You are on page 1of 21

LAPORAN OLAHRAGA CSP2071

NAMA: SHARIFAH SHAKINAH BINTI SYED AZIZ NO. MATRIK: E20111001678 KUMPULAN: GROUP C PROGRAM: DIPLOMA SAINS FAKULTI: SAINS DAN MATEMATIK NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHD RUSHDAN BIN AINUDDIN

OLAHRAGA/CSP2071

1.0

BUTIRAN PERIBADI

Nama No. Matrik

: Sharifah Shakinah Binti Syed Aziz : E20111001678

No. Kad Pengenalan : 930110-05-5186 Program Semester/ Sesi Fakulti Alamat Semasa : Diploma Sains : Semester 2 : Fakulti Sains Dan Matematik : 1-3-9 Blok 1, Kolej Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Taman Bahtera, 35900 Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.

No. Telefon

: 0145338053

OLAHRAGA/CSP2071

2.0

SECANGKIR BICARA Assalamualaikum wbrt, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnNya dapat juga Buku Laporan Olahraga ini disiapkan dengan jayanya. Walaupun terpaksa melalui hari- hari yang padat dengan kuliah dan tutorial, saya percaya Kursus Olaharaga ini sedikit sebanyak mengajar saya untuk mendisiplinkan diri dan bagaimana berorganisasi dengan betul. Biarpun terpaksa mengorbankan separuh dari hari rehat kami namun kami dapat merasakan keseronokan tatkala menjalankan kesemua aktiviti olahraga ini. Sebanyak 4 acara olahraga yang telah kami pelajari sepanjang 7 minggu menjalani kursus ini; iaitu lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru dan lari pecut. Sehubungan dengan segala usaha dan masa yang diluangkan, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Pensyarah kursus ini iaitu Encik Mohd Rushdan bin Ainuddin. Tidak dilupakan juga kepada instruktor kumpulan kami yang hanya kami kenali dengan panggilan Abang Botak. Buat ibu bapa, terima kasih yang tidak terhingga untuk segala pengorbanan serta rakan- rakan yang tidak henti memberikan sokongan. Akhir sekali, yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses pembikinan Laporan Olahraga ini. Sesungguhnya jasa kalian amat dikenang dan Allah saja yang mampu membalasnya. Sekian. Terima kasih.

OLAHRAGA/CSP2071

3.0

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN 3.1 MINGGU PERTAMA MASA TARIKH LOKASI : 8.00 PAGI- 10.00 PAGI : 26/11/2011 : BELAKANG GIMNASIUM UPSI

Pagi Sabtu ini merupakan Sabtu pertama bagi kursus ini; berlangsung selama 2 jam. Encik Mohd Rushdan bin Ainuddin, pensyarah kami telah memberikan sedikit sebanyak pendedahan atau pengenalan mengenai kursus ini. Seperti kursus lain, kursus ini juga berlangsung selama 14 minggu sebelum peperiksaan akhir semester. Pada pagi tersebut kami hanya diberitahu tentang penggabungan kumpulan- kumpulan lain iaitu A, B, D dan E. Jadi secara amnya, 14 minggu yang seharusnya kami hadiri dipendekkan menjadi 7 minggu memandangkan kelas akan bermula 8.00 pagi dan berlagsung sehingga 12.00 tengah hari. Kami juga diarahkan untuk membentuk satu organisasi yang terdiri daripada seorang pengerusi, setiausaha, bendahari dan lima orang ahli jawatankuasa. Hasil daripada perbincangan selama 20 minit, kami telah membentuk sebuah organisasi kumpulan kami. Berikut adalah mereka yang mengetuai kumpulan kami. Pengerusi: Khairul Amri bin Zulkeple Setiausaha: Sharifah Shakinah binti Syed Aziz Bendahari: Nabilah Hasan AJK- Mohd Azim Shahmi bin Kamarudin AJK- Mohd Iftar Johwan bin Johny@ Hasbulah AJK- Nor Adiela binti Razali AJK- Coreen Lim Ai Ling AJKOLAHRAGA/CSP2071 4

Untuk memudahkan sesi pengendalian aktiviti olahraga, setiap kumpulan akan berada dibawah pemantauan seorang instruktor. Untuk makluman, instruktor kami merupakan pelajar- pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Selain itu, Encik Rushdan turut memberitahu kami bahawa pada akhir kursus ini kami dikehendaki untuk menganjurkan satu kejohanan merentas desa. Semua organisasi yang telah dibentuk akan digabungkan menjadi satu induk untuk mengendalikan program ini. Lebih kurang setelah 1 jam 45 minit perjumpaan ini berlangsung, kami dibenarkan bersurai. Perjumpaan

ditangguhkan ke hari Sabtu pada minggu seterusnya.

OLAHRAGA/CSP2071

3.2

MINGGU KEDUA MASA TARIKH LOKASI ACARA : 8.00 PAGI-12.00 TENGAH HARI : 3/12/2011 : PADANG UPSI : LOMPAT TINGGI

Sabtu ini telah bermulanya acara Olahraga kami. Pagi- pagi lagi kami dikenalkan kepada instruktor kami. Pelajar perempuan berlalu meninggalkan dataran yang berada berhampiran Gimnasium dan menuju ke Padang UPSI. Beberapa orang pelajar lelaki dikehendaki mengangkat alatan- alatan yang diperlukan untuk acara pertama kami iaitu Lompat Tinggi. Tilam, palang dan pemegang palang adalah alatan untuk kami teruskan acara kami. Abang Sem; instruktor kami telah memberi sedikit pendedahan mengenai kami mengenai acara ini. Sejarah, teknik- teknik dan yang sebagainya. Pada akhir hari Sabtu ini,bermula jam 11.00 pagi penilaian akan dijalankan kepada setiap pelajar kumpulan kami yang dianggarkan seramai 90 orang. Di bawah adalah sejarah, gaya, teknik- teknik dan kriteria pemarkahan untuk acara lompat tinggi ini. 3.2.1 Pengenalan & Sejarah Lompat Tinggi Acara lompat tinggi secara amnya dikuasai oleh atlit-atlit yang bertubuh tinggi dengan kualiti lonjakan yang baik. Kelajuan memecut tidak dianggap sebagai kriteria yang penting seperti dalam acara lompat jauh atau lompat kijang. Namun begitu, terdapat juga atlit yang bertubuh rendah tetapi telah mencapai kejayaan kerana kualiti lonjakan yang istimewa. atlit-atlit yang bertubuh rendah dengan kualiti lonjakan yang baik biasanya akan lebih berjaya dalam acara lompat jauh atau lompat kijang berbanding dengan acara lompat tinggi.

OLAHRAGA/CSP2071

Acara lompatan mula menjadi sebahagian daripada acara olahraga yang penting apabila olahraga telah menjadi lebih formal pada tahun-tahun dalam abad-19 dan abad ke-20. Dalam abad ke-19, atlit lompat tinggi mula melompat dan mendarat di aats tanah berumput.oleh demikian, untuk menjaga keselamatan pelompat, maka teknik lompat tinggi gaya gunting digunakan.seterusnya, pasir untuk di meningkatkan tempat lagi kualiti untuk

keselamatan,

dilonggokkan

mendarat

mengurangkan impak pendaratan. Pada masa yang sama, gaya gunting cara membelakang digunakan tetapi caar ini banyak mencederakan para atlit. Selepas ini iaitu sebelum tahun 1940-an, Gaya Timur adalah popular walaupun teknik ini lebih sukar dilakukan. Dalam tahun-tahun 1940-an gaya guling mula diminati. Pada tahun 50-an, Gaya Guling Barat merupakan gaya pertama yang dipopularkan dan ia digunakan ramai atlit sehingga pertengahan taun 1950-an. Walau bagaimanapun, Gaya Pelana mula menjadi dominan sehingga sukan Olimpik 1968 di Mexico. Pada sukan Olimpik 1968 itu Dick Fosbury telah menggunakan gaya baru iaitu Fosbury Flop untuk membuat lompatan . 3.2.2 Gaya & Teknik Lompatan(Fosbury Flop) Penujuan- Larian dilakukan dengan cepat dan beritma. Guna larian 5-9 langkah dengan tiga langkah terakhir secara melengkung. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri. LonjakanPelonjak melonjak dengan cepat dan kuat

menggunakan kaki luar palang. Kaki di hadapan badan. Badan ditegakkan atau condong sedikit ke belakang.

Kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan. Tangan


OLAHRAGA/CSP2071 7

yang dibengkokkan juga dihayun ke atas. Lutut digerak melintang badan untuk membantu pusingan badan. Layangan- Di udara pelompat memandang palang sambil melentikkan badan. Kedua-dua belah tangan di sisi badan. Kedua-dua lutut dibengkokkan. Setelah badan melepasi palang, luruskan kedua belah kaki dan gerakkan ke atas sambil mengangkat kepala ke atas. Pendaratan- Pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya.

OLAHRAGA/CSP2071

3.3

MINGGU KETIGA MASA TARIKH LOKASI ACARA : 8.00 PAGI- 12.00 TENGAH HARI : 10/12/2011 : PADANG UPSI : LOMPAT JAUH

Seperti minggu sebelumnya, pada pukul 8.00 pagi kami dikehendaki berkumpul di Gimnasium UPSI sebelum bergerak ke padang untuk mneruskan acara Olahraga. Acara kami pada minggu ini adalah lompat jauh. Seperti minggu lepas, sebelum memulakan sesuatu acara kami melakukan acara memanaskan badan untuk mengelakkan sebarang kecederaan semasa menjalankan aktiviti lompat jauh ini. Acara latihan dimulakan dengan pelajar lelaki diikuti dengan pelajar perempuan. Minggu ini kami telah diberi nasihat yang berbaur agaka tegas memandangkan seorang daripada kami telah mengalami kecederaan semasa melakukan pendaratan. Acara diteruskan setelah ambulans dan pasukan keselamatan membawa pelajar tersebut ke pusat kesihatan Tanjung Malim. Kami diberi rehat selama tiga puluh minit sebelum penilaian ke atas pelajar dijalankan. Kami bersurai pada pukul 11.45 pagi, 15 minit awal sebelum pukul 12.00 tengah hari. 3.3.1 Pengenalan & Sejarah Lompat Jauh Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang ahli sukan atau atlit cuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat

pelepasan. Mereka yang bertanding akan berlari di laluan (pada tahap elit, biasanya mempunyai permukaan yang sama dengan trek larian) dan melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada papan kayu ke bahagian yang diisi pasir atau tanah. Jarak minimum dari papan ke tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika seseorang itu memulakan lompatannya dengan mana-mana bahagian kakinya di depan atau melebihi papan (satu lapisan plastisin diletakkan dengan segera di
OLAHRAGA/CSP2071 9

depan papan untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak akan direkodkan. Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan yang jauh. Oleh itu tidak hairanlah jika atlet lari pecut turut bertanding dan memenangi acara ini. Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik. Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston. Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm. 3.3.2 Gaya & Teknik Lompatan Penujuan- terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan kaki segaris atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah langkah pertama dari titik permulan mestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar.
OLAHRAGA/CSP2071 10

Lonjakan- setibanya di papan lonjak, pelompat pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan sedikit untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas. Layangan- dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan kederasan. Pelompat menggerakkan kaki dan tangan ke belakang. Untuk gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal. Pendaratan- apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan; tangan dan kaki digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan.

OLAHRAGA/CSP2071

11

3.4

MINGGU KEEMPAT MASA TARIKH LOKASI ACARA : 8.00 PAGI- 12.00 TENGAH HARI : 17/12/2011 : PADANG UPSI : LONTAR PELURU

Selesai untuk acara lompatan, kami beralih ke acara Olahraga yang seterusnya iaitu lontar peluru. Juga seperti minggu sebelumnya, kami berkumpul di Gimnasium terlebih dahulu sebelum bergerak ke padang. Beberapa orang pelajar lelaki diminta untuk mengambil alatan iaitu peluru. Kami memanaskan badan terutama otot- otot di bahagian tangan memandangkan acara ini lebih memberi penekanan kepada penggunaan otot tangan. Aktiviti diteruskan dengan latihan dan sesi pembelajaran oleh Abang Sam. Acara penilaian dijalankan pada pukul 11.00 pagi. Pada pukul 12.00 tengah hari kami dilepaskan dan bersurai. 3.4.1 Pengenalan & Sejarah Lontar Peluru Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan. Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat
OLAHRAGA/CSP2071 12

utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.

3.4.2 Gaya & Teknik Lontaran Persediaan- Dalam gaya 90 darjah atau Gaya 1,2,dan 3,peserta Baling Peluru akan berdiri 90 darjah ke arah tempat membaling.Ini bererti peserta akan berdiri dengan bahu kirinya(untuk pembaling tangan kanan) di arahkan ke tempat membaling. Tempat berdiri dalam bulatan-jika lunsuran digunakan,peserta akan berdiri di satu tempat hampir-hampir di belakang bulatan tetapi jika lunsuran tidak diguna ( dalam gaya berdiri),peserta akan berdiri hampir-hampir depan bulatan. Selepas perdirian ditetapkan,peserta akan membenam peluru kerusok

tengkuknya atau pun ia akan menempatkan peluru betul-betul di bawah dagunya.Pada waktu ini,keberatan badan adalah di kaki belakang atau di kaki kanan. Kaki kiri atau kaki depannya pula adalah dalam keadaan yang
OLAHRAGA/CSP2071 13

relax .Tangan yang tidak memegang peluru juga dalam keadaan yang relax tetapi dibengkok sedikit di siku dan ditempatkan di depan paha kiri atau diangkat dan dibengkok di hadapan badan.Keadaan ini ialah untuk menimbang badan. Kedudukan tapak kaki-tapak kaki belakang adalah dalam lebih kurang 45 darjah menghala kebelakang dan tapak kaki depannya pula adalah lebih kurang selari dengan garisan tengah bulatan. Lunsuran- . Membongkokkan badan atau merendahkan kedudukan badannya.sebagai persediaan melunsur. Semasa badan

direndahkan,badan juga mengilas kebelakang sedikit,sambil kaki bebas pula,dihayun atau diterajang ke belakang untuk membolehkan kaki kanan melunsur ke depan. Semasa lunsuran berlaku,peserta diingatkan supaya tidak menegakkan badan. Sebelum lunsuran berhenti badan seharusnya mula mengilas sebagai persediaan membaling. Balingan- Pergerakan melunsur tadi diteruskan dengan licin dan serentak dengan tekanan dari kaki lunsuran dan tolakkan tangan yang memegang peluru hinggalah badan terangkat dan terdiri di atas kaki lunsuran(di depan sekarang) dan pada masa yang sama juga peluru dipandu keluar tangan. Kedudukan badan yang melenting ke belakang,kepala terlanggut dan tekanan kaki lunsuran yang kuat tadi akan menghasilkan satu penerbangan peluru ke atas dan ke depan dalam satu bentuk parabola yang cukup berkesan. Perkara yang betul-betul boleh menghasilkan balingan yang baik ini ialah kejayaan mencantumkan pergerakan lunsuran dan balingan dengan balingan dengan penuh kelicinan serta pula teknik pergerakan yang pertama hinggalah peluru berlepas tangan. Pemulihan- Disebabkan tekanan kaki lunsuran tadi,maka badan akan terangkat sehinggalah kaki lunsuran terangkat ke depan. Pergerakan ini yang sebenarnya ialah membolehkan peserta menimbangkan dirinya supaya ia tidak terlajak ke depan hingga terkeluar bulatan atau terpijak
OLAHRAGA/CSP2071 14

lengkong penampan yang di depan atas garisan bulatan. Disamping pergerakan ini berlaku,tangan bebas dan tangan yang membaling juga akan diguna untuk membantu menimbang badan.Kepala yang melanggut semasa balingan tadi terus melanggut memerhatikan penerbangan peluru hinggalah peluru mendarat di tempat balingan.

OLAHRAGA/CSP2071

15

3.5

MINGGU KELIMA MASA: 8.00 PAGI- 12.00 TENGAH HARI TARIKH: 24/12/2011 LOKASI: PADANG UPSI ACARA: LARI PECUT

Minggu ini merupakan minggu terakhir kami untuk menjalani penilaian acara Olahraga. Seperti kebiasaannya pelajar perempuan akan bergerak dahulu ke padang manakala beberapa orang pelajar lelaki akan mengambil alatan di stor pusat sukan. Alatan yang kami perlukan pada hari ini hanyalah blok pecutan. Pertama sekali Abang Sam telah mengajar kami cara untuk memasang blok pecutan sesuai dengan kemampuan masing- masing. Latihan dan sesi pembelajaran diteruskan. Pada minggu ini, cuaca sepert tidak mengizinkan untuk kami berlama- lama di padang. Oleh hal yang demikian kami bersepakat untuk tidak berehat memandangkan cuaca mendung dan tidak berapa panas. Sebelum pukul 12.00 tengah hari kami sudah bersurai. Perjumpaan ditangguhkan sehingga Kejohanan Merentas Desa dilaksanakan. Menurut makluman Encik Rushdan, Kejohanan Merentas Desa akan dilaksanakan pada 11 Februari.

3.5.1 Sejarah & Pengenalan Lari Pecutan Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat ( 100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin.. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut:

OLAHRAGA/CSP2071

16

a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki. b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut. c) Tangan digerakkan dengan pantas. d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan)

Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang
OLAHRAGA/CSP2071 17

3.5.2 Gaya & Teknik Larian Permulaan- terbahagi kepada 3 iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya panjang. Gaya peluru a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak. b) hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan. c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Gaya sederhana a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak. b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan. c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Gaya panjang a) berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau 1.5 tapak. b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan. c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Pecutan- selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengmbil tempatnya di blok permulaan.

Kedudukan tangan- tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antaa satu sama lain, diletak di belakang garis mula.

OLAHRAGA/CSP2071

18

Kedudukan kepala dan leher-kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan.

Pergerakan tangan dan kaki- selepas ' bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki.Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan. Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah. Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

Penamat- Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya.

Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan.

OLAHRAGA/CSP2071

19

4.0

LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MASA TARIKH LOKASI : 8.00 PAGI- 12.00 TENGAH HARI : 11 FEBRUARI 2012 : KAWASAN KAMPUS

Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi kursus Olahraga CSP 2071. Selepas berakhirnya Kejohanan Merentas Desa ini maka berakhirlah perjumpaan bagi kursus ini. Kejohanan ini dikelolakan oleh beberapa orang pelajar kursus ini sendiri. Berikut adalah nama ahli organisasi yang mengetuai dan menjayakan kejohanan ini. Organisasi induk ini adalah dari Kumpulan A. PENGARAH : Muhammad Hanif Bin Yahya

PEN.PENGARAH : Frederick Juggo Anak Jugie SETIAUSAHA : Nuradibah Binti Jaafar

PEN.SETIAUSAHA : Suraya Binti Ashari BENDAHARI (L) BENDAHARI (P) : Muhammad Khairul Sabirin Bin Ibrahim : Norasma' Ameena Binti Mohd Hamzah

Setiap kumpulan ditugaskan untuk memegang satu unit. Misalnya Kumpulan A telah ditugaskan untuk menjadi organisasi induk maka kumpulan B, C, D dan E turut mempunyai tugas masing- masing. dikeluarkan oleh organisasi induk. 7.45-8.00 pagi 8.00 8.30 pagi 8.30 - 9.00 pagi 9.00 11.30 pagi Semua peserta berkumpul Pendaftaran peserta mengikut kumpulan Aktiviti regangan dan memanaskan badan Acara merentas desa dimulakan mengikut kategori (L/P). Kategori lelaki dimulakan dulu,diikuti kategori perempuan. 11.30 pagi Penyampaian sijil dan perasmian penutupan. Berikut adalah tentatif program yang telah

OLAHRAGA/CSP2071

20

OLAHRAGA/CSP2071

21

You might also like