You are on page 1of 6

FAKTOR INDIVIDU MENYEBABAKAN BERLAKUNYA MASALAH PENYELUDUPAN MANUSIA Tidak mempunyai pegangan agama Individu yang tidak beragama

tidak mempunyai petunjuk hidup dan mudah terjebak dalam masalah sosial. Setiap agama mengajar penganutnya tidak melakukan perkara yang berdosa. Mereka yang tidak mempunyai pegangan agama mudah terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral. Meraka sanggup melakukan apa-apa saja demi mengaut keuntungan yang maksimum walaupun melakukan hal yang menyalahi undang-undang. Mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan dalam dunia ini. Seseorang yang mempunyai pegangan agama yang kukuh tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan akhlak . FAKTOR KEGAGALAN KERAJAAN PENYEBAB BERLAKUNYA MASALAH PEMERDAGANGAN MANUSIA Dewasa ini, masalah pemerdagangan manusia kian bermaharajarela . Penguatkuasaan yang tak bersistematik merupakan faktor berlakunya masalah penyeludupan manusia. Walaupun kerajaan telah menggubal pelbagai undang undang dan akta untuk membanteras masalah penyeludupan manusia, tetapi usaha ini tidak dilakukan secara berterusan dan menyeluruh. Contohnya, Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia dalam senarai negara yang tidak memerangi isu penyeludupan manusia dengan secukupnya. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa orang pegawai Jabatan Imigresen telah didakwa terlibat dalam kes penyeludupan manusia. Maka, kelonggaran undang undang ini telah menyebabkan kes penyeludupan manusia berterusan di negara Malaysia. FAKTOR EKONOMI MENDORONG BERLAKUNYA MASALAH PEMERDAGANGAN MANUSIA Melalui kajian daripada para pengkaji sosial, ditetapkan bahawa faktor ekonomi merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kes penyeludupan manusia berlaku. Pada zaman kini, masalah jurang pendapatan semakin serious di Asia Tenggara. Orang yang berpendapatan rendah agak susah untuk meneruskan kehidupan mereka pada zaman ini dengan menerima gaji yang sedikit. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan walaupun jalan singkat tersebut menyalahi undang-undang. Akiviti pemerdagangan manusia akan mendatangkan pendapatan yang sangat lumayan.Ini telah mendorong peniaga manusia ledih giat dalam aktiviti haram ini dan bilangan kes pemerdagangan manusia di Malaysia semakin meningkat. FAKTOR 1. Perniagaan haram ini menghasilkan pendapatan yang lumayan walaupun risikonya tinggi - golongan yang ingin berhijrah secara haram dan dijanjikan pekerjaan sanggup membayar upah yang tinggi kepada sindiket. Sindiket juga dapat keuntungan melalui upah yang diberi oleh pelanggan. 2. Tarikan pekerjaan dan pendapatan lumayan di negara asing dalam pelbagai sektor termasuk sektor yang haram seperti pelacuran. Tolakan keluar dari negara asal - miskin, tertindas, lari undang-undang. 3. Kelemahan kawalan di sempadan negara - mudah bolos - sempadan yang panjang, pesisir pantai panjang dan terpencil, kelicikan dan kepelbagaian mekanisma penyeludupan, rasuah pegawai kerajaan. PEMERDAGANGAN MANUSIA AKTIVITI perdagangan manusia merupakan antara jenayah tertua. Ia juga dianggap sebagai suatu industri universal dan tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi. Laporan Perdagangan Manusia (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat menganggarkan, kegiatan perdagangan manusia di negara itu melibatkan keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3.5 bilion hingga RM10.5 bilion) setahun. Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket perdagangan manusia dengan sekitar 14,500 hingga 17, 500 daripadanya diperdagangkan di AS setahun. Sementara itu, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan Jenayah (UNODC) menganggap perdagangan manusia sebagai industri jenayah yang menjana keuntungan sekitar AS$5 bilion hingga AS$9 bilion (RM17.5 bilion hingga RM31.5 bilion) setahun.

Isu perdagangan manusia kini menjadi antara fenomena yang mengancam banyak negara. AS telah menggubal undangundang perdagangan manusia iaitu Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000. Akta itu telah memperluaskan konsep perdagangan manusia dan mengenakan hukuman berat ke atas mereka yang terlibat. Malaysia juga telah meluluskan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (ATIP) bagi menangani isu tersebut. Kewujudan akta ini telah memberikan kuasa kepada kerajaan untuk mendakwa dan mengenakan hukuman dengan peruntukan penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM500,000. Sejajar dengan pengenalan akta tersebut, kerajaan turut menubuhkan Majlis Antipemerdagangan Orang (MAO) yang berfungsi untuk menyelaraskan dasar dan melaksanakan ATIP. Walaupun Laporan Antipemerdagangan Orang 2007 (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat meletakkan Malaysia sebagai antara 16 negara berprestasi buruk dalam menangani isu ini, kewujudan ATIP dan MAO akan membuktikan komitmen negara dalam usaha membanteras fenomena ini. Persidangan Serantau Mengenai Penyeludupan, Perdagangan Manusia dan Jenayah Antara Negara di Bali pada Februari 2002 telah menunjukkan komitmen bersepadu antara negaranegara Asia Pasifik. Persidangan itu sepakat untuk membentuk kerjasama terutama dalam aspek perkongsian maklumat, kepakaran dan undang-undang yang seragam bagi memastikan aktiviti tersebut dapat dibendung di peringkat akar umbi. Mereka juga menganggap penyeludupan dan perdagangan manusia bukan sahaja melanggar hak sesebuah negara malah ia menimbulkan pelbagai masalah selain menjejaskan hubungan diplomatik antara negara. Namun begitu, dalam memperkatakan mengenai isu ini, ramai yang masih keliru di antara konsep penyeludupan dan perdagangan orang. Menurut UN Convention Transnational Organised Crime (2000), penyeludupan ialah apabila seseorang memasuki sesebuah negara secara haram dengan melakukan pembayaran dalam bentuk wang atau faedah lain kepada pihak-pihak tertentu. Sementara itu, Seksyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 pula mendefinisikan perdagangan orang sebagai perekrutan, pengangkutan, pemindahan, pelindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi. Bagi pengertian eksploitasi pula Seksyen 2 telah mendefinisikan ia sebagai segala bentuk eksploitasi sama ada seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian atau aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia. Daripada definisi di atas, terdapat beberapa perbezaan ketara antara perdagangan dan penyeludupan manusia. Hubungan antara penyeludup dan orang yang diseludup akan berakhir apabila seseorang itu dihantar ke destinasi yang dikehendaki oleh mangsa dan unsur pengeksploitasian tidak perlu dibuktikan sebagai sabitan kepada kesalahan tersebut. Apa yang pasti penyeludupan orang akan melibatkan rentas sempadan sesebuah negara secara haram. Kesanggupan mangsa untuk membayar sejumlah wang menunjukkan bahawa migrasi mereka adalah benar-benar terdesak dan mereka menjangka mendapat keuntungan berlipat kali ganda di negara destinasi. Pada 1993, seramai 300 imigran dari China telah diseludup ke New York dengan menggunakan kapal Golden Venture. Setiap mereka membayar sebanyak AS$30,000 hingga AS$40,000 kepada ejen penyeludupan. Kebanyakan mereka telah berjaya mengaut keuntungan sehingga mampu membina rumah besar dan mewah di negara asal. Perdagangan orang pula tidak semestinya mereka yang terlibat perlu merentas sempadan sesebuah negara tetapi ia juga boleh berlaku secara domestik. Contohnya dalam isu kerja paksa. Ia tidak semestinya melibatkan pekerja asing sahaja tetapi boleh diambil kira nasib pekerja tempatan yang dieksploitasi oleh majikan. Status kemasukan mangsa perdagangan orang boleh berlaku sama ada secara sah atau tidak. Tetapi bagi aktiviti penyeludupan statusnya sudah tentu tidak sah. Apa yang penting dalam isu perdagangan orang ialah wujudnya unsur-unsur eksploitasi dan paksaan terhadap mangsa. Oleh itu, jika dilihat dalam kes Siti Hajar Sadli, pembantu rumah Indonesia yang dikatakan telah didera oleh majikan bukan sahaja boleh menggunakan peruntukan dalam Kanun Acara Jenayah (KAJ) tetapi juga peruntukan dalam Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (ATIP). Kesalahan perdagangan orang tidak melibatkan unsur-unsur sukarela antara mangsa dengan orang yang memperdagangkan. Ia juga tidak melibatkan sebarang bentuk ganjaran atau caj perkhidmatan

seperti aktiviti penyeludupan. Untuk tujuan pendakwaan dan sabitan, mangsa perlu dibuktikan telah dipaksa dan dieksploitasi. Unsur-unsur paksaan dan pengeksploitasian boleh wujud sama ada sebelum, semasa atau selepas proses perdagangan orang itu berlaku. Dengan itu, adalah sukar pihak berkuasa untuk bertindak pada peringkat awal kerana ia perlu menentukan mangsa telah dieksploitasi atau sebaliknya. Bagaimanapun, tidak dinafikan aktiviti penyeludupan boleh menjadi proses awalan kepada aktiviti perdagangan manusia. Ini kerana selalunya kesalahan penyeludupan orang mempunyai potensi untuk menjadi sebahagian aktiviti perdagangan manusia. Justeru itu, apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan dalam menangani isu ini ialah komitmen jitu dan pelaksanaan strategik supaya ia tidak menjadi "tin kosong" dalam meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kerajaan. Pelaksanaan perlu dilengkapi dan disokong dengan aspek perundangan yang tersusun, kakitangan yang komited dan kewangan yang mantap. Ini kerana tanpa elemen-elemen tersebut adalah sukar untuk kerajaan mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam pelan induk mengenai antiperdagangan orang. Apa yang pasti mangsa-mangsa perlu diberikan perlindungan sebaik mungkin tanpa mengira agama, gender, bangsa dan negara asal. Di samping itu, setiap negara juga perlu menandatangani memorandum perjanjian di bawah PBB supaya kos pemulihan dan penguatkuasaan boleh ditanggung bersama jika salah seorang - mangsa atau penjenayah - melibatkan rakyat mereka. Perjanjian itu akan membuatkan semua negara lebih serius untuk menangani isu ini. Oleh itu, aktiviti ini boleh disekat sejak dari negara sumber lagi dan mengurangkan beban kepada negara destinasi serta menggalakkan migrasi secara sah. Pemerdagangan Manusia : Kesan Dan Langkah Mengatasi Salah satu kesan aktiviti pemerdagangan manusia adalah mencemarkan imej negara di mata dunia. Pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan masalah tersebut.Aktiviti pemerdagangan manusia bermaksud segala bentuk eksploitasi sama ada untuk tujuan seks, kerja paksa, perhambaan bahkan turut melibatkan pemindahan organ manusia. Aktiviti ini mendatangkan pelbagai kesan negatif dan pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan aktiviti ini. Kesan 1. Mencemarkan imej negara di mata dunia Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu permerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia. Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang. Negara dianggaap sebagai sarang jenayah. 2. Mengancam keselamatan dan keamanan negara Jenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran , pusat hiburan dan rumah urut dan sebagainya. Sindiket atau mereka yang terlibat juga melakukan aktiviti jenayah lain untuk mengumpulkan kekayaan. 3. Menjejaskan hubungan diplomatik antara negara Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara. Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat 4. Peningkatan masalah sosial Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya. Penularan penyakit berjangkit Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular dalam kalangan masyarakat

Langkah-langkah 1. Penguatkuasaan undang-undang Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000 Akta Antipermerdagangan Orang 2007 2. Memperketat kemasukan pelancong asing serta mengawal pintu masuk sempadan dengan lebih teliti Kawalan kemasukan pelancong asing . Menutup peluang penyeludupan manusia berlaku Kawalan menggunakan Akta Imigresen untuk mengesan kemasukan secara haram. 3. Koordinasi antara kementerian Penguatkuasaan yang bersepadu antara kementerian dapat membantu mengurangkan aktiviti ini. Contohnya koordinasi antara Kementerian Pelancongan dan Kementerian Dalam Negeri bagi membersihkan imej Negara. Aktiviti ini perlu dibanteras untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan negara. JENAYAH PERDAGANGAN MANUSIA (PUNCA, KESAN & LANGKAH) PENDAHULUAN: merupakan antara jenayah tertua dianggap sebagai suatu industri universal tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi Laporan Perdagangan Manusia (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat menganggarkan, kegiatan perdagangan manusia di negara itu melibatkan keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3. 5 bilion hingga RM10.5 bilion) setahun. Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket perdagangan manusia dengan sekitar 14,500 hingga 17, 500 daripadanya diperdagangkan di AS setahun Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan Jenayah (UNODC) menganggap perdagangan manusia sebagai industri jenayah yang menjana keuntungan sekitar AS$5 bilion hingga AS$9 bilion (RM17.5 bilion hingga RM31.5 bilion) setahun Isu perdagangan manusia kini menjadi antara fenomena yang mengancam kebanyakan negara termasuk Malaysia Perangkaan rasmi memperlihatkan kira-kira 2.7 juta manusia diseludup di seluruh dunia setiap tahun dengan 80 peratus daripadanya membabitkan wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran dan sebagainya. PUNCA: Kemiskinan/ kesempitan hidup Terpengaruh tawaran kerja Kurang didikan moral/agama Materialistik Penguatkuasaan undang-undang yang lemah Taraf pendidikan mangsa KESAN: Imej negara terjejas Masalah sosial meningkat Penyakit berjangkit Penindasan

LANGKAH: 1. memperketat pelbagai aspek termasuk dari segi kemasukan pelancong asing serta mengawal semua 262 pintu masuk ke sempadan negara yang dipercayai juga boleh menyumbang kepada jenayah perdagangan manusia - kementerian berkenaan mengadakan kerjasama dengan badan antarabangsa seperti melatih anggota keselamatan untuk menangani pelbagai kemungkinan kemasukan warga asing bagi tujuan tertentu melatih penguat kuasa, pendakwa raya, hakim dan majistret mengenai pelbagai perkara termasuk Akta Antipemerdagangan Orang 2007 supaya mereka bersiap sedia berdepan isu terbabit - menyelaraskan sistem data maklumat kemasukan mengemaskinikan rekod keluar masuk di pintu sempadan terutama di lapangan terbang, pelabuhan, dan pintu sempadan antara sangat diperlukan bagi menggembleng usaha membasmi jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini. 2. menjalinkan kerjasama dengan negara jiran- Malaysia dan Australia baru-baru ini juga telah bersepakat untuk meningkatkan kerjasama bagi membanteras sindiket penyeludupan manusia melalui kaedah diplomatik dan operasi yang lebih berkesan- negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan lain-lain juga wajar mewujudkan kerjasama serantau, perkongsian bijak terutamanya kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan - kerjasama menerusi pertukaran maklumat dalam usaha menangani isu ini terutama dari aspek bentuk serta kaedah penyeludupan dan negara mana yang dijadikan tempat transit utama penyeludupan manusia - Kerjasama di peringkat sempadan perairan negara - menjalankan operasi rondaan secara berjadual dan intensif oleh pasukan keselamatan Malaysia dengan negaranegara jiran berkongsi maklumat tentang taktik, lokasi, dan negara pembekal berusaha mengenal pasti lubang-lubang tikus 3. Kempen kesedaran untuk membasmi jenayah perdagangan manusia di kalangan masyarakat juga dipergiatkan 4. Membanteras gejala rasuah yang masih menghantui badan-badan penguat kuasa setiap negara jabatan-jabatan yang masih menjadi kambing hitam seperti imigresen, kastam, polis marin, RELA dan organisasi yang sama di negara-negara jiran amalan rasuah merupakan tindakan duri dalam daging terhadap keselamatan sesebuah negara. PENUTUP: Ditelan mati emak, diluah mati bapa, demikianlah suasana kehidupan berjiran. Sebarang masalah yang dihadapi yang berkaitan dengan hubungan jiran memerlukan tindakan yang teliti dan bijaksana. Biarlah segala tindakan bersama menatijahkan situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak. Lebih-lebih lagi dalam isu pemerdagangan manusia ini, pihak negara berjiran terpaksa berurusan pula dengan pihak ketiga iaitu negara pembekal dan negara penerima. Oleh itu, kerjasama serantau amatlah diperlukan agar segala penyelesaian dapat diambil secara bijaksana.

KESAN PEMERDAGANGAN MANUSIA TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA DILABEL SEBAGAI NEGARA PERSINGGAHAN BAGI KEGIATAN PEMERDANGAN MANUSIA Terletak di tengah-tengah ASEAN,Malaysia menjadi lokasi paling strategik sama ada sebagai negara destinasi atau transit bagi aktiviti pemerdagangan manusia.Kelemahan dari sudut kedudukan geografi itu memudahkan negara menghadapi kesan limpahan apabila berlakunya masalah ekonomi . Keamanan dalam negara juga menyebabkan Malaysia menjadi destinasi pilihan. Negara juga dijadikan pusat transit untuk menyeludup manusia ke negara ketiga seperti ke Australia dan Amerika Syarikat (AS).Hasil kajian mendapati, Negara Malaysia khususnys negeri Sabah adalah salah satu destinasi, dan Negeri persinggahan untuk wanita dan kanak-kanak yang diperdagangkan untuk ekploitasi seks secara komesial dan buruh paksa bagi lelaki

KESAN MASALAH PEMERDAGANGAN MANUSIA TERHADAP MASYARAKAT Masyarakat Masalah pemerdagangan manusia semakin berleluasa dan mendatangkan impak negatif terhadap masyarakat. Masalah pemerdagangan manusia akan menyebabkan masyarakat hidup dalam kerisauan. Nilai kejiranan mungkin tidak lagi wujud dalam kalangan masyarakat kerana risau anak-anak mereka akan diculik atau ditipu oleh jiran. Sebagai contoh, dewasa ini ibu yang hendak ke pasar tidak lagi akan tinggalkan anak kecil mereka kepada jiran, mereka sanggup bawa anak kecil bersama-sama walaupun sangat menyusahkan. Budaya ini tidak sama seperti dulu, nilai kejiranan semakin terhakis. Silaturahim antara masyarakat akan semakin tegang. KESAN MASALAH PEMERDAGANGAN MANUSIA TERHADAP EKONOMI DAN BUDAYA Ramai yang tidak tahu dan tidak ambil peduli terhadap kesan daripada aktiviti pemedagangan manusia ini.Setiap yang terjadi misti ada akibatnya,sebagai contoh dari segi ekonomi.Ramai yang tidak sedar dan tahu bahawa pada setiap tahun kira-kira 20 bilion poun wang mengalir keluar negara akibat daripada aktiviti tersebut.Keadaan ini menyebabkan berlakunya kerugian yang besar terhadap negara dan ternyata pengaliran wang keluar yang banyak ke luar negara akan menjejaskan ekonomi negara kita. Selain itu,kehadiran manusi yang diseludup dari pelbagai negara ini yang ada budaya tersendiri akan menjejaskan negara dari segi DEMOGRAFI, BUDAYA, SOSIAL, dan INSTITUSI KEKELUARGAAN. Langkah LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGATASI FENOMENA PENYELUDUPAN MANUSIA UNDANG-UNDANG Sindiket penyeludupan manusia dilihat semakin meruncing dari hari ke hari. Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil segera bagi mengekang masalah ini dari terus membarahi masyarakat kini. Pada tanggal 28 Februari 2008, Akta Anti Penyeludupan Manusia ( AKTA ) 670 telah dikuatkuasakan, penggubalan akta tersebut mengambil kira protokol Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau ringkasnya PBB bagi mencegah dan menghukum pelaku penyeludupan manusia terutama wanita dan kanak-kanak.Semua pihak haruslah bersama-sama membantu pihak kerajaan dalam membendung permasalahan ini dan bukannya hanya membutakan mata dan memekakkan telinga sahaja apabila mengetahui sebarang informasi mengenai sindiket penyeludupan manusia ini. Bak kata pujangga " mencegah lebih baik dari mengubati ". MEMBASMI MASALAH PERDAGANGAN MENUSIA MELALUI PENDIDIKAN Pendidikan dibahagikan kepada dua jenis iaitu formal dan tidak formal. Pendidikan formal merupakan pendidikan persekolahan. Pihak sekolah perlulah menyerapkan isu-isu pemerdagangan manusia dalam topik-topik yang berkaitan seperti penyayang.Dengan ini,pelajar-pelajar dapat mengetahui maklumat-maklumat tentang isu pemerdagangan manusia seperti menelefon 999 semasa ternampak kejadian pemerdagangan manusia berlaku. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pendidikan tidak formal dengan menyalurkan ajaran agama yan secukupnya dan memantaukan anak-anak mereka supaya mengurangkan risiko-risiko berlakunya aktiviti pemerdagangan manusia. KERJASAMA DARIPADA BANYAK PIHAK Kerjasama Antara Malaysia Dengan Negara-negara Luar Kerjasama dan komitmen semua pihak sangat diperlukan bagi membanteras dan membasmi jenayah penyeludupan manusia. Antara kerjasama yang boleh diusahakan ialah kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara luar terutama negara serantau seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.Kerjasama ini melibatkan dalam perkongsian bijak seperti kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan. Misalnya, Malaysia kini menggiatkan lagi jalinan kerjasama dengan Australia bagi bertukar-tukar dan berkongsi maklumat, pengalaman dan kepakaran masing-masing.

You might also like