P. 1
Ajaran Sesat Di Malaysia

Ajaran Sesat Di Malaysia

|Views: 59|Likes:

More info:

Published by: Muhamad Azri Affendi on Jul 04, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/28/2013

pdf

text

original

PENGHARGAAN.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., keluarga serta sahabat Baginda. Alhamdulillah, berkat inayah-Nya, tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masa yang diberikan

Ajaran Sesat di Malaysia.
MUQADDIMAH

Ajaran sesat bukanlah perkara baru yang berlaku di Malaysia, sebaliknya telah mula menular sejak di awal kedatangan agama Islam di rantau ini. Isu ajaran sesat mula mendapat perhatian dengan munculnya ajaran Ayah Pin di Terengganu yang mengaku dirinya memiliki kuasa seperti Tuhan, jelmaan semua Nabi dan menjadi dewa bagi semua agama serta memiliki ramai pengikut. Malah, ada pengikut ajaran sesat ini terdiri di kalangan profesional yang dianggap bijak untuk menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Ekoran pengetahuan agama yang cetek, ramai orang mudah terpengaruh dengan ajaran sesat ini. Namun, pada hakikatnya individu yang menjadi dalang di sebalik ajaran sesat ini mempunyai motif tersendiri untuk kepentingan dirinya semata-mata. Ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan sesat di dalam masyarakat Islam di Malaysia bukanlah perkara baru dan tidak disedari tetapi kadang-kadang ajaran-ajaran sesat itu tidak dapat dikatakan sesat keseluruhannya kerana ada bercampur aduk di antara yang salah dan yang benar. Yang paling rumit dan kritikal sekali ialah di dalam ajaran-ajaran berkenaan dikatakan betul oleh satu golongan dan dikatakan salah oleh satu golong yang lain.

Definisi ajaran sesat

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan Islam yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah serta bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, orang-orang yang sesat ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha mempelajarinya atau orang yang berpengalaman agama yang tidak betul kerana dipelajari dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya.

Sejarah kedatangan ajaran sesat di Malaysia

Ajaran sesat mula bertapak sejak awal kedatangan agama Islam di Semenanjung Malaysia pada abad ke 15 yang bergerak secara senyap. Terdapat beberapa bentuk ajaran sesat seperti : • Animisma. • Dinamisma. • Ajaran Hindu-Budha. • Sabaiyyah. • Kaysaniyyah. • Syiah Ismailiyyah. • Aliran teosofi. Ajaran sesat yang paling lama di Malaysia ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Haji Ahmad Matahari pada sekitar tahun 1870an di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran ini telah berkembang ke negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak dan Negeri Sembilan. Di Kelantan pula wujud ajaran sesat yang dikenali dengan ajaran Subud dan ajaran Martabat Tujuh yang disebarkan sekitar tahun 1950an. Ajaran Martabat Tujuh dipercayai masih aktif di Kelantan dan beberapa negeri lain sehingga ke hari ini.

CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT DI MALAYSIA.
1. Ajaran Empat Sahabat ( Kota Bharu pada tahun 1974) 2. Ajaran Cerang melilin ( Terengganu pada tahun 1976 ) 3. Ajaran Husin Ali ( Kuala Terengganu pada tahun 1976 ) 4. Ajaran Crypto ( Kluang Selangor pada tahun 1978 ) 5. Tarikat Aurad Islamiah ( Kedah pada tahun 1979 ) 6. Tarikat Zikrullah ( Hasan Anak Rimau / Ayah Pin, Kota Bharu.1983 ) 7. Ajaran Haji Mohd Yamin Ab. Rahman ( Kota Bharu Pada tahun 1990 ) 8. Ajaran Tok Ayah Selamat ( Kota Bharu pada tahun 1989 ) 9. Al- Arqam. ( Seluruh negeri 1988 ) 10. Golongan Anti Hadis ( wilayah Persekutuan !992 ) Bukan sedikit ajaran sesat yang tumbuh dikalangan masyarakat Islam. Di negara ini sahaja terdapat 46 jenis ajaran yang telah dikenalpasti sesat. Namun begitu terdapat banyak lagi yang bercambah disana sini yang sukar diselidiki secara dekat kerana kekurangan matlumat yang lengkap. Di sini diberi dua contoh ajaran sesat yang besar dinegara ini:1.Al-Arqam. Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari Muhammad. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh negara ini. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang dikelirukan dan menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang

unggul. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakyah melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian. Penyelewengan akidah Al-Arqam adalah berpunca dari pengajaran Ashaari Muhammad dan pegangan pengikutpengikutnya terhadap Aurad Muhammadiah yang diantara lain memberi ajaran dan fahaman seperti berikut: i. Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpa Rasulullah saw dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda Rasulullah saw di dalam Ka'abah. ii. Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula sebagai Imam Al-Mahdi. iii. Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah saw dan meletakkan setaraf dengan Khulafa' Al-Rasyidin. iv. Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang kononnya untuk mengesahkan sesuatu yang diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya mengenali siapa yang taat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan pemimpinnya. v. Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh datang menolong apabila diseru namanya. vi. Ashaari Muhammad dipercayai, kononnya selain seorang yang soleh, wali yang mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman dan Sayyidul-Mujaddidin. vii. Penggunaan Gambar Ashaari secara meluas dikalangan pengikut kerana di percayai akan membawa Barakah dan mempunyai Karamahnya.

viii. Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu satu rumpun dengan keturunan Nabi Muhammad saw yang memegang panji-panji Al-Mahdi.

2. Golongan Anti Hadis. Di Malaysia golongan anti Hadis telah dapat dikesan sekitar tahun 1984. ini diperkuatkan lagi dengan terbitnya buku Kasim Ahmad, Hadis: Satu Penilaian Semula. Kasim Ahmad mempelopori kumpulan ini kerana dipercayai terpengaruh dengan sebuah buku Dr. Rashad Khalif, bertajuk The Computer Speaks: God's Message To The World, yang diterbitkan oleh Syarikat Renaissance Production International; Amerika pada tahun 1981. Pendekatan Kasim Ahmad mengenai teori Anti Hadis banyak terpengaruh dengan pendekatan yang digunakan oleh Dr. Rashad Khalifa. Beliau telah mempersoalkan autoriti Hadis dan memberi beberapa gambaran yang mengelirukan mengenainya. Malah beliau menuduh bahawa hadis adalah ajaran-ajaran palsu dan rekaan semata-mata serta sekaligus beliau menolak kewibawaan ulamak-ulamak hadis. Beliau berpendapat Hadis dan Sunnahlah yang menjadi salah satu penyebab punca kekeliruan dan perpecahan terbesar dikalangan umat Islam selama lebih seribu tahun. Dengan tersiarnya akhbar dan terbitnya buku Kasim Ahmad mengenai pandangan beliau tentang Hadis, suasana masyarakat Islam amnya kurang menyenangkan. Lantaran itu pihak Kerajaan telah mengambil satu ketetapan mengharamkan buku tersebut dari pengedarannya.

Langkah-langkah pembanterasan ajaran sesat di Malaysia. PERANAN INDIVIDU.
Individu memberi peranan yang amat penting dalam pembanterasan ajaran sesat kerana seseorang individulah yang akan menentukan sama ada mereka tergolong dalam ajaran sesat ataupun tidak . Langkah-langkah pembanterasan ajaran sesat bagi seseorang individu : 1. Seseorang individu perlulah melaporkan kepada pihak berkuasa jika berasa was-was terhadap sesuatu ajaran islam yang dipelajari di sesuatu tempat agar dapat menghalang aktiviti itu . 2. Melengkapkan diri dengan kefahaman islam yang sebenar . Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal. 3. Memberikan perhatian terhadap masalah yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat dengan memberikan penerangan terhadap isu-isu semasa. 4. Selalu mengikuti ceramah serta ilmu akidah agar diri tidak mudah tersesar ke ajaran sesat. 5.

PERANAN MASYARAKAT.

Orang awam mestilah bertanggungjawab untuk membanteras ajaran sesat. Mereka juga sepatutnya sedar bahawa mereka merupakan anggota seperti mata, telinga, dan mulut pihak berkuasa yang berusaha untuk menghapuskan ajaran sesat daripada terus berkembang dan tersebar luas. Mereka sepatutnya lebih berhati-hati dalam masalah mempelajari dan mendalami ilmu agama terutamanya dalam soal tauhid dan aqidah. Sebarang masalah dan keraguan yang timbul mestilah di rujuk kepada alim ulama yang muktabar supaya tiada berlaku penyelewengan dan salah ajaran. Mereka mestilah mendekati dan bergaul dengan orang alim yang boleh membantu dan menunjukkan arah yang lebih kepadanya dalam masalah agama. Masyarakat dan orang awam secara umumnya mestilah berazam dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menghapuskan pengaruh ajaran sesat yang boleh membinasakan aqidah umat Islam.

PERANAN KERAJAAN
 Pihak berkuasa mestilah tegas dan teliti dalam mengawasi ‘guru agama’ yang bebas keluar masuk negeri. Mereka hanya dibenarkan mengajar jika diyakini ia tidak terlibat dengan mana-mana ajaran songsang yang sedia ada mahupun ajaran baru yang dibawanya.  Pihak berkuasa mestilah selalu menyebarkan risalahrisalah ilmiah kepada masyarakat melalui saluran tertentu tetapi umum. Kesedaran dan kewajipan menjaga aqidah merupakan sesuatu yang mesti ditekankan kepada masyarakat supaya mereka tidak mudah percaya.  Pihak berkuasa hendaklah menyebarkan maklumat tentang usaha menyesatkan masyarakat ini dengan jelas meluas kepada umum.  Mengadakan kursus-kursus agama untuk masyarakat di setiap masyarakat di setiap lapisannya. Kursus-kursus seumpama ini boleh diadakan di segenap tempat seperti di balai raya,surau,masjid dan sebagainya.  Pihak berkuasa juga hendaklah mengadakan programprogram pemulihan kepada bekas pengikut kumpulankumpulan ajaran sesat supaya mereka tidak lagi kembali kepada ajaran yang sesat sebelumnya.

PERANAN PENDAKWAH DAN ULAMA.

PERANAN SEBAGAI SEORANG MAHASISWA DAN MAHASISWI.

KESIMPULAN.

SUMBER RUJUKAN.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->