You are on page 1of 61

PERKEMBANGAN EKONOMI DI TANAH MELAYU

OLEH: NUR RIFAH SYAHIRAH BINTI SHARUM

PENGENALAN

Pertengahan abad ke-19, terdapat 2 sistem ekonomi di Tanah Melayu (TM) iaitu: a. Ekonomi sara diri: penduduk tempatan untuk penuhi keperluan sendiri. b. Ekonomi komersial: eksport seperti getah dan bijih timah yang dijalankan dan dikuasai oleh pengusaha dan pelabur asing. Hal ini disebabkan usaha yang dijalankan oleh pihak British:

a. beri jaminan keselamatan kpd pelabur asing dengan tubuhkan pasukan keselamatan yang boleh dikerah pada bila masa jika berlaku huruhara di negeri Melayu (NNM). - penting untuk tarik pelaburam asing ke TM. b. adakan sistem undang dan pentadbiran yg efektif: - kenalkan peraturan tanah untuk galakkan pedagang Barat datang dan buka lebih banyak ladang baru. - jalankan kerja ukur tanah supaya tanah yang mahu dipajak dapat ditanda dengan baik. - jalankan kerja membersihkan sungai, membina landasan kereta api & jalan raya dan pastikan kemudahan di pelabuhan mencukupi.

c. sediakan tenaga buruh. - bawa masuk buruh Cina dan India ke TM khas untuk bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah. Dengan dasar British yang longgar ini, dapat menjamin bekalan tenaga buruh yang ramai dan murah kpd pemodal Eropah.

d. merancang dan mewujudkan kemudahan infrastruktur seperti sistem pengangkutan jalan raya dan jalan kereta api di TM. Sebabnya: - landasan kereta api cepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan utk dieksport. - buka kawasan baru di sepanjang jalan kereta api untuk ditanam dengan getah. - jalan raya dibina untuk hubungkan kawasan perlombongan bijih timah dan pertanian dgn stesen kereta api yang terdekat/hubungkan bandar dengan pelabuhan. - mudahkan British jalankan pentadbiran di NNM.

Pembinaan jalan raya dan landasan kereta api tertumpu di kawasam yang mempunyai kepentingan ekonomi British. Landasan kereta api yang dibina adalah pendek: 1885- Taiping ke Port Weld 1890- Kuala Lumpur ke Port Swettenham 1891- Seremban ke Port Dickson 1898- Tapah ke Teluk Anson

Selepas penubuhan Negeri Melayu Bersekutu (NNMB), rangkaian jalan raya dan landasan kereta api persekutuan dibina menghubungkan seluruh TM.
Jalan raya dan Landasan kereta api

Tahun 1903 1909 1918 1923 1928

Perai Seremban Seremban Johor Perai Bukit Mertajam Sg. Petani Alor Setar Padang Besar Johor Bahru Singapura Johor Bahru Siam

1930
1981

Pantai Timur Johor


Gemas Bahau Mentakab Kuala Lipis Gua Musang Tumpat Sungai Golok

e. Perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah. - negara Barat perlukan bekalan mentah sperti bijih timah dan getah. Kemajuan sains dan teknologi membolehkan penemuan baru dihasilkan dan negara Barat perlukan pasaran bagi barang yang dihasilkan. - Terusan Suez dibuka pada tahun 1896 telah pendekkan jarak dan masa pelayaran dari Barat ke Timur. - kapal wap pula diperkenalkan bagi mempercepat masa pelayaran ke TM.

PENGENALAN

Perusahaan bijih timah merupakan perusahaan tertua di Tanah Melayu (TM) kerana orang yang mula melombongnya ialah orang Melayu. Selepas musim menuai, mereka mencari bijih timah sebagai kerja sambilan untuk tambah pendapatan. Orang Melayu menggunakan cara tradisional untuk melombong iaitu mendulang dan melampan. Kaedah ini sebenarnya tidak dapt keluarkan hasil bijh timah yang banyak dan bekalannya tidak tetap.

Mendulang - Dijalankan di sungai atau di kawasan bekas lombong. - Tanah yang mengandungi bijih timah diayak menggunakan dulang untuk mengasingkan bijih timah daripada bahan lain yang tidak diperlukan. - Bijih timah akan tertinggal di dalam dulang.

Melampan. - Pekerja akan memasukkan longgolan tanah yang mengandungi bijih timah ke dalam air atau palung yang dibuat daripada kayu. - Penyodok kayu digunakan untuk menolak dan mengacau longgokan tanah mengikut aliran air. - Tanah akan hanyut dan meninggalkan bijih timah yang lebih berat.

Apabila permintaan meningkat, pembesar Melayu seperti Long Jaafar di Larut, mengupah buruh Cina untuk usahakan lombong bijih timah mereka. Pembesar Melayu sebenarnya meminjam wang daripada saudagar Cina di Negeri Selat (NNS) untuk usahakan kegiatan perlombongan bijih timah. Oleh sebab itu, banyak buruh Cina dari NNS datang bekerja di lombong bijih timah di Perak dan Selangor.

Pada mulanya, orang Cina bekerja di lombong milik pembesar Melayu di Lukut, Larut dan Sungai Ujong. Awal tahun 1820an, orang Cina mula libatkan diri dalam perusahaan melombong bijih timah. Tahun 1830-an, saudagar Cina dari NNS telah melabur modal dalam perusahaan bijih timah. Mereka juga dibenarkan untuk membuka lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesar Melayu di Larut, Lukut, Kanching dan Klang. Keuntungan di Klang membuatkan lombong bijih timah baru dibuka di Ampang dan Kuala Lumpur.

Orang Cina menggunakan kaedah baru yang boleh keluarkan hasil yang banyak: - pam kelikir - pam rantai - roda air - enjin stim/wap - lombong dedah

Menjelang abad ke-19, orang Cina menjadi pengusaha utama perusahaan bijih timah di TM.

Awal kurun ke-20, pelabur Eropah mula terlibat secara besar-an dalam perusahaan bijih timah setelah kapal korek diperkenalkan iaitu pada tahun 1912 oleh Syarikat Malayan Tin Dredging, Batu Gajah, Perak. Tahun 1920, terdapat 20 buah kapal korek di TM dan meningkat kepada 107 buah pada tahun 1930.

Penggunaan kapal korek sangat menguntungkan kerana - jumlah pengeluaran ditingkatkan di mana daripada bijih timah dapat dikurangkan. - kurangkan tenaga buruh. - berupaya melombong di tanah basah, berpaya dan kandungan bijih timah yang sedikit. Hanya syarikat Eropah yang besar mampu menggunakannya kerana - harga kapal korek mahal. - perlukan kepakaran untuk mengendalikannya. - perlukan kawasan tanah lombong yang besar.

Tahun 1920-an, syarikat Eropah telah kuasai kegiatan melombong bijih timah secara besar- an sehingga menjadikan TM sebagai pengeluar bijih timah yang terbesar di dunia. Faktor yang membuatkan syarikat Eropah berjaya mengatasi pelombong Cina dalam perusahaan bijih timah:

a. mampu keluarkan modal yang besar dan cara melombong bijih timah yang berkesan. b. kehabisan longgokan bijih timah di permukaan tanah membuatkan kaedah perlombongan orang Cina tidak lagi untung. c. faktor politik di mana polisi kerajaan British yang lebih mementingkan syarikat Eropah.

FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN PERUSAHAAN BIJIH TIMAH DI TM

1. Dasar pentadbiran British di negeri Melayu. 2. Modal. 3. Penggunaan kapal korek. 4. Kemasukan orang Cina. 5. Pertambahan permintaan dunia. 6. Memajukan sistem pengangkutan.

1. Dasar pentadbiran British di negeri Melayu

a.

- Tahun 1874, British berjaya memulihkan keamanan di negeri Perak, Selangor dan Negeri 9 (negeri yang kaya dengan bijih timah) dengan jaminan keselamatan harta dan nyawa. - Hal ini menyebabkan saudagar Eropah dan Cina di negeri Selat melabur modal dan membuka lebih banyak lombong bijih timah yang baru.

b)

- Sistem Residen yang dilaksanakan berjaya mewujudkan sistem pemerintahan yang lebih teratur dan berkesan. Antara perubahan yang dilakukan: i. Perkenalkan Kanun Galian pada tahun 1896 dimana terdapat dua orang penguasa galian persekutuan dan dibantu beberapa orang menyiru galian yang ditugaskan untuk kawal semua peraturan, perlombongan, cegah kerja perlombongan yang membazir dan awasi bekalan air ke lombong. (semua hal ehwal perlombongan)

ii. Tahun 1890, Jabatan Tanah dan Galian telah disatukan. Ini membolehkan kerja pemajakan tanah dilakukan dengan sempurna. iii. Menghentikan pungutan tol haram oleh pembesar Melayu di kuala sungai. iv. Kerja menyukat tanah yang betul telah dimulakan untuk menentukan serta merekodkan pajakan untuk perlombongan.

v. Tahun 1983, Enakmen Galian diluluskan untuk kawal semua galian di TM.

2. Modal
a)

Perusahaan bijih timah dengan adanya modal dari saudagar Cina dan Eropah dari NNS. Pada mulanya, pengusaha Cina dari NNS telah keluarkan modal untuk membuka lombong biih timah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

3. Penggunaan kapal korek


a)

b)

Tahun 1912, Syarikat Malayan Tin Dredging (kapal korek yang mula digunakan) di Batu Gajah, Perak. Penggunaannya sangat berkesan kerana mampu mengeluarkan daripada jumlah pengeluaran bijih timah TM. Tahun 1920-an, aktiviti melombong bijih timah dikuasai oleh pelabur Eropah kerana kos kapal korek yang mahal dan perlukan kepakaran untuk mengendalikannya.

Tahun

Jumlah kapal korek (buah) 20 107

Tahun

Hasil pengeluaran bijih timah (tan) 51 000 77 000

1920 1930

1913 1937

4. Kemasukan orang Cina


a)

b)

Penemuan kawasan longgokan bijih timah di Larut oleh Ngah Ibrahim menyebabkan ramai orang Cina dibawa masuk ke TM untuk bekerja di lombong bijih timah. Selain itu, saudagar Cina dari NNS yang dibenarkan memajak lombong bijih timah daripada pembesar Melayu, akan mengusahakannya sehingga berkembang. Kemudian, barulah buruh Cina yang lain dibawa masuk melalui Sistem Tiket Kredit untuk bekalan buruh yang berterusan.

5. Pertambahan permintaan dunia


a)

Permintaan untuk bijih timah meningkat apabila meletus Revolusi Perindustrian di Eropah kerana diperlukan sebagai sumber utama dalam perusahaan mengayan (mengetin makanan) di Britain.
Deskripsi. Tempat. Jenis timah. Keterangan jenis timah. Sebelum. Cornwall, UK. Timah terlerang. Tidak sesuai untuk perusahaan mengayan kerana mengandungi logam. Selepas. Tanah Melayu. Timah lanar. Sesuai kerana bermutu tinggi, lebih cair dan warnanya cantik.

b)

c)

Pedagang British amat memerlukan bijih timah dari TM kerana cukai yang dikenakan ke atas import timah dikurangkan pada tahun 1842 dan dihapuskannya pada tahun 1857. Tahun 1871, harga bijih timah menaik sebanyak 140 satu tan. Oleh sebab itu, perkara ini telah menggalakkan pelabur Barat dan Cina untuk melabur modal dan membuka lebih banyak lombong bijih timah di TM.

6. Memajukan sistem pengangkutan

a)

British membina landasan kereta api dan jalan raya untuk memudahkan pengangkutan bijih timah dari kawasan lombong ke pelabuhan untuk dieksport, memudahkan bahan makanan dan peralatan melombong dibawa masuk ke TM. Contohnya : 1885- Taiping ke Port Weld. 1890- Kuala Lumpur ke Klang. 1893- Ipoh ke Teluk Anson. 1891- Seremban ke Port Dickson.

PERUSAHAAN BIJIH TIMAH SEMASA KEMELESETAN EKONOMI DUNIA TAHUN 1930-AN

Perusahaan bijih timah terjejas semasa kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1930-an kerana kurang permintaan dari Eropah.
Cara kerajaan British mengatasi Keterangan

Rancang untuk mengawal pengeluaran dan eksport bagi mengekalkan harga yang tinggi

* tidak meluluskan permohonan untuk membuka lombong bijih timah yang baru. * hadkan pengeluaran bijih timah secara sukarela tetapi tidak berjaya naik/kekal harga yang tinggi kerana negara pengeluar bijih timah tidak mahu mengurangkan pengeluarannya
* Dipersetujui oleh negara pengeluar yang lain = Bolivia, Nigeria dan Indonesia untuk mengeluarkan hasil bijih timah mengikut kuota yang ditetapkan. PBTA berjaya naikkan harga bijih timah di pasaran dunia.

Adakan Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa yang ditandatangani pada tahun 1931, 1934 dan 1937.

Semasa zaman keselamatan ekonomi, pekerja di lombong bijih timah mengalami banyak kesukaran seperti banyak buruh terpaksa menganggur dan dihantar pulang ke negara asal masing. Banyak lombong ditutup kerana bijih timah tidak mempunyai nilai.

PERUSAHAAN BIJIH TIMAH SEMASA DAN SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN

Perusahaan bijih timah merosot semasa dan selepas zaman pendudukan Jepun. Sebelum berundur ke Singapura, kerajaan British telah memusnahkan semua lombong dan peralatan melombong bijih timah di Tanah Melayu. Eksport bijih timah ke pasaran dunia terganggu kerana Tanah Melayu terputus hubungan dengan dunia luar dan permintaan berkurangan akibat negara perindustrian terlibat dalam Perang Dunia kedua.

PERTANIAN DAGANG
Gambir dan lada hitam - Tebu - Ubi kayu - Nanas - Sagu - Tembakau - Kopi
-

PENGENALAN

British mengusahakan beberapa hasil tanaman tradisional seperti lada hitam, gambir, tebu, ubi kayu, sagu dan nanas untuk diperdagangkan di pasaran dunia secara komersial. Hal ini menyebabkan kegiatan pertanian terbahagi kepada dua iaitu: i. pertanian dagang- dikuasai oleh pengusaha dan pelabur asing. ii. pertanian sara diri- dijalankan oleh penduduk tempatan.

Pengusaha Eropah dan Cina memilih untuk mengusahakan tanaman kerana memberi pulangan (hasil) dalam masa yang singkat, tidak memerlukan modal yang besar bagi alat pemprosesan dan tidak memerlukan kemahiran khusus. Selain mengusahakan dan memajukan tanaman tradisional, British juga mengusahakan tanaman baru seperti kopi, tembakau, kelapa sawit dan getah kerana harga hasil tanaman tradisonal di pasaran dunia merosot.

Tanaman Gambir dan Lada Hitam

Negeri
Tempat di tanam

Negeri Johor
- Kurun ke-19, lada hitam dan gambir ditanam sepanjang tebing sungai, selatan Johor melalui sistem Kangcu. Tahun 1840, Temenggung Ibrahim jemput pengusaha Cina dari NNS datang ke Johor utk buka ladang gambir dan lada hitam. Ketua org Cina diberikan Surat Sungai atau Sungai Kangcu.
-

Negeri Sarawak
- Lada hitam ditanam di sekitar Kuching, Serian, Sarikei dan Marandong.

Keterangan

- Charles Brooke menggalakkan saudagar Singapura menanam lada hitam di Sarawak dengan memberi tanah kepada mereka.

Menjadi eksport terpenting

- Tanaman ini diusahakan oleh org Cina Singapura sehingga menjadi hasil eksport penting untuk awal kurun ke-20.

- Lada hitam menjadi tanaman eksport penting di Sarawak pada abad ke-19.

Tanaman Tebu

Apabila harga gula meningkat di pasaran dunia, peniaga Eropah di NNS telah mengeluarkan modal untuk membuka ladang tebu di Seberang Perai dan Linggi.

1830-an Seberang Perai merupakan pusat pengeluaran gula utama di NNS. Keuntungan itu membuatkan kerajaan Perak membuka lebih banyak ladang tebu di Kerian dan Teluk Anson. Tahun 1900 Perak mencul sebagai pusat pengeluar gula terbesar di TM. Tahun 1905, perusahaan tebu mulai merosot di Seberang Perai dan Perak kerana * Perubahan dasar kerajaan = British mahu meluaskan kawasan penanaman padi sawah dan membiayai rancangan tali air yang melibatkan tanah yang ditanam dengan tebu. * Keuntungan besar yang diperoleh daripada getah.

Tanaman Ubi Kayu

Kerajaan British membuka ladang ubi kayu secara komersial apabila ubi kayu menjadi barang dagangan yang menguntungkan seperti di Melaka (tahun 1850), Selangor dan Negeri 9. Menjelang tahun 1860, terdapat lebih kurang 1000 ekar ladang ubi kayu di Melaka dan keluasan ladang ini di seluruh TM ialah adalah lebih kurang 93000 ekar.

Tanaman Nanas

Nanas mula ditanam secara komersial pada tahun 1880 di Singapura. Pada mulanya, nanas yang ditinkan dijual kepada kapal dagang yang berlabuh di situ. Tahun 1882, sebuah kilang mengetin nanas telah dibuka di Singapura. Oleh sebab permintaan meningkat, banyak ladang dibuka di Perak, Johor dan Selangor serta bermulalah industri mengetin nanas di TM. Sebelum Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu merupakan pengeksport nanas dalam tin kedua terbesar di dunia.

Tanaman Sagu

Sagu diusahakan oleh penduduk tempatan Sarawak iaitu orang Melanau. sebagai makanan seharian sebelum kedatangan Brooke. Mereka mendirikan tempat memproses sagu di sepanjang tebing sungai Igan, Oya, Mukah dan Bintulu. British sangat menggalakkan peningkatan pengeluaran sagu kerana harga eksportnya sangat mahal. Sagu mentah dihasilkan akan dieksport ke Eropah melalui Kuching.

Menjelang tahun 1880-an, Sarawak mengeluarkan separuh jumlah pengeluaran sagu dunia dan pada abad ke-20, pemasaran sagu dikuasai oleh orang Cina.

Tanaman Tembakau

Tanaman tembakau diusahakan oleh orang Cina. Selepas tahun 1884, ladang tembakau dibuka dan berusaha tingkatkan tanaman ini oleh peladang Jerman dan Belanda di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau kerana * galakan SBUB dengan cara memberika.n tanah untuk ditanam tembakau. * SBUB tidak kenakan cukai eksport

Tahun 1890, terdapat lebih kurang 60 buah ladang tembakau di Sabah. Tahun 1903, eksport tembakau Sabah menjadi pentig buat SBUB kerana berjumlah lebih kurang $2 juta.

Tanaman Kopi

Kopi mula ditanam di TM oleh org Eropah yang berpengalaman menanam kopi di Ceylon, Sri Lanka. Banyak ladang kopi dibuka di Selangor, Negeri 9, Perak dan Johor (hidup subur) memandangkan harganya yang mahal. Tahun 1880-an, kopi jadi tanaman eksport terpenting lalu ramai peladang Eropah buka estet di TM. Org Cina dan Melayu juga mula buka kebun kecil untuk tanam kopi. British galakkan dengan cara - longgar syarat pengambilan tanah. - beri pinjaman - bawa masuk buruh Tamil, Jawa ke kawasan penanaman kopi. Akhir abad ke-19, peladang Eropah beralih ke tanaman getah kerana - harga kopi rendah sebab perlu bersaing dengan negara pengeluar yang lain. - pokok kopi diserang penyakit kupu Beehawk.

Tanaman Getah

Akhir kurun ke-19, harga kopi jatuh di pasaran dunia. Oleh sebab itu, tanaman getah mula diperkenalkan sebagai tanaman pilihan untuk memulihkan ekonomi dunia. Pada peringkat awal, tanaman getah tidak dapat sambutan kerana peladang masih ragu untuk tanam pokok getah kerana a. pokok getah berasal dari tempat lain dan belum pernah ditanam secara besar-an di TM. b. ambil masa lama untuk ditoreh, 6-8 tahun dan tempoh produktifnya tidak diketahui.

c. harga dan pasaran getah tidak stabil kerana adanya persaingan dari Afrika. d. peladang lebih berminat untuk menanam kopi, tebu, lada hitam dan ubi kayu kerana harganya tinggi di pasaran dunia dan tempoh matangnya adalah singkat.

- Sejarah tanaman getah


Berasal dari Brazil. Tanaman getah di TM dari jenis Hevea Brasilensis. Tahun 1876, sebanyak 70000 biji getah dari Brazil dibawa ke England oleh Henry Wickham lalu disemai di Kew Garden, England. Sebanyak 300 benih getah dihantar ke negara naungan British = Sri Lanka. Tahun 1877, sebanyak 22 batang anak getah dibawa ke Singapura dan ditanam di Botanical Garden. Dari Singapura, beberapa batang anak getah dibawa ke Kuala Kangsar dan ditanam di halaman kediaman Residen Perak. Pengarah Botanical Garden, H.N.Ridley bertanggungjawab menggalakkan tanaman getah di TM.

FAKTOR PERKEMBANGAN PERUSAHAAN GETAH


1.

Sumbangan H.N.Ridley - yakin getah mempunyai masa depan yang menguntungkan, beliau sanggup mengembara ke seluruh negeri Melayu dan pujuk peladang supaya tanam getah. - menjalankan ujikaji dan akhirnya berjaya membuat penemuan baru : a. Kenalkan sistem torehan tulang ikan herring/sistem ibedem. Kelebihannya ialah boleh hasilkan banyak susu getah tanpa rosakkan pokok dan panjangkan hayat pokok getah serta boleh keluarkan hasil untuk jangka masa yang lama.

b. kenalkan cara yang selamat untuk anak getah dalam iklim tropika dengan bungkus anak getah ini dalam arang kayu yang lembap. (boleh diangkut ke tempat yang jauh)

2.

Kejatuhan harga kopi. - Tahun 1890-an, harga kopi di pasaran dunia merosot kerana a. pengeluaran kopi yang berlebihan oleh Brazil. b. penyakit yang dibawa oleh kupu Beehawk. - Perkara ini menyebabkan peladang mula menanam getah sebagai tanaman gantian.

3.

Permintaan tinggi bagi getah. - getah juga digunakan dalam industri pembuatan seperti membuat kasut, penebat elektrik, tayar, alat perubatan dan perabot. - telah naikkan harga getah di pasaran dunia dan Amerika Syarikat muncul sebagai pembeli getah asli utama dunia.

Tahun

Sebab permintaan terhadap getah tinggi dalam perkembangan perusahaan kereta Penemuan proses Vulcanization oleh Charles Goodyear telah tingkatkan permintaan terhadap getah kerana Vulcanization boleh halang getah bertukar menjadi lembut dan melekat apabila panas atau menjadi keras/rapuh apabila sejuk. J.B. Dunlop memperkenalkan tayar angin untuk kereta.

1839

1895

4.

Bekalan tenaga buruh - perlukan tenaga buruh yang ramai dan murah untuk menoreh dan memproses getah. - buruh dari India Selatan dibawa masuk secara terancang melalui Sistem Kontrak dan Sistem Kangani oleh kerajaan British. Tahun 1908, seramai 43 515 org dibawa masuk dan meningkat kepada 139 480 org pada tahun 1918.

5.

Galakan daripada kerajaan.

Tahun Tindakan
1897 Kerajaan kenakan cukai: -10 sen 1 ekar bg tanah yang ditanam dengan getah bagi 10 tahun yang pertama. - 50 sen 1 ekar. - 2.5% selama 15 tahun dari tarikh pokok getah mula ditanam. - Selepas 15 tahun, cukainya tidak lebih dari 5% daripada nilainya. Kerajaan Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) peruntukkan wang sebanyak $ 4000 untuk penyelidikan.

1899

Tahun
1905

Tindakan
Jabatan Pertanian NNMB ditubuhkan di Kuala Lumpur. Menjalankan penyelidikan dan kajian: - Cari jenis pisau toreh yang elok. - Selidik tentang pendapat menoreh pada waktu pagi lebih baik kerana susu getah lebih banyak berbanding pada waktu petang. - Jarak yang sesuai untuk pokok getah. - Jenis tanaman tutup bumi yang sesuai bagi pokok getah. Institut Penyelidikan Getah (RRIM) ditubuhkan bagi memajukan perusahaan getah. Antara kejayaannya: - Temui cara tanam getah secara saintifik. - Kenalkan klon getah bermutu tinggi untuk tinggikan hasil dan mutu getah. - Kawal penyakit dan serangan serangga pokok getah. - Awet dan pekatkan susu getah agar dapat dieksport dalam bentuk susu. - Guna baja kimia untuk suburkan tanah:suburkan pokok getah dan hasilkan lebih banyak susu.

1926

Tahun
1920-an

Tindakan
Peladang Eropah dan Cina tanam secara ladang dan kebun kecil. - Lebih kurang 40% daripada tanah yang ditanam di TM, Sabah dan Sarawak dimiliki pekebun kecil. -Lebih kurang daripada kawasan pertanian TM ditanam dengan getah (tanaman eksport utama). Apabila harga getah semakin tinggi, syarikat Eropah seperti Guthrie, Harrison & Crossfield dan Socfin mula melabur modal dengan membuka ladang getah.

FAKTOR KEMELESETAN PERUSAHAAN GETAH TAHUN 1920-AN DAN 1930-AN


TAHUN 1920-an Industri getah jatuh pada paras paling rendah kerana: a. A.S hadkan penggunaan getah untuk perusahaan kereta dan tumpukan perhatian kpd pengeluaran perkakas kelengkapan perang kerana A.S gunakan 77% daripada pengeluaran getah. b. Getah tidak dapat dieksport ke Eropah dan A.S kerana kekurangan kapal pengangkut getah. c. Timbunan simpanan getah di Asia Tenggara seperti Semenanjung TM, Ceylon, Indonesia dan Indonesia akibat Perang Dunia Pertama meletus. Getah tidak dapat dipasarkan kerana negara yang terlibat belum pulih daripada peperangan. TAHUN 1930-an Tahun 1932, berlaku kemelesetan ekonomi dunia sehingga harga getah jatuh 8sen sepaun. Puncanya ialah: a. kemerosotan perusahaan kereta di A.S kerana negara tersubut guna hampir 80% bekalan getah dunia untuk industri keretanya. Tahun 1929, jumlah keluaran tayar jatuh daripada 77 juta unit pada tahun 1928 40 juta unit pada tahun 1932.

LANGKAH MENGATASI KEMELESETAN PERUSAHAAN GETAH TAHUN 1920-AN DAN 1930-AN

RANCANGAN SEKATAN STEVENSON (1920-an) * Kurangkan pengeluaran sbnyk 60% bagi wilayah naungan British dan tingkatkan harga getah. * Disertai negara naungan British: TM dan Sri Lanka. * Pada mulanya, ia berjaya kerana harga getah naik dan pertambahan kawasan tanaman getah negara pengeluar lain. * Belanda dan Indonesia enggan sertai rancangan ini sebaliknya terus tingkatkan pengeluaran getah. Oktober 1928, rancangan ini ditamatkan apabila gagal capai matlamat.

RANCANGAN PERATURAN GETAH ANTARABANGSA (1934) * tujuan untuk mengurangkan pengeluaran getah dan menstabilkan harga. * disertai oleh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sri Lanka, India, Myanmar, Indonesia, IndoChina dan Thailand * setiap negara dikehendaki kurangkan pengeluaran mengikut kuota yang ditetapkan. * tidak boleh tambah keluasan kawasan baru untuk tanaman lama atau tanaman baru getah. * berjaya meningkatkan dan menstabilkan semula harga getah di pasaran dunia sebelum Perang Dunia II.

KESAN KEMELESETAN PERUSAHAAN GETAH

Pengusaha ladang Eropah terpaksa berhentikan ramai pekerja mereka dan sebahagian buruh India dihantar pulang. Pengurusan semula ladang dengan adakan langkah berjimat cermat: - kurangkan bilangan kakitangan bangsa Eropah dan bayaran gaji mereka. - gantikan penyelia ladang Eropah dengan warga Asia yang sanggup menerima upah yang rendah. - gabungkan syarikat kecil dengan syarikat yang lebih besar untuk kurangkan kos pengeluaran.

Pekebun kecil terjejas kerana tidak dapat membuat sebarang usaha untuk tingkatkan hasil pengeluaran mereka. Hal ini disebabkan mereka tidak sanggup untuk menunggu selama 7 tahun walaupun penanaman semula getah dilakukan.

Kerajaan British - tubuhkan Institut Penyelidikan Getah pada tahun 1926 untuk jalankan penyelidikan bagi membaiki dan majukan perusahaan getah. - pelbagaikan sumber ekonomi dengan menanam tanaman lain kerana mereka tidak boleh bergantung dengan tanaman getah dan bijih timah yang tidak stabil harganya. - kurangkan perbelanjaan pentadbiran dan pembangunan di TM dengan cara kurangkan bilangan kakitangan dan gaji mereka.

PERUSAHAAN GETAH SEMASA DAN SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Semasa pendudukan Jepun, pengeluaran getah merosot kerana eksportnya dihentikan. a. British musnahkan loji memproses getah sebelum mereka berundur dari TM. (elakkan tentera Jepun guna peralatan pengeluaran getah. b. TM terputus hubungan dengan pasaran dunia iaitu Eropah dan A.S. c. Ladang getah banyak musnah semasa serangan Jepun. d. Tentera Jepun tebang banyak pokok getah untuk tanam tanaman makanan.

Selepas Perang Dunia Kedua, getah tiruan digunakan secara meluas di A.S dan memberikan persaingan kepada getah asli. Tahun 1941, peratus getah tiruan telah menaik dari 0.8% sehingga 86.8% pada tahun 1945. Walau bagaimanapun, getah asli TM lebih bermutu dan dapat menandingi getah tiruan.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like