You are on page 1of 11

KERTAS KERJA

KERTAS KERJA KURSUS BINA INSAN GURU SIRI 2

PISMP SEMESTER 1 2012


(BM1, BM2, DAN PEMULIHAN)

TARIKH 03 - 06 APRIL 2012

Tempat NUSA CAMP, TAMAN NEGARA, JERANTUT PAHANG.

ANJURAN UNIT KOKURIKULUM IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

UNTUK PERHATIAN PENGARAH IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

1.0 PENDAHULUAN

Bina Insan Guru (BIG) merupakan salah satu program yang diwajibkan kepada guru-guru pelatih yang berjaya memasuki Program Ijazah, selepas menjalani Program Persediaan Sarjana Muda Perguruan selama 1 tahun 6 bulan bagi memenuhi ProForma Kursus. Perlaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan sebagai seorang insan contoh yang baik kepada masyarakat. Oleh sebab itu, guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelatih mampu mengenali kemampuan dan kelemahan diri sendiri. Di samping itu, guru pelatih mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.

2.0 MATLAMAT

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru yang harmonis dan seimbang dari semua segi, iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

Program ini juga bertujuan bagi menerapkan guru-guru pelatih dengan ciri-ciri, potensi dan citra diri seorang insan guru, pembinaan self-esteem, membina daya saing yang tinggi di samping mampu membuat refleksi diri dalam menghadapi cabaran yang akan dihadapi dalam profesion perguruan.

3.0 OBJEKTIF

Diharap program Bina Insan Guru (BIG) bagi fasa pertama ini dapat :

3.1 Memenuhi sukatan pelajaran Bina Insan Guru fasa 1 ambilan Januari 2012. 3.2 Mengukuhkan ikatan silaturrahim yang terbina dalam kalangan guru-guru pelatih yang terlibat. 3.3 Memupuk sikap toleransi, kerjasama dan nilai-nilai murni dalam kalangan guru-guru pelatih. 3.4 Memperkembang serta mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan pendedahan kepada guru-guru pelatih berkaitan cara menguruskan sesebuah program. 3.5 Menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. 3.6 Memiliki kemahiran, ketahanan fizikal, mental dan semangat juang yang tinggi. 3.7 Menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal. 3.8 Menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan. 3.9 Memperkembangkan potensi sebagai insan melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas 3.10 Mendidik guru-guru pelatih untuk menghargai alam semula jadi dan bersyukur dengan nikmat yang Tuhan berikan.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh dan hari

: 03 -06 April 2012 (Selasa - Jumaat)

4.2 Tempoh pelaksanaan : 4 hari 3 malam

5.0 TEMPAT

NUSA Camp, Taman Negara, Jerantut, Pahang

6.0 KUMPULAN SASARAN

6.1 Peserta yang terlibat adalah 24 orang guru pelatih dari unit Pemulihan, 22 orang guru pelatih dari unit Bahasa Melayu (SJKC) dan 20 orang guru pelatih dari unit Bahasa Melayu (SJKT). 6.2 Program ini juga melibatkan beberapa orang pensyarah sebagai pensyarah pembimbing dan fasilitator. 6.3 Senarai nama guru pelatih mengikut kumpulan disertakan dalam lampiran 1.

7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

7.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari

: En. Jaafar Bin Idris, SMP, AMP : En. Roselan Bin Ahmad, SAP : En. Ahmad Yani Bin Mat Yusof, : En. Khazali Bin Ismail, AMP : Pn. Zuharni Bt Abdul Malik, PKC, PEG.

7.2 AHLI JAWATANKUASA Kem Komanden : En. Sarudin Bin Md. Amin

Jurulatih Air Dan Darat

: En. Ahmad Yani Bin Mat Yusof Pn. Nooriza Binti Kassim En. Baharom Bahari Bin Muda En. Hamidi Bin Abd. Aziz En. Shafie Bin Majid

Peniolong Jurulatih

: En. Fauzi Bin Hassan En. Mohd. Zaim Bin Hassan Cik Sazila Binti Zakaria

Fasilitator LDK

: Cik Salbiah Binti Mat Abu Cik Rozanna Binti Zainol

Wakil Unit Peperiksaan

: Cik Zuraidah Binti Baharuldin

Urusetia Peralatan / Penolong Tugas-Tugas Pengurusan Aktiviti : En. Ahmad Farzulrudin Bin Ishak

7.3 AHLI JAWATANKUASA KERJA


JAWATAN Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Ajk Disiplin Ajk Makanan Ajk Peralatan Ajk Keselamatan Ajk Kertas Kerja Ajk Aktiviti Air NAMA Mohamad Izzat Bin Ishak Noorhanida Binti Md Fadilah Noraisyah Husna Binti Afandi Nurun Nabilah Binti Mohammad Mustafa Muhammad Syahiruddin Bin Mokhtar Mohammad Hizami Bin Khoirudin Ahmad Farhan Bin Zainudin Mohd Hafiz Bin Rashid Khirul Amir Bin Abu Hasan Sue Ernest Richard Bernard Armaan Arif Bin Nuri Mohd Iskandar Alan Bin Norhanuddin Ajk Kerohanian UNIT BM 1 BM 1 BM 2 BM 2 BM 2 PEM BM1 BM 1 BM2 PEM BM 2 BM 2 PEM PEM PEM PEM PEM BM 1 BM 1 BM 1 BM 2 PEM PEM PEM BM 2

Nur Sakinah Binti Sabtu Chum Yuan Yan

Ajk Kebajikan

Goh Chee Yuin Yogeswari A/P Murugaiya Mohamad Izham Bin Mohtar Nur Ain Hazwani Binti Abdu Rahman

Ajk LDK Azizul Hakim Bin Muda Mohd Nur Hafizzudin Bin Zainudin Nurfarihin Binti Mohd Kholid Ajk Dokumentasi Ajk Malam Kebudayaan Ajk Senaman Pagi Ajk Pengangkutan Muhammad Akmal Bin Azmi Shalani A/P Balakrishnan Mohammad Kalik Bin Su Ut Nabila Binti Mohd Razis

Ajk Jungle Trekking

Mohamad Aidilfitri Bin Mohamad Radzuan

PEM

8.0 TENTATIF PROGRAM (Lihat lampiran)

9.0 PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN

9.1 Kos danPerbelanjaan

1. Makanan (RM 14 x 66 orang x 4 hari)

= RM 3696

2. Sewa tapak (RM 12 x 66 orang x 4 hari) = RM 3168 3. Pengangkutan 4. Peralatan = Disediakan = Disediakan

9.2 Sumber

1. IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan (Aktiviti Pelajar) RM 26 x 4 hari x 66 orang = RM 6864

10.0

STRATEGI PERLAKSANAAN

10.1

Mengemukakan proposal program. 10.1.1 Melantik Ahli Jawatankuasa. 10.1.2 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja. 10.1.3 Melaksanakan Program. 10.1.4 Penilaian.

11.0

PENUTUP

Setelah program ini berlangsung, adalah diharapkan bahawa program ini dapat mengeratkan silaturahim dalam masyarakat yang berbilang kaum dan daya ketahanan yang tinggi serta dapat diterapkan kepada setiap peserta bagi menempuh cabaran era globalisasi. Diharapkan aktiviti ini juga dapat meningkatkan sahsiah diri melalui protokol dan etika sosial sebagai seorang guru selaras dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan budaya IPG. Disamping itu, segala aktiviti yang dijalankan diharapkan dapat memberikan nilai positif dan amalan terbaik untuk para pelatih. Justeru itu, segala perancangan dan perlaksanaan nanti diharapkan akan memberikan hasil dan mencapai segala objektif yang dikehendaki khususnya kepada para peserta program ini. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

............................................................. (SUE ERNEST RICHARD BERNARD) AJK Kertas Kerja, Kumpulan Kedua BIG PISMP Sem 1, Ambilan Januari 2012 `

.................................................. (EN. SARUDIN BIN MD. AMIN) Penyelaras BIG, Fasa 1 Siri 2, PISMP Sem 1 Januari 2012, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Disahkan Oleh :

Diluluskan oleh :

................................................................... (ENCIK AHMAD YANI BIN MAT YUSOF) Ketua Unit Kokurikulum, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,

........................................... ......... (ENCIK ROSELAN BIN AHMAD) Timbalan Pengarah, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,

Kuala Lipis, Pahang.

Kuala Lipis, Pahang.

You might also like