You are on page 1of 26

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah SWT kerana dengan Rahmat dan Izinnya kajian ini dapat disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah kami Iaitu Encik Mohd Suhaimi Ahmad kerana memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang banyak membantu kami dalam menyiapkan penyelidikan ini. Segala kerja sama dan sokongan yang diberikan akan dikenang sepanjang hayat. Tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan

penyelidikan ini. Semoga dapatan kajian ini dapat memberi sumbangan kepada pihak UKM dan masyarakat secara keseluruhannya.

TINGKATKAN KREATIVITI DAN INOVASI MELALUI PENYELIDIKAN

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengkaji kelakuan pengguna terhadap pemilihan pembelian kereta di Malaysia. Kajian ini secara spesifikasinya merangkumi penggunaan sumber sama ada secara langsung ataupun yang tidak langsung meliputi aspek seperti sumber pembacaan, akses terus kepada community, sumber dari laman web (internet), temuduga secara langsung dengan individu terpilih, perbualan secara terus dengan individu yang melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta di Malaysia. Skop kerja kami lebih focus ke arah kawasan penempatan individu yang tinggal atau menetap di sekitar Bangi. Seramai 30 orang pengguna lelaki dan perempuan telah dipilih sebagai responden kajian yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Kaedah persampelan rawak mudah telah digunakan untuk pemilihan sampel kajian. Objektif pertama Kajian ini adalah untuk mengkaji gelagat pembelian kereta dan factor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kereta di kalangan pengguna Malaysia. Di samping itu, kajian ini turut melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi proses membuat keputusan pembelian Kereta di kalangan pengguna berdasarkan jantina, etnik, umur, taraf perkahwinan, taraf pekerjaan dan tahap pendidikan. Kami telah menggunakan kaedah soal selidik sebagai instrumen utama bagi mendapatkan data dalam kajian ini. Data yang diperolehi seterusnya dianalisis dengan menggunakan kekerapan, peratusan, analisis min dan sebagainya.

Dari analisis soal selidik ini dibuat mengikut peraturan-peraturan tertentu, seperti Kekerapan, Cross Tab (Min, Media, Mod), Persatuan Test (Chi Square dan Coliration), dan perbezaan ujian (T-Test dan Annova). Dengan

menggunakan kaedah ini kepada kajian untuk menentukan penyelesaian ke atas objektif kajian kami pada pengiklanan mudah alih dalam Masyarakat. Komen yang dibuat ke atas penemuan kajian analitikal dan mengetahui secara langsung mengenai pengiklanan mudah alih di Malaysia dari data yang diberikan oleh responden. Secara amnya, responden kajian ini mencerminkan jawapan kepada objektif kajian kita. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor perfectionictic (High Quality Conscious) merupakan faktor utama mempengaruhi keputusan

pengguna semasa membeli kereta. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan proses membuat keputusan dalam tingkah laku membeli di antara lelaki dan perempuan. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan proses membuat keputusan dalam tingkah laku membeli berdasar etnik, status perkahwinan, umur, tahap pendidikan dan taraf pekerjaan di kalangan responden.

SENARAI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN

i ii iii iv v viii ix x

BAB I

PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 Pendahuluan Pernyataan Masalah Objektif Kajian Hipotesis Kajian Kepentingan Kajian Skop Kajian Batasan Kajian 1 2 4 5 7 8 8

BAB II

KAJIAN LITERATUR 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 Pengenalan Definisi Konseptual dan Operasional Proses Pembuatan Keputusan Pembelian Kelakuan dan Perspektif Pengguna Kajian Lepas Tingkah Laku Pengguna Rumusan 9 10 16 20 22 25

vi

BAB III

METODOLOGI KAJIAN 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 Pengenalan Rekabentuk Kajian Model Operasional Kajian Lokasi Kajian Subjek Kajian Instrumen Kajian Cara Menjalankan Kajian Kaedah Analisis Data 26 26 27 29 29 30 31 31

BAB IV

DAPATAN KAJIAN 4.1 4.2 4.3 Pendahuluan Maklumat Diri Responden Faktor-faktor yang mempengaruhi Proses Membuat Dalam Pembelian Barangan di kalangan Pengguna 4.4 Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi Proses Pembuatan Keputusan Mengikut Jantina 4.5 Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi Proses Pembuatan Keputusan Mengikut Etnik 4.6 Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi Proses Pembuatan Keputusan Mengikut Umur 4.7 Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi Proses Pembuatan Keputusan Mengikut Taraf Pendidikan 4.8 Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi Proses Pembuatan Keputusan Mengikut Taraf Bekerja 4.9 Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi Proses Pembuatan Keputusan Mengikut Status Perkahwinan 50 48 47 45 42 41 33 33 40

vii BAB V PERBINCANGAN, IMPLIKASI KAJIAN DAN KESIMPULAN 5.1 5.2 Pengenalan Perbincangan Dapatan Kajian 53 53 53

5.2.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat Keputusan pembelian barangan di kalangan Pengguna 5.2.2 Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya Membuat keputusan pembelian barangan di kalangan Pengguna berdasarkan jantina 5.2.3 Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan pembelian barangan di kalangan pengguna berdasarkan etnik 5.2.4 Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan pembelian barangan di kalangan pengguna Berdasarkan Umur. 5.2.5 Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan pembelian barangan di kalangan pengguna Berdasarkan taraf pendidikan. 5.2.6 Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat Keputusan pembelian barangan di kalangan pengguna Berdasarkan taraf pekerjaan. 5.2.7 Perbezaan Faktor-faktor yang mempengaruhi gaya Membuat keputusan pembelian barangan di kalangan pengguna berdasarkan status perkahwinan 5.3 5.4 Implikasi dan Cadangan Kajian Kesimpulan

55

57

59

59

60

60

60 62

RUJUKAN LAMPIRAN

63 66

viii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11

Jumlah Responden Kajian Taburan Jantina Responden Taburan Bangsa Responden Taburan Umur Responden Taburan Tahap Pendidikan Responden Taburan Taraf Pekerjaan Responden Taburan Tingkat Pendapatan Responden Taburan Status Perkahwinan Responden Taburan Tanggungan Keluarga Responden Taburan Kekerapan Berbelanja Responden Taburan Anggaran Perbelanjaan Sebulan Responden Faktor-faktor yang mempengaruhi gaya pembuatan keputusan dalam proses pembelian di kalangan responden

29 33 34 35 35 36 37 37 38 38 39 40

4.12

Perbezaan Gaya Pembuatan Keputusan Pembelian Responden Berdasarkan Jantina

41

4.13

Perbezaan Gaya Pembuatan Keputusan Pembelian Responden Berdasarkan Etnik

43

4.14

Perbezaan Gaya Pembuatan Keputusan Pembelian Responden Berdasarkan Umur

45

4.15

Perbezaan Gaya Pembuatan Keputusan Pembelian Responden Berdasarkan Taraf Pendidikan

47

4.16

Perbezaan Gaya Pembuatan Keputusan Pembelian Responden Berdasarkan Jenis Pekerjaan

49

4.17

Perbezaan Gaya Pembuatan Keputusan Pembelian Responden Berdasarkan Status Perkahwinan.

51

ix

SENARAI RAJAH NO. RAJAH 2.1 TAJUK MUKA SURAT 17

Model Perbandingan Proses Pembuatan Keputusan dalam Kelakuan Pengguna

2.2 2.3 2.4 2.5 3.2

Proses Pembuatan Keputusan Pengguna Model Asas Kelakuan Pengguna Penglibatan Pengguna Dalam Pembuatan Keputusan Model Gelagat Pengguna Allport Kerangka Operasional Gaya Pembuatan Keputusan Pengguna

18 21 23 25 27

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A

TAJUK Contoh Soal Selidik

MUKA SURAT 66

PENGENALAN
1.1. PENDAHULUAN

Dalam era globalisasi ini, masyarakat mengalami arus perubahan yang semakin hari semakin kompleks sama ada dari segi sosio-ekonomi mahupun dari aspek sosio-budaya. Perubahan ini membawa kepada satu perubahan gaya hidup kesan daripada perkembangan teknologi yang menjadikan pasaran di sesebuah negara semakin kompleks dari sehari ke sehari. Kesannya, individu dalam sesebuah masyarakat mendapati semakin sukar untuk membuat pilihan atau keputusan dalam pembelian kereta. Pelbagai pilihan kereta yang diberi kepada pengguna yang ditawarkan oleh pengedar kereta sehingga pengguna tidak dapat membezakan antara pilihan yang terbaik untuk mereka.

Tindakbalas seseorang terhadap perubahan pada harga, iklan dan kaedah pemasaran melibatkan aspek perubahan citarasa pengguna. Seseorang itu dikenali sebagai pengguna apabila ia telah membuat keputusan untuk membeli kereta.

Para pengguna memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara. Para pengguna secara langsung berbelanja untuk memulihkan

2 ekonomi negara kita. Ini tidak pula bermakna pengguna harus berbelanja dan membeli barang sewenang-wenangnya. Justeru, pengguna harus mengamalkan kebijaksanaan dalam membuat perbelanjaan untuk beli kereta. Pengguna juga akan membuat keputusan dan pertimbangan sebelum memilih kereta.

Berdasarkan definisi tentang pengguna dan tingkahlakunya, maka dapat disimpulkan bahawa pengguna adalah terdiri daripada manusia sendiri, tidak kira siapa, yang mempunyai keupayaan, kerelaan untuk menggunakan kereta. Dalam kajian ini, pengguna adalah sesiapa sahaja asalkan mempunyai pekerjaan dan pendapatan sendiri dan dengan pendapatan tersebut, mereka dapat membuat keputusan memilih dengan baik dengan menggunakan kuasa beli masing-masing berbanding dengan pengguna yang terpaksa bergantung kepada sumber kewangan dari orang lain untuk membuat pembelian.

Pernyataan Masalah

Kajian

ini

menumpukan

perhatian

kepada

faktor-faktor

yang

mempengaruhi proses membuat keputusan dalam pemilihan kereta di kalangan pengguna di Malaysia. Dalam aspek psikologi, pengguna amat menitikberatkan kepuasan mereka dari segi pemilihan kereta. Semasa proses membuat keputusan pembelian kereta di kalangan pengguna terdapat banyak faktor yang akan mempengaruhinya. Proses pemilihan adalah salah satu tatacara dalam melakukan aktiviti pembelian dengan membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain untuk

3 membuat keputusan. Pemilihan beretika bermakna keputusan sukarela yang diambil di antara dua alternatif yang dilabelkan sebagai baik dan buruk. Ahli-ahli psikologi telah mengatakan bahawa salah satu pembolehubah yang kuat dalam menentukan kekuatan sesuatu kebiasaan ialah jumlah peneguhan yang diterima oleh seseorang individu (Berkman dan Gilson, 1981). Mengikut Hukum Kesan Thorndike, apabila sesuatu perkara diikuti dengan keadaan puas hati, kekuatannya akan bertambah dan kemungkinan perkara itu diulangi adalah besar. Sebaliknya apabila sesuatu perkara itu diiringi oleh keadaan yang tidak memberangsangkan kekuatannya akan menurun dan lemah. Sesuatu organisma cenderung untuk mengulangi sesuatu yang pernah memuaskan hatinya (Berkman dan Gilson, 1981). Hukum ini dapat dikaitkan dengan kebiasaan membeli kereta. Apabila jenama kereta yang pertama kali dibeli dapat memuaskan hati pengguna maka kemungkinan atau kebarangkalian barang itu dipilih semula adalah besar. Dalam kurun ke-dua puluh, satu gejala yang sedang berkembang ialah penekanan kepada pembelian mengikut jenama. Kini, sebahagian besar iklan barangan pengguna direkabentuk untuk mengukuhkan nama sesuatu keluaran (Deci et.al.,1972). Oleh itu, kesedaran tentang sesuatu jenama atau model kereta boleh mempengaruhi pemilihan kereta pengguna. Burke (1973) memahami jenama sebagai satu nama yang jelas yang mengidentifikasikan product atau kereta pengeluar. Hasty dan Will (1977) pula memberikan pengertian yang lebih komprehensif lagi. Bagi mereka jenama ialah simbol, istilah, tanda, nama atau kombinasi kesemuanya yang bertujuan untuk mengenalpasti barangan yang dihasilkan oleh pengeluar. Jenama boleh berupa apa sahaja kecuali pembungkusan atau bentuk keluaran tersebut. Model tingkahlaku pengguna oleh Engel et. al., (1978) sendiri meletakkan faktor jenama ini khusus dalam peringkat penilaian keluaran jenama. Ini

menunjukkan betapa pentingnya jenama sebagai faktor yang terlibat dalam

proses pemilihan yang bertitiktolak dari kepercayaan dan sikap pengguna. Dalam kajian tersebut kesedaran jenama merujuk kepada sejauhmana pengguna begitu prihatin dengan jenama kereta yang dipilih. Maklumat pula boleh mempengaruhi pengguna seperti halnya maklumat dari iklan, TV dan suratkhabar, keluarga atau kenalan. Jelasnya ia adalah sebarang bentuk penerangan samada secara audio, visual, atau lisan. Sehubungan dengan itu, kajian ini cuba melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kereta dan perbezaannya berdasarkan faktor jantina, etnik, taraf pendidikan, umur, taraf pekerjaan dan status perkahwinan. Berdasarkan latar belakang masalah di atas, kajian ini dijalankan untuk menjawab dua persoalan utama seperti berikut: i. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan dalam memilih kereta di kalangan pengguna? ii. Adakah terdapat perbezaan gaya membuat keputusan dalam memilih kereta berdasarkan faktor-faktor demografi iaitu etnik, umur, tahap pendidikan, taraf pekerjaan dan status perkahwinan?

Objektif Kajian Berdasarkan dua persoalan di atas beberapa objektif kajian ini adalah seperti berikut: i. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan dalam pembelian kereta di Malaysia. ii. Melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan pembelian kereta di kalangan pengguna berdasarkan jantina.

iii.

Melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan pembelian kereta di kalangan pengguna berdasarkan etnik.

iv.

Melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan pembelian kereta di kalangan pengguna berdasarkan tahap pendidikan.

v.

Melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan pembelian kereta di kalangan pengguna berdasarkan umur.

vi.

Melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan pembelian kereta di kalangan pengguna berdasarkan jenis pekerjaan.

vii.

Melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan pembelian kereta di kalangan pengguna berdasarkan status perkahwinan.

Hipotesis Kajian

Hipotesis-hipotesis kajian adalah seperti berikut:

Hipotesis 1:

Terdapat perbezaan yang signifikan segi gaya pengguna. membuat keputusan

antara lelaki dan perempuan dari

dalam pemilihan kereta di kalangan

Hipotesis 2:

Terdapat perbezaan yang signifikan antara etnik Melayu, Cina dan India dari segi gaya pembuatan keputusan dalam pemilihan kereta di kalangan pengguna. Hipotesis 3:

Terdapat perbezaan yang signifikan antara status perkahwinan dari segi gaya pembuatan keputusan dalam pemilihan kereta di kalangan pengguna. Hipotesis 4:

Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pendidikan dari segi gaya pembuatan keputusan dalam pemilihan kereta di kalangan pengguna. Hipotesis 5:

Terdapat perbezaan yang signifikan antara jenis pekerjaan dari segi gaya pembuatan keputusan dalam pemilihan kereta di kalangan pengguna. Hipotesis 6:

Terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dari segi gaya pembuatan keputusan dalam pemilihan kereta di kalangan pengguna

16

PENJENAMAAN KERETA Penjenamaan kereta dibuat berdasarkan kepada pilihan syarikat pengeluar kereta tersebut seperti syarikat kereta Honda, Toyota, Proton, Perodua dan sebagainya. Merujuk kepada perkara tersebut, syarikat pengeluar itu sendiri yang akan meletakkan jenama kereta masing yang dilihat berkemampuan untuk mempengaruhi segmen dalam pasaran automobil di Malaysia pada hari ini. Sebagai contoh, Honda mempunyai kereta yang dikeluarkan atas nama seperti Honda City, Accord, CRV dan lain-lain. Begitu juga dengan syarikat pengeluar kereta lain-lain di Negara ini.

MAKLUMAT PEROLEHAN SEBELUM PEMBELIAN

Seperti yang sedia maklum, kebanyakkan pelanggan yang berpotensi akan mengumpul data maklumat sesuatu kereta yang diminati atau dikehendaki dan akan

membandingkan antara satu sama lain yang mana lebih berkelayakan sebelum individu tersebut membuat keputusan pembelian. Antara maklumat yang akan dicari oleh pelanggan adalah seperti maklumat tentang harga, keupayaan, kepuasan yang akan diperolehi, warna, reka bentuk, jenama, model kereta tersebut dan lain-lain.

TEORI MEMBUAT KEPUTUSAN

Kebanyakan individu yang berpotensi untuk membeli kereta akan cuba teori membuat keputusan dengan menekankan kaedah alternatif yang mungkin dipertimbangkan itu antara paling baik dan berkesan sebelum membuat keputusan.

PRODUK MASA HADAPAN 17

Individu juga akan menilai aspek produk untuk masa hadapan sama ada kereta sedia ada yang dimiliki itu bersesuaian lagi untuk 5 atau 10 tahun akan datang dari tahun semasa. Individu juga akan menilai harga kereta tersebut pada masa hadapan di mana kebanyakan kereta akan jatuh nilai perolehan asalnya kepada nilai perolehan semasa. Hal yang demikian kerana kereta mempunyai pengiraan spesifik dari segi kadar susut nilai tahunan dan lain-lain.

Individu yang mampu dan mahu memiliki produk masa hadapan akan menilai sesuatu produk masa hadapan adalah lebih baik dari sedia ada sama ada dari segi variasi, teknologi dan sebagainya.

PEMILIHAN PRODUK KERETA

Seperti yang sedia maklum, individu akan memilih produk kereta tersebut berdasarkan sama ada dari segi harga, jaminan, peningkatan pencapaian, nilai dan harga, faktor ekonomi, kemampuan kewangan, warna, saiz dan lain-lain.

MODEL DAN SALURAN PEMASARAN

Di dalam penyediaan kertas kerja ini saluran pemasaran yang digunakan meliputi harga, promosi dan pembahagian beserta harga bagi kajian tersebut.

SEBAB PEMBELIAN KERETA

Kertas kerja ini juga akan menekan sebab individu membeli kereta sama ada kerana minat atau keperluan dan sebagainya. Ia penting kerana ia akan mampu mengkaji alasan yang munasabah.

KAJIAN MENGENAI GELAGAT PENGGUNA 18

Kajian terhadap gelagat pengguna turut mempengaruhi pemilihan dan keputusan individu terhadap pembelian kereta sama ada meliputi tempat, kekerapan, bilangan kereta, kelajuan kereta dan sebagainya.

KAJIAN LITERATUR Pengenalan Terhadap Pemasaran Kereta Di Malaysia Salah satu strategi pemasaran terbaik yang syarikat atau organisasi boleh lakukan adalah dengan menghantar pesanan dan maklumat kepada umum melalui hebahan media masa sedia ada sebagai salah satu medium atau kaedah untuk menjual kereta kepada pelanggan.Pemasaran adalah selalu dilihat, didengar, dan dipandang sama ada melalui televisyen, radio, computer dan kini saluran untuk mempromosi telah makin berkembang dengan cepat di dalam ekonomi Negara pada hari ini. Malahan yang terbaru pada hari ini adalah kaedah pemasaran secara terus melalui telefon bimbit yang memudahkan individu mendapat maklumat dengan lebih cepat kepada pelanggan.

Dengan meningkatnya penggunaan dan pemilikan kenderaan di Malaysia dari saban tahun ke tahun dan penambahbaikan fasiliti terhadap pengeluaran kereta dijangka meningkatkan lagi kelebihan kepada pengguna untuk memilih kereta yang paling diminati dan diperlukan.

Menurut kepada kajian data dari Bank Negara Malaysia meramalkan bahawa jumlah penjualan kenderaan di Malaysia akan terus meningkat kerana dasar kewangan sedia ada yang menawarkan kadar faedah yang tetap dan rendah dijangka merangsang minat pembelian kereta oleh pengguna.

Berdasarkan perkara tersebut, kebanyakan syarikat pengeluaran kereta di Malaysia akan mencari pelbagai kaedah untuk memenuhi kepuasan hati dan keperluan pelanggan dengan menyediakan kemudahan teknologi kepada pusat servis kereta,

19

menjalinkan kerjasama yang erat di antara bahagian-bahagian dalam organisasi dan pelaksanaan tugas yang padat dan mencabar.

LATARBELAKANG KERTAS KERJA

PELUANG PERMASALAHAN

Bidang pengeluaran kereta di Malaysia semakin berkembang dan permintaan pengguna bagi memiliki kereta sendiri semakin hari semakin meningkat. Begitu juga permintaan kereta yang tinggi menyumbang kepada kepesatan ekonomi dan industri ini di Malaysia dengan banyak syarikat pengeluar kereta melabur dan mewujudkan kilang mahupun pejabat hab masing-masing ini di negara kita.

Kajian juga akan dilaksanakan terhadap permasalahan dan halangan untuk membuat pemilihan pembelian kereta di Malaysia sama ada dari segi sudut kewangan, minat, rekabentuk dan lain-lain.

Kertas kerja ini adalah mengkaji kelakuan pengguna terhadap pemilihan pembelian kereta di Malaysia di mana bermula di tempat yang mempunyai keinginan dan peluang pada masa hadapan. Kajian ini turut akan berusaha untuk memastikan ramai rakyat. Di samping itu, ia bertujuan untuk membuka mata terhadap semua berkenaan dengan pemilihan dan pemasaran sama ada mampu memberikan kelebihan atau keburukan.

DEFINISI MASALAH Kajian ini menghuraikan apa yang diperlukan oleh pengguna sama ada dari segi peluang yang boleh diperolehi dan kriteria dalam membuat keputusan membeli kereta di Malaysia. Dengan adanya masalah dalam perkara ini, organisasi akan berusaha mencari kaedah dan alternatif bagi memastikan individu yang berpotensi membeli kereta membuat keputusan dengan lebih mudah. Di samping itu, ia mampu untuk membantu organisasi mencari sebab dan alasan sekiranya gagal mencapai objektif

20

beserta kesan sekiranya berlaku pertambahan dan kekurangan pengeluaran kereta di pasaran Malaysia yang bergantung kepada keputusan pengguna.

Di dalam definisi permasalahan ini turut menekan gejala-gejala di dalam produk dan harga dalam jualan kereta di Malaysia terutamanya melibatkan faktor-faktor contohnya kenaikan harga minyak akan mempengaruhi kelakuan pengguna untuk membeli kereta, kenaikan kadar faedah atas pinjaman yang dikenakan bank dan sebagainya. Soalan Kajian i. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kelakuan pengguna terhadap pemilihan pembelian kereta di Malaysia melalui sampel atau responden?

ii.

Apakah motif yang mempengaruhi kelakuan pengguna terhadap pemilihan pembelian kereta di Malaysia?

iii.

Apakah sikap dan persepsi terhadap data statistik daripada pengeluaran kereta di Malaysia?

iv.

Apakah maklumat mengenai diri anda dan pengalaman anda semasa memilih untuk membeli kereta di Malaysia?

Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kelakuan pengguna terhadap pemilihan pembelian kereta di Malaysia. Kajian ini mempunyai tiga bahagian yang merupakan sebahagian A, B, bahagian dan C. sebahagian Dalam Bahagian A, kajian dilakukan untuk mengetahui motif maklumat peribadi. Ini adalah untuk mengukur motif responden yang mempengaruhi semasa pembelian kereta. Manakala Dalam Bahagian B, kajian itu adalah kira-kira dan kritiria untuk membuat keputusan semasa membeli kereta yang bersesuaian. Dalam seksyen ini, soal selidik untuk mengukur sikap dan persepsi responden terhadap pemilihan untuk membeli kereta di Malaysia. Dalam Bahagian C, Bahagian ini adalah untuk mengumpul maklumat mengenai terperinci responden (kriteria penduduk) dan 21

pengalaman responden dalam pemilihan pembelian kereta. Responden kriteria yang seperti jantina, kumpulan umur, tahap pendidikan, status perkahwinan, pendapatan isi rumah sebelum cukai, etnik, dan lain-lain.

OBJEKTIF PENYELIDIKAN

a) Untuk mengkaji keberkesanan terhadap kelakuan pengguna untuk memilih membeli kereta di Malaysia. b) Untuk mengenal pasti saluran dan kriteria yang diperlukan bagi membuat keputusan membeli kereta. c) Untuk mengenalpasti maklumbalas dari maklumat pemasaran kereta di Malaysia. d) Untuk mengenal pasti syarikat-syarikat pengeluar model kereta yang lebih diminati dan mempengaruhi pengguna di Malaysia. e) Untuk mengkaji kepentingan kereta di dalam urusan harian pengguna di Malaysia. f) Kita boleh mengenal pasti dan mengesan kepincangan dan kelemahan dalam pemasaran kereta berkenaan dengan hasil produk atau model kereta oleh syarikat-syarikat pengeluar kereta. g) Untuk mendapatkan maklumat tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kelakuan pengguna terhadap pemilihan pembelian kereta melalui sampel atau responden. h) Untuk mengukur motif yang mempengaruhi kelakuan pengguna dan juga sikap dan persepsi terhadap maklumat diperolehi semasa kajian dilaksanakan. Manakala untuk mengukur maklumat mengenai diri, pengetahuan pengalaman anda dalam bidang automotif kereta di Malaysia. i) Memastikan maklumat yang dibekalkan hendaklah relevan, tidak berat sebelah, tepat, dan mampu memberi penyelesaian terhadap masalah pemasaran. dan

22

LOKASI KAJIAN Kajian ini dicadang untuk diadakan di lokasi sekitar kawasan Melaka

memandangkan persekitaran sedia ada yang sesuai dan relevan.

METHODOLOGI i. Kajian itu dilakukan berdasarkan kuantiti bukan kualiti. Secara amnya, dalam Bahagian A dan Bahagian B, soalan menggunakan Skala Likert. Responden dikehendaki untuk menyatakan peringkat bersetuju atau tidak bersetuju dengan setiap siri penyataan yang berkaitan dengan objek rangsangan. Skala Likert sering digunakan dalam pemasaran. Ia adalah mudah untuk membina dan mentadbir, ia adalah mudah untuk responden untuk melengkapkan, dan ia adalah sesuai untuk pemilihan kriteria kereta dan peribadi data.

ii.

Dalam bahagian C Soalan adalah tidak berstruktur. Soalan tidak berstruktur adalah soalan terbuka di mana responden mempunyai kebebasan untuk membalas dalam perkataan mereka sendiri dan bukannya terhad kepada pemilihan salah satu alternatif sambutan. Ini paling sesuai digunakan sebagai soalan pembukaan. Soalan yang berstruktur spesifikasi berbentuk alternatif pilihan dan berformat. Ini akan membantu meningkatkan dan menambahbaik kerjasama pihak kami dalam mendapatkan data kajian dengan lebih baik dan mudah.

JANGKAAN KEPUTUSAN

Kami menjangkakan keputusan kajian yang mempengaruhi kelakuan pengguna terhadap pemilihan pembelian kereta di Malaysia boleh diperolehi dengan baik tertakluk kepada budi bicara dan kriteria yang digunapakai oleh responden ketika kajian ini dijalankan melibatkan empat puluh (40) sampel soalan kaji selidik.

23

JANGKAAN MASA

Kajian dan pengumpulan maklumat dari responden akan mengambil masa untuk dilaksanakan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari.

Cadangan tempoh masa dikemukakan seperti berikut:-

MINGGU Pelaksanaan Mesyuarat Pembentukan Kumpulan Fokus Kumpulan Ringkasan Kualitatif Reka Bendtuk Soal Selidik Komposisi Sampel Lokasi Kajian Analisis Pra Pembentangan Pembentangan Akhir

1 x x

10

x x x x x x x x x x x x x x x

ANGGARAN PERBELANJAAN

Kajian kelakuan pengguna terhadap pemilihan pembelian kereta di Malaysia ini dikecualikan daripada sebarang kos perbelanjaan.

24

HAD KAJIAN

Terdapat had perbatasan dalam melaksanakan kajian seperti di bawah: i. Kurang kerjasama daripada orang ramai kerana tidak berminat untuk menjawab soal selidik. ii. Responden tidak menunjukkan keghairahan dan keperluan untuk menjawab soal selidik. iii. Ahli kumpulan tidak mempunyai masa untuk mendapatkan maklum balas daripada responden yang komprehensif kerana kekurangan had masa kerana kerja dan komitmen keluarga. iv. Kajian ini dilakukan tertumpu di lokasi tertentu tanpa melakukan di kawasan yang lebih luas. v. Kurang kerjasama daripada ahli kumpulan untuk melakukan projek ini kerana rumah ahli kumpulan adalah jauh daripada satu sama lain.

REKABENTUK KAJIAN Pasaran yang berubah-ubah. Pesaing sedang diusahakan. Jangkaan pelanggan yang semakin meningkat. Inovasi adalah lebih sukar untuk mencapai dan lebih sukar untuk mengekalkan berbanding sebelum ini. Ekonomi global yang sentiasa berubah-ubah memaksa organisasi untuk mencari jalan baru untuk bersaing. Penyelesaian SPSS membantu syarikat-syarikat mencari dan melaksanakan sumber baru bagi kelebihan daya saing melalui analisis ramalan. Inilah perjalanan Perusahaan ramalan. SPSS, Syarikat IBM, adalah sebuah pembekal terkemuka global analisis perisian ramalan dan penyelesaian. Pelanggan komersil, kerajaan dan akademik di seluruh dunia bergantung pada SPSS teknologi sebagai kelebihan yang kompetitif dalam menarik, mengekal dan meningkatkan pelanggan, di samping mengurangkan penipuan dan mengurangkan risiko.

Perisian SPSS membantu organisasi meramalkan peristiwa masa hadapan dan proaktif bertindak atas pandangan bahawa untuk memacu hasil perniagaan yang lebih baik. 25

Dengan menggabungkan SPSS Analytics ramalan ke dalam operasi harian mereka, organisasi menjadi ramalan perusahaan boleh mengarah dan memuktamadkan keputusan untuk memenuhi matlamat perniagaan dan mencapai kelebihan daya saing yang boleh diukur.

PENUTUP

Sehubungan dengan itu, Cadangan Penyelidikan diangkat untuk pertimbangan dan tindakan tuan selanjutnya. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

26

You might also like