bahan apa. 5. Murid membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian yang dibuat. Guru memanggil 3 orang murid tampil ke hadapan untuk menjalankan aktiviti demonstrasi.

BBM: Jadual pemerhatian. KPS: - Pemerhatian - Menginferens KMS: Mengendalikan spesimen dengan betul dan berhati-hati.

Aplikasi Idea (10 minit )

Mengenalpasti ciri-ciri bahan dalam kehidupan seharian.

Jenis aktiviti: Demontrasi BBM: Jaket keselamatan, pelampung, beg plastik, beg kertas dan air.

Demonstrasi 1: - Guru mengarahkan murid memakai jaket keselamatan dan pelampung. - Guru bersoal jawab dengan murid: 1. Antara 3 orang murid di hadapan ini, yang manakah akan terselamat jika terjatuh ke dalam air? 2. Apakah yang menyebabkan murid tersebut terselamat? Nyatakan ciri-ciri bahan yang terdapat pada objek tersebut.

Demonstrasi 2: - Guru memberikan beg plastik dan beg kertas kepada murid. - Guru menuang air ke dalam kedua-dua beg tersebut. - Guru bersoal jawab dengan murid: 1. Antara 2 objek tersebut, yang manakah boleh digunakan dalam kehidupan seharian? Mengapa? Refleksi ( 5 minit ) Peta minda berkaitan dengan ciri-ciri bahan. - Guru meminta murid melengkapkan peta minda berdasarkan apa yang telah di pelajari: (seperti di dalam Lampiran 2) - Guru mengedarkan lembaran kerja. BBM: lembaran kerja

Lampiran 1: Jadual Pemerhatian.


Objek Ciri-ciri bahan Terapung Menyerap air Bahan binaan

Lampiran 2:

Bahan di perbuat daripada apa?

Apakah ciri-ciri bahan?

Nama objek

Kegunaan dalam kehidupan seharian.

Lembaran Kerja. (PENGAYAAN)


Jadual 1 menunjukkan penyiasatan untuk mengkaji hubungan diantara saiz tuala dengan kebolehan menyerap air.

A Tuala A B C

B Kebolehan menyerap air (ml) 500 750 1000 Jadual1

a. Nyatakan pemerhatian anda berdasarkan tuala C. ......................................................................................................................................................................................... b. Berikan inferens berdasarkan pemerhatian di (a). ......................................................................................................................................................................................... c. Apakah tujuan penyiasatan di atas? ......................................................................................................................................................................................... d. Nyatakan dua maklumat berdasarkan penyiasatan. i. ............................................................................................. ii. ............................................................................................. e. Apakah hubungan di antara saiz tuala dengan kebolehan menyerap air. .........................................................................................................................................................................................

Lembaran Kerja. (PEMULIHAN)

Kelaskan objek-objek berikut berdasarkan jadual.

Kebolehan menyerap air

Kebolehan terapung di permukaan air

You might also like