You are on page 1of 25

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN & BAHASA MODEN SGRN3016 : PENGAJARAN,

TEKNOLOGI & PENTAKSIRAN 1

DISEDIAKAN OLEH 1. KHAYRUL SHAHIDA BINTI SHARIPPUDIN 2. FARIZAH BT SULAIMAN 3. AZURA 4. SALBIAH

217866

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


Pelbagai bentuk peralatan dan sistem yang digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik.

Pandangan pengkaji tentang ICT


Robertson, 1998 - ICT digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yang lebih besar terhadap dunia akan datang. Holmes, 1999 - integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Pisapa, 1994 - integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran.

Konsep ICT Dalam Pendidikan Dari Kaca Mata KPM


i.ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah. ii.Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri. iii.Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan. Selain daripada bidang pendidikan, perkembangan persekitaran global telah memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing.

Maksud Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)


Menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai.

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Perubahan zaman membawa kepada pengenalan pelbagai jenis teknologi kedalam pelbagai jenis sektor di Malaysia termasuklah didalam bidang pendidikan dan perguruan. Melibatkan pelbagai lagi jenis kemahiran yang selaras dengan perkembangan zaman. Jika dulu pendidik hanya berbekalkan kapur, buku dan papan hitam, kini komputer serta internet digunakan secara meluas didalam kelas-kelas pembelajaran.

Tidak hanya digunakan ketika proses penyediaan bahan pembelajaran, ianya turut
digunakan secara meluas ketika proses pembelajaran. Kelas-kelas di sekolah dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan teknologi bagi memudahkan mengaplikasikan penggunaan komputer didalam kelas. Ini menjadikan

proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik serta mencabar.


Memudahkan murid-murid memperolehi pelbagai teknik pembelajaran serta ilmu pengetahuan yang selaras dengan era teknologi maklumat.

Tugasan web
Satu kaedah pengajaran yang kini digunakan secara meluas. Mengalakkan murid menggunakan komputer dan internet dalam menyelesaikan tugasan mereka. Mendedahkan murid kepada pelbagai maklumat yang hanya menanti untuk dicernakan. Guru boleh menggunakan dua kaedah didalam teknik ini. Teknik pertama ialah guru akan terlebih dahulu menyelidik manamana laman web yang mengandungi pelabagi jenis tugasan dan latihan yang boleh dilakukan oleh muridnya. Biasanya murid perlu mencetak tugasan tersebut sebagai bukti mereka menyelesaikan tugasan yang diberi. Teknik kedua ialah guru akan memberi tajuk tugasan tertentu dimana murid dikehendaki melawat laman web tertentu bagi mencari maklumat tertentu. Murid akan menggunakan kepakaran mereka untuk menjejak maklumat yang mereka perlukan.

Kaedah penggunaan ICTdidalam pembelajaran.


Terdapat pelbagai kaedah penggunaan ICT didalam proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas-kelas pengajaran.

Email
Cara perhubungan yang baru melibatkan guru dan murid, Cara komunikasi yang inovatif. Boleh dibuat secara individu dimana seorang guru hanya berkomunikasi dengan seorang murid pada masa tertentu. Secara kelompok dimana kelompok ini berdasarkan topik atau perkara tertentu. Guru berkenaan dapat menyediakan murid terlebih dahulu sebelum sessi pertemuan akan datang. Murid dapat mencari bahan bagi mempersiapkan diri mereka sebelum pertemuan tersebut. Memudahkan guru untuk mengedarkan tugasan kepada semua muridnya seperti ketika cuti sekolah. Ini memudahkan murid serta guru kerana mereka tidak perlu bertemu secara fizikal. Menggunakan email untuk mendapatkan kepastian dari guru jika wujudnya keraguan dengan menghantar email kepada guru. Guru dan murid dapat berbincang melalui email mengenai permasalahan itu. Penggunaan mailing list memudahkan penghantaran email kepada beberapa individu secara serentak.

Permainan Komputer dan simulasi

Permainan komputer dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi rancak dan menarik. Menjadikan proses pengajaran tidak lagi bergantung pada buku dan papan hitam. Permainan komputer yang bercorak pertandingan menyebabkan murid akan berlumba-lumba antara satu sama lain untuk menyelesaikan permainan tersebut. Ia menjadikan suasana kelas lebih ceria dan menarik. Simulasi membantu murid mempersiapkan diri sebelum melakukan tugasan secara realiti. Kerap digunakan apabila keadaan sebenar latihan amat berisiko serta mahal untuk dilakukan. Kaedah simulasi digunakan secara meluas didalam bidang ketenteraan. Sebagai contoh untuk melatih seorang juruterbang menerbangkan pesawat pejuang. Sekiranya latihan dibuat secara realiti, dibimbangkan kerana kurang mahir juruterbang itu mungkin terlibat didalam kemalangan dan akan mengakibatkan kerugian dan melibatkan nyawa.

Penyediaan medium pengajaran


Memudahkan seorang guru itu untuk memilih medium bahan pengajaran yang bersesuaian untuknya. Memudahkan guru itu untuk mengintergrasikan pelbagai jenis medium bahan didalam pengajaran. Beliau boleh menyediakan bahan pengajaran dengan Microsoft Words iaitu dengan menaip bahan yang diperlukan sebelum diedarkan kepada muridnya. Menjimatkan masa kerana guru tidak perlu lagi menulis dipapan hitam kemudian murid perlu menyalinnya semula. Penggunaan Microsoft Powerpoint pula dapat membantu guru menyediakan persembahan yang menarik untuk dikongsi dengan muridnya. Guru tersebut boleh menyelitkan lagu bahkan video bagi menjadikan persembahannya lebih menarik. Pasti akan menarik minat serta menyebabkan muridnya lebih fokus kepada apa yang ingin diajar.

Pengajaran Melalui Blog


Blog kini merupakan tarikan terbaru didalam masyarakat. Memudahkan kita untuk berkongsi pendapat bahkan bercerita mengenai diri secara terbuka dan meluas. Pendidik disini boleh menggunakan blog sebagai laman untuk dibuat tapak perbincangan. memaparkan beberapa topik untuk dibuat perbincangan. Juga boleh digunakan sebagai tapak untuk mengedarkan pelbagai bahan atau tugasan yang diperlukan.

E-learning
Pelbagai kaedah e-learning yang boleh diaplikasikan. Cara yang pertama ialah virtual classroom ataupun kelas maya. Para didik akan berkumpul secara maya bagi mengikuti kelas mereka. Mereka boleh berada dimana saja. Dimudahkan dengan penggunaan webcam. Ia memberikan peluang untuk berkomunikasi secara maya. Memudahkan kerana para didik tidak perlu hadir secara fizikal. Cara kedua ialah melalui online learning ataupun pembelajaran online. Disini bahan pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini boleh disebarkan melalui email,para didik pula menghantar tugasan kembali melalui email. Pendidik juga boleh mewujudkan laman web ataupun blog untuk memudahkan proses tersebut. Cara ketiga ialah melalui mobile learning ataupun pembelajaran bergerak. Ini dipermudahkan dengan penggunaan meluaskan telefon pintar dan komputer tablet. Penggunaan teknik ini memudahkan proses pembelajaran berlaku dimana saja pada bila-bila masa saja.

Kajian Mengenai Penggunaan Teknologi Multemedia Interaktif dan Pendidikan


-Penggunaan teknologi multimedia mampu memberi kesan yang lebih efektif -Informasi dalam jumlah yang lebih besar dapat disalurkan

Pengkaji dan Dapatannya Teknologi Multimedia


Vaughan (1998)
Mampu menarik perhatian dan mudah difahami. Membentuk corak ingatan yang lebih kompleks.

Quinn (1993) dan Palinsear (1998)


Penggunaan simulasi berkomputer meningkatkan kemahiran pelajar untuk menyelesaikan masalah. Pelajar berpeluang melakukan latihan dan kemahiran berfikir yang lebih tinggi.

Farrimond dan Rakan-rakan (1997)


Mampu memaparkan situasi yang mewakili kehidupan sebenar Membangunkan kefahaman terhadap pembelajaran dengan lebih efektif

Mayes (1992)
Mampu meningkatkan motivasi. Mengurangkan berlakunya salah konsep. Meningkatkan peluang berlakunya pembelajaran yang lebih bermakna.

Roblyer dan Edward (2000), Jonassen (1999)


Menggalakkan pelajar berfikir secara kritikal, menyelesaikan masalah, mahir dalam menyusun maklumat dan bermotivasi dalam pembelajaran. Menggalakkan pembelajaran secara kolaboratif dan kooperatif. Berkemahiran dalam kehidupan sebenar.

Fry dan Coe (1980)


Pembelajaran secara aktif menjadi prosesnya lebih menyeronokkan.

Penggunaan Teknologi Internet


Ellsworth (1994)
Peluang berkomunikasi dan interaksi dengan individu dari seluruh dunia. Menjadikan sesuatu projek lebih dinamik dan berkualiti.

Scot dan Rakan-rakan (1997)


Pembelajaran kolaboratif pelajar universiti di Australia dan beberapa universiti di seluruh dunia mendapati sampel kajian menghasilkan tugasan dan projek yang lebih

berkualiti.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ICT

KEBAIKAN
Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid

Peluang pembelajaran yang setaraf ( sama rata ) kepada setiap murid


Meningkatkan motivasi murid dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid Murid berpeluang belajar secara efektif dengan bimbingan ringkas secara individu

Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama


Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa. Meningkatkan kemahiran ICT di kalangan guru dan murid. Pengintegrasian multimedia daripada sumber pelbagai.

Keinteraktifan yang membolehkan pembelajaran dijalankan dengan luwes dengan kawalan kendiri.

KEBURUKAN
Kecerdasan interpersonal kanak-kanak tidak akan berkembang. Dapat mengetahui perkara yang melampaui had umur. Peniruan terhadap perkara negatif. Murid tidak dapat menonjolkan bakat tersendiri. Guru tidak dapat mengetahui kebolehan dan kemampuan murid.

Pengajaran ( P & P ) tidak dapat dijalankan dengan sempurna sekiranya komputer mengalami kerosakan perisian ataupun perkakasan ( hardware atau software ).
Murid tidak dapat menyebut perkataan dalam aspek pembelajaran bahasa dengan betul.

Penerangan terhadap penggunaan komputer riba secara terperinci masih ditahap yang rendah.
Murid tidak mendapat bimbingan yang menyeluruh daripada guru.

Kesimpulan
ICT sememangnya membawa kebaikan kepada kita namun terdapat keburukan dalam penggunaan. ICT sekiranya diabaikan begitu sahaja boleh memberikan kesan yang negatif kepada kanak-kanak. Penggunaan ICT kepada kanak-kanak haruslah dengan bimbingan dan guru-guru juga harus kreatif menyampaikan pengajaran mereka tanpa bergantung sepenuhnya kepada ICT. Mencari maklumat dan teknik terbaru memanglah digalakkan kepada semua guru-guru namun jika ia disalahgunakan apa ertinya teknologi maklumat yang canggih sekiranya anak-anak didik kita menjadi mundur kebelakang dan tidak dapat berfikir ke arah pembentukan masa depan terutamanaya tidak dapat memajukan Negara.

You might also like