P. 1
Pusaka History Journal Volume 1 Jilid 2

Pusaka History Journal Volume 1 Jilid 2

|Views: 436|Likes:
Published by leehni

More info:

Categories:Types, Research, History
Published by: leehni on Jul 06, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/22/2013

pdf

text

original

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II) 2012 JUNE 1

http://www.scribd.com/doc/95663560/PUSAKA-V1-J2

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Ketua Program Sains Sosial HT17: Rosy Talin Managing Editor/Reviewer: Lee Bih Ni Moliana Wilfred Ngoi Ding Ding M. Lukman Sarkauvi Mohd Shahudin Bin Karim M. Isamuddin Syah Bin Hj. Hanapi

Program Sains Sosial (Sejarah) Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah Beg Berkunci 2073, 88999 Kota Kinabalu, Sabah e mel: leeh_ni@yahoo.com

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Bil Kandungan Muka Surat ___________________________________________________________ 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
10. 11. 12. 13. 14.

Campur Tangan British Di Negeri-Negeri Tanah Melayu
BANDINGKAN CORAK PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU DENGAN SABAH DAN SARAWAK

4
16

Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak: Satu Tinjauan Sebab Pemimpin Setempat Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu Menentang British Empayar Uthmaniyah Merupakan Sebuah Empayar Yang Teragung PENGENALAN KEPADA PEMBENTUKAN MALAYAN UNION Faktor Kelemahan dan Kemerosotan Empayar Uthmaniyyah Dasar Persekutuan Tanah Melayu Menjadi Tolak Ansur Persetujuan Orang Melayu
PEMIMPIN SETEMPAT NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU MENENTANG BRITISH Dasar-Dasar UMNO Menjadi Pilihan Orang Melayu British Mengambil Singapura Dan Melaka: Perjanjian Inggreis-Belanda 1824 PANGKALAN DI RANTAU ASIA TENGGARA: PERKEMBANGAN PENTING YANG BERLAKU TEMPOH 1786 – 1832. Perkembangan Wilayah Israel Dengan Mandat British di Palestin DIASPORA CINA DI TANAH MELAYU: 1820-1949

26

38 50 76 88 106
121 147 172 192 206 245

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Campur Tangan British Di Negeri-Negeri Tanah Melayu FAUZI BIN JUMIN HT17 fauzicicil@gmail.com Abstrak Kertas ini mengkaji campur tangan British di negeri-negeri tanah melayu telah bermula sejak pertapakan Francis Light di Pulau Pinang iaitu pada tahun 1786. Walaubagaimanapun, Campur tangan British di negeri melayu utara sebenarnya hanya bermula apabila termeterainya Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Kejayaan campur tangan British di Negeri-negeri Melayu melalui penubuhan Negeri-Negeri Selat dan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mendorong mereka meluaskan lagi kuasa dan wilayah mereka. Selain daripada itu, kerajaan British sebenarnya semakin terdesak untuk menguasai Negeri-negeri Melayu di utara dan Johor kerana terdapat persaingan daripada kuasa-kuasa Barat lain untuk meluaskan pengaruh di Asia Tenggara. Hal ini kerana bermula pada tahun 1870, negara Eropah termasuk Britain, Perancis dan Jerman telah berlumba-lumba mencari tanah jajahan di Afrika dan Asia. PENGENALAN Kuasa Eropah ini berlumba untuk mendapatkan tanah jajahan di hawa panas kerana di sinilah didapati banyak bahan mentah. Negara Perancis menunjukkan minatnya untuk menguasai Menom Chao Phraya iaitu kawasan penanaman padi yang subur di Siam. Mereka juga dikatakan ingin membina sebuah terusan di Segenting Kra di selatan Siam untuk membolehkan mereka menguasai kawasan tersebut. Rusia juga sedang berusaha untuk mendapatkan pangkalan batu arang di Teluk Siam dan Ujong Salang. Manakala Jerman berminat untuk membina pangkalan perdagangan di selatan Siam terutamanya di Pulau Langkawi dan Amerika Syarikat pula ingin meluaskan pengaruhnya di Terengganu dan pulau-pulau sekitarnya. Perkembangan ini amat membimbangkan pihak British. Mereka menyedari bahawa tidak mustahil nanti kuasa-kuasa Barat yang lain akan menubuhkan petempatan di negeri-negeri Melayu terutamanya di utara dan pantai timur Tanah Melayu. Oleh yang demikian, pihak British berusaha mengekalkan hubungan baik dengan Siam dan mengelakkan berlakunya sebarang konflik demi menjaga kepentingan mereka. Langkah itu dibuat untuk memastikan kepentingan British tidak terjejas. Di samping itu siam juga berfungsi sebagai Negara penampan antara Perancis dan Negeri Melayu Utara. Walaubagaimanapun, demi menjaga kepentingan dan keselamatan british juga telah berusaha melakukan perhubungan yang baik dengan beberapa kuasa barat kerana kelemahan perhubungannya dengan siam. Tetapi british tidak dapat mengekang kemaraan kuasa barat lain disebabkan hanya bersahabat dengan beberapa kuasa barat dan bukan kesemuanya. Akhirnya, British yang masih merasa bimbang dengan persaingan kuasa-kuasa Barat yang lain menjelang akhir abad ke-19 ini telah mengambil langkah menaungi negeri melayu tidak bersekutu ini dengan menempatkan penasihat british di setiap negeri.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

CARA BRITISH MENYEKAT PERLUASAN KUASA EROPAH DI NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU. MELAKUKAN PERHUBUNGAN DENGAN NEGARA SIAM Pihak british telah melakukan perhubungan yang baik dengan siam untuk menjaga kepentingannya di negeri melayu utara dan kepentingan perdagangannya di kawasan kepulauan. Malahan British sentiasa memihak kepada siam seperti yang ditunjukkan oleh perjanjian 1826. Menjelang tahun 1886, british telah mendapat saingan dalam mendapatkan tanah jajahan di asia tenggara apabila Perancis telah menjajah negeri yang dikenali sebagai Indochina. Pada masa itu juga british telah mengetahui minat perancis untuk meluaskan tanah jajahan taklukannya ke siam iaitu untuk menguasai Lembah Menam Chao Praya yang subur dan ini telah menambah kebimbangan British. British pada ketika itu telah menimbangkan cadangan untuk menguasai Siam sebelum dikuasai Perancis tetapi akhirnya tidak merealisasikannya kerana bimbang timbul pertelagahan antara kedua negara apabila mereka bersempadanan. Dengan yang demikian, british telah menyokong Siam untuk mengelakkan pencerobohan perancis dan dijadikan negara penampan antara Tanah Melayu dan Indochina yang dikuasai perancis. British yang pada ketika itu ingin menjadikan siam sebagai negara penampan kerana risau Perancis akan meluaskan tanah jajahannya ke selatan. Walaupun pada tahun 1896 satu perjanjian antara british dengan perancis telah dibuat namun ia tidaklah membawa ketenangan yang lama kepada british apabila tersebar khabar angin yang mengatakan perancis ingin memotong segenting Kra untuk membina sebuah terusan. Sementara itu british juga sedar akan minat negara Jerman terhadap negeri siam dan negeri-negeri melayu utara. Kecemasan pihak british tentang ancaman negara barat ini menyebabkan mereka membuat rundingan secara sulit dengan siam pada bulan april 1897. Pihak british telah berjaya menandatangani perjanjian dengan siam yang mengatakan bahawa british mengakui ketuanan siam terhadap negeri-negeri melayu utara dan berjanji akan membantu siam sekiranya dia diserang. Siam pula berjanji tidak akan menyerahkan wilayah di selatan Muang bao kepada kuasa lain tanpa persetujuan daripada kerajaan british. Perundingan dan hubungan British ini sememangnya dapat dilihat sebagai salah satu cara yang diambil british untuk menyekat perluasan kuasa barat lain yang sedang mencari tanah jajahan di kepulauan melayu. Perhubungan british dengan siam ini juga telah berjaya menyekat perluasan kuasa Jerman di Negeri Kedah. Hal ini terbukti apabila pada tahun 1899 dan 1900 firma-firma Jerman memohon untuk memajukan kawasan pajak di luar pantai kedah namun kerajaan Siam terpaksa mengalah kepada tekanan inggeris dan menolak permohonan itu. Hal ini menunjukan bahawa perhubungan Siam dengan British telah berjaya mencapai matlamat pada awalnya. Walaubagaimanapun, perjanjian sulit tersebut tidak dapat menyelesaikan kebimbangan pihak british terhadap kemasukan kuasa barat lain di tanah melayu. Perjanjian itu juga tidak menimbulkan kesan yang diharapkan oleh pihak british terhadap Negeri Melayu Utara kerana ianya dibuat secara sulit dan tidak diberitahu kepada pihak lain. Negeri-negeri melayu utara juga masih bertindak sebagai sebuah Negeri yang bebas daripada penguasaan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

mana-mana kuasa. Berikutan perkara ini british telah membuat perjanjian sempadan dengan siam pada tahun 1899. Tujuan perjanjian ini adalah untuk mengukuhkan lagi pengiktirafan British tentang kekuasaan siam terhadap Negeri Melayu Utara. Pada tahun 1900, telah wujud satu masalah yang memberi kesan yang sangat besar kepada perhubungan baik yang dibina British dengan negara Siam. Hal ini belaku apabila Sultan Kelantan telah memberikan tanah seluas 3000 batu persegi( separuh negeri Kelantan ) kepada seorang inggeris iaitu R.W Duff. Dan sebagai balasan raja muda menerima $20 000 tunai dan 2000 saham dalam syarikat itu. Pemberian sultan Kelantan ini dianggap oleh siam sebagai tidak sah kerana sultan Kelantan tidak berhubung dengannya tentang perkara ini. Namun sultan Kelantan menegaskan bahawa baginda bebas membuat keputusan. Siam seterusnya telah membuat bantahan kepada kerajaan british dengan alasan Sultan Kelantan telah melanggar dua perjanjian antara inggeris dan siam. Dalam pada itu Duff telah menuntut kemerdekaan negerinya dan meminta kerajaan British campur tangan dalam hal tersebut. Duff turut mengugut pihak British bahawa dia akan mendapatkan bantuan kuasa eropah lain sekirannya british tidak membantunya. Masalah yang wujud antara siam dan rakyat british ini telah menyebabkan kegagalan kepada perhubungan baik antara siam dan british ini. Ianya juga membimbangkan british kerana ugutan Duff yang boleh mengugat kedudukan british di Tanah melayu dengan kemasukan kuasa barat lain. Bagi mengatasi masalah tersebut pihak british telah mencadangkan kepada siam pada awal tahun 1902 supaya melantik pegawai british yang berkhidmat dalam perkhidmatan tadbir awam siam untuk menjadi Penasihat atau Residen di terengganu dan kelantan. Sultan kelantan pula telah meminta frank Swettenham selaku gabenor negeri-negeri selat dan pesuruhjaya tinggi negeri melayu bersekutu memberi perlindungan terhadap negeri kelantan dan menghantar seorang Residen british sebagai penasihat baginda. Berikutan daripada perkara itu Kerajaan British telah memberi tempoh sehingga bulan september untuk siam mengiktiraf Kelantan dan Terengganu sebagai negeri yang bebas. Hal ini menunjukan kelemahan perhubungan british dan siam. British yang terdesak dengan ugutan daripada Duff akhirnya menyebabkan membawa kepada bermula keruntuhan perhubungan baik siam dan british berkaitan negeri melayu. Perhubungan baik british dengan siam mulai pudar kerana ia dilihat kerajaan british sebagai tidak berkesan dalam usaha mengawal negeri melayu. Pada tahun september 1902, satu perjanjian yang dikenali sebagai peristiharan Siam-british telah ditandatangani. Antara isi kandungan perjanjian tersebut ialah I. British mengiktiraf pengaruh siam terhadap kelantan dan terengganu

II. siam haruslah melantik penasihat dan penolong penasihat british di kedua negeri berkenaan. III. siam tidak boleh mencampuri hal ehwal dalam negeri tersebut. manakala, Hal ehwal luar negeri pula dikawal oleh british. IV. Siam akan mendapat pampasan sepuluh peratus jika hasil negeri berkenaan melebihi $100 000 setahun. Melalui perjanjian ini dapat dilihat syarat ketiga membolehkan british

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

mengawal hal ehwal luar negeri terbabit. Hal ini membolehkan british dapat membendung perhubungan negeri melayu dengan kuasa luar dan mengelakkan ancaman campur tangan kuasa eropah lain di tanah melayu. Di samping itu, syarat kedua turut memberikan impak yang sangat besar dalam usaha membendung campurtangan kuasa barat lain di Negeri Melayu Utara. Pada tahun 1909 satu lagi perjanjian yang berlaku antara Siam dan British berkaitan negeri melayu utara berlaku. Perjanjian ini dibuat kerana perhubungan british dan siam tidak berjaya menghalang perhubungan Negeri Melayu dengan kuasa barat lain. Hal ini kerana, mereka menganggap negeri mereka adalah merdeka dan bukannya bernaung di bawah siam. Oleh itu, perjanjian ini dibuat agar kerajaan british dapat membuat perjanjian berasingan dengan Negeri Melayu Utara tanpa melalui kerajaan Siam. Antara isi kandungan tersebut ialah i. Kerajaan Siam bersetuju menyerahkan kepada britain kedaulatan,pertahanan, pentadbiran dan segala hak milik ke atas negeri kelantan, terengganu kedah perlis dan pulau yang berdekatan. ii. Kerajaan Negeri Melayu bersekutu akan menanggung semua hutang-piutang keempat-empat negeri melayu tersebut terhadap kerajaan Siam. iii. Britain hendaklah menyerahkan hak ekstrateritorialnya di siam kepada kerajaan siam.

Melalui perjanjian ini maka siam telah melepaskan kekuasaannya terhadap Negeri Melayu Utara yang dahulunya dianggap sebagai tanah jajahannya. British juga berpeluang campur tangan dalam urusan tadbir Negeri Melayu Utara tanpa melalui kerajaan Siam. Dengan campur tangan secara langsung maka british tidak lagi perlu bimbang terhadap ancaman perluasan kuasa barat lain.

MELAKUKAN PERHUBUNGAN DENGAN KUASA BARAT Sememangnya british tidaklah terlalu bergantung dengan perhubungannya dengan siam dalam usaha menjaga kepentingannya di Negeri Melayu Utara. Dalam usaha mengekang kemasukan kuasa barat lain di negeri melayu utara dan johor, british telah berusaha melakukan perhubungan yang baik dengan beberapa kuasa barat lain untuk yang berpotensi untuk mengancam kedudukannya di tanah melayu. Dalam Perhubungan ini menjaga kepentingan british di tanah melayu secara khususnya juga merupakan satu agenda british kerana pihak british mempunyai banyak kepentingan terhadap Tanah Melayu ketika itu. Perhubungan ini juga dilihat sebagai langkah awal yang dilakukan british kerana pihak british tidak ingin menimbulkan konflik ketentraan dengan kuasa barat lain akibat bimbang tentang keselamatan dan kedudukan mereka di Tanah Melayu dan keselamatan negara asal mereka tergugat. Langkah british ini sememangnya telah dapat dilihat pada awal kedatangan british ke tanah melayu. Pada awal kedatangan british ke tanah melayu pihak british telah membuat perjanjian sempadan dengan belanda yang membolehkan penapakan british di singapura tidak dipersoalkan oleh Belanda. Perjanjian ini dikenali sebagai perjanjian inggeris-belanda pada tahun 1824 dan dalam perjanjian tersebut Belanda

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

mengaku tidak akan membuka tempat di Semenanjung Melaka(semenanjung tanah melayu), atau menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana raja, penghulu ataupun sebarang negeri di dalamnya, dan memansuhkan segala tuntutan ke atas Semenanjung Tanah Melayu. Setelah bertapak di kebanyakan negeri tanah melayu, pihak british cuba mengekang ancaman daripada kuasa barat lain pula dengan melakukan perhubungan dengan negara tersebut. Perancis merupakan salah satu daripadanya, Perancis yang pada awalnya negara yang berminat terhadap negara Siam dan dianggap british sebagai suatu ancaman terhadap kedudukannya di tanah melayu. Oleh itu, british telah berusaha mencari persefahaman dengan perancis. Pada tahun 1896, British dan Perancis telah menandatangani perjanjian yang menjamin kebebasan Lembah Menam Chao Praya. Seterusnya sekali lagi Pada tahun 1904 perancis dan Britain menamatkan persaingan antara mereka terutamanya dari segi meluaskan tanah jajahan dan menandatangani persahabatan british-perancis. Pada 1907 terbentuk persahabatan tiga(England-Rusia-Perancis). Persahabatan ini adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan bersama antara negara ahli dan menamatkan persaingan mencari tanah jajahan antara ahli. Hasil daripada perjanjian ini persahabatan British dengan Siam tidak lagi seperti sebelumnya. Ini telah nyata apabila England mendiamkan diri apabila Perancis merampas beberapa kawasan di sempadan siamcambodia. Walaubagaimanapun, perhubungan british tidaklah menyeluruh kepada semua kuasa barat dan ini menyebabkan british masih bimbang akan perluasan kuasa barat yang lain terhadap negeri melayu. Masalah yang wujud pada 1900 antara sultan kelantan, siam dan saudagar british telah menyebabkan british semakin terdesak untuk menguasai Negeri Melayu Utara.

PENEMPATAN PENASIHAT BRITISH DI NEGERI MELAYU UTARA Menyedari tentang kelemahan hubungan british dengan siam dan perhubungan dengan kuasa barat lain dalam usaha untuk menyekat perluasan kuasa barat di negeri melayu utara akhirnya, british mengambil keputusan untuk menguasai negeri melayu ini dengan berusaha menempatkan penasihatnya di negeri-negeri Melayu utara. Menurut Barbara Watson andaya dan Leornad y. Andaya dalam buku Sejarah Malaysia “Kekuasaan Siam yang longgar ke atas negeri-negeri melayu di utara yang telah menarik pemerhati-pemerhati british pada kurun ke-19”. Oleh itu, dengan penempatan penasihat di negeri ini maka British secara langsung dapat mengawal hal ehwal dalam dan luar negeri tersebut. Ancaman kuasa barat lain juga akan dapat diatasi kerana penasihat akan mengawal perhubungan negeri supaya tidak dikuasai Kuasa asing. Perkara ini disebabkan negeri yang ditempatkan Penasihat British secara langsung menjadi negeri naungan British. Negeri Kelantan merupakan antara negeri yang mudah menerima penasihat british. Negeri ini bersetuju menerima penasihat british yang dilantik siam pada tahun 1902 iaitu selepas termeterainya perjanjian Bangkok pada tahun 1902. Ini menyebabkan kelantan negeri yang mudah sekali diuruskan. Kerajaan Negeri Melayu Bersekutu pula telah menghantar pegawainya untuk berkhidmat di Kelantan setelah Kelantan menerima penasihat British. Jika dilihat dari sudut sejarah kerajaan kelantan sebenarnya pernah meminta penasihat british untuk dihantar ke Kelantan iaitu semasa konflik antara sultan kelantan dan kerajaan Bangkok apabila sultan Kelantan menyerahkan pajakan tanah kepada duff iaitu warganagara

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

british. Hal ini kerana, pada tahun 1900 kelantan telah mengalami masalah kewangan yang teruk . Kedatangan seorang rakyat british ke kelantan untuk mendapatkan kawasan pajakan lombong telah membuka peluang kepada sultan kedah untuk memulihkan semula keadaan kewangan negerinya. Oleh itu, sultan Kelantan telah memberikan tanah seluas 3000 batu persegi( separuh negeri Kelantan ) kepada Seorang Rakyat british iaitu R. W. Duff dan sebagai balasannya Raja muda kelantan mendapat wang $20 000 tunai dan 2000 saham dalam syarikat. Hal ini telah mengundang kepada ketidakpuashatian Siam terhadap Sultan Kelantan. British yang tidak mahu masalah ini berterusan kerana Duff mengancam akan mendaftarkan syarikatnya kepada ibu negara eropah lain. Pada tahun 1902, perjanjian antara siam dan british telah ditandatangani untuk menyelesaikan konflik tersebut dimana siam harus melantik seorang penasihat kerajaan Siam yang berbangsa Inggeris ke Kelantan. Pada tahun 1903, seorang penasihat, W.A Graham telah dihantar ke kelantan. Hasil daripada itu maka kelantan secara rasminya telah dinaungi British dan pengusaan kuasa barat lain keatas negeri ini tidak lagi menjadi satu kebimbangan kepada British. Kedah pula adalah antara negeri terawal yang menjalankan hubungan dengan dengan British iaitu semasa Francis Light mengambil Pulau Pinang pada tahun 1786. Walaubagaimanapun pada ketika itu British tidak menguasai Kedah kerana mereka tidak mempunyai kepentingan terhadap Kedah ketika itu. Menjelang akhir abad ke 19 barulah British berusaha menguasai kedah akibat risau Kedah dikuasai kuasa eropah lain seperti Jerman. Pada tahun 1902 perjanjian British-Siam telah termeterai dan melalui perjanjian ini pihak British telah meminta Sultan Abdul Hamid untuk menerima seorang Penasihat British namun baginda telah menolaknya. Pada tahun 1904, kedah telah menghadapi krisis kewangan yang teruk kerana membiayai lima perkahwianan diraja. Hutang-hutang negeri kedah ditaksirkan empat kali ganda pendapatannya setahun. Dalam usaha mengatasi masalah ini Sultan kedah iaitu Sultan Abdul Hamid terpaksa meminta bantuan daripada kerajaan Siam. Siam pada masa itu bersetuju menghulurkan bantuan kewangan kepada kerajaan Kedah dengan syarat Kedah menerima Seorang penasihat kewangan berbangsa Inggeris yang dilantik Siam. Demi menyelamatkan keadaan kewangan Kedah, Baginda telah bersetuju dengan syarat tersebut. Siam meluluskan pinjaman wang sebanyak 2 juta ringgit dan menghantar W.J.F Williamson sebagai penasihat kewangan yang pertama di Kedah. Pada tahun 1905, sultan kedah talah menubuhkan Majlis Mesyuarat negeri untuk membantu beliau dalam soal pentadbiran. Pada tahun itu juga Hart menggantikan williamson sebagai penasihat kewangan kerajaan kedah. Apabila perjanjian bangkok ditandatangani pada 1909, sultan kedah enggan mengiktiraf perjanjian tersebut baginda merasa tersinggung apabila baginda tidak dijemput untuk membincangkan perihal negeri baginda sendiri. Baginda juga sedar bahawa Raja di negeri melayu bersekutu telah kehilangan kuasa apabila menerima penasihat british. Walaubagaimanapun, british tidak tunduk dengan sikap sultan yang engan menerima penasihat british dan desakan yang dilakukan british akhirnya berhasil. Tindakan british ini berjaya mencapai tujuannya pada tahun 1923, apabila sultan Abdul Hamid telah bersetuju membuat perjanjian dengan pihak british. Melalui perjanjian tersebut negeri kedah telah secara rasminya menjadi naungan british. Keadaan yang dialami perlis juga hampir sama dengan apa yang dialami kedah. Senario kewangan yang berlaku kepada kedah turut berlaku kepada perlis. Hal ini menyebabkan Sultan Perlis terpaksa meminta bantuan kewangan daripada Siam. Kerajaan Siam

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

mengatakan akan meluluskan bantuan kewangan kepada perlis dengan mensyaratkan bahawa perlis harus menerima penasihat kewangan berbangsa Inggeris sebagai balasan pinjaman kewangan daripada siam. Raja perlis bersetuju dengan syarat tersebut dan Siam telah menghantar penasihat kewangan berbangsa inggeris ke Negeri itu apabila Siam meluluskan pinjaman kewangannya . Pada masa itu siam telah menghantar H.E Duke sebagai penasihat kewangan di Perlis. Ikatan ini sememangnya sebagai titik permulaan penguasaan kerajaan british terhadap perlis. perjanjian Bangkok yang ditandatangani pada tahun 1909 antara British dan siam telah membawa kepada pengantian penasihat kewangan di perlis iaitu H.E Duke kepada penasihat British iaitu Kapten Meadows Frost. Raja Perlis enggan menerima penasihat british dan telah mengemukakan alasan yang sama seperti kerajaan kedah, namun pihak british tidak menghiraukannya. Pada tahun 1930, Perlis telah menyelesaikan hutangnya dengan Siam. Pada tahun itu juga, barulah Raja perlis iaitu raja Syed Alwi bersetuju membuat perjanjian dengan British. Bermula daripada masa tersebut negeri Perlis secara rasminya menjadi negeri naungan british dengan penasihat kewangannya menjadi penasihat british. Terengganu merupakan negeri yang agak “liat” sedikit dalam menerima penguasaan british. Para pemerintah terengganu beranggapan bahawa negeri Terengganu merupakan negeri yang bebas dari penguasaaan kuasa lain termasuk Siam. Sultan Terengganu iaitu sultan zainal Abidin III menganggap Siam hanya sebagai Negara sahabat. Pada tahun 1902 Gabenor Negeri–Negeri Selat telah membuat lawatan ke Terengganu untuk meluaskan pengaruh kekuasaan british di Terengganu. Kedatangan beliau untuk meminta sultan terengganu menerima penasihat british mengikut syarat perjanjian kerajaan british-siam tahun 1902 telah dinafikan oleh sultan Terengganu. Sultan Terengganu memberikan alasan bahawa dia belum bersedia menerima penasihat british dan tidak mengetahui syarat perjanjian tersebut. Pada tahun 1909, pihak british sekali lagi meminta sultan Terengganu menerima penasihat british bagi memenuhi syarat perjanjian Bangkok. Sultan Terengganu akhirnya pergi ke singapura untuk membuat bantahan terhadap tindak tanduk British. Bantahan ini tidak memberikan kesan kepada British malahan mereka terus memaksa baginda menerima penasihat British . Pada 22 april 1910, perjanjian persahabatan Terengganu dan british ditandatangani dan dua syarat penting di sini ialah terengganu tidak boleh membuat hubungan dengan kuasa asing tanpa kebenaran british dan Terengganu dikehendaki menerima wakil kerajaan british untuk berpejabat di kuala terengganu. Peristiwa ini merupakan bermulanya perluasan kuasa British di Terengganu. Walaubagaimanapun sultan Terengganu masih menganggap negeri Terengganu sebagai negeri yang merdeka. Baginda telah mengarahkan agar satu perlembagaan Terengganu digubal untuk dijadikan dasar dalam pemerintahan dan pentadbiran yang dipanggil undangundang tubuh kerajaan Terengganu. Pada tahun 1918, sultan Zainal Abidin III telah mangkat dan digantikan Sultan Muhammad II. Pihak british mengambil kesempatan ini untuk memaksa terengganu menandatangani perjanjian dengan british dan siam pada tahun 1919. Daripada perjanjian tersebut Terengganu diminta menerima penasihat british yang sama tugasnya dengan Residen British di negeri-negeri melayu bersekutu. J.L Humphreys yang semenjak tahun 1915 menjadi wakil british di terengganu dilantik menjadi penasihat british di terengganu yang pertama. Dengan itu maka british telah menguasai Terengganu melalui sistem penasihatnya.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

BRITISH MENYEKAT PERLUASAN KUASA BARAT DI JOHOR Perluasan kuasa British di Johor berlaku pada masa yang hampir sama dengan Negeri Melayu Utara. Pada akhir kurun ke 19, Sultan Johor iaitu Sultan Abu Bakar telah berulang kali menghindar perbuatan hendak mengubah corak hubungan antara Johor dan Singapura. Menyedari tentang tindak tanduk British, baginda telah memperkenalkan sebuah perlembagaan negeri pada tahun 1895 iaitu dua bulan sebelum baginda mangkat. Takhta sultan Johor kemudiannya diganti anak baginda iaitu Temenggung Ibrahim yang baru berusia 22 tahun. Semasa pentadbiran Sultan Abu Bakar, pihak British tidak dapat mencari alasan untuk campurtangan dalam pentadbiran kerajaan Johor. Kerisauan British bermula apabila Johor dituduh menggalakan ahli kewangan jerman dan belanda ke johor dan lebih berat lagi perbuatan sultan yang tidak mengambil peduli kepada arahan kuasa kolonial kerana menganggap negerinya merdeka. Dengan demikian ia telah menolak andaian British bahawa Johor sepatutnya berjalan dengan berkesan sebagai sebahagian daripada Negeri Melayu Bersekutu. Isu yang sangat dipertikaikan british ialah tentang pembinaan landasan kereta api dari singapura ke negeri melayu bersekutu sehingga Frank Swettneham mengecam sultan ibrahim kerana tidak menunjukan sifat melayu yang baik. Hasil daripada kebimbangan kerajaan british terhadap tindak tanduk kerajaan johor ini akhirnya british telah berusaha untuk menakluki Negeri Johor. Pada tahun 1905, Sultan ibrahim telah hilang sebahagian besar keistimewaan yang pernah diusahakan ayahandanya dengan kerajaan british. Penentangan oleh pejabat Tanah Jajahan terhadap perusahaan swasta telah menghalang usaha baginda hendak menubuhkan Perbadanan Negeri Johor yang bebas bagi meningkatkan pembangunan ekonomi negeri. Ahli lembaga penasihat Johor juga telah bersahabat dengan british dan langkah sultan johor ini telah juga dihalang oleh mereka. Dengan ancaman berulang kali daripada british untuk campurtangan di Johor akhirnya sultan Ibrahim setuju untuk berunding dengan british. Sesunguhnya pada masa tersebut kedudukan ekonomi Johor sangat teruk dengan hutang yang sangat banyak. Pada tahun 1909, siam telah menyerahkan negeri melayu utara kepada british dan Johor mengambil iktibar dari perkara tersebut, sehingga sultan ibrahim sendiri telah mencadangkan seorang penasihat kewangan ditempatkan di Johor. Dengan kemasukan penasihat kewangan ini maka kuasa british di johor segera berkembang. Hal ini dapat dilihat apabila Jawatan penting dalam kerajaan johor banyak yang diisi oleh pegawai british. Keborosan sultan johor dan keadaan penjara di johor akhirnya memberi alasan yang kuat untuk british campurtangan secara langsung dengan pentadbiran di johor. Pada bulan Mac 1914, seorang penasihat am British dipertanggungjawabkan secara undang-undang kepada Pesuruhjaya tinggi British(Gabenor Singapura) apabila sultan johor mempersetujuinya. Pentadbiran Johor ini sememangnya telah diawasi oleh Penasihat British . Sebagai balasannya sultan johor meminta supaya sesetengah keistimewaan baginda di johor dikekalkan. Bermula dari tarikh tersebut maka pentadbiran kerajaan johor telah dikuasai british. British bukan sahaja berjaya menghalang kemasukan kuasa barat lain di Johor tetapi british juga berjaya menguasai Johor untuk kepentingannya.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

PERANAN PENASIHAT BRITISH DI NEGERI MELAYU UTARA Penasihat British yang pertama di Kedah ialah W.J.F williamson. Beliau merupakan seorang yang berbangsa inggeris yang dilantik kerajaan siam sebagai seorang penasihat kewangan negeri kedah. Perlantikan beliau berikutan masalah kewangan yang dihadapi negeri kedah pada tahun 1904. Namun, pada tahun 1914, penasihat kewangan ini telah digantikan dengan penasihat am. Kerajaan british telah melantik George Maxwell sebagai penasihat pertama yang dilantiknya di kedah. Penasihat British di Kedah bertanggungjawab dalam pentadbiran negeri kedah dan telah bertanggungjawab melantik beberapa orang pegawai eropah untuk menjaga berbagai jabatan di kedah. Penasihat juga bertanggungjawab terhadap urusan pembangunan negeri dan urusan perundangan negeri kedah. Hal ini dibuktikan dengan pembangunan yang dibuat selepas penasihat british tiba di kedah dan undang-undang tanah yang diluluskan british di kedah pada 1914. Perkembangan tugas penasihat di perlis juga hampir sama dengan perkembangan tugas penasihat di kedah. Pada awalnya penasihat siam yang dilanitk di perlis ialah H. E Duke dan Beliau adalah seorang yang berbangsa inggeris. H.E duke dilantik oleh siam sebagai penasihat kewangan negeri Perlis berikutan pinjaman wang daripada siam. Setelah perlis masuk sebagai sebuah negeri naungan british maka seorang penasihat british telah dilantik iaitu L.A Allen yang beertanggungjawab dalam kewangan negeri dan pentadbiran negeri. Penasihat yang dipertanggungjawabkan di kelantan ialah W. A Graham yang dilantik secara rasmi sebagai penasihat kelantan pada tahun 1903. Walaupun wakil yang dihantar ke kelantan adalah seorang penasihat dan bukannya Residen namun sebenarnya bidang kuasa adalah hampir sama. Menurut Barbara Watson Andaya dan Leornad Y. Andaya. Dalam buku Sejarah Malaysia Garham menganggap dirinya sebagai seorang pegawai siam tetapi tugas dan tanggungjawabnya digariskan sama seperti Residen NMB, dan Birokrasi kecil yang dibentuknya adalah dicontohi dari perak dan Selangor. penasihat di kelantan juga dikatakan berkuasa dalam bidan perundangan dal dibuktikan apabila peraturan negeri kelantan diubah penasihat british sehingga menimbulkan penentangan rakyat tempatan. sekiranya seperti yang dikatakan mereka ini maka bidang kuasa penasihat di Kelantan adalah merangkumi semua bidang kecuali agama islam dan adat istiadat. Kedua bidang yang dikecualikan ini diletakkan di bawah kuasa Majlis Agama dan Istiadat Melayu. Walaupun pendudukan british di terengganu agak lambat sedikit berbanding negeri lain namun akhirnya negeri ini terpaksa juga menerima penasihat british. Wakil british di terengganu pada awalnya ialah W.L conlay. Wakil british yang dilantik mengikut perjanjian British-terengganu pada 1910 berperanan sebagai konsul dan berhak mewakili kepentingan rakyat british di terengganu dan bertindak sebagai pengantara British dan kepentingan ekonomi tempatan. Pada tahun 1919 Penasihat british di terengganu ini diberikan bidang kuasa yang sama seperti Residen di negeri melayu bersekutu iaitu menjadi penasihat dalam semua bidang pentadbiran kerajaan melainkan perkara yang berkaitan adat istiadat orang melayu dan agama islam. Penasihat J.L Humphery merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mengurangkan gaji sultan daripada $9,500 kepada $3,500

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

sebulan. Penasihat ini juga telah memaksa Sultan Mohammad turun takhta dan digantikan adindanya Tengku Sulaiman. Di samping itu, penasihat british di terengganu telah membuat banyak perubahan dalam pentadbirn negeri dengan membuat peraturan baru. Malahan penasihat british juga membuat peraturan untuk dipatuhi rakyat dan mengenakan tindakan tegas sekiranya rakyat tidak mematuhinya. Contohnya, menangkap rakyat yang tidak membuat laporan kelahiran atau kematian lebih daripada 24 jam. PENILAIAN Berdasarkan penilaian saya mengenai tajuk tentang cara british menyekat perluasan kuasa barat lain di tanah melayu saya berpendapat bahawa british sememangnya berusaha untuk mendapat hak monopoli terhadap keseluruhan tanah melayu. Setelah british berjaya menguasai negeri-negeri selat dan negeri-negeri melayu bersekutu tujuan british sememangnya telah tercapai dari segi ekonomi. Negeri melayu utara yang kurang sumber galian seperti negeri melayu bersekutu telah menyebabkan minat british untuk menjajah negeri tersebut adalah agak lambat berbanding negeri lain. Walaubagaimanapun, british akhirnya British menaungi negeri ini untuk mengelakkan kemasukkan kuasa barat lain yang mungkin akan mengancam kuasa british di tanah melayu. Begitu juga halnya dengan Johor. Setelah setelah sekian lama johor dikelilingi negeri yang telah dikuasai british akhirnya british mengambil keputusan untuk menguasainya. Hal ini kerana terdapat ancaman daripada perluasan kuasa eropah lain. Perkara ini menjelaskan bahawa british sebenarnya terdesak untuk menguasai negeri di Tanah Melayu berikutan kuasa barat lain yang sedang bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan di asia. Perlantikan penasihat british di negeri Melayu utara dan johor menandakan penguasaan keseluruhan tanah melayu oleh british. Hasil daripada penguasaan british maka kuasa barat lain tidak lagi mempunyai alasan untuk menguasai tanah melayu kerana ianya telah terletak di bawah pentadbiran british. Kemasukan penasihat british ke negeri melayu tidak bersekutu ini sememangnya telah memberikan kesan yang sangat besar terhadap pemerintahan di negeri negeri melayu tidak bersekutu tersebut. Walaubagaimanapun, masyarakat tempatan menerima kesan buruk yang lebih banyak daripada kesan yang baik dan dibuktikan dengan kewujudan penentangan rakyat di setiap negeri tersebut setelah kemasukan penasihat. Sebagai contohnya banyak cukai baru yang membebankan rakyat telah diwujudkan penasihat kerana dasar penasihat yang ingin mendapatkan keuntungan dan hanya mementingkan kewangannya. Dalam pada itu, institusi raja yang wujud tidak lagi dapat berfungsi dengan baik kerana raja mempunyai kuasa yang terhad iaitu hanya dalam soal adat istiadat dan agama islam. Walaupun kesan buruk lebih ditumpukan oleh sejarahwan apabila mengkaji sejarah negeri melayu tidak bersekutu namun ini tidak bermaksud tidak terdapat kesan baik daripada penempatan penasihat ini. Antara kesan baik yang ketara adalah pembangunan dari segi ekonomi negeri tersebut. Sebagai contohnya, kerajaan kedah yang berhutang dengan siam telah berjaya membayar hutang tersebut setelah kemasukan penasihat di kedah.

KESIMPULAN

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Sememangnya pelbagai cara yang dilakukan british dalam mengatasi ancaman penguasaan kuasa barat lain di Tanah Melayu. Cara yang dilakukan british ini sememangnya bukanlah berunsurkan kekerasan seperti peperangan namun ianya lebih kepada desakan, ancaman dan tipu muslihat. Pada peringkat awal British telah melakukan perhubungan yang rapat dengan Siam kerana menyedari pengaruh Siam terhadap Negeri Melayu utara melalui penghantaran bunga emas kepada Siam. Menyedari perhubungannya dengan Siam tidak memberi jaminan seperti yang dikehendaki maka British telah melakukan perhubungan baik dengan kuasa barat lain demi menjaga kepentingannya agar perebutan tanah jajahan antara dua negara eropah dapat dielakkan di samping agenda untuk menjaga keselamatan negara asalnya. walaubagaimanapun dasar persahabatan british tidaklah menyeluruh dan hanya terhadap beberapa buah negara eropah sahaja manakala negara eropah yang lain masih menjadi suatu ancaman kepada british. Kebimbangan british semakin memuncak apabila terdapat ugutan rakyatnya untuk mendaftarkan syarikat terhadap kuasa barat lain setelah terdapat konflik antara rakyatnya dan kerajaan Siam. Akibat daripada masalah yang timbul akhirnya dasar persahabatan dengan Siam dan pengiktirafan penguasaan Siam terhadap negeri melayu tidak bersekutu ini berubah bentuk kepada dasar untuk menaungi Negeri Melayu tidak bersekutu kerana British menyedari bahawa negeri Melayu Utara tidaklah mengakui ketuannya terhadap Negara Siam. Setelah berjaya menguasai Negeri Melayu Utara dengan menempatkan penasihat maka perhubungan Siam dengan British menjadi kendur kerana British tidak lagi mempunyai kepentingan terhadap Siam untuk mengawal kemasukan Kuasa Barat ke Negeri Melayu Utara. Bagi kerajaan Negeri Johor pula, perhubungan Negeri Johor dengan Jerman dan Belanda telah menimbulkan ketidaksenangan British terhadap Kerajaan Johor. Oleh itu, British telah berusaha meluaskan pengaruhnya dengan menakluki Negeri Johor. Hasil daripada ini negeri-negeri tidak bersekutu telah terpaksa menerima seorang penasihat British yang bertanggungjawab menasihati Sultan dalam hal pentadbiran kecuali yang berkaitan adat istiadat dan agama islam. Bidang kuasa penasihat ini sememangnya tidak terhad kepada pentadbiran dalam negeri sahaja tetapi merangkumi kesemua hal negeri. Walaupun, sultan masih merupakan Ketua Negeri yang sah dan menjalankan pentadbiran negeri tetapi itu hanyalah secara teorinya kerana sultan harus menerima nasihat daripada penasihat yang dilantik British. Sultan dikatakan tidak mempunyai hak untuk membantah apa yang dinasihatkan oleh penasihat british kecuali berhubung adat istidat melayu dan agama islam. RUJUKAN Mohd. Isa Othman, 2002, Sejarah Malaysia (1800-1063), Selangor Darul Ehsan: Utusan Publications &Distributors Sdn BhdMohd. Isa Othman, 1999, Gerakan Protes dalam perspektif sejarah malaysia pada awal abad ke 19 dan awal abad ke 20. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd Zainal Abidin Abdul Wahid et al.1996. Malaysia: warisan dan perkembangan. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. Malaysia Kita, Sejarah Pentadbiran dan dasar pembangunan,2000, International Law Book Services Barbara Watson Andaya dan Leornad Y. Andaya. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur 1983.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Joginder singh jessey.Sejarah tanah melayu (1400-1959). 1978. Modul TH10203. Sejarah malaysia. Universiti malaysia Sabah. 2012. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Kursus Komprehensif Fajar Bakti. Edisi Kedua. 2003 Hari ini Dalam Sejarah.Jilid 1. Arkib Negara Malaysia. 1980

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

BANDINGKAN CORAK PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU DENGAN SABAH DAN SARAWAK MUHAMMAD TARMIZI BIN AHMAD HT 17 War007dragon @gmail.com Abstrak Kertas ini meninjau kebangkitan Jepun sebagai kuasa Imperialis bermula dengan pemerintahan Maharaja Mikado Meiji pada tahun 1868 lagi. Baginda menjadikan barat sebagai model unsur permodenan dan perindustrian bagi memajukan Jepun . Negara China mempunyai banyak bahan mentah dan berpotensi menjadi pasaran barangan Jepun adalah sasaran awal perluasan kuasa Jepun. Kemenangan mereka dalam Perang China-Jepun, 1894-1895 dan perang Rusia-Jepun, 1904-1905, mengangkat nama Negara Matahari Terbit ini sebagai jaguh Asia pertama mengalahkan kuasa Barat, iaitu Rusia. Sejak itu hingga tahun 1930, pemerintahan negara Jepun mula dikuasai pihak tentera yang mengamalkan dasar luar yang bersikap agresif. Pengenalan Sebelum menyerang Negara-negara Asia Timur dan Asia Tenggara, Kerajaan Jepun telah menghadapi krisis politik antarabangsa atau konflik yang memberi tekanan terhadap dasar luarnya keadaan ini telah mengakibatkan Jepun menaruh minat untuk menguasai kawasan Asia Tenggara dan Asia Timur. Selain berhadapan dengan masalah tekanan dan sekatan ekonomi yang diterima daripada Amerika Syarikat, pihak Jepun juga merasakan bahawa tugas untuk membebaskan kawasan Asia Timur dan Asia Tenggara adalah dibawah tanggungjawab Jepun dan kawasan Asia Timur dan Asia Tenggara sepatutnya diperintah sendiri oleh Orang Asia dan bukanlah penjajah barat seperti mana yang diakui oleh W.G Beasley (1987) iaitu “Japanese genuinely believed that saving Asia from the West was a crusade and that it could only be accomplished by asserting Japanese authority over other Asians ” Apabila berita kemaraan angkatan tentera Jepun kini mengancam British di Tanah Melayu, pada awal tahun 1941 mulai mengerah pegawai awam Britishmenjadi sukarelawan dan sukarelawan British menjadi tentera sepenuh masa. Ramai pegawai perkhidmatan kerajaan ,pengurus lading, pengusaha lombong dan para pedagang British yang mempunyai latar belakang social yang telah dikerah menjadi tentera sukarelawan. Pasukan tetap angkatan tentera British di Tanah Melayu tidak banyak bahkan mereka tidak mempunyai

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

pengalaman dalam muslihat berperang di hutan. Sesetengah daripada anggota tentera itu sendiri masih muda dan tentera kerahan sebagai pasukan sukarelawan yang tidak berpengalaman dalam peperangan. Oleh itu Tanah Melayu berhadapan sebarang kemungkinan serangan pihak musuh dengan persediaan sistem pertahanan yang tidak dapat memenuhi keperluan keselamatan sewajarnya. Jepun telah mula menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 . Maka bermulanya satu zaman baru yang dikenali sebagai Zaman Pendudukan Jepun. Serangan Jepun ke Tanah Melayu ini bermula apabila tentera udara Jepun melancarkan serangan mengejut ke atas angkatan laut Amerika Syarikat di Pearl Harbour. Dalam serangan ini pihak tentera udara Jepun telah berjaya memusnahkan lapan buah kapal perang Amerika Syarikat. Dalam masa 70 hari sahaja pihak Jepun telah berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu . Hal ini berlaku apabila tentera Jepun berjaya menengggelamkan dua buah kapal tentera laut British yang terbesar, Prince of Wales dan Repulse yang ditugaskan mengawal pantai timur Tanah Melayu dan Johor pada 10 Disember 1941. Seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura telah jatuh ke tangan Jepun pada awal pagi 15 Februari 1942, apabila Leftenan General Arthur Ernest Percival telah menyerah diri secara rasmi kepada pemerintah tentera Jepun, Leftenan Tomoyuki Yamashita di Ford Plant, Bukit Timah, Singapura bersama-sama 60 000 orang tentera British yang masih tinggal. Penyerahan diri tentera British ini telah menandakan bermulanya era pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Sementara itu, di sabah dan Sarawak , tentera jepun terpaksa bergerak dengan cepat kerana pihak British tidak menyediakan pertahanan yang cukup kuat untuk melindungi kedua-dua negeri itu. Di saba, terdapat dua pasukan sahaja, iaitu The North Borneo Armed Constabulary dan pasukan sukarelawan yang dianggotai oleh orang tempatan, India, Cina dan Eropah . Manakala di Sarawak hanya dilindungi oleh pasukan pertahanan yang kecil dan lemah. Oleh itu, tentera Jepun berjaya menawan Miri pada 19 Disember 1941 dan Kuching pada 25 Disember 1941 . Manakala seluruh negeri Sabah telah jatuh ke tangan Jepun menjelang awal Mei 1942. Sememangnya tujuan pihak Jepun dating ke Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak hanyalah bertujuan untuk ekonomi semata-mata. Kelemahan pertahanan pihak British juga mendorong kejayaan pihak Jepun dalam menawan Tanah Melayu dengan masa yang singkat. Di Sabah, SBUB tidak sama sekali melindungi Sabah manakala di Sarawak kerana Charles Vyner Brooke ketika itu telah berada di Australia dan tidak dapat melindungi Sarawak. Pendudukan Jepun selama 3 tahun 8 bulan telah meninggalkan banyak kesan kepada penduduk di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dalam pelbagai aspek kehidupan seharian

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

sama ada politik, ekonomi, dan sosial. Di bawah pemerintahan Jepun ini telah menyebabkan banyak rakyat menderita kerana kekejaman yang dilakukan kepada penduduk. Bekalan makanan terpaksa dicatu kerana kekurangan makanan yang diimport dan wabak penyakit berleluasa kerana kesihatan tidak dipedulikan oleh pihak Jepun. Jepun hanya mementingkan kawasan yang hanya member faedah kepada mereka sahaja. 2.1 Sosial Semasa pemerintahan jepun di Tanah Melayu, mereka telah mengamalkan dasar yang berbeza mengikut kaum. Pihak Jepun telah melayan dengan zalim dan kejam terhadap kaum Cina kerana mereka bersifat anti-China akibat peperangan Jepun dengan China . Kaum Melayu pula dikatakan masih mengamalkan tradisi mereka sendiri dan kaum india dilihat lebih fokus terhadap perjuangan di negara India. Untuk mendapatkan sokongan orang Melayu bagi menentang kerajaan British, Jepun telah mengamalkan dasar berlembut dengan orang Melayu tetapi sebaliknya bertindak kejam dan kasar pada kaum Cina. Hal ini pula ditambah dengan keyakinan Jepun bahawa orang Cina di Tanah Melayu telah memberi bantuan kepada kerajaan China semasa perang Jepun-China pada tahun 1937 . Sikap Jepun yang berat sebelah terhadap orang Cina ini telah menyebabkan mereka terpaksa lari ke dalam hutan dan menubuhkan MPAJA. Melalui pengenalan dasar Sook Ching iaitu „dasar pembersihan‟ telah membuktikan kekejaman pihak Jepun terhadap orang Cina. Melalui dasar yang diperkenalkan pada 21 Februari oleh Kawamura-Oishi ini telah menyebabkan beribu-ribu orang Cina mati. Pada Februari 1942, kekejaman Jepun begitu ketara pada masyarakat Cina apabila pihak Jepun menjalankan operasi Sok Ching ke atas orang Cina di Bukit Kapur, Sungai Petani. Mangsa telah diarah untuk menggali lubang kubur terlebih dahulu sebelum dibunuh. Sehingga Mac 1940, seramai 40000 orang cina termasuk wanita dan kanak-kanak telah dibunuh . Semasa pendudukan Jepun ini, masalah isu yang berkaitan dengan jenayah dikatakan berkurangan kerana hukuman berat yang telah diperkenalkan oleh pihak Jepun. Sebagai contoh di Johor, bagi kesalahan mencuri, pesalah akan diberi minuman air yang banyak dan kemudian sekeping papan akan diletakkan diatas perut dan dipijak beramai-ramai oleh tentera Jepun. Hukuman yang paling berat dikenakan kepada pesalah ialah hukuman pancung . Semasa pendudukan Jepun ini telah melatih individu yang terlibat dengan sistem pentadbiran Jepun dan tentera sukarela Jepun telah dilatih dengan disiplin yang tinggi dan semangat cintakan Tanah Air. Penerapan disiplin ini membantu membentuk peribadi masyarakat yang lebih baik.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Selain itu, dari sudut kesihatan, pihak Jepun tidak mempedulikan hal ini dan tahap kesihatan penduduk ketika itu di Tanah Melayu adalah sangat teruk sepanjang pemerintahan Jepun. Bekalan ubat-ubatan adalah terhad yang dibawa dari negara Jepun. Pelbagai penyakit telah merebak dengan berleluasa seperti bengkak badan, buncit perut, beri-beri, kudis buta dan sebagainya yang mengancam kesihatan penduduk. Pihak Jepun telah mewujudkan kelas-kelas perubatan bagi mendapatkan perubatan yang lebih baik seperti kelas 1 dan kelas 2 bagi orang kenamaan manakala orang awam perlu membayar $1/2 untuk kelas 3 tetapi kurang diberi perhatian . Pada ketika ini, doctor swasta telah menjalankan aktiviti menjual ubat di pasaran gelap dan bayaran swasta sangat mahal. Kekurangan makanan inilah yang menjadi punca kepada kebanyakan penyakit yang dialami penduduk. Sebagai contoh di Melaka, perkhidmatan kesihatan yang disediakan adalah kurang. Hospital di daerah Jasin tidak dapat menampung pesakit yang terlalu banyak . Masyarakat tempatan telah kembali kepada cara tradisional bagi mengatasi masalah kesihatan yang sedang dialami dan keadaan ini kembali seperti zaman sebelum pemerintahan British. Kebanyakkan sumber ubat terlebih dahulu disalurkan kepada tentera Jepun dan hal ini menunjukkan penjajahan Jepun telah menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan masyarakat di Tanah Melayu. Bagi mengikis budaya barat, segala bentuk pendidikan barat telah dihapuskan oleh pemerintah Jepun. Bagi mencapai matlamat tersebut, pihak Jepun telah mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan matapelajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak Jepun telah memperkenalkan semua penggunaan bahasa Jepun (Nippon-go) bagi menggantikan bahasa Inggeris dan diajar di sekolah.Guru-guru dihantar ke Jepun untuk mempelajari bahasa Jepun kerana matapelajaran diajar dalam bahasa Jepun. Bagi menggalakkan penggunaan bahasa Jepun, minggu bahasa telah diadakan bagi menghayati bahasa Jepun. Perpustakaan sekolah dilengkapi dengan buku-buku dalam bahasa-bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Jepun . Bagi mengalih perhatian masyarakat daripada sengsara dan menentang kerajaan Jepun, pihak Jepun telah menyogok masyarakat dengan hiburan. Hal ini telah menyebabkan berlakunya keruntuhan moral masyarakat. Kerajaan Jepun telah menggalakkan perjudian secara besar-besaran seperti daun terup, Mahjong, berlaga ayam dan sebagainya. Malah, pihak Jepun telah menyediakan panggung wayang yang berpropaganda Jepun, tempat berseronok, dewan tari contohnya wembeley Park, Joget Penang dan Kelab perlumbaan di Pulau Pinang . Kesemua ini adalah merupakan perkara yang tidak baik kerana gejala judi dan hiburan ini telah melalaikan masyarakat dan hanya member keuntungan kepada pihak

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Jepun yang bertindak membuka dan mengutip cukai sedangkan masyarakat sedang mengalami masalah ekonomi yang semakin parah apabila menyertai judi dan kalah. 2.2 Ekonomi Perkembangan ekonomi dan taraf hidup rakyat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak semasa pendudukan Jepun adalah merosot sama sekali. Kekurangan makanan dan keperluan kehidupan sehari-hari telah berada pada satu tahap yang sangat meruncing. Perang dunia ke dua yang membabitkan Jepun di pihak Axis menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan melumpuhkan ekonomi. Pada masa peperangan, ekonomi seperti perlombongan, pertanian dan perdagangan tidak dapat berjalan lancar . Di Tanah Melayu, pihak Jepun telah mengalami masalah ekonomi akibat dasar British yang melaksanakan dasar “Bumi Hangus” semasa mereka berundur. Hal ini bagi mengelakkan segala perusahaan pihak British jatuh ke pihak Jepun. Keadaan Ekonomi dan kemasyarakatan di Sabah dan Sarawak semasa pendudukan Jepun adalah hampir sama dengan yang terdapat di Tanah Melayu. Bahan mentah seperti lada hitam, getah dan kayu balak tidak dapat dieksport dan barang keperluan seperti beras, kain baju, alat tulis dan ubat-ubatan tidak dapat dibawa masuk, terutama sekali selepas tahun 1942 . Jepun juga telah mengeksploitasikan sumber asli yang diperlukan di negeri Jepun terutamanya besi dan bauksit. Tanah Melayu telah mengalami kekurangan barang pengguna khususnya tekstil dan makanan semasa pendudukan Jepun. Pada tahun 1943. Tanah Melayu hanya mengeluarkan 37.5% hasil beras untuk penduduknya. Walaupun Burma banyak menghasilkan beras yang dikuasai oleh Jepun tetapi import beras dari Burma tergendala kerana masalah peperangan. Jepun telah mengambil langkah-langkah bagi menambahkan pengeluaran beras di Tanah Melayu. Antara langkah tersebut ialah menggalakkan penanaman padi dua kali setahun, menggunakan padi dari Taiwan, membuka tanah pertanian yang baru dan sebagainya tetapi pengeluaran beras masih tidak mencukupi untuk keperluan penduduk. Hal ini telah menyebabkan rakyat menghadapi masalah kekurangan makananan, pakaian dan barang-barang keperluan harian yang lain. Malahan untuk mengatasi masalah ketiadaan pakaian masyarakat terpaksa memakai baju yang diperbuat dari guni pada zaman tersebut. Situasi ini dapat dilihat di merata tempat contohnya di Pulau Pinang akibat kesukaran mendapatkan kain seperti berlaku di Kampung Kota Aur, Kepala Batas dan Alor Setar, Kedah . Akibat masalah kekurangan makanan ini menyebabkan rakyat terpaksa memakan apa sahaja terutama ubi kayu sehingga zaman pemerintahan Jepun ini dikenali sebagai “Zaman Ubi kayu”.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah menyebabkan rakyat menghadapi inflasi yang teruk. Pengeluaran wang pokok pisang yang tidak terkawal ini telah menyebabkan nilai mata wang menjadi rendah dan harga barang telah melambung sangat tinggi. Pendudukan Jepun selama dua bulan, sebanyak 65 juta wang pokok pisang telah berada di dalam edaran dan pada bulan Februari 1943 dianggarkan sebanyak 243 juta wang kertas berada dalam pasaran. Wang kertas ini telah dicetak dan diedarkan secara berlebihan. Ini telah menyebabkan kuasa beli telah berkurangan dan permintaan terhadap barang bertambah sedangkan penawaran berkurangan terutama makanan. Pengeluaran barang utama dikawal dan permit teah dikenakan bagi semua pengangkutan dan perdagangan. Setiap keluarga akan dihadkan 2 gantang beras sebulan dan pembelian menggunakan kupon dari pejabat kawalan makanan di bandar . Semasa situasi kemelesatan ekonomi ini, inflasi dan peningkatan harga serta kesukaran mendapatkan makanan telah menyebabkan berlakunya penyeludupan, pasaran gelap, broker lintah darat dan eksploitasi kegiatan haram yang berleluasa . Hanya di pasaran gelap barang makanan dapat dibeli. Barang-barang yang diseludup di pasaran gelap seperti gula, tepung, rokok, arak, beras, ikan dan sebagainya . Kegiatan penyeludupan ini semakin berleluasa akibat sikap pihak Jepun yang tidak campur tangan, mendiamkan diri, pilih kasih dan orang Jepun sendiri terlibat dengan aktiviti penyeludupan yang semakin bertambah . Selain itu, tentera Jepun merampas barang makanan peniaga dengan sesuka hati tanpa memberikan bayaran. Maka, tidak hairanlah masyarakat telah bertindak untuk menyorok bahan makanan dan menjual di pasaran gelap dengan harga yang tinggi dan berbaloi. Contohnya di Kelantan pada awal 1942, para petani telah menyorok beras mereka untuk diseludup ke negeri Terengganu dan Pahang dengan harga yang lumayan iaitu antara $10 hingga $13 bagi satu gantang berbanding harga yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu 50sen bagi beras kelas pertama . Selain itu, telah berlaku penyeludupan petrol di Batu Pahat yang telah menyeludupkan petrol kepada orang Indonesia untuk menggerakkan mesin mereka dengan harga yang mahal . Pihak Jepun telah menggunakan rakyat sebagai buruh paksa bagi memenuhi keperluan ekonomi. Siapa yang menentang akan diseksa oleh polis tentera (kempetai) dan kerja mereka tidak berbayar. Sebagai contoh di Terengganu, buruh diperlukan bagi bekerja untuk sebagai tukang-tukang perahu (bot) dan pekerja-pekerja rancangan “Jalan Keretapi Maut” dari Siam ke Burma. Seramai 50 orang tukang membuat bot telah diambil untuk membuat bot-bot besar di Limbungan Pulau Kambing. Tukang-tukang bot ini telah dibayar sebanyak lapan puluh sen sehari disamping mendapat beras yang cukup untuk seorang sehari. Lebih kurang 100 orang pemuda Terengganu yang kurang bernasib baik telah dihantar menjadi

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

buruh “Jalan Keretapi Maut”. Arahan kerahan untuk rancangan ini telah dijalankan oleh Pegawai Daerah dengan perintah Shuchiji tetapi tidak mendapat sambutan kerana penduduk beranggapan apabila pergi pasti tidak kembali, maka kerahan secara paksa dengan melakukan tangkapan pemuda-pemuda yang mengganggur disamping dijanjikan gaji seringgit sehari dan makanan ditanggung . 2.3 Politik Nasionalisme ini bermaksud taat setia masyarakat atau sesuatu bangsa terhadap tanah air sendiri. Ia merupakan kesedaran politik dan semangat kebangsaan yang membawa individu mempertahankan kebebasan serta memperkukuhkan keutuhan Negara . Kesedaran politik dan semangat nasionalisme ini timbul terutama masyarakat Melayu apabila penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Malahan penderitaan yang dialami dan propaganda Jepun seperti “Asia Untuk Orang Asia” telah menambahkan keazaman orang Melayu untuk mencapai kebebasan politik dan kemerdekaan. Kepercayaan bahawa pihak Inggeris tidak dapat dikalahkan telah ditamatkan melalui pendudukan Jepun. Orang Melayu telah sedar bahawa mereka tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pihak British tetapi seharusnya menentukan nasib sendiri. Orang Melayu juga telah sedar bahawa mereka berkeupayaan untuk memerintah Tanah Melayu sendiri kerana mereka telah mendapat pengalaman pentadibiran semasa pendudukan Jepun. Kaum pendatang bertambah kukuh dengan perasaan kecinaan dan keindiaan pada masa pendudukan Jepun. Semasa pendudukan Jepun telah menyedarkan orang Melayu untuk mempertahankan hak-hak kepentingan mereka sebagai bumiputera Tanah Melayu akibat daripada permusuhan yang timbul dengan kaum Cina. Semangat nasionalisme ini ditimbulkan oleh Jepun dan nasionalis-nasionalis Melayu. Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang di bawah kepimpinan Ibrahim Yaacob telah diberi sokongan oleh pihak Jepun. Semasa menduduki Tanah Melayu, pihak Jepun telah membebaskan nasionalis-nasionalis yang telah dipenjarakan oleh British seperti Ibrahim Yaacob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam. Pembebasan ini bertujuan membolehkan perjuangan nasionalis dapat diteruskan. Semasa pendudukan Jepun di Sabah dan Sarawak telah member peluang yang lebih luas kepada kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak untuk memegang jawatan yang tinggi. Kegiatan politik dikalangan kaum bumiputera tidaklah sehebat di Tanah Melayu. Kesedaran kebangsaan adalah kurang semasa Jepun tiba di Sarawak. Oleh itu slogan yang dilaungkan oleh Jepun “Asia untuk Asia” kurang mendapat sambutan. Persatuan yang bersifat perkauman hanya digalakkan penubuhan oleh Jepun seperti persatuan Dayak, persatuan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Cina dan Persatuan India. Pendudukan Jepun ini telah menyebabkan munculnya kesedaran politik secara berparti dan berpersatuan di kalangan penduduk Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun. Antara parti yang wujud ialah UMNO, MCA, MIC, API, AWAS, PKMM dan sebagainya. Idea untuk kemerdekaan ini juga didapati akibat daripada pendudukan Jepun. Pihak Jepun telah berjanji untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu di bawah lingkungan “Indonesia Raya”. Oleh itu, Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) telah ditubuhkan pada Julai 1945. Rundingan telah diadakan di antara pemimpin Tanah Melayu iaitun Ibrahim Yaacob dan Dr Burhanuddin dengan pemimpin Indonesia iaitu Sukarno dan Hatta bagi menjayakan matlamat kemerdekaan bersama. Walaubagaimanapun, KRIS gagal dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu akibat daripada kekalahan Jepun pada 15 Ogos 1945. Kesan daripada pemerintahan pihak Jepun yang kejam ke atas penduduk Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah menyebabkan rakyat tidak berpuas hati lalu menubuhkan gerakan-gerakan yang menentang Jepun. Di Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya (PKM) merupakan gerakan yang paling popular di kalangan orang Cina. PKM yang ditubuhkan secara sulit di Tanah Melayu pada tahun 1927, bergerak secara sulit dan berpangkalan di hutan-hutan dalam menentang Jepun. Orang-orang Cina menganggotai atau member sokongan kepada badan ini kerana marah dengan dasar kejam yang diperkenalkan Jepun terhadap mereka. Di Sabah dan Sarawak, gerakan anti-Jepun ini bermula dengan lebih meluas terutamanya di Sabah. Antara tokoh yang terlibat dalam penentangan Jepun ini ialah Tun Mustapha bin Datu Harun, Albert Kwok, Musah dan Panglima Ali. Salah satu daripada kumpulan penentang Jepun yang kuat dikenali sebagai Gerila Kinabalu. Albert kwok yang memimpin gerakan ini telah melakukan pemberontakan pada malam 9 Oktober 1943 yang dikenali sebagai 10:10. Sungguhpun kumpulan ini telah dapat menawan Jesselton, Inanam, Tuaran dan beberapa Pekan lagi tetapi tentera Jepun telah berjaya mengambil tempat itu semula. PENILAIAN Kita hendaklah belajar dari kesilapan agar apa yang telah berlaku tidak menjadi sejarah lagi pada masa akan datang. Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan kerana tidak ada manusia yang sempurna. Peristiwa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sepatutnya dapat membuka mata dan minda kita untuk tidak terus leka dan alpa dalam menjalani kehidupan seharian. Terdapat banyak pengajaran yang boleh kita jadikan sebagai iktibar sejak pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Penjajahan Jepun ini telah menimbulkan kesedaran politik yang agak hebat kepada

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

penduduk. Tanpa kesedaran politik yang timbul akibat pendudukan Jepun, mungkin negara kita masih belum mendapat kemerdekaan sehingga kini. Oleh itu, kita harus menghargai apa yang ada sekarang. Walaupun pendudukan Jepun di Tanah Melayu sudah lama berlalu, namun ia tidak bermakna kita tidak harus mengambil tahu atau melihatnya sebagai sejarah semata-mata. Sebagai generasi yang berpandangan jauh, kita seharusnya melihat sejarah sebagai pengajaran dan dijadikan iktibar. Salah satu perkara yang kita boleh jadikan contoh untuk generasi pada masa kini semasa penjajahan Jepun ialah semangat tentera Jepun itu sendiri yang setia dan sanggup berkorban untuk kepentingan Maharaja dan negara mereka. Kejayaan mereka dalam menjajah Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak adalah hasil perpaduan di kalangan mereka. Semangat ini haruslah disemai dan diaplikasikan dalam masyarakat kita yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Proses pembangunan negara akan lebih lancer dan teratur apabila adanya semangat perpaduan dan cintakan negara dalam setiap rakyat Malaysia. Kesungguhan pihak Jepun dalam melakukan sesuatu yang mustahil pada ketika itu dapat dilakukan dengan berjaya. Kejayaan pihak Jepun dalam misi menakluk Tanah Melayu ini adalah perancangan yang teliti dan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan. Kerajaan Jepun telah melakukan pengintipan di seluruh Asia Tenggara dari segi bangunan, jalan raya, jambatan, sungai-sungai dan sebagainya sebelum Jepun mengisytiharkan perang terhadap pihak British di Tanah Melayu. Kita hendaklah mencontohi ketelitian dan kesungguhan mereka dalam melakukan sesuatu perkara kerana kedua-duanya merupakan kunci kejayaan tidak kira dalam apa jua bidang. Kita juga harus mencontohi sikap Amerika Syarikat yang tidak mudah menyerah kalah dan berputus asa walaupun kalah dengan Jepun. Mereka telah bangkit semula dan bertindak balas terhadap tentera Jepun dengan mengugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki lalu membawa kepada kekalahan Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Ini menunjukkan bahawa gagal sekali tidak bermakna akan gagal selamanya dan semangat ini harus disemai dalam setiap individu agar tidak serik mencuba khususnya dalam menuntut ilmu. Jika difirkan semula apakah yang akaan terjadi terhadap rakyat dan masa depan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak jika misi Jepun menakluk Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak tidak berjaya. Kita mungkin akan berada di bawah jajahan British sampai sekarang. Melalui pendudukan Jepun ini telah menjadi titik tolak kepada timbulnya semangat nasionalisme dan kesedaran politik yang agak hebat di kalangan penduduk tempatan. Bagaimana pula jika British gagal mengambil alih Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

daripada Jepun? Kemungkinan besar negara kita hanyalah pembekal bahan mentah dan menjadi tempat pasaran barang keluaran mereka dan rakyat akan hidup dalam keadaan yang miskin. KESIMPULAN Secara ringkasnya, tidak dapat dinafikan keinginan Jepun untuk menguasai kawasan Asia Tenggara pada mulanya kelihatan berjaya namun secara perlahan-lahan rancangan ini telah mula memperlihatkan kejatuhan dan kegagalan apabila pihak perikatan British telah membuat keputusan untuk mengugurkan bom atom di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan Nagasaki 9 Ogos 1945. Disebabkan peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 2 September 1945, kerajaan Jepun telah menandatangani surat perjanjian menyerah kalah dengan tidak bersyarat kepada General Mac Arthur bagi pihak Berikat . Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah memberi impak yang baik dan yang buruk kepada masyarakat yang berbilang kaum di Tanah Melayu dan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak. Perkembangan kesedaran kebangsaan masyarakat telah dicepatkan melalui pendudukan Jepun. Semasa pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melalyu, Sabah dan Sarawak telah diberi kebebasan dalam politik bagi memerintah tanah air sendiri. Penderitaan yang dialami penduduk semasa penjajahan Jepun perlulah menjadi iktibar kepada generasi pada masa kini agar bersyukur dengan keamanan yang dikecapi dan mengekalkan perpaduan yang sedia ada. BIBILIOGRAFI Barbara, W.A dan Leornad Y. A. (1983). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka Joginder singh jessey. 1978. Sejarah Tanah Melayu (1400-1959). Lee Bih Ni. (2012). Sejarah malaysia. Kota Kinabalu: Universiti malaysia Sabah. Malaysia Kita, Sejarah Pentadbiran dan dasar pembangunan. (2000). Kuala Lumpu: International Law Book Services Mohd Isa Othman. (2002). Siri Pengajian Sejarah, sejarah Malaysia (1800-1963). Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd Zainal Abidin Abdul Wahid et al. (1996). Malaysia: warisan dan perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak: Satu Tinjauan Leo Lady Bird leoladybirds@yahoo.com Abstrak Kajian ini meninjau Pemerintahan Bintang Tiga ini kemudian diganti oleh satu corak pemerintahan sementara oleh British yang dikenali sebagai British Military Administration (BMA). Kemudiannya, British telah membawa bersama-sama satu corak pemerintahan baru yang dikenali sebagai Malayan Union. Rancangan Malayan Union ini telah diumumkan oleh George Hall pada Oktober 1945. Penubuhan Malayan Union ini telah mengubah Tanah Melayu dari negeri naungan kepada Tanah Jajahan Mahkota British. Segala pentadbiran dan kuasa pemerintahan di Tanah Melayu telah diubah oleh British sepenuhnya. British sememangnya tidak memahami perasaan bangsa Melayu tentang kedudukan politik tanah air mereka. Walaupun British telah Berjaya mendapatkan tandatangan daripda semua rajaraja di tanah Melayu, namun ini tidak bermakna semua penduduk Tanah Melayu bersetuju dengan penubuhan Malayan Union. Bantahan terhadap Malayan Union timbul setelah orang Melayu mendapati bahawa sultan –sultan diberi kata duas untuk menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union melalui penyerahan kedaulatan negeri-negeri Melayu kepada Great Britain. Reaksi penentangan mula dibuat oleh orang Melayu melalui akhbar, Persatuan persatuan dan juga kongres. Melalui reaksi penentangan yang dibuat oleh orang melayu ini, akhirnya Malayan Union telah dibubarkan pada 1 februari 1948 setelah hamper dua tahun memerintah di tanah Melayu. Selepas itu persekutuan tanah melayu telah ditubuhkan bagi menggantikan Malayan Union. Selepas penubuhan tesebut, kuasa dan kedaulatan raja-raja telah dikembalikan dan orang melayu diiktiraf sebagai orang peribumi hak keistimewaan mereka turut dikembalikan semula serta dipertketatkan semula. Pendahuluan Pada bulan Ogos 1945, Jepun telah dikalahkan oleh pihak berikat dan kekalahan ini membawa kepada berakhirnya pemerintahan Jepun di Tanah Melayu yang memakan masa taraf kewarganegaraan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

lebih kurang tiga setengah tahun. Pada masa ini telah wujud kekosongan dalam pentadbiran di Tanah melayu dan pihak Bintang Tiga telah mengambil kesempatan ini serta menguasai politik Tanah Melayu selama dua minggu sahaja. Walaupun dua minggu sahaja, namun ia meninggalkan kesan yang mendalam terutamanya dalam meretakkan lagi hubungan antara orang Melayu dan orang Cina. Bintang Tiga yang diketuai oleh oleh Pati Komunis Malaya (PKM) telah mengambil kesempatan ini untuk membalas dendam terhadap orang Melayu. MALAYAN UNION 1. Pengenalan Idea penubuhan Malayan Union muncul berdasarkan Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh Wiston Churchill iaitu Perdana Mneteri Britain dengan Presiden Amerika Syarikat. Pada Februari 1943, Pejabat Tanah Jajahan dan perang telah merancang untuk mewujudkan sistem kesatuan (Union) selepas dapat mengusir Jepun keluar dari tanah melayu. Pada Julai 1943, Pejabat Tanah Jajahan di London menubuhkan unit perancangan tanah melayu untuk merangka sistem pentadbiran baru yang bakal dilaksanakan di Tanah Melayu. Pada 31 Mei 1944, Kabinet perang telah meluluskan cadangan penyataan politik tanah melayu. Rancangan ini hasil idea Edward Gent yang mahu menggabungkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB), Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB), Pulau Pinang dan Melaka. Rancangan ini diumumkan oleh George Hall, setiausaha Tanah Jajahan, semasa persidangan Parlimen British pada Oktober 1945. Dalam pelaksaan ini, sir Harold MacMicheal telah dilantik sebagai wakil British untuk mendapatkan persetujuan tandatangan raja melayu. 2. Ciri-ciri Malayan Union Malayan Union telah mengubah status Tanah Melayu dari negeri naungan Punbuhan

kepada Tanah Jajahan Mahkota.Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan dua buah Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka digabungkan dalam satu unit politik. Manakala Singapura pula tidak termasuk dalam Malayan Union dan kekal sebagai tanah jajahan yang berasingan. Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang yang mempunyai kuasa penuh terhadap perkhidmatan awam yang telah dilantik oleh Raja England. Beliau dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Undangan dan Majlis Eksekutif. Pesuruhjaya residen pula menjadi ketua pentadbir tertinggi di negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri selat. Beliau juga menjadiPengerusi majlis mesyuarat negeri yang terletak dibawah kerajaan pusat. Kewarganegaraan pula diberikan secara sama rata tanpa mementingkan keistimewaan Orang-orang Melayu iaitu berdasarkan jus soli. Kewarganegaraan Jus soli terbahagi kepada dua Iaitu berdasarkan undang-undang dan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

secara permohonan. Kuasa Raja-raja Melayu pula hanya dibataskan hanya kepada adat isitiadat Melayu dan membincangkan soal agama Islam. 3. i. Sebab-sebab Penubuhan Malayan Union Mewujudkan keseragaman dan kecekapan

Malayan Union dilaksanakan supaya dapat mewujudkan keseragaman atau kecekapan dalam pentadbiran di seluruh Tanah Melayu. Sebelum perang, terdapat 3 bentuk keseragaman iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Bagi pihak British sistem pentadbiran tersebut amat pelik dan menelan kos yang tinggi. Sistem pentadbiran ini perlu dihapuskan kerana mempunyai pelbagai masalah. Sekiranya semua negeri tersebut digabungkan sebagai satu unit politik, ianya bukan sahaja dapat mewujudkan keseragaman, malahan dapat menjimatkan kos pentadbiran. ii. Mengimbangi Perkembangan Ekonomi

Penubuhan Malayan Union juga bertujuan untuk mengimbangi perkembangan ekonomi di seluruh Tanah Melayu. Hal ini kerana sebelum perang, perkembangan ekonomi antara negeri adalah tidak seimbang. Secara umumnya, Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dikatakan lebih maju dan berkembang berbanding dengan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Maka pihak British merasakan sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik ianya dapat mengimbangi perkembangan ekonomi di Seluruh Tanah Melayu. iii. Persiapan ke arah berkerajaan sendiri

Mengikut British, Malayan Union merupakan persiapan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Sebelum hasrat ini tercapai, pentadbiran yang stabil perlu diwujudkan bersesuaian dengan Piagam Perjanjian Atlantik 1941 yang ditandatangani oleh pihak British. iv. Menghalang usaha ke arah kemerdekaan

Malayan Union dilaksanakan bagi menghalang usaha ke arah kemerdekaan yang diperjuangkan oleh penduduk Tanah Melayu, terutama orang Melayu. Hal ini kerana semasa penjajahan Jepun lagi orang Melayu telah berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan. Usaha mereka akan terhalang kerana Malayan Union yang akan memerintah di Tanah Melayu dan menjadikan tanah melayu sebagai tanah jajahan mereka.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

v.

Membalas Dendam

British ingin membalas dendam terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun. Selain itu, pihah British ingin membalas jasa orang Cina yang telah bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun.Hal ini kerana, masa peperangan itu, Majoriti orang Cina yang telah menganggotai MPAJA. Pihak cina telah mengemukan permohonan kepada british agar golongan mereka akan mendapat tempat apabila british memerintah di tanah melayu. Akibatnya , perlembagaan Malayan Union direka sebegitu rupa yang menguntungkan orang cina berkaitan dengan kerakyatan Malayan Union. vi. Meneruskan penguasaan ekonomi dan politik

Penubuhan Malayan Union membolehkan British meneruskan penguasaannya ke atas politik dan ekonomi Tanah Melayu kerana Malayan Union akan menjadi tanah jajahan mahkota British. Selain itu, dapat menjadikan sebagai pusat pertahanan British yang terpenting di Asia Tenggara. Syarat-syarat kerakyatan bagi Malayan Union (1946) dan Persekutuan Tanah Melayu (1948) Mereka yang memperolehi kewarganegaraan PersekutuanTanah Melayu melalui kuatkuasa undang-undang : • • • • • Rakyat sultan di seberang negeri Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang atau Melaka yang bermastautin di Rakyat British yang dilahirkan di mana-mana sahaja di persekutuan yang mana Sesiapa sahaja yang dilahirkan di Persekutuan yang menurut kebiasaannya bercakap Sesiapa sahaja yang dilahirkan di Persekutuan yang mana kedua-dua ibu bapanya

mana-mana sahaja di Persekutuan selama 15 tahun. bapanya sendiri telah dilahirkan situ dan telah bermastautin di situ selama 15 tahun. dalam bahasa melayu dan mematuhi adat resam. telah dilahirkan dan telah bermastautin di situ sekurang-kurangnya selama 15 tahun. Mereka yang berhak memohon kewarganegaraan melalui kemasukan : • dibuat • • Mereka yang tinggal di Persekutuan sekurang-kurangnya 15 tahun daripada 20 Baik tingkah laku, mengetahui bahasa melayu atau inggeris dan bersumpah untuk tahun terdahulu daripda permohonan tersebut dibuat taat setia kepada tanah melayu Mereka yang memperolehi kewarganegaraan oleh Malayan Union melalui undang-undang : Mereka yang dilahirkan di persekutuan dan telah bermastautin si situ sekurangkurangnya selama 8 tahun daripada 12 tahun terdahulu daripada permohonan tersebut

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

• • • •

Mereka yang dilahirkan di tanah melayu dan singapura Mereka yang menetap selama 10 tahun daripada 15 tahun yang lalu Mereka yang menetap di Tanah Melayu atau Singapura selama 5 tahun Rakyat British boleh mendapatkan kerakyatan Malayan Union tanpa hilang

kerakyatan British. Melalui permohonan pula, seseorang itu boleh memohon dengan syarat : • Mereka yang mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union. SYARAT-SYARAT KERAKYATAN MALAYAN UNION (1946) DENGAN

PERBEZAAN

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (1948) Kewarganegaraan diperolehi melalui dua proses sama ada diperolehi melalui penguatkuasa undang-undang dan melalui permohonan. Semasa di bawah pemerintahan Malayan Union, kerakyatan adalah berdasarkan prinsip “jus soli” iaitu kerakyatan akan diberikan kepada mereka yang dilahirkan di negeri-negeri Malayan Union ataupun negeri yang berada di bawah tanah jajahnnya serta bermastautin sebelum perintah itu dikuatkuasa. Namun selepas Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan, syarat-syarat kewarganegaraan hanya akan diberikan apabila dapat memenuhi syarat kewarganegaraan perlembagaan PersekutuanTanah Melayu. Syarat-syarat kewarganegaraan diperketatkan lagi selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, namun keistimewaan Orang Melayu masih lagi diutamakan dan lebih berpihak kepada golongan Melayu Semasa Pemerintahan Malayan Union, rakyat British boleh mendapat.kerakyatan Malayan Union tanpa hilang kerakyatan. Namun selepas penubuhan Malayan Union, kerakyatan hanya akan diberikan kepada rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang atau Melaka yang telah bermastautin di mana-mana sahaja di Persekutuan selama 15 tahun .Selain itu, kerakyatan juga akan diberikan kepada rakyat British yang lahir di manamana sahaja di persekutuan Tanah Melayu yang mana bapanya sendiri telah dilahirkan di situ atau telah bermastautin di situ selama 15 tahun. Kewarganegaraan semasa di bawah pemerintahan Malayan union, Kerakyatan diberikan kepada mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, Mereka juga memberikan kerakyatan kepada sesiapa yang menetap selama sepuluh tahun daripada lima belas tahun tahun yang lalu. Selain itu, mereka yang menetap di tanah Melayu atau Singapura selama lima tahun juga diberikan kerakyatan oleh Malayan Union. Dalam pelaksanan Malayan Union, pihak British telah membuat keputusan untuk memberikan kerakyatan kepada ratusan ribu orang cina dan India melalui undang-undang kerakyatan yang terlalu longgar, hal ini membolehkan orang bukan Melayu mendapatkan kerakyatan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

dengan senang. Pihak British sengaja memberikan syarat kerakyatan yang begitu longgar kepada orang asing, hal in kerana mereka mengetahui bahawa penduduk Singapura adalah majoritinya kaum Cina. Ini memudahkan lagi kemasukan rakyat Singapura ke tanah melayu untuk menguasai ekonomi tanah Melayu. Namun selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, kerakyatan hanya akan diberikan kepada sesiapa yang dilahirkan di Persekutuan yang menurut kebiasaannya bercakap dalam bahasa Melayu dan mematuhi adat resam dalam sehari- harian. Kerakyatan juga hanya akan diberikan kepada sesiapa yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu yang mana keduadua ibu bapanya telah dilahirkan dan telah bermastautin di ditu sekurang-kurangya selama 15 tahun. Kerakyatan bagi rakyat Singapura tidak lagi diberikan kerana Singapura tidak lagi termasuk dalam Persekutuan Tanah Melayu. Setelah perbincangan dibuat, Singapura tidak termasuk lagi dalam Persekutuan Tanah Melayu kerana Penduduk Singapura yang majoritinya adalah kaum Cina. Jika Singapura dimasukkan ke dalam Persekutuan, bilangan orang cina akan mengalahkan kaum Melayu yang berada di Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu juga membenarkan seseorang itu mendapatkan kerakyatan melaui permohonan. Permohonan kerakyatan diberikan kepada mereka yand dilahirkan di Persekutuan dan telah bermastautin di situ sekurang-kurangnya selama 8 tahun daripada 12 tahun terdahulu daripada permohonan tersebut dibuat. Manakala kerakyatan secara permohonan yang diberikan oleh Malayan Union(1946) ialah kepada mereka yang dilahirkan di Negeri-negeri Malayan Union atau di Singapura serta bermastautin sebelum perintah itu dikuatkuasakan. Kerakyatan secara permohonan di bawah Persekutuan juga diberi kepada mereka yang telah tinggal di Persekutuan sekurang-kurangnya 15 tahun daripada 20 tahun terdahulu daripada permohonan tersebut dibuat. Bangsa-bangsa pendatang tidak diberikan kerakyatan dengan begitu mudah kecuali setelah mereka diberikan kerakyatan dengan begitu mudah kecuali setelah mereka memenuhi beberapa syarat yang telah ditentukan. Dalam kedua-dua permohonan kewarganegaaraan Persekutuan tanah melayu di atas, permohonan mestilah seorang yang baik tingkah laku dan mesti menyatakan niatnya untuk kekal dan menyatakan niatnya untuk bermastautin di Persekutuan. Pemohon juga mestilah mengetahui bahasa Melayu ataupun Inggeris. Pemohon juga mestilah bersumpah taat setia kepada Tanah Melayu. Perkara sebegini dilakukan agar dapat menjaga status dan keistimewaan orang melayu. Pemohon yang pernah melakukan jenayah tidak akan diterima kerana takut akan mengancam keselamatan orang melayu di tanah Melayu. Seseorang yang melakukan jenayah di Perkeutuan akan tetap dihukum dan akan dikembalikan ke tanah air mereka serta tidak diterima lagi sebagai rakyat persekutuan tanaha melayu.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

kerakyatan secara pemohonan bagi Malayan union pula haruslah mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union. Kewarganegaraan yang diberikan oleh Malayan Union adalah sangat longgar. Mereka tidak memetingkan keistimewaan kedudukaan orang Mleayu. Yang paling diutamakan ialah memudahkan system pentadbiran mereka dan cara untuk memudahkan mereka untuk mengeksploitasi ekonomi di Tanah Melayu. PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 DAN TOLAK ANSUR PENERIMAANNYA OLEH ORANG MELAYU Persekutuan ini ditubuhkan menurut perjanjian yang ditandatangani oleh raja-raja melayu dan King George VI, raja Inggeris.Setelah Malayan Union ditentang hebat oleh orang Melayu, pada 21 Januari 1948 satu perlembagaan baru telah diperkenalkan bagi menggantikan Malayan Union iaitu Persekutuan Tanah Melayu. Peristiwa ini merupakan kejayaan orang Melayu bagi menentang Malayan Union. Penentangan orang Melayu ini adalah dibawah kepimpinan Dato‟ Onn Bin Jaafar dan membentuk sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil kerajaan British, sultan dan wakil UMNO. Jawatankuasa inilah yang telah merangka sebuah perlembagaan bagi menggantikan Malayan Union. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu melibatkan Sembilan buah negeri dan NegeriNegeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang. Singapura tetap kekal sebagai tanah jajahan Inggeris yang berasingan. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menjadi tolak ansur persetujuan orang melayu adalah kerana matlamat mereka adalah untuk menentang Malayan union. Meskipun terdapat pelbagai golongan yang berbeza pendapat namun, matlamat mereka adalah tetap sama iaitu bersama-sama untuk menentang Malayan Union yang bersikap tidak adil kepada golongan Melayu, dan bagi mereka penubuhan Malayan Union adalah untuk kepentingan British semata-mata daripada keperluan bangsa Melayu. Golongan Kongres yang diketuai oleh Dato On jaafar telah berbincang mengenai baik buruk Malayan Union ini apabila diterima di Tanah Melayu. Mereka telah bercadang untuk mengadakan bantahan terhadap pertunuhan Malayan Union. Selain itu, penubuhan Persekutuan Tanah Melayu telah mengembalikan kuasa-kuasa raja di Tanah Melayu. Raja-raja Melayu diberikan semula hak-hak utama, kuasa dan bidang kuasa sebagai pemerintah di negeri masing-masing. Hal ini kerana semasa pemerintahan tanah Melayu di bawah Malayan Union,kedaulatan Raja-raja Melayu telah dihapuskan, dan kuasa Raja-Raja Melayu telah diambil alih oleh Kerajaan British. Raja-raja hanya dihadkan kepada bidang-bidang agama islam. Namun, walaupun diberi kuasa dalam hal-hal agama pun kuasa mereka tetap juga di bawah kawalan Gabenor Malayan Union. Pengambilan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

kuasa-kuasa sultan oleh British menjadikan raja-raja di tanah melayu hanya menjadi raja kehormat sahaja. Sultan tidak mempunyai hak untuk campur tangan dan kuasa untuk memerintah Tanah Melayu. Semua kuasa-kuasa melayu telah dipindahkan kepada Kerajaan British yang mempunyai kuasa penuh untuk melaksanakan apa jua dasar di Semenanjung Tanah Melayu. Oleh itu, Malayan Union haruslah ditentang demi menyelamatkan kedaulatan dan kekuasaan raja-raja. Dengan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu hak-hak orang Melayu telah dikembalikan. Sebelum ini, Perlembagaan Malayan Union memberi hak dan peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Penghapusan hak istimewa menyebabkan orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi oleh Orang Cina akan bertambah besar dan ini akan meluaskan jurang ekonomi antara orang Melayu dan Cina. Pihak British juga membuka Jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awan yang dahulu merupakan monopoli British dan Orang Melayu pekerjaan dalam tanah air sendiri. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu telah menyelesaikan masalah monopoli peluang ekonomi oleh orang asing di Tanah Melayu. Hal ini kerana syarat-syarat kewarganegaraan tanah melayu untuk orang asing telah diperketatkan. Mengenai kerakyatan prinsip “jus soli” adalah digugurkan sama sekali. Pemohon kerakyatan mesti mengangkat sumpah mengaku taat setia, berkelakuan baik dan berupaya bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan fasih. Hal ini dapat mengurangkan kemasukan buruh-buruh asing ke dalam tanah melayu secara berleluasa. Orang Melayu sedar, syarat kelonggaran kerakyatan dalam Malayan Union dalah juga desakan daripada pemimpin cina. Salah satu pemimpin Cina yang begitu kuat memperjuangkan perkara itu ialah Tun Tan Cheng Lok. Mengikut keterangan , ketika Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun, beliau telah berpindah ke India. Beliau telah menulis surat mendesak Kerajaan British mengadakan satu dasar yang lebih liberal apabile mereka kembali memerintah di Tanah Melayu. Salah satu tuntutan beliau ialah memberi kerakyatan yang sama kepada orang asing yang menganggap tanah Melayu sebagai negeri mereka. Dan dalam pelaksanaan Malayan Union, pihak British telah membuat keputusan untuk memberi kerakyatan kepada ratusan ribu orang Cina dan India melalui undang-undang kerakyatan yang begitu longgar. sesama mereka. Perkara seperti in amat membimbangkan kerana perhubungan antara orang Cina dan Orang Melayu pernah tegang kerana permusuhan kepada bangsa asing. Perkara ini menyebabkan golongan Melayu perlu bersaing dengan bangsa asing untuk mendapatkan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu telah mengubah sistem pemerintahan di tanah Melayu. Semasa pemerintahan Malayan Union, perlembagaan Malayan Union telah menukar taraf-taraf negeri Melayu daripada negeri-negeri bernaung kepada status Tanah Jajahan British. Namun selepas penubuhan Persekutuan, Negeri-Negeri Melayu telah ditadbir oleh seorang ketua pentadbir yang bergelar Menteri Besar. Beliau akan dibantu oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Dan jawatan ini dikhaskan kepada orang Melayu sahaja. Pemerintahan Tanah Melayu selepas itu adalah di bawah kuasa orang Melayu. Sebelum ini, pemerintahan Malayan Union tidak begitu berpihak kepada golongan Melayu. Raja-raja dan orang melayu tidak diberi hak untuk campur tangan dalam pemerintahan. Pihak British juga lebih mementingkan orang asing dalam memonopoli ekonomi di tanah Melayu. Jawatan-jawatan awam juga turut diberikan kepada orang asing. Perkara seperti ini menimbulkan tidak puas hati golongan melayu dan bangkit untuk menentang agar keistimewaan orang melayu dikembalikan. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu mendapat sambutan daripada golongan Melayu kerana ciri-ciri perlembagaan yang ditubuhkan di bawah persekutuan banyak memihak dan memberi banyak kelebihan kepada orang Melayu. Golongan Melayu percaya Kemerdekaan juga akan mudah tercapai dengan tertubuhnya persekutuan ini. Orang Melayu tidak perlu lagi tunduk kepada pemerintahan British yang banyak menggunakan Tanah Melayu sebagai sumber kewangan mereka. Penubuhan Persekutuan juga telah telah meletakkan Pesuruhjaya Tinggi juga telah diberi kuasa mutlak bagi memelihara hak istimewa orangorang Melayu dan kepentingan-kepentingan kaum-kaum lain. Orang Melayu tidak mahu lagi duduk di bawah naungan Malayan Union yang hanya berpura-pura ingin memberi kemerdekaan kepada tanah Melayu. Pihak Inggeris sebenarnya hanya ingin membalas dendam terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun. Penubuhan Malayan Union juga adalah untuk mengenang jasa orang Cina yang telah bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun. Majoriti yangmenganggotai MPAJA juga adalah orang Cina. Akibatnya, perlembagaan Malayan Union dirangka sebegitu rupa yang menguntungkan orang Cina yang berkaitan dengan kerakyatan. Dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, kegiatan seperti ini dapat dihalang akibat daripada syarat kewarganegaraan yang diperketatkan. Kedudukan orang Melayu juga adalah lebih baik dibawah Persekutuan Tanah Melayu berbanding Malayn Union. Hal ini kerana, rancangan British untuk memperkenalkan Malayan Union akan mengubah sama sekali rupa bentuk negeri-negeri Melayu buat selamalamanya. Melalui Malayan Union, ciri-ciri kemelayuan akan hilang sama sekali dan akan digantikandengan ciri-ciri apa yang disebutkan sebagai “Malayan” yang tidak pernah

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

diterima oleh orang Melayu.

Bangsa Melayu akan hilang dan akan digantikan dengan

bangsa “Malayan” yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan negeri-negeri Tanah Melayu dan merupakan ciptaan British untuk kepentingan dasar British. PENILAIAN Penubuhan Malayan Union telah menyedarkan orang Melayu bahawa mereka harus bangkit untuk mengembalikan kedaulatan tanah air mereka. Dengan hanya berdiam diri tidak mungkin dapat mengembalikan Tanah air daripada cengkaman British. Sesuatu permasalahan tidak boleh diselesaikan dengan berseorangan. Kerjasama amat diperlukan dalam menangani masalah dan bukannya secara perseorangan. Hal ini dapat dibuktikan oleh kerjasama antara sultan-sultan dan pembesar-pembesar dalam bagi menentang gagasan Malayan Union untuk membela nasib orang Melayu dan kuasa sultan itu sendiri. Sebagai pemimpin juga terutama sebagai seorang raja yang menjadi pelindung kepada rakyat haruslah bijak berfikir serta pandai dalam menguruskan masalah Negara. Hal ini kerana pemimpin adalah harapan rakyat dalam mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan tanah air mereka. Jika pemimpin tidak berintegriti dan tidak tahu bagaimana untuk mentadbir Negara nescaya tanah air mereka mudah untuk dijajah dan musnah dalam sekelip mata. Perpaduan juga amat penting dalam sesebuah Negara. perpaduan atau bersatu padu ditambah lagi dengan usaha Hal ini kerana melalui dapat menambahkan lagi

semangat dalam sesuatu perjuangan. Contohnya orang melayu yang bersama-sama bangkit tidak mengira kaum dalam menentang penubuhan Malayan Union. Mereka sedar bahawa mereka harus bertindak sedemikian agar Tanah air mereka dapat dikembalikan. Jika orang melayu pada zaman itu tidak mempunyai semangat juang, kemerdekaan tidak mungkin akan tercapai oleh Negara kita pada hari ini. Orang Melayu pada masa itu telah mula belajar daripada kisah yang lalu. Mereka sedar bahawa penubuhan Malayan Union adalah hanya untuk kepentingan British sematamata seperti yang berlaku semasa penjajahan mereka sebelumnya di tanah melayu. Mereka banyak menggunakan tipu muslihat dalam mengambil tanah melayu untuk dijadikan tanah jajahan mereka. KESIMPULAN Kesimpulannya, penubuhan Malayan Union telah membuka minda masyarakat di Tanah Melayu agar berusaha untuk mempertahankan tanah air sendiri tanpa mengharakan janjijanji manis dari pihak luar.Perubahan yang berlaku di tanah melayu selepas penubuhan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Malayan Union sama sekali menaikkan kemarahan masyarakat Melayu.Pentadbiran Malayan Union secara umumnya sudah menukar taraf kedudukan tanah melayu sebagai sebuah negeri naungan kepada tanah jajahan British. Kuasa pentadbiran Tanah Melayu terletak sepenuhnya naungan kepada negeri jajahan British. Kuasa pentadbiran Tanah Melayu terletak sepenuhnya kepada Gabenor British. Ini menyebabkan Raja-raja melayu bukan sahaja kehilangan kuasa melindungi rakyat negerinya, malah turut kehilangan kuasa memerintah negeri masing-masing. Buat pertama kalinya dalam sejarah orang melayu bergabung dan bekerjasama dengan raja-raja melayu bangkit menentang Malayan Union. Situasi ini akhirnya mencetuskan satu gelombang bersepadu antara suara rakyat dan pemerintah dalam menentang dasar Malayan Union. Kemunculan Malayan Union menyuntik kesedaran orang melayu bahawa perjuangan besar untuk mendapatkan kembali maruah dan kedaulatan Negara tidak mungkin tercapai dengan suara minoriti. Semangat kerjasama dan perpaduan antara kaum sangat diperlukan dalam satu perjuangan terutama untuk menentang musuh. Dengan kerjasama yang telah ditonjolkan oleh orang melayu, menyebabkan pihak British perlu akur dan merasakan mereka tidak boleh meneruskan lagi pemerintahan mereka di Tanah Melayu. Dengan itu, Malayan Union telah dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Perjuangan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu sememangnya telah membuahkan hasil kepada mereka. Keistimewaan dan kuasakuasa orang melayu telah dikembalikan. Penubuhan Persekutuan sememangnya banyak memberi kebaikan kepada masyarakat di tanah melayu. Oleh itu, setiap individu harus sedar akan kepentingan bekerjasama, perpaduan antara kaum dan semangat nasionalisme dalam menjamin kesejahteraan dan keamanan Negara.

RUJUKAN Abdul Rahman Hj. Ismail (2005). Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur Ramlah Adam (2004). Gerakan Radikalisme di Malaysia 1938-1965, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur Meniti Catatan Sejarah Koleksi Artikel 2002-2003 (2005), Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur. Shaikh Mohd Noor Alam b. S.M. Hussain (1984). Federalisme di Malaysia, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Nadzan Haron dan Rozeman Abu Hassan (2010). Malaysia Melangkah ke Hadapan, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor, Malaysia.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Mohammad Yunus Hamidi (1961). Sejarah Pergerakan Politik Melayu Semenanjong, Perpustakaan Negara Kuala Lumpur. Ahmad Atori Hussain (1998). Dari Berantakan Menuju Pembangunan Politik Melayu Utusan Publications &Sdn. Bhd, Perpustakaan Negara Malaysia. Rustam A. Sani (2004). Ke Mana Nasionalisme Melayu?, R. Publishing Services Kuala Lumpur. Mohd. Isa Othman (2002). Sejarah Malaysia 1800-1963, Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Malaysia Kita (2003), Golden Books Center Sdn. Bhd Direct Art Company, Kuala Lumpur. Mohammad Idris Saleh, Che Su Mustaffa dan Fuziah Shaffie (1994). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Utusan Publications & Distributions Sdn.Bhd

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Sebab Pemimpin Setempat Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu Menentang British Elisra Jalison elisra_91@yahoo.com

Abstrak Kertas ini mengkaji pihak British mematuhi dasar tidak campur tangan hanya pada peringkat awal sahaja namun, British telah mengubah prinsip tidak campur tangan kepada dasar campur tangan di Tanah Melayu. Antara peristiwa penglibatan British secara langsung di Tanah Melayu ialah British telah menyerang Naning dan Melaka dengan angkatan tenteranya iaitu seramai 1400 orang sekitar tahun 1831-1832, British telah masuk campur dalam perebutan takhta kerajaan Johor antara dua orang putera kepada Sultan Mahmud Shah III iaitu Tengku Hussein dengan Tengku Abdul Rahman, British telah bertindak dengan melantik Tengku Hussein yang telah dipinggirkan perlantikannya. British juga telah terlibat dalam pembedilan kubu di Terengganu dan mengikat perjanjian Burney. Pembedilan kubu di Terengganu ini melibatkan Gabenor Cavenagh yang telah menghantar sebuah kapal yang bertujuan untuk menyerang kubu-kubu pertahanan di Terengganu yang berlangsung pada tahun 1862. Perjanjian Burney juga telah memperlihatkan campur tangan British di Tanah Melayu. 1.0 PENDAHULUAN

Sebelum tahun 1870-an, pihak British telah menjalankan dasar tidak campur tangan di negeri-negeri Melayu. British hanya menjalinkan hubungan perdagangan dengan Tanah Melayu. British tidak mahu campur tangan disebabkan pihak British mahu menjaga hubungan dengan Siam. Hal ini kerana, British ingin menjaga kepentingan keselamatan serta perdagangannya di Burma. Selain itu, tujuan British ialah ingin mengeksploitasi hasil bumi Tanah Melayu dan pada masa yang sama juga British ingin menjaga hubungan dengan pemerintah tempatan tambahan lagi British sedang menghadapi masalah huru-hara yang berlaku

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

di India. Tambahan pula, British ingin mematuhi Akta Pitt (Tahun 1874) dimana dasar ini digubal untuk memelihara kepentingan pertahanan serta keselamatan pedagang British di Timur. Perjanjian ini ditandatangani pada tahun 1826 antara Raja Siam iaitu Raja Ligor dengan pegawai British iaitu Sir Hendry Burney. Perjanjian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pengiktirafan penguasaan British keatas sebahagian Tanah Melayu daripada Siam. Penguasaan sebahagian daripada Tanah Melayu ini kemudiannya telah bertukar corak iaitu keseluruhan Tanah melayu telah menjadi milik sepenuhnya kekuasaan kerajaan British dengan termeterainya beberapa perjanjian antara pihak British dengan kerajaan Siam yang menyebabkan Siam menyerahkan keseluruhan Tanah melayu, dengan itu, British telah mengambil kesempatan ini untuk menguasai dan mengeksploitasi hasil bumi di Tanah Melayu. Penguasaan British ini dapat dilihat daripada peristiwa campur tangannya di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor dan Perlis. Negeri Terengganu misalnya, telah berlaku pemindahan kuasa pemerintahan Terengganu daripada cengkaman Siam kepada penguasaan British pada 14 Julai 1909, Pesuruhjaya Siam telah menyerahkan negeri Terengganu dihadapan Sultan Terengganu (Sultan Zainal Abidin III) kepada wakil British iaitu, W.L Conlay yang juga sebagai penasihat British di Terangganu. Negeri Kedah juga telah menjadi mangsa kawalan British melalui Perjanjian Bangkok dan penasihat British yang dilantik di kedah ialah William George Maxwell. Selain itu, negeri Perlis juga ditakluk dan terpaksa menerima penasihat British seperti H.E Duke yang telah dilantik sebagai Penasihat Kewangan di Perlis dan diganti pula dengan perlantikan penasihat British seterusnya iaitu Kapten Meadows Frost. Kelantan juga terpaksa menerima penasihat daripada pihak British iaitu J.S Mason, begitu juga dengan di negeri Johor di mana D.S Campbel dilantik sebagai penasihat British. Pertapakan serta pengaruh dalam perluasan kuasa pihak British di Tanah Melayu sangat tidak disenangi oleh masyarakat Melayu. Perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Melayu dengan pembaharuan yang telah dibuat oleh pihak British seperti pembaharuan dalam bidang politik, ekonomi, serta sosial telah membawa kepada penentangan daripada masyarakat tempatan. Penentangan ini juga melibatkan pemimpin dari Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis dan Johor. Namun di Perlis tidak terdapat penentangan seperti di negeri-negeri Tidak Bersekutu yang lain. 2.0 SEBAB, MATLAMAT DAN CORAK PERJUANGAN PEJUANG TEMPATAN UNTUK MENENTANG BRITISH

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Secara keseluruhannya, pemimpin di negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu menentang campur tangan dan penguasaan British adalah disebabkan oleh tergugatnya institusi kesultanan yang secara langsung melibatkan perubahan keadaan pentadbiran, ekonomi dan sosial. Penentangan ini berlaku di Negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Johor. 2.1 PENENTANGAN DI KELANTAN Penentangan di Kelantan ini diterajui oleh Haji Mat Hassan atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut. Penentangan daripada Tok Janggut ini terjadi disebabkan oleh rasa tidak puas hati terhadap Engku Jeram. Engku Jeram ini adalah pembesar di kawasan daerah Jeram dan Haji Mat Hassan adalah salah seorang pegawai dibawah lantikkan daripada Engku Besar. Pada tahun 1911, berlaku huru hara yang berpunca daripada masalah judi iaitu kegiatan menyabung ayam. Untuk menjaga keselamatan, Sultan Kelantan telah memerintahkan supaya balai polis dibina di situ disamping melantik pegawai Daerah untuk mengutip cukai. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati pembesar kerana kawasan daerahnya telah digugat. Selain itu, sebab pemberontakkan ini juga terjadi kerana sikap Encik Latiff. Encik Latiff dari Singapura telah dilantik sebagai Pegawai Daerah sekitar tahun 1913. Perlantikan ini tidak dipersetujui oleh penduduk disebabkan beliau bukanlah berasal dari Kelantan. Perasaan tidak puas hati ini ditambah lagi dengan sikap Encik Latiff yang campur tangan dalam urusan pentadbiran dan beliau juga telah memperkenalkan beberapa cukai baru dan enggan bertolak ansur dan melayan dengan buruk bagi penduduk yang lewat membayar cukai. Disamping itu, tindakan British membakar rumah dan mengenakan denda juga telah menimbulkan kemarahan Tok Janggut. Hal ini demikian kerana askar-askar Malay States Guides (MSG) telah diperintahkan untuk membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya. Tambahan lagi, penduduk di Pasir Puteh juga dikenakan denda seperti denda $10.00 keatas rumah yang bersaiz besar, $5.00 keatas rumah bersaiz sederhana dan $3.00 keatas rumah bersaiz kecil. Seterusnya, matlamat penentangan Tok Janggut ini adalah desebabkan kerana semangat jihad untuk menentang penguasaan British serta ingin memerdekakan Kelantan. Syeikh Ahmad al-Fatani telah berpesan kepada ulama Melayu Kelantan agar mempertahankan negeri Kelantan daripada jatuh ke dalam penguasaan kuasa asing khususnya kuasa Eropah yang menanamkan semangat anti-Islam. Apabila pihak British menguasai Kelantan pada tahun 1909, ulama pondok termasuklah Tok Janggut memainkan peranan mereka untuk menentang kuasa British.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Corak perjuangan penentangan Tok Janggut ini pada peringkat awal adalah bersifat pasif dan non-kompromi . Seterusnya berubah corak daripada pasif kepada agresif apabila tercetusnya perang dunia pertama yang berlaku pada tahun 1914, apabila kerajaan Turki Uthmaniah memihak kepada Jerman dan mengisytiharkan jihad terhadap negara Britain dan sekutunya. Berita ini disambut baik oleh orang Melayu Kelantan serta negeri Melayu lain seperti negeri Terengganu. Tok Janggut kemudiannya menubuhkan pakatan sulit dan menjadikan Pasir Puteh sebagai pangkalannya. Corak penentangan seterusnya telah berubah kepada perjuangan bersenjata melalui pertempuran Tok janggut serta pengikutnya dengan anggota MSG di Kampung Dalam Pupoh yang menyebabkan Tok Janggut gugur syahid dalam peristiwa tersebut. 2.2 PENENTANGAN DI TERENGGANU Selain itu, penentangan di Terengganu ini telah diketuai oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Penentangan ini adalah disebabkan kerana perubahan bentuk pentadbiran dan peraturan tanah di Terengganu. Terangganu telah mempunyai pentadbiran dan peraturan pengurusan tanah yang tersendiri yang berasaskan peraturan Islam. Melalui peraturan ini penduduk bebas untuk membuka dan menguruskan tanah contohnya menggunakan tanah tersebut untuk aktiviti bercucuk tanam namun, kehadiran British telah mengubah corak ini. British telah memperkenalkan undang-undang tanah baru dengan mengenakan cukai dan penduduk wajib meminta kebenaran daripada pihak British terlebih dahulu sebelum membuka tanah dan melakukan penebangan pokok. Seterusnya, perasaan tidak puas hati dan kepimpinan Haji Abdul Rahman Limbong dalam menentang British telah menyebabkan bersemaraknya penentangan di Terengganu. Beliau adalah seorang tokoh agama dan ulama yang disegani, penduduk menggelarnya sebagai pejuang tani yang membela petani yang ditindas oleh British dengan mengenakan banyak cukai yang sangat membebankan penduduk terutamanya kaum tani. Beliau menentang keras peraturan baru yang diperkenalkan oleh British penentangan ini telah mendapat sokongan yang penuh daripada penduduk. Matlamat perjuangan Abdul Rahman Limbong ini adalah disebabkan beliau ingin mengembalikan status quo kerajaan ancient regime yang telah lama bertapak sehingga zaman pemerintahan dan pentadbiran Sultan Zainal Abidin III. Sistem pentadbiran ini akhirnya berubah disebabkan kuasa British yang cuba mempengaruhi Sultan Sulaiman setelah beliau ditabalkan menjadi sultan kerana Sultan Muhammad yang sepatutnya menjadi pengganti Sultan Zainal Abidin turun takhta. Keadaan ini telah menyebabkan golongan agama tersisih disebabkan hasutan British yang cuba mengawal Sultan Sulaiman dengan membuat perubahan yang besar keatas sistem pentadbiran yang sedia ada di Terengganu.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Selain itu, corak penentangan Abdul Rahman Limbong ini hampir sama dengan pemimpinpemimpin di NNMTB yang lain. Corak penentangan beliau bermula dengan rayuan yang dijalankan secara aman iaitu beliau telah membuat bantahan secara bertulis dan secara lisan terhadap peraturan-peraturan yang dijalankan oleh British yang bertentangan dengan adat Melayu-Islam dan hukum Syarak. Seterusnya, apabila British tidak menghiraukan bantahan ini, berlakulah tunjuk perasaan secara aman. Tunjuk perasaan ini dijalankan dengan penduduk keluar secara beramai-ramai menuju ke Kuala Terengganu untuk memberikan sokongan keatas kes perbicaraan kaum tani yang didakwa oleh pihak British sebagai melanggar undang-undang iaitu mereka menguruskan dan mengerjakan tanah tanpa kebenaran daripada jajahan pihak kerajaan British. Penentangan ini berlarutan sehinggalah Abdul Rahman Limbong mengambil tindakan dengan menuntut hak mengerjakan tanah yang berasaskan kepada agama dan adat Melayu di Mahkamah. Penentangan secara pasif juga dijalankan dengan mengenakan dasar tidak bekerjasama dengan pihak pemerintah sehinggalah tercetusnya penentangan secara agresif seperti percubaan ugutan mencederakan pihak polis tanpa niat untuk membunuh.Tahap terakhir corak penentangan ini adalah gerakan penentangan bersenjata. pihak British di tanah

2.3

PENENTANGAN DI KEDAH

Berbeza dengan Terengganu dan Kelantan, penentangan yang berlaku di Kedah semasa penjajahan British tidak berlaku secara terbuka. Penentangan yang berlaku adalah dalam kalangan pegawai melayu Kedah dengan pegawai British sahaja. Hal ini disebabkan corak pemerintahan British di Kedah adalah bersifat pemerintahan tidak langsung di mana penglibatan British di tahap yang minima sahaja. Meskipun Kedah menerima penjajahan British selepas Perjanjian Bangkok 1909, tetapi perjanjian yang meletakkan Kedah secara rasmi dalam lingkungan penjajahan British hanya ditandatangani pada 1 november 1923 melalui perjanjian British-Kedah tetapi masih dengan kuasa autonomi. Penglibatan British yang minima di Kedah menyebabkan penentangan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Kedah kurang menyerlah yang mana hanya melibatkan penentangan golongan pegawai melayu sahaja. Penentangan di Kedah ini bermula pada tahun 1907. Sebelum itu, iaitu pada tahun 19051907, hubungan antara pegawai melayu Kedah dan British adalah baik dan lancar kerana presiden majlis mesyuarat ketika itu, iaitu Raja Muda Abdul Aziz menerima fikiran Barat dan mahu menjalankan pembaharuan kepada Kedah. Selepas beliau meninggal dunia,

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

jawatannya diserahkan kepada Tunku Mahmud, dimana pada waktu inilah permulaan kepada berlakunya pergeseran hubungan antara pegawai melayu Kedah dengan British. Tunku Mahmud Ibni Sultan Ahmad Tajuddin merupakan pegawai melayu Kedah yang menjadi tonggak kepada penentangan terhadap British. Hal ini demikian dengan sikap beliau yang berpegang teguh kepada agama dan tidak menerima pengaruh British di Kedah. Penentangan bermula apabila berlakunya pergeresan mengenai bidang kuasa penasihat British. Tindakan British yang menghantar George Maxwell ke Kedah untuk bertugas sebagai Penasihat British dan bukan lagi sebagai penasihat kewangan pada 15 Julai 1910 tidak disenangi oleh golongan pentadbiran Kedah. Ketika bertugas di Kedah, George Maxwell bertelingkah dengan golongan pentadbiran ini yang dipimpin oleh Tunku Mahmud. Tunku Mahmud dan pembesar yang menyokongnya menganggap tugas George Maxwell hanyalah sebagai penasihat kewangan sepertimana tugas pegawai British sebelum ini. Selain itu, Tunku Mahmud juga tidak berpuas hati dengan tindakan George Maxwell yang menuntut agar semua surat rasmi dalam urusan Kedah mestilah melalui Residen Jeneral dan semua surat haruslah ditulis dalam bahasa Inggeris. Seterusnya tindakan George Maxwell memotong elaun putera puteri sultan yang berusia di bawah 15 tahun juga menimbulkan bantahan daripada pegawai Melayu. Selain Tunku Mahmud, Tunku Ibrahim Ibni Sultan Abdul Hamid turut menentang British. Beliau tidak berpuas hati dengan tindakan British yang melantiknya sebagai presiden majlis mesyuarat negeri. Tunku Ibrahim tidak dapat menerima cadangan Sir Arthur Young yang mencadangkan beliau sebagai Presiden Majlis Mesyuarat Negeri. Beliau berpendapat tindakan ini akan menjatuhkan kedudukannya kerana pandangan dan pendapat beliau boleh ditolak oleh ahli majlis. Sebagai tanda tidak puas hati Tunku Ibrahim, beliau telah menulis surat kepada Sir Edward Gray,setiausaha negara hal ehwal luar di London. Dalam suratnya itu, Tunku Ibrahim menyatakan tindakan Pesuruhjaya Tinggi Sir Arthur Young yang meminta dia menjadi Presiden Majlis Mesyuarat Negeri hanya akan mengakibatkan berlakunya perubahan dalam undang-undang Kedah. Matlamat perjuangan pegawai melayu Kedah yang dipimpin oleh Tunku Mahmud ini ialah untuk mengekalkan dan mempertahankan jati diri Kedah melalui penggunaan bahasa melayu, yang mana mereka tidak ingin urusan mengenai pentadbiran Kedah dilaksanakan dalam bahasa inggeris kerana bimbang taraf Kedah akan menjadi seperti negeri- negeri melayu bersekutu. Dengan erti kata lain, Kedah membantah dan tidak mahu memasuki persekutuan. Mereka berjuang untuk memastikan Kedah tidak diserap ke dalam Persekutuan Hal ini diakui sendiri oleh Sir Arthur Young dan George Maxwell.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Corak penentangan yang dilakukan di Kedah tidak dilakukan secara terbuka. Pegawai pentadbiran Kedah tidak menentang British secara terang-terangan tetapi menentang melalui beberapa langkah seperti menulis surat untuk menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan British. Sebagai contohnya, tindakan George Maxwell mengarahkan segala surat Kedah mesti melalui Residen Jeneral dan hal ini menyebabkan Tunku Mahmud menulis surat bantahan kepada Sir John Anderson, iaitu Pesuruhjaya Tinggi di Singapura yang bertarikh 19 Disember 1909. Dalam suratnya itu Tunku Mahmud menyatakan yang majlis mesyuarat negeri berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai sejak Kedah dipindahkan kepada pentadbiran British. Namun demikian kepuasan tersebut hanya akan berterusan sekiranya British tidak meminda sebarang peraturan dalam negeri Kedah. Tunku Mahmud juga mengingatkan John Anderson bahawa parlimen Britain dan pejabat luar telah memberi jaminan bahawa integriti Kedah tidak akan terjejas melalui Perjanjian Bangkok. Selain itu, Tunku Mahmud juga menuntut agar hubungan langsung antara Kedah dengan Pesuruhjaya Tinggi berterusan. Seterusnya, Tunku Mahmud juga mengingatkan George Maxwell mengenai jaminan parlimen Britain dan pejabat luar yang mengatakan integriti Kedah tidak akan terjejas. Selain menulis surat, pegawai melayu Kedah juga juga telah bermesyuarat untuk memulaukan pentadbiran. Mereka melakukan beberapa tindakan sebagai tanda pemulauan terhadap sikap George Maxwell yang mereka anggap lebih kepada diktator berbanding penasihat. Antara tindakan yang dilakukan oleh pegawai melayu Kedah ini termasuklah menutup pejabat daerah Jitra, ketua hakim, iaitu Syed Hasan hanya datang sekejap di pejabat, dan majistret yang ada di pejabatnya tidak hadir di mahkamah. Pemulauan ini hanya berakhir apabila Tunku Mahmud menyatakan dalam suratnya kepada George Maxwell yang sultan menitahkan beliau kembali bertugas dan menamatkan pemulauan. 2.4 PENENTANGAN DI NEGERI JOHOR

Terdapat dua orang yang menentang pihak British di Johor iaitu Sultan Ali ataupun Temenggung Ali dan juga sultan Abu Bakar atau Temenggung Abu Bakar. 2.4.1 SULTAN ALI ATAU TEMENGGUNG ALI Puda mulanya, sebelum British campur tangan dalam negeri Johor, Sultan Ali menentang Temenggung Ibrahim. Hal ini kerana kedudukan Sultan Ali sebagai Sultan Johor masih tidak sah pada ketika itu sedangkan kedudukan Temenggung Ibrahim semakin kukuh. Semua hasil di Johor telah dimonopoli oleh Temenggung Ibrahim. Oleh sebab itu, Sultan Ali tidak berpuas hati dengan tindakan Temenggung Ibrahim tersebut. Pihak British berasa bimbang dengan perselisihan yang berlaku diantara kedua-dua tokoh tersebut kerana pihak British

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

bimbang kekacauan yang berlaku tersebut akan merebak ke Singapura. Oleh itu, pihak British telah membuat satu perjanjian dengan mereka iaitu perjanjian persahabatan pada 10 Mac 1855. Selepas perjanjian tersebut ditandatangani, maka bermulalah campur tangan British di Johor. Sebab penentangan Sultan Ali terhadap pihak British ialah kerana Perjanjian 1855 tidak menyelesaikan masalah yang terjadi diantara baginda dan Temenggung Ibrahim. Baginda tidak berpuas hati dengan perjanjian persahabatan 1855 tersebut kerana baginda merasakan perjanjian tersebut merupakan buah fikiran pihak British untuk kepentingan mereka sendiri. Temenggung Ibrahim juga tidak mengalakkan semua pengikut Sultan Ali menjalankan kegiatan ekonomi di Johor. Antara matlamat penentangan baginda ialah Sultan Ali mahu membatalkan perjanjian tersebut kerana baginda merasakan tidak adil sahaja. Hal ini kerana berlakunya persaingan diantara Temenggung Ibrahim dengan Sultan Ali. Baginda merasakan kedudukan baginda sebagai Sultan tidak membawa sebarang makna kepada diri baginda kerana Temenggung Ibrahim yang menguasai ekonomi Johor. Oleh sebab itu, Sultan Ali telah mendakwa bahawa perjanjian tersebut tidak sah dan berat sebelah. Oleh yang demikian, Sultan Ali telah berusaha untuk berbincang dengan gabenor untuk membatalkan perjanjian tersebut tetapi usaha baginda tersebut gagal. Seterusnya, corak perjuangan ialah Sultan Ali berasa tidak puas hati dengan pihak British kerana usaha baginda yang gagal untuk memujuk gabenor membatalkan perjanjian 1855. Oleh itu, Sultan Ali telah meminta bantaun daripada setiausaha baginda sendiri iaitu Bujal. Bujal telah berjaya mengumpulkan tiga puluh ribu orang pengikut Sultan Ali di Muar untuk melancarkan serangan terhadap Johor. Hal ini hamper lagi mencetuskan perang saudara pada tahun 1860 kerana Sultan Ali dijangka akan menyerang Johor dari Muar. Namun begitu, rancangan baginda telah gagal kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh Sultan Ali. Selain itu, rancangan Sultan Ali juga telah diketahui oleh Temenggung Ibrahim yang menyebabkan Sultan Ali mendapat amaran daripada gabenor baru. 2.4.2 SULTAN ABU BAKAR ATAUPUN TEMENGGUNG ABU BAKAR Pentadbiran Johor yang moden sudah diasakan pada pemerintahan Temenggung Ibrahim sejak di Teluk Belanga lagi. Permodenan di Johor telah diperkemaskan dan dikukuhkan lagi oleh anakanda baginda iaitu Sultan Abu Bakar. Johor merupakan negeri Melayu yang pertama yang mengadakan perlembagaan bertulis. Salah satu perkara penting ialah Undang-Undang Tubuh Negeri Johor(1895) ialah peruntukan penubuhan majlis negeri dan jemaah menteri. Setelah Temenggung Ibrahim mangkat pada 31 Januari 1862, kedudukannya telah digantikan oleh anakanda baginda yang sulung iaitu Sultan Abu Bakar.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Baginda merupakan seorang sultan yang berwibawa. Baginda telah digelar sebagai Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor ketika baginda mmelawat ke England. Gelaran tersebut dianugerahkan oleh Ratu Victoria. Pada 1 Julai 1886, Maharaja Abu Bakar telah menggunakan gelaran sultan secara rasminya. Di dalam pendidikan, baginda telah mempelajari pentadbiran Eropah. Baginda telah menggunakan ilmu pengetahuan baginda untuk memodenkan pentadbiran di Johor dengan mengadakan mahkamah, perkhidmatan pos dan Jabatan Kerja Raya. Selain itu, sekolah,hospital, jalan raya pasukan keselamatan dan keamanan seperti pasukan polis dan tentera telah diwujudkan semasa pemerintahan baginda. Kepujian telah diberikan kepada baginda kerana pentadbirannya berjalan dengan lancar dan licin sehingga tidak ada kekacauan besar yang berlaku dalam kalangan orang dagang semasa dibawah pemerintahannya. Selain itu, Johor menjadi pengeksport lada hitam yang terbesar di dunia pada zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar. Pemodenan di Johor pada waktu tersebut telah melambatkan campur tangan pihak British. Aspek yang pertama boleh dilihat dari aspek pentadbiran. Maharaja Abu Bakar telah mencantumkan kawasan dibawah pemerintahan Sultan Ali iaitu daerah Kersang dengan kawasan yang dibawah pemerintahan baginda. Selain itu, baginda juga telah memindahkan semua pejabat-pejabat kerajaan Johor di Teluk Belanga. Hal ini demikian kerana disebabkan oleh pembinaan ibu negeri di Iskandar Puteri. Di samping itu, pada tahun 1 Januari 1866, Bandar Tanjung Puteri kepada Johor Bharu serta telah diisytiharkan secara rasminya sebagai ibu negeri. Selain itu, baginda juga dibantu oleh setiausaha baginda untuk membantu baginda dalam urusan pentadbiran iaitu Dato Seri Amar Diraja Abdul Rahman. Beliau ialah seorang pembesar di Johor. Dato Seri Amar Diraja Abdul Rahman merupakan seorang yang bijak dan pintar menghadapi tipu muslihat pihak British yang mahu menghapuskan kemerdekaan di Johor. Pada 11 Disember 1885, Perjanjian Persahabatan yang ditandatangani dengan pihak British yang mengiktirafkan Johor sebagai negeri yang berdaulat serta Sultan Abu Bakar telah diiktirafkan sebagai Sultan Johor yang sah. Johor bukanlah sebuah tanah jajahan British seperti negeri-negeri Melayu yang lain yang telah menerima sistem Residen. Johor ialah sebuah negeri yang mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri. Sultan mempunyai kuasa yang penuh didalam pentadbiran. Majlis Mesyuarat Johor juga telah ditubuhkan dan merupakan institusi penting di Johor. Majlis Mesyuarat Johor ini berfungsi sebagai badan penasihat dan perundangan. Yang kedua pula ialah melalui aspek politik, Sultan Abu Bakar telah menyusun beberapa strategi yang penting bagi mengukuhkan lagi kedudukan politik di Johor. Langkah yang pertama ialah mewujudkan hubungan yang baik dengan Bendahara Tun Koris di Pahang. Melalui perjalinan hubungan yang baik diantara kedua-dua pihak, mereka telah bersetuju

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

untuk meningkatkan serta menetapkan sempadan diantara kedua-dua negeri. Selain itu, Temenggung Abu Bakar juga menjalinkan hubungan persahabatan dengan Kesultanan RiauLingga untuk mendapatkan pengiktirafan pemerintahan Johor yang sah. Hubungan persahabatan dengan pihak British juga telah ditingkatkan. Perjanjian persahabatan diantara Sultan Abu Bakar dengan British telah ditandatangani pada tahun 1885. Sebab Sultan Abu Bakar menentang ialah tipu muslihat dan niat jahat pihak British terhadap Johor telah diketahui oleh Setiausaha baginda iaitu Dato Seri Amar Diraja Abdul Rahman. Hal ini kerana pihak British mahu mendapatkan keuntungan daripada setiap tindak tanduk mereka. Melalui perjanjian tersebut, pihak British mahu meletakkan negeri Johor dibawah kawasan jajah mereka. Sultan Abu Bakar tidak suka dengan cara Gabenor Frederick Weld yang mencuba meletakkan negeri Johor sebagai salah satu tanah jajahan British.hal ini demikian kerana percubaan tersebut telah dilakukan didalam rundingan awal untuk perjanjian pada tahun 1885. Malangnya, percubaan pihak British tersebut telah ditolak oleh Sultan Abu Bakar banyak kali. Sultan Abu Bakar tidak mahu Johor menjadi salah satu kawsan jajahan British seperti ngeri-negeri Melayu yang lain. Oleh sebab itu corak perjuangan yang digunakan baginda ialah Sultan Abu Bakar telah bercadang untuk ke London. Baginda telah membuat keputusan untuk berangkat ke London dengan setiausaha baginda iaitu Dato Seri Amar Diraja Abdul Rahman. Sultan Abu Bakar telah menemui setiausaha jajahan British di London. Sultan Abu Bakar telah menyuruh pemangku Gabenor Cecil Clementi Smith untu melaporkan kepada Inggeris supaya jangan meletakkan Johor dibawah kuasa British. Baginda juga menyuruh gabenor tersebut untuk memberitahu mengenai penyusunan pentadbiran dan kemajuan yang baik terhadap negeri Johor. Rundingan diantara Sultan Abu Bakar dengan pihak British telah berlangsung selama enam bulan. Sultan Abu Bakar merupakan sahabat baik kepada Ratu Victoria yang merupakan Ratu British yang bertakhta pada masa itu. Oleh sebab itu, agak sukar untuk pihak British mencari tipu helah untuk memasuki Johor dan menjajah Johor disebabkan pembaharuan yang baru yang telah diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar.

3.0

PENILAIAN

Secara umumnya, dapat dilihat bahawa penentangan yang berlaku di Kedah adalah berbeza berbanding penentangan yang berlaku di Kelantan, Terengganu dan Johor. Di Kelantan, Terengganu dan Johor, penentangan berlaku secara terbuka kerana British melibatkan diri secara langsung dalam semua aspek seperti berniat untuk mengambil keuntungan di Johor serta memperkenalkan cukai baru di Kelantan dan Terengganu yang sangat membebankan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

rakyat namun menguntungkan British. Sementara, di Kedah pula penglibatan British pada tahap yang minima menyebabkan tiada penentangan yang berlaku dalam golongan rakyat biasa. Penentangan yang berlaku hanya dalam kalangan pegawai melayu Kedah sahaja yang mana penentangan ini tidak berlaku secara terang-terangan. Ini memberikan satu gambaran bahawa penentangan yang berlaku adalah berdasarkan kepada sejauh mana tahap penglibatan british dalam satu-satu negeri di NNMTB. Campur tangan British di NNMTB telah memberi kebaikan serta keburukan kepada penduduk masyarakat di NNMTB ini. Antara kebaikannya ialah, campur tangan mereka telah menggalakkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk masyarakat dan juga ahli-ahli kerabat Diraja. Semangat nasionalisme ini berlaku disebabkan dasar-dasar penaklukan british, eksploitasi terhadap ekonomi tempatan, pelaksanaan sistem pentadbiran barat, campur tangan british dalam adat resam tempatan, pembesar tempatan atau sultan kehilangan kuasa dan pengaruh dan kesulitan penduduk tempatan. Walaupun kebanyakan daripada penentangan tersebut gagal namun, gerakan penentangan tersebut telah menyedarkan rakyat untuk melawan penjajah demi membebaskan mereka daripada dibelenggu British. Antara keburukannya ialah, pentadbiran yang sedia ada di NNMTB digantikan dengan pentadbiran yang diperkenalkan oleh British. Selain itu, negeri-negeri di NNMTB telah dipisahkan dengan NNMB dan NNS. Hal ini menyukarkan penduduk tempatan untuk bekerjasama dalam menentang penjajah british. Sultan dan pembesar juga kehilangan hak dan kuasa mereka kerana telah digantikan oleh pegawai-pegawai British. Seterusnya, bahasa ibunda mereka diperendahkan berikutan tindakan British yang menggunakan bahasa Inggeris dalam segala urusan pentadbiran yang dijalankan. 4.0 PENUTUP British mula campur tangan di Tanah Melayu sejak tahun 1874 melalui perjanjian Pangkor dan campur tangan di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu bermula pada tahun 1909 dan Johor tahun 1914. Campur tangan British di Tanah Melayu telah memberikan pelbagai perubahan yang kurang disenangi atau disenangi oleh penduduk tempatan. Hasil daripada perubahan tersebut, ini telah menimbulkan kebangkitan di kalangan penduduk supaya menentang campur tangan British dalam pentadbiran. Ini kemudiannya telah menggalakkan perkembangan semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme kepada masyarakat di Tanah Melayu khususnya dalam Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Terdapat pelbagai penentangan daripada pejuang-pejuang di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu untuk menentang British.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Antara yang melakukan penentangan di Negeri-negeri Tidak Bersekutu ialah Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tunku Mahmud Ibni Sultan Ahmad Tajuddin dan Tunku Ibrahim Ibni Sultan Abdul Hamid di kedah, Syed Alwi di Perlis dan Sultan Ali serta Sultan Abu Bakar di Johor. Pelbagai sebab, matlamat dan corak perjuangan mereka untuk menentang British campur tangan dalam pentadbiran negerinegeri tersebut. Walaupun kebanyakan daripada pejuang-pejuang di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu telah gagal kerana kekurangan alat senjata yang moden, kurang sokongan daripada orang melayu sendiri dan masalah perhubungan komunikasi namun, gerakan awal penentangan ini telah membawa kepada kebangkitan gerakan nasionalisme yang lebih besar dan membawa kesan yang baik terhadap proses kemerdekaan di Tanah Melayu dan khususnya di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. 5.0 SENARAI RUJUKAN Petaling Jaya: Fajar Bakti. Haji. Dr.Syed Ibrahim. 2000. Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan untuk Peperiksaan Am Kerajaan. Golden Book Centre SDN.BHD. Joginder Singh Jessey. L. 1978. Sejarah Tanah Melayu (1400-1959). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohammad Isa Othman. 1990. Politik Tradisional Kedah 1681-1942. Kedah: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ramlah Adam. L. 2003. Pejuang-pejuang Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia. Sharom Ahmat. 1984. Tradition and Change in a Malay State: A Study of The Economic and political Development of Kedah 1878-1923. Council of the M.B.R.A.S. Tun Mohd. Salleh Abas, Haji Salleh Buang. 1997. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Abidin Abdul Wahid et al. 1996. Keadaan dan perkembangan Negeri Johor, Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Kedua.

Ahmad Fawzi Basri. 1988. Johor 1855-1917: Pentadbiran dan Perkembangannya.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Empayar Uthmaniyah Merupakan Sebuah Empayar Yang Teragung Patricia Linda Patricialinda_90@yahoo.com Abstrak Kajian ini meninjau kemangkatan Sultan Al-Qanuni pada tahun 1566 telah menyebabkan berlakunya kemerosotan dalam Empayar Turki Uthmaniyah. Di samping itu, Empayar Uthmaniyah mengalami zaman kegemilangan apabila berjaya mempunyai wilayah taklukan yang sangat besar sehingga meliputi Semenanjung Balkan, Asia Kecil. Arab Timur Tengah, Mesir dan Afrika. Namun, Empayar Uthmaniyah mengalami zaman kejatuhan akibat daripada faktor politik, ekonomi dan sosial. Ekoran daripada kejatuhan tersebut, ia telah menyebabkan negara-negara Arab seperti Palestin, Mesir dan Iraq telah bangkit untuk menuntut kemerdekaan. 1.0 PENDAHULUAN

Kemerdekaan merupakan cita-cita tertinggi dari setiap negara yang terjajah. Kemerdekaan yang dilihat daripada atas dasar ekonomi dan politik biasanya menjadi objektif utama dalam perjuangan kemerdekaan di negara yang dijajah untuk membebaskan tanah air daripada penjajah. Begitulah senario yang berlaku dalam kalangan negara-negara Arab. Senario tersebut disamakan dengan sebuah empayar Islam iaitu Empayar Uthmaniyah yang merupakan sebuah empayar yang teragung pada satu masa dahulu kerana pernah menjatuhkan kuasa Eropah iaitu kerajaan Byzantine yang kuat. Empayar Uthmaniyah telah diasaskan oleh Uthman 1 yang mengisyitiharkan kemerdekaan wilayah Uthmaniyah pada tahun 1299. Wilayah ini mula berkembang dan mencapai kegemilangannya melalui penaklukan kota Constantinople oleh Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453. Penaklukan tersebut merupakan satu kemampuan dan kejayaan besar mengalahkan kuasa Eropah kerana kota Constantinople di wilayah Rom. Kegemilangan tersebut diteruskan gemilang semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Al-Qanuni. Logo dan Bendera Empayar Turki Uthmaniyah Wilayah Taklukan Empayar Uthmaniyah

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Namun, berdasarkan fokus soalan, terdapat 3 negara sahaja yang termasuk di dalam skop perbincangan iaitu Mesir, Iraq dan Palestin. 2.0 PERJUANGAN KEMERDEKAAN DALAM KALANGAN NEGARA ARAB SELLEPAS

PEMBAHAGIAN WILAYAH UTHMANIYAH OLEH KUASA BARAT. PALESTIN, MESIR DAN IRAQ Negara Palestin merupakan salah satu Negara Arab yang pada awalnya berada di bawah kekuasaan takluk Kerajaan Uthmaniyah. Namun, selepas kekalahan Kerajaan Uthmaniyah, negara ini telah dicerobohi oleh bangsa lain iaitu Yahudi. Mengikut sejarah asal Palestin. Orang pertama yang menduduki Palestin ialah Bangsa Caanan iaitu orang nomad yang berasal beribu-ribu tahun sebelum Nabi Isa, dan mungkin merekalah bangsa pertama dan mungkin merekalah bangsa pertama yang menghuni kawasan tersebut. Mereka menamakan negara mereka “Canaan”. Perkataan “Palestin” dicipta oleh Orang Yunan yang membawa maksud “Tanah Air Orang Philistine”, iaitu suatu bangsa yang menakluki kawasan Pantai Canaan sekitar 1400SM. Mereka menamakan negara mereka Philistia. Nama Arab bagi Palestin ialah Filestin. Palestin jatuh di bawah pemerintah Arab. Pada tahun 1516, Pemerintahan Uthmaniyah dari Turki menakluki keseluruhan Timur Tengah, termasuk Palestin. Mereka menguasai kawasan ini selama 400 tahun. Kemudian pada abad ke-19, pada masa ini, Orang Yahudi telah ditindas di Eropah. Kumpulan – Kumpulan Kecil Yahudi Eropah telah mula berhijrah ke Palestin. Mereka telah mendapat perlindungan untuk mengamalkan agama mereka. Apabila Kolonialisme Eropah menakluk hampir seluruh dunia, lahir sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Zionisme. Zionisme merupakan sebuah gerakan politik yang mendakwa bahawa menurut kitab Bible ( yang telah diubahsuai), semua orang Yahudi mempunyai hak “eksklusif” ke atas Palestin. Selain itu, pada masa ini, Pemerintahan Uthmaniyah ke atas Palestin dan timur Tengah menjadi kian lemah. Sebuah Konsortium Perancis-British membina Terusan Suez, menerusi Mesir. Terusan yang dibuka pada tahun 1869 ini merupakan jalan pintas ke jajahan Perancis dan jajahan British, dan kemudian Terusan ini menjadi jalan perhubungan yang sangat penting sehinggakan England telah menggabungkan Mesir ke dalam empayarnya pada tahun 1882. Terusan suez dan kedudukan Timur Tengah yang strategik membuat kawasan ini amat diperlukan oleh penjajah. Permulaan bagi kebimbangan penduduk asal Palestin bermula pada tahun 1896, apabila Theodore Herlz iaitu bapa Zionis telah menulis sebuah buku The Jewish State. Dalam buknya, Herlz telah menyokong pembentukan Negara Yahudi di Palestin. Keadaan ini

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

semestinya membimbangkan penduduk asal Palestin apabila negara mereka bakal diduduki serta dirampas oleh Bangsa Yahudi setelah mereka memberi bermurah hati untuk membenarkan Bangsa Yahudi tinggal dan berlindung di Palestin. Gerakan Zionis telah mengadakan kongresnya yang pertama di Basel, Switzerland. Selepas kongres tersebut, penyokong Zionisme telah menguruskan penghijrahan Orang Yahudi secara besar-besaran ke Palestin. Bagi merealisasikan lagi impian Zionis, mereka telah bekerjasama dengan Britain dan menyarankan Britain menyokong penghijrahan Yahudi di Palestin dan dalam masa yang sama, Britain berjanji dengan Orang Arab bahawa mereka akan diberikan kemerdekaan jika mereka bangun menentang Orang Turki. Oleh itu, Orang Arab telah memulakan pemberontakan. Selepas Turki ditewaskan, Britain dan Perancis telah merancangkan pembahagian Timur Tengah. Hasilnya, pada tahun 2 November 1917, Perisyitiharan Balfour telah diisyitiharkan oleh setiausaha Luar Negara Britain iaitu Lord Balfour. Perisyitiharan ini dibuat sebagai tanda persetujuan Britain untuk menyokong pembentukan “ sebuah tempat tinggal kebangsaan bagi orang Yahudi di Palestin”. Penubuhan negara ini telah dibantah oleh Orang Arab. Bagi menenangkan masalah ini, Britain telah berjanji bahawa penempatan Orang Yahudi di Palestin hanya dibenarkan sejauh mana penempatan mereka sejajar dengan kebebasan politik dan ekonomi penduduk Arab. Pada tahun 1920, Liga Bangsa telah dibentuk yang dianggotai oleh Negara Eropah. Liga Bangsa telah memberi mandat kepada Britain keatas Palestin. Mandat ialah penguasaan Britain untuk mentadbir kawasan yang diberi sebagai jajahan. Dengan adanya Mandat ini Britain telah memberi persetujuan penghijrahan Orang Yahudi beramai-ramai ke Palestin.iaitu antara tahun 1919 dan 1939, penduduk Yahudi Palestin bertambah dari 58 000 kepada 348 000 Orang. Zionis telah menubuhkan “Dana Kebangsaan Yahudi” untuk membeli tanah di Palestin tetapi mereka hanya berjaya memperluas bahagian tanah mereka sebanyak 5.6 peratus sahaja. Rakyat Palestin telah mambantah penghijrahan Yahudi yang semakin pesat. Oleh itu, pada tahun 1939, mereka telah mengadakan mogok pada peringkat Negara sebagai bantahan terhadap penghijrahan beramai-ramai kaum Yahudi. Kemudian, mogok ini bertukar kepada pemberontakan bersenjata terhadap British, namun pemberontakan ini dapat dipatahkan oleh British dan Yahudi. Kemudian, selepas perang dunia kedua, dasar British terhadap Palestin telah berubah. Pada May 1939, British melalui Kertas Putih 1939 telah berjanji untuk mengekalkan satu pertiga Yahudi dari keseluruhan penduduk Palestin dan untuk menyekat migrasi orang Yahudi setelah 75 000 orang yahudi lagi telah dibawa masuk. Apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu ditubuhkan, Negara arab yang lain seperti Syria, Lubnan dan Jordon berjaya

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

mencapai kemerdekaan. Namun, Palestin tidak mendapat kemerdekaan. Hal ini telah menyebabkan berlaku pertempuran ganas diantara orang Yahudi dan Palestin. Untuk mengatasi kekacauan ini, pihak Britain bersikap lepas tangan dengan menyerahkan isu ini kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk diselesaikan. Bagi menyelesaikan masalah ini, PBB telah menubuhkan UNSCOP (United Nation Special Comitee in Palestin) dan hasilnya, tertubuhnya Resolusi 181 untuk membahagikan Negara Palestin kepada dua pihak iaitu orang Yahudi dan Arab. 45% untuk penduduk asal manakala 55% pula untuk pendatang Yahudi. Resolusi PBB ini telah diterima. Kemudian, pada 29 November 1947, Perhimpunan Agung PBB telah diadakan di New York bagi memperdebatkan cadangan UNSCOP. Semasa debat diadakan, wakil daripada Soviet, Andrei Gromyko mengejutkan Zionis dengan mengatakan bahawa sebagai kesan daripada peperangan, orang yahudi sangat menderita berbanding bangsa lain. Jumlah mangsa yang terkorban akibat Nazi adalah dianggarkan sebanyak lebih kurang 6 juta orang. Oleh itu, semasa undian dijalankan, terdapat 33 orang yang menyokong, 13 menentang iaitu 6 yang terdiri daripada Negara Arab, 4 negara islam iaitu Afghanistan, Iran, Pakistan dan Turkey dan 3 lagi Negara iaitu Cuba, Greece dan India. dan 10 berkecuali. Walaupun terdapat penentangan, namun penentangan tersebut tidak diendahkan. Pada tahun 1947, Askar British meninggalkan Palestin. Zionis mengisyitiharkan Negara Israel untuk Yahudi, Negara-negara Arab menghantar angkatan tentera untuk menentang Israel. Sejumlah 800 000 rakyat Palestin lari sebelum kemaraan askar Israel. Angkatan tentera Arab terpaksa berundur dan hanya mampu mengekalkan Tebing Barat Palestin dan Gaza. Pada tahun 1948, PBB telah mengarahkan Israel untuk membenarkan rakyat Palestin kembali, tetapi Israel tidak mematuhi arahan itu. Akhirnya, rakyat Palestin terpaksa tinggal di Kem Pelarian di bawah kelolaan UNRWA ( Agensi Bantuan dan Kerja Amal PBB) di Jordon, Lubnan, Syria, Tebing Barat dan Gaza. Rakyat Palestin tidak menubuhkan sebarang gerakan penentang tetapi sebaliknya mereka bersikap tidak peduli, menanti dan berharap sahaja kedatangan tentera Arab membebaskan Palestin. Oleh itu, sekumpulan penuntut Palestin, salah seorang daripada mereka ialah Yaasir Arafat memutuskan untuk bertindak sendiri dan mereka menubuhkan gerakan penentang Palestin yang dinamakan sebagai “Al Fatah” yang bermaksud pembukaan. 2.1 Kronologi Peperangan 1) 1958 - Perang Saudara Lubnan (8 Mei-14 Oktober)

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

2)

1964 -Negara-negara Arab menubuhkan PLO (Palestine Liberation Organization) iaitu

Pertubuhan Pembebasan palestin. Al-Fatah tidak mengganggotai kerana menggaggap PlO terlalu dipengaruhi Negara-negara Arab. 3) 4) 1965 - 1 Januari, Fatah menjalankan Operasi gerila yang pertama di Israel. 1967 – Perang Jun, Angkatan tentera Arab ditumpaskan. 6 hari Israel menambah

wilayah dengan menakluki Semenanjung Sinai, Bukit Jowlan, Tebing Barat dan Gaza. Amerika Syarikat dan Rusia memulakan serangan diplomatik untuk memujuk Negara-negara Arab mengiktiraf Israel, namun gagal. 5) 1968-1969 Perjanjian Kaherah mengesahkan kehadiran rakyat Palestin bersenjata di Lubnan sebagai tempat untuk menyerang Israel. Beberapa kumpulan Komando ditubuhkan, seperti Barisan Depan Umum bagi pembebasan Palestin dan Barisan Demokratik. 6) 7) 1969 1969 - Pertempuran Karameh, kumpulan Gerila di Jordon berjaya tumpaskan - Kumpulan Komando mengambil alih PLO dan pemimpin Fatah, Yasir Arafat tentera Israel. menjadi pemimpin PLO. Pangkalan Gerila ditubuhkan di Jordon. Selepas pembunuhan beribu-ribu rakyat Palestin, Raja Hussien dari Jordon telah mengahalau PLO. PLO berpindah ke Lubnan. Israel lancer serangan dari udara ke Lubnan 8) 1973 - Perang Oktober, usaha damai kuasa-kuasa besar ke atas Timur Tengah beransur-ansur buntu kerana Israel enggan bertolak ansur. Mesir dan Syria melancarkan serangan ke ats Israel . 9) 1974 - Pengerusi PLO, Yasir arfat menyampaikan ucapan di Perhimunan Agung PBB. Sebahagian besar Negara di dunia iaitu 105 negara mengiktiraf PLO sebagai satusatunya wakil sah rakyat Palestin. PBB juga mengiktiraf hak rakyat Palestin terhadap tanah air rakyat Palestin. 10) 11) 1975 - Operasi gerila sebabkan Israel memulakan operasi pengeboman terhadap 1976 - Kem-kem Palestin ditawan, Dbayyeh (ditawan pada 14 januari), dan lainkem pelarian Palestin. PBB mengutuk zionis bersifat perkauman. lain kem. LNM (Lubnan National Military) dan angkatan bersenjata Palestin yang dikenali sebagai “ Angkatan Bersenjata Bersama” membalas serangan Israel dan menawan Bandar Darmour. 12) 1977 - Kamal Jumblatt, pemimpin LNM dibunuh. Presiden Mesir Anwar Sadat, ke Jerusalem untuk memulakan rundingan damai. Lawatannya dikutuk oleh Liga Arab, terutamanya PLO.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

13) 14) 15) 16)

1978 1979 1980 1981

- Israel serang selatan Lubnan. 2000 orag awam terkorban dan 200 000 - Perjanjian damai ditandatangani antara Israel dengan Mesir. Israel - Iraq menyerang Iran. Bermula Perang Teluk - Pesawat pengebom Israel menyerang dan menghancurkan sebuah reaktor

orang lagi menjadi pelarian, 6 buah kampong dimusnahkan dan 82 buah dirosakkan. dikehendaki mengembalikan Sinai kepada Mesir.

nuclear di Baghdad, Iraq. 300 orang terbunuh dan 800 orang tercedera dalam serangan udara ke atas kawasan rang awam di Beirut. Angkatan tentera Israel dengan cara-cara teratur membinasakan jambatan-jambatan menyeberangi Sungai Litani. Para diplomat Amerika Syarikat merundingkan gencatan senjata di Sempadan Lubnan- Israel. Israel secara tidak sah telah merampas Bukit Jowlan. 17) 1982 - Cubaan membubuh duta Israel ke London oleh kumpulan Palestin yang radikal dan anti PLO dijadikan alas an bagi Israel untuk menyerang Lubnan (Perang ArabIsrael ke-6). Berlaku pengepungai Beirut selama tiga bulan, pengusiran angkatan bersenjata PLO dan angkatan tentera Syria di Beirut. Pada 14 September, berlaku pembunuhan bakal Presiden Lubnan, Bashir Gemayel secara kebetulan selepas beliau enggan mengikut perjanjian Damai dengan Israel. 15-16 September, berlaku pembubuhan beramai-ramai di Sabra, dan Shatila. Pembunuhan ini dijalankan oleh anggota Militia Kata‟ib yang diketuai Elias Hobeika dan di bawah perlindungan serta sokongan tentera Israel. 18) 1982 - Pemindahan Orang Palestin ke Sinai, Mesir selesai. Sementara Mesir dan Palestin masih lagi dalam perundingan. Israel telah mengebom kem pelarian Palestin di Lubnan. Mesir dipecat daripada Liga Arab. 19) 1983 - Angkatan tentera di bawah kuasa Phalange menguasai Beirut Barat. Hal ini menyebabkan penentangan dibawah sokongan Syria meletus dalam PLO, berlaku pertempuran di lembah Biqa‟a dan Tripolu, utara Lubnan berakhir dengan pemecatan askar yang setia kepada pengerusi PLO. 20) 21) 1984 - Pemberontakan popular di Beirut Barat mengakhiri kuasa Phalange. 1985 - Tentangan orang awam bersenjata terhadap askar Israel memaksa mereka

berundur dari kebanyakan kawasan di Lubnan yang kemudiannya diambil oleh Hizbullah PLO dan lain-lain. 22) 23) 24) 1886 - Perang Kem, pertempuran 4 hari di Shatilia, rashidiyyaa, Bourj-al- Barajneh. 1987 - sekatan makanan ditarik balik, tetapi berlaku tembakan curi yang 1988 Mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di Algries mengisyitiharkan

berterusan Perlembagaan Negara Palestin.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Berlaku pertempuran serta peperangan yang dashyat diantara Negara-negara Arab dan Israel. Dalam hal ini, hanya Amerika Syarikat, Britain dan Perancis yang yang boleh menyelesaikan masalah rakyat Palestin dengan mengisyitiharkan secara rasmi Palestin Merdeka yang dinafikan oleh Israel selama ini. Ketiga-tiga Negara ini harus memaksa Israel untuk mengiktiraf Negara Palestin yang merdeka. 2.2 CARA-CARA KEMERDEKAAN DI IRAQ Kebangkitan penentangan terhadap British I) Revolusi Besar Iraq 1920 Pada tahun 1920, Iraq telah mengadakan satu Revolusi Besar yang bermula di Baghdad sebagai satu langkah pertama terhadap tuntutan kemerdekaan. Dalam Revolusi tersebut, Iraq melancarkan pemberontakan dengan melakukan demostrasi secara besar-besaran bagi kedua-dua Sunni dan Syiah. Bantahan dan rasa tidak puas hati terhadap Pemangku Awam iaitu Sir Arnold Wilson menjadi salah satu punca demonstrasi. Pemberontakan telah meluas sehingga Euphrates. Pemberontakan dipimpin oleh Sheikh Mehdi Al-Khalissi iaitu merupakan pemimpin Syiah yang terkenal. Pada Mei tahun 1920, demonstrasi adalah dilakukan secara aman terhadap penaklukan British terhadap Iraq. Sunni dan Syiah sebagai komuniti agama telah bekerjasama dengan masyarakat puak, penduduk bandar dan pegawai-pegawai Iraq di Syria semasa demonstrasi. Namun demikian, Revolusi dari secara aman telah bertukar kepada berdarah apabila suku kaum mula menggunakan keganasan untuk mencapai matlamat mereka. Antara objektif Revolusi adalah untuk penubuhan kerajaan Arab. Walaupun Revolusi mencapai beberapa kejayaan pada peringkat awal, namun pemberontakan telah dihancurkan oleh British pada akhir Oktober tahun 1920. II) Pemberontakan anti-British

Manakala pemberontakan anti-British pula dilakukan oleh orang Kurd di bahagian Utara yang mempunyai objektif yang sama dengan penduduk Iraq iaitu untuk menuntut kemerdekaan. Pemberontakan orang Kurd dipimpin oleh pemimpin Kurdish, Sheikh Mahmoud Barzinji. Semasa pemberontakan, British menggunakan bom Fosforus putih untuk menghalang pemberontakan penduduk kampung Kurdish di wilayah Al-Anbar. Taktik tersebut terus kekal digunakan oleh British sepanjang tahun 1920 di Iraq. III) Permulaan Revolusi Mei 1920

Selepas Perang Dunia I, Liga Bangsa-Bangsa telah mencipta mandat untuk wilayah kuasa pusat yang dikalahkan. Perjanjian Perdamaian Versailles pada tahun 1919 telah mula

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

dibentuk untuk tujuan membebaskan wilayah-wilayah tetapi masih di bawah didikan daripada negara yang memenangi perang dunia I tersebut. Sistem Mandat tersebut telah menimbulkan ketakuatan dan kerisauan khususnya Uthmaniyah kerana mereka menganggap ia seolah-olah negara diperintah oleh orang Eropah. Pada Persidangan San Remo April 1920, Great Britain telah dianugerahkan mandat terhadap Iraq serta mandat di Palestin. Pemilikan mandat oleh British di Iraq telah menyebabkan salah satu pemimpin Syiah iaitu Ayatollah Muhammad Taqi al-Shirazi telah mengeluarkan fatwa beliau bahawa pengisytiharan perkhidmatan dan pentadbiran British di Iraq adalah menyalahi undang-undang. Hal ini kerana semasa British menjalankan mandat mereka di Iraq, terdapat dasar-dasar dilaksanakan telah menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pemimpin puak di Iraq seperti dasar pemilikan tanah baru dan cukai untuk tanah tempat pengkebumian. Oleh hal demikian, mesyuarat telah diadakan di antara ulama Syiah dengan pemimpin-pemimpin puak untuk membincangkan strategi untuk pemberontakan secara aman. Mesyuarat dan demonstrasi ketidakpuasan hati terhadap pemerintahan British di Iraq telah dilakukan secara besar-besaran di Baghdad. Permulaan strategi adalan menumpukan kepada bantahan secara aman terhadap pemerintahan British. Perhimpunan besar telah dilakukan di masjid-masjid Sunni dan Syiah. Dalam mesyuarat tersebut, lima belas wakil telah dicalonkan untuk membentangkan kes untuk kemerdekaan Iraq kepada pegawai-pegawai British. Namun demikian, pegawai Awam British iaitu Sir Arnold Wilson telah menolak permintaan tersebut kerana menganggap permintaan mereka sebagai “unpractical”. Disebabkan permintaan secara aman tidak diterima, Ayatollah al-Shirazi telah mengeluarkan fatwa pada akhir Jun 1920 di mana pemberontakan bersenjata akan dilakukan. IV) Pemberontakan Bersenjata

Pada Jun 1920, pemberontakan bersenjata telah dilancarkan oleh suku kaum Zawalim. Dalam pemberontakan, pemberontak-pemberontak telah menyerbu penjara. Namun demikian, pemberontakan bersenjata telah dikawal oleh British menjelang akhir Julai. Tetapi, suku-suku kaum Berjaya menyebabkan pemberontakan tersebut merebak ke Euphrates dan seluruh Baghdad. Menteri Perang Britis iaitu Winston Churchill telah mendapatkan bantuan daripada Iran termasuk dua skuadron Tentera Udara Diraja. Dengan menggunakan pesawat, pihak British mempunyai kelebihan untuk menamatkan pemberontakan. Disebabkan hal sedemikian, banyak pemberontak lari kerana bekalan dan pembiayaan terhadap pemberontakan untuk jangka masa panjang telah menjadi semakin lemah dan berkurang.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Pada akhir Oktober 1920, banyak pemberontak Najaf dan Karbala telah menyerah diri kepada pihak British. Pemberontakan bersenjata tersebut telah meninggalkan kesan yang mendalam di mana sebanyak 6000 rakyat Iraq dan 500 askar British dan India telah terkorban dalam pemberontakan. Disebabkan keadaan sedemikian, pihak British terpaksa menanggung kos kerajaan sebanyak 400 000$ dua kali ganda daripada jumlah bajet tahunan yang diperuntukkan di Iraq. Oleh itu, Winston Churchill telah memutuskan pentadbiran colonial yang baru di Iraq serta negara-negara jajahan British di Timur Tengah untuk mengadakan Persidangan yang besar di Kaherah. Dalam persidangan di Kaherah pada Mac 1921, pegawai-pegawai British telah membincangkan tentang masa depan Iraq. Mereka mengambil keputusan untuk menjadikan Raja Faisal ibn Husayn sebagai Raja Iraq. Hal ini kerana Raja Faisal pernah bekerja dengan British sebelum pemberontakan Arab dalam Perang Dunia I dan mempunyai hubungan yang baik dengan British. Dengan perlantikan Raja Faisal sebagai Raja Iraq, maka ia dapat menghalang beliau daripada menentang Perancis di Syria kerana ia dapat mengelakkan hubungan British-Perancis daripada terhakis. V) Nasionalisme Iraq Kemerdekaan Iraq

Nasionalisme Iraq merujuk kepada nasionalisme yang berdasarkan identiti Iraq. Hal ini kerana nasionalisme Iraq adalah amat berpengaruh dalam Gerakan daripada penjajahan British. Di samping itu, nasionalisme Iraq menjadi Revolusi untuk menentang penjajahan British pada tahun 1920 dan Revolusi 1958 terhadap monarki British. Nasionalisme Iraq melibatkan pengiiktirafan identiti Iraq yang berpunca daripada Babylonia dan Assyria Purba. Hal ini kerana Nasionalisme Iraq telah menyatukan identiti kebangsaan Iraq Bersatu. Nasionalisme Iraq telah menekankan warisan budaya Iraq Purba, Babylonia dan Assyria negeri yang dianggap sebagai tempat lahir tamadun besar. Pemerintah Babylon iaitu Nebukadnezar II dan Kurdish Salahuddin merupakan pemimpin Islam semasa perang salib.

VI)

Irredentism (Perjuangan semula hak wilayah)

Wilayah-wilayah Iraq yang lebih besar telah dituntut semula oleh sesetengah nasionalis Iraq. Hal ini kerana “irredentist” ke wilayah Iraq, Arab penduduk di Khuzestan di Iran, Kuwait dan wilayah kecil Arab Saudi yang dahulunya merupakan sebahagian daripada zon Saudi-Kuwait.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

3.0

PEMBENTUKAN SISTEM MANDAT DI TIMUR TENGAH

Sistem Mandat merupakan penguasaan Britain untuk mentadbir kawasan yang diberi sebagai jajahan. Melalui sistem mandat ini, maka Britain berkuasa penuh untuk memerintah mengikut cara pemerintahan mereka sendiri terhadap tanah jajahannya. Sistem mandat ini juga telah menindas negara asal kerana, hak kewilayahan mereka telah dicerobohi. Terdapat tiga sistem Mandat yang dilakukan oleh British di Timur Tengah iaitu di Palestin, Mesir dan Iraq. 3.1 Sistem Mandat di Palestin Peta Palestin Bendera Palestin Logo Palestin Latar Belakang Palestin Perkataan “Palestin” dicipta oleh Orang Yunan yang membawa maksud “Tanah Air Orang Philistine”, iaitu suatu bangsa yang menakluki kawasan Pantai Canaan sekitar 1400SM. Mereka menamakan negara mereka Philistia. Nama Arab bagi Palestin ialah Filestin. Palestin jatuh di bawah pemerintah Arab. Orang pertama yang menduduki Palestin ialah Bangsa Caanan iaitu orang nomad yang berasal beribu-ribu tahun sebelum Nabi Isa, dan mungkin merekalah bangsa pertama dan mungkin merekalah bangsa pertama yang menghuni kawasan tersebut. Mereka menamakan negara mereka “Canaan”. Dari sudut geografi, Palestin terletak di bahagian barat benua Asia yang membentang antara garis lintang meridian 15-34 dan 40-35 ke arah timur, dan antara garis lintang meridian 3029 dan 15-33 ke arah utara. Palestin membentuk bahagian tenggara dari kesatuan geografi yang besar di belahan timur dunia Arab yang disebut dengan negeri Syam. Selain Palestin, negeri Syam terdiri dari Lebanon, Syria dan Jordan. Pada awalnya negara-negara ini mempunyai sempadan wilayah yang kolektif di luar perbatasannya dengan Mesir.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Sempadan wilayah Palestin dimulai dari Lebanon di Ras El-Nakoura di wilayah Laut Tengah (Laut Mediteranean) dan dengan garis lurus mengarah ke timur sampai ke daerah di dekat kota kecil Lebanon iaitu kota Bent Jubayel, di mana garis pemisah antara kedua negara ini senget ke Utara dengan sudut yang hampir lurus. Pada titik ini, perbatasan berada mengitari mata air Sungai Yordan yang menjadi bahagian dari Palestin dalam jalan kecil yang membatasinya dari wilayah Timur dengan wilayah Suriah dan danau Al Hola, Lout dan Tabariyya. Perbatasan dengan Jordan dimulai di wilayah selatan danau Tabariyya pada pembuangan sungai Al Yarmouk. Terus sepanjang Sungai Jordan. Dari mata air Sungai Jordan, perbatasan ini ke arah Selatan membelah pertengahan Laut Mati secara geometrikal dan lembah Araba, hingga sampai pada daerah Aqaba. Perbatasan dengan Mesir dapat digambarkan dengan garis yang hampir membentuk garis lurus yang membelah antara daerah semi-pulau Seena dan padang pasir Al Naqab. Perbatasan ini dimulai di Rafah di Laut Tengah hingga sampai ke daerah Taba di Teluk Aqaba. Di bahagian Barat, Palestin terletak di sebelah perairan lepas internasional dari Laut Tengah dengan jarak sekitar 250 km dari Ras El-Nakoura di belah selatan hingga Rafah di bagian selatan. Hal ini kerana lokasinya terletak di pertengahan negara-negara Arab, Palestin membentuk kombinasi geografi natural dan humanistik bagi medan terestrial yang luas yang memuat kehidupan orang-orang asli Badui di wilayah selatan dan gaya pendudukan yang sudah lama di bahagian utara. Tanah Palestin mempunyai keistimewaan dibanandingkan dengan daerah lain kerana merupakan bahagian dari tempat diturunkannya semua agama samawi, tempat di mana peradaban kuno muncul, menjadi jambatan aktiviti komersial dan tempat penyusupan ekspedisi militer di sepanjang era bersejarah yang berbeda. Lokasi strategik Palestin memungkinkannya untuk menjadi faktor penghubung antara berbagai benua bagi dunia kuno Asia, Afrika dan Eropah. Palestin juga menjadi tempat yang dijadikan pintu masuk bagi perjalanan ke negara-negara tetangga. Ia menjadi jambatan penghubung bagi manusia sejak dahulu kala, sebagaimana ia juga sebagai Pusat yang menarik sebahagian orang untuk bermukim dan hidup dalam kemakmuran. Sejarah Pembentukan Sistem Mandat di Palestin Pada 9 Disember, 1917, dalam Perang Dunia I menghampiri penghujungnya, Baitulmuqaddis menyerah kalah kepada angkatan tentera British. Peristiwa ini telah

menandakan berakhirnya kerajaan Turki Uthmaniyyah. Ini juga bagi menandakan bermulanya pemerintahan kuasa British selama tiga tahun di wilayah negara Arab.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Sistem mandat telah ditubuhkan oleh Perkara 22 dalam Perjanjian Liga Bangsa-bangsa yang digubal di Paris Peace Conference pada Januari-Jun 1919. Dalam perkara ini, ia telah menyatakan bahawa wilayah-wilayah yang didiami oleh orang-orang tidak akan dapat berdiri dengan sendirinya. Maka dengan itu, wilayah-wilayah tersebut akan diamanahkan kepada negara-negara maju bagi memimpinnya sehinggalah penduduk tempatan boleh mengendalikan hal ehwal pentadbiran mereka sendiri. Konsep pengendalian hal pentadbiran dan pemerintahan oleh negara maju yang lain ini telah dimasukkan ke dalam Perjanjian Versailles pada 28 Jun 1919. Perjanjian inilah menandakan sebab pembentukan sistem mandat British terhadap negara Arab dan kemudiannya ditentang oleh Arab sendiri. Wakil-wakil dari Great Britain, Perancis, Itali, Jepun, Greece, dan Belgium bertemu di San Remo, Itali, pada bulan April tahun 1920, untuk membincangkan kaedah melaksanakan Perjanjian Versailles. Ahli-ahli majlis tertinggi pihak Berikat yang telah mengambil bahagian yang terkemuka. Ciri-ciri asas perjanjian damai dengan Turki telah diterima pakai, dan mandat di Timur Tengah telah diperuntukkan. Dalam kes Palestin, kawalan pentadbiran, dalam bentuk Mandat telah diberikan kepada pihak British. Dengan menamakan wilayah ini "Mandat British bagi Palestin" kawasan yang hari ini, Israel dan Jordan menjadi bahagian pertama dan hanya geografi dengan nama Palestin sejak sebelum Empayar Uthmaniyyah mengawal kawasan yang bermula pada tahun 1517. Pada Julai tahun 1920 pentadbiran Mandat sivil telah mengambil alih pentadbiran dari pihak tentera. Terma-terma Mandat British yang diperbadankan Deklarasi Balfour dan telah diluluskan oleh Liga Bangsa-Bangsa Majlis pada 24 Julai, 1922, walaupun mereka secara teknikal adalah tidak rasmi sehingga September 29, 1923. Amerika Syarikat bukan merupakan ahli Liga Bangsa-bangsa, tetapi satu resolusi bersama Kongres Amerika Syarikat pada 30 Jun, 1922, telah meluluskan konsep “Home” Kebangsaan Yahudi. Seperti Deklarasi Balfour, sistem Mandat adalah diiktiraf sebagai "sambungan sejarah orang Yahudi dengan Palestin," . Ssitem mandat ini menyeru kuasa mandatori untuk "menjamin penubuhan rumah negara Yahudi," dengan "agensi yang sesuai Yahudi" akan ditubuhkan untuk mendapatkan nasihat dan kerjasama untuk mencapai matlamat ini. Maka dengan itu, Pertubuhan Dunia Zionis, yang telah diiktiraf sebagai cara yang sesuai bagi merealisasikan penubuhan rumah negara Yahudi. Pertubuhan Zionis ini secara rasmi

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

menubuhkan Agensi Yahudi pada tahun 1929. Hak imigresen Yahudi dipermudahkan, di samping memastikan bahawa "hak dan kedudukan bahagian-bahagian lain penduduk tidak berprasangka." Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, dan Ibrani semua untuk menjadi bahasa rasmi. Pada bulan Mac 1921, Winston Churchill mengadakan persidangan peringkat tinggi di Kaherah untuk mempertimbangkan dasar Timur Tengah. Sebagai hasil perbincangan ini, Britain yang dipecahbahagi Mandat Palestin di sepanjang Sungai Jordan-Teluk Aqaba selaras. Bahagian dipanggil timur Jordan adalah untuk mempunyai pentadbiran Arab operasi berasingan di bawah pengawasan secara am pesuruhjaya untuk Palestin, dengan Abdullah dilantik sebagai amir. Satu memorandum kerajaan British pada September 1922 ("The Churchill Kertas Putih"), yang diluluskan oleh Liga Bangsa-Bangsa Majlis khusus dikecualikan penempatan Yahudi dari kawasan Jordan Mandat Palestin. Keseluruhan proses ini bertujuan untuk memenuhi janji perang yang dibuat kepada orang-orang Arab dan pada menjalankan tanggungjawab di bawah Mandat British. Mandat Di Palestin Mandat British bagi Palestin, juga dikenali sebagai Mandat Palestin dan Mandat Palestin adalah sebuah suruhanjaya di sisi undang-undang bagi pentadbiran Palestin, draf yang telah disahkan secara rasmi oleh Majlis Liga Bangsa-Bangsa pada 24 Julai 1922 dan yang berkuat kuasa pada 26 September 1923. Dokumen tersebut adalah berdasarkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Perkara 22 Perjanjian draf Liga Bangsa-Bangsa dan San Remo Resolusi 25 April tahun 1920 dikaitkan berkuasa selepas Perang Dunia Pertama. Mandat dirasmikan British di bahagian selatan Uthmaniyah Syria dari 1923-1948. Dengan persetujuan Pertubuhan Liga Bangsa-Bangsa pada 16 September 1922, UK telah dibahagikan wilayah Mandat kepada dua kawasan pentadbiran. Palestin, di bawah pemerintahan British secara langsung, dan Transjordan autonomi di bawah pemerintahan keluarga Hashemite dari Kerajaan Hijaz Arab Saudi. Berikutan memorandum 1922 Transjordan, kawasan timur sungai Jordan dikecualikan daripada peruntukan-peruntukan Mandat yang berkaitan dengan perkara utama negara Yahudi. 3.2 Sistem Mandat di Mesir

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Peta Negara Mesir Bendera Mesir Logo Negara Mesir Latar Belakang Mesir Mesir atau dalam Bahasa Arab iaitu “ Miṣr ” merupakan sebuah negara di Afrika Utara. Mesir bersempadan dengan Libya, Sudan, Jalur Gaza dan Israel serta Laut Mediterranean dan Laut Merah. Walaupun Mesir mempunyai keluasan tanah yang besar (1 juta km², kebanyakan penduduknya mendiami kawasan-kawasan tebing Sungai Nil, terutamanya bandar Kaherah dan Iskandariah. Bandar Kaherah merupakan ibu kota bagi Negara Mesir. Kawasan Mesir merupakan tapak tamadun awal Mesir Purba. Monumen-monumen bersejarah Mesir Purba seperti Piramid Giza, Sphinx, Kuil Luxor dan sebagainya menjadi tarikan berjuta-juta pelancong luar negeri setiap tahun. Kini, Mesir merupakan antara negara Arab terpenting di Timur Tengah. Lembah Nil sudah menjadi kawasan petempatan kekal manusia sejak Zaman Paleolitik. Penduduk awal Mesir bertanam cucuk, memburu, serta memancing untuk menyara hidup. Menjelang 6000 S.M., kehidupan penduduk Mesir menjadi lebih berorganisasi. Firaun Menes telah menyatukan wilayah-wilayah di lembah Nil dan menubuhkan kerajaan Mesir yang pertama pada 3200 S.M. Dengan ini, pemerintahan Mesir secara dinasti telah bermula. Pada pensejarahan awalnya, di bawah Firaun Ptolemaic Cleopatra, Mesir ditewaskan dan ditakluk oleh Empayar Rom selepas Perang Actium. Selepas pemisahan Empayar Rom, Mesir diletakkan di bawah Empayar Rom Timur, iaitu Empayar Byzantine yang beragama Kristian. Pada 639 M., Mesir dikuasai oleh kerajaan Arab yang dipimpin oleh Khalifah. Pada zaman inilah penduduk Mesir memeluk agama Islam. Selepas itu, Mesir kemudiannya dijajah oleh kerajaan Turki Uthmaniyah. Seterusnya, Mesir jatuh ke tangan British setelah kejatuhan Turki Uthmaniyah. Mandat di Mesir Kesan daripada penjajahan demi penjajahan oleh kuasa luar terutamanya selepas peristiwa pembahagian wilayah oleh British serta terbentuknya sistem mandat British terhadap Mesir telah menyebabkan Mesir bertindak bangkit untuk berjuang menuntut kemerdekaan Mesir. Justeru itu, banyak perjuangan oleh negara Mesir telah lakukan untuk menuntut kemerdekaan daripada British. Tuntutan kemerdekaan ini berpunca daripada beberapa faktor penjana yang berikut iaitu pertikaian antara kerajaan Uthmaniyyah dan British mendorong kepada pengambilan kawasan Mesir oleh pihak British pada 1914. Seterusnya British telah melantik Husayn Kamil sebagai Sultan Mesir yang pertama.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Bertitik tolak akibat daripada gerakan nasionalisme yang hebat daripada pejuang-pejuang nasionalis Mesir, British telah mengisytiharkan kemerdekaan Mesir pada 22 Februari 1922. Dengan pengisytiharan kemerdekaan tersebut telah membentuk satu kerajaan baru ditubuhkan dan bersifat raja berperlembagaan. Pada 1948, Mesir turut terlibat dalam serangan oleh negara-negara Arab terhadap Israel tetapi kalah dalam perang tersebut. Kesan daripada kekalahan tersebut, golongan nasionalis yang tidak puas hati telah menggulingkan institusi monarki pada 1952 dalam Revolusi Mesir dan mengisytiharkan Republik Arab Mesir pada 1953. Gamal Abdel Nasser menjadi Presiden Republik pada 1954 dan mengisytiharkan kemerdekaan penuh daripada United Kingdom. Tindakan Abdel Nasser yang menjadikan Terusan Suez milik Mesir pada 1956 telah membangkitkan kemarahan United Kingdom dan Perancis. Tindakan ini telah mengakibatkan konflik tentera, iaitu Krisis Suez. Kesan daripada konflik tersebut iaitu dalam Perang Enam Hari 1967, dua buah wilayah Mesir, iaitu Semenanjung Sinai dan Jalur Gaza ditakluk oleh Israel. Presiden Mesir iaitu Abdel Nasser meninggal dunia pada 1970 dan digantikan oleh Anwar Sadat. Pada 1973, Mesir dan Syria melancarkan Perang Yom Kippur bagi mendapatkan balik wilayah Semenanjung Sinai dan Bukit Golan yang telah di ambil oleh Israel dalam Perang Enam Hari tahun 1967. Seterusnya campur tangan pihak Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet berjaya memulakan gencatan senjata. Pada 1977, Anwar Sadat telah menandatangani perjanjian damai dengan Israel untuk mendapatkan balik Semenanjung Sinai. Tindakannya mencetuskan kemarahan dalam kalangan penduduk Arab di dalam dan luar Mesir. Pada 1981, Sadat telah dibunuh. Anwar Sadat yang mati dibunuh dalam satu acara perbarisan tentera memperingati Israel Arab, telah diganti oleh Hosni yang ketika itu berkhidmat dalam Tentera Udara Mesir dan Naib Presiden pada tahun 1975 di bawah Anwar. Anwar Sadat digantikan oleh Hosni Mubarak yang merupakan Presiden Mesir sehingga beliau digulingkan pada tahun 2011. Kesimpulannya, sistem mandat British di Mesir berjaya membawa kepada pengisytiharan kemerdekaan kepada Mesir pada 22 Februari 1922. Dengan ini juga satu jenis pentadbiran baru bagi Mesir yang berasaskan raja berpelembagaan telah berjaya dibentuk. Namun demikian, masih juga berlaku pergolakan dalaman yang masih tidak dapat dielakkan. Pergolakan itu melibatkan golongan atasan sendiri dan kemudiannya ditentang oleh rakyat Mesir sendiri. 3.3 Sistem Mandat di Iraq Latar Belakang Iraq

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Iraq dikenali sebagai Mesopotamia yang didefinisikan sebagai “di antara sungai-sungai” dalam bahasa Yunani. Mesopotamia telah menjadi tempat lahirnya peradaban dunia pertama yang terkenal. Di samping itu, budaya Sumeria, budaya Akkadia, Babylon dan Asyur telah meluas ke daerah-daerah lain sejak sekitar abad ke-500 SM. Peradabanperadaban tersebut turut memberikan sumbangan yang unik dalam penghasilan tulisan yang tertua dan sebahagian daripada ilmu pengetahuan matematik, hokum dan falsafah yang pertama di dunia. Fenomena sedemikian telah turut melahirkan wilayah Mesopotamia menjadi pusat yang dikenali sebagai “Buaian Peradaban”. Dalam peradaban Mesopotamia kuno mendominasi peradaban-peradaban lain yang sezaman dengannya. Pada abad ke-6 SM, Mesopotamia telah menjadi sebahagian daripada wilayah taklukan Parsi di bawah Koresy Agung selama 4 abad, sebelum ia diambilalih dan ditakluki oleh Alexander Agung dan berada di bawah kekuasaan Yunani selama 2 abad. Dalam abad tersebut, telah wujud satu suku bangsa Iran dari Asia Tengah yang dinamakan “Parthia” yang merebut wilayah tersebut. Selepas itu, ia turut ditakluki oleh Dinasti Sassanid selama 9 abad iaitu sehingga abad ke-7. Mandat British di Iraq I) Perlantikan Raja Faisal sebagai pemimpin Iraq oleh British Mandat British di Iraq adalah dibawah Perkara 22 dan merupakan mandat yang diamanahkan kepada Britain apabila Empayar Uthmaniyah terbahagi kepada dua pada Ogos tahun 1920 melalui Perjanjian Sevres dalam Perang Dunia I. Pada April 25 tahun 1920, persidangan untuk mebincangkan mandat British di Iraq telah diadakan di San Remo Itali. Dalam persidangan tersebut, Raja Faisal ibn Husayn telah disytiharkan sebagai Raja Syria oleh Kongres Negara di Damsyik pada Mac 1920. Selepas peperangan, kerajaan sivil Iraq diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi iaitu Sir Percy Cox dan timbalannya Kolonel Arnold Wilson. Namun demikian, kesan daripada mandat yang British perolehi di Iraq telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan nasionalis Iraq kerana mereka berpendapat bahawa mereka rasa dikhianati apabila British diberi status mandat di Iraq. Mereka merasakan bahawa hak istimewa rakyat Iraq sendiri telah dicerobohi. Persidangan di Kaherah pada Mac 1921 telah memberi British ruang untuk menguatkan mandatnya di Iraq. Hal ini kerana British telah menetapkan tahap-tahap bagi kehidupan politik di Iraq yang berterusan sehingga revolusi pada tahun 1958. Dalam persidangan itu, British telah memilih satu Hashemite iaitu Faisal ibn Husayn yang merupakan putera Sherif Hussein ibn Ali iaitu bekas kepada Sharif Mekah (Raja Pertama Iraq). Untuk mengesahkan kedudukan Raja Faisal itu, satu memorandum telah dibuat untuk mengambil pungutan suara

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

penduduk Iraq terhadap baginda. Sebanyak 96% sokongan yang diperolehi terhadap baginda. Perlantikan Raja Faisal dilihat oleh British sebagai pemimpin yang memiliki kelayakan nasionalis yang baik. Di samping itu, Raja Faisal merupakan keturunan daripada Nabi Muhammad dan nenek moyangnya telah lama memegang kuasa politik di kota-kota Mekah dan Madinah sejak abad ke-10. Oleh hal demikian, British telah melihat keadaan sedemikian sebagai satu piawaian untuk melantik Raja Faisal sebagai pemimpin di Iraq. II) Perjanjian baru Anglo-Iraq tahun 1922

Dalam perjanjian Anglo-Iraq 1922, Raja Faisal telah berada dalam tekanan daripada para nasionalis yang anti-British iaitu mujtahid anti-British Najaf dan Karbala. Dalam perjanjian Anglo-Iraq, perjanjian tersebut menyatakan bahawa Raja akan mengikut nasihat British ke atas semua perkara yang menyentuh kepentingan British. Di samping itu, pegawai-pegawai British berkuasa untuk dilantik ke jawatan yang dinyatakan dalam lapan belas jawatan untuk bertindak sebagai penasihat. Dalam perjanjian yang berkaitan dengan kewangan, Iraq dikehendaki membayar separuh daripada kos menyokong pegawai Residen British. Maksudnya, Iraq harus membayar perbelanjaan sebagai gaji kepada pegawai-pegawai British. Oleh hal demikian, beban kewangan dan hutang Iraq telah meningkat. Selain itu, British turut menyediakan pelbagai bantuan dalam aspek ketenteraan serta mencadangkan Iraq untuk menyertai ahli dalam Liga Bangsa-Bangsa. Tujuan utama British mencadangkan sedemikian kerana ia hanya untuk kepentingan politik dan ekonomi British yang bergantung kepada Britain. III) Penyusunan semula Tentera Udara Diraja Iraq

Pada tahun 1 Oktober 1992, pihak British telah menyusun semula tentera udara diraja Iraq menjadi sebagai perintah Iraq RAF yang berperanan untuk mengawal semua kuasa British di dalam kerajaan. Keputusan British di Persidangan Kaherah untuk menubuhkan tentera Iraq yang asli dianggap sesuatu yang penting. Hal ini kerana Iraq mengalami tekanan politik dan ekonomi yang runtuh di mana ia berkaitan dengan Raja, tentera mendapat kuasa yang semakin meningkat. Lebih-lebih lagi kerana pegawai-pegawai yang asli dipengaruhi oleh elemen puak Syiah (Sunni) yang pernah berkhidmat di bawah Uthmaniyah. 3.3.1 Pengawalan Mandat British Di Iraq Selepas peperangan, isu tentang minyak telah timbul. Pada tahun 1914, Syarikat Petroleum Turki (TPC) telah mendapat kebenaran untuk menggali minyak di Mosul. Pemilik TPC terdiri daripada Bank Jerman (25%), Syarikat Petroleum Inggeris Saxon (Royal Dutch-22/2%),

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Inggeris–Parsi (47 ½ %), dan Calouste Sarkis Gulbenkian (5%). Mosul telah memberikan Perancis mengikut persetujuan Sykes Picot. Pada tahun 1918, Inggeris berhasrat untuk mendapatkan Mosul sebagai tuntutan ke atas Mesopotamia. Dalam Persidangan Damai Paris, kedua-dua kuasa yang berasingan tersebut telah bersetuju dengan perjanjian Long-Berenger. Ia dibahagikan sama rata kepada Inggeris dan perancis untuk hak menggali minyak di Galicia, Rumania dan Rusia. Mereka bersetuju untuk membenarkan pihak lain membeli 34% daripada minyak yang terdapat di tanah jajahan masing-masing. Pihak Perancis memperolehi 25% saham Bank Jerman dalam syarikat sebagai tukaran bagi pembinaan saluran paip oleh Inggeris di bawah kuasa Perancis iaitu dari Mesopotamia sehingga ke Laut Meditteranean. Dalam satu lagi persetujuan pada tahun 1920, Perancis Berjaya mendapat hak pembelian 25% daripada minyak mentah yang dihasilkan oleh syarikat Inggeris-Parsi yang menggunakan saluran paip. Kerajaan Amerika kemudiannya mendesak syarikat-syarikat Amerika supaya mengambil bahagian di Iraq. Namun demikian, di San Remolah Britain dan Perancis menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi mereka di Timur Tengah. Kesimpulannya, pada tahun 1932, Iraq telah mencapai kemerdekaan di mana kerajaan Iraq telah mengisytiharkan dengan serta-merta bahawa Kuwait adalah hak wilayah Iraq kerana ia merupakan sebahagian daripada Iraq. Iraq dan Pan-Arab Nasionalis semasa Perang Dunia II digalakkan bergabung Vichy Perancis iaitu mandat Lubnan dan Syria bersama-sama dengan mandat British di Palestin dan Jordan menjadi satu negeri bersama dengan Iraq. Nasionalis Iraq dan Pan-Arab Nasionalis Nuri Pasha telah menyokong menintergrasikan Iraq dan Syria bersama-sama dalam negara yang tunggal pada tahun 1949. 3.4 Objektif Pembentukan Sistem Mandat Objektif rasmi Liga sistem Mandat Bangsa-Bangsa adalah untuk mentadbir bahagian Empayar Uthmaniyyah yang tidak berfungsi lagi, yang telah kawalan Timur Tengah sejak abad ke-16, kerana mereka mampu untuk berdiri sendiri. Wilayah ini ditadbir oleh negara yang lebih maju sehinggalah wilayah tersebut mampu berdiri sendiri. Oleh itu, sistem mandat adalah bertujuan untuk membantu negara yang lemah iaitu dengan memberikan kuasa memerintah kepada negara maju bagi mentadbir wilayah negara yang lemah. Namun demikian, perlaksanaan sistem Mandat jika dikaji turut mempunyai dua sudut pandangan yang berbeza yang mempunyai nilai hitam putihnya. Sudut pandangan yang pertama adalah kebaikan kepada British dan yang kedua pula ialah kesan kepada orang Arab sendiri.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

3.5 Kesan Pembentukan Sistem Mandat A. Rakyat Peribumi Kehilangan Hak Memerintah Pembentukan sistem Mandat secara tidak langsung telah menyebabkan rakyat peribumi bagi negara mereka sendiri kehilangan kuasa hak memerintah. Ini kerana, melalui sistem Mandat yang British perkenalkan, iaitu penguasaan wilayah oleh negara maju. Apabila negara lain yang diberikan hak kekuasaan untuk mentadbir sesebuah wilayah, maka secara langsung hal-hal pentadbiran wilayah tersebut adalah di bawah kawalan kekuasaan negara maju yang memerintah. Misalnya British mempunyai mandat terhadap Iraq. Maka, sistem pentadbiran di Iraq juga adalah berorientasikan sistem pemerintahan British. Setiap agenda pentadbiran juga haruslah melalui bersetujuan Bristish sebelum ianya dijalankan. B. Lahirnya Golongan Nasionalis

Sistem mandat juga turut menyumbang kepada lahirnya golongan nasionalis. Golongan nasionalis ini dianggap sebagai pencetus perjuangan menuntut kemerdekaan. Golongan ini adalah golongan yang tidak berpuas hati terhadap perlaksanaan sistem mandat. Hal ini kerana, mereka merasakan adalah tidak adil bagi sistem tersebut dilakukan terhadap wilayah mereka. Sistem tersebut adalah dianggap menindas penduduk asal wilayah. Hakhak istmewa penduduk asal juga turut ditindas. Contohnya tentang hak cukai tanah di Iraq. Di mana rakyatnya haruslah membayar cukai tanah untuk mengebumikan mayat di tanah air sendiri. Justeru itu, maka bangkitlah beberapa golongan nasionalis untuk menuntut hak mereka sebagai penduduk asal serta dalam masa yang sama turut menuntut kemerdekaan negara mereka. Maka, antara salah satu tindakan pihak nasionalis ialah apabila nasionalisme Iraq amat berpengaruh dalam Gerakan Kemerdekaan Iraq daripada penjajahan British. Di samping itu, nasionalisme Iraq menjadi Revolusi untuk menentang penjajahan British pada tahun 1920 dan Revolusi 1958 terhadap monarki British. C. Wujudnya Pemberontakan

Memang tidak dinafikan bahawa pemberontakan akan berlaku apabila hak istimewa dicabuli. Kewujudan sebagai penghuni asal juga turut dianggap tidak penting, malah pihal luar yang menduduki dan menumpang di negara mereka yang sebaliknya diiktiraf akan kewujudannya. Malah juga, penduduk asal diketepikan kerakyatannya dan penduduk luar dijaga

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

kebajikannya. Hal inilah yang membakar semangat dalam kalangan orang Arab apabila suara hati dan hak istimewa mereka dicerobohi. Lantaran bertitiktolak daripada penindasan pihak luar terhadap penduduk Arab telah mengakibatkan pemberontakan berlaku. Contohnya di Palestin. Rakyat Palestin memberontak kerana hak mereka telah dirampas oleh bangsa Yahudi yang merampas negara mereka dan menubuhkan negara baru di Palestin iaitu Israel.Siri-siri pemberontakan inilah yang mengakibatkan pertumpahan darah bagi menuntut bela hak orang Arab di Palestin. Antara contoh lain pemberontakan lain pula ialah seperti tercetusnya Revolusi Besar Iraq 1920. Pemberontakan tersebut dipimpin oleh Sheikh Mehdi Al-Khalissi iaitu merupakan pemimpin Syiah yang terkenal. Manakala pemberontakan anti-British pula dilakukan oleh orang Kurd di bahagian Utara yang mempunyai objektif yang sama dengan penduduk Iraq iaitu untuk menuntut kemerdekaan. Pemberontakan orang Kurd dipimpin oleh pemimpin Kurdish, Sheikh Mahmoud Barzinji. Konklusinya, pembentukan sistem mandat mempunyai hitam putihnya. Bagi British, sistem mandat tersebut dianggap sebagai satu usaha untuk membantu negara lemah dengan menjadikan negara lemah tersebut sebagai sebahagian daripada wilayah jajahan baru. Namun yang sebenarnya, jika dilihat pada sudut yang lain pula, pembentukan sistem mandat tersebut hanyalah dijadikan sebagai batu loncatan pihak British untuk terus mencengkam dan menjajah negara-negara Arab. Hal ini sudah termaktub dalam pensejarahan Eropah bahawa, kekuasaan adalah ditentukan oleh keluasan wilayah jajahan takluk. 4.0 KRONOLOGI PENENTANGAN NEGARA-NEGARA ARAB YANG LAIN.

Tahun 1900 Nama negara Balkan ialah berasal daripada bahasa Turki yang bermaksud “Gunung.” Negara Balkan mula menggunakan nama tersebut sejak awal kurun ke-19. Pada kurun ke14, kerajaan Islam Uthmaniyah telah menakluki kawasan Balkan dan memerintah kawasan tersebut lebih daripada 500 tahun. Namun demikian, pengaruh Islam kerajaan Uthmaniyah telah mula terhakis apabila Empayar Austro-Hungarian di sebelah utara telah bangun pada kurun ke-17. Aspek politik negara Balkan telah mengalami permodenan apabila negara tersebut telah memeterai Perjanjian Berlin pada tahun 1878. Ekoran daripada perjanjian tersebut, negara negara Serbia, Montenegro dan Romania telah mendapat kemerdekaan. Selain itu, Perjanjian Berlin turut mewujudkan pembentukan sebuah negara yang baru

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

bernama Bulgaria. Manakala Slovenia dan Croatia masih dikekalkan dibawah kekuasaan Austria - Hungary yang juga menguasai Bosnia -Herzegovina. Tahun 1913 Pada abad ke-20, Empayar Islam Turki Uthmaniyah mengalami detik kejatuhan. Fenomena sedemikian telah menyemarakan lagi semangat untuk menuntut kemerdekaan di seluruh negara Balkan. Pada tahun 1912, peperangan yang meletus telah menyebabkan sempadan Empayar Turki telah dicerobohi oleh tentera Montenegro. Oleh hal demikian, Serbia, Bulgaria dan Greece telah mengambil kesempatan tersebut dengan mengisytiharkan perang terhadap Turki. Malah, peperangan tersebut turut dapat dikatakan sebagai satu peluang kepada Kesatuan Negara-Negara Balkan kerana mereka berjaya mengusir orang-orang Islam Turki keluar daripada Kosovo, Macedonia dan Albania. Kemudian peperangan juga tercetus di antara Serbia dan Bulgaria dan akhirnya berjaya menguasai keseluruhan Kosovo termasuklah Macedonia. Pada tahun 1914, kerajaan Austria – Hungary yang memerintah Bosnia-Herzegovina telah menghantar Raja heir Franz Ferdinand untuk menyelesaikan perbalahan yang timbul. Namun demikian, usaha beliau gagal malah mati dibunuh di Sarajevo oleh seorang nasionalis Serbia. Oleh itu, keadaan tersebut telah menyebabkan tercetusnya perang dunia pertama. Tahun 1920 Selepas meletusnya perang dunia pertama di antara Austria dan Hungary, Perjanjian damai Versailles telah dibentuk. Perjanjian tersebut bertujuan untuk membina semula sempadan negara-negara di Balkan. Di samping itu, kemerdekaan turut muncul di negara-negara yang sudah mendapat kemerdekaan seperti Serbia, Crotia dan Slovenia. Pada tahun 1929, nama negara Serbia tersebut ditukarkan kepada Yugoslavia yang bermaksud “Tanah Orang Serbia Selatan” oleh Raja Alexander I. Namun demikian, pemerintahan di negara tersebut telah menimbulkan semangat anti-Serbia dalam kalangan bangsa lain kerana puak Serbia masih mendominasikan pemerintahan. Fenomena sedemikian dapat dibuktikan dalam kalangan puak Crotia yang menuntut kemerdekaan sehingga berlakunya pembunuhan kejam Alexander dalam tahun 1934. Tahun 1941 di samping itu, perang dunia kedua telah mewujudkan politik yang baru di negara Balkan. Hal ini kerana semasa tentera Jerman menakluki Balkan, mereka mendapat kerjasama yang baik daripada puak Crotia. Selain itu, pemerintah Jerman iaitu Hitler telah menghadiahkan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

orang-orang Crotia sebuah kerajaan boneka yang mempunyai kuasa terhadap Bosnia. Malah, orang-orang Serbia, Yahudi, Gipsi dan anti-fascist Crotia telah dibunuh dengan kejam di kem-kem tahanan di Crotia. Keadaan sedemikian telah menyebabkan Serbia jatuh ke tangan tentera Jerman. Manakala Itali telah menguasai Montenegro. Kumpulan pemberontak yang diketuai Josip Broz Tito, seorang pengamal Komunisme, dan Dragoljub Mihailovic, seorang nasionalis Serbia, bersatu menentang Jerman. Kosovo pula diawasi oleh tentera Albania dan Itali, manakala tentera Bulgaria menawan Macedonia. Tahun 1945 Pada tahun 1945, Yugoslavia telah diisytiharkan sebagai negara sosialis oleh Marshall Tito. Di samping itu, pihak komunis telah berjaya membentuk sebuah kerajaan yang diiktiraf oleh masyarakat dunia. Ia terbahagi kepada 6 negeri iaitu - Croatia, Montenegro, Serbia, Slovenia, Bosnia-Herzegovina, dan Macedonia. Di Serbia, dua wilayah diberikan kuasa autonomi iaitu Kosovo dan Vojvodina. Pemerintah komunis menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak Barat untuk memastikan perniagaan dan ekonomi negara menjadi kukuh. Tetapi semangat kebangsaan dan ketegangan mula timbul antara puak akibat daripada ketidakadilan pengagihan kekayan negara dan hutang negara yang banyak. Selepas kematian Tito dalam tahun 1980, ramai yang menyangka bahawa negara komunis ini tidak akan bertahan lama tetapi ia dapat bertahan selama 10 tahun. Tahun 1992 Pada tahun 1992, Yugoslavia mengalami detik perpecahan. Hal ini kerana fahaman Nasionalis telah mengambil alih tempat fahaman Komunisme. Negara Slovenia dan Crotia merupakan negara yang mencetuskan permusuhan dengan negara Serbia. Permusuhan tersebut menyebabkan peperangan di Crotia dan mengakibatkan ratusan ribu rakyat menjadi pelarian dan fenomena sedemikian menyingkap kembali peristiwa yang berlaku di awal tahun 40an. Selain itu, peperangan turut meletus di Bosnia. Dalam peperangan tersebut, puak Serbia mendapat sokongan padu daripada puak pelampau di Belgrade. Malah, operasi penghapusan orang-orang Islam turut dirancang dan dilaksanakan dengan teliti. Pada awal tahun 1993, kerajaan Islam Bosnia telah berkubu di bandar Sarajevo akibat dari kepungan oleh pihak Serbia. Pada ketika ini Serbia telah menguasai 70 % kawasan Bosnia. Di tengah Bosnia, sekumpulan orang Islam Bosnia yang lain menghadapi tentangan daripada bangsa

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Croatia-Bosnia. Walaupun dengan kehadiran pihak keselamatan PBB, peperangan dan pembunuhan masih berlaku.

Tahun 1995 Kekejaman pihak Serbia ke atas Bosnia telah dikecam hebat oleh kerajaan Amerika. Hal ini kerana kerajaan Amerika telah mengenakan tekanan terhadap Serbia supaya menamatkan perang. Tekanan sedemikian telah menghasilkan termeterainya Perjanjian Dayton pada November tahun 1995 yang menghasilkan dua kerajaan. Kerajaan tersebut merupakan kerajaan berasingan di Bosnia iaitu Republik Bosnia-Serb dan Republik Islam bosnia-Croatia. Objektif utama perjanjian adalah untuk kedamaian dan keamanan yang mahu diwujudkan di Bosnia serta melindungi hak-hak asasi manusia. Namun demikian, perjanjian perdamaian tersebut tidak memasukkan dan membincangkan tentang isu penghapusan etnik. Di samping itu, Pihak Islam-Croat dan Serbia mempunyai kerajaan , parlimen dan tenteranya sendiri. Nato pula telah mengetuai pasukan keselamatan di Bosnia untuk memastikan ketenteraman awam terjaga. Walaubagaimanapun, mereka juga mempunyai kuasa untuk menangkap penjenayah perang disamping tugas-tugas biasa. Tahun 1998 Pada tahun 1998, Yugoslavia masih berada dalam kancah peperangan. Selepas hal ini kerana selepas sembilan tahun pemansuhan kuasa autonomi, tentera pembebasan Kosovo yang disokong oleh majoriti etnik Albania telah dihidupkan kembali untuk menghadapi tentangan terbuka terhadap pihak Serbia. Namun demikian, masyarakat antarabangsa menentang gerakan tersebut dan menuntut kemerdekaan dari Serbia. Manakala, hubungan di antara Serbia dengan Montenegro mula menunjukkan keretakan. Ketua Reformasi Montenegro melancarkan serangan habis-habisan terhadap Serbia yang diketuai oleh Slobodan Milosevic. 5.0 PENILAIAN

Kemerdekaan sememangnya merupakan sesuatu yang penting dalam sesebuah negara. Hal ini kerana tanpa negara yang merdeka,tidak mungkin sesebuah negara dapat berdiri dengan teguh serta rakyatnya hidup dalam keadaan aman dan damai. Seperti yang kita lihat di negara-negara Arab iaitu Palestin, Mesir dan Iraq telah berusaha untuk menuntut kemerdekaan dan membebaskan negara daripada belenggu penjajah.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Sudah semestinya mengikut pandangan semesta (world view), kemerdekaan menjadi kunci kepada sesebuah negara tidak puas hati dan marah apabila tanah air mereka dikuasai oleh golongan atau bangsa lain. Sebagai contohnya, penduduk Palestin mempunyai perasaan yang marah dan sedih kerana tanah air mereka dikuasai oleh bangsa Yahudi. Keadaan sedemikian telah memperlihatkan bahawa penguasaan bangsa lain terhadap tanah air sudah sememangnya memberikan pelbagai kesulitan terhadap penduduk asal tanah air tersebut. Dengan menjadikan Palestin sebagai contoh, rakyatnya terpaksa hidup dalam keadaan takut dan menderita setiap hari. Berbalik kepada kemerdekaan, perjuangan kemerdekaan yang dilakukan di Palestin, mesir dan Iraq adalah timbul ekoran daripada sistem mandat yang dilaksanakan oleh British serta untuk membebaskan tanah air mereka daripada British. Sebelum penguasaan British terhadap ketiga-tiga negara tersebut, tiga negara tersebut adalah dibawah penguasaan Empayar Turki Uthmaniyah. Selepas empayar tersebut kalah dalam perang dengan British, maka British telah mengambilalih untuk menguasai ketiga-tiga negara tersebut dengan kebenaran dan pemberian mandat kepada British oleh Liga Bangsa-Bangsa. Selepas pemberian mandat oleh Liga-Liga Bangsa terhadap British, maka British mempunyai kuasa untuk menjalankan pentadbiran di Palestin, Mesir dan Iraq. Mengikut sistem mandat, British dapat menjalankan pentadbiran mereka di wilayah tertentu. Oleh hal demikian, sistem mandat tersebut telah menimbulkan tidakpuasan hati rakyat di Palestin, Mesir dan Iraq. Mereka telah bangkit untuk berjuang membebaskan negara daripada belenggu British. Dalam kes di Palestin, mandat British di Palestin telah menimbulkan penentangan daripada orang Arab. Hal ini kerana orang Arab Palestin merasakan sistem mandat telah menyebabkan hak mereka untuk mentadbir negara sendiri hilang kerana kawalan pentadbiran dimiliki oleh bangsa Eropah. Daripada situasi tersebut, dapat dilihat bahawa amat tidak adil kerana ia merupakan satu penguasaan dalam aspek politik di Palestin. Di samping itu, Deklarasi Balfour adalah merupakan satu pengisytiharan yang dapat dikatakan melampau. Hal ini kerana Deklarasi Balfour dianggap telah memberikan ruang serta peluang kepada bangsa lain iaitu Yahudi untuk menguasai tanah air orang Palestin. Seperti yang kita tahu, ia untuk “menjamin penubuhan rumah negara Yahudi” dan “agensi sesuai Yahudi”. Pemberian tersebut adalah 100% merupakan satu bentuk penindasan terhadap orang Palestin dan pencabulan hak rakyat asal tanah air untuk memerintah negara sendiri. Selepas pengisytiharan tersebut, tanah air orang Palestin telah dirampas oleh orang Yahudi. Dengan melihat dari sudut moral, orang Yahudi merupakan “makhluk paling kejam di bumi”. Hal ini kerana mereka tidak mengenang budi dan membalas jasa murni orang Palestin yang

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

sanggup membenarkan mereka mendapatkan perlindungan di Palestin sebagai tempat tinggal. Malah, mereka merampas tanah air orang Palestin. Keadaan sedemikian dapat disamakan dengan pepatah iaitu “harapkan pagar, pagar makan padi”. Namun demikian, Amerika syarikat dan British turut menjadi pihak yang kejam kerana memberikan kuasa kepada Yahudi untuk merampas Palestin. Manakala mandat British di Mesir pula telah menimbulkan perjuangan orang Mesir untuk menentang British. Perjuangan tersebut dilihat sebagai satu usaha rakyat Mesir untuk menghakiskan perlaksanaan sistem mandat British di negara mereka. Akhirnya ia membawa kepada kemerdekaan Negara Mesir pada 22 Februari 1922. Mandat British di Iraq pula, mandat British bukan sahaja menguasai dalam aspek politik, malah ia turut diperluaskan dalam aspek ekonomi. Hal ini kerana British telah membenarkan negara Eropah yang lain untuk menguasai minyak di Iraq. Sebagai contohnya, Parsi dengan kerjasama daripada Inggeris telah menguasai sebanyak 47 1/2 % mendominasikan penggalian minyak di Iraq. Keadaan sedemikian dapat disimpulkan bahawa rakyat atau syarikat Iraq sendiri kehilangan hak untuk menggali minyak. Ia telah mewujudkan ketidakadilan dalam ekonomi rakyat Iraq di negara sendiri. Oleh hal demikian, mandat British di Iraq telah menyebabkan timbulnya pemberontakan bersenjata rakyat Iraq terhadap British kerana penguasaan British di Iraq. Pemberontakan bersenjata tersebut telah meninggalkan kesan negatif kerana ramai rakyat Iraq dan tentera British yang terkorban dalam pemberontakan. Walaupun British melantik seorang pemimpin iaitu Raja Faisal ibn al-Husyn untuk memerintah Iraq, namun demikian perlantikan tersebut hanya semata-mata untuk menjaga kepentingan British di Iraq. Raja Faisal dapat dianggap sebagai Raja boneka British. 6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kemerdekaan amat penting dan tidak ternilai harganya. Hal ini kerana, demi memperjuangkan sebuah kemerdekaan, nyawa manusia turut terkorban selain melibatkan kemusnahan harta benda. Senario ini dapat kita kaji dan lihat sendiri seperti mana yang telah berlaku di negara-negara Arab seperti Palestin, Mesir dan Iraq. Negara tersebut bermati-matian dalam memperjuangkan hak kemerdekaan dalam tanah air sendiri. Penindasan demi penindasan serta kekejaman demi kekejaman sering kali berlaku di negara tersebut oleh pihak luar. Penderitaan rakyat Negara Arab bermula sebaik sahaja berlakunya pembahagian wilayah yang dilakukan oleh British menerusi pembentukan Sistem Mandat selepas jatuhnya empayar Turki Uthmaniyah. Jika dilihat pada perspektif yang berbeza, perlaksanaan sistem

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

mandat tersebut mempunyai dua bentuk tafisirannya. Pertama, sistem mandat tersebut telah dianggap oleh British sebagai satu usaha bagi membantu negara lemah degan menjadikannya sebagai sebahagian wilayah jajahan. Namun yang sebenarnya jika dilihat pada perspektif yang kedua pula iaitu, sistem tersebut adalah bertindak sebagai batu loncatan kepada British untuk meluaskan memperkukuhkan wilayah kekuasaannya. Rujukan Barkey, Karen. Empire of Difference: The Ottomans in Comparative Perspective. (2008) 357pp Amazon.com, excerpt and text search Creasy, Sir Edward Shepherd. History of the Ottoman Turks: From the beginning of their empire to the present time. R. Bentley and Son, 1877. Finkel, Caroline. Osman's Dream: The Story of the Ottoman Empire, 1300–1923. John Murray, 2005. ISBN 0-7195-5513-2. Amazon.com, excerpt and text search Goodwin, Jason. Lords of the Horizons: A History of the Ottoman Empire (2003) Amazon.com, excerpt and text search Imber, Colin. The Ottoman Empire, 1300–1650: The Structure of Power. Palgrave Macmillan, 2002. ISBN 0-333-61386-4. Inalcik, Halil and Quataert, Donald, ed. An Economic and Social History of the Ottoman Empire, 1300–1914. 1995. 1026 pp.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

PENGENALAN KEPADA PEMBENTUKAN MALAYAN UNION Nurul Syafika Sya_syafika91@yahoo.com Abstrak Malayan union merupakan suatu rancangan yang telah lama difikirkan oleh kerajaan British. Ianya merupakan rancangan yang difikirkan semenjak Jepun menguasai Singapura pada bulan Februari 1942. Pejabat Tanah Jajahan di Landon membuat kajian tentang masalah yang perlu diberi perhatian dalam merancang masa depan tanah Melayu. Hal ini kerana faktor yang menyebabkan Tanah Melayu ditawan dengan mudah oleh Jepun masa perang dunia kedua ialah masalah penyelarasan, akibat daripada sistem pemerintahan yang berbeza. Oleh itu, satu rancang telah diatur untuk menggubal satu sistem politik yang dianggap sesuai bagi Tanah Melayu. Pengenalan Pada akhir tahun 1943, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan menyerahkan satu memorandum kepada Kabinet Perang British yang mencadangkan beberapa syarat utama tentang perubahan terhadap perlembangan Tanah Melayu. Kerajaan British menganggap Tanah Melayu sebagai satu kawasan penting dari segi keselamatan yang perlu dipertahankan. Pada bulan Julai 1943, Pejabat Tanah Jajahan menubuhkan Unit Perancangan Tanah Melayu (MPU) bagi menggubal Perlembangan Tanah Melayu. MPU dianggotai oleh bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Pada awalnya, MPU mempunyai enam orang pegawai kemudiannya ditambah menjadi 40 orang pada awal tahun 1944. Selepas itu, sebuah Jawatankuasa Kabinet mengenai Malaya dan Borneo dibentuk pada 16 Januari 1944 dan dipengerusi oleh Clement Attlee. Jawatankuasa ini juga dianggotai oleh Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan, Oliver Stanley dan dibantu oleh Edward Gent. Mereka ditugaskan untuk mengkaji pelbagai perkara termasuk cadangan menyatukan negeri-negeri di Tanah Melayu. Pada 31 Mei 1944, Mesyuarat Kabinet Perang British bersetuju pada dasarnya cadangan tentang masa depan Tanah Melayu dan Borneo. Semasa para pegawai MPU sedang

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

menggubal Perlembangan Tanah Melayu, tiga memorandum telah dikemukan kepada Pejabat Tanah Jajahan. Memorandum pertama dihantar oleh Persatuan British Malaya dan memorandum persendirian oleh Tan Cheng Lock. Manakala memorandum ketiga dihantar oleh kesatuan pelajar-pelajar melayu Great Britain. Memorandum Persatuan British Malaya mencadangkan supaya Negeri-Negeri Melayu, termasuk Seberang Perai dan Melaka digabungkan di bawah satu pemerintahan. Pulau Pinang dan Singapura terus kekal sebagai Tanah jajahan British. Manakala memorandum Tan Cheng Lock pula mencadangkan semua Negeri-Negeri Melayu termasuk Pulau Pinang, Melaka dan Singapura digabungkan ke dalam satu kesatuan atau persekutuan. Gabungan ini hendaklah ditadbirkan sebagai satu unit pemerintahan dan tidak dibahagi-bahagikan. Walau bagaimana pun kerajaan British sedar masih wujud beberapa kelemahan dalam rancangan membina Mayan Union ini tetapi mereka masih mahu meneruskannya. Matlamat utama kerajaan British adalah untuk menjadikan penduduk tempatan dan orang asing sama rata sebagai rakyat Tanah Melayu yang dikenali dengan nama “Malayan”. Pada 3 September 1945, Kabinet British bersetuju menerima dasar „penyatuan‟ Tanah Melayu memutuskan di bawah rancangan Malayan Union. Oleh itu, Kabinet British memutuskan untuk menghantar Sir Harold Mac Michael ke Tanah Melayu bagi mendapatkan persetujuan daripada raja-raja Malayu. Pada 11 Oktober 1945, Sir Harold Mac Michael telah tiba ke Tanah Melayu dan menjadi sebagai wakil khas kerajaan British. Kertas putih Malayan Union hanya dibentangkan di Parlimen British pada 10 Oktober 1945 iaitu sehari sebelum rombongan Mac Michael tiba di Tanah Melayu. Dalam laporannya Harold Mac Michael menyatakan tujuan kedatangan beliau adalah untuk mendapatkan persetujuan rasmi rajaraja Melayu ke atas satu perjanjian yang memberi Tanah Melayu “taraf kemerdekaan dan berkerajaan sendiri daalm lingkungan Komanwel”. Oleh itu, Mac Michael dapat menyelesaikan tugas untuk mendapatkan persetujuan daripada semua sembilan orang RajaRaja Melayu dalam tempoh yang singkat iaitu 22 hari sahaja. PENUBUHAN MALAYAN UNION Malayan Union telah diisytiharkan pada 1 April 1946 di King `s House (Carosa Seri Negara) selepas perang Dunia Kedua. Edward Gent merupakan Gabenor pertama Malayan Union. Cadangan untuk rancangan Malayan Union diumumkan oleh Edward Gent, Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British buat pertama kali di Parlimen United Kingdom pada Januari 1994 . Pentadbiran Malayan Union ini dicadangkan bagi menggantikan pentadbiran Tentera British yang sebelum ini mentadbir Tanah Melayu.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Penubuhan Malayan Union juga adalah kerana selepas kekalahan Jepun Tanah Melayu telah mengalami kekosongan politik. Selepas itu, berlaku keganasan Bintang Tiga yang telah menguasai Tanah Melayu selama 14 hari sebelum pihak British datang. Parti Komunis Malaya (PKM) telah mengambil kesempatan menguasai Tanah Melayu melalui Malayan Peoples‟ Anti Japanese Army (MPAJA) selama 14 hari. Ia juga di kenali sebagai Bintang Tiga kerana lambang bintang tersebut mewakili kaum Cina, Melayu dan India . Akibat daripada tindakan PKM ini telah menyebabkan berlakunya ketengangan kaum kerana kebanyakan anggota PKM terdiri daripada orang cina. Hal ini berlaku apabila ahli PKM merasa bahawa orang Cina telah menolong tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Ini memberi kesan kepada hubungan kaum di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, ketengagan kaum ini telah berjaya diatasi oleh pentadbiran Tentera British. Selepas itu, pihak British memperkenalkan Malayan Union. Mereka juga berhasrat untuk memjadikan Tanah Melayu sebuah negara berkerajaan sendiri. TUJUAN PENUBUHAN MALAYAN UNION 1946 British telah menubuhkan Malayan Union kerana mempunyai pelbagai tujuan sama ada untuk kepentingan Tanah Melayu itu sendiri atau untuk kepentingan pemerintahan British. Antara tujuan utama British menubuhkan Malayan Union ialah untuk menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri atau kemerdekaan . Ia dianggap sebagai sesuatu kewajaran kerana pihak British telah menandatangani Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan bahawa semua negara-negara dunia berhad untuk menentukan dan memerintah Negara sendiri dalam erti kata lain “merdeka”. Oleh itu, pihak Britain perlu memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Selain itu, penubuhan Malayan Union juga bertujuan untuk mewujudkan suatu pentadbiran yang cekap dan seragam . Sebelum berlaku perang Dunia Kedua, pentadbiran di Tanah Melayu mempunyai tiga bentuk pentadbiran yang tidak seragam. Antaranya ialah NegeriNegeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat.negeri-Negeri Selat yang terdiri daripada Pulau Pinang, Singapura, dan Melaka ditadbir secara langsung dari Pejabat Tanah Jajahan British di London. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu diperintah berdasarkan Sistem Bersekutu yang mengabungkan Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Manakala Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor iaitu Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu ditadbir secara tidak langsung oleh British. Ianya mennyebabkan system menjadi tidak seragam. James V. Allen dalam bukunya „The Malayan Union‟ menegaskan bahawa sistem pentadbiran tersebut bukan sahaja janggal tetapi kos mahal. Sistem pentadbiran sebelum perang harus dihapukan kerana ianya mempunyai

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

banyak kelemahan. Jika semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik, ianya dapat mewujudkan keseragaman dan kecekapan serta dapat menjimatkan belanja pentadbiran. Selain itu, British menubuhkan Malayan Union bertujuan untuk membalas dendam terhadap orang Melayu. Malayan Union dirangka khusus sebagai hukuman kejam bagi menafikan hak orang Melayu di tanah air sendiri. Selain itu, rancangan ini di rancang dengan berunsurkan sifat anti-Melayu yang melampau. Hal ini kerana orang Melayu telah dituduh oleh penjajah Inggeris bekerjasama dan bersubahat dengan Jepun berbanding dengan kaum lain khususnya masyarakat Cina yang menentang Jepun. Pada asasnya pihak British sengaja ingin mengurangkan kuasa orang Melayu dan membuka peluang kepada kaum imigran lain khususnya orang Cina di Tanah Melayu . PERBEZAAN CIRI-CIRI KERAKYATAN DALAM MALAYAN UNION 1946) DENGAN

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (1948 ) Malayan Union merupakan entiti politik yang menggabungkan sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka. Singapura dipisahkan daripada unit pentadbiran Negeri-Negeri Selat dan kekal sebagai Tanah Jajahan Mahkota British yang berasingan di bawah pemerintahan seorang gabenor. British memberi alasan memisahkan Singapura daripada Malayan Union kerana Singapura mempunyai bilangan penduduk Cina yang ramai. Jika Singapura dimasukkan bilangan penduduk Cina akan melebihi orang Melayu sendiri. Selain itu, Singapura amat penting kepada kerajaan British dari segi keselamatan kerana angkatan tentera laut British mempunyai pangkalan di Singapuran. Menurut perlembangan Malayan Union juga, Tanah Melayu mempunyai sebuah Majlis Mesyuarat Undangan di peringkat pusat. Majlis ini diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi Malayan Union. Gabenor berkuasa melulus dan membatalkan undang-undang. Semua undang-undang yang diluluskan tidak memerlukan tandatangan sultan untuk dikuatkuasakan. Bagi menjalankan tugas pentadbiran, sebuah Majlis Kerja ditubuhkan. Bagi setiap negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, kuasa tertinggi terletak pada Pesuruhjaya Residen yang menjadi ketua pentadbiran di peringkat negeri. Beliau menjadi pengerusi dalam Majlis Mesyuarat Negeri yang terletak di bawah kawalan kerajaan pusat. Kemudian Majlis Mesyuarat Negeri ditugaskan untuk menguruskan hal ehwal tempatan dan dianggotai oleh para pegawai British . Selain itu, perbezaan ciri kerakyatan antara Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu ialah cara pemberian kewargenagaraan yang terlalu longgar. Ianya berlaku kerana semasa Malayan Union pihak British telah memperkenalkan prinsip jus soli dalam pemberian kerakyatan. Prinsip jus soli ini memberi hak kewarganegaraan yang sama rata kepada

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

semua orang, tanpa mengira bangsa dan keturunan. Hak ini juga memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang menjadi warganegara ini untuk memasuki perkhidmatan awam Tanah Melayu dan satu undi seorang dalam pilihan raya. Hal ini menyebabkan ramai orang asing atau orang bukan melayu dengan mudah menjadi warganegara. Melalui prinsip jus soli ini juga ia boleh memperakui bahawa jika seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas Malayan Union ditubuhkan, maka ia berhad manerima kerakyatan menerusi tempat lahirnya. Kerakyatan Malayan Union juga terbahagi kepada dua ciri utama iaitu secara pemohonan atau kuat kuasa undang-undang . Perbezaan ciri kerakyatan antara Malayan Union dengan persekutuan Tanah Melayu ialah berdasarkan kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang. Pada ketika ini bagi sesiapa yang dilahirkan di negeri-negeri Malayan Union atau Singapura, serta bermastautin sebelum perintah dikuatkuasakan. Melaui cara ini mereka berhad mendapat kerakyatan di Tanah Melayu pada ketika itu. Selain itu, melalui cara ini juga bagi sesiapa yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas dan bermastautin selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 dan mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union. Mereka secara semulajadi akan memperoleh kewarganegara untuk hidup menetap di Tanah Melayu. Kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang ini juga memberi kewarganegaraan kepada semua orang asing yang dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura. Selain itu, mereka yang dilahirkan pada atau selepas perintah itu dikuatkuasakan. Mereka yang dilahirkan di luar Malayan Union atau Singapura selepas perintah itu berkuat kuasa akan diberi kerakyatan dengan syarat ibu bapanya adalah warga Malayan Union. Kerakyatan melalui jus soli ini amat longgar dan akan menyebabkan ramai orang asing menjadi rakyat Tanah Melayu. Di samping itu, cara pemberian kerakyatan yang amat longgar kepada orang asing akan menyebabkan jumlah orang melayu menyamai jumlah orang asing yang ada di Tanah Melayu. Oleh itu, syarat kerakyatan yang longgar ini akan membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak kerakyatan dengan senang . Di samping itu, ciri kerakyatan Malayan Union juga boleh di dapati melalui cara permohonan atau kemasukan. Ianya juga seakan-akan sama dengan cara kuat kuasa undang-undang. Melalui cara ini mereka yang telah bermastautin selama lima tahun daripada lapan tahun terdahulu semasa permohonan dibuat serta berkelakuan baik dan boleh bertutur dan mempunyai pengetahuan dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu dengan baik. Apabila mereka dapat memenuhi syarat-syarat ini mereka akan di beri hak kewarganegaraan secara permohonan. Selain itu, mereka yang mengemukan permohonan untuk menjadi warganegara Tanah Melayu haruslah mengangkat sumpah taat setia dan berjanji untuk kekal bermastautin di Malayan Union atau Singapura boleh diberikan kerakyatan secara

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

permohonan

atau

kemasukan.

Dengan

ini

mereka

dengan

mudah

memperoleh

kewarganegaraan . Pemberian hak kerakyatan secara jus soli kepada semua orang, tanpa mengira kaum dan asal keturunan akan menyebabkan orang Melayu kehilangan hak dan keistimewaan sebagai penduduk asal di Tanah Melayu. Mereka dianggap mempunyai kedudukan yang setaraf dengan kaum-kaum lain. Orang Melayu merasa bimbang dengan keadaan ini kerana akhirnya mereka akan menjadi kaum minoriti di tanah air sendiri. Oleh itu, syarat kerakyatan Malayan Union yang begitu longgar ini memberi peluang ramai orang asing menjadi rakyat Tanah Melayu. Manakala perbezaan ciri-ciri kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dengan Malayan Union ialah syarat kerakyatan telah diperketatkan. Persekutuan Tanah Melayu tidak lagi menggunakan prinsip jus soli untuk memberi taraf warganegara kepada orang asing. Syarat-syarat kerakyatan ini telah diperketatkan melaui Perlembagaan Persekutuan 1948. Ianya juga diperoleh melalui kuatkuasa undang-undang dan kemasukan atau permohonan. Syarat-syarat yang dikemukan telah memberi hak istimewa kepada orang Melayu. Antaranya ialah kerakyatan secara automatik diberi kepada rakyat sultan iaitu orang Melayu. Oleh itu, semua orang Melayu akan mendapat taraf kerakyatan . Selain itu, ciri kerakyatan untuk Persekutuan Tanah Melayu secara kuatkuasa undang-undang ialah orang bukan Melayu hanya layak menjadi warganegara apabila keduadua ibu bapanya lahir di Persekutuan Tanah Melayu 1948. Seterusnya untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu ayahnya adalah seorang rakyat Tanah Melayu sewaktu seseorang itu dilahirkan. Selain itu syarat yang harus di patuhi ialah seseorang itu adalah rakyat British yang lahir di Persekutuan. Rakyat British yang lahir di Persekutuan dan ayahnya dilahirkan di Persekutuan atau bermastautin di sana secara tetap. Seterusnya semua orang yang dilahirkan di Persekutuan, fasih bertutur dalam bahasa Melayu, dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Selain itu, untuk mendapat kerakyatan bagi Persekutuan Tanah Melayu ialah semua orang yang dilahirkan di kawasan Persekutuan dan ibu bapanya juga dilahirkan di kawasan berkenaan dan menetap selama 15 tahun berturut-turut. Dengan memenuhi syarat-syarat tersebut seseorang itu boleh menjadi seorang warganegara Persekutuan Tanah Melayu . Selain itu, penduduk lain yang bukan daripada kalangan di atas layak untuk memohon menjadi warganegara dengan memenuhi syarat-syarat yang telah di tetapkan. Seseorang itu layak untuk memohon apabila mereka dilahirkan di kawasan yang termasuk dalam Persekutuan dan telah menetap di situ sekurang-kurangnya lapan tahun dari tempoh dua belas tahun sebelum permohonan itu dibuat atau mereka yang telah menetap di kawasan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

yang berkenaan sekurang-kurangnya lima belas tahun daripada dua puluh tahun sebelum permohonan dibuat. Di samping itu, pemohon mestilah dapat menyakinkan Pesuruhjaya Tinggi bahawa mereka akan berkelakuan baik, mempunyai pengetahuan sama ada bahasa Melayu atau Inggeris yang memadai dan pemohon semestinya berumur tidak kurang dari lapan belas tahun. Berikutan dengan perjanjian ini kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu dapat dipulihkan. Mereka telah diberi hak dan kuasa sebagai raja-raja yang berdaulat di negeri masing-masing. Matlamat akhir pihak British juga adalah untuk memberi taraf berkerajaan sendiri kepada Tanah Melayu pada masa hadapan . Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa ciri-ciri kerakyatan semasa pemerintahan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu amat berbeza. Cara memporeh kerakyatan semasa Malayan Union amat mudah dan longgar. Ianya amat mudah untuk di peroleh kepada sesiapa sahaja tanpa mengira ianya orang asing atau orang Melayu. Oleh itu pengenalan kepada prinsip jus soli tidak boleh di gunakan untuk memerintah sesebuah negara. Manakala ciri kerakyatan untuk Persekutuan Tanah Melayu boleh di terima kerana ianya telah diperketatkan. Ianya dapat menjaga keistimeawaan orang Melayu. SEBAB-SEBAB ORANG MELAYU MENENTANG MALAYAN UNION Penubuhan Malayan Union tidak dipersetujui oleh ramai penduduk di Tanah Melayu. Penduduk ramai membantah tindakan penubuhan Malyan Union ini. Sultan dan pembesarpembesar telah memulaukan upacara perlantikan Sir Edward Gent sebagai gebenor Malayan Union. Orang Melayu telah bergabung selama tujuh hari dengan melilitkan kain putih pada songkok sebagai tanda membantah pelaksanaan Malayan Union. Pelaksaan Malayan Union ini menyebabkan orang Melayu menentang. Faktor yang menyebabkan orang Melayu menentang Malayan Union ialah kedaulatan dan kuasa sultan terancam . Hal ini kerana dalam kerajaan Malayan Union kedudukan sultan dikekalkan tetapi kuasa raja-raja dikurangkan. Raja hanya menjdi ketua agama dan adat istiadat Melayu sahaja. Manakala semua kuasa pentadbiran berada di tangan gabenor yang mempunyai kuasa pembatal. Perubahan status sosial raja-raja Melayu telah membangkitkan kebimbangan dalam kalangan orang Melayu tentang masa depan mereka untuk menghadapi persaingan daripada kaum bukan Melayu yang menguasai ekonomi. Selain itu, gabenor Malayan Union akan menjadi Pengerusi Majlis Islam. Hal ini akan menjatuhkan maruah dan kesucian agama Islam. Sultan juga kehilangan kuasa dan akan menyebabkan status Tanah Melayu bertukar menjadi tanah jajahan British. Oleh itu menyebabnya timbul perasan orang Melayu untuk menentang Malayan Union.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Selain itu sebab yang menyebabkan orang Melayu menentang Malayan Union ialah cara pemberian taraf kerakyatan. Orang Melayu berasa hak keistimewaan mereka telah hilang semasa pemerintahan Malayan Union. Mereka telah memperkenalkan prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli yang terlalu liberal. Ini telah menimbulkan kebencian orang Melayu kepada kaum lain terutamanya kaum cina. Syarat kerakyatan yang terlalu longgar membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak yang saam rata dengan orang Melayu. Orang Melayu juga masih meragui taat setia orang Cina dan India kerana sebelum Perang Dunia kedua, semangat nasionalisme mereka masih lagi terarah ke Negara asal masingmasing. Apabila orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu, hal ini akan menyebabkan hak keistimewaan dan kedudukan politik orang Melayu tergugat. Keadaan ini akan membahayakan kedudukan politik, ekonomi dan masa depan orang Melayu. Jesteru itu, ramai orang Melayu bangkit untuk menentang Malayan Union . Seterusnya faktor yang menyebabkan orang Melayu menentang Malayan Union adalah cara MacMichael mendapatkan tandatangan daripada sultan untuk menubuhkan Malayan Union. Pada tanggal 12 Oktober 1945, Mac Michael telah dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan-sultan. Beliau telah mendapatkan persetujuan sultan-sultan secara paksaan, iaitu secara ugutan. Mereka mengugut akan melucutkan jawatan mereka atas alasan sultan-sultan berkerjasama dengan Jepun menentang British semasa Perang Dunia Kedua jika tidak mempersetujui penubuhan Malayan Union. Selain itu, Mac Michael tidak memberi masa dan peluang kepada sultan untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) dan pembesar masing-masing. Ini telah melanggar perlembagaan negeri yang menyatakan dengan jelas bahawa sultan wajib berunding dengan MMN dan pembesar-pembesar sebelum baginda memperkenankan sesuatu perkara yang berkaitan dengan hal ehwal negeri. Orang Melayu marah kerana Mac Michael tidak menerangkan syarat-syarat gagasan Malayan Union secara terperinci dan mendapat pandangan daripada raja-raja Melayu terlebih dahulu sebelum sultan menandatangani perjanjian tersebut. Oleh itu, pemimpin-pemimpin Melayu pula marah dan rasa terhina dengan keangkuhan kerajaan British yang bertindak sesuka hati tanpa memperdulikan kepentingan orang Melayu. Mereka menganggap tindakan British sebagai tidak berperlembagaan dan tidak demokratik . SEBAB-SEBAB DASAR PERSEKUTUAN TANAH MELAYU YANG MENJADI TOLAK ANSUR PERSETUJUAN ORANG MELAYU Penubuhan Malayan Union tidak dapat bertahan lama. Penubuhan Malayan Union telah mendapat tentengan yang hebat daripda orang Melayu dan juga orang bukan Melayu. Mereka telah membantah penubuhan ini melalui akhar, demonstrasi secara aman, melalui

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

persatuan, mengadakan kongres, melalui penubuhan UMNO, dan raja-raja melayu. Akibat daripada penentangan ini British akhirnya bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu untuk mengantikan Malayan Union. Pada bulan Julai 1946, kerajaan British membentuk satu Jawatankuasa Kerja untuk menggubal perlembagaan baharu Tanah Melayu bagi menggantikan perlembagaan Malayan Union. Penentangan orang Melayu bagi menggantikan Malayan Union ini telah di pimpin oleh Dato‟ Onn bin Jaafar dan membentuk sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil kerajaan British, sultan dan wakil UMNO. Oleh itu, secara rasminya Malayan Union telah dimansuhkan pada 1 Februari 1948. Pada tarikh itu juga Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditubuhkan untuk menggantikan Malayan Union. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ini merupakan kejayaan orang Melayu untuk mendapatkan semula kedudukan politik dan maruah mereka di Tanah Melayu. Jelaslah dasar Persekutuan Tanah Melayu yang menjadi tolak ansur persetujuan orang Melayu . Antara sebab-sebab dasar Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah di persetujui oleh orang Melayu ialah syarat kerakyatan telah diperketatkan. Hal ini kerana untuk menjadi warganegara mereka haruslah memenuhi syarat-syarat mengikut perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Melalui perlembagaan ini juga buat pertama kalinya, memulakan satu undang-undang kerakyatan meliputi seluruh Negara dan membolehkan penduduk bukan bumiputera menjadi warganegara Tanah Melayu. Walau bagaimana pun, kelayakan yang dikehendaki untuk menjadi warganegara adalah terhad, tetapi dasar kelayakan mereka itu telah terbentuk, walaupun tidak mengikut prinsip jus soli . Oleh itu, cara kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu ini telah di terima oleh orang Melayu. Selain itu, dasar Persekutuan Tanah Melayu ini di terima kerana sistem kerajaan. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa-kuasa eksekutif dengan dibantu dan dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan Tanah Melayu dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu. Dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan mengandungi tujuh orang ahli rasmi dan tujuh ahli yang tidak rasmi. Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan pula mengandungi Pesuruhjaya Tinggi sebagai Presiden Majlis, 14 orang ahli rasmi serta 50 orang ahli tidak rasmi yang mewakili Negeri-negeri Selat, golongan peniaga dan semua kaum. Selain daripada itu, sembilan orang yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Negeri, Menteri Besar dan dua orang wakil dari Negeri-negeri Selat menjadi ahli tidak rasmi. Majlis Raja-Raja Melayu akan menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar imigresen. Residen British digantikan dengan seorang Menteri Besar di tiap-tiap negeri dalam persekutuan .

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Selain itu dasar Persekutuan Tanah Melayu 1948 ini di persetujui oleh orang Melayu kerana konsep raja berpelembagaan diperkenalkan. Dalam konsep ini raja-raja akan mendapat kembali kuasa mereka. Kedaulaatn Raja Melayu telah dikembalikan. Sultan-sultan telah menjadi raja yang berdaulat di negeri masing-masing.tetapi tetap di bawah lindungan British. Raaj-raja Melayu juga berkuasa penuh dalam agama Islam dan adat istiadat Melayu seperti sebelum tahun 1941. Kerajaan British berkuasa tentang pertahanan dan semua hal-ehwal luar. British juga bertanggungjawab mempertahankan negeri Melayu daripada serangan musuh dari luar. Di samping itu, kedudukan, kedaulatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu tidak doleh dipersoalkan. Oeh itu, raja atau sultan boleh menjalankan kuasa mereka. Konsep ini telah menyebabkan dasar Persekutuan Tanah Melayu di terima oleh orang Melayu . Seterusnya, dasar Persekutuan Tanah Melayu ini dipersetujui kerana kedudukan dan hakhak istimewa orang-orang Melayu terjamin. Hal ini kerana boleh dikaitkan dengan kewarganegaraan telah kembali meletakkan kaum Melayu dalam keadaan selesa kerana peraturan-peraturan telah diperketatkan. Orang Melayu juga diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam kerajaan Persekutuan dan Negeri. Hak keistimewaan ini dapat dilihat misalnya pelbagai sambutan meriah yang telah diadakan sebagai tanda kemenangan dalam mengembalikan hak mereka sebagai orang Melayu . PENILAIAN TENTANG PENUBUHAN MALAYAN UNION DENGAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Selepas di kaji tentang penubuhan Malayan Union 1946 dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 saya telah membuat beberapa penilaian tentang corak pemerintah semasa zaman ini. Pada pendapat saya pihak British tidak boleh campur tangan tentang pemerintah di Tanah Melayu. Saya tidak setuju dengan cara Harold MacMichael yang telah datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan-sultan Melayu untuk menyerahkan kedaulatan negeri-negeri Melayu kepada kerajaan British. MacMichael juga telah menggunakan cara ugutan untuk mendapatkan tandatangan. Selain itu beliau juga bersikap biadab, tidak mengetahui adat resam dan memahami bahasa Melayu serta tiada pengalaman unruk mentadbir Tanah Melayu. Pada pandangan saya juga kita tidak boleh melawan atau membantah perintah raja atau sultan. Kita tidak boleh mengugut sultan atau melawan perintah baginda. Kita sebagai rakyat haruslah menghormati pemimpin kita. Pada ketika ini juga kedudukan raja-raja sebagai mufti dalam negeri dan dalam urusan hal ehwal agama kuasa mereka berada di bawah kawalan Gabenor Malayan Union. Pada penilaian saya kuasa raja-raja Melayu tidak harus di kawal oleh pihak lain.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Seterusnya pada pandangan saya, pihak British tidak boleh menggunakan prinsip jus soli dalam mentadbir sesebuah negara. Hal ini kerana apabila kerakyatan yang terlalu liberal akan menyebabkan ramai orang asing akan datang ke Tanah Melayu untuk memperoleh taraf kewarganegaraan. Di samping itu, kerakyatan secara prinsip ini akan menyebabkan penduduk Tanah Melayu terutama orang Melayu akan marah dan berasa hak mereka akan hilang. Ini akan memberi kesan negetif kepada ekonomi, politik dan sosial penduduk Tanah Melayu. Tindakan ini juga boleh menyebabkan berlaku rusuhan kaum atau masalah perkauman. Kesan daripada itu politik Tanah Melayu juga akan tergangu. Selain itu juga pada penilian saya pihak raja-raja Melayu tidak boleh mementingkan kedaulatan mereka sahaja sehingga sanggup mengadaikan negeri. Hal ini kerana mengikut adat dan perlembagaan di negeri Melayu, raja atau pemerintah Melayu hendaklah terlebih dahulu berunding dengan ketua Melayu yang lain sebelum menandatangani sebarang perjanjian dengan orang asing. Sebagai raja beliau tidak sepatutnya menyerahkan sebarang dearah atau sebahagian daripada tanah wilayah kepada orang asing. Apabila seseorang pemerintah atau Raja Melayu berbuat demikian, baginda akan kehilangan takhta kerajaan. Hal ini kerana telah termaktub dalam Perlembagaan Johor. Oleh itu, raja-raja Melayu tidak seharusnya mementingkan takhta daripada rakyat-rakyat jelata. Dengan ini raja-raja akan sentiasa dihormati dan disangjungi oleh rakyat mereka. KESIMPULAN Kesimpulannya, pentadbiran Malayan Union adalah pencetus yang membawa kepada semangat kebangsaan di kalangan rakyat di Tanah Melayu dan membawa kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan. Walau pun pihak British telah cuba untuk berselindung yang kononnya penubuhan Malayan Union adalah demi kepentingan penduduk Tanah Melayu, namun pada hakikatnya British menubuhkan Malayan Union ini adalah semata-mata untuk kepentingan ekonomi mereka d Tanah Melayu. Penubuhan Malayan Union ini tidak dipersetujui oleh semua peringkat sosial masyarakat Melayu sehingga membawa kepada penentangan. Pelbagai bentuk penentangan yang telah dilakukan bagi menentang Malayan Union tersebut. Hasil daripada peristiwa penubuhan Malayan Union ini ia telah banyak mengubah corak dan mempengaruhi politik, budaya dan sosial Malaysia khususnya Tanah Melayu. Hasil daripada itu tubuhnya Persekutuan Tanah Melayu 1948. Melalui Persekutuan Tanah Melayu 1948 juga telah membawa jalan kepada perlembagaan Tanah Melayu 1957 dan sekaligus membawa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang menjadi penamat kepada penguasaan kolonial British.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

RUJUKAN Abdul Rahman Haji Ismail. (2005). Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik: Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Hairol Anuar Hj Mak Din.(2009). Sejarah Malaysia 1400-1969, Satu Evolusi: Pusat Penyelidikan & Pembangunan Akademik Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Harry, M. (1965). The Story of Malaysia. London: Faber & Faber. Hj. Dr Syed Ibrahim. (2007). Malaysia Kita: International Law Book Services. Mahdi Shuid, Suzani Osman, Sazlina Othman. (2005). Teks Pra-U Sejarah Logman. Mohamad Idris Saleh, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie. (1994). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Mohd Sohaimi Esa, Dayu Sansulu, Budi Anto Mohd Tamring. (2011). Hubungan Etnik, Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Ruslan Zainuddin. (2009). Ace Ahead Sejarah Malaysia Kertas 2: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Ruslan Zainuddin. (2005). Sejarah Malaysia: Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd. Wikipedia, ensiklopedia bebas. (2012, Februari). Malayan Union. Keluarkan 2012, Mac 10 dari http://ms.wikipedia.org/wiki Malayan Union. Wikipedia, ensiklopedia bebas. (2011, Ogos). Persekutuan Tanah Melayu. Keluarkan 2012, Mac 10 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/sejarah Malaysia. Malaysia.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Faktor Kelemahan dan Kemerosotan Empayar Uthmaniyyah Lee Bih Ni Norazian Bte Khairuddin Zian_nora90@yahoo.com Abstrak Kertas ini mengkaji kekuasaan Islam terakhir yang menamakan dirinya khalifah, kekuasaan itu adalah khalifah Uthmaniyah atau sering disebut Kesultanan Turki usmani. Sekalipun dibangunkan dari suatu kepompok kecil yang loyal terhadap penguasa Saljuk Rum, Turki Usmani berubah menjadi sebuah raksasa politik dunia yang mencengkamkan ketika hayatnya. Turki (Turkiye Cumhuriyeti, Republic Turki ) merupakan negara di Eropah Tenggara dan Asia kecil; berbatasan dengan Geogria, Armenia, Azerbaijan, dan Iran di Timur ,Iraq, Syria, dan Laut tengah di selatan, Lautan Hitam di Utara, Laut Aegea di barat, dan Yunani serta Bulgaria di Barat Laut. Pertempungan Islam dengan Turki melalui sejarah yang panjang, terhitung sejak abad pertama Hijrah hingga suku-suku Turki mengkaji penganut dan pembela Islam. Turki memainkan peranan yang penting dalam perkembangan wilayah (Futuhat) Islam. Turki pernah menjadi Negara kuasa utama di dunia iaitu ketika berada di puncak keemasannya pada masa kerajaan Ottoman. Turki juga telah membuka kunci sejarah panjang, yakni menakluki Contantinopel (Istanbul), mengakhiri kekuasaan kekaisaran Romawi Timur (Bizantium) dan selanjutnya membawa Islam ke Eropah. Di samping itu, Turki juga juga mempunyai jasa besar dalam bidang arkitektur, kebudayaan dan ekonomi . 1.0 PENDAHULUAN

Pada zaman empayar Uthmaniyah telah menjadi sebuah empayar yang terbesar dengan pencapaian kegemilangannya. Turki Uthmaniyah dikenali sebagai Ottaman (dalam bahasa

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Turki Osmanli). Pemerintahan empayar Uthmaniyah ini telah lama memerintah lebih dari 600 tahun dan ianya telah menjadi sebuah Empayar Islam yang terbesar pada ketika itu yang bermula dari tahun 680 H sehingga tahun 1342 H./ 1924 Masihi .Kalau ada kekuasaan Islam terakhir yang menamakan dirinya Khalifah, inilah kekuasaan itu: Khalifah Usmaniyah atau sering juga disebut Kesultanan Turki Usmani. Walaupun dibangun dari suatu kelompok kecil, namun Turki Usmaniyah berubah menjadi sebuah raksasa politik dunia pada ketika itu.

2.0 PEMERINTAHAN EMPAYAR UTHMANIYAH Perkataan “UTHMANIYAH” ini sebenarnya diambil bersempena nama datuk kepada pengasas kerajaan Utmaniyah iaitu Osman bin Ertoghrul (Ertoghril) bin Sulaiman Shah bin Kia Alp .Osman bin Ertoghril merupakan suku kaum Qayi (Qayigh) yang merupakan salah satu cabang keturunan Oghus Turki. Mereka tinggal di perkampungan Mahan iaitu terletak di Asia kecil. Mereka juga dikatakan golongan nomad di kawasan tersebut . Perisitiwa awal terbentuknya sebuah kerajaan Uthmaniyah ini terjadi apabila Sulaiman Syah pada ketika hayatnya telah mempunyai pengikut seramai 1000 orang yang telah meninggalkan Mahan dan menuju ke Anatolia di Asia Minor. Mereka berpindah ke Anatolia kerana takkala bangsa Tartar bangkit menyerbu Dunia Islam, menakluk, membakar, membunuh dan merampas dengan kejam. Maka Sulaiman Syah iaitu datuk kepada Osman melihat keadaan di Mahan sudah tidak selamat. Setelah itu, mereka bermuafakat dalam satu suku kaum meninggalkan Mahan dan berpindah ke kawasan yang lebih aman iaitu tanah Anatolia di Asia Kecil . Setelah Sulaiman Syah meninggal dunia maka, anaknya iaitu Ertoghrul telah mengambil alih tanggungjawab dan kepimpinan untuk memimpin puak mereka dan seteruskan pengembaraan ke Anatolia. Pada pendapat saya, kawasan Antolia ini mungkin sebuah kawasan yang aman dan tidak berlaku peperangan serta lagi selamat berbanding Mahan, maka mereka melakukan penghijrahan bersama-sama pengikut mereka untuk tempat perlindungan yang lebih selamat. Setelah tibanya di Antolia, Eroghrul telah menghantar anaknya iaitu Sauji untuk berjumpa dengan Raja Saljuk yang bernama Sultan Ala‟uddin untuk mendapatkan kebenaran tinggal di kawasan Anatolia dan pemohonan mereka telah dipersetujui dan mendapat kebenaran oleh Sultan tersebut. Antolia ini sebenarnya sebuah kawasan di bawah takluk Sultan Alauaddin oleh itu, mereka seharusnya berjumpa dengan Sultan untuk medapatkan kebenaran. Hal ini dimana-mana pun berlaku, contoh terdekat yang boleh saya ambil ialah pedagang yang ingin menetap di kawasan Melaka perlu meminta izin daripada Sultan terlebih dahulu. Bagi saya detik atau faktor yang membolehkan mereka bertapak kukuh adalah membantu

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

tentera Sultan Allauddin menentang Monggol.Pada ketika itu, berlakunya pertempuran antara dua pasukan tentera iaitu tentera Monggol dan tentera Ala‟uddin. Ertghrul telah memimpin puaknya untuk membantu tentera Ala‟uddin dan mereka telah mencapai kemenangan ke atas tentera Monggol. Sejak itu, hubungan antara Entoghrul dengan Ala‟uddin semakin rapat dan setiap ekspedisi tentera disertai oleh Ertoghrul . Kemudian itu, tentera Artugrul diberi gelaran oleh sultan “ muqaddamah Sultan” ( tentera pelopor banginda) kerana apabila berperang, tentera Artugrul sering berada di barisan hadapan. Keberanian yang ditunjukkan oleh puak-puak Ertoghrul ini telah mendapat kepercayaan Sultan sepenuhnya sehingga sultan berbesar hati mengurniakan beberapa kawasan kepada puak-puak Artoghrul pada penilaian saya ini. Peta 1 : Peta Rantau Asia Barat atau Timur Tengah www.googleimage/peta.uthmaniyah.com di akses pada 20 mac 2012 Keturunan Uthmaniyah semakin bertapak kukuh di Anatolia apabila Raja Saljuk Rom telah menghadiahkan Wilayah Sogud dan Domanich kepada Eroghrul dan pengikutnya kerana telah berjasa mengalahkan tentera Byzantine di Sogud dan Domanich. Maka Ertoghrul telah menjadikan kawasan Sogud sebagai pusat pemerintahan beliau . Pada 1299 Masihi, Ertoghrul telah meninggal dunia dan tugasnya telah diambil alih oleh cucunya iaitu Uthman. Uthman 1299-1326 telah melakukan perluasan kuasa ke bahagian Utara sehingga ke kawasan Yani Shehir. Pusat pemerintahan pada ketika itu juga telah berpindah ke Melangenon. Pada tahun 1301, kawasan Bursa dan Izniq telah berjaya ditawan. Selepas itu Uthman telah meninggal dunia dan digantikan oleh anaknya iaitu Orkhan. Semasa zaman Orkhan, beliau telah bertindak agresif bagi memperluaskan dan memperkukuhkan empayar Uthmaniyah. Orkhan merupakan pemerintahan pertama menghasilkan mata wang syiling atas namanya dan banyak menyebarkan lagi ciri islam lain dalam perluasan empayarnya ke kawasan-kawasan lain . Orkhan telah melancarkan peperangan bagi siri menentang musuh-musuhnya. Hal ini telah membimbangkan kerajaan

Byzantine di Necomedia dan Nicia (1327) serta di tanah semenanjung Gallipolia. Tanah semenanjung Gallipolia pernah menjadi tempat pertama di kawasan benua Eropah yang diduduki oleh bangsa Turki Uthmaniyah. Tentera Jannisar ( bahasa Turki yaniceri) iaitu tentera infantry yang dianggotai belia-belia kristian telah dibentuk pada zaman pemerintahan Orkhan untuk meluaskan kuasa dan jajahan takluk yang telah dibahagikan kepada beberapa unit ( 1 unit antara 100 – 300 orang tentera ). Pemerintahan Orkhan juga turut di bantu oleh anaknya iaitu Sulaiman dalam membentuk undang-undang sivil dan undang-undang syariah. Orkhan juga turut membina masjid-masjid, madrasah-madrasah, hospital dan juga institusi sosial. Beliau merupakan orang yang pertama mendirikan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

madrasah yang dikendalikan oleh seorang ulama dari mesir iaitu Daud Al Qaysari. Pada penilaian saya Okhan seorang yang sangat gental dan berani menghadapi musuh, sifat kepimpinan yang terselah dalam mentadbir Empayar Uthmaniyah sehinggakan pihak musuh mula merasa tergugat akan kekuatan pelaksanaan beliau. Setelah Orkahn meninggal dunia pada 1360 masihi dan pemerintahan beliau diganti oleh anaknya Murad I . Murad I merupakan pemimpin pertama yang menggunakan gelaran “Sultan” . Semasa pemerintahan Murad I, beliau telah banyak menyelesaikan masalah pemberontakan dalaman yang berlaku di Anatolia terutamanya golongan peniaga dari Angora. Murad I juga telah memperluaskan kuasa dengan menawan Andrianople (Erdine) dan dijadikan tempat untuk pusat baru pemerintahan kerajaan Turki uthmaniah. Murad I juga berjaya meluaskan kuasanya di kawasan Byzantine apabila pertelingkahan diantara orang-orang kristian walaupun Paderi Urban V telah cuba membangkitkan semangat agenda perang salib namun tidak bertahan lama. Hal ini telah memudahkan lagi Murad I untuk menawan lebih banyak kawasan Byzantine seperti Macedonia ( 1371M ), Sofia dan Nish, Galipoli (1385), Tirnoro dan Shumla ( 1388M) .Semasa perang Kosovo di hulu sungai Ibar, Vardar dan Drin, Murad I telah terbunuh ketika menghadapi tentera bersekutu dari Serbia, Bulgaria dan Albania pada tahun 1389. Maka, selepas kematian Murad I anaknya Bayazid I (1389-1402) telah mengantikan ayahnya dan meyambung kepimpinan Uthmaniyah yang gagah dari segi ketenteraan. Bayazid I digelar “Yaldrum” ertinya kilat, beliau digelar Yaldrum kerana berani menyerang negeri lawannya secepat kilat . Kemudian gelaran Yaldrum ini diberi kepada pahlawanpahlawan Turki yang gagah perkasa di dalam peperangan yang besar . Bayazid I telah berjaya mengalahkan Kosovo dan menjadikan Bulgaria sebagai pusat pemerintahan baru. Pemerintahan beliau turut dibantu oleh anaknya Sulaiman yang turut berjaya mengambilalih kawasan Timoro, wilayah Nicopolis, Eiden, Syaruchan dan Mustasya serta turut menawan wilayah kekuasaan kerajaan Saljuk di Samsun, Kisariyah, Siwas, Tukas dan Kastomoni. Bayazid I berjaya menguasai kepemimpinannya yang hampir sahaja menghancurkan kubu terakhir kerajaan Byzantine antara tahun 1391-1398. Perang Salib yang dilancarkan oleh Raja Sigmund, Hungary dengan gabungan golongan Balkan, England, Perancis dan Jerman ternyata tidak mampu mengalahkan tentera-tentera milik pimpinan Bayazid I. sebaliknya mereka semua tewas dan wilayah-wilayah kekuasaan mereka ditawan seperti di Serbia, Bulgaria, Romania dan Hugary . Namun pada tahun 1402 berlakunya petempuran hebat diantara tentera Monggol (Tartar) yang di pimpin oleh Timur Lank yang menyebabkan Uthmaniyah tewas dan Bayazid I telah ditawan bersama Musa namun, Bayazid telah meninggal dunia setahun kemudian di

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Akshehir Hamid . Kesan yang boleh kita lihat daripada kekalahan itu adalah, wilayah-wilayah bekas Saljuk telah membebaskan diri dari jajahan Uthmaniyah dan kuasa-kuasa eropah Serbia dan Hugary juga telah mengumumkan kemerdekaan mereka daripada cengkaman Empayar Utmaniyah. Ditambahkan lagi berlakunya pula perang saudara dalam kalangan putera Bayazid I iaitu Muhammad, Isa,dan Musa dan keadaan ini berlanjutan sehingga keadaan ini pulih semasa di bawah pemerintahan Sultan Muhammad I (1403-1421). Muhammad I merupakan anak Bayazid yang berjaya mengalahkan saudara-saudaranya dalam perang saudara selama 10 tahun. Pada pendapat saya, kelemahan dalam sistem pentadbiran Bayazid I ini adalah pergaduh dalaman yang melibatkan anak-anaknya selepas beliau meninggal dunia. Perang saudara ini mengambil masa selama 10 tahun, ini merupakan satu jangka masa yang lama, seharusnya mereka bermuafakat dalam mengembangkan empayar Uthmaniyah. Peperangan saudara ini sudah tentunya memberi peluang kepada pihak musuh merancang strategi ke atas kelemahan Uthmaniyah pada ketika itu. Sepanjang pemerintahan Muhammad I beliau telah mengutamakan perjanjian damai dalam kerajaan Byzantine dan republic Vecine tetapi dalam masa yang sama merampas kembali wilayah-wilayah Asia Minor . Sultan Muhammad I mangkat pada tahun 824H bersamaan 1421M, setelah beliau berhasil menyusun kembali kerajaan Turki Uthmaniyah dan menakluk beberapa negeri yang dahulunya telah terlepas, sehingga kembalinya kebesaran dan kehebatan di mata musuh-musuhnya.Selepas Muhammad I meninggal dunia, pemerintah beliau diganti oleh puteranya Murad II, ketika beliau berumur 18 tahun. Semasa pemerintahan Murad II beliau telah melancarkan peluasan kuasa untuk menyerang Salonika di daratan Eropah yang dapat diduduki pada tahun 1430 dan Murad II juga turut berusaha menakluk semenanjung Balkan tetapi dihalang oleh sepasukan musuh di bawah pimpinan Hunayind dari Hongaria. Selain itu, beliau turut menakluk Albania yang pada ketika itu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Selatan dan Utara. Murad II telah meninggal dunia pada tahun 1453 dan digantikan oleh puteranya iaitu Muhammad II beliau di gelar “Sang Penakluk” (Al- Fatih/ the conqueror) kerana jasanya berjaya menakluk Constantinopel (Istanbul) pada tahun 1453. Maka, kota Constantinopel menjadi ibu kota kerajaan Uthmaniyah . Pada pendapat saya, detik kegemilangan yang paling besar adalah penaklukan Istanbul oleh Muhammad II kerana berjaya merampas Istanbul daripada musuhnya. Di sini kita boleh melihat kekuatan dalaman dan luaran yang sangat kuat dan kukuh semasa pentadbiran beliau Pada tahun 1480 pulau-pulau di hadapan pantai Yunani dan Italia berada di bawah kekuasaan Muhammad II. Muhammad II terkenal kerana kecerdasanya dan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

kebijaksaannya yang mahir menguasai 6 bahasa iaitu bahasa Turki, Arab, Persia, Latin, Yunani, dan Ibrani (Yahudi). Selain itu, dibawah pemerintahan Muhammad II, beliau telah memberi kebebasan beragama kepada penduduk. Patriarch (ketua Agama) Yunani menjadi tokoh yang berautoriti ke atas hal-hal awam dan agama kesemua penganut Ortodoks Kristian dalam kerajaan Empayar uthmaniyah. Dasar tidak menindas terhadap penganut agama Kristian sesungguhnya bertentangan dengan dasar fanatik Negara-negara kristian zaman tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan petani-petani Balkan pernah berkata “batter the Turban of the Turk than tiara of the pope” .Hal ini kerana kerajaan kristian memaksa dominasi agama kristian katolik ke atas mereka.Setelah berkuasa selama 30 tahun, Muhammad II telah wafat pada tahun 1481 ketika pemerintahan beliau diganti oleh bayazid II . Sepanjang kurun ke 16, Empayar Uthmaniyah terus berkembang daripada segi wilayah dan kekuasaan dengan mengembangkan kekuasaan sehingga ke Afrika Utara di Barat Daya dan Parsi di sebelah Timur. Semasa Uthmaniyah di bawah pimpinan Sultan Salim I beliau telah berjaya memenangi petempuran tentera Parsi dan secara tidak langsung wilayah Uthmaniyah di sebelah timur dijamin keselamatan. Setelah bahagian Timur Uthmaniyah dijamin keselamatannya maka, misi untuk tumpuan kepada bahagian sebelah Barat diutamakan. Hal ini kerana, Salim I (1512-1520) telah mengubah Empayar Uthmaniyah daripada kerajaan pahlawan (warrior state) kepada Empayar yang paling agung sejak kerajaan Khulafa al Rasyidin. Tentera Salim I sangat terlatih yang dilengkapi senjata dan mereka juga sangat berdisplin dalam meluaskan kuasa seperi Syria, Mesir dan Hijaz. Selain itu, Madinah dan Mekkah juga jatuh ke tangan peguasaan kerajaan Uthmaniyah . Selepas Sultan Sulaiman pula menaiki takhta pada tahun 1518, beliau telah mengetuai beberapa siri ketenteraan strategi yang hebat dimana tentera Uthmaniyah pada ketika itu telah mara ke utara dengan menguasai Belgrade (1521), dan mengalahkan Hungary sekali lagi pada 1526 serta menyerang Vienna pada 1529. “Zaman keemasan” kerajaan Uthmaniyah terjadi semasa pemerintahan Sultan Sulaiman I (the great, the Magnificent, al- Qunani) , pengubal undang-undang. Walaupun proses kegemilangan Uthmaniyah sudah dimulai sejak seabad sebelumnya dengan penaklukan Constantinople oleh Muhammad II al Faith pada 1453. Wilayah Uthmaniyah ketika itu mencapai kemuncak kegemilangan dan kehebatanya tiada tandingan sehingga kuasa Eropah tidak mampu menandingi kehebatan Empayar Uthmaniyah. Kemajuan dan kejayaan kerajaan Uthmaniyah meliputi pelbagai bidang dan perluasan penaklukan sehingga ke kawasan Eropah, Afrika dan Asia . Wilayah kekuasaanya mencakupi 3 benua iaitu Asia (Persia, Syria, Hijaz, Irak Armenia, dan Yaman), Afrika (Mesir, Libya, Tunisua dan Aljazair) merancang menakluk italia dan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

dan Eropah ( Yunani, Yugoslavia, Albania, Hungaria, Romania dan Austria). Ia menyebut dirinya “Sultan dari segala Sultan, raja diraja, pemberi anugerah bagi raja-raja dan bayingbayang allah di muka bumi.” Sultan Sulaiman telah melaksanakan pemerintahan yang adil dan bijaksana contonya segala tindakan dalam masyarakat diatur dengan undang-undang. Sultan Sulaiman seorang yang berperadaban tinggi dan mampu membuat syair yang indah dalam bahasa Persia. Malah beliau seorang yang soleh dan zuhud serta pernah menulis Al Quran sebanyak 8 jilid dengan tangannya sendiri yang masih tersimpan di masjid dekat makamnya di Contantinople . Dalam penilaian saya, Uthmaniyah telah mencapai kejayaan mengembangkan kekuasaan mereka kerana kemahiran tentera Uthmaniyah menggunakan senjata api dan mahir dalam taktik peperangan serta kesempurnaan sistem ketenteraaan. Selain itu juga tentera Uthmaniyah amat mahir dalam melakukan serangan dan kepungan kerana melalui taktik ini ianya mendatangkan kesan kemusnahan yang teruk terhadap musuh mereka. Melalui taknik pengepungan ini telah kita boleh lihat ianya digunakan dalam peristiwa penaklukan Constantinople (Istanbul). Dimana meriam-meriam besar digunakan bagi memusnahkan tembok yang tinggi dan tebal. Meriam-meriam ini dibuat daripada gangsa. Seorang panglima Austria pernah berkata bahawa tentera Uthmaniyah amat “kebal” semasa musim panas dan keterangaan ini benar memandangkan kejayaan Uthmaniyah yang besar dalam kuasa ketenteraan . Dalam sistem pentadbiran kerajaan Uthmaniyah, kelas pemerintahan terbahagi kepada 4 cabang utama iaitu pentadbiran, ketenteraan, penulisan dan kebudayaan. Pusat pentadbiran ialah istana, ahli-ahlinya termasuk isteri-isteri sultan, anak-anak beliau, orang gaji istana (adakalanya dipanggil Divan) yang menyelia semua cabang kerajaan Uthmaniyah lain yang dikenali sebagai Outer Servise. Ketua pentadbir Outer Servise ialah Grand Vizir yang diberi kuasa untuk mengambil alih kepimpinan sultan, kempen-kempen ketenteraan. Pada zaman pemerintahan Sulaiman , Vizir biasanya melakukan kedua-dua ini dan dianggap orang yang mempunyai kedudukan kedua dalam kekuasaan dan prestij dengan Sultan. Vizir-Vizir biasanya terdiri daripada putera-putera Turki atau pentadbir-pentadbir dari negeri-negeri muslim lama, orang kristian yang telah memeluk Islam dan berkhidmat sebagai ketua Menteri dibawah kepimpinan Mehmet the Conqueror. Manakala apa yang boleh saya nilaikan dalam cabang ketenteraan juga sangat penting dalam kerajaan Uthmaniyah. Empayar Uthmaniyah selalunya membahagikan pasukan tentera kepada sub bahagian. Bahagian paling utama ialah tentera berkuda (Sipahis) yang bertempur dengan lembing, busur dan anak panah dan tentera berjalan kaki (khususnya Janissaries) yang dilatih untuk menggunakan senjata api. Latihan dan disiplin Janissari

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

sangat ketat. Mereka ditempatkan dalam berek-berek tentera dan tidak dibenarkan untuk berkahwin atau memiliki tanah. Golongan Janissari ini menerima gaji dan wang tambahan setiap kali sultan baru menduduki takhta. Hal ini telah membawa kepada keperluan yang diadakan suatu badan kewangan yang diuruskan dengan baik. Ini untuk memastikan keseluruhan kesetiaan difokuskan kepada Sultan dan Negara. Kerajaan Uthmaniyah semamangnya bergantung sepenuhnya kepada bala tentera mereka. Oleh itu, mereka perlu menjaga dengan baik bagi memastikan tenteranya memberi sepenuhnya ketaatan mereka kepada Uthmaniyah. Manakala golongan Sipahis pula menerima estet yang dipanggil Timars yang boleh diusahakan dengan syarat mereka melaporkan diri untuk bekerja dan menyediakan beberapa tentera kuda bila-bila masa diminta oleh sultan . Namun zaman kemerosotan mula berlaku akibat daripada pelbagai faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan keruntuhan empayar Uthmaniyah. Disini kita boleh lihat apabila detik tewasnya Uthmaniyah dalam perang di Vienna pada tahun 1683 yang menunjukkan bahawa Uthmaniyah bukan lagi menjadi kuasa besar di Eropah. Pada tahun 1699, akhirnya Uthmaniyah mengakui Austria adalah sama taraf dengannya buat pertama kali dalam sejarah dunia. Malah, empayar Uthmaniyah pada ketika itu, sudah kehilangan wilayah besar yang dikuasainya sebelum ini sejak sekian lama. Selain itu, terdapat banyak sultan yang dilantik namun tidak mempunyai sifat kepimpinan yang hebat untuk diwarisi seperti sekuat generasi Muhammad II, Salim I dan Sulaiman I. Tambahan pula, perjanjian Passarowitz telah meyebabkan satu era yang aman di antara tahun 1718-1730. Pentadbiran Uthmaniyah mula berubah dengan memajukan kotakota sekitar Balkan yang telah menjadi benteng pertahan mereka sekiranya berlaku peperangan. Maka, pelbagai perubahan dilakukan seperti menaiktarafkan pelbagai kemudahan awam, mengurangkan cukai, mendapatkan pandangan rakyat dan pelbagai lagi jenis perubahan. Namun , Empayar Uthmaniah tetap gagal untuk bersaing dari segi teknologi dengan musuh mereka terutamanya Russia. Pada penghujung abad ke 18, Empayar Uthmaniyah telah jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan kuasa barat dan Empayar Uthmaniyah telah banyak kehilangan wilayah kepada Russia dan Austria serta kawasan Mesir juga mencapai kemerdekaan. Semasa zaman pemerintahan Sultan Salim III terdapat usaha-usaha untuk memodenkan sistem di Turki namun kebanyakkan usaha yang hendak dilakukan itu mendapat halangan oleh golongan-golongan Konservatif sama ada golongan keagamaan atau golongan Janissari. Walaupun usaha askar elit Janissari dimansuhkan pada tahun 1826, usaha pemerintah pada ketika itu tetap mendapat tentangan.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

3.1.1 SIKAP PEMERINTAH Pada zaman pemerintahan Salim II, beliau telah mengamalkan negetif seperti sikap mementingkan diri sendiri dan suka berfoya-foya dengan dayang-dayang istana. Beliau juga seorang pemabuk dan tidak serius dalam pentadbiran pemerintahan Empayar Uthmaniyah. Akhirnya Salim II telah meninggal dunia akibat sakit jantung . Pada akhir-akhir pemerintahan Uthmaniyah kebanyakkan pemimpin bersifat perkauman dan lebih mengutamakan bangsa sendiri dan unsur-unsur keislaman atau persaudaraan mula pudar. Nilai-nilai keislaman dalam pemerintahan mula hilang apabila pemerintahan semakin lama semakin bercorak kebaratan. Misalnya semasa Uthmaniyah di bawah pemerintahan Muhammad III, beliau telah membunuh saudara lelakinya yang dirasakan beliau akan memberi persaingan baginda. Sikap kejam ini tidak seharusnya ada dalam diri pemerintah. Malah, Sultan-Sultan mula bersifat tamak dan rakus serta menganggap mereka berkuasa sepenuhnya atau mutlak. Mereka akan memerintah dengan sesuka hati tanpa memikirkan kebajikan rakyat dan tidak boleh ditegur atau dinasihati. Pada pendapat saya, jelas peristiwa disini, titk permulaan sifat dengki atau tidak sefahaman yang mula pudar dalam hubungan sesama saudara pada zaman Uthmaniyah sehinggakan sanggup membunuh saudara sendiri bagi mencapai matlamat diri. Sikap negetif mula terserlah apabila Empayar Uthmaniyah mula merasakan kesenangan sehingga mengabaikan sistem peemrintahan dan banyak membuang masa, akibatnya pihak musuh mula mendahuhui dan mencari kelemahan mereka untuk menjatuhkan Empayar Uthmaniyah. Selain itu, Akibat kemasukan Barat ke Empayar Uthmaniyah, semangat nasionalisme di Turki dibangkitkan kesan Revolusi Perancis dan gerakan kebangsaan Jerman pada abad ke-19 M. Pada akhir-akhir pemerintahan Turki Uthmaniyah, rakyat Turki menjadi taksub kepada bangsanya sendiri dan cuba memisahkan diri mereka daripada unsur-unsur keakraban/keislaman yang dianggap ketinggalan zaman dengan menukarkan corak hidup ke arah barat. Ianya didukung oleh Gerakan „Turki Muda‟ yang membawa kepada terpisahnya kerajaan Turki Uthmaniyah dengan Negara-negara Islam yang selama ini hidup di bawah naungannya. Gerakan angkatan Turki Muda telah cuba menukar corak pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyah dengan sistem demokrasi ala Barat. Pada 13 Mac 1924 M, isntitusi sultan (khalifah) secara rasminya dimansuhkan dan Sultan Abd. Al-Majid II sebagai Sultan terakhir yang menandakan tamatnya pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyah. Sejak itu, ibu Negara Turki dipindahkan dari Istanbul ke Ankara. 3.1.2 PEMBERONTAKAN DALAMAN

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Pemberontakan dalaman dalam Empayar Uthmaniyah ini berlaku apabila tentera Janissari yang merupakan salah satu unit paling penting dalam pertahanan dan meluaskan jajahan takluk pada ketika itu mula goyah dan tidak dapat mengawal tentera dibawahnya maka berlakulah pemberontakan kerana tidak puas hati dengan pemerintah . Hal ini boleh dilihat pada zaman pemerintahan Usman II (1618-1622), berlaku peperangan menentang tentera Austria dan Vecine namun Uthmaniayah gagal mencapai kemenangan. Maka, Sultan Usman II dan tentera musuh membuat perjanjian damai dan kegagalan beliau diletakkan pada tentera Janissari. Hal ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati oleh tentera Janissari dan mereka bangkit menentang dan melakukan pemberontakan dengan membunuh Sultan Usman II di Yedi Kulle pada tahun 1622 Masihi . Selepas kematian Sultan Usman II maka, tempat beliau diganti oleh Sultan Murad IV. Selain itu, peristiwa pemberontakan ini turut berlaku antara pemerintah iaitu Sultan Ahmad III (1703-1730) dengan tentera Janissari . Peristiwa ini berlaku apabila Sultan Ahmad III enggan menyerang balas Tahmasp dari Parsi. Hal ini telah meyebabkan tentera Janissari tidak puas hati dan akhirnya mereka memberontak di ibu kota Istanbul dan akhirnya Sultan Ahmad III disingkirkan. Keadaan Empayar Uthmaniyah mula goyah dan tidak terurus serta melemahkan kerajaan Uthmaniyah kerana kurangnya semangat kesatuan antara kedua-dua belah pihak. Selain itu, hubungan yang tidak baik antara pemerintah dengan penduduk-penduduk tempatan sama ada seagaman ataupun tidak seagaman telah memburukkan lagi zaman Empayar Uthmaniyah. Misalnya orang kristian dalam kalangan gereja bangkit bersatu dan mereka mengadakan pemberontakan ke atas kerajaan Uthmaniyah. 3.1.3 PERANAN HURIM DAN GOLONGAN PARA ISTERI SULTAN “golongan Hurim” (wanita Istana) merupakan golongan wanita yang ditawan semasa penaklukan yang dilakukan oleh kerajaan Uthmaniyah. Mereka ini digelar dayang atau gundik dan berperanan melayan Sultan. Peranan Hurim merupakan salah satu faktor keruntuhan Empayar Uthmaniyah kerana golongan Hurim cuba untuk bertapak bagi menguasai politik kerajaan Uthmaniyah apabila Sultan tidak mengukuhkan tampuk pemerintahan. Pengaruh golongan Hurim ini boleh dilihat pada zaman pemerintahan Murad III (1574-1595 Masihi). Pentadbiran beliau banyak dipengaruhi ibunya iaitu Nur Banu dan isterinya Safiyah berbangsa Itali. Peluang ini telah diambil oleh Venetian untuk menghasut Shah tahmasp menyerang Sultan. Muhammad III Khudabonda merupakan anak kepada Murad III menyedari ancaman Shah Tahmasp dari Parsi dan segara meyekat tentera Shah .

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Para sultan kerajaan Uthmaniyah pada umumnya berisiterikan wanita-wanita Eropah yang dikalahkan dalam perang. Maka, pernikahan ini telah membuka peluang raja-raja Eropah untuk mengirim mata-mata mereka masuk ke dalam istana sultan, bahkan sering juga para isteri memberi maklumat dan membocorkan rahsia kerajaan kepada musuh sehingga pasukan kerajaan kalah dalam berperang. Tambahan pula, campur tangan para isteri dalam hal Negara menyebabkan timbulnya fitnah dan rancangan-rancangan jahat yang lain. Oleh itu, peranan hurim sangat menyumbangkan kepada keruntuhan empayar uthmaniyah.

3.1.4 PENGAWAI-PEGAWAI YANG TIDAK CEKAP Pelantikan pegawai-pegawai yang tidak cekap untuk membantu melaksanakan pentadbiran Empayar Uthmaniyah telah meyebabkan ketidakstabilan politik dalam negeri. Keadaan ini berlaku semasa penyingkiran Ibrahim daripada takhta pada 9 ogos 1648 masihi. Pada ketika itu, keadaan empayar Turki berada dalam keadaan kucar kacir akibat daripada perebutan kuasa terutamnya jawatan Wazir Besar. Sebelum terlantiknya Koprulu Muhammad Pasha pada tahun 1656 Masihi, tidak kurang 13 Wazir Besar yang telah dilantik dan dipecat. 3.1.5 KEADAAN EKONOMI YANG TIDAK STABIL Keadaan ekonomi kerajaan Uthmaniyah pada ketika itu tidak stabil akibat daripada perbelanjaan istana yang tinggi dan sikap Sultan-Sultan yang boros berbelanja. Pada zaman Sultan Abdul al Aziz (1277-93H/1861-76M), hutang negara Turki Uthmaniyah berjumlah 6 225 juta franc yang boleh meyebabkan negaranya muslif. Selain itu salah satu sebab kerajaan Uthmaniyah mengalami kerugiaan adalah kerana kos perbelanjaan perang yang tinggi mengakibatkan kesan inflasi yang teruk dimana nilai mata wang Uthmaniyah hampir tidak bernilai. Barang keperluan makanan juga semakin meningkat dan menyebabkan keperluan penduduk tidak mencukupi . Bagi pendapat saya, kestabilan ekonomi sangat penting dalam membentuk Negara yang maju, sekiranya ekonomi berada dalam keadaan tidak stabil, mereka akan mengalami banyak masalah seperti kos untuk makanan, kos ketenteraan perubatan dan sebaginya. Punca ini kita boleh lihat pada sikap Sultan itu sendiri yang boros sehinga Kerajaan Uthmaniyah managgung hutang yang tinggi. Penilaian lain yang boleh dibuat adalah mereka seringkali menghadapi perang yang tidak berkesudahan dengan pihak barat yang tidak jemu untuk menghalau dan menghancurkan kekuasaan Islam di bumi Eropah dan di tanah Arab. Impaknya, Empayar Uthmaniyah terpaksa menerima beban hutang yang tinggi dan wilayah-wilayah kekuasaanya pula dirampas oleh tentera-

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

tentera barat. Akhirnya, sistem kekhalifahan tumbang dan ini menjadikannya sebuah negara republik yang sekular 3.2 FAKTOR LUARAN 3.2.1 PERKEMBANGAN KUASA BARAT Perkembangan kuasa barat dilihat bangkit selepas kejayaan mereka dalam Perang Leponto 1571 Masihi yang dianggap titik peralihan barat kepada kegemilangannya. Kemenangan barat menjadikan mereka membawa semangat baru bagi menentang Islam. Kelemahan pihak Uthmaniyah berbanding dengan tentera musuh dalam perang menentang Austria selama 14 tahun menyebabkan kerajaan tidak mampu bertahan dan menyerah kalah. Maka, perjanjian damai dibuat apabila berlaku masalah dalam Deviet. Perjanjian itu ditandatangani pada tahun 1606 Masihi dan kesannya buat pertama kalinya kerajaan Uthmaniyah mengiktiraf gelaran Kaisar (Maharaja) kepada Raja Austria. Perjanjian ini dilihat telah menjatuhkan maruah dan kedaulatan Sultan sebagai pemimpin di wilayah kedaulatan Eropah. Pada tahun 1683, Vienna telah berpakat dengan Jerman serta Poland bagi mengelak daripada kepungan keatas Vienna oleh kerajaan Uthmaniyah. Selain itu, tiga kuasa Eropah Kristian yang kuat iaitu Australia, Vecine dan Rusia telah membuktikan mereka cukup hebat untuk mengusir tentera Uthmaniyah keluar dari seluruh Hungary dan mengepung Moreo (semenanjung Yunani Selatan) serta Azon di Laut Hitam buat semantara. Pada tahun 1699, tentera Austria berjaya mengalahkan tentera Uthmaniyah di wilayah naungan empayar Uthmaniyah. Kekalahan ini memaksa pihak Uthmaniyah menandatangani perjanjian Karlowitz dan Uthmaniyah terpaksa mengiktiraf kedaulatan Austria di wilayah Transyivania dan Hugrary, Istana Kamenets pula diserahkan kepada Poland. Kerajaan Uthmaniyah pula hanya mampu mengekalkan wilayah Timishoara. Pada tahun 1700 pula, Rusia di bawah Peter “Yang Hebat” berjaya mengalahkan tentera Uthmaniyah di Laut Hitam. Bermula detik itu, tentera Uthmaniyah sering mengalami kekalahan apabila menentang pihak Austria dan Rusia. Pengaruh Uthmaniyah semakin berkurangan kerana kehilangan beberapa bandar penting seperti Kerch, Yenikala, dan Kinburn yang merupakan kubu penting di Laut Hitam. Pihak Uthmaniyah terpaksa menandatangani Perjanjian Kuchuk Kainarja (1774) apabila tewas dalam pertempuran di Koziuja dan Shumla. Perjanjian ini merupakan satu lagi episod kekalahan yang memalukan kerana terpaksa membenarkan gereja bagi orang Kristian Ortodok (Rusia) di Istanbul dan Rusia sebagai penjaga seluruh Komuniti Kristian Greek Ortodok di semua wilayah milik kerajaan Uthmaniyah. Bangkitnya kuasa Perancis berikutan Revolusi Perancis memburukkan lagi keadaan Empayar Uthmaniyah di Mesir pada 1798M.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Oleh kerana Rusia dan Inggeris bersetuju membantu kerajaan Uthmaniyah, kuasa Perancis berjaya ditewaskan (1802 Masihi). Pengembangan kuasa barat tersebut menjadikan kerajaan Uthmaniyah semakin merosot. 3.2.2 TEKANAN EKONOMI OLEH KUASA-KUASA BARAT Zaman kemerosotan umat Islam muncul pada ketika Eropah barat mengalami satu tempoh kreativiti yang terserlah dan panjang, yang terbukti menjadi penentu sejarah dunia. Jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di bahagian Eropah Kristian, kemerosotan umat Islam bukanlah untuk sementara, ianya benar-benar menentukan keadaan kerajaan Islam pada saat yang paling bersejarah dalam memandu masyarakat Islam. Aktiviti perdagangan Barat cuba menyaingi dan mengambil alih perdagangan orang lain. Ini memberikan kesan terhadap masyarakat Islam kerana pengembangan kuasa perdagangan Barat yang hebat. Menurut kaedah baru Barat, pengumpulan modal bukan sekadar daripada beberapa kumpulan tertentu sahaja, ataupun peningkatan pengumpulan modal disebabkan oleh keadaan pasaran tempatan dan peristiwa penting di luar negara . Proses pengumpulan modal perlu dibina dalam proses ekonomi seumpamanya agar sumber ekonomi tanpa had yang dapat diperbaharuhi itu dapat bertahan dalam jangka masa panjang. Keadaan ini meletakkan perdagangan Barat dan lama-kelamaan kuasa politik Barat pada tahap yang dimana masyarakat yang menyertai proses ini tidak akan mampu bersaing dalam jangka masa panjang. Menjelang separuh akhir abad kemudian, kemerosotan mula berlaku dalam kerajaan Uthmaniyah. Hampir seluruh perdagangan transit maritim dikuasai Barat, dan hanya sedikit sahaja yang menguntungkan masyarakat Uthmaniyah. Empayar Uthmaniyah yang menerima tekanan perluasan Barat di Mediterranean, telah dilanda kesannya dengan begitu teruk berbanding wilayah Islam yang lain. Contohnya, perdagangan yang dibuat melalui Baghdad, yang menjadi fokus Empayar Uthmaniyah telah merosot dengan teruk pada penghujung kurun ke-18. 3.2.3 TEKANAN POLITIK KUASA EROPAH Tekanan yang dimaksudkan adalah tekanan dalam bentuk ketenteraan di mana kerajaan Turki Uthmaniyah sering berperang dengan Inggeris, Perancis dan Rusia. Pada masa itu, kuasa-kuasa asing tersebut terutamanya Great Britian dan Rusia berminat benar untuk mencampuri hal-ehwal Empayar Uthmaniyah, lebih-lebih lagi tentang layanan yang diteima oleh rakyat bukan Islam yang menetap di wilayah Uthmaniyah di sebelah Eropah. Pihak barat mendakwa bahawa layanan buruk telah diberikan oleh Kerajaan Uthmaniyah terhadap penduduk bukan Islam tersebut. Sebenarnya, kedudukan rakyat bukan Islam tersebut tidak

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

seteruk yang digambarkan oleh Barat kerana mereka masih dibenarkan mengamalkan agama dan kebudayaan mereka sendiri serta bebas memiliki harta dan berniaga. Namun, mereka telah menggunakan alasan ini untuk mencampuri hal-ehwal di Uthmaniyah sehinggakan mencetuskan beberapa peperangan yang tidak dapat dielakkan. Ini menyebabkan kedua-dua belah pihak mengalami kerugian yang besar sama ada nyawa mahupun harta benda. Peranan kuasa barat di wilayah kekuasaan kerajaan Uthmaniyah menjadikan kerajaan tersebut semakin lemah. Sering kali terjadi pasang surut hubungan kerajaan Uthmaniyah dengan kuasa Rusia, Inggeris dan Perancis. Akhirnya kerajaan Uthmaniyah terpaksa tunduk kepada ketiga-tiga kuasa ini ekoran kelemahan pemerintahan menangani masalah dalaman dan luaran yang dihadap 3.2.4 PEMBENRONTAKAN YANG BERLELUASAN DI KAWASAN TANAH JAJAHAN TAKLUK UTHMANIYAH Kerajaan Uthmaniyah telah manghadapi masalah pemberontakan di tanah jajahan seperti Rumelia, Herzegovenia, Bulgaria, dan Salonica. Bangsa Greek, Bulgaria, Armenia, dan Albania menginginkan kemerdekaan. Hal ini disebabkan oleh arus nasionalisme melalui pendidikan dan hasutan barat akibat kemasukan pengaruh barat. Pemberontakan berlaku juga disebabkan masalah agama, ekonomi dan politik di negara-negara berkenaan. Sebagai contoh, pada 1897, wilayah Greece mengisytiharkan peperangan ke atas Empayar Uthmaniyah apabila Abdul Hamid mengirimkan tenteranya untuk mematahkan pemberontakan bangsa Greek di Pulau Crete. walaupun, tentera Uthmaniyah berjaya mengalahkan tentera Greek yang dihantar dari Athens bagi menyokong para pemberontak, namun ia terpaksa memberi autonomi kepada Grete atas desakan kuasa barat. Selain itu, kerajaan Turki Uthmaniyah juga terlibat dalam peperangan menentang Empayar Safawi yang bermazhab Syi‟ah di Iran. Persengketaan kedua-dua empayar tersebut adalah berkisar di sekitar persoalan perbezaan mazhab, meskipun kedua-duanya adalah beragama Islam. Hal ini terjadi kerana pihak Sawafi yang baru saja memperolehi kuasa telah menindas para „ulama ahli Sunnah dengan kejam. Untuk membela golongan tersebut, Sultan Uthmaniyah selaku pemimpin ahli Sunnah terpaksa bangun untuk bertindak balas. Keadaan ini membawa kepada peperangan demi peperangan dan seterusnya membebankan lagi pihak Uthmaniyah yang sedang menangani pihak barat serta pemberontakan dalaman itu dan menyebabkannya menjadi semakin merosot 4.0 PENILAIAN

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Jika kita lihat di mana perisitiwa puak-puak Ertoghrul membantu Sultan Allaudin adalah detik bermulanya pengukuhan tapak Uthmaniyah kerana Sultan telah mengurniakan beberapa kawasan kepada mereka seperti wilayah Sogud dan Domanich. Maka, perkembangan dari asas sesebuah wilayah berkembang menjadi sebuah kerajaan yang agung yang diperintah oleh pemimpin yang berwibawa. Pengaruh Uthmaniyah yang kuat pada ketika itu menjadi pengerak kepada peluasan kuasa dan wilayah yang ditakluk akan tunduk kepada Uthmaniyah. Kegemilangan yang pesat ini sebenarnya didorong oleh faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman yang boleh kita rungkai adalah kerana kebijaksaan sistem pemerintahan dari segi politik yang mempunyai semangat yang kuat menentang musuh terutamnya Byzentine. Selain tiu sistem pertahan yang kukuh seperti adanya tentera-tentera yang kuat dan taat kepada pemerintah menjadi pendorong kepada kemajuan Empayar uthmaniyah. Manakala faktor luaran yang mendorong gemilangan kerajaan Utmaniyah ini adalah kerana faktor kelemahan pihak musuh yang mudah dilihat banyak kekurangan kerana arus zaman kegelapan pada zaman Eropah. Hal ini telah mendorong kerajaan Uthmaniyah untuk meluaskan kekuasaan mereka dengan agresif terutamanya pada zaman Muhammad II. Namun, bak kata perpatah langit tidak selalunya cerah dan ada pasang surutnya. Jika tidak dijaga pentadbiran kerajaan dengan baik maka tidak mustahil sesebuah kerajaan itu akan melalui zaman kemerostan dan akhirnya lenyap. Akhirnya zaman kerajaan Uthmaniyah melalui zaman kemerosotan pada 1683-1827. Pelbagai peristiwa jelas memaparkan kelemahan daripada pelbagai segi pentadbiran politik, ekonomi dan sosial Empayar uthmaniyah. Kekuatan utama punca kejatuhan Uthmaniyah adalah disebabkan pemerintah yang mengamalkan sikap negetif dan leka dengan arus kegemilangan. Selain itu, reformasi yang dilakukan oleh Eropah yang melibatkan pihak elit dalam menentang kekuasaan Empayar Uthmaniyah. Maka kekuatan Uthmaniyah mula luntur apabila pelbagai penyelewengan berlaku sehingga menamatkan pemerintahn Empayar Uthmaniyah. 5.0 KESIMPULAN Kerajaan Uthmaniyah telah mencapai era zamannya, dimana kerajaan uthmaniyah pernah mencapai kegemilangan dan mengangkat kuasa Islam di mata dunia. Hal ini kerana, lahirnya pemimpin atau pemerintah yang berwibawa dalam melaksanakan pentadbiran dan kekuasaanya. Zaman Empayar Uthmaniyah telah mencapai satu tempoh yang panjang sehingga berjaya menakluk pelbagai wilayah terutamanya wilayah kawasan Eropah. Kekuatan yang ada pada kerajaan Uthmaniyah pada ketika itu boleh mengetarkan jiwa-jiwa bangsa Eropah yang menganggap kerajaan Uthmaniyah sebagai musuh ketat.Kehebatan Uthmaniyah sememangnya tidak diragui lagi kerana, kehandalan para tentera-tenteranya

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

melawan musuh dan struktur pentadbiran yang bijak telah mengangkat nama Uthmaniyah di mata dunia pada suatu ketika dahulu. Namun, akibat daripada pelbagai faktor yang menonjolkan kelemahan kerajaan Utmaniyah akhirnya, zaman Uthmaniyah telah mengalami kemunduran atau kemerosotan. Hal ini berpunca daripada dalaman dan luaran. Sikap pemerintah merupakan faktor utama yang menjadi titik tolak kepada kejatuhan Emapayar Uthmaniyah. Selain itu, sikap wilayahwilayah takluk Utmaniyah yang cuba pelbagai cara untuk melepaskan diri daripada Kerajaan Uthmaniyah menjadi salah satu faktor yang memaparkan kelemahan mereka pada ketika itu. Sekirannya sikap pemimpin yang berwibawa dan bijak dapat di kekalkan, maka tidak mustahil kerajaan Uthmaniyah masih wujud sehingga sekarang dan akan terus mencapai kegemilangan. Malangnya, sejarah telah mecatatkan bahawa kerajaan Uthmaniyah tewas di bawah kekuasaaan Barat. Kekalahan kuasa Islam telah membawa kepada perubahan dalam dunia politik Islam. Hal ini kerana negara Islam bukan lagi menjadi kuasa Dunia yang memegang pemerintahan yang digeruni oleh pihak Eropah. Kekalahan Uthmaniyah telah membolehkan kuasa Eropah membalas dendam dan tunduk kepada Kekuasaan Eropah. Maka, sehingga hari ini kita boleh melihat kekejaman yang dilakukan oleh orang Eropah kepada umat Islam. Kesengsaran itu banyak memberi kesan kepada semua aspek sama ada dari segi politik, ekonomi sosial dan juga psikologi umat islam. 6.0 LAMPIRAN Kronologi Empayar Uthmaniyyah 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil. 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia. 1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah. 1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus. 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo. 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara. 1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah. 1453M- Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan. 1526M- Perang Mohacs 1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna. 1571M- Perang Lepanto berlaku. 1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV 1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua. 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia. 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III. 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca. 1792M- Perjanjian Jassy. 1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru". 1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir. 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama. 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua. 1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece. 1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino. 1829M- Perjanjian Adrianople. 1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece. 1841M- Konvensyen Selat. 1853M- Bermulanya Perang Krimea. 1856M- Berakhirnya Perang Krimea. 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan. 1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi. 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina. 1912M- Perang Balkan pertama. 1913M- Perang Balkan kedua. 1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah. 1919M- Mustafa Kemal Ataturk mendarat di Samsun. 1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.

Sumber :Empayar Uthmaniyyah - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.htm RUJUKAN Eksiklopedia Islam Jilid 5 . (2004) S-Z, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Ensiklopedia Islam 5.(1999) SYA-ZUN indek. terbitan Pt Inhtiar Baru Van Hoeve, Jakarta. Ensiklopedia Tematis Dunia Islam 1: Khalifah,(2002) terbitan Pt Ichtiar Baru van Hoeve. Wan Abdul Rahman Latif et al. (2001)Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahayudin Hj. Yahya dan Ahmad Jelani Halimi.(1994) Sejarah Islam, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1994. Waine S. Vucinich,(1965) The Ottoman Empire: Its Record And Legacy, Canada: D, Van Nostrand Company LTD. Hj. Dusuki Haji Ahmad,(2001) Ikhtisar Perkembangan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mehmet Maksudoglu, Osmanli History 1289-1922: Based on Osmanli Resources, Kuala Lumpur: International Islamic University Malaysia. William L. Cleveland. (1994) A History Of The Modern Middle East. San Francisco USA: Westview. Marshall G.S. Hodgson, Mohd,Radzali Masrun ( Penterjemah),(2004) Kebangkitan Islam: Empayar Serbuk Letupan dan Zaman Moden, Jilid III. Dewan Bahasa dan Pustaka. Fadhlullah Jamil,(2002) Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan & Pergolakan, Thinker‟s Librarys Sdn Bhd.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Sivachandralingam Sundara Raja,(2001) tamadun dunia, terbitan Kursus komprehensif Fajar bakti. Prof Dr Didin Saefuddin Buchori, (2009) Sejarah politik Islam, terbitan Pustaka Intermasa. Abdul Hakim Al Afifi,(2002), 1000 peristiwa dalam Islam, terbitan Pustaka Hidayah. Bahan internat http://ms.wikipedia.org/wiki/Empayar_Uthmaniyyah

Dasar Persekutuan Tanah Melayu Menjadi Tolak Ansur Persetujuan Orang Melayu Davenell Kudong dell_07@yahoo.com Abstrak Kertas ini membincangkan Perang Dunia Kedua telah membawah beberapa perubahan

penting kepada Tanah Melayu dan telah mewujudkan negeri unitari atau penyatuan Negerinegeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Tidak Bersekutu, dan Negeri-negeri Selat menjadi satu unit politik yang bersepadu yang dinamai sebagai Malayan Union. Namun, sebelum Malayan Union atau Kongres Melayu Se-Malaya dibincangkan secara serius di peringkat kabinet oleh kerajaan Parti Buruh (Labour Party) pada bulan Julai 1945, terdapat beberapa peristiwa penting yang telah berlaku sehingga pentadbiran Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu. Pengenalan Dalam keadaan British yang tidak bersedia menghadapi serangan Jepun tersebut telah menyebabkan kepulauan Tanah Melayu jatuh ke tangan orang Jepun pada Desember 1941. Kejatuhan Tanah Melayu ke dalam tangan Pihak Jepun tersebut membuktikan bahawa Pihak British gagal mentadbir Tanah Melayu dengan baik. Walau bagaimanapun penguasaan yang diperoleh oleh Jepun sejak 1942 sehingga 1945 terhadap Tanah Melayu tersebut tidak kekal lama apabila pihak British berjaya merebut Tanah Melayu semula pada 15 Ogos 1945 di mana pihak Jepun telah mengambil keputusan untuk menyerah kalah kerana terpaksa akur dengan kekuasaan yang dimiliki oleh pihak British. Setelah Jepun menyerah kalah berlaku kokosongan pemerintahan di Tanah Melayu. Kekosongan tersebut tidak disiasiakan oleh

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

pihak komunis yang berlambang “Bintang Tiga” tersebut disebabkan pada hakikatnya mereka ingin menakluki Tanah melayu, namun disebabkan jumlah ahli mereka yang kecil maka mereka terpaksa bersembunyi di dalam hutan dan bergerak secara Gorila didalam hutan. Oleh yang demikian apabila mereka telah mendapat peluang keemasan untuk mengambil pemerintahan di Tanah Melayu mereka tidak melepaskan peluang itu sehingga mereka telah berjaya menakluki Tanah Melayu selama 14 hari dan telah menjalankan corak pemerintahan mereka sendiri yang banyak menyeksa orang Melayu dan kaum-kaum yang lain di Tanah Melayu pada ketika itu. Kesan yang jelas juga dapat dilihat daripada pemerintahan singkat Bintang Tiga tersebut ialah mengakibatkan hubungan orang Melayu dan Cina menjadi renggang. Pada mulanya kepulauan Tanah Melayu dan Singapura dikuasai oleh Orang British, pihak British pada masa itu telah membina beberapa dasar baru dalam mentadbir Tanah Melayu, di mana sejak tahun 1909 satu dasar yang dikenali sebagai desentralisasi telah diperkenalkan oleh pihak British sebagai usah memujuk negeri-negeri yang berada di luar Negeri-Negeri Melayu Bersekutu untuk bergabung dengan persekutuaan. Namun usaha tersebut gagal apabila pihak Jepun telah mengambil tindakan segera merebut Tanah Melayu dan Singapura daripada kekuasaan British. Oleh itu, apabila Pihak British kembali ke Tanah Melayu pada 1945 semula mereka telah memperkenalkan satu sistem yang membawa idealogi pentadbiran yang baru yang dikenali sebagai British Military Adminstration (BMA) British di Tanah Melayu. atau sistem pentadbiran Tentera Tujuan BMA diperkenalkan adalah untuk membebaskan tanah

melayu daripada pemerintahan Jepun dan untuk menggantikan pemerintahan Bintang Tiga yang boleh sangat kejam cara pentadbirannya. Dalam pentadbiran yang diperkenalkan oleh pihak British tersebut Lord Louis Mountbatten telah menjadi pemerintah tertinggi di mana pentadbiran tersebut mempunyai dua komponen utama, iaitu formasi ketenteraan yang menjalankan operasi ketenteraan dan organisasi dan organisasi yang menjalankan pentadbiran awam. Pentadbiran melalui BMA ini adalah satu harapan pihak British untuk mengembalikan semula kekuasaan pihak British di Tanah Melayu dan sebagai persiapan kearah pemerintahan awam atau pemerintahan secara tersusun setelah tentera Jepun menyerah kalah. Disamping itu, melalui sistem BMA tersebut pihak British berharap akan dapat memulihkan semula keamanan di Tanah melayu yang pada ketika itu agak huru hara dan suasana yang tidak stabil disebabkan masalah perkauman yang menebal antara orang Cina dan orang Melayu khususnya. Masalah tersebut telah terjadi kerana berlaku kekosongan pemerintahan atau interegnum yang dialami oleh Tanah Melayu selepas pemerintahan Jepun di mana kesan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

tersebut telah membawa kepada permusuhan antara kaum disebabkan PKM atau pasukan Bintang Tiga telah menganggap bahawa orang melayu telah bersubahat dengan Jepun semasa perang dunia kedua berlaku. Oleh itu, PKM yang beranggapan sedemikian seterusnya memusuhi orang melayu secara langsung kerana usaha mereka untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai Republik Komunis telah dikesampingan oleh pihak British. Namun, BMA yang diperkenalkan oleh British tersebut gagal menangani masalah yang sedang dialami di Tanah Melayu apabila terdapat tentera-tentera pihak BMA yang bertindak sewenang-wenangnya dan melanggar undang-undang. Malahan, tindakan secara langsung BMA mengumumkan bahawa wang Jepun tidak boleh digunapakai lagi di kepulauan Tanah Melayu turut menyebabkan rakyat Tanah Melayu pada masa itu menghadapi masalah tekanan ekonomi yang sangat kuat. Selain itu, pihak BMA juga tidak dapat mengawal gejala-gejala seperti kongsi gelap, penyeludupan, dan rasuah yang banyak berlaku akibat daripada tekanan ekonomi yang telah menjadi amalan sejak pemerintahan singkat Jepun di Tanah Melayu. Oleh itu, BMA yang diperkenal oleh pihak British tersebut boleh dianggap gagal mententeramkan keadaan antara kaum di Tanah Melayu yang sering menyimpan perasaan streotaip dan prasangaka yang kuat antara satu sama lain. Keadaan tesebut menyebabkan hal-hal seperti balas dendam berlaku secara berleluasa diantara kaum-kaum di Tanah Melayu. Kesan daripada hal itu juga, maka pentadbiran yang diperkenalkan oleh pihak British telah dihapuskan dan penyerahan kuasa BMA kepada kerajaan awam pada bulan April 1946 telah dibuat, yang dikenali sebagai Malayan Union. Gagasan Malayan Union adalah satu rancangan oleh Kerajaan British yang cuba untuk menyelesaikan masalah politik dan pentadabiran di Tanah Melayu. Dalam perlembagaan Malayan Union tersebut satu pentadbiran baharu telah dibentuk iaitu sistem pentadbiran telah diubah kepada satu pusat pentadbiran sahaja terhadap negeri-negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka. Pembentukan satu pentadbiran sahaja tersebut juga dikenali sebagai sistem kerajaan kesatuan. Pihak British berpendapat bahawa dengan membentuk pentadbiran yang bersifat sehala sahaja mampu mengatasi masalah perpecahan seperti pentadbiran yang sebelum itu yang membenarkan setiap negeri-negeri di Tanah Melayu mengamalkan pentadbirannya yang tersendiri. Dalam pentadbiran kerajaan yang bersifat kesatuaan tersebut Gabenor merupakan pemegang kuasa pentadbiran yang tertinggi dan dibantu oleh Majlis Eksekutif dan Perundangan. Pentadbiran diperingkat negeri pula diambil oleh Majlis Penasihat yang diketuai oleh Sultan yang berkuasa terhad. Hal ini dapat dilihat apabila Baginda hanya boleh melantik ahli-Majlis apabila adanya kebenaran daripada pihak Gabenor sahaja. Oleh itu, gelaran sebagai Gabenor tersebut boleh dianggap mempunyai kuasa yang sama dengan hak

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

istemewa yang di miliki oleh raja-raja orang-orang Melayu.

Pihak British yang melihat

bahawa Tanah Melayu pada masa itu tidak boleh diberikan kemerdekaan secara terus maka sebuah perlembagaan yang dikenali sebagai Malayan Union telah diperkenalkan kepada masyarakat di Tanah Melayu pada masa itu yang terdiri daripada orang Melayu, Cina, dan India. Alasan pihak British untuk tidak memberikan kemerdekan tersebut adalah disebabkan kepelbagaian kaum yang dihadapi oleh Tanah Melayu tersebut maka mereka berpendapat bahawa Tanah Melayu pada masa itu tidak boleh diberikan kemerdekaan kerana belum memiliki kesatuaan dan kerjasama. Oleh itu, pihak British yang bertindak sedemikian hanya akan berjanji memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu apabila kesatuaan yang dikehendaki oleh Pihak British tersebut tercapai. Susulan daripada perkara tersebut pula, pihak British telah bertindak membuka kerakyatan yang longgar terhadap imigran dan hak istemewa orang Melayu ditarik balik untuk memberi keseimbangan hak kepada semua penduduk yang mendapat kerakyatan Malayan Union di Tanah Melayu tersebut. Disebabkan dasar yang diberikan oleh pihak British tersebut maka timbul perasaan tidak puas hati terhadap orang-orang Melayu yang menyebabkan berlakunya beberapa usaha-usaha penentangan yang dilakukan oleh orang-orang Melayu terhadap Malayan Union tersebut. Usaha penentangan tresebut adalah bertujuan mengubah dasar pentadbiran Malayan Union yang telah melonggarkan pemberiaan hak kerakyatan kepada golongan imigran dan penghapusan kuasa Raja-Raja Melayu. Terdapat beberapa kaedah yang telah digunakan oleh orang-orang Melayu khususnya dalam usaha penentangan terhadap Malayan Union tersebut. Antaranya ialah penentangan secara individu yang telah dilakukan oleh Dato‟ Onn Jaafar yang banyak menyeru Raja-Raja Melayu dan orang-orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Penentangan yang kedua adalah melalui akhbar yang juga menyeru dan menggesa orang Melayu untuk menentang Malayan Union tersebut. Akhbar-akhbar yang digunakan untuk tujuan tersebut adalah sepeti akhbar Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara. Penentangan melalui akhbar ini banyak membantu dalam menguatkan lagi semangat dan perasaan menentang terhadap pihak pnjajah tersebut. Bagi kaedah penentangan yang terakhir pula adalah lebih kepada bersifat kolektif atau beramairamai. Penentangan ini dapat dilihat dengan adanya penyertaan masyarakat yang samasama bertindak melancarkan demonstrasi, penubuhan persatuan-persatuan Melayu, menubuhkan Kongres Melayu 1946 dan juga mengadakan rapat umum untuk menentang Malayan Union tersebut. Orang-orang melayu yang menentang Malayan Union tersebut juga meminta agar dasar-dasar yang diperkenalkan dalam Malayan Union tersebut dihapuskan. Begitu juga

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

dengan hak istemewa orang-orang melayu yang diberi sama rata kepada imigran turut menjadi alasan orang-orang melayu menentang Malyan Union. Hasil penentangan yang redikal oleh orang-orang melayu tersebut maka akhirnya sebuah pentadbiran yang baru telah diperkenalkan oleh pihak British iaitu pada 1948 Persekutuan Tanah Melayu (PTM) telah diperkenalkan. Pentadbiran baharu ini lebih mendapat sokongan daripada kebanyakan orang melayu disebabkan dasar-dasar yang dibawa oleh pentadbiran ini lebih memberikan keistemewaan kepada orang Melayu. Antara tawaran yang diberikan oleh pihak British ialah mengenai hak kerakyatan telah diketatkan semula pemberiaannya terhadap imigran. Selain itu, hak istemewa raja-raja melayu juga turut dikembalikan. Oleh itu, pentadbiran Malayan Union dan (PTM) adalah dua corak pentadbiran yang mengamlakan dasar yang berbeza dan PTM lebih mendapat sokongan dan titik tolak persetujuan orang melayu kerana usaha yang dilakukan oleh orang-orang melayu dan kaum cina dan india dalam menentang Malayan Union telah membangkitkan semangat yang kuat melalui penubuhan awal Umno oleh Dato‟ Onn jaafar. Perbezaan ciri-ciri kerakyatan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu Terdapat perbezaan ciri-ciri kerakyatan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Hal ini dapat dilihat apabila usaha pemberian hak kerakyatan terhadap imigran telah dilaksanakan oleh pihak British melalui Malayan Union secara terburu-buru kepada golongan imigran. Pemberiaan hak kerakyatan secara terburu-buru tersebut dilakukan kerana, sesuai dengan prinsip Malayan Union yang mengamalkan kerajaan secara kesatuan, pihak British ingin mewujudkan sebuah negara bangsa yang mempunyai bangsa yang mempunyai identiti yang sama kepada semua masyarakat Malayan Union sebagai langkah mengelakkan kesetiaan mereka berbelah bahagi kepada kumpulan yang lain atau kepada kaum dan bangsa mereka sahaja. Selain itu, hal ini ditambah pula dengan pendapat Rudolph Jr.(1971) yang mengatakan bahawa pembentukan negara bangsa itu juga adalah untuk mendapatkan penduduk yang mantap di sesebuah wilayah yang berperanan menghubungkan diri mereka bukan sahaja sesama mereka tetapi dengan negara yang menyatukan mereka. Oleh itu, Malayan Union yang dilaksanakan tersebut adalah bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara kesatuan yang mewujudkan masyarakat yang mempunyai semangat dan perasaan cinta yang tinggi kepada negaranya tanpa dipengaruhi dengan sejarah kehidupan yang silam kepada seluruh masyarakat yang menjadi rakyat MU tersebut. Selain itu, ciri-ciri kerakyatan Malayan Union juga adalah berbeza dengan PTM kerana ciri kerakyatannya ialah terbuka atau Jus Soli kepada semua orang yang terdapat di Tanah Melayu dan Singapura pada masa itu. . Hal ini telah berlaku apabila satu persetujuan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Raja Melayu telah diperoleh dan Rang Undang-undang Negeri-Negeri Selat ( Penamatan ) diluluskan oleh House Of Commons, di mana pembentukan bangsa Malayan Union bersatu yang telah dilaksanakan di Tanah Melayu telah memperkenalkan satu prinsip kerakyatan yang baru. Prinsip kerakyatan yang dibawa oleh Gagasan tersebut ialah jenis kerakyatan umum atau liberal. Sistem kerakyatan terbuka atau liberal tersebut dilaksanakan adalah disebabkan kepelbagaian kaum dan bangsa yang ada di Tanah Melayu pada masa itu. Masalah ini menurut Setiausaha Negara Tanah Jajahan, Oliver Stanley, ialah keadaan di mana Tanah Melayu keadaan negara yang diduduki oleh tiga kumpulan etnik yang berterusan mengekalkan identiti budaya mereka sendiri yang menyukarkan perlaksanaan sebuah negara bangsa. Oleh yang demikian, Pihak British berpendapat bahawa dengan membuka kerakyatan melalui pembentukan Malayan Union tersebut hasrat sebuah negara bangsa tersebut dapat dicapai. Hal ini dapat dibuktikan dalam Gagasan Malayan Union yang diperkenalkan oleh pihak British tersebut yang melonggarkan hak kerakyatan terhadap imigran sehingga golongan imigran tersebut mendapat hak yang hampir sama dengan rakyat Raja iaitu hampir 83 peratus daripada Orang Cina dan 75 Peratus daripada orang India layak mendapat hak kerakayatan tersebut. Kesannya hak kerakyatan yang diperkenalkan tersebut telah memberi ancaman status quo terhadap orang Melayu sebagai masyarakat peribumi yang asal. Pemberiaan hak kerakyatan secara Umum dan Liberal yang diperkenalkan oleh MU tersebut sangat berbeza dengan ciri kerakyatan yang diperkenalkan oleh Persekutuan Tanah Melayu. Hal ini kerana hak kerakyatan PTM tidak bersifat umum atau liberal seperti prinsip Jus Soli yang diperkenalkan oleh Malayan Union tersebut. Prinsip kerakyatan dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah lebih ketat dalam memberikan hak kerakyatan kepada golongan imigran seperti cina dan india yang ingin menjadi rakyat Tanah Melayu secara tetap. Selain itu, beberapa persyaratan juga akan diberikan sebelum hak kerakyatan diberikan kepada masyarakat bukan Melayu. Prinsip yang digunapakai oleh Persekutuan Tanah Melayu tersebut merupakan tuntutan yang telah dituntut oleh orang-orang Melayu terhadap MU tetapi tidak diterima oleh itu orang-orang Melayu bertindak untuk menentang MU dengan harapan tuntutan mereka tersebut akan diterima. Disamping itu, perbezaan yang ketara juga dapat diperhatikan daripada ciri-ciri kaedah pemberiaan hak kerakyatan antara Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Kaedah pemberiaan hak kerakyatan Perlembagaan Malayan Union adalah terbahagi kepada dua kaedah yang pertama secara kuat kuasa undang-undang dan yang kedua secara permohonan dan kemasukan. Kaedah kuatkuasa undang-undang yang diperkenalkan oleh Malayan Union adalah berdasarkan prinsip Jus Soli iaitu terbuka kepada sesiapa yang

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

dilahirkan di Tanah Melayu atau singapura sebelum tarikh Malayan Union berkuatkuasa, dan menjadi pemastautin di Tanah Melayu atau Singapura pada tarikh tersebut. Seterusnya melalui kaeadah kuatkuasa undang-undang ini juga mereka yang berusia lapan belas tahun atau lebih dan telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura untuk tempoh sepuluh tahun daripada 15 tahun pada tarikh 15 Februari 1942 serta mengangkat sumpah kesetiaan kepada kerajaan Malayan Union akan diberikan kerakyatan di Tanah Melayu. Selain itu juga, sesiapa yang dilahirkan di dalam lingkungan Malayan Union atau Singapura selepas tarikh Malayan Union dikuatkuasakan turut boleh memiliki kerakyatan di Tanah Melayu dengan cara Kuatkuasa undang-undang tersebut. Pemberiaan kerakyatan melalui kaedah ini juga turut memperuntukkan kepada mereka yang dilahirkan di luar Malayan Union atau Singapura dengan syarat bapanya ialah warganegara Malayan Union ketika dia dilahirkan. Mereka yang telah mendapat kerakyatan tersebut juga layak menjadi ahli Majlis Negeri dan ahli Majlis Negeri Selat. Malahan, jawatan dalam perkhidmatan awam juga turut layak dipegang oleh mereka yang telah diberikan kerakyatan tersebut. Oleh itu, orang-orang Melayu yang sedar bahawa pemberiaan hak kerakyatan Malayan Union secara Kuatkuasa Undang-undang terhadap imigran akan membawa kepada penghapusan hak mereka sebagai penduduk asal di Tanah Melayu kerana melalui pemberiaan hak secara kuat kuasa undang-undang yang mudah diterima oleh imigran daripada Cina dan India tersebut secara langsung akan menambahkan lagi bilangan golongan imigran yang akan berhijrah dari tempat asal mereka ke Tanah Melayu telah menyebabkan orang melayu menentang kaedah pemberiaan hak kerakyatan oleh MU tersebut. Pemberiaan hak kerakyatan secara kuatkuasa yang diamalkan Malayan Union tersebut adalah berbeza dengan prinsip yang digunapakai oleh Persekutuan Tanah Melayu iaitu pemberiaan hak kerakyatan hanya akan menggunakan prinsip Jus Soli secara terbuka kepada rakyat Raja dan rakyat British sahaja. Hal ini bermaksud bahawa hanya penduduk asal yang akan diberikan hak kerakyatan secara kuatkuasa undang-undang dan imigran pula adalah melalui permohonan dan kemasukan. Selain itu, peruntukan kerakyatan secara kuatkuasa undang-undang oleh Persekutuan Tanah Melayu juga turut memberikan kerakyatan kepada mereka yang lahir di luar negeri tetapi dengan syarat bapa beliau adalah rakyat Raja dan rakyat British. Oleh itu orang-orang Melayu lebih menyokong hak pemeriaan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu berbanding Malayan Union. Perbezaan kaedah pemberian hak kerakyatan diantara Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu juga dapat dilihat daripada kaedah pemberiaan hak kerakyatan secara permohonan dan kemasukan. Pemberiaan hak kerakyatan Malayan Union melalui kaedah ini adalah berbeza dengan Persekutuan Tanah Melayu kerana Malayan Union hanya

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

akan meluluskan permohonan kerakyatan hanya kepada mereka yang telah tinggal selama lima daripada tujuh tahun dari tarikh permohonan kerakyatan oleh golongan imigran tersebut dijalanakan. Malayan Union juga turut memperuntukkan permohonan anak angkat Malayan Union kepada imigran cina dan India yang berkerja di Tanah Melayu pada masa itu. Hal tersebut adalah berbeza dengan pemberiaan hak kerakyatan yang digunakan oleh Persekutuan Tanah Melayu di mana mereka yang ingin memohon kerakyatan dengan menggunakan kaedah ini haruslah mematuhi beberapa prinsip iaitu pemohon yang ingin momohon mestilah berusia 21 tahun dan tidak memiliki rekod jenayah serta berjanji akan menumpahkan taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, mereka yang ingin momohon dengan cara ini dalam Persekutuan Tanah Melayu ialah pemohon tersebut mestilah telah tinggal selama lapan daripada dua belas tahun di Tanah Melayu serta boleh bertutur bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dengan baik. Oleh itu, orang-orang Melayu lebih menyokong kaedah pemberian hak kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu yang lebih ketat berbanding pemberiaan hak kerakyatan Malayan Union yang sangat longgar dalam pemberiaan hak kerakyatan secara permohonan dan kemasukan. Hal ini sedemikian kerana, dalam Persekutuan Tanah Melayu tersebut salah satu syarat yang dituntut adalah Imigran yang ingin tinggal di Tanah Melayu harusla boleh bertutur dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris dengan baik. Tuntutan yang dibuat dalam Persekutuan Tanah Melayu tersebut telah disokong oleh orang Melayu kerana terdapat perbezaan dengan Malayan Union yang tidak memberikan syarat sedemikian yang mana menyebabkan komunikasi antara orang Melayu dan imigran sangat terbatas kerana imigran yang masuk melalui Persekutuan Malayan Union tidak memahami bahasa yang digunakan oleh orang-orang Melayu yang menyebabkan perasaan streotip antara kaum mudah berlaku. Terdapat beberapa dasar Persekutuaan Tanah Melayu yang telah menjadi tolak ansur dan merupakan titik permulaan terbentuknya kerjasama dan perpaduaan diantara orang Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Hal ini sedemikian kerana dasar- dasar yang diperkenalkan dalam perlembagaan Malayan Union telah menyebabkan bangsa melayu semakin dipinggirkan dan hak-hak sebagai penduduk asal juga semakin terhakis. Oleh itu, orang melayu bertindak menolak dan memaksa pihak British untuk membentuk perlembagaan baru yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu yang berbeza dengan dasar yang dibawa oleh Malayan Union tersebut. Antara dasar yang dipekenalkan oleh Malayan Union yang menjadi faktor penentangan orang melayu terhadap perlembagaan itu ialah usaha Malayan Union dalam menggabungkan semua negeri Melayu termasuk Melaka dan pulau pinang di bawah sebuah kerajaan pusat. Selain itu, faktor perlantikan seorang Gabenor British untuk memerintah Malayan Union yang dibantu oleh

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Majlis Mesyuarat Kerja dan sebuah Majlis Undangan. Pihak British juga bertindak untuk tidak menggabungkan Singapura kedalam Malayan Union tetapi mengekalkannya sebagai tanah jajahan ( Crown Colony) yang berasingan. Alasan British mengasingkan Singapura daripada Malayan Union ialah disebabkan pulau tersebut mempunyai masyarakat berbangsa cina yang ramai dan penyatuaan ke dalam Tanah Melayu akan menambahkan lagi masalah mereka dalam mentadbir kedua-dua tanah jajahan tersebut. Disamping itu, Singapura juga merupakan pangkalan tentera yang strategik bagi British. Penentangan terhadap penubuhan Malayan Union juga adalah turut disebabkan oleh Raja-Raja Melayu yang memerintah di sembilan buah negeri di Tanah melayu akan kehilangan daulat dan kuasa memerintah di Negeri mereka masing-masing. Kuasa yang mereka miliki tersebut akan diambil oleh kerajaan British. Oleh yang demikian, ini menyebabkan Raja-Raja Melayu hanya memegang kuasa dalam bidang hal ehwal keagamaan dan adat istiadat sahaja. Walaupun Raja-Raja melayu dalam Malayan Union tersebut diberi kuasa untuk mengetuai satu Majlis Penasihat yang bertanggungjawab dalam memberi nasihat kepada Gabenor British namun ianya hanya akan berlaku apabila diminta oleh Pihak British sahaja. Hal ini sangat jelas menunjukkan tugas-tugas Raja-Raja di Tanah Melayu adalah sangat terhad. Perlembagaan Malyan Union juga turut memberi hak kerakyataan yang sama bagi semua penduduk Tanah Melayu tanpa megira bangsa dan asal usul keturunan mereka. Menerusi prinsip Jus Soli, Malaya Union memberi hak kewaraganegaraan yang longgar kepada semua kaum bukan Melayu. Dua ciri utama kerakyataan” Jus Soli ” yang mereka perkenalkan ialah menerusi kuat kuasa undang-undang dan menerusi permohonan dan kemasukan. Prinsip” Jus Soli” yang telah berkuatkuasa tesebut telah menyebabkan orang melayu secara langsung telah kehilangan hak-hak istemewa mereka. Oleh yang demikian, disebabkan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Malayan union tersebut maka telah menyebabkan semangat berkerjasama dan perpaduan diantara orang-orang di Tanah melayu telah mulai terbentuk sebagai usaha membantah perlaksanaan gagasan Malayan Union diteruskan di Tanah Melayu. Punca Persekutuan Tanah Melayu menjadi pilihan orang Melayu juga adalah disebabkan Malayan Union yang diperkenalkan di Tanah Melayu kerana lahirnya golongan yang lebih radikal. Pada awalnya orang bukan melayu tidak mengambil peduli mengenai usaha orang Melayu menentang MU. Tetapi apabila orang melayu telah bangkit menentang Malayan Union secara radikal, orang bukan melayu mula bertindak untuk menentang orangorang Melayu kerana mereka berfikir bahawa Malayan Union yang diperkenalkan oleh pihak British tersebut akan memberikan kebaikan kepada mereka. Namun penentangan orang

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

bukan Melayu tersebut telah berakhir apabila kedua-dua kumpulan yang berbeza pandangan terhadap MU tersebut digabungkan dalam satu pertubuhan yang dinamakan Majlis Tindakan Bersama Seluruh Tanah Melayu ( Pan-Malayan Council of Joint Action) yang kemudiannya dikenali sebagai All-Malaya Council of Joint Action(AMCJA) yang ditubuhkan pada 22 Desember 1946 yang dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock. Antara persatuan yang bergabung dalam AMCJA tersebut ialah Kesatuan Demokrasi Tanah Melayu( Malayan Democratic Union) , Kongres India Se-Tanah Melayu(Malayan Indian Congress), Liga Belia Demokrasi Baru Tanah Melayu(Malayan New Democratic youth League) dan beberapa kesatuan Sekerja yang lain. Keanggotaan yang terlibat dalam persatuaan ini adalah lebih kurang 400 000 orang ahli. Hasil penggabungan yang telah dilakukan antara persatuan orang melayu dan imigran tersebut telah membuktikan bahawa semangat berkerjasama menentang pihak British dalam masyarakat di Tanah Melayu telah bermula. Sebab dasar Persekutuan Tanah Melayu juga menjadi tolak ansur orang Melayu juga adalah kerana, orang melayu yang tidak menyokong atau mempercayai matlamat utama pihak British melaksanakan Malayan Union tersebut sehingga orang Melayu ingin sebuah perlembagaan baru yang lebih memberi keuntungan penuh kepada mereka. Antara matlamat Malayan Union yang menjadi tentangan orang-orang Melayu ialah mengenai matlamat Malayan Union tersebut yang sebenarnya ingin menjajah sepenuhnya Tanah Melayu yang sebelum itu terbahagi kepada tiga pentadbiran yang berbeza, iaitu Negerinegeri selat, Negeri-negeri melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Hal ini dilakukan oleh pihak British adalah bertujuan untuk memaksimumkan usaha mereka dalam mengeksploitasi dasar ekonomi, politik dan Sosial Tanah Melayu ketika itu. Selain itu, pihak British juga telah melaksanakan Malayan Union secara sengaja untuk membalas Di samping itu juga, tujuan dendam terhadap orang melayu yang dianggap oleh mereka telah berkerjasama dengan pemerintah Jepun semasa perang dunia kedua tersebut. mereka juga adalah hanya ingin menjaga kepentingan ekonomi getah yang terdapat di Tanah Melayu dan di Asia Tenggara daripada dikuasai oleh kuasa-kuasa besar yang lain pada masa itu. Kepentingan yang memberikan kebaikan kepada orang-orang Melayu pula tidak diberikan menyebabkan penentangan dilakukan oleh orang-orang Melayu terhadap MU tersebut. Selain itu, faktor perlaksanan Malayan Union yang lebih untuk kepentingan pihak mereka sahaja daripada kerperluan bangsa Melayu juga menjadi faktor orang melayu menentang Malayan Union dan seterusnya menyokong Persekutuan Tanah Melayu tersebut. Hal ini sedemikian kerana pihak British tidak memahami perasaan bangsa Melayu tentang kedudukan politik tanah air mereka. Hal ini dapat diperhatikan apabila British telah bertindak

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

dengan cepat untuk memperoleh tandatangan Sultan-Sultan Melayu yang dilakukan oleh Sir Harold Mac Michael semasa Sultan-Sultan Melayu berada dalam keadaan terdesak selepas perang dunia kedua untuk memperakukan rancangan Malayan Union tersebut. Kerajaan British berbuat sedemikian kerana mereka berpendapat bahawa bangsa melayu akan merestui perbuataan sultan-sultan Melayu menerima rancangan Malayan Union tersebu kerana mereka percaya bahawa orang melayu sangat terikat kepada sultan-sultan mereka dan tidak akan membantah sebarang tingkah laku Sulatan tersebut walupun tindakan tersebut akan menjejaskan kedudukan bangsa melayu itu sendiri. Sebab dasar PersekutuanTanah Melayu mendapat tolak ansur orang Melayu juga adalah disebabkan perlembagaan tersebut telah membuat peruntukan mengenai penubuhan Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada sembilan Raja Melayu, yang seterusnya telah secara langsung menerima beberapa tuntutan orang Melayu terhadap kedaulatan dan Kekuasaan Raja-Raja Melayu untuk dikembalikan. Di mana Majlis tersebut berfungsi untuk menimbangkan draf perundangan, draf skim gaji baru atau penyusunan semula yang utama bagi jabatan atau khidmat kerajaan Persekutuaan. Majlis yang dibentuk ini adalah dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi yang berperanan penting dalam menjelaskan dasar kerajaan persekutuaan yang berkaitan dengan soal-soal penting bagi kesemua negeri Melayu kepada Raja-Raja. Raja-Raja juga diberi tugas untuk bertanggungjawab memberitahu Pesuruhjaya Tinggi mengenai perkara-perkara yang diperolehi oleh Baginda daripada negerinya untuk digunakan oleh Pesurujaya Tinggi untuk memastikan pandangan yang diberikan oleh Majlis tersebut. Raja-Raja juga diberi peluang untuk membuat Ulasan terhadap undang-undang, tetapi dengan syarat Baginda juga harus mengaku dan menerima nasihat Pesuruhjaya Tinggi dalam semua perkara yang berkaitan dengan Persekutuaan. Hal ini adalah sangat berbeza dengan dasar yang di bawa oleh Malayan Union yang tidak memberi peluang kepada Raja-Raja Melayu untuk terlibat kepada perkara-perkara pentadbiran negerinya, dan hanya meletakkan peranan Raja-Raja Melayu terhadap hal-hal adat dan agama sahaja namun sebarang tndakan memerlukan persetujuan Gabenor terutamanya tindakan yang dilakukan tersebut berkaitan dengan pengenaan cukai. Selain itu, PTM yang dilaksanakan oleh pihak British juga tidak seperti perlaksanan Malayan Union kerana perlembagaan PTB tidak memaksa Raja-Raja Melayu menanda tangani perjanjian seperti yang dilakukan oleh Sir Harold MacMichael yang mengugut dan memaksa raja-raja Melayu menanda tangani perjanjian 1946. Persekutuan Tanah Melayu juga turut mendapat sokongan daripada orang-orang Melayu disebabkan dasar yang turut dititik beratkan ialah mengenai Majlis Negeri dan Majlis Mesyuarat Negeri yang disediakan di setiap negeri-negeri Melayu, di mana setiap negeri

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Melayu tersebut dikehendaki untuk menubuhkan jentera perlembagaan yang serupa dengan jentera kerajaan persekutuan dengan sebuah Majlis Negeri dan Majlis Masyuarat Kerajaan yang dipengerusikan oleh Raja. Kedua-dua Majlis tersebut dikehendaki untuk melantik ahli rasmi dan ahli tidak rasminya. Negeri-negeri Melayu pada ketika itu memiliki kuasa perundangan yang terhad. Majlis Negeri turut diberikan kuasa untuk membuat undangundang mengenai perkara yang ditinggalkan dalam jadual dengan syarat undang-undang tersebut tidak bercanggah dengan dan mencorobohi kuasa perundangan kerajaan Persekutuan, dan mengenai apa-apa perkara yang menurut kuasa suatu undang-undang yang dibuat oleh Majlis Perundangan Persekutuan, di Mana Majlis Negeri telah diberikan kuasa untuk meluluskan undang-undang. Oleh itu, dengan peruntukan yang disediakan dalam Persekutuan Tanah Melayu tersebut maka orang-orang Melayu lebih menyokong dasar yang dibawa oleh PTM tersebut berbanding dengan Malayan Union tersebut yang tidak memberikan sebarang kuasa kepada Raja-Raja Melayu untuk menjalankan pentadbirannya sendiri. Selain itu juga PTM menjadi pilihan orang Melayu disebabkan ciri-ciri perlembagaan ini yang lebih memberikan perlindungan istemewa kepada orang Melayu dan perlindungan tersebut diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British. Hal ini telah menarik minat orang-orang Melayu untuk menyokong PTM berbanding dengan MU. Alasannya adalah kerana MU tidak menawarkan perlindungan terhadap orang-orang Melayu berbanding PTM, malahan alasan pihak British menubuhkan perlembagaan MU itu sendiri adalah telah menunjukan bahawa orang-orang Melayu tidak diberikan perlindungan istemewa. Perlembagaan MU ditubuhkan adalah bertujuan untuk membalas dendam terhadap orangorang Melayu oleh pihak British kerana mereka beranggap bahawa orang-orang Melayu telah berkerjasama dengan Jepun untuk menentang pihak British semasa kedatangan Jepun tersebut. Oleh itu, mereka beranggap penubuhan MU tersebut akan dapat memberikan pengajaran kepada orang-orang Melayu. Di samping itu, perasaan ingin membalas dendam yang dilakukan oleh pihak British juga dapat diperhatikan apabila beberapa hak istemewa orang-orang Melayu telah dihapuskan dengan cara membuka hak kerakyatan secara terbuka kepada imigran. Hak-hak istemewa Raja-Raja Melayu juga turut dihapuskan dan hanya diberi kuasa dalam bidang adat dan keagamaan sahaja. Oleh itu, apabila British bersetuju untuk menggantikan MU dengan PTM maka orang-orang Melayu bertindak untuk menyokong PTM kerana lebih memberikan perlindungan istemewa berbanding MU tersebut. Penilaian

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Pada pandangan saya penubuhan Malayan Union yang telah dimeteraikan oleh pihak British pada April 1946 adalah satu cara baru British untuk mengekalkan kuasa pemerintahan mereka di Tanah Melayu yang bertujuan untuk mengambil kekayaan ekonomi Tanah Melayu dengan semaksima mungkin untuk keperluan negara asal mereka. Malah pihak British juga telah memperkenalkan Malayan Union disebabkan Pihak British telah hilang kepercayaan kepada orang Melayu kerana pada waktu Jepun datang ke Tanah Melayu orang-orang Melayu telah membantu pihak Jepun untuk menentang pihak British. Oleh itu, apabila Pihak British berjaya mengalahkan pihak Jepun mereka berfikira bahawa suatu perlembagaan yang baru yang boleh menjaga kekuasaan dan kepentingan mereka di Tanah Melayu harus diwujudkan, maka perlembagaan Malayan Union telah difikirkan sebagai cara yang paling tepat dirasakan oleh pihak British. Selain itu, pihak British juga telah menubuhkan Malayan Union adalah disebabkan oleh keinginan pihak British membentuk sebuah kerajaan yang bercorak kesatuan yang bersifat sebuah negara bangsa kepada Tanah Melayu. Pihak British berpendapat bahawa dengan menjadikan Tanah Melayu yang bersifat sebuah negara bangsa maka mereka akan dapat memerintah Tanah melayu dengan baik apabila orang imigran dan orang Melayu dapat disatukan dibawa suatu pemerintah. Malah dengan tertubuhnya Malayan tersebut maka pemerintahan British akan manjadi lebih lancar dan mudah untuk ditadbir seperti pada masa sebelumnya yang mana setiap negeri di Tanah Melayu mempunyai corak dan kaedah pemerintahan yang tersendiri yang dianggap oleh pihak British sebagai suatu perkara yang menyukarkan mereka mentadabir Tanah Melayu dengan baik. Oleh itu, dengan penubuhan Malayan Union tersebut maka pemerintahan dapat diseragamkan disetiap negeri dan pengurusan terhadap negeri-negeri di Tanah Melayu akan menjadi lebih mudah. Namun begitu, tindakan yang diambil oleh pihak British tersebut telah mendatangkan semangat Nasionalisme kepada orang Melayu yang bangkit menentang pihak British agar mengembalikan semula hak-hak yang dimiliki oleh Raja-raja Melayu dan orang Melayu sehingga pada peringkat akhir penentangan Malayan Union tersebut satu semangat berkerjasama dan bibit-bibit perpaduan antara orang-orang Melayu mula terbentuk untuk menentang gagasan tersebut. Penentangan yang dilakukan oleh orang Melayu tersebut telah berjaya mengubah Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 yang lebih banyak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Penubuhan PTM tersebut telah menjadikan gerakan orang Melayu untuk lebih mudah mendapatkan kemerdekaan daripada pihak British. Kesimpulan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Secara kesimpulannya, Malayan Union yang telah diperkenalkan oleh pihak British di Tanah Melayu setelah berjaya memerintah di Tanah Melayu apabila pada tanggal 14 ogos 1945 pihak Jepun telah akur dan telah mengaku kalah kepada pihak British. Apabila pihak british kembali memerintah semula di tanah melayu mereka telah memperkenalkan BMA yang bertujuan untuk menguatakan lagi kedudukan mereka di Tanah melayu seterusnya ingin menjaga keamanan Tanah Melayu daripada ancaman kuasa luar. Namun, usaha tersebut gagal dilakukan oleh BMA yang diperkenalkan oleh pihak British apabila pihak British tidak menepati janji untuk menjaga keamanan Tanah Melayu dan terdapat tenteratentera yang melanggar undang-undang yang diperkenalkan oleh BMA itu sendiri. Oleh yang demikian, pihak British mengambil keputusan untuk melaksanakan sebuah gagasan baru yang dikenali sebagai Malayan Union di Tanah Melayu sebagai pengganti BMA tersebut. Namun, perlembagaan Malayan Union Yang diperkenalkan oleh piha British tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu, kerana matlamat dan dasar-dasar yang dibawa oleh perlembagaan tersebut yang membawa bangsa orang Melayu kearah kemusnahan. Hal ini demikian kerana dasar yang diperkenalkan oleh pihak British tersebut banyak menimbulkan rasa tidak puas hati orang melayu apabila hak Raja-Raja Melayu dipertikaikan sehingga kedaulatan dan kekuasaan Raja-Raja di sembilan buah negeri di Tanah Melayu pada ketika itu dihapuskan sehingga hanya memiliki kuasa dalam hal-hal adat istiadat dan keagamaan sahaja, malah kedudukan istimewa yang dimiliki oleh raja sebagai pemerintah tertinggi dalam kerajaan tradisionan orang melayu telah diambil alih oleh Gabenor yang berfungsi sebagai ketua pentadbir di Tanah melayu. Rujukan Abdul Rahman Haji Ismail. 2005. Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik. Arkib Warisan Eksklusif. 2006. Kementriaan Kebudayaan, keseniaan dan Warisan Malaysia. Joginder Singh Jessy.1974. Malaysia, Singapore And Brunei 1400-1965 : Longman Malaysia Sdn.Berhad J.m.Gullick. 1963. Malaya, London : Ernest Benn. Khoo Kay Kim. 1985. Sejarah Masyarkat Melayu Moden. Dicetak dan diterbitkan oleh Jabatan: Penerbitan Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kassim Thukiman.2002. Malaysia Perspektif, Sejarah dan Politik: Penerbit Universiti teknologi Malaysia Skudai Johor Darul Ta‟zim Malaysia Kita ( Sejarah Pentadbiran Dasar-Dasar Pembangunan) , Kuala Lumpur : Direct Art Company.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Mohamed Noordin Sopiee. 1974. From Malayan Union To Singapore Separation: Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Puan Habibah binti Zon dan Ahmad Haji Abd. Kadir. 1981. Hari ini dalam sejarah (Jilid ii), Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia. Ramlah Adam. 1998. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Kuala Lumpur :Universiti Malaya. Ramlah Adam. 1993. Dato‟ Onn Ja‟afar Pengasas Kemerdekaan: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementeriaan Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur 1993. R. Allen. 1968. Malaysia, Prospect and Retrospect, London: Oxford Universiti S.W.Jones. 1953. Public Administration in Malaya. London : Royal Institute of International Affairs S.Hashim Ahmad. 2009. Onn Jaafar Bapa Gerakan Nasionalisme Tanah Melayu : Revolusi Rekaria Sdn.Bhd Zainal Abidin Abdul Wahid et al. 1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan (edisi kedua). Presatuan Dewan Bahasa dan Pustaka

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

PEMIMPIN SETEMPAT NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU MENENTANG BRITISH CONSTANCE DAVID ELLIH DAYANG NORRAFIDAH BINTI ABANG SAHYAN SAFFARINA BINTI SAMSUDIN SUZINAH BINTI SUDIN Jinachel91@gmail.com Abstrak Kajian ini melihat Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Utara (NNMU). Ia terdiri daripada Kelantan,Terengganu dan Kedah-Perlis kecuali Johor. Dalam hal ini,Negeri-Negeri Melayu Utara sebenarnya mempunyai hubungan dengan siam. Namun begitu,ada yang berpendapat bahawa NNMU dibawah naungan kerajaan Siam dan dalam masa yang sama dikatakan dikatakan dibawah perintah siam. Akan tetapi,kedua-dua anggapan itu tidaklah tepat kerana negeri-negeri tersebut tidak pernah beranggapan bahawa negeri mereka dibawah kekuasaan Siam. Dalam hal ini, walaupun mereka menghantar „Bunga Emas‟ namun itu merupakan tanda persahabatan dengan kerajaan siam. Namun begitu, British mula menguasai Negeri-negeri Melayu Utara dengan wujudnya Perjanjian Bangkok di antara British dengan Siam yang membawa kepada penyerahan keempat-keempat negeri Melayu Utara itu kecuali Johor.Namun, Perjanjian Bangkok 1909 ini hanya sah di antara British dan Siam sahaja tapi tidak sah bagi kerajaan Negeri-negeri Melayu Utara yang berkenaan.Sebaliknya, British meneruskan tindakannya untuk meluaskan kuasa penjajahan ke negeri-negeri tersebut. Pengenalan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Hal ini menyebabkan timbulnya penentangan daripada pemimpin setempat yang tidak menginginkan pemerintahan daripada kerajaan British. Tetapi,Negeri-Negeri Melayu Tidak bersekutu tidak dapat dikuasai British dengan sepenuhnya seperti negeri-negeri melayu yang lain. Dalam hal ini, negeri-negeri melayu tersebut hanya menerima seorang penasihat British tetapi kuasa penasihat itu terbatas iaitu tidak seluas kuasa seorang residen. Hal ini menunjukkan penguasaan pihak British tidaklah seperti di negeri-negeri Melayu yang lain yang mana Raja dan Pembesarnya hanyalah terlibat dalam urusan tentang agama Islam dan adat istiadat melayu sahaja. Walau bagaimanapun, penentangan terhadap British tetap wujud di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan pelbagai corak penentangan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin setempat dan corak perjuangan di Johor merupakan corak perjuangan yang berbeza dengan negeri-negeri melayu yang lain. NEGERI KEDAH-PERLIS SULTAN ABDULLAH MUKARRAM SHAH Sebab Penentangan Di negeri Kedah, perjuangan menentang Syarikat Hindia timur telah dimulakan oleh pemimpin kerajaan itu sendiri iaitu Sultan Abdullah Mukarram Shah (1778-1798)1. Penentangan dilakukan atas sebab Syarikat Hindia Timur Inggeris yang tidak memenuhi syarat yang dikemukakan oleh Sultan Abdullah semasa ingin memerintah Pulau Pinang. Semasa menduduki Pulau Pinang, Sultan Abdullah telah

mengenakan beberapa syarat kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris iaitu mereka hendaklah mengawal laut dan melindungi sultan daripada musuhnya dengan penjelasannya sendiri. Yang kedua semua kapal dagang hendaklah dibenarkan berniaga dengan bebas sama ada di Kedah atau di Pulau Pinang. Sultan Abdullah juga ada menuntut supaya $30 000 (Sepanyol) dibayar sebagai pampasan kepada Sultan Kedah yang telah kehilangan kawasan perdagangan.2 Di samping itu, Sultan tidak bertanggungjawab akan hutang saudara mara atau hutang rakyatnya kepada pihak syarikat. Perjanjian ini juga menuntut supaya kepada seseiapa yang menjadi musuh sultan, maka ia juga turut menjadi musuh kepada syarikat. Dan yang terakhir

1 2

Abdullah Zakaria bin Ghazali. Sejarah Gerakan Politik Awal Di Kedah. Jabatan Sastera dan Sains Sosial. hlm 1 Zainal Abidin Abdul Wahid et al.(1996). Malaysia Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.Hlm 106-107

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

ialah syarikat hendaklah membantu Sultan, dengan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Sultan daripada sebarang ancaman dan serangan dari darat. Namun begitu, pihak syarikat yang diwakili oleh Francis Light yang juga mewakili Pulau Pinang pada ketika itu sama sekali tidak memenuhi syarat perjanjian yang dikemukakan itu dengan sempurna. Syarat yang tidak dipenuhi oleh mereka ialah sagu hati yang seharusnya diberi kepada sultan Kedah berjumlah $30 000 Sepanyol setahun sebagai pampasan setelah menopoli perdagangan baginda di Kedah. 3 Tambahan pula kedah turut tersepit diantara Thailand dan juga Burma. Kedudukan Kedah pada ketika itu telah mendesak Sultan Abullah mengambil kesempatan dengan menawarkan Pulau Pinang sekiranya kehadiran kompeni

Inggeris sanggup membantu baginda dalam menghadapi serangan daripada Siam dan Burma. Tanpa memenuhi syarat berkenaan, Francis Light telah menduduki Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786. 4 Sultan Abdullah turut mengusahakan jalan penyelesaian bagi permasalahan ini dengan Francis Light sendiri. Namun, jawapan yang diperolehinya pada 1787 ialah Kompeni Syarikat Hindia Timur Inggeris sama sekali tidak akan memberi perlindungan kepada Kedah kerana perjanjian itu dikatakan telah ditandatangani secara peribadi di antara Sultan dan Francis Light. Malah pada pada Mac 1791, Kapten Scott telah maklumkan kepada sultan Kedah bahawa Francis Light akan sanggup membayar sebanyak $10 000 Sepanyol setahun dan ia juga akan dibayar segera. Corak Perjuangan Francis Light yang sekali lagi memungkiri perjanjian yang telah dibuat dengan hanya memberi sejumlah imbalan iaitu $5 000 Sepanyol sahaja dan bakinya pula akan dihantar setelah pasukan yang terdapat di Seberang Perai itu dibubarkan. Sultan Kedah telah menghantar wakil untuk menemui Francis Light dan mengarah supaya membayar separuh daripada pampasan yang telah dibayar oleh Francis Light iaitu $5000 Sepanyol atau meninggalkan Pulau Pinang. Namun apa yang telah berlaku ialah Francis Light telah menghantar beberapa kapal Dolphin, Princess Augusta, Valiant dan empat buah perahu perang untuk menyerang Kedah di Seberang Perai.

3

Abdullah Zakaria bin Ghazali. Sejarah Zakaria bin Ghazali. Jabatan Sastera dan Sains Sosial. hlm 1

4

Ibid.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Maka, kekalahan Kedah dalam serangan Inggeris ini telah mendesak baginda untuk menandatangani sebuah lagi perjanjian dengan Kompeni Hindia Timur Inggeris pada 1 Mei 1791 dan sanggup menerima pampasan yang hanya berjumlah $6 000 Sepanyol setahun. Seterusnya, konflik penentangan oleh pegawai melayu Kedah yang juga dengan pegawai yang bertugas di Kedah pada ketika itu. Pada tahun 1909, satu perjanjian iaitu Perjanjian Bangkok telah ditandatangani oleh Thailand dan juga Great Britain yang menyatakan bahawa penyerahan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada kerajaan British.5 Konflik di antara pegawai Melayu Kedah dan juga pegawai British telah berlaku sebelum perjanjian tersebut ditandatangani lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana pegawai kewangan British yang dilantik oleh Kedah telah membuat pinjaman dari Siam pada tahun 1905. Pada masa yang sama kerajaan Kedah menghadapi masalah kewangan kerana baru sahaja selepas mengadakan upacara perkahwinan diraja 5 orang putera selama 3 bulan. W.F Williamson yang juga berperanan sebagai pegawai kewangan Siam telah menulis laporan beri amaran kepada Putera Damrong supaya hanya meluluskan pinjaman wang kepada Kedah setelah persetujuan dicapai iaitu melantik seorang pegawai Siam untuk mengawal kewangan Kedah pada ketika itu. Akhirnya Tunku Abdul Haziz mendapat pinjaman daripada kerajaan Siam dengan syarat kedah akan menerima penasihat kewangan berbangsa British pada tahun 1905. Pegawai yang dimaksudkan ialah WF. Williamson. Selain itu, Kedah juga telah membentuk Majlis Mesyuarat kerajaan negeri pada 23 Julai 1905.6 Kemudian, kerajaan British curiga akan perkembangan pengaruh Siam lalu melantik seorang konsul British pertama di Kedah. Pegawai British yang dimaksudkan ialah Mendous Frost yang juga merupakan pegawai yang bertugas di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pada ketika itu. TUNKU MAHMUD Sebab Dan Corak Penentangan

5
6

Ibid.Hlm 8
Ibid Hlm 9

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Konflik di antara British dan Kedah bermula pada tahun 1907. Pada sekitar 1905 hingga 1907, hubungan GC Hart dengan pegawai Kedah berjalan dengan baik. Hal ini adalah kerana Raja Muda Abdul Haziz yang menerima corak pemikiran barat dan juga telah berusaha menjalankan pembaharuan di Kedah. Namun, keadaan tidak selamanya begitu. Setelah baginda Raja Muda Abdul Haziz mangkat, baginda telah digantikan dengan Tunku Mahmud yang dikatakan sangat berpegang kepada pegangan agama dan tidak menerima pengaruh British di Kedah. Selepas tiga bulan kemudian, Tunku Mahmud bertindak menasihatkan Dr Hoops yang juga Pegawai Perubatan Negeri dan sebagai Penasihat Kewangan diatas tindakannya yang membelakangkan Kedah dengan menulis surat edaran kepada ketua jabatan dengan menggunakan bahasa Inggeris. Hal ini dikatakan demikian kerana, Kedah sangat mempertahankan jati diri iaitu dengan menggunakan bahasa Melayu dalam segala urusan. Di samping itu, Tunku Mahmud juga berpendapat bahawa tugas sebagai seorang penasihat yang dilantik hanyalah sebagai penasihat sahaja, tidak lebih daripada itu. Tindakan Tunku mahmud ini tidak disenangi oleh pihak British pada ketika itu. Meadows Frost (Konsul British di Kedah) malah berpendapat bahawa status kuasa sebagai seorang penasihat adalah sama seperti Residen British. Malah, pandangan ini juga telah disokong oleh Menteri British di Bangkok. Tunku Mahmud berpegang kepada perlantikan Penasihat Siam adalah Penasihat Kewangan bagi Kedah sehingga hutang diselesaikan. 7 Pada masa yang sama, W.F Williamson juga

mengesyorkan bahawa Penasihat Kewangan ditukarkan kepada Persuhanjaya Kewangan dan perkara yang berkait dengan kewangan tidak boleh dibincangkan di Majlis Mesyuarat Negeri dan sekiranya perkara tersebut dibincangkan, maka keputusan oleh Penasihat harus diterima. Putera Damrong telah mengadakan pertemuan dengan Tunku Mahmud lalu Putera Damrong mengatakan bahawa G.C Hart dilantik menjadi penasihat kewangan dan sekiranya pandangannya tidak dipersetujui, maka perkara tersebut akan dilaporkan ke Bangkok.British pada masa yang sama telah memperluaskan pengaruhnya dengan menakluki negeri-negeri tidak bersekutu yang lain.

7

Ibid.Hlm 10

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Pada 15 Julai 1905, British telah menghantar George Maxwell sebagai Penasihat British di Kedah. Apa yang telah berlaku ialah George Maxwell telah bertelingkah dengan para pembesar di Kedah. Tunku Mahmud dan pembesar lain masih menganggap bahawa tugas George adalah sama seperti Penasihat

Kewangan sebelum ini. Oleh yang demikian, Tunku Mahmud telah menuntut hubungan berterusan di antara Kedah dan Persuruhjaya Tinggi di Singapura berterusan setelah satu pertemuan di antara Tunku Mahmud diadakan di Singapura. Lantas, ini juga merupakan salah satu cara bagi Tunku untuk membidas George Maxwell dengan mengatakan bahawa tentangan dijamin oleh parlimen Britain dan Pejabat Luar yang integriti Kedah sama sekali tidak terjejas. Tindakan George yang menulis surat rasmi dengan mengenepikan nama Kedah tanpa merujuk kepada Majlis Mesyuarat Negeri terlebih adalah satu tindakan yang keterlaluan. Malah ia telah menambahkan lagi ketegangan yang sedia ada. Tindakan George Maxwell yang telah mengibarkan bendera British di kediamannya tidak diiktiraf oleh Kedah. Tindakan George yang kian keterlaluan sama sekali tidak menampakkan jalan perdamaian di antara pembesar Kedah dengan pegawai British itu. Malah, George pula telah membidas semula kelakuan pembesar Kedah iaitu Tunku Mahmud dengan mengatakan bahawa Tunku Mahmud menipu John Anderson. Walau apapun yang diperkatakan oleh pihak Kedah kepada John Anderson, itu sama sekali tidak mengubah apa-apa. Ini kerana, menurut John Anderson sendiri, George Maxwell merupakan rakan sejawatnya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Lalu, sebarang tuduhan berkenaan dengan George Maxwell dianggap tidak lengkap malah beliau juga tidak akan meminda bidang tugas Penasihat. 8 Tunku Mahmud, Tengku Ibrahim dan juga George Maxwell telah ke Singapura pada Mei 1912 untuk berjumpa dengan Sir Arthur Young. Dalam pertemuan ini, Tunku Mahmud telah mengusulkan supaya melantik seorang pemangku raja bagi Kedah ekoran daripada keadaan kesihatan Sultan yang pada ketika itu semakin buruk. Namun demikian, usul daripada Tunku Mahmud ini seolaholah diabaikan kerana tidak terdapat tindakan susulan selepas dikemukakan usul itu. Malah, Tunku Mahmud telah dituduh merampas kuasa oleh George Maxwell.

8

Ibid.Hlm 11

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Setelah berlaku pertelingkahan kuasa antara Sultan Abdul Hamid dengan Majlis Mesyuarat Negeri, maka barulah Majlis mengesyorkan supaya melantik Sultan Ibrahim sebagai pemangku raja. Bagi menyokong perlantikan ini, Tunku Mahmud telah mengemukakan laporan kesihatan sultan Abdul Hamid kepada Sir Athur

Young. Pada masa yang sama, George Maxwell turut mengemukakan surat kepada Sir Athur Young dengan menyatakan bahawa beliau memperakukan perlantikan ini bagi menyelesaikan pertelingkahan yang telah wujud sekian lama di kedah. Setelah sekian lama isu kedah tidak kedengaran,Pesuruhjaya Tinggi Baru sir Lawrence Guillemard telah menulis surat kepada Pejabat Tanah jajahan dan meminta panduan bagi menguruskan pentadbiran Negeri Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan dan Johor. Oleh yang demikian, British telah mengadakan hubungan baik bagi melaksanakan rancangan ini. Kedah pada ketika itu mengalami masalah hutang dengan Siam menemui jalan buntu kecuali meminta bantuan daripada British. Kedah telah meminta supaya British mengemukakan perjanjian untuk menentukan hubungan Kedah-British. British telah memanfaatkan peluang ini dengan sebaik mungkin. Sebelum perjanjian Kedah-British dikemukakan, Tunku Ibrahim telah mengemukakan surat yang disertai beberapa syarat iaitu calon Penasihat British yang dilantik hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada pemangku raja dan hanya akan dilantik setelah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Negeri. Malah, Tunku Ibrahim juga meminta supaya pemangku raja mempunyai hak menukarkan pegawai Eropah yang dirasakan tidak memuaskan dan pentadbiran Kedah hendaklah dikendalikan oleh pegawai Melayu sendiri iaitu dari kalangan rakyat Kedah sendiri.Akhirnya, konflik ini telah mendapat penyelesaian tersendiri. Sebaik sahaja perjanjian ini berkuatkuasa,Penasihat British telah menjadi penasihat dalam semua perkara kecuali berkenaan dengan adat dan agama islam.9 KELANTAN TOK JANGGUT Dengan termeterainya Perjanjian di antara British dengan Siam pada tahun 1902, Kelantan telah bersetuju menerima seorang Penasihat British yang akan dilantik oleh kerajaan Siam. Beberapa orang pegawai yang telah dihantar untuk berkhidmat di Kelantan. Selepas termeterainya Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, Kelantan
9

Ibid.hlm 15

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

akhirnya telah bersetuju untuk menerima seorang Penasihat British.10 Pada ketika itu, sultan masih lagi mempunyai kuasa di dalam negeri baginda. Selain itu, sultan juga menjadi Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Negeri, manakala penasihat British pula hanya menjadi salah seorang daripada ahli majlis itu sahaja. Selagi sultan beserta para pembesar baginda menjalankan undang-undang, menjaga keamanan dan ketenteraman negeri mereka, British tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal negeri tersebut. Namun, Penasihat British masih mempunyai pengaruh dalam menasihati sultan. Sebagai contoh, Penasihat British boleh mempengaruhi sultan dalam membentuk beberapa jabatan baru. Hasil daripada penubuhan jabatanjabatan baru, pegawai-paegawai British akan dicadangkan untuk mengetuai jabatanjabatan baru tersebut. Dalam tugasan ini, kami memilih Tok Janggut sebagai pejuang tempatan yang bangkit menentang penguasaan British ke atas negeri Kelantan. Tuan Haji Mat Hassan yang juga dikenali sebagai Tok Janggut merupakan seorang pegawai yang alim dan mahir dalam pancak silat. Selain itu, Tok Janggut juga mempunyai ilmu kebal dalam mempertahankan diri dan beliau merupakan anak kepada Panglima Musa iaitu seorang panglima terkenal di negeri Kelantan.11 Sebab-sebab Penentangan Terdapat tujuh faktor utama yang membawa kepada penentangan Tok Janggut terhadap British. Sebab pertama ialah, kemerosotan status Engku Besar Jeram. Sebelum penguasaan Brtish di Kelantan, negeri tersebut ditadbir oleh kepimpinan tradisional iaitu dengan penguasaan sultan dengan dibantu oleh para pembesar. Setiap pembesar yang dilantik akan mempunyai kawasan pemakanan masingmasing. Golongan pembesar ini memainkan peranan penting dalam menjaga ekonomi dan sosial penduduk tempatan. Engku Besar Jeram merupakan pembesar yang berkuasa di daerah Jeram dan juga kawasan Pasir Puteh. Keadaan ini telah berubah selepas penguasaan British. Seorang Ketua Jajahan atau Pegawai Daerah telah dilantik untuk mentadbir kawasan tersebut. Encik Ibrahim yang berasal daripada Singapura merupakan Ketua Jajahan yang pertama dilantik. Seterusnya Encik Salleh iaitu orang tempatan telah dilantik menggantikan Encik Ibrahim. Ketua
10

Zainal Abidin Abdul Wahid et. al.(1996). Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 193. 11 Ibid. Hlm 194.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Jajahan yang ketiga ialah Encik Latiff yang juga berasal daripada Singapura. Ketua Jajahan yang dilantik akan bertanggungjawab dalam memungut hasil cukai, pengurusan tanah dan juga kehakiman. Perubahan keadaan ini menyebabkan Engku Besar Jeram kehilangan keistimewaan di kawasan tersebut. 12 Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati Tok Janggut terhadap penguasaan British. Faktor atau sebab yang kedua pula ialah keputusan kerajaan Kelantan yang memihak kepada British. Tindakan kerajaan Kelantan menyokong barat telah mengecewakan Tok Janggut. Beliau beranggapan bahawa tindakan kerajaan adalah bertentangan dengan Fatwa yang telah dikeluarkan oleh Syaikh al-Islam dan Khayri Effendi yang mewajibkan semua umat Islam di seluruh dunia berjihad menentang British. Penentangan terhadap British ini dilakukan kerana pihak barat telah merancang untuk menjatuhkan institusi khalifah Turki Uthmaniyah yang pada ketika itu menjadi penaung kepada seluruh umat Islam. Dalam hal ini, Tok Janggut percaya bahawa kuasa British akan dapat ditumbangkan oleh kuasa Jerman dan juga kuasa Turki Uthmaniyah.13 Tok Janggut juga telah menubuhkan gerakan menentang British dengan menjadikan Pasir Puteh sebagai pangkalan. Sebab yang ketiga pula ialah dasar pentadbiran yang telah diperkenalkan oleh British. Sebenarnya faktor ini tidak ada bezanya dengan penentanganpenentangan yang telah dilakukan oleh pemimpin tempatan yang lain. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, pengenalan pembaharuan pentadbiran politik, ekonomi dan sosial yang dilakukan oleh British telah menyebabkan berlakunya perubahan ke atas pentadbiran dan peranan golongan pemimpin tempatan. Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati para pemimpin tempatan. Selain itu, sistem cukai dan peraturan baru yang diperkenalkan oleh British juga telah ditolak oleh Tok Janggut. Hal ini kerana, perubahan yang telah dilaksanakan oleh British itu telah mencabar kewibawaan Tok Janggut sebagai orang berpengaruh di Pasir Puteh yang begitu patuh akan amanah yang telah diberikan oleh sultan kepada beliau untuk menjaga kawasan daerahnya.14 Seterusnya, sebab atau faktor yang keempat ialah sikap penduduk tempatan yang pada ketika itu bersikap anti orang luar atau xenophobia. Jawatan Ketua
12

Nik Anuar Nik Mahmud. (1999). Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka. Bangi. Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 53. 13 Ibid. Hlm 54 14 Ramlah Adam. (2003). Pejuang-pejuang Kemerdekaan. Melaka. Institut Kajian Sejarah dan Patriotisma Malaysia. Hlm 225

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Jajahan yang telah diwujudkan oleh British telah dipegang oleh pegawai yang bukan berasal daripada Kelantan. British telah melantik Encik Ibrahim yang berasal daripada Singapura untuk menjadi Ketua Jajahan yang pertama di Pasir Puteh. Penduduk tempatan beranggapan bahawa Engku Besar Jeram merupakan calon yang paling sesuai memegang jawatan tersebut. Namun, sepanjang menjalankan tugas, Encik Ibrahim mengambil langkah bijak iaitu dengan bersikap lembut terhadap penduduk tempatan. Beberapa tahun kemudian jawatan Encik Ibrahim telah digantikan oleh Encik Salleh atau Che‟ Salleh. Pelantikan Encik Salleh sebagai Ketua Jajahan di daerah itu mendapat penerimaan daripada penduduk tempatan kerana, beliau merupakan pegawai yang berasal dari Kelantan. Sepanjang menjalankan tugas beliau sebagai Ketua Jajahan di Pasir Puteh, Encik Salleh dikatakan tidak sampai hati untuk menjalankan pungutan cukai ke atas penduduk tempatan. Hal ini berterusan untuk sekian lamanya. Jawatan Ketua Jajahan yang dipegang oleh Encik Salleh akhirnya diambil alih oleh Encik Latiff yang berasal daripada Singapura. Semasa bertugas, Encik Latiff dikatakan menimbulkan kebencian penduduk terhadapnya kerana Encik Latiff berani menengking orangorang kampung yang datang berurusan di pejabatnya. 15 Keperibadian negatif yang ditunjukkan oleh Encik Latiff telahpun diakui sendiri oleh seorang wartawan Straits Echo yang dahulunya pernah menetap di Pasir Puteh. kedaerahan di dalam diri penduduk tempatan
16

Hasilnya, sentimen membuak-buak

semakin

menyebabkan mereka mengangkat Engku Besar Jeram sebagai pemimpin. Kesetiaan penduduk tempatan terhadap Engku Besar Jeram pada ketika itu dikatakan sangat kuat sehinggakan boleh mencabar kedudukan sultan Faktor kelima pula ialah Tok Janggut telah mendapat sokongan kuat daripada Engku Besar Jeram Tuan Ahmad. Apabila British memulakan pendudukan mereka di Kelantan, Tok Janggut dikatakan berani menentang British kerana beliau telah mendapat sokongan kuat daripada Engku Besar Jeram dan juga Tengku Cik Penambang, iaitu keturunan Kerabat Diraja Kota Bahru. Ada pihak mengatakan bahawa sokongan yang diberikan itu merupakan satu cara untuk menjatuhkan kedudukan sultan Kelantan. Tetapi jika dilihat dari konteks matlamat perjuangan

15

Nik Anuar Nik Mahmud.(1999). Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka. Bangi. Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 54. 16 Mohd Isa Othman.(1999). Gerakan Protes Dalam Perspektif Sejarah Malaysia. Universiti Sains Malaysia. Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd. Hlm 139.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

yang dilakukan oleh Tok Janggut, beliau sebenarnya lebih bersifat menentang British. Selepas Tok Janggut didapati membunuh Sarjan Che Wan, serangan besarbesaran telah dilakukan dalam membenteras Tok Janggut dan para pengikutnya. Askar Malay State Guides (MSG) telah membakar rumah Tok Janggut, manakala penduduk Pasir Puteh telah diberikan hukuman dengan membayar denda sebanyak $10 untuk rumah besar, $5 untuk rumah sederhana dan $3 untuk rumah kecil kerana kejadian huru-hara yang berlaku. Tindakan yang dilakukan oleh British terhadap penduduk Pasir Puteh telah mencetuskan kemarahan Tok Janggut yang akhirnya menyerang balas khemah MSG pada 24 Mei 1915.17 Seterusnya faktor yang keenam ialah, pengenalan peraturan ekonomi baru yang diperkenalkan oleh British. Pengenalan peraturan ekonomi cukai ke atas tanah, tanaman dan hasil hutan telah menjadi pencetus kepada penentangan Tok Janggut terhadap British. Sebagai contoh, bagi cukai kepala setiap penduduk akan dikenakan cukai sebanyak seringgit setahun. Manakala pokok buah-buahan pula dikenakan cukai sebanyak tiga sen sebatang, dan buah kelapa sebanyak tiga sen setandan. Selain daripada itu, pokok sirih juga dikenakan cukai yang agak tinggi iaitu sebanyak tiga sen sejunjung. 18 Pelaksanaan undang-undang dan peraturan baru yang telah dilaksanakan oleh British sememangnya menimbulkan kegelisahan dan penderitaan kepada penduduk tempatan. Engku Besar Jeram dan Tok Janggut telah menjadi harapan para penduduk tempatan dalam menyelesaikan masalah cukai yang membebankan itu. Pada tahun 1912, Encik Latiff telah mengambil alih jawatan yang dipegang oleh Encik Salleh sebagai Ketua Jajahan. Keadaan yang reda menjadi tegang kembali selepas Encik Latiff memegang jawatan sebagai Ketua Jajahan kerana Encik Latiff menjalankan tugas dengan begitu tegas sehingga mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Encik Latiff akan mengenakan denda berlipat kali ganda kepada sesiapa yang gagal membayar cukai pada masa yang telah ditetapkan. Selain daripada penduduk tempatan, keturunan Raja Jeram juga turut dipaksa membayar cukai. Sebelum ini mereka telah dikecualikan membayar cukai namun perubahan yang dilakukan oleh Encik Latiff telah menambahkan lagi kebencian para pembesar tempatan seperti

17 18

Ibid. Hlm 148. Zainal Abidin Abdul Wahid et. al. (1996). Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 194

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Engku Besar Jeram dan juga para penduduk tempatan terhadap pelaksanaan undang-undang dan peraturan baru yang telah diperkenalkan oleh British. 19 Akhir sekali faktor yang ketujuh ialah faktor agama Islam. Tok Janggut dikenali sebagai seorang pejuang tempatan yang mempunyai semangat jihad yang sangat tinggi. Unsur keagamaan merupakan unsur terpenting dalam penentangan Tok Janggut terhadap British. Tok Janggut yang mendapat pendidikan di Mekah melihat bahawa ideologi perjuangan berasaskan keagamaan merupakan faktor yang terpenting. Tok Janggut menyeru para pengikutnya menentang para penjajah Eropah. Peperangan di antara British dan Turki Uthmaniyah telah mendapat sambutan sokongan jihad daripada orang-orang Melayu di Kelantan dan juga negeri Melayu yang lain seperti Terengganu. Akibat bimbang akan sokongan yang ditunjukkan oleh orang-orang Melayu, pihak British telah memaksa kerajaan Kelantan menyatakan kesetiaan mereka kepada King George V.20 Sebuah enakmen juga telah dikeluarkan bagi melarang orang-orang Melayu menyatakan sokongan jihad mereka kepada kerajaan Turki Uthmaniyah. Catatan Wells pula mengaitkan faktor perjuangan agama Islam telah membangkitkan pemberontakan untuk menentang kuasa barat pada tahun 1915. Keadaan ini juga berkait rapat dengan situasi politik yang pada ketika itu menyeru jihad berdasarkan keadaan peperangan yang berlaku di Turki Uthmaniyah. Tok Janggut yang pada ketika itu berumur 65 tahun telah menunjukkan semangat jihad beliau dengan menyatakan kesediaan beliau menjadi pemimpin gerakan protes dan penentangan di daerah Pasir Puteh. Matlamat Perjuangan Tok Janggut. Selepas empat tahun Penasihat British ditempatkan di negeri Kelantan yakni pada tahun 1914, penentangan terhadap kerajaan British di negeri Kelantan telah berlaku. Daerah Jeram merupakan pusat kebangkitan penentangan terhadap British di Kelantan. Jeram merupakan sebuah daerah yang berada di bawah kekuasaan seorang pembesar kerabat diraja iaitu Engku Besar Tuan Ahmad. Di dalam daerah itu, terdapat beberapa orang pegawai yang berkhidmat di bawah beliau. Salah seorang daripada pegawai tersebut ialah Tok JanggutTok Janggut bangkit menentang kerana beliau diamanahkan oleh gurunya iaitu Syeikh Ahmad untuk
19

Mohd Isa Othman. (1999). Gerakan Protes Dalam Perspektis Sejarah Malaysia. Universiti Sains Malaysia. Utusan Publication and Distubors Sdn Bhd. Hlm 141 20 Nik Anuar Nik Mahmud. (1999). Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka. Bangi. Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 27.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

membebaskan Patani daripada Siam dan mempertahankan Kelantan daripada jatuh kepada kuasa asing, khususnya Eropah yang bersifat anti Islam. Beliau melihat situasi di mana pembesar dan golongan istana tidak berani menentang British di Kelantan. Ini menyebabkan beliau dengan beraninya menawarkan diri kepada Engku Besar Jeram sebagai penentangan British. Corak Perjuangan Tok Janggut Menentang British. Tok Janggut telah mengadakan pemberontakan dalam menentang pihak British yang turut disertai oleh Engku Besar Tuan Ahmad. Mereka telah mengerahkan pengikut seramai 2,000 orang untuk menentangan British. Penentangan mereka juga disertai oleh Mat Kelantan atau Mat Saman iaitu pahlawan Melayu yang pernah membantu pejuang-pejuang Pahang suatu ketika dahulu. Kumpulan Tok Janggut dan Engku Besar telah berjaya menyerang dan menawan Balai Polis Pasir Puteh. Daerah Jeram juga telah berjaya dikuasai oleh kumpulan mereka. Manakala bandar Pasir Puteh pula telah berjaya dibebaskan daripada belenggu kekuasaan British. Selepas berjaya, kumpulan Tok Janggut dan Engku Besar telah

mengukuhkan kekuasaan mereka dengan membentuk pemerintahan sementara di Jeram dan Pasir Puteh. Engku Besar telah dijadikan raja manakala Tok Janggut pula dilantik sebagai Perdana Menteri. Tindakan mereka ini menjadi satu kejutan kepada kerajaan British dan sultan Kelantan.21 Berikutan daripada peristiwa tersebut, sultan telah menghantar beberapa orang pembesar ke kampung Tok Janggut di Kampung Nerang untuk berdamai. Namun, pembesar-pembesar tersebut gagal kerana Tok Janggut dan para pengikutnya telah masuk ke kawasan hutan. Pihak British telah mengambil inisiatif dengan menawarkan hadiah sebanyak $4500 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut atau Engku Besar dan pembesar-pembesarnya. Pihak British juga meminta bantuan ketenteraan dengan menghantar utusan ke Singapura dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. British berasa lega dengan tibanya tentera bantuan dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Singapura. Askar-askar tersebut telah menyerang Jeram. Selain itu, istana daerah Jeram beserta kubu pertahanan di situ juga telah dibakar. Lebih malang lagi apabila rumah-rumah penduduk Jeram juga turut dibakar. Tok Janggut dan para pengikutnya berusaha menentang kumpulan tentera pihak British
21

Zainal Abidin Abdul Wahid et. al. (1996). Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 196.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

dengan penuh keberanian. Namun disebabkan kumpulan Tok Janggut tidak dapat menandingi kehebatan senjata yang digunakan oleh musuh maka mereka telah dikalahkan oleh tentera pihak British. Hasil daripada kekalahan tersebut, ramai pengikut Tok Janggut telah melarikan diri ke Siam. Manakala Mat Kelantan atau Mat Saman telah ditangkap dan dikenakan hukuman penjara selama lima tahun. Disebalik kekalahan kumpulan Tok Janggut kepada pihak British, Tok Janggup masih tidak mahu mengaku kalah mahupun mengundur diri. Peristiwa

Pemberontakan Tok Janggut ini tetap diteruskan oleh beliau sehingga ke titisan darah yang terakhir yang pada akhirnya mengakibatkan dirinya dikenakan hukuman gantung sampai mati. Setelah terkorban di dalam usaha untuk membebaskan penduduk Kelantan daripada menderita berada di bawah penguasaan pihak British, mayat Tok Janggut telah di bawa ke Kota Bahru dengan menggunakan sebuah kereta lembu. Mayat Tok Janggut telah disandarkan ke sebatang kayu untuk tontonan orang ramai sebelum menjalankan upacara pengkebumian beliau. 22 Perbuatan pihak British terhadap mayat seorang pejuang awal Tanah Melayu adalah sangat hina dan kejam. Selepas perjuangan yang dilakukan oleh Tok Janggut dikatakan tidak ada lagi berlaku kebangkitan besar untuk menentang pihak British sehingga pada tahun 1945 iaitu selepas Perang Dunia Kedua tamat. TERENGGANU HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG Latar Belakang Nama sebenar Haji Abdul Rahman Limbong ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid. Beliau lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong kerana beliau sering ke Limbong. Limbong merupakan sebuah tempat di Kemaman, Terengganu. Tujuan beliau pergi ke Limbong adalah untuk mengajar agama. Haji Abdul Rahman Limbong dilahirkan di Kg. Jenguk Tong, Beladau, Kulam, Kuala Terengganu. Beliau juga seorang yang fasih berbahasa Arab. Haji Abdul Rahman Limbong juga seorang yang berpendidikan terutamanya dalam ilmu agama dan tidak hairanlah beliau telah menjadi seorang ulama yang terkenal dalam kalangan penduduk di Terengganu.

22

Ibid. Hlm 197

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Beliau mempelajari ilmu agama ini melalui seorang guru iaitu Tuan Haji Yaakob yang tinggal di Kg. Paya Bunga, Kuala Terengganu. Selain Tuan Haji Yaakob, beliau juga mendapat didikan agama daripada Engku Sayid Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama Tok Ku Paloh. Melalui didikan agama daripada kedua-dua guru ini, beliau akhirnya menjadi seorang ulama yang terkenal. Sebagai seorang ulama, beliau sangat berpengaruh dalam kalangan masyarakat di bahagian tengah dan hulu Terengganu. Selain itu, Haji Abdul Rahman Limbong juga merupakan seorang pedagang yang maju. Sebagai seorang pedagang, beliau sering berulang-alik dari Terengganu ke Kedah, Patani, Sarawak, Pahang, Kelantan, Siam dan negara-negara yang lain seperti Sambas, Brunei dan Kepulauan Riau. Sebagai seorang pedagang yang kaya, beliau tidak keberatan untuk memberi bantuan kepada penduduk yang memrlukan bantuan beliau. Oleh kerana itu, beliau begitu dikagumi oleh para penduduk di Terengganu.23 Haji Abdul Rahman Limbong juga merupakan seorang pejuang kemerdekaan di Terengganu. Beliau memperjuangkan nasib petani yang telah ditindas oleh pihak British dalam Kebangkitan Tani di Terengganu. Disebabkan penentangan atau perjuangan beliau tersebut, akhirnya Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah dan pengikutnya yang lain pula dijatuhi hukuman penjara. 24 Haji Abdul Rahman telah meninggal dunia pada 16 November 1929 dan beliau telah meninggal di Makkah. Sebab Penentangan Seperti di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu lainnya juga, Terengganu juga menjadi tanah jajahan pihak British. Pihak British telah mengenakan pelbagai larangan dan mengenakan cukai kepada penduduk di terengganu. Tindakan pihak British mengenakan pelbagai peraturan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk dan ini menyebabkan mereka berdiri menentang pihak British. Hal ini kerana, peraturan yang diperkenalkan oleh British ini menyebabkan mereka susah dan penduduk menganggap tindakan British tersebut menyalahi adat dan agama Islam. Perjuangan membela nasib penduduk di Terengganu ini diketuai oleh seorang ulama yang terkenal iaitu Haji Abdul Rahman Limbong. Perjuangan beliau ini
23

Zainal Abidin Abdul Wahid et al. 1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 202-203. 24 Ibid. Halaman 204.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

dikenali sebagai Kebangkitan Tani di Terengganu. Hal ini kerana, peraturan yang dibuat oleh pihak British semuanya berkaitan dengan tanah seperti penguatkuasaan undang-undang binatang buas, pengambilan pas kebenaran dan pembayaran cukai ke atas tanah yang hendak dibuka. Tanah merupakan milik penduduk di kawasan tersebut dan pengenalan pelbagai peraturan ini menyebabkan penduduk menentang pihak British khususnya di Kuala Telemong. Matlamat perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong adalah untuk membela nasib penduduk khususnya petani yang ditindas. Pengenalan Undang-undang Tanah dan cukai begitu memberi beban kepada penduduk dan ini menyebabkan Haji Abdul Rahman Limbong bangkit berjuang untuk membela nasib penduduk yang tertindas. Matlamat Perjuangan Penentangan Haji Abdul Rahman Limbong membela nasib penduduk dan seterusnya menentang British adalah secara berperingkat-peringkat iaitu dari tahun ke tahun. Penentangan ini bermula pada tahun 1922 hingga 1928. Sepanjang penentangan ini, Haji Abdul Rahman Limbong dijadikan sebagai penasihat oleh para penduduk untuk menentang pihak British. Pada tahun 1921, peraturan tanah telah diluluskan dan dikuatkuasakan oleh pihak British. Walau bagaimanapun, pada bulan Julai dan Ogos 1922, penduduk di Hulu Terengganu, khususnya kawasan Telemong tetap membuka tanah tanpa mendapatkan pas kebenaran daripada kerajaan. Mereka tidak mengendahkan peraturan tersebut dan hal ini telah menyebabkan mereka telah disaman dan dihadapkan di mahkamah untuk dibicarakan. 25 Berikutan masalah tersebut, penduduk telah mengadu kepada Haji Abdul Rahman Limbong dan beliau telah menjadi peguam untuk membela penduduk yang ditangkap itu. Semasa perbicaraan, Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan bukannya hak negeri. Oleh itu, pihak kerajaan tidak mempunyai hak untuk mengenakan cukai terhadap penduduk. Pihak kerajaan tidak dapat mematahkan hujah beliau dan ini telah membantu membela penduduk yang ditangkap tersebut. Ketika perbicaraaan yang seterusnya, beliau juga turut memenanginya. Corak Perjuangan

25

Ibid. Halaman 202.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Pada tahun 1925 pula, sekali lagi penduduk Kg. Telemong menentang Undangundang Tanah tahun 1921. Pada 3 Mei 1925, seramai antara 300 hingga 500 orang penduduk berkumpul di Telemong untuk bergotong-royong membersihkan tanah milik Tengku Nik yang merupakan saudara Sultan Terengganu. Surat perintah kerja tersebut ditulis oleh Haji Abdul Rahman Limbong dan Tengku Nik. Mereka tidak mengambil pas kebenaran seperti yang terkandung dalam Undang-undang Tanah tahun 1921. Pihak British telah bersedia untuk memberi tindak balas yang lebih hebat. Namun begitu, Haji Abdul Rahman Limbong dapat meredakan situasi tersebut dengan menerima jemputan Sultan Sulaiman supaya beliau datang ke istana untuk menerangkan kejadian itu. Penentangan yang terakhir ialah pada tahun 1928. Penentangan yang berlaku pada tahun ini lebih hebat. Hal ini demikian kerana beribu-ribu orang rakyat Terengganu terlibat dalam penentangan tersebut. Dalam peristiwa penentangan ini, sekali lagi Haji Abdul Rahman Limbong dijadikan penasihat oleh Pemimpinpemimpin dari Kuala Berang, iaitu Penghulu Salleh Pasir Nyior, Tersat, Tahir Pasir Panang, Abu Bakar Chinting, Mat Tok Pitas, Deraman Haji Daud Peris, Abdullah Juru Kaka dan Ismail Kuala Pos datang menemui beliau untuk mendapatkan nasihat bagaimana untuk menentang. Haji Abdul Rahman Limbong menasihatkan kepada mereka supaya tidak membayar cukai tanah dan tanaman atau tidak mengambil pas kebenaran. Selain itu, Haji Abdul Rahman dan pengikutnya juga menghalau pihak polis kerana menghalang usaha mereka membersihkan tanah untuk aktiviti pertanian di Alor Limbat.26 Selepas menyerang Alor Limbat, mereka telah menyerang Pejabat Daerah Kuala Berang dan di situ juga mereka telah berjaya. Setelah berjaya menyerang Pejabat Daerah, Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya bertindak untuk menyerang Kuala Terengganu. Walau bagaimanapun, serangan mereka dapat dipatahkan oleh pihak British apabila British telah mengisytiharkan perang terhadap mereka. Pihak British meminta bantuan ketenteraan dari Kuala Lumpur dan ini telah menyebabkan mereka menang dalam peperangan tersebut. Setelah pihak British berjaya mengalahkan Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya, mereka telah ditangkap dan seterusnya dibicarakan. Haji Abdul Rahman Limbong dihukum buang

26

Ibid. Halaman 203-204.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

negeri ke Makkah. Manakala, pengikutnya pula dijatuhi hukuman penjara. Haji Abdul Rahman Limbong dibuang negeri ke Makkah adalah kerana pihak British tidak ingin peristiwa yang sama berulang kembali. Akhirnya beliau meninggal dunia di Makkah pada 16 November 1929. 27 Kesimpulannya, peraturan tanah yang membebankan serta menyusahkan penduduk di Terengganu telah menyebabkan penduduk bangkit menentang dan menghapuskan pihak penjajah. JOHOR SULTAN ALI Sebab Penentangan Johor mempunyai corak dan matlamat penentangan yang berbeza dengan negerinegeri melayu tidak bersekutu yang lain. Hal ini disebabkan sistem pemerintahan Johor berasaskan sistem pemerintahan yang mempunyai pengaruh daripada pentadbiran british. Hal ini dapat dilihat apabila semasa pentadbiran Temenggung Ibrahim, Baginda telah melantik seorang penasihat undang-undang berbangsa inggeris iaitu N.Napier. 28 Dalam hal ini, penentangan terhadap British di Johor sebenarnya dapat dilihat semasa pemerintahan Sultan Ali. Dimana, sultan Ali telah menggantikan Sultan Hussien yang telah mangkat. Oleh hal yang demikian, pemimpin setempat yang menentang british ketika itu ialah Sultan Ali. Yang mana, penentangan Sultan Ali sebenarnya berkaitan dengan perluasan kuasa temenggung di Johor dimana temenggung mendapat sokongan daripada pihak British. Penentangan Sultan Ali sebenarnya disebabkan baginda tidak puas hati

dengan perjanjian 1855. Dimana, perjanjian tersebut sebenarnya disifatkan sebagai buah fikiran British. 29 Dalam hal ini, Sultan Ali pada awalnya sebenarnya tidak sanggup untuk menandatangani perjanjian tersebut kerana baginda bimbang akan kehilangan gelaran dan hak kawasan yang telah pun dimiliki olehnya. Namun begitu tekanan daripada pihak British menyebabkan Baginda tidak ada pilihan dan akhirnya menandatangani perjanjian 1855 itu. Jadi,secara tidak langsung perjanjian tersebut menyebabkan berlakunya titik peralihan kuasa Temenggung di Johor,tidak termasuk Muar Kesang. Yang mana pada ketika itu Temenggung Ibrahim dikatakan mendapat
27 28

Ibid. Halaman 204. Mohd Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Hlm 129 29 R.O. Winstedt. (1979). History of Johore (1635-1895). Kuala Lumpur. Cetakan Semula MBRAS,NO 6. Hlm 92

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

sokongan daripada

pegawai-pegawai dan saudagar-saudagar British. Hal ini

disebabkan saudagar-saudagar yang menyokong Temenggung Ibrahim dikatakan mendapat keuntungan ekonomi hasil daripada persahabatan mereka dengan

Temenggung Ibrahim manakala saudagar-saudagar yang menyokong Sultan Ali pula mempunyai kepentingan ekonomi di Johor. Oleh itu, saudagar-saudagar yang menyokong Temenggung Ibrahim bertindak untuk mempengaruhi pegawai-pegawai British supaya menyokong Temenggung Ibrahim dan menentang Sultan Ali. 30 Jadi, ini menunjukkan Temenggung Ibrahim mempunyai pengaruh yang luas dalam kalangan pihak British. Matlamat Perjuangan Sultan Ali ingin membatalkan perjanjian 1855 disebabkan daripada persaingan antara Sultan Ali dan Temenggung Ibrahim yang bertambah runcing. Jadi, hal ini menyebabkan Sultan Ali mulai mendakwa bahawa perjanjian 1855 itu tidak sah. Baginda telah menghantar wakilnya beberapa kali untuk berbincang dengan Gabenor untuk membatalkan perjanjian 1855 tersebut. Sebagai alasan, Sultan Ali menyatakan bahawa perjanjian itu ditandatangani tanpa perbincangan atau mesyuarat dengan pembesar-pembesarnya terlebih dahulu. Hal ini bertentangan dengan adat-istiadat melayu. Namun begitu semua alasan yang dikemukakan oleh Sultan Ali ditolak oleh Gabenor. Dalam hal ini, Gabenor menyatakan bahawa pembesar tidak berhak untuk campur tangan dalam hal perjanjian tersebut. 31 Hal ini menyebabkan usaha Sultan Ali untuk mendapatkan Johor semula daripada Temenggung Ibrahim gagal kerana Gabenor Negeri-Negeri Selat menyokong Temenggung Ibrahim. Corak Perjuangan Hal ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati Sultan Ali kepada pihak British secara tidak langsung. Oleh itu corak perjuangan Sultan Ali dengan bantuan dilihat

setiausaha Sultan Ali yang dikenali sebagai Bujal telah berjaya mengumpulkan tiga puluh ribu orang pengikut Sultan Ali di Muar untuk menlancarkan serangan terhadap Johor dan melantik Sultan Ali sebagai Sultan seluruh Johor pada tahun 1860. 32 Jadi, persiapan Sultan Ali untuk melancarkan serangan di Johor itu telah dilaporkan oleh
30 31 32

C.D.Cowan.(1970).Tanah Melayu Kurun Kesembilan Belas. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm 18 Abdullah Zakaria Ghazali.(1997). Istana Dan Politik Johor (1835-1885). Kuala Lumpur. Yayasan Penataran Ilmu. Hlm 39. Ibid

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Temenggung Ibrahim kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat yang baru iaitu Kolonel Orfeur Cavenagh. Oleh sebab itu,Gabenor telah pun memberikan amaran kepada Sultan Ali dengan menyatakan bahawa selagi sultan Ali tinggal di singapura, maka baginda adala dibawah perlindungan British. Begitu juga dengan pengikut-pengikut Sultan Ali supaya tidak mengganggu ketenteraman dan keamanan di semenanjung Tanah Melayu. Namun begitu, walaupun telah diberikan amaran oleh gabenor, Sultan Ali tidak mengendahkannya dan enggan memanggil Bujal pulang. Pada ketika itu,Gabenor tidak ada di singapura, tetapi di Pulau Pinang. Namun demikian Gabenor mengarahkan residen Konsular supaya menyekat penduduk Melaka keluar agar tidak terlibat dengan dan bekerjasama dengan Bujal. Pihak British telah menghantar kapal perang Hoogly ke Tanjung Gading, Muar untuk meninjau kekuatan pengikut-pengikut Sultan Ali yang di bawah pimpinan Bujal. Pada masa yang sama Residen Konsular telah memberikan amaran kepada Sultan Ali supaya tidak dibenarkan keluar dari Singapura dan menyatakan bahawa perjanjian 1855 itu tidak boleh dipinda serta akan menyekat bekalan senjata akan dilakukan. Bukan itu sahaja, british akan mengambil tindakan yang keras terhadapa baginda. Hal ini telah menyebabkan baginda membatalkan rancangannya. Pembatalan ini berlaku disebabkan amaran gabenor kepada sultan Ali, kehadiran Kapal Perang British,Hoogly serta keupayaan angkatan tentera yang kuat seperti yang disangkakan. Akhirnya,pada bulan November 1862, baginda memberitahu Gabenor bahawa baginda akan berpindah dari singapura ke Muar dan menetap di situ. MAHARAJA / SULTAN ABU BAKAR Sebab Penentangan Sultan Abu Bakar menentang British semasa Frederick Weld dilantik menjadi Gabenor Negeri-Negeri Selat pada 1880, beliau telah menjalankan kegiatannya sebagaimana yang dilakukan oleh Gabenor- Gabenor sebelumnya untuk meluaskan dan menguatkan lagi dasar penjajahan inggeris di negeri-negeri melayu dan tumpuannya adalah ke atas negeri Johor. Pada tahun 1884,beliau telah mencadangkan kepada kerajaan british supaya memperbaharui dasar Inggeris ke atas negeri Johor yang merdeka dan menjalankan pemerintahan sendiri.33 Beliau
33

Noriah Jalil. (1986). Hari Ini Dalam Sejarah Jilid 4 „Perjanjian Persahabatan Di Antara Kerajaan Johor Dan Inggeris‟. Kuala Lumpur . Arkib Negara Malaysia. Utusan Printcorp Sdn Bhd. Hlm 233

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

juga mencadangkan agar dilantik seorang residen inggeris untuk mentadbir Johor seperti yang terdapat di Perak, Selangor,dan Negeri Sembilan. Pelantikan ini penting disebabkan Sultan Johor telah melantik peguam-peguam bangsa eropah sebagai penasihat baginda dan di khuatiri pengaruh kuasa lain akan meresap masuk ke negeri Johor. Dalam hal ini, Gabenor Frederick Weld (1800-1889) cuba untuk menarik negeri Johor ke dalam pentadbiran sistem residen. matlamat perjuangan Apabila hal ini berlaku, matlamat perjuangan Sultan Abu Bakar ialah tidak meletakkan Negeri Johor di bawah kuasa Inggeris. Dalam erti kata lain,baginda tidak ingin pemerintahan Baginda daripada dijajah oleh British dibawah gabenor negerinegeri selat iaitu dibawah Frederick Weld (1800-1889). Dalam hal ini, baginda memerintah Negeri Johor tanpa menerima nasihat dan arahan daripada gabenor inggeris di Singapura. Corak perjuangan Sultan Abu Bakar amat unik kerana ia tidak melibatkan angkatan tentera yang banyak ataupun melibatkan pertumpahan darah sebaliknya membuat keputusan untuk berangkat segera ke London untuk menemui setiausaha jajahan British di London. Sebelum berangkat, baginda meminta pemangku Gabenor Cecil Clementi Smith melaporkan kepada inggeris supaya jangan meletakkan Negeri Johor di bawah kuasa ingeris serta memberitahu perkara yang sebenarnya mengenai penyusunan pentadbiran dan kemajuan yang baik terhadap negeri Johor. Jadi,pada bulan mei 1885, maharaja Abu Bakar dan rombongannya telah tiba ke London. Sepanjang rundingannya dengan British di London, baginda telah dibantu oleh setiausaha baginda, Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman yang fasih berbahasa inggeris faham akan tipu muslihat penjajah inngeris. 34 Rundingan telah dibuat selama enam bulan dan akhirnya perjanjian persahabatan telah ditandatangani pada tahun 1885. Perjanjian persahabatan yang ditandatangani oleh maharaja Abu Bakar yang mewakili Johor dan pihak inggeris diwakili oleh Frederick A. Atanley, setiausaha Negara bagi jajahan Inggeris, di pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London.
34

Ibid. Halaman 235

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Perjanjian ini menunjukkan bahawa kedudukan Sultan Abu Bakar itu lebih tinggi daripada Gabenor Negeri-Negeri Selat kerana biasanya surat-surat perjanjian diantara negeri-negeri melayu dengan kerajaan inggeris ditandatangani oleh Gabenor negeri-negeri selat sahaja dan bukannya oleh setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan inggeris sendiri.35 Dengan kedudukan yang tinggi itu menyebabkan baginda merupakan pemerintah yang berdaulat dan tidak menerima arahan ataupun nasihat daripada Gabenor inggeris di singapura. Sebaliknya beliau telah menubuhkan jemaah penasihat Johor di London pada tahun 1866 yang dipengerusikan oleh sahabatnya iaitu Lt. Kol. William Fielding untuk menasihatkan beliau dalam pentadbiran negeri Johor dan berhubung terus dengan pejabat tanah Jajahan di London. Melalui perjanjian ini juga, maharaja diakui sebagai Sultan Johor dan Maharaja Abu Bakar dibenarkan menggunakan gelaran Sultan dan ia boleh diwarisi oleh pemerintah selepasnya. 36 Oleh itu, pada bulan Julai 1866 baginda telah ditabalkan dengan memakai gelaran Sultan dan memakai mahkota kebesaran Johor dalam satu istiadat yang besar.37 Sultan Abu Bakar yang ingin mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai Pemerintah Johor telah memasyhurkan undang-undang tubuh Kerajaan Johor pada tahun 14 april 1895. Undang-undang ini dipadankan dari barat dan ditulis dalam tulisan Jawi dan Rumi. Hal ini menyebabkan dengan adanya perlembagaan ini, Johor menjurus ke arah pemerintahan perlembagaan. Pengenalan undang-undang ini disifatkan sebagai kemuncak pembaratan yang dilakukan oleh Johor. Bukan itu sahaja, maharaja Abu Bakar dapat mengukuhkan kedudukannya dengan

mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai-pegawai dan saudagar-saudagar british di NNS. Malah, baginda mendapat penghormatan daripada Ratu British (Queen Victoria). Tambahan pula, Baginda semasa mentadbir Johor, Maharaja Abu Bakar beberapa kali melawat Eropah terutamanya di England. 38 Oleh itu, corak perjuangan sultan Abu Bakar sebenarnya dapat dilihat melalui rundingan dan menjalinkan hubungan baik dengan pihak british untuk mencapai matlamatnya iaitu ingin mengekalkan dan mengukuhkan kuasanya sebagai pemerintah Johor.
35

Sanib Said. (1983). Hari Ini Dalam Sejarah Jilid 3 „Jenazah Almarhum Sultan Abu Bakar Dibawa Pulang Dari London‟.Kuala Lumpur.,Arkib Negara Malaysia. Hlm 59. 36 Profesor DR. Abdullah Zakaria Ghazali. (1999). Jurnal Warisan Johor Jilid 3. Johor Bahru. Yayasan Warisan Johor. DRs. Kamarudin Ab. Razak editor. Hlm 46. 37 Sanib Said. (1983). Hari Ini Dalam Sejarah Jilid 3 „Jenazah Almarhum Sultan Abu Bakar Dibawa Pulang Dari London‟.Kuala Lumpur.,Arkib Negara Malaysia. Hlm 61. 38 Profesor DR. Abdullah Zakaria Ghazali. (1999). Jurnal Warisan Johor Jilid 3. Johor Bahru. Yayasan Warisan Johor. DRs. Kamarudin Ab. Razak editor. Hlm 48

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Penilaian Pada penilaian kami,perjuangan pemimpin-pemimpin setempat di Negeri-Negeri

Melayu Tidak Bersekutu merupakan salah satu perjuangan yang menentang pihak penjajah. Namun begitu, pemimpin yang menentang mempunyai kepentingan sendiri. Hal ini dapat dilihat apabila matlamat sebenar mereka merupakan matlamat yang mempunyai kepentingan dalam diri mereka sahaja iaitu ingin mengekalkan pengaruh dan kuasa mereka dalam negeri masing-masing.Walaupun perjuangan mereka ini mempunyai kepentingan mereka sendiri namun pada masa yang sama mereka tetap mempertahankan kedaulatan negeri mereka masing-masing. Jadi, secara tidak langsung perjuangan mereka menentang penjajah sememangnya merupakan satu penentangan yang murni kerana sanggup bergadai nyawa untuk menentang penjajah yang hanya ingin memonopoli ekonomi di Tanah Melayu. Namun begitu, pada pendapat kami Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu sebenarnya mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan negeri-negeri melayu

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

yang lain seperti Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu kerana negeri-negeri tersebut dikuasai sepenuhnya oleh pihak British dengan meletakkan seorang Residen pada tahun 1874 dan bukan itu sahaja pada tahun 1896,Residen – Jeneral pula yang berkuasa berbanding dengan Raja dan pembesar-pembesar melayu. Tetapi, berbeza dengan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dimana pihak British meletakkan seorang Penasihat untuk yang mana penasihat tersebut tidak mempunyai kuasa seperti seorang Residen. Dalam hal ini,nasihatnya tidak tidak perlu diminta dalam semua bidang pentadbiran dan juga arahannya tidak

semestinya dituruti.(Zainal Abidin Abdul Wahid,1996) Akan tetapi, negeri-negeri melayu tidak bersekutu yang lain mempunyai perbezaan dengan negeri Johor yang mana para pemimpinnya mempunyai pandangan yang berbeza. Hal ini dapat dilihat apabila negeri Johor lambat menerima penasihat British dan apabila Johor menerima seorang penasihat British, jawatan tersebut mempunyai Fungsi yang sangat kecil dalam sistem pentadbiran di Johor. Malah, pemimpin-pemimpin Johor Bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah itu. Bukan itu sahaja, pemimpin-pemimpinnya mempunyai hubungan yang erat dengan pihak british sehinggakan para pemimpinnya mendapat kepercayaan daripada pihak British. Jadi, hal ini menunjukkan bahawa dengan adanya pemimpin yang cekap dan berwibawa menyebabkan sesebuah negeri itu tidak mudah dijajah oleh pihak penjajah. Johor mempunyai para pemimpin yang bijaksana seperti Temenggung Ibrahim dan juga Sultan Abu Bakar. Dimana, kedua-dua pemimpin tersebut bijak untuk menyelesaikan urusan pentadbiran mereka. Bukan itu sahaja, penentangan di Johor sememangnya berbeza dengan negeri-negeri melayu yang lain kerana corak perjuangannya tidaklah melibatkan pertumpahan darah atau peperangan sebaliknya menggunakan rundingan dengan pegawai British malah seperti yang kita tahu Sultan Abu Bakar mempunyai hubungan yang erat dengan pihak British. Malah, pihak British mengagumi Sultan Abu Bakar sehinggakan baginda mendapat gelaran maharaja. Bukan itu sahaja, Baginda turut digelar sebagai „Bapa Pemodenan Johor.‟ Jelaslah menunjukkan bahawa walaupun pihak british mencuba untuk menguasai sepenuhnya Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu namun percubaan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

mereka tidaklah tercapai. 39 Hal ini disebabkan negeri-negeri tersebut sentiasa sahaja berusaha untuk mencari jalan supaya negeri-negeri mereka ini tidak dikuasai oleh kerajaan British sepenuhnya. Jadi, kami menegaskan bahawa walaupun terdapat sedikit kelemahan pada pemimpin-pemimpin tersebut tetapi mereka tetap mempunyai fikiran yang berpandangan jauh lebih baik jika dibandingkan dengan pemimpin negeri-negeri melayu yang lain kerana mampu tidak meletakkan negerinegeri mereka dibawah kekuasaan British sepenuhnya atau secara mutlak

Kesimpulan kebangkitan semangat anti penjajah merupakan peristiwa yang harus kita ingati dan hargai. Dalam hal ini,perjuangan yang dilakukan oleh para pemimpin setempat khasnya di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu adalah untuk mengelakkan negeri mereka daripada dikuasai sepenunhya oleh pihak penjajah seperti yang terjadi dalm negeri-negeri melayu yang lain dan dalam masa yang sama ingin mengekalkan kuasa daripada jatuh ke tangan pihak british yang cuba menguasai semuanya dari segi politik, ekonomi dan sosial. Tambahan pula dengan adanya Semangat anti penjajah ini menyebabkan para pejuang tempatan ingin membebaskan negeri mereka daripada kawalan penjajah.Disamping itu, dapat dilihat juga dalam perjuangan mereka yang mana para pejuang tempatan juga ingin membebaskan penduduk tempatan daripada terus menderita dan terseksa di bawah pemerintahan British yang memperkenalkan pelbagai cukai yang menyebabkan pihak British boleh menindas masyarakat tempatan dengan sesuka hati mereka. Dimana, masyarakat
39

Zainal Abidin Abdul Wahid et. al. (1996). Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 204

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

tempatan dipaksa untuk membayar cukai-cukai yang tinggi dan mengakibatkan masyarakat tempatan rasa terbeban dengan hal tersebut. Hal ini secara tidak langsung membawa kepada kebangkitan bukan sahaja dalam kalangan pemimpin tetapi dalam kalangan masyarakat tempatan. Walaupun mereka tidak mampu untuk mengalahkan pihak British, namun usaha dan keberanian mereka wajar dikagumi dan dikenang oleh generasi pada hari ini. Pada masa yang sama,pemimpinpemimpin pada hari ini sewajarnya mencontohi semangat perjuangan pemimpin masa lalu yang mampu memimpin sesebuah negeri itu dan mampu membawa pembaharuan-pembaharuan khususnya dalam bidang pentadbiran seperti yang dilakukan oleh Sultan Abu Bakar sehinggakan baginda disegani oleh pihak British kerana mampu mentadbir Johor dengan lebih baik dan melambatkan penjajahan british di negeri Johor. Walaupun,pada ketika itu Francis Weld berusaha untuk meneruskan penguasaan British di Tanah Melayu.

RUJUKAN
Abdullah Zakaria Ghazali.(1997). Istana Dan Politik Johor (1835-1885). Kuala Lumpur. Yayasan Penataran Ilmu. Abdullah Zakaria bin Ghazali. Sejarah Gerakan Politik Awal Di Kedah. Jabatan Sastera dan Sains Sosial. Abdullah Zakaria bin Ghazali. Sejarah Zakaria bin Ghazali. Jabatan Sastera dan Sains Sosial. C.D.Cowan.(1970).Tanah Melayu Kurun Kesembilan Belas. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd Isa Othman.(1999). Gerakan Protes Dalam Perspektif Sejarah Malaysia. Universiti Sains Malaysia. Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Mohd Isa Othman. (2002).

Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur. Utusan

Publication & Distributors Sdn Bhd Nik Anuar Nik Mahmud. (1999). Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka. Bangi. Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia Noriah Jalil. (1986). Hari Ini Dalam Sejarah Jilid 4 „Perjanjian Persahabatan Di Antara Kerajaan Johor Dan Inggeris‟. Kuala Lumpur . Arkib Negara Malaysia. Utusan Printcorp Sdn Bhd Profesor DR. Abdullah Zakaria Ghazali. (1999). Jurnal Warisan Johor Jilid 3. Johor Bahru. Yayasan Warisan Johor. DRs. Kamarudin Ab. Razak editor Ramlah Adam. (2003). Pejuang-pejuang Kemerdekaan. Melaka. Institut Kajian Sejarah dan Patriotisma Malaysia R.O. Winstedt. (1979). History of Johore (1635-1895). Kuala Lumpur. Cetakan Semula MBRAS,NO 6. Sanib Said. (1983). Hari Ini Dalam Sejarah Jilid 3 „Jenazah Almarhum Sultan Abu Bakar Dibawa Pulang Dari London‟.Kuala Lumpur.,Arkib Negara Malaysia. Zainal Abidin Abdul Wahid et. al. (1996). Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dasar-Dasar UMNO Menjadi Pilihan Orang Melayu Moly Ana Molyana22@yahoo.com Abstrak Kajian ini meninjau penubuhan Malayan Union dan bagaimana orang-orang Melayu telah menentang keras pentadbiran baru tersebut. Oleh itu, apabila UMNO ditubuhkan orang Melayu menyokong UMNO dan ramai yang menyertai pertubuhan tersebut kerana tujuan UMNO ditubuhkan pada awalnya adalah untuk membantah pertubuhan Malayan Union. Usul UMNO ini telah diluluskan semasa persidangan pertama UMNO. Selain itu, hal yang menimbulkan kemarahan orang Melayu berkaitan dengan kerakyatan. Kerakyatan Jus soli mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi. Dimana, mereka yang berhak terdiri daripada mereka yang dilahirkan dalam negeri-negeri Malayan Union dan Singapura. Rakyat yang telah bermastautin di kedua-dua negeri tersebut juga layak untuk mendapat hak

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

kerakyatan dengan syarat mereka telah menetap selama 10 hingga 15 tahun masa penjajahan British, tidak termasuk masa penjajahan Jepun. 40 Syarat kewarganegaraan ini membenarkan orang Cina yang dilahirkan di singapura memohon kewarganegaraan diTanah Melayu menyebabkan jumlah orang Melayu menjadi kecil akibat kemasukan golongan imigran (India dan Cina).

Pengenalan Pemerintahan British di Tanah Melayu sebelum perang dunia kedua terbahagi kepada tiga corak pentadbiran iaitu Negeri-negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan) dan Negeri-negeri tidak Bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis). Setelah berlaku perang dunia kedua Jepun telah menjalankan corak pemerintahan mereka yang tersendiri menggantikan pentadbiran British. Namun Selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu, berlaku satu kekacauan dan huru-hara yang telah di lakukan oleh Parti Komunis Malaya melalui Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) yang ingin mengambil kuasa pemerintahan di Tanah Melayu.Anggota ini telah berjaya menguasai Tanah Melayu dengan tempoh 14 hari sahaja dan mereka telah membuat banyak kekacauan dan huru-hara sehingga menguggat keamanan Tanah Melayu dalam tempoh tersebut.Bagi memulihkan keamanan , British telah kembali semula ke Tanah Melayu pada tahun 1945 dan menubuhkan Pentadbiran Tentera British (British Military Administration – BMA). British merasakan bahawa pemerintahan menggunakan kuasa tentera adalah amat perlu memandangkan keadaan pada masa itu adalah huru-hara dan mengancam keamanan. Pemerintahan menggunakan kuasa tentera ini tidak bertahan lama dan telah di gantikan dengan pemerintahan baru yang di kenali sebagai Malayan Union. Kabinet Perancangan di England telah meluluskan syor yang di kemukakan oleh Perancangan Tanah Melayu pada 31 Mei 1944 supaya satu sistem pemerintahan baru di perkenalkan oleh British.Pada 10 Oktober 1945, George Hall (Setiausaha Tanah Jajahan) dalam Parlimen Inggeris telah membentangkan satu kertas putih yang berkaitan dengan sistem pentadbiran baru British yang di kenali sebagai

40

Zin Mahmud, Kepimpinan dan Perjuangan Pemuda UMNO, 2008. Utusan Publication Sdn.Bhd.hlm.5

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Malayan Union. Pada 11 Oktober 1945, Rancangan Malayan Union ini telah disiarkan dalam akhbar-akhbar di Tanah Melayu.41 Orang Melayu menentang keras pentadbiran Malayan Union. Pada mulanya, penentangan yang dilakukan oleh orang Melayu terhadap Malayan Union adalah tidak tersusun dan telah dilancarkan di seluruh Negara. Penentangan ini dilakukan melalui media massa dimana beberapa pandangan telah dikemukakan dalam akhbar supaya orang Melayu bersatu-padu menentang Malayan Union. Kemuncak daripada saranan akhbar Majlis pada 1 Mac 1946 satu persidangan pertubuhan Melayu telah diadakan untuk menyatupadukan orang Melayu. Persidangan tersebut berjalan pada 1 Mac sehingga 4 Mac 1946 dan telah dihadiri oleh 41 buah pertubuhan Melayu. himpunan besar-besaran ini dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur. Dato‟ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Hasil daripada persidangan tersebut satu jawatankuasa yang terdiri dari

Dato‟ Onn Jaafar, Dato‟ Panglima Bukit Gantang, Dato‟ Nik Ahmad Kamil, Dato‟ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak. Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta maka United Malays National Organization (UMNO) pun lahirlah secara rasmi dengan memakai slogan “Hidup Melayu”.42 Dasar-dasar UMNO yang menjadi pilihan Orang Melayu.
41 42

Nazaruddin Hj Mohd Jali, 2001. Pengajian Malaysia Kenegaraan dan Kewarganegaraan Edisi Kedua; hlm.41. Diperoleh daripada laman (15.5.2012). web http://umno-Online.com/?pageid=2888.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Pada awal penubuhan Malayan Union orang-orang Melayu telah menentang keras pentadbiran baru tersebut. Oleh itu, apabila UMNO ditubuhkan orang Melayu menyokong UMNO dan ramai yang menyertai pertubuhan tersebut kerana tujuan UMNO ditubuhkan pada awalnya adalah untuk membantah pertubuhan Malayan Union. Usul UMNO ini telah diluluskan semasa persidangan pertama UMNO. Selain itu, hal yang menimbulkan kemarahan orang Melayu berkaitan dengan kerakyatan. Kerakyatan Jus soli mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi. Dimana, mereka yang berhak terdiri daripada mereka yang dilahirkan dalam negeri-negeri Malayan Union dan Singapura. Rakyat yang telah bermastautin di kedua-dua negeri tersebut juga layak untuk mendapat hak kerakyatan dengan syarat mereka telah menetap selama 10 hingga 15 tahun masa penjajahan British, tidak termasuk masa penjajahan Jepun. 43 Syarat kewarganegaraan ini membenarkan orang Cina yang dilahirkan di singapura memohon kewarganegaraan diTanah Melayu menyebabkan jumlah orang Melayu menjadi kecil akibat kemasukan golongan imigran (India dan Cina). Menurut banci pada tahun 1947, orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu berjumlah 2 427 834 atau 49.46 peratus daripada jumlah penduduk, sementara orang Cina pula berjumlah 1 884 534 atau 38 peratus.44 Orang Melayu memilih untuk menyertai UMNO juga kerana dasar UMNO yang memperjuangkan ketuanan Melayu. Melalui rancangan penubuhan Malayan Union Tanah Melayu ditukar taraf daripada negeri-negeri naungan British kepada negeri-negeri jajahan British. Semua anggota majlis yang ada dalam rancangan Malayan Union hendaklah menyatakan taat setia kepada Ratu Inggeris dan bukannya Raja-raja Melayu lagi. Bagi menjalankan sistem pentadbiran baru ini, British terpaksa mendapatkan tandatangan daripada Raja-raja Melayu sebagai

persetujuan dan sokongan terhadap rancangan ini. Dengan kepintaran melakukan tipu helah dan membuat ugutan-ugutan kepada beberapa orang Raja-raja Melayu, akhirnya Mac Michael telah Berjaya mendapatkan kesemua tandatangan Raja-raja Melayu pada 2 Disember 1945. Walaupun pihak Raja-raja Melayu keberatan untuk menandatangani perjanjian tersebut tetapi mereka terpaksa menurut demi menjaga kepentingan mereka kerana Mac Michael mengugut akan menurunkan takhta. Hal

43 44

Zin Mahmud, Kepimpinan dan Perjuangan Pemuda UMNO, 2008. Utusan Publication Sdn.Bhd.hlm.5 Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd. , Selangor, 2003, hlm.426

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

ini telah menimbulkan kemarahan orang Melayu yang akhirnya menyokong UMNO.45 Tambahan lagi dalam pentadbiran baru ini Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli majlis raja-raja sahaja tanpa sebarang kuasa dan kedudukan orang Melayu tidak mendapat pembelaan lagi. Maknanya, British akan mempunyai kuasa penuh di Tanah Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu akan terhapus. Selain itu, Dasar UMNO juga adalah untuk memajukan pendidikan orang Melayu. pendidikan orang Melayu juga amat mundur dan jauh ketinggalan kerana tidak diberi perhatian oleh British. Pada zaman British, sistem pendidikan berpandukan kepada dasar pendidikan British. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang & Singapura). Negara terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri sahaja. Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada sebagai kerani atau guru. 46 Pada waktu itu, ramai orang Melayu yang ketinggalan dari segi pendidikan. Oleh itu, mereka memilih UMNO yang berjanji untuk meningkatkan pendidikan orang Melayu. Dimana langkah pertama yang diambil ialah mengutip derma Pelajaran Kebangsaan Melayu. Dasar UMNO juga adalah untuk mengusahakan kemajuan ekonomi dan kebajikan orang Melayu. Semasa pemerintahan British pembandaran lebih cepat berlaku dikawasan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah. Petempatan dan kegiatan ekonomi Melayu adalah pertanian tradisional dan tinggal di luar Bandar. Dimana, petempatan dan kegiatan ekonomi Melayu adalah pertanian tradisional dan tinggal di luar Bandar. Ramai orang-orang Melayu yang hidup dalam kemiskinan jika dibandingkan dengan kaum lain. Hal ini menyebabkan orang Melayu bangkit menentang pentadbiran British dan memilih UMNO yang pada masa itu dianggotai oleh hanya oran-orang Melayu. Akhir sekali, UMNO dipilih oleh orang-orang Melayu untuk menuntut

kemerdekaan. Akhir sekali, UMNO dipilih oleh orang-orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan. Dalam tempoh dua tahun penubuhan UMNO, Malayan Union dapat dihapuskan kemudian digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang
45 46

Zin Mahmud, Kepimpinan dan Perjuangan Pemuda UMNO, 2008. Utusan Publication Sdn.Bhd.op.cit.hlm.5 http://perpaduan.blogspot.com/2008/08/1dasar-pendidikan-sistem-pendidikan.html.dilayari pada 15.05.2012

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

diisytiharkan secara rasminya pada 1 Februari 1948. Sebenarnya, orang Melayu memilih UMNO bagi mempercepatkan lagi kemerdekaan kerana sekiranya British meneruskan Malaya Union maka kemerdekaan akan lebih sukar dicapai. Menurut Mohd. Isa Othman, pada awalnya UMNO tidak muncul sebagai sebuah pertubuhan yang inginkan kemerdekaan. Ini adalah berdasarkan ucapan wakil-wakil persatuan negeri-negeri Melayu di mana tidak seorang pun yang menuntut kemerdekaan daripada pihak British.47 UMNO sedar bahawa walaupun Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan dan Raja-Raja Melayu dikembalikan kuasa di negeri masing-masing tetapi British masih berkuasa dalam pentadbiran. Bagi membebaskan orang Melayu dari cengkaman penjajahan ini, maka kemerdekaan bagi Negara ini harus diperjuangkan. Justeru itu, Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Mac 1951 meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Perikatan Pemuda supaya slogan “Hidup Melayu” digantikan kepada “Merdeka”. Tunku Abdul Rahman Putra selaku Yang Dipertua UMNO semasa berucap sebelum meluluskan cadangan tersebut dengan tegas menyatakan; “dalam lima tahun dahulu kita sama-sama meruntuhkan „ Malayan Union‟, maka sekarang ini kita akan robohkan pula „Persekutuan Tanah Melayu‟ ini yang tidak berguna langsung dan kita akan dirikan kemerdekaan bagi bangsa kita”. Kerajaan British, apabila menyedari UMNO sudah mula bertindak ke arah perjuangan menuntut kemerdekaan, telah mensyaratkan kemerdekaan itu tidak akan diberikan sekiranya Negara ini masih dalam keadaan darurat dan tidak adanya kerjasama dan persefahaman antara kaum dalam Negara ini. Namun, kegigihan UMNO dalam perjuangan menuntut kemerdekaan disamping kerjasama daripada MCA, serta kejayaan besar UMNO / Perikatan dalam Pilihan Raya 1955 menyebabkan British terpaksa akur di atas tuntutan UMNO. Akhirnya tarikh kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dipersetujui.48 PEJUANGAN TOKOH-TOKOH UMNO
47

Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800 – 1963), Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., Selangor, 2002, hlm. 328 48 Kelab UMNO Luar Negara, Sejarah PerjuanganUMNO dilayari pada 15.05.2012.http://www.kelabumno.com/index.php?option=comcontent&view=article&jd=15&Itemid=8

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Dato’ Onn Bin Ja’afar Dato Onn dilahirkan di Johor Baharu pada tahun 1895 . Putera kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhamad yang pernah memegang jawatan sebagi Menteri Besar ,Johor yang bermula pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim. Dato Onn telah di jadikan anak angkat dan dipelihara oleh Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim. Dalam usia tujuh tahun, Dato Onn telah di hantar ke England untuk meneruskan pelajarannya di peringkat rendah bersama-sama dengan putera-putera Sultan Johor sebagai pengiring kepada anak-anak sultan iaitu Tengku Ismail, Tengku Abu Bakar dan Tengku Ahmad.49 Mereka menuntut di sebuah sekolah di Aldeburgh Lodge, Suffolk selama enam tahun. Semasa menuntut di sekolah tersebut Dato Onn di kenali sebagai seorang pelajar yang pintar. Kebolehan beliau setanding dan boleh mengatasi pelajar-pelajar Inggeris. Dato Onn pernah mendapat hadiah pertama dalam bahasa Inggeris dan hadiah kedua bagi Perancis. 50 Dato Onn telah meneruskan pengajiannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MMKK) selama dua tahun (1910-1911) untuk mempelajari Bahasa Melayu. Hal ini disebabkan sekembalinya beliau dari England ,beliau tidak fasih berbahasa Melayu. Menurut sumber yang dikutip Dato Onn sendiri mengakuinya dan berkata; “Bila saya pulang dari England, saya dapati diri saya agak keinggerisan daripada seorang anak Melayu.” 51 Awalnya beliau memandang rendah pada taraf bahasa Melayu namun setelah membaca hikayat-hikayat melayu dan mempelajari bahasa jawi. Beliau menjadi seorang yang mahir dan sangat yakin akan kewibawaan bahasa Melayu. Dato onn pernah berkerja sebagai seorang wartawan dengan akhbar berbahasa Melayu , “ Warta Malaya”. Akhbar yang diterbitkan oleh syarikat Hussain Ali Alsagoff.52 Di samping itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Tidak Rasmi dalam Mesyuarat Kerajaan Johor pada akhir 1936. Hal ini atas desakan Tengku Makhota Johor , Tengku Ismail yang merupakan teman rapat Dato Onn terhadap ayahandanya Sultan Ibrahim. 53 Semasa pendudukan Jepun pula , Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Johor. Beliau merupakan individu
49 50

Ramlah Adam. 1999. Sumbanganmu Dikenang. Hlm.3 S.Hashim Ahmad. 2009. ONN JAAFAR : Gerakan Nasionalis Tanah Melayu . hlm. 92-93. 51 Ibid . hlm 94 52 Ibid hlm . 124 53 Op cit . Ramlah adam hlm. 6.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

yang telah bertindak mencadangkan bagi mengadakan suatu kongres yang menghimpunkan semua persatuan-persatuan yang berjuang untuk hak orang Melayu. Kongres itu diadakan selama empat hari iaitu 1 hingga 4 Mac 1946 bertempat di Kelab Sultan Sulaiman , Kampung Baru, Kuala Lumpur.54 Kongres itu merupakan suatu anjakan paradigma bagi perjuangan orang Melayu kerana berjaya menggumpulkan 41 persatuan dari seluruh pelusuk Tanah Melayu. Pada 11 Mei 1946, satu lagi persidangan di adakan di Johor Baharu. Jawatankuasa yang dilantik semasa kongres yang pertama dilancarkan untuk mengubal satu perlembagaan bagi menubuhkan satu parti politik telah melaporkan hasil kerjanya. Setelah dibincang dan dibuat pindaan , kongres telah bersetuju untuk menerima perlembagaan tersebut. Nama parti politik yang baru ini ialah Pertubuhan Kebagsaan Melayu Bersatu (PERKEMBAR). Terjemahan nama parti ini dalam bahasa Inggeris ialah United Malays National Organisation (UMNO). Dengan lahirnya UMNO maka Kongres Melayu Se-Malaya dibubarkan. 55 Dato Onn pula telah dilantik sebagai presiden yang pertama untuk memimpin UMNO kerana beliau merupakan orang yang paling layak memegang jawatan tersebut. Pada 1 Okteber 1946, Dato' Onn telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, Dato' Onn meletakkan jawatan Menteri Besar Johor kerana mempunyai perselisihan faham dengan pihak raja-raja Melayu dan beliau memberikan tumpuan lebih kepada UMNO. Di bawah kepimpinan Dato' Onn, UMNO telah berjaya memaksa kerajaan British membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan dan memberi hak istimewa kepada orang Melayu di Tanah Melayu. Menjelang tahun 1949, dasar politik Dato Onn telah mula berubah dan mengambil kira kepentingan orang bukan melayu dalam politik Tanah Melayu. Oleh itu, Dato' Onn mencadangkan pembukaan keahlian UMNO kepada semua orang tanpa mengira kaum dan cadangan tersebut ditentang hebat oleh ahli UMNO

sendiri dan menganggap beliau telah lari daripada perjuangan asal iaitu menjaga hak istimewa orang Melayu.56 Oleh yang demikian, Dato' Onn meletakkan jawatan
54 55

Op cit. S.Hashim Ahmad. Hlm 30 Zainal Abidin Abdul Wahid et al. 1996.MALAYSIA: Warisan dan Perkembangan. Hlm 284 56 Op cit . Ramlah adam hlm. 11-22.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 dan 26 Ogos 1951. Perhimpunan Agung UMNO kemudian meluluskan satu usul mengiktiraf perkhidmatan
57

beliau

dan

memberikan

penghargaan kepadanya sebagai pengasas UMNO.

Namun begitu, UMNO telah

menggabungkan parti-parti yang dianggotai oleh kaum lain iaitu MCA dan MIC menjadi parti Perikatan pada tahun 1955. Dato' Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya dan terjemahan dalam Inggerisnya Malaya Indipendent Party (IMP) selepas meninggalkan UMNO. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955. Sekali lagi, partinya gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya umum. Walau bagaimanapun, beliau masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan 1959. Dato' Onn meninggal dunia pada tahun 1962. Namun, tidak siapa pun yang dapat melupakan jasa Dato' Onn kepada negara dan bangsa. Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka termasuk Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn yang merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Natijahnya, Dato' Onn mempunyai pandangan yang berbeza dengan ahli-ahli UMNO yang lain. Beliau ingin membuka pintu UMNO kepada kaum-kaum lain menyertainya tetapi ahli-ahli UMNO menggangap tindakan ini sebagai satu ancaman. Walau bagaimanapun, Dato' Onn tetap merupakan seorang yang berani dan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi negara dan bangsa. Zainal Abidin Bin Ahmad ( Za’ba ) Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za‟ba dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Kampung Kerdas, Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau terima pendidikan formal dan keagamaannya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan beliau merupakan
57

Op cit. Zainal Abidin Abdul Wahid et al. hlm 312

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

orang Melayu yang pertama untuk duduk peperiksaan Senior Cambridge Examination. Beliau lulus peperiksaan pada 1915 dan bermula kariernya sebagai guru sekolah di Johor Bahru (1916 - 1918). Beliau kemudiannya ditukarkan ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (1918 - 1923); Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur (1923); Sultan Idris Guru-guru Kolej, Tanjung Malim (1924 - 1939); Jabatan Maklumat, Singapura (1939 - 1942); Sekolah yang Oriental dan Kajian-kajian Afrika, Universiti London (1947 - 1951) dan Universiti Malaya, Singapura (1954-1959). Za‟ba memiliki berbakat dalam penulisan dan adalah seorang pengemar membaca. Kebanyakan penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti di Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh dan juga Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa monografik siri dalam Bahasa Melayu termasuk Bahasa Pelita popular Malay dan Malay llmu Mengarang.58 Beliau telah mula melibatkan diri dalam politik semasa berada di kuala lumpur pada 1945. Za‟ba telah dijemput oleh ahli jawatankuasa Persatuan Melayu Selangor (PMS) untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa dan akhirnya telah dilantik memegang jawatan Yang Dipertua. Sebulan selepas penubuhan PMS , timbul persoalan kerajaan British hendak menubuhkan Malayan Union dan perkembangan itu membimbangkan orang Melayu. Za‟ba menghantar sepucuk surat telegram

kepada Setiausaha Negara British di London untuk membantah rancangan Malayan Union. Kemudiaan PMS telah terlibat secara aktif untuk mengadakan kongres orang Melayu bagi membincangkan masalah politik. PMS telah memainkan peranan penting dalam Kongres setelah berjaya menggumpulkan wang sejumlah $18,000 bagi perbelanjaan kongres.59 Selepas kongres yang mereka usahakan Dato Onn telah menamakan pertubuhan baru tersebut sebagai United Malays Organisation (UMO) namun ianya tidak dipersetujui oleh Za‟ba. Za‟ba mencadangkan nama United Malays National Organisation (UMNO). Alasannya menambah National kerana bagi pandangannnya orang Melayu bukanlah kaum tapi bangsa. Cadangannya itu telah diterima oleh pihak kongres dan nama UMNO kekal digunakan sehingga sekarang. Za‟ba merupakan salah seorang yang dilantik untuk menganggotai Jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO. Walau bagaimanapun, tamggungjawab beliau
58
59

Perpustakaan Negara Malaysia (http://sejarahmalaysia.pnm.my)

Adnan Haji Nawang. 1994. Zaba Patriot dan Pendeta Melayu . hlm .153

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

hanya semasa penggubalan kongres itu sahaja. Tugasnya berakhir setelah piagam diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Agung UMNO yang pertama. Za‟ba tidak mempunyai lagi hubungan dengan UMNO. Za‟ba mula menunjukkan bahawa beliau tidak lagi berminat bergiat dalam pergerakan politik. Pendirian itu semakin jelas pada akhir tahun 1947 apabila beliau menyatakan bahawa; “ Iam no....politician, leads no party and follows no leader”. Pada tahun yang sama beliau telah menarik diri daripda tugasnya sebagai Yang Dipertua PMS. Kesihatan Za‟ba juga tidak mengizinkannya untuk bergiat secara aktif dalam politik. Walau bagaimanapun beliau masih tetap berminat untuk mengikuti perkembangan politik tanah air. 60 Za‟ba yang meninggal dunia pada 1973 dan merupakan salah satu budak lelaki kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang yang terkemuka muncul dalam sejarah Malaysia.

Datuk Panglima Bukit Gantang Dato Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Aziz merupakan bekas Menteri Besar Perak Dari tahun 1948 hingga 1 Ogos 1957. Beliau mendapat gelaran Orang Kaya-kaya Dato Panglima ukit Gantang dari Perak iaitu Pembesar Perak empat. Beliau merupakan keturunan bangsawan Perak ( Pembesar Empat Perak ) . Beliau dilahirkan di Sayong pada 4 Mei 1905. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu pekan baru , Ipoh . Kemudian pada umur 10 tahun beliau bersekolah di Sekolah Anderson Perak. Beliau telah lulus peperiksaan Cambridge pada Mei 1925 dan ini melayakkan beliau untuk meneruskan pelajaran ke luar negeri. Beliau terus menuntut pelajaran di Inner Tmple , Universiti London dalam bidang Undang-undang dan sangat aktif dalam persatuan pelajar. Abdul Wahab menjadi Presiden Perastuan Anak- Anak Melayu Great Britian. Beliau pulang ke tnah air setelah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Bar Fainal Examination di London. Apabila sudah kembali ke Tanah Melayu beliau berkerja dengan peguam J.Dunford Wood di Ipoh dan kemudiaan membina firma guamannya sendiri di No.2 , Jalan Hale (Jalan Bandaraya), Ipoh. Beliau telah melibatkan diri dalam politik setelah dilantik untuk menjadi salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak pada tahun 1937
60

Ibid., hlm154

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

memandangkan pendidikan tinggi yang diterima olehnya. Beliau menubuhkan Perikatan Melayu Perak pada 27 januari 1946 untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau memainkan peranan penting dalam usaha menubuhkan parti UMNO pada tahun 1946 bersama dengan Dato onn . Beliau juga merupakan setiausaha agung UMNO yang pertama. Beliau memegang jawatan Menteri Besar Perak dari 1 feb hingga 1 ogos 1957. 61 Nik Ahmed Kamil Bin Nik Mahmud Nik Ahmad Kamil bin Dato' Nik Mahmud dilahirkan pada 7 Julai 1907 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan keturunana kepada keluarga bangsawan Kelantan, Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Menteri Besar Kelantan ke-11, menggantikan bapanya Nik Mahmud bin Nik Ismail. Beliau juga merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke-4. Beliau merupakan salah seorang yang membantu Dato' Onn Jaafar untuk berunding dengan British. Nik Ahmad Kamil mendapat pendidikan awal di Madrasah Muhammadiah, Kota Baru, dan menamatkan pendidikan menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 1926, beliau belayar ke London bagi memulakan pendidikan universitinya, dengan itu menjadi pelajar Melayu pertama yang dihantar belajar ke luar negara. Nik Ahmad Kamil belajar bidang Seni di Universiti Bristol dan menamatkan pengajian pendidikan di "Inns of Court" pada tahun 1929. Dia memasuki Bar Peguam pada 1930. Apabila kembali ke Kelantan pada tahun 1931, dia menyertai perkhidmatan kerajaan Kelantan. Dia memegang pelbagai jawatan sehingga 1934 apabila dia dilantik pada jawatan Setiausaha Negeri ketika berusia 25, menggantikan bapa saudaranya Datuk Muhammad Tok Khatib Mohd Said. Pada tahun 1938, dia dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar, dengan itu meletakkan bapa dan anak pada kedudukan tertinggi bagi orang Melayu sewaktu kolonial. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 1942, jawatan yang dipegangnya sepanjang penjajahan Jepun, hingga 1953 iaitu Menteri Besar yang ke-11 selepas ayahnya yang berkhidmat dari 1921 hingga 1944.

61

http://ms.wikipedia.org/wiki/Nik_Ahmad_Kamil_bin_Nik_Mahmud#Pembabitan_dalam_kemerdekaan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Ketika perlaksanaan Malayan Union, beliau dilantik sebagai Timbalan Residen Komissioner di Kelantan dari 1946 hingga 1948. Beliau juga merupakan salah satu daripada ahli jawatan kuasa United Malays National Organization atau lebih dikenali sebagai UMNO. Beliau turut menggubal Perlembagaan UMNO. Bantahan Malayan Union melonjak Nik Ahmad Kamil ke bidang politik antarabangsa. Beliau memimpin Persatuan Melayu Kelantan (PKM) bersama Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan (PPMK) membuat perarakan membantah Malayan Union. Beliau turut mewakili Persatuan Melayu Kelantan dalam persidangan Kongres Melayu di Kuala Lumpur.Nik Ahmad Kamil juga merupakan jawatankuasa kerja bersama Datuk Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang dari Perak, Datuk Hamzah Abdullah dari Selangor dan Zaaba, untuk melakar charter dan perlembagaan bagi parti Umno yang baru ditubuhkan, dengan persetujuan Kongres Melayu. Kongres Melayu Pan-Malayan pada 11 Mei hingga 12 Mei, 1946, UMNO dilancarkan dengan Onn Jaafar sebagai presiden pertamanya di Johor Bharu. Pada ketika ini, Nik Ahmad Kamil mula terbabit dengan lebih banyak dengan politik kebangsaan bersama Dato Onn sebagai ahli jawatankuasa eksekutif. Beliau mengikut Dato Onn menyertai ("Independence of Malaya Party - IMP") pada tahun 1951, dan mengikut Dato Onn membentuk Parti Negara pada tahun 1954. Nik Ahmad Kamil bersara dari perkhidmatan kerajaan pada 1955 dan bertanding sebagai calon Parti Negara pada tahun itu di Kelantan. Kegagalannya

meyakinkannya bahawa Parti Negara bukan lagi kuasa politik dan beliau kembali menyertai UMNO. Beliau juga merupakan salah seorang dari empat yang mewakili Sultan dalam jawatankuasa kecil perundangan, berdasarkan latar belakangnya dalam undangundang. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Majlis Perundangan dan Esekutif kedudukan Ahli bagi Tanah, Perlombongan dan Komunikasi pada tahun 1953 dan kemudian Ahli bagi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar. Nik Ahmad Kamil kemudian mewakili sebagai salah seorang dari empat wakil Sultan ke Persidangan Perlembagaan Merdeka di London pada tahun 1956. Anggota lain adalah Abdul Aziz Abdul Majid (Tun) Menteri Besar Selangor, Datuk Panglima Bukit Gantang Menteri Besar Perak, dan Datuk Seth Mohd Said Menteri Besar Johor.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Pada 1971, Nik Ahmad Kamil dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan pada 4 Nov 1974 sebagai Speaker Dewan Rakyat.62 Perkembangan UMNO Selepas perang dunia kedua berakhir, British telah menguasai semula Tanah Melayu daripada kuasa Jepun. Kedatangan British di Tanah Melayu adalah untuk meneruskan pemerintahan mereka dan pihak British juga telah menetapkan beberapa perubahan penting. Perubahan yang dimaksudkan ialah dengan penubuhan Kesatuan Tanah Melayu atau lebih dikenali sebagai Malayan Union. Pembaharuan yang ditekankan oleh British ialah untuk menukarkan status Tanah Melayu daripada negeri-negeri yang bernaung kepada tanah jajahan mutlak. Hal ini kerana British ingin berkuasa penuh dalam urusan yang berkaitan dengan Tanah Melayu. Pengumuman Malayan Union telah dibuat oleh kerajaan British pada 10 Oktober 1945 di London.63 pengumuman tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang Melayu. Pada peringkat awal, orang-orang Melayu menggunakan akhbar-akhbar sebagai mesej penyampaian untuk tidak bersetuju dengan Malayan Union. Antara akhbar-akhbar Melayu yang ada pada masa itu ialah Majlis, Utusan Melayu, dan Warta Negara yang telah memainkan peranan untuk menyeru para pemimpin Melayu supaya berkerjasama dan menyatukan gerakan mereka supaya lebih tersusun dan berkesan.64 Pada 20 November 1945, lapan buah persatuan Melayu Johor telah bergabung untuk menjadi Liga Melayu Johor. Seterusnya, pada 3 Januari 1946 Gerakan Melayu Semenanjung telah ditubuhkan di bawah pimpinan Dato Onn bin Jaafar. Pergerakan ini telah berlangsung di Batu Pahat. Pada tahun tersebut juga, orang Melayu telah berusaha gigih untuk menghidupkan semula persatuan-persatuan lama dan penubuhan terhadap persatuan baru turut

dilaksanakan untuk menekankan lagi tentangan terhadap Malayan Union. Walaupun orang Melayu menentang Malayan Union dengan semangat yang tinggi tetapi usaha yang dilakukan adalah tidak menyeluruh. Pada 1 Mac 1946, persidangan pertama pertubuhan Melayu telah diadakan di Kuala Lumpur untuk menyatupadukan tenaga
62 63

http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Wahab_bin_Toh_Muda_Abdul_Aziz Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. Malaysia: Warisan dan Perkembangan. hlm 278. 64 Shahrom Husain, 1985. Biografi Perjuangan Politik Dato Onn Jaafar, Fajar Bakti Sdn. Bhd, Petaling Jaya.hlm. 154.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

orang Melayu. Persidangan tersebut telah berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru dan berakhir pada 4 Mac 1946.65 Persatuan-persatuan yang hadir antaranya ialah Pergerakan Melayu Semenanjung Johor, Kesatuan Melayu Kedah, Persatuan Melayu Kelantan, Kesatuan Melayu Melaka dan banyak lagi persatuan yang lain. Kongres Melayu Se-Malaya merupakan gabungan daripada persatuanpersatuan Melayu. Pengerusinya yang memainkan peranan yang sangat besar ialah Dato Onn bin Jaafar. 66 Daripada kongres pertama itu juga telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malay National Organisation). Bagi mencapai rancangan ini satu jawatankuasa telah dibentuk untuk merangka perlembagaan pertubuhan kebangsaan itu. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada Dato Onn yang berperanan sebagai pengerusi dan dibantu oleh Datuk Panglima Bukit Gantang dan Datuk Nik Ahmad Kamil. 67 Seterusnya, pada 29 dan 30 Mac 1946, wakil-wakil persatuan telah dipanggil untuk menghadiri kongres tergempar. Datu Onn telah mengadakan Kongres ini kerana untuk membincangkan tindakan yang harus diambil untuk menghalang kerajaan British daripada melaksanakan Malayan Union di Tanah Melayu. Kongres kedua yang telah dijalankan telah bersetuju untuk mengambil ketepatan agar orang Melayu tidak menghadiri majlis perlantikan Gabenor Jeneral dan turut memohon supaya Raja-raja Melayu memulaukan majlis tersebut yang diadakan pada April 1946. 68 Hasil daripada desakan orang-orang Melayu kepada Raja-raja Melayu untuk tidak menghadiri majlis tersebut telah menimbulkan satu impak bahawa dasar yang dilaksanakan oleh British adalah langsung tidak dipersetujui. Kongres ini telah berlangsung pada hari pertama di pejabat akhbar Majlis dan pada hari keduanya di kelab peranakan Penang. Selepas jawatankuasa yang telah dilantik menyelesaikan tugas mereka untuk mengkaji atau merangka perlembagaan UMNO. Kongres yang seterusnya telah dijalankan semula pada 11 dan 12 Mei 1946. Tujuan kongres ini ialah untuk
65 66

Op Cit, Zainal Abidin Abdul Wahid, hlm, 279. John Fungston, 1980. Malay Politics In Malaysia, A Study of UMNO And Pas. Heinemans Educational Books (ASIA) Ltd, Petaling Jaya, hlm. 76. 67 UMNO 20 Tahun, 1966. Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Kuala Lumpur. hlm. 34-35. 68 Khong Kim Hoong, 1984, Merdeka British Rule And The Struggle For Independence In Malaya: 1945-1957. hlm. 86.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

menubuhkan UMNO secara rasminya sebagai simbol perpaduan orang-orang Melayu untuk menentang gagasan Malayan Union yang sememangnya menghakis hak istimewa orang Melayu. Hal ini kerana, apa yang sangat jelas dalam Malayan Union ialah telah melonggarkan kewarganegaraan kepada imigran dengan melalui prinsip Jus Soli. Oleh itu, penubuhan UMNO menjadi landasan kepada orang-orang Melayu untuk bergabung bersama dalam menolak dasar baru yang diperkenalkan oleh British. Perasmian kongres ketiga tersebut telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Johor iaitu Tengku Ismail. 69 Perlembagaan UMNO telah dipersetujui bersama oleh ketua-ketua persatuan yang telah mewakili pengikut-pengikut mereka untuk berganding bahu dalam mencapai matlamat yang telah dirancang. Bagi menyemerakkan lagi semangat orang-orang Melayu, satu slogan telah diperkenalkan iaitu slogan “Hidup Melayu”. Mesyuarat memperlihatkan pertama keupayaan selepas yang UMNO ditubuhkan Dato secara sah telah

dimiliki

oleh

Onn

dalam

memikul

tanggungjawab yang sangat besar apabila beliau telah dilantik secara sebulat suara sebagai pengerusi tertinggi UMNO yang pertama. 70 Walaupun ada lagi pemimpin lain yang berkebolehan untuk menjalankan tugas ini, tetapi ianya tetap diberikan kepada Datu Onn yang sememangnya mampu meyakinkan orang-orang Melayu dalam ucapan-ucapan bernas yang beliau gunakan semasa berucap dalam setiap kongres. Keadaan ini disokong lagi dengan sikap serius dan keberanian yang dimiliknya. Misalnya, beliau berani menegur golongan Raja-raja Melayu yang bersifat terbuka dengan dasar British. Pada 27 dan 28 Julai 1946, Majlis Mesyuarat Agung yang ketiga telah diadakan di Pulau Pinang. Dalam majlis tersebut merupakan hari yang sangat penting kerana kali pertama bendera UMNO telah dikibarkan. 71 Tujuan tersebut adalah untuk memperlihatkan usaha yang menandakan tanda penguasaan orang Melayu terhadap tanah air sendiri daripada penguasaan yang berterusan daripada kuasa luar. Selain itu, sejak Mei pada tahun yang sama juga sebenarnya

merupakan tempoh masa di mana British telah mula mengiktiraf penubuhan UMNO. Tetapi ianya masih dalam peringkat awal kerana desakan yang berterusan mampu
69 70 71

Ibrahim Mahmood, 1981. Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Pustaka Antara, Kuala Lumpur. hlm. 107. Ahmad Fauzi Basri, Mohd. Idris Salleh. 1991. Bumi Dipijak Milik Orang. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.20. Ibid, hlm. 21.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

memberi tekanan politik pada British untuk menerima sepenuhnya pandangan yang diutarakan oleh orang-orang Melayu. Sebagai Contohnya pihak British telah berunding dengan orang Melayu yang diwakili Raja-raja Melayu. Pada 25 Julai tahun yang sama iaitu dua hari sebelum mesyuarat ketiga berlangsung. Dalam Majlis Mesyuarat Agung yang ketiga juga turut membincangkan berkaitan dengan Derma Kebangsaan yang telah dikutip bagi kegunaan programprogram yang akan dilaksanakan. Kutipan yang diterima daripada orang-orang Melayu adalah sangat mengecewakan kerana hasil pungutan yang diterima adalah sangat sedikit. Pada Majlis itu juga telah memaksa Dato Onn untuk menyedarkan orang-orang Melayu supaya berkerjasama sepenuhnya dan bukan hanya

menunjukkan sifat luaran yang sangat baik tetapi dalam keadaan dalaman adalah sebaliknya. Seterusnya, pada 10 sehingga 12 Januari 1947, wakil-wakil persekutuan Melayu telah hadir dalam persidangan UMNO yang telah berlangsung di Alor Setar. Persidangan tersebut adalah untuk membincangkan bersama butir-butir

Persekutuan yang akan dibentuk. Persekutuan Tanah Melayu akan dibentuk untuk menggantikan Malayan Union yang tidak berjaya dilaksanakan oleh British. Situasi tersebut berlaku kerana Malayan Union mendapat tentangan yang begitu hebat daripada orang-orang Melayu dan juga turut mendapat sokongan daripada beberapa Ahli Parlimen British seperti Kapten Gammans, Sir John Barlow, Viscount Marcwood72 serta pegawai-pegawai British yang pernah bertugas di Tanah Melayu seperti Sir Richard Winstedt, Maxwell, Alex MacDam dan Arnold Robinson. Dalam persidangan tersebut Dato Onn turut mengingatkan semula orang-orang Melayu supaya berjuang bersama-sama dan tidak sama sekali dipengaruhi oleh semangat kenegerian yang mampu membantutkan pergerakkan UMNO. Persidangan telah berlangsung di Seremban pada Mac 1947. Dalam persidangan tersebut, Jawatankuasa Perundingan telah menjalankan tugas untuk mengemukakan laporan kepada Jawatankuasa Kerja. 73 Persidangan ini juga telah menubuhkan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pemuda yang turut

72 73

Op cit, Sharom Husain. hlm. 108-115. Op cit, Zainal Abidin Abdul Wahid, hlm.286.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

ditubuhkan bersama-sama dengan beberapa jabatan lain. 74 Semasa persidangan tersebut, Dato Onn turut menyatakan bahawa orang-orang Melayu di semenanjung perlu mengekalkan bangsa. Hal ini kerana tindakan puak kiri Melayu yang berjuang dengan mewujudkan satu pemerintahan yang bercorak lain. Parti ini cuba mempengaruhi orang-orang Melayu supaya menyokong fahaman mereka yang sangat berbeza dengan UMNO. Seterusnya, pada 11 sehingga 13 Mei tahun yang sama persidangan telah dijalankan di Kota Bharu, Kelantan. Semasa persidangan tersebut telah berlaku debat mengenai perlunya parti UMNO untuk menubuhkan cawangan di seluruh negari dan tidak hanya bergantung terhadap gabungan persatuan-persatuan Melayu sehaja. Cadangan ini dibangkitkan kerana cawangan parti yang akan ditubuhkan di setiap negeri-negeri mampu mempercepatkan setiap usaha yang dilaksanakan oleh UMNO dan sekali gus cabaran daripada parti-parti berhaluan kiri akan dapat dibantutkan kerana misi parti mereka telah diperjelaskan kepada penduduk tempatan khususnya orang-orang Melayu. Namun begitu, Panglima Bukit Gantang telah meletak jawatan dan telah digantikan oleh Zainal Abidin Abas. Selain itu, pada 2 hingga 4 September di Johor Bharu telah mengadakan ketepatan untuk mewujudkan derma pelajaran kepada anak-anak orang Melayu. Derma tersebut digunakan untuk membiayai kos pelajaran. Alternatif ini telah membantu pelajar yang sememangnya tidak dapat bersekolah kerana masalah kewangan supaya dapat bersekolah. Ini turut membantu anak-anak Melayu untuk mendapatkan pendidikan formal. Dalam persidangan itu juga, Dato Onn telah mengingatkan peranan rakyat dan Raja-raja. Penyataan ini adalah bertujuan untuk menyedarkan sikap Raja-raja Melayu yang masih sangsi dengan perjuangan UMNO. Kepimpinan Dato Onn adalah sangat proaktif untuk mencapai misi yang telah dirancang dengan rapi di bawah UMNO yang menjadi tonggak utama orang Melayu dalam menentang dasar British. Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada empat orang Raja Melayu, dua orang wakil UMNO dan enam orang Pegawai kanan British 75 telah ditubuhkan. Penubuhan Jawatankuasa Kerja telah dipengerusikan oleh Setiausaha Tanah
74 75

Op cit, Ibrahim Mahmood, hlm. 158. Mohd Noordin Sopiee, 1971. From Malayan Union To Singapore Separation, University Malaya Press, Kuala Lumpur. hlm.37.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Jajahan British. Impak positif daripada jawatankuasa tersebut ialah telah melahirkan cadangan perlembagaan baru. Disember 1947. Persidangan telah berlangsung di Kuala Lumpur. Tujuan utama persidangan tersebut adalah untuk membincangkan persiapan yang mesti disiapkan sebelum pelaksanaan Persekutuan. Pada tahun 1948 terdapat beberapa perkembangan yang telah berlaku terhadap persatuan UMNO yang diperjuangkan oleh orang-orang melayu. Pada tahun ini suatu Mesyuarat Agung UMNO telah dijalankan di Pulau Pinang. Mesyuarat Agung yang berlangsung di Pulau pinang tersebut telah dihadiri oleh Sultan Kedah iaitu Sultan Badlishah yang berperanan penting dalam merasmikan mesyuarat yang dijalankan tersebut. Kehadiran Sultan Badlishah sebagai perasmi dalam Mesyuarat Agung UMNO tersebut telah menunjukkan bahawa Persatuan UMNO yang ditubuhkan oleh hasil beberapa persatuan di seluruh Negeri di kepulauan Tanah Melayu pada masa itu telah mendapat restu sendiri daripada Sultan dan Raja-Raja Melayu itu sendiri. Hal ini secara tidak langsung telah menjadi suatu kekuatan atau semangat yang digunakan oleh orang-orang melayu untuk tersusun berjuang menentang Malayan Union yang banyak merugikan para Pemerintah dan orangorang Melayu dari segi ekonomi, politik dan soial. Pada 21 Januari 1948, UMNO turut memperlihatkan perkembangan yang drastik dimana suatu
76

Perjanjian

Persekutuan

Tanah

Melayu

(PTM)

telah

ditandatangani diantara wakil kerajaan British dengan Raja-Raja Melayu di King‟s House, Kuala Lumpur. Pada 1 February 1948 Persekutuaan Tanah Melayu telah mula berkuatkuasa di Tanah Melayu.77 Dalam perjanjian PTM yang telah dijalankan tersebut telah terhasil beberapa perkara yang telah dipersetujui akan diberikan kepada orang-Orang Melayu semula. Antara perkara-perkara yang dipersetujui tersebut adalah seperti: pengenalan suatu sistem kerajaan baharu yang dikenali sebagai konsep Raja Berperlembagaan, Majlis Raja-Raja Melayu, Perlindungan keistimewaan orang Melayu, mengenai hak kerakyatan, penggabungan negeri-negeri Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British menjadi Ketua Persekutuaan. Orang-orang

76

Abu Bakar Hamid, Abdullah Zakaria Ghazali, Ramla Adam, Nik Anuar Nik Mahmud, Nabir Haji Abdullah dan Adnan Haji Nawang. UMNO JOHOR 50 Tahun Memartabatkan Bangsa Melayu, Yayasan Warisan Johor: Berita Publishing Sdn. Bhd. 77 Op. cit. Mohd Noordin Sopiee. 1971. Hlm. 37.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Melayu kebanyakannya menyokong Persekutuan Tanah Melayu ini kerana Perkaraperkara yang terkandung dalam Perjanjian PTM yang lebih baik berbanding Malayan Union yang sangat bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh orang-orang Melayu. Oleh itu, orang-orang Melayu telah bangkit menentang Malayan Union dengan melakukan beberapa Mesyuarat Agung UMNO untuk mencari jalan menumbangkan Gagasan Malayan Union yang telah dimetrai pada 1 April 1946, sehinggala Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih sebagai suatu Gagasan Baharu yang lebih sesuai menggantikan Malyan Union tersebut yang seterusnya menjatukan Gagasan Malayan Union itu sendiri. Perkara pertama yang dipersetujui dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu adalah Konsep Raja Berperlembagaan di mana sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh pihak British tersebut adalah turut sama diamalkan di Eropah pada masa itu. Konsep Raja Berperlembagaan ini adalah penting untuk melancarkan lagi pentadbiran di Tanah Melayu pada masa itu. Selain itu, senarai Persekutuan dan senarai Negeri juga telah dibentuk untuk menjadikan urusan pentadbiran atau maklumat di setiap negeri dapat diperoleh untuk kerja-kerja kawalan dapat dilakukan dengan mudah dan sebagai langkah memisahkan atau membahagikan kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri tersebut. Hak-hak istemewa orang-orang Melayu juga turut dijaga melalui perjanjian yang telah dilakukan dalam Persekutuan Tanah Melayu tersebut. Antara hak-hak istemewa tersebut adalah seperti hak-hak Raja-Raja Melayu yang dikembalikan semula, pemberiaan hak kerakyatan secara Jus Soli juga telah dimansuhkan dan telah diperketatkan semula pemberiaanya kepada imigran China dan India. Perkembangan UMNO juga dapat dilihat dari segi perubahan corak perjuangannya. Hal ini dapat diperhatikan dengan jelas apabila pada peringkat awal perjuangan UMNO ini slogan yang mereka gunakan adalah “Hidup Melayu”. Slogan ini adalah digunakan ketika perjuangan UMNO ini adalah hanya terdiri daripada orang-orang Melayu sahaja. Malahan perjuangan UMNO juga adalah hanya untuk orang-orang Melayu sahaja pada masa itu yang menuntut hak istemewa mereka sebagai masyarakat asal Tanah Melayu dan hak Raja-Raja Melayu yang menunjukkan kedaulatan orang-orang Melayu pada masa itu. Slogan “Hidup Melayu”

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

tersebut telah diperkenalkan oleh Dato‟ Onn Jaafar untuk menyatukan ahli-ahli UMNO khususnya. Namun selepas itu Slogan tersebut telah diubah kepada “Merdeka” pada Mac 1950 oleh Syeikh Gharieb Raub yang merupakan seorang Pemuda Bahagian UMNO Batu Pahat apabila mereka telah sedar akan pentingnya kerjasama kaum dalam menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Perkembangan yang dicapai oleh UMNO melalui penubuhan Persekutuan Tanah Melayu tersebut juga adalah Raja-Raja Melayu telah dibenarkan berkongsi kuasa dengan Pesuruhjaya Tinggi yang telah dilantik oleh pihak British di peringkat pusat. Malahan diperingkat negeri juga Sultan turut diberikan tugas sebagai ketua negeri yang diberikan kuasa untuk melantik Menteri Besar Baginda sendiri yang berperanan sebagai pentadbir negeri tersebut. Selain itu, pihak British juga telah mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu tersebut. Hal ini kerana dasar pengiktirafan terhadap ketuanan Melayu tersebut adalah telah diakuai oleh pihak British sejak Perjanjian Pangkor 1874 tersebut. Oleh itu, orang-orang Melayu ingin agar pihak British mengembalikan semula ketuanan Melayu tersebut kepada mereka melalui Persekutuan Tanah Melayu yang diperkenalkan pada tahun 1948 itu. Di samping itu, institusi Raja Melayu juga dituntut oleh orang Melayu agar bidang kuasa dan Kedudukannya dalam bidang pentadbiran akan diperjelaskan lagi. Perkembangan penentangan UMNO juga dapat dilihat dengan wujudnya saluran-saluran baharu seperti media massa. Media massa seperti Akhbar telah digunakan oleh orang-orang Melayu dalam menentang rancangan Malayan Union. Akhbar-akhbar Melayu yang ada pada masa itu adalah seprti Warga Negara di Pulau Pinang, Majlis di Kuala Lumpur dan Utusan Melayu di Singapura. Semua rencanarencana hasil pengarang akhbar-akhbar tersebut adalah semuanya berbaur penentangan dan persaaan tidak puas hati terhadap rancangan Malayan Union tersebut. Hasil penulisan mereka melalui akhbar tersebut telah berperanan penting dalam menyemarakkan lagi semangat orang-orang Melayu untuk bangkit menentang.
78

.

78

Aminudin Yusof dan Mohd Ali Kamarudin, Kepimpinan Pemuda, hlm. 31 .

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Perkembangan UMNO ini juga dapat dilihat apabila pada bulan OKtober 1948, Dato Onn Ja‟ afar telah membuat lawatan ke Landon. Tujuan lawatan beliau ke Landon tersebut adalah untuk membincagkan mengenai masa depan PTM. Hal ini kerana beliau mula risau mengenai kepelbagaian kaum yang ada di Tanah Melayu pada masa itu, lebih-lebih lagi perasaan kebencian yang berlaku diantara orang Melayu dan orang Cina khususnya akibat kerakusan PKM yang majoriti ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Cina. Oleh itu, Dato Onn yang menyedari perkara tersebut telah mendapat perhatian Akhbar Majlis yang telah diterbitkan pada 24 Oktober 1948 yang telah mencadangkan satu pendapat supaya tindakan tegas akan diambil kepada orang-orang Cina yang terlibat dengan pergerakan PKM tersebut. Tindakan tegas yang diambil tersebut adalah dengan menghantar mereka yang terlibat tersebut ke Negara asal mereka iaitu China.79 Perkembangan terbesar perjuangan UMNO ini telah bermula apabila pada 31 Disember 1948 pula Onn Jaafar telah memanggil pemimpin-pemimpin dan tokohtokoh kaum di kediaman beliau di Johor Bahru bagi tujuan mengadakan perbincangan atau majlis percambahan fikiran. Pertemuan yang dilakukan tersebut telah dihadiri oleh 20 orang pemimpin daripada pelbagai kaum iaitu turut dihadiri antara Onn Jaafar sendiri, Tan Cheng Lock, E.E.C Thuraisingam dan Sir Roland Bradell. Hasil pertemuan tersebut telah melahirkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (Communities Liaison of Commiittee) yang berfungsi untuk menghidari kekacauan pihak Komunis. Selain itu badan tersebut juga adalah untuk mengeratkan kerjasama antara kaum itu sendiri. Oleh itu, susulan daripada perjumpaan di rumah Onn Jaafar tersebut telah dibincangkan semula oleh Macolm Mac Donald pada Januari 1949, di mana pertemuan kali kedua tersebut telah mencapai persetujuan mengenai cadangan menubuhkan sebuah badan seperti pertmuan pertama tersebut. Pada 10 Januari 1949 badan tersebut telah ditubuhkan secara rasminya dengan dianggotai oleh 5 orang Melayu dan 4 orang daripada suku kaum lain. Antara pemimpin-pemimpin Melayu yang menduduki badan tersebut adalah Onn Jaafar, Panglima Bukit Gantang, Salleh bin Hakim, Dr. Mustaffa bin Osman dan Zainal Abidin bin Haji Abas. Kehalian dalam pertubuhan tersebut telah bertambah ramai pada
79

S. Hashim Ahmad. 2009. Onn Jaafar, Papa Gerakan Nasionalis Tanah Melayu: Revolusi Rekaria Sdn. Bhd. hlm. 53 -55.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

bulan Ogos dengan kehalian orang Melayu yang telah mencecah kepada 60 orang, 6 orang Cina dan seorang India, seorang Serani, seorang Sri Langka dan seorang Inggeris. Pengerusi pertubuhan tersebut ialah E.E.C Thuraisingam yang berketurunan Sri Langkah.80 Penilaian Pada awalnya perjuangan UMNO adalah untuk menolak gagasan Malayan Union iaitu cadangan British yang kembali ke Tanah Melayu selepas meninggalkan Tanah Melayu kerana kemasukkan Jepun pada tahun 1941. Sejarah awal UMNO atau PEKEMBAR sedikit cacat kerana gagasannya yang tidak langsung menyebut tentang usaha untuk membawa Tanah Melayu serta seluruh rakyat yang bernaung dibawahnya kepada kemerdekaan. Sedangkan pada ketika itu gerakan kiri yang dipelopori mereka yang cukup kritikal dengan penjajahan telah lama melaungkan slogan merdeka sebagai dasar perjuangan mereka. Gerakan kiri seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), dan sebagainya.

Kemerdekaan hanya apabila Parti Perikatan telah membentuk parti politik yang mengabungkan 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India dan bekerjasama berusaha menuntut kemerdekaan. Walaupun begitu, mereka tetap berjaya menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Malaysia yang kita lihat pada hari ini merupakan hasil usaha dan keazamaN pemimpin-pemimpin tempatan dan masyarakat setempat dalam langkah

memerdekakan Tanah Melayu dan menyokong pembentukan Malaysia. Hasilnya pelbagai bidang ekonomi seperti perniagaan, pertanian, penternakan, perindustrian, juga pemerintahan negara dan sistem pendidikan dan hubungan masyarakat serta kemudahan sosial dapat dikecapi bersama. Melalui kebangkitan masyarakat setempat dalam menentang Malayan Union seterusnya menuntut kemerdekaan adalah amat mustahil bagi masyarakat Malaysia pada ketika ini maju dan mampu bersaing setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Seharusnya kemerdekaan ini dihargai dan dipertahankan oleh seluruh masyarakat Malaysia terutama dalam menghadapi era yang kian mencabar pada masa hadapan. Kesimpulannya
80

Op. cit. S. Hashim Ahmad. 2009. hlm. 56-57.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Secara kesimpulannya, disebabkan dasar-dasar yang dibawa oleh Gagasan Malayan Union yang tidak sejajar dengan apa yang dikehendaki oleh orang-orang Melayu, maka wujud beberapa persatuan-persatuan yang telah bangkit untuk menentang gagasan tersebut. Persatuan-persatuan yang menentang Gagasan Malayan Union tersebut selepas itu telah diterjemahkan atau dapat dikenali sebagai UMNO iaitu sebuah persatuan yang menjadi kekuatan orang-orang Melayu untuk menentang Malayan Union tersebut. Persatuan UMNO yang telah dibentuk ini telah Berjaya mengalahkan Malayan Union dan menggantikannya dengan satu

perlembagaan baru yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu yang telah dimeteraikan pada tahun 1948. Persekutuan Tanah Melayu ini lebih banyak mendapat sokongan daripada orang-orang Melayu disebabkan dasar-dasar perlembagaan ini yang banyak memberikan kebaikan kepada orang-orang Melayu khususnya dan perlembagaan ini juga turut mempunyai tujuan yang berbeza dengan Gagasan Malaayan Union yang lebih kepada membentuk sebuah Negara yang bersifat kesatuan dan juga membenarkan imigran China dan India untuk menjadi warganegara Tanah Melayu dengan mudah melalui prinsip Jus Soli yang dibawa oleh gagasan tersebut. Hal tersebut berlainan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang telah memperketatkan semula pemberian kerakyatan kepada imigran yang berhijrah ke Tanah Melayu pada mada itu. Oleh itu, dengan tergantinya Malayan Union tersebut oleh Persekutuan Tanah Melayu maka corak pentadbiran yang dijalankan di Tanah Melayu juga turut berubah. Begitu juga dengan UMNO banyak perubahan-perunbahan yang telah dilakukan malahan fokus perjuangan yang dibawa oloeh UMNO tersebut juga telah beralih kepada usaha menuntut kemerdekaan daripada pihak British. RUJUKAN 1. Nazaruddin Hj Mohd Jali, 2001. Pengajian Malaysia Kenegaraan dan Kewarganegaraan Edisi Kedua; hlm.41. 2. Zin Mahmud, Kepimpinan dan Perjuangan Pemuda UMNO, 2008. Utusan Publication Sdn.Bhd.hlm.5 3. Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd. ,Selangor, 2003, hlm.426 4. Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800 – 1963), Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., Selangor, 2002, hlm. 328

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

5. Ramlah Adam. 1999. Sumbanganmu Dikenang. Hlm.3 6. S.Hashim Ahmad. 2009. ONN JAAFAR : Gerakan Nasionalis Tanah Melayu . hlm. 92-93. 7. Zainal Abidin Abdul Wahid et al. 1996.MALAYSIA: Warisan dan Perkembangan. Hlm 284 8. Adnan Haji Nawang. 1994. Zaba Patriot dan Pendeta Melayu . hlm .153 9. Shahrom Husain, 1985. Biografi Perjuangan Politik Dato Onn Jaafar, Fajar Bakti Sdn. Bhd, Petaling Jaya.hlm. 154. 10. John Fungston, 1980. Malay Politics In Malaysia, A Study of UMNO And Pas. Heinemans Educational Books (ASIA) Ltd, Petaling Jaya, hlm. 76. 11. UMNO 20 Tahun, 1966. Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Kuala Lumpur. hlm. 34-35. 12. Khong Kim Hoong, 1984, Merdeka British Rule And The Struggle For Independence In Malaya: 1945-1957. hlm. 86. 13. Ibrahim Mahmood, 1981. Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Pustaka Antara, Kuala Lumpur. hlm. 107. 14. Ahmad Fauzi Basri, Mohd. Idris Salleh. 1991. Bumi Dipijak Milik Orang. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.20. 15. Mohd Noordin Sopiee, 1971. From Malayan Union To Singapore Separation, University Malaya Press, Kuala Lumpur. hlm.37 16. Abu Bakar Hamid, Abdullah Zakaria Ghazali, Ramla Adam, Nik Anuar Nik Mahmud, Nabir Haji Abdullah dan Adnan Haji Nawang. UMNO JOHOR 50 Tahun Memartabatkan Bangsa Melayu, Yayasan Warisan Johor: Berita Publishing Sdn. Bhd. 17. Aminudin Yusof dan Mohd Ali Kamarudin, Kepimpinan Pemuda, hlm. 31 . 18. S. Hashim Ahmad. 2009. Onn Jaafar, Papa Gerakan Nasionalis Tanah Melayu: Revolusi Rekaria Sdn. Bhd. hlm. 53 -55. 19. Diperoleh daripada laman (15.5.2012). web http://umnoOnline.com/?pageid=2888. 20. http://perpaduan.blogspot.com/2008/08/1dasar-pendidikan-sistem pendidikan.html.dilayari pada 15.05.2012 21. Kelab UMNO Luar Negara, Sejarah PerjuanganUMNO dilayari pada 15.05.2012.http://www.kelabumno.com/index.php?option=comcontent&view= article&jd=15&Itemid=8

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

22. Perpustakaan Negara Malaysia (http://sejarahmalaysia.pnm.my) 23. http://ms.wikipedia.org/wiki/Nik_Ahmad_Kamil_bin_Nik_Mahmud#Pembabita n_dalam_kemerdekaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Wahab_bin_Toh_M uda_Abdul_Aziz

British Mengambil Singapura Dan Melaka: Perjanjian Inggreis-Belanda 1824 Norhayati Zaluddin norhayatizaluddin@ymail.com Abstrak Kertas ini mengkaji pelbagai sebab akan pihak British mengambil Singapura dan Melaka. Ekoran daripada sebab-sebab tersebut, pihak British berusaha untuk menguasai Singapura dan Melaka dengan pelbagai cara termasuklah tipu helah.

1.0 PENDAHULUAN Pada tahun 1600, Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) telah ditubuhkan untuk berniaga di Timur. Raja England pada masa itu, Queen Elizabeth I mengisytiharkan bahawa hanya SHTI sahaja yang diberi hak untuk berdagang di Asia. SHTI berusaha mencari pangkalan yang sesuai di Teluk Benggala. Hal ini kerana semasa Perang Kemerdekaan Amerika, angkatan perang Perancis telah

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

menimbulkan kerosakan besar kepada perkapalan Britain di Timur. Tambahan lagi, Belanda telah menutup semua pelabuhan mereka di Timur kepada British semasa perang. Oleh sebab itu, British tiada pilihan lain kecuali mencari sebuah pangkalan laut di bahagian timur Teluk Benggala untuk melindungi kapal-kapal perdagangan mereka. Pangkalan tersebut hendaklah memudahkan kapal-kapal yang berulang-alik dari India ke China untuk singgah berlabuh, memuatkan bekalan dan membaiki kerosakan. Ia juga harus boleh dijadikan tempat berteduh jika angin monsun berubah. SHTI juga telah menghantar ekspedisi-ekspedisi ke Timur di bawah pimpinan James Lancaster (1602), Henry Middleton (1605) dan David Middleton (1610) telah mendirikan loji-loji perdagangan di Bantam, Maluku, Sulawesi, Borneo, Siam, Kepulauan Banda, Sumatera dan Jawa. Penubuhan-penubuhan loji ini menimbulkan persaingan antara British dengan Belanda. Persaingan ini bertambah buruk dan memuncak apabila berlakunya peristiwa “Pembunuhan Beramai-ramai di Pulau Ambon” pada 23 Februari 1623 di mana orang Belanda menyerang pangkalan Ambon secara mengejut dan membunuh beberapa orang Inggeris di situ81. Peristiwa ini menyebabkan SHTI menutup loji-loji mereka di Hindia Timur dan berundur ke India. Hanya Bangkahulu dikekalkan sebagai ibu pejabat SHTI. Namun, menjelang pertengahan abad ke-18, SHTI kembali semula ke Hindia Timur kerana ia memerlukan sebuah pelabuhan serta pusat perdagangan terutamanya di sepanjang Selat Melaka untuk menjalankan perdagangan dengan negara China. Pada tahun 1751, kerajaan China membenarkan SHTI berdagang di pelabuhan Canton. Akibat tindakan ini, perdagangan di antara British dengan China semakin bertambah penting. Langkah British (1784) untuk mengurangkan cukai import ke atas teh dari kadar 100% ke 12½% telah meningkatkan lagi kepentingan perdagangan teh dengan Canton. Walau bagaimanapun, SHTI tidak mempunyai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan persinggahan yang sesuai di antara India dengan China yang boleh memberi kemudahan berlabuh semasa penukaran angin-angin monsun, untuk memperlengkapkan dan mengisi bekalan serta membaiki kapal dalam pelayaran mereka ke India atau China apabila tibanya angin monsun yang sesuai. Bermula dari kehendak-kehendak

81

Ruslan Zainuddin, 2003. Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur :Fajar Bakti Sdn Bhd. Halaman 131-132.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

kecil inilah menyebabkan SHTI mula berfikir untuk mendapatkan pelabuhan baru yang bermula dari Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.

2.0 SEBAB-SEBAB PIHAK BRITISH MENGAMBIL SINGAPURA DAN MELAKA Terdapat pelbagai sebab akan pihak British mengambil Singapura dan Melaka. Ekoran daripada sebab-sebab tersebut, pihak British berusaha untuk menguasai Singapura dan Melaka dengan pelbagai cara termasuklah tipu helah

2.1 Pulau Pinang Gagal dimajukan. Pulau Pinang dipilih memandangkan lokasinya yang strategik dan merupakan pintu gerbang laluan Selat Melaka di sebelah utara.82 Namun, kemudiannya British mendapati Pulau Pinang berada terlalu jauh ke utara iaitu di hujung Selat Melaka menyebabkan British perlu mendapatkan pangkalan lain yang lebih sesuai. Pada tahun 1832 Pulau Pinang dikatakan kurang maju menyebabkan pusat pentadbiran dipindahkan ke Singapura. 83 Kegagalan Pulau Pinang dimajukan ini dapat ditafsirkan apabila Pulau Pinang gagal sama sekali untuk bersaing sebagai sebuah pelabuhan di kepulauan Melayu. Dalam hal ini, Pulau Pinang gagal untuk menyaingi pelabuhan-pelabuhan lain khususnya pelabuhan Belanda. Apatah lagi ketika itu, aktiviti perdagangan di Asia Tenggara begitu rancak. British tidak mahu ketinggalan dengan hanya mengharapkan Pulau Pinang semata-mata yang gagal membuahkan hasil. Berikutan sebab-sebab ini, pihak British yakni Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) pula memikirkan akan alternatif untuk mencari sebuah pelabuhan yang sesuai dan memenuhi kehendak mereka. Sememangnya, pada peringkat awal pihak British cuba untuk membuka penempatan baru di Balambangan yakni di utara Sabah bagi menggantikan Pulau Pinang dengan menghubungi Kesultanan Sulu.
84

Hakikatnya, kedudukan pulau kecil ini di dalam peta orang Eropah telah ada sejak 500 tahun lalu.85 Namun demikian, ekoran petempatan tersebut tidak
82

Jessy, J.S., 1978, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 75. 83 Mohd Isa Othman, 2002, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publicatios & Distibutors Sdn Bhd. Halaman 24. 84 Pulau Balambangan terletak 35 km ke utara Kudat, Sabah dan dipisahkan oleh Selat Banggi Barat dari Pulau Banggi. Lihat, Baszley Bee B. Basrah Bee, Kartografi Pulau Balambangan antara Abad 16-17 Masehi, JEBAT Journal, 2004, 31, halaman. 1-13. 85 Ibid.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

beberapa sesuai, pihak British mula mencari petempatan lain. Pada masa yang sama Francis Light menerima permintaan daripada Sultan Muhammad Jiwa bagi membantu baginda mengatasi masalah dalam negeri dan ancaman Bugis yang berpengkalan di Selangor. 86 Dalam hal ini, Kedah memerlukan bantuan British untuk menghalau bugis dan Siam yang acap kali mengancam keselamatan Kedah. Sehubungan dengan itu, pihak British yakni SHTI bersetuju membantu Kedah berikutan kesanggupan Sultan Kedah untuk menyerahkan Pulau Pinang walaupun sebenarnya SHTI engan menolong kerana bertentangan dengan dasar tidak campur tangan mereka. Namun demikian, apa yang diharapkan pihak British gagal dikecapi. Walaupun Pulau Pinang sudah menjadi milik pihak British, namun Pulau Pinang gagal dimajukan seperti apa yang mereka jangkakan. Pelabuhan Pulau Pinang gagal bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan yang lain. Hal ini menyebabkan British terpaksa mencari pelabuhan lain. 2.2 Kedudukan Pulau Pinang yang tidak Strategik. Dalam pada itu, antara faktor kegagalan Pulau Pinang dimajukan ekoran kedudukan Pulau Pinang itu sendiri. Setelah menduduki Pulau Pinang barulah pihak British menyedari bahawa kedudukan Pulau Pinang terlalu jauh ke utara iaitu di hujung Selat Melaka. Kedudukan Pulau Pinang ini menyebabkan para pedagang jarang berkunjung ke pelabuhan Pulau Pinang. Faktor luar yang menjadi dasar kepada kemorosotan atau keruntuhan sebuah kuasa politik yang besar ialah penggunaan dan fungsi jalan perdagangan di laut yang semakin kurang; kegiatan di pelabuhan dagang semakin merosot; dan penggunaan jalan perdagangan (darat dan laut) disesuatu rantau politik didapati terus menurun.
87

Keadaan

inilah

menyebabkan Pulau Pinang gagal dimajukan. Hal ini akhirnya menyebabkan British perlu mendapatkan pelabuhan atau pangkalan lain untuk

menggantikan Pulau Pinang. Singapura dan kemudiannya Melaka menjadi pilihan akhir.
86

Penang Story Net. Hubungan Kedah-Pulau Pinang, Dikeluarkan 2012, Mei 9 dari www.penangstory.net.my
87

Abdul Latiff Abu Bakar. 1998, Pertemuan Selat Melaka, Bukit Katil :Percetakan Surya Sdn.Bhd. Halaman 11.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

2.3 British Memerlukan Pelabuhan Baru British memerlukan pelabuhan baru. British mengambil Singapura dan Melaka juga ekoran mereka memerlukan sebuah pelabuhan baru. Hal ini berikutan kegagalan Pulau Pinang untuk memenuhi kehendak mereka. Pelabuhan baru ini bertujuan untuk meluaskan pasaran mereka selain daripada untuk menggantikan Pulau Pinang. Dalam erti kata lain, pelabuhan ini bertujuan untuk memenuhi kehendak mereka iaitu „3P‟ yang merujuk kepada Pengumpulan Barangan, Pelabuhan Persinggahan dan Pangkalan Tentera. Atas sebab-sebab ini, pihak British mengambil Singapura dan Melaka. Pihak British yakni SHTI memerlukan pelabuhan baru setelah Pulau Pinang sebagai pusat pengumpulan barangan. Pusat pengumpulan barang ini sesungguhnya memainkan peranan yang penting kepada SHTI lebih-lebih lagi menjelang pada kurun ke-18. Pada kurun ke-18, SHTI mempunyai kuasa monopoli perdagangan dengan China. Oleh yang demikian, British ingin melindungi serta memperluaskan perdagangannya dengan China. Dalam hal ini, Syarikat Hindia Timur Inggeris atau lebih dikenali sebagai SHTI memerlukan bahan-bahan mentah dari China seperti teh, sutera dan tembikar yang memberi keuntungan yang besar kepada mereka. Sebaliknya, bagi China pula mereka memerlukan bahan-bahan mentah seperti bijih timah dan lada hitam dari kepulauan Melayu. Hal ini menyebabkan pihak British memerlukan sebuah pelabuhan baru untuk dijadikan sebagai pusat pengumpulan barangan. Pelabuhan persinggahan. Selain memerlukan pelabuhan baru untuk dijadikan pusat pengumpulan barangan, pihak British juga memerlukan sebuah pelabuhan persinggahan. Jalan perdagangan yang begitu jauh memerlukan pelabuhan persinggahan sementara. Dalam konteks ini, British memerlukan sebuah pelabuhan persinggahan yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti membaiki kapal dan mendapatkan sumber makanan. Di samping itu, pihak British juga berharap dengan kewujudan pelabuhan baru ini boleh dijadikan tempat perlindungan sementara menunggu peralihan angin monsun. Pelabuhan persinggahan ini penting bagi memastikan proses perdagangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain berjalan dengan lancar.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Pangkalan tentera. Selain itu, pihak British memerlukan pelabuhan baru untuk dijadikan pangkalan tentera mereka. Hal ini kerana timbulnya kebimbangan pihak British akan keadaan perdagangan mereka yang bila-bila masa boleh dikecam dek kuasa-kuasa Barat yang lain. Ditambah lagi pihak British sememangnya mempunyai banyak pesaing seperti Belanda dan Perancis. Senario persaingan ini dapat dilihat di India. British dan Perancis bersaing menguasai perdagangan di India. Oleh yang demikian, pihak British memerlukan pelabuhan baru untuk dijadikan pangkalan tentera bagi mempertahankan petempatan mereka di India daripada serangan Perancis yang kemungkinan boleh menyerang bila-bila masa sahaja. 2.4 Kedudukan Melaka dan Singapura yang Strategik Kedudukan Melaka dan Singapura yang strategik. Telah kita maklumi bahawa Selat Melaka adalah salah satu selat yang kedudukannya amat strategik di dunia, oleh sebab Selat Melaka merupakan jalan perdagangan antarabangsa yang menghubungkan Asia Timur dengan Asia Selatan, Asia Barat dan Eropah, terlebih-lebih lagi setelah Terusan Suez dibuka pada tahun 1689.88 Kekuatan sesebuah tempat sememangnya dipengaruhi kedudukan geografi yang startegik, iaitu dilaluan perdagangan. Sebab ini jugalah yang

menyumbang ke arah pengambilan Singapura dan Melaka yakni kerana kedudukan Melaka dan Singapura itu sendiri. Kedudukan Melaka dan Singapura yang terletak di antara timur dan barat itu telah memberi pelbagai impak yang positif iaitu dari aspek pertahanan dan perdagangan. “Bagaikan Selat Semenanjung Melayu dan Selat Melaka itu melintang antara Samudera India dan Laut Tiongkok. Dari dulu kala, Negeri Melayu dan Selat Melaka menjadi pintu gerbang yang menguasai lalu lintas antara India dan „Barat Jauh‟ pada satu pihak, dan Tiongkok dan Indonesia pada pihak yang lain pihak”.89

88 89

Ibid,halaman. 32. Kedudukan Melaka sering dikatakan sebagai „gerbang‟ yang menguasai lalu lintas . Lihat, Negeri Melayu adalah Jambatan dari Lalu-Lintas Bangsa-bangsa ,1952, Djakarta :Penerbitan Djambatan. Halaman viii.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Pertahanan. Apabila merujuk terhadap aspek pertahanan, kedudukan Melaka dan Singapura dapat mengukuhkan sistem pertahanan secara semula jadi. Tidak dapat dinafikan bahawa sememangnya kedudukan Singapura dan Melaka begitu strategik. Misalnya Melaka. Melaka mempunyai banteng pertahanan semula jadi iaitu pokok-pokok bakau. Kedudukan Melaka yang sedemikian menjadikan strategik untuk dijadikan tempat berteduh jika berlaku musim angin monsun. Selain itu, dengan adanya Melaka sebagai pertahanan, ia sekali gus memudahkan bantuan ketenteraan dihantar sekiranya Perancis atau kuasa-kuasa lain cuba menyerang di timur India. Begitu juga halnya dengan Singapura. Dari aspek strategi dan perdagangan, Singapura lebih seusai untuk dijadikan pangkalan. 90 Hal ini tidak dapat dinafikan apabila Stamford Raffles tiba di Singapura pada 28 Januari 1819. Singapura didapati sesuai untuk dijadikan pangkalan dan pusat perdagangan kerana terletak di pertengahan jalan perdagangan India dan China.91 Melihat keadaan itu, Raffless terus membuat kajian terperinci perihal Singapura sehinggalah akhirnya pihak British Berjaya memiliki Singapura.

Laluan perdagangan maritim di Asia Tenggara.92

90

Nik Hasnaa Nik Mahmood, 1997,Orang-orang Cina di Tanah Melayu, Skudai: Penerbitan UTM. Halaman 151. : British Mengambil Pulau Pinang, Singapura Dan Melaka, Dikeluarkan 2012, Mei 9 dari http://members.tripod.com/xfile_my/bab1.htm
91
92

Kenneth Rupert Hall, 1985, Maritime Trade and State Development in Early Southeast Asia, Sydney : University of Hawaii Press

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Perdagangan. Kedudukan Melaka dan Singapura yang strategik itu juga telah memberi impak yang positif dari aspek perdagangan. Syarikat Hindia Timur British memerlukan tapak perdagangannya antara India dan China supaya dapat menjamin perjalanan perdagangan antara India dan China.
93

Kedudukan inilah yang membuka mata pihak British dan kuasa-

kuasa Barat yang lain untuk mengusai tempat ini khususnya Melaka. Hal ini jelas terlihat lebih-lebih lagi sekitar kurun ke-19. Kedudukan Melaka misalnya telah menjadi tarikan semua pedagang lantaran terletak di antara laluan perdagangan China dan India. “Whoever is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice. As far as from Malacca, and from Malacca to China,And from China to the Moluccas, and from the Moluccas to Java, And from to Malacca (and) Sumatera, (all) is in our power”.94

Perdagangan. Kedudukan Melaka dan Singapura dilaluan antara India dan China amat sesuai untuk perdagangan. Malah, kedua-dua tempat ini sesuai dijadikan pelabuhan persinggahan sementara berlindung dari tiupan angin monsun. Pelabuhannya yang dalam juga memudahkan kapal-kapal pedagang berulang-alik antara India dan China. Ini memberi peluang kepada para pedagang untuk singgah sebentar untuk membaiki kapal dan mendapatkan sumber makanan. “Dalam masa 1/3 pertama abad ke-15 bolehlah dikatakan bahawa Melaka dijadikan tempat untuk memperbaiki kapal-kapal China (kuanch‟ang), menjadi depot China di pintu gerbang untuk menuju Lautan Hindi.” 95

Keadaan ini amat menguntungkan pihak British kerana sememangnya pada ketika itu perdagangan di antara China dan SHTI semakin penting.Perdagangan dengan China ini penting bagi British untuk

mendapatkan barang dagangan dari China seperti teh, sutera dan tembikar
93

Kobkua Suwannathat-Pian, 1944, Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 217. 94 Armando Corteseo, 1944, The Suma Oriental of Tome Pires ,London:Asian Educational Services. Halaman 287.
95

Abdul Latiff Abu Bakar. 1998, Pertemuan Selat Melaka, Bukit Katil: Percetakan Surya Sdn.Bhd. Halaman. 33.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

kerana barang-barang ini mendapat sambutan di Eropah. Berbeza dengan Barat, China pula lebih berminat akan sumber dagangan seperti bijih timah dan lada hitam yang diperolehi dari Asia Tenggara khususnya Melaka. Oleh yang demikian, SHTI memerlukan pelabuhan yang bersesuaian untuk memperolehi bahan mentah dari Asia Tenggara untuk ditukarkan dengan pihak China. Malah, keadaan British ketika itu yang menghadapi persaingan perdagangan khususnya dengan Perancis di India dan Belanda di Asia Tenggara memaksa mereka memerlukan sebuah pelabuhan yang kukuh. Hal ini menyebabkan pihak British mengambil Melaka setelah mengambil kira kedudukan geografi Melaka yang cukup strategik. 2.5 Persaingan Kuasa-kuasa Imperialis Persaingan kuasa-kuasa imperialis. British mengambil Singapura dan Melaka juga lantaran didorong dek persaingan di antara kuasa-kuasa imperialis. Bagi pandangan Barat, semakin luas tanah jajahan mereka, semakin bertambah kemegahan atau kemulian bangsa mereka. Hal ini bolehlah dikaitkan dengan “3G”; iaitu “Gold”, “Glory” dan “Gospel” . Konsep juga slogan mereka ini membawa makna kekayaan,keagamaan dan kemegahan akan diperolehi apabila berupaya meluaskan pengaruh mereka. Atas dasar inilah Barat khususnya British berupaya mengambil Singapura dan Melaka. 2.6 Menyekat kuasa monopoli Belanda di kepulauan Melayu. Menyekat kuasa monopoli Belanda di kepulauan Melayu. Sehubungan dengan itu, pihak British ingin menyekat kuasa monopoli Belanda di kepulauan Melayu. Melihat kepada keadaan tersebut, SHTI yakni pihak British mengambil Singapura dan Melaka. Kedudukan Singapura yang strategik misalnya sesuai dijadikan pelabuhan bebas dan ini menyakinkan pihak British. Stamford Raffles yakin bahawa Singapura berupaya menyaingi dan sekali gus menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu. Apa yang lebih menyemarakkan lagi semangat SHTI untuk mengambil Singapura dan Melaka lantaran tindakan Belanda yang pernah mengenakan cukai yang tinggi dan layanan yang buruk terhadap pedagang British. Peristiwa ini berlaku semasa perang Napoleon yang meletus di Eropah di mana Belanda sedang berperang dengan Perancis. Atas kebimbangan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Belanda bahawa Perancis akan menguasai wilayah-wilayah Belanda di Timur, Belanda menandatangani Surat Kew dengan British. Berdasarkan perjanjian tersebut, Belanda menyerahkan wilayah jajahannya di Timur buat sementara waktu kepada British sehingga usainya perperangan dengan Perancis. Dalam hal ini, British akan mengusai wilayah jajahan Belanda di Timur dan begitulah sebaliknya. Namun, ekoran daripada perjanjian tersebut, Belanda telah memberi layanan yang buruk kepada pedagang British termasuklah mengenakan cukai yang tinggi. Hal inilah yang menyebabkan British ingin mengambil Singapura dan Melaka bagi menyekat kuasa monopoli Belanda di kepulauan Melayu.

3.0 BAGAIMANA BRITISH BERTAPAK DI MELAKA DAN SINGAPURA Demi menjayakan matlamat mereka, British berusaha dengan menggunakan pelbagai alternatif untuk menjamin kepentingan mereka.

3.1 PERTAPAKAN BRITISH DI MELAKA Persaingan antara kuasa-kuasa barat dalam meluaskan tanah jajahan menjadi satu titik tolak kepada penapakan kuasa British di Melaka. Rentetan daripada peperangan yang berlaku di Eropah sekitar tahun 1793, pihak British dan Belanda ingin mengelakkan perluasan kuasa Perancis di Eropah. Sehubungan dengan itu, kuasa Perancis berjaya menakluki Belanda pada tahun 1795. Lantaran itu, Raja Belanda iaitu William of Orange ke-V tidak ingin tanah jajahan Belanda jatuh di tangan kuasa Perancis. Beliau telah melarikan diri ke England dan diberikan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

perlindungan oleh pihak British dan disebabkan itu kedua-dua kuasa barat ini mempunyai persahabatan yang baik.96 Lantaran daripada penguasaan Perancis terhadap Belanda pada masa itu menyebabkan Perancis ingin menguasai pusat-pusat perdagangan Belanda yang berpotensi di Asia Tenggara iaitu Betawi dan Melaka. Namun, Betawi dan Melaka diberikan kepada pihak kuasa British disebabkan peperangan Napoleon yang berlangsung pada masa itu. Hal ini disebabkan kerana, Belanda telah mengeluarkan arahan yang dinamakan Surat-surat Kew yang menyatakan bahawa tanah jajahan Belanda yang berada di seberang laut diberikan kepada pihak British bagi menyelamatkan tanah jajahan Belanda jatuh kepada tangan Perancis. Surat-surat Kew yang dikeluarkan oleh pihak Belanda memberi peluang kepada pihak British untuk meluaskan kuasanya di Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, kuasa yang diberikan kepada pihak British hanya sementara waktu sahaja. Hal ini disebabakan kerana, apabila peperangan Napoleon tamat, tanah jajahan Belanda yang diberikan kepada British hendaklah dipulangkan semula mengikut arahan Surat-surat Kew. Perang Napoleon tamat pada tahun 1815 dan lantaran itu tanah milik jajahan Belanda seharusnya dipulangkan semula kepada Belanda. Hal ini menyebabkan pihak British kehilangan pusat perdagangan yang

berpotensi di Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, British Berjaya menguasai dan mengambil Melaka secara mutlak daripada tangan Belanda rentetan daripada memenuhi syarat-syarat perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1824 iaitu syarat Perjanjian Inggeris-Belanda ataupun dikenali sebagai perjanjian London yang ditandatangani oleh George Canning yang mewakili kuasa British dan Charles Watkin Wynn daripada pihak Belanda.97 3.2 PERTAPAKAN BRITISH DI SINGAPURA Akibat daripada pemulangan semula Betawi dan Melaka kepada Belanda menyebabkan Belanda kembali berkuasa di Asia Tenggara. British yang hanya memegang bahagian Sumatera Barat iaitu Bangkahulu dan Pulau Pinang gagal dimajukan disebabkan Pulau Pinang jauh daripada laluan
96 97

Sejarah Malaysia, Ruslan Zainuddin, 2003, Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Halaman 142. Ibid, halaman 143.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

perdagangan antara India dan Negara China. Hal ini menyebabkan pihak British mencari inisiatif lain dengan mencari sebuah pelabuhan baru untuk menjalankan perdagangan pada masa itu. Di samping, kedudukan Pulau Pinang juga amat jauh ke utara dan ini menyebabkan pedagangpedagang dari Jawa tidak datang ke Pulau Pinang untuk menjalankan perniagaan disebabkan kedudukan Pulau Pinang yang tidak strategik untuk menjalankan perdagangan. Malahan, Pulau Pinang juga tidak mempunyai kubu pertahanan yang baik. Hal ini dibuktikan semasa perkelahian antara Perancis dengan Britain di Timur, di mana kapal-kapal British yang mempertahankan Teluk Benggala menghadapi kesukaran disebabkan Pulau Pinang tidak dapat memberi perlindungan disebabkan kedudukan Pulau Pinang jauh ke utara. Pulau Pinang boleh dikatakan serba kekurangan bagi pihak British. Oleh yang demikian, kelemahan Pulau Pinang menjadi pendorong kepada pihak British untuk mencari pelabuhan baru bagi meningkatkan

perdagangan mereka dengan Negara China. Rentetan itu, pihak British mengutamakan mencari pelabuhan baru di kawasan Selat Melaka. Stamford Raffles merupakan pegawai British yang bertanggungjawab mencari pelabuhan baru. Beliau mendapati bahawa Singapura

mempunyai kedudukan yang amat strategik untuk membina sebuah pelabuhan baru. Hal ini demikian kerana, Singapura mempunyai laluan utama untuk dijadikan persinggahan disebabkan Singapura terletak di pintu masuk antara Selat Melaka dan Selat Sunda.
98

Di samping,

Singapura berpotensi untuk menyekat monopoli perdagangan pihak Belanda di kepulauan Melayu. Walau bagaimanapun, Stamford Raffles perlu berusaha untuk mengambil Singapura untuk dijadikan sebagai satu pelabuhan disebabkan Singapura di bawah kuasa Johor dan secara tidak langsung Singapura juga di bawah kuasa pihak Belanda. Pada 28 Januari 1819, Stamford Raffles telah menjejakkan kaki ke Singapura dan menemui Temenggung Abdul Rahman yang merupakan pentadbir Singapura yang mewakili Sultan Johor pada masa itu. Kebijaksanaan Raffles dapat memperdayakan Temenggung Abdul

98

Ibid, halaman 145

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Rahman dengan menandatangani perjanjian pada 30 Januari 1819 antara Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman. 99 Di mana, perjanjian ini menyatakan bahawa Syarikat Hindia Timun Inggeris (SHTI) dibenarkan untuk membuka sebuah loji di Singapura, SHTI juga bersetuju untuk melindungi Temenggung daripada ancaman musuh, SHTI akan

membayar 3000 dolar Sepanyol kepada Temenggung setiap tahun dan SHTI juga tidak akan membenarkan Temenggung menjalinkan hubungan dengan kuasa barat selain British. Perjanjian antara Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman merupakan langkah awal Raffles untuk menjadikan Singapura sebagai pelabuhan. Namun, perjanjian ini tidak sah disebabkan tidak mempunyai persetujuan daripada Sultan Johor. Rentetan daripada perebutan takhta antara kedua putera Sultan Mahmud iaitu antara Tengku Hussien yang merupakan anak sulung dan Tengku Abdul Rahman yang merupakan putera bongsu telah menuntut hak ke atas takhta yang ditinggalkan oleh Sultan Mahmud. Oleh itu, Raffles telah mempengaruhi Temenggung Abdul Rahman untuk memujuk Tengku Hussien untuk menjadi Sultan Johor disebabkan Tengku Hussien telah dipinggirkan ketika pewarisan takhta selepas kemangkatan Sultan Mahmud. 100 Tengku Hussien amat berbesar hati dengan tawaran yang ditawarkan oleh Temenggung Abdul Rahman. Rentetan daripada pertabalan Tengku Hussien menjadi Sultan Johor, Tengku Hussien telah menggunakan nama Sultan Hussien Muhammad Syah dan beliau telah mengiktiraf perjanjian antara Temenggung Abdul Rahman dan Stamford Raffles pada 6 Februari 1819.101 Sebagai balasan daripada pengiktirafan tersebut, Sultan Hussien telah menerima bayaran 5000 dolar Sepanyol dan Temenggung Abdul Rahman menerima sebanyak 3000 dolar Sepanyol setiap tahun.102 Sehubungan dengan itu, perjanjian antara tiga pihak telah

ditandatangani pada 7 Jun 1823 iaitu antara Tengku Hussien, Temenggung Abdul Rahman serta Stamford Raffles. Termeterainya
99

History of Malaya, J.Kennedy, 1993, Percetakan Sooriya, Kuala Lumpur, halaman 92 Ibid, halaman 92 101 Ibid, halaman 94 102 British Mengambil Pulau Pinang, Singapura Dan Melaka, Dikeluarkan 2012, Mei 9 dari http://members.tripod.com/xfile_my/bab1.htm
100

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

perjanjian tiga pihak sekali gus mengukuhkan kuasa British di Singapura. Syarat perjanjian yang telah ditandangani antara tiga pihak ini menyatakan bahawa Sultan Hussien dan Temenggung tidak mempunyai hak dalam memungut cukai mahupun menerima cukai daripada tongkang cina, Sultan Hussien juga akan mendapat bayaran sebanyak 1500 dolar Sepanyol dan Temenggung Abdul Rahman pula akan menerima bayaran sebanyak 800 dolar Sepanyol setiap bulan, SHTI mempunyai kuasa mutlak ke atas Singapura dan pulau-pulau yang berdekatan dengan Singapura kecuali kawasan kediaman Sultan Hussien serta kediaman Temenggung Abdul Rahman dan secara tidak langsung undang-undang British akan dikuatkuasakan di Singapura.
103

Perjanjian yang telah

dipersetujui oleh tiga pihak menjadikan Singapura sebagai satu lagi kawasan tanah jajahan British yang dapat dijadikan sebagai satu pelabuhan yang menarik minat para pedagang. Kepesatan Singapura sebagai satu pusat pelabuhan pada ketika itu telah menjadikan Singapura sebagai “anak emas” kepada British kerana dapat memberikan keuntungan kepada pihak British dan disebabkan itu pihak British berniat tidak meninggalkan Singapura.
104

Sehubungan

dengan itu, Pulau Pinang juga dapat menyumbangkan sedikit sebanyak kepada pihak British daripada segi pertahanan dan mendapatkan bekalan makanan ketika perang berlangsung. Selain itu, Melaka dapat dikuasai rentetan daripada termeterainya perjanjian London yang ditandatangani oleh Belanda dan British. Ketiga-tiga Negeri ini merupakan di bawah pemerintahan pihak British dan dikenali juga sebagai Negeri-negeri Selat.

4.0 SYARAT-SYARAT PERJANJIAN INGGERIS BELANDA 1824 Selepas Perang Napoleon (1795-1816) berakhir di Eropah, kedua-dua kerajaan di British dan Belanda berhasrat memelihara hubungan baik kerana masing-masing mempunyai kepentingan di Asia Tenggara 105 . Setelah beberapa siri rundingan dijalankan, akhirnya satu persetujuan dicapai. Perjanjian ini ditandatangani untuk
103

Ruslan Zainuddin. British Mengambil Pulau Pinang, Singapura Dan Melaka, Dikeluarkan 2012, Mei 9 dari http://members.tripod.com/xfile_my/bab1.htm 105 RuslanZainuddin, 2003.Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Halaman, 149
104

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

mengatasi masalah antara Inggeris dan Belanda yang mana hubungan keduanya dalam keadaan tegang dan dengan adanya kepentingan-kepentingan mereka yang tersendiri106. Perjanjian tersebut merupakan peristiwa penting dalam sejarah Tanah Melayu dan juga Indonesia.Perjanjian dinamakan Perjanjian Inggeris-Belanda ataupun Perjanjian London. Ia telah ditandatangani pada 17 Mac 1824, di London. British diwakili oleh George Canning dan pihak Belanda pula diwakili oleh Charles Watkin Wynn. Perjanjian ini bertujuan menamatkan perbalahan dan hubungan tegang yang berterusan antara dua buah kuasa Eropah, demi menjaga kepentingan Politik dan negara masing-masing107. Syarat-syarat perjanjian dibahagikan kepada 3 iaitu butir-butir wilayah, perniagaan dan kewangan108. 4.1 Syarat-Syarat Kewilayahan Pihak Penjanji Tertinggi berjanji bahawa selepas ini tiada apa-apa Persetiaan dibuat oleh mana-mana pihak, dengan mana-mana Kuasa Peribumi di Laut Timur yang boleh mengandungi apa-apa Perkara yang cenderung, sama ada secara nyata atau melalui penetapan duti tak setara bagi mengecualikan perdagangan Pihak yang satu lagi daripada pelabuhan Kuasa Peribumi itu; dan jika dalam mana-mana Persetiaan yang wujud kini pada mana-mana Pihak terdapat apa-apa Perkara yang mempunyai maksud sedemikian, maka Perkara itu hendaklah terbatal sebaik-baik sahaja Persetiaan ini diikat. Maka adalah difahami bahawa sebelum pengikatan Persetiaan ini, perhubungan telah dibuat oleh setiap Pihak Penjanji dengan pihak yang satu lagi tentang segala Persetiaan atau Perjanjian yang wujud antara setiap mereka dengan mana-mana Kuasa Peribumi di Laut Timur dan bahawa perhubungan itu hendaklah dibuat berkaitan dengan segala Persetiaan yang diikat oleh mereka masing-masing selepas ini109.

106 107
109

Perjanjian Dan Dokumen Lama Malaysia , 1999. Kuala Lumpur:InstitutTerjemahan Malaysia Bhd. Halaman 20 RuslanZainuddin. Halaman 150. 108 Ibid.
Perjanjian Dan Dokumen Lama Malaysia , 1999. Kuala Lumpur:InstitutTerjemahan Malaysia Bhd. halaman 21

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Perjanjian ini bermaksud, pihak British bersetuju tidak akan membuka sebarang penempatan atau membuat pebarang perjanjian dengan manamana pemerintah di Sumatera atau kawasan-kawasan selatan dari Selat Singapura, termasuk pulau-pulau Krimon dan Kepulauan Riau-Lingga(Pulau Batam, Bintang, Lingin). Belanda berjanji tidak akan membuat sebarang tempat atau membuat sebarang perjanjian dengan mana-mana pemerintah dinegeri-negeri melayu. Jika mereka melanggar perjanjian ini, maka secara automatik perjanjian ini akan terbatal. “Holland ceded to Britain all the Dutch „factories‟ in India and also „the town and port of Malacca and all its dependence”110. Belanda bersetuju menyerahkan semua loji-lojinya di India, Melaka dan semua jajahan takluk Melaka kepada pihak Britain. “...Holland withdrew the existing to British Singapore.”111 Belanda bersetuju menarik balik bantahannya ke atas pendudukan British di Singapura dan mengiktiraf kedudukan Singapura sebagai pelabuhan milik Britain. Sebagai balasannya, British bersetuju untuk berundur dari Sumatera dangan menyerahkan Bemgkahulu dan semua kawasan milik Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Sumatera kepada Belanda.
110 111

J. Kennedy, 1993. A History of Malaya.Percetakan Sooriya: Kuala Lumpur. halaman 99 Ibid

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

4.2 Syarat-Syarat Perdagangan “Pihak Brtish dan Britain berjanji membenarkan rakyat satu sama lain berdagang antara Tanah Jajahan masing-masing di Kepulauan Timur, dan di Benua India dan di Ceylon, sebagai negara bertaraf paling diutamakan; dan rakyat masing-masing perlu mematuhi Peraturan tempatan di setiap Petempatan.”112 Kapal-kapal perdagangan dari kedua-dua buah negara di benarkan saling memasuki wilayah masing-masing dengan syarat dikenakan bayaran yang ditetapkan oleh kedua-dua pihak. “Dutch were not to attempt to monopolise trade, or to discrminate unfairly againts British trade. By way of eception, the Dutch would retain a monopoly af the spice trade of the Moluccas... and both countries were to combine for the supression of piracy.”113 Belanda tidak dibenarkan mengamalkan dasar monopoli perdagangan di kawasan Kepulauan Melayu. Kuasa monopoli Belanda hanya dihadkan dalam monopoli rempah di Kepulauan Maluku. Walaubagaimanapun, kepulauan tersebut tidaklah mempunyai kepentingan kepada pasaran Eropah seperti abad ke19. Kedua-dua pihak bersetuju tidak akan menggangu hubungan perdagangan antara satu sama lain dengan kuasa tempatan. Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk berkerjasama menghapuskan kegiatan lanun. Kedua-dua pihak hendaklah memberi layanan istemewa kepada pihak yang satu lagi semasa berurusan di India, Kepulauan Ceylon dan Kepulauan Melayu. Peraturan-peraturan tentang cukai kastam yang harus dibayar akan dirangka.114 Rakyat dan kapal sesebuah negara tidak perlu membayar keatas import atau eksport semasa berlabuh di perlabuhan pihak lain ( British dan Belanda). apa-apa duti pada kadar yang melebihi sekali ganda duti yang dikenakan ke atas rakyat dan kapal negara pemilik pelabuhan itu. Duti yang

112

Perjanjian Dan Dokumen Lama Malaysia , 1999. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Malaysia Bhd. Halaman J. Kennedy 100 Ruslan Zainuddin, Halaman 151.

21

113 114

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

dibayar ke atas eksport atau import di Pelabuhan British di Benua India, atau di Ceylon oleh kapal kargo Belanda, hendaklah dikira sebegitu rupa supaya tiada apa-apa duti yang dikenakan itu melebihi sekali ganda amaun duti yang dibayar oleh kapal kargo British. “Berhubung dengan apa-apa barang yang tiada apa-apa duti dikenakan, apabila diimport atau dieksport oleh rakyat, atau di atas kapal negara pemilik pelabuhan itu, maka duti yang dikenakan ke atas rakyat atau kapal pihak yang satu lagi itu tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi enam peratus.”115 “Duli-Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dan Raja Negeri Belanda berjanji memberi Perintah yang ketat kepada Pihak Berkuasa Awam dan juga Tentera dan demikian juga kepada Kapal Perang mereka supaya menghormati kebebasan perdagangan yang ditetapkan...”116 Kedua-dua pihak juga tidak boleh menyekat perhubungan bebas Peribumi di Kepulauan Timur dengan pelabuhan kedua-dua Kerajaan atau rakyat kedua-dua Kerajaan dengan Pelabuhan kepunyaan Kuasa Peribumi.

4.3 Syarat-Syarat Kewangan Belanda bersetuju membayar sebanyak £ 100 000 pound untuk menjelaskan hutangnya kepada pihak British. membiayai Perang Napoleon. 5.0 PENILAIAN Jika diteliti secara terperinci lagi menyeluruh, pendudukan British di Tanah Melayu bermula dari pergolakkan politik dan perebutan takhta yang berlaku di Kedah dan Johor yang telah dijadikan kesempatan oleh British untuk menakluk Pulau Pinang dan Singapura. Manakala melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, secara langsung, Melaka telah diserahkan oleh Belanda kepada pihak British. Penjajahan British di Tanah Melayu bertujuan memenuhi keperluan permintaan
115 116
117

117

Hutang tersebut adalah hutang semasa

Perjanjian Dan Dokumen Lama Malaysia, Halaman 21. Ibid, Halaman 22.
Ruslan Zainuddin , Halaman 151

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

bahan mentah mereka untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap dan mencari peluang baru untuk pelaburan di barat. British menggunakan taktik dan tipu helahnya untuk mendapatkan Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Sememangnya kekayaan hasil bumi dan keadaan politik yang tidak stabil Tanah Melayu pada ketika itu telah membuka peluang kepada British untuk mengambil kesempatan ke atas Tanah Melayu. Masyarakat pada hari ini terhasil kesan daripada penjajahan British. Bagi memastikan keadaan negara yang aman dan damai, perkara yang paling penting adalah aspek ekonomi kerana ia menjadi isu yang paling sensitif. Kegagalan megawal ekonomi sendiri akan member peluang kepada pihak luar mengambil alih dan sekali gus memonopoli sumber ekonomi di tanah kelahiran sendiri. Namun dalam hal ini, sikap masyarakat adalah penggerak utama kemajuan dan kejatuhan sesuatu bangsa. Misalnya, jika kita mengimbau sejarah bermulanya campur tangan kuasa asing ke tanah air kita lantaran sikap masyarakat pada ketika itu yang enggan bersatu padu. Perlu ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungan sesama masyarakat, penelitian sejarah salah satu langkah yang penting. Sejarah perlu dijadikan satu rangka tindakan untuk membina negara bangsa kerana tidak mustahil sejarah akan berulang. Secara keseluruhannya, jangan biarkan kelalaian masa lalu berulang lagi. Jika perkelahian dan keamanan dapat dikekalkan, nescayanya tidak akan wujud peluang bagi mana-mana pihak luar untuk cuba „membonekakan‟ raja dan rakyatnya. Apa yang lebih penting, keamanan dan pertelingkahan di negara sendiri perlulah diatasi sedaya upaya tanpa bantuan orang luar. Kita tidak dapat menduga hati budi setiap pihak. Negara kita, tanggungjawab kita.

6.0 KESIMPULAN Pertapakan SHTI di kepulauan melayu didorong dengan kekayaan sumber dan kedudukannya yang strategik. Taktik dan tipu helah British telah berjaya memperdaya pembesar-pembesar Tanah Melayu pada ketika itu. Perjanjian demi perjanjian ditandatangani tetapi British memungkiri setiap perjanjian yang yang dipersetujui antara dua pihak. Tambahan pula berlaku masalah politik seperti

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

perebutan takhta dan keadaan negara yang tidak tenteram sangat mendorong pihak British mencampuri urusan negara kita. Namun, bukan sahaja urusan negara tetapi mereka telah banyak mengaut keuntungan dan menguasai kekayaan hasil bumi kita yang sangat bernilai pada ketika itu.

Oleh itu, pemimpin sesebuah negara hendaklah lebih berwaspada dengan janji-janji manis yang diberikan oleh pihak luar. Jatuh bangunnya sesebuah Negara terletak pada tangan dan akal yang bijak seorang pemimpin. Sejarah bukan sekadar imbasan masa lalu semata-mata, namun sejarah telah mengajar dan

memperlihatkan

kita untuk mengambil iktibar daripada apa yang telah terjadi

sewaktu imperialisme barat di Tanah Melayu dahulu. Hal ini kerana tidak mustahil sejarah akan berulang kembali.

Rujukan Buku Abdul Latiff Abu Bakar. (1998). Pertemuan Selat Melaka. Bukit Katil: Percetakan Surya Sdn.Bhd. Armando Corteseo. (1944). The Suma Oriental of Tome Pires. London: Asian Educational Services. J. Kennedy. (1993). A History of Malaya. Kuala Lumpur: Percetakan Soorya. Jessy, J.S. (1978) Sejarah Tanah Melayu (1400-1959). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kenneth Rupert Hall. (1985). Maritime Trade and State Development in Early Southeast Asia. Sydney: University of Hawaii Press. Kobkua Suwannathat-Pian. (1944). Asia Tenggara,Hubungan Tradisional Serantau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Publicatios & Distibutors Sdn Bhd. Negeri Melayu adalah Jambatan dari Lalu-Lintas Bangsa-bangsa . (1952). Djakarta :Penerbitan Djambatan. Nik Hasnaa Nik Mahmood. (1997).Orang-orang Cina di Tanah Melayu. Skudai: Penerbitan UTM. Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia . (1999). Kuala Lumpur: InstitutTerjemahan Malaysia Bhd. Ruslan Zainuddin. (2003). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Rujukan Jurnal Baszley Bee B. Basrah Bee. (2004). Kartografi Pulau Balambangan antara Abad 1617 Masehi. JEBAT Journal, 31. Retrieved May 08, 2012, from http://journalarticle.ukm.my/387/1/1.pdf Rujukan Laman Web British Mengambil Pulau Pinang, Singapura Dan Melaka. Dikeluarkan 2012, Mei 9 dari http://members.tripod.com/xfile_my/bab1.htm Penang Story Net. Hubungan Kedah-Pulau Pinang. Dikeluarkan 2012, Mei 9 dari www.penangstory.net.my

PANGKALAN DI RANTAU ASIA TENGGARA: PERKEMBANGAN PENTING YANG BERLAKU TEMPOH 1786 – 1832. RAMLAH BINTI LATUWO Abstrak Kertas ini mengkaji pengambilan Pulau Pinang berkait rapat bukan sahaja dengan personaliti dan keghairahan Francis Light, seorang peniaga dan bekas pegawai angkatan tentera laut tetapi juga keghairahan Sultan-sultan Kedah sendiri untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam negeri dan mempertahankan kemerdekaan negeri Kedah. Keperluan untuk menjaga perdagangan dengan China mendesak Inggeris untuk mencari kawasan yang sesuai di Asia Tenggara untuk dijadikan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

pangkalan bagi mendapatkan bekalan yang dapat membantu perdagangan dengan China118. PENGENALAN Syarikat Hindia Timur Inggeris kadang kala dikenali sebagai “John Company” adalah sebuah syarikat perdagangan yang telah dianugerahkan piagam diraja oleh Ratu Elizabeth I pada 31 Desember 1600. Syarikat ini dengan panggilan Honourable East India Company, diberi kemudahan untuk menguasai perdagangan di Hindia Timur. Syarikat ini berubah dari syarikat perdagangan kepada sebuah badan yang memerintah India apabila ia mula mempunyai kuasa tentera dan kerajaan tempatan. Syarikat ini ditutup pada 1858. Syarikat Hindia Timur Inggeris ditubuhkan di England pada 1600. Kerajaan British telah memberi kuasa kepada SHTI untuk menjalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan tanah jajahan. Pada kurun ke-17, SHTI semakin aktif di Asia Tenggara. Pada tahun 1602, James Lancaster berjaya mendirikan sebuah loji di Bantam. Sehingga tahun 1682, tempat inilah yang menjadi pusat perdagangan orang Inggeris di Gugusan Kepulauan Melayu. Selepas itu, orang Inggeris telah membina loji di beberapa tempat di Asia Tenggara, termasuk Acheh, Jambi, Patani, Maluku dan Banda. 119 Namun, pihak Inggeris menerima tentangan daripada Belanda yang ingin membolot perdagangan di Gugusan Kepulauan Melayu. Pada tahun 1623, berlaku

pembunuhan orang Inggeris secara beraamai-ramai yang dilakukan oleh orang Belanda di Pulau Ambon. Lantaran itu, orang Inggeris mengurangkan kegiatan mereka di Asia Tenggara. Pada tahun 1760-an, SHTI mahu memajukan perdagangannya di Gugusan Kepulauan Melayu. Ini ada kaitannya dengan perdagangan di negara China. Dalam perdagangan Inggeris-China terdapat keadaan yang tidak seimbang. Orang Inggeris lebih banyak membeli daripada menjual barang kepada orang Cina. Tetapi banyak barang daripada Gugusan Kepulauan Melayu yang dikehendaki oleh orang Cina, misalnya, bijih timah, sarang burung, lada, hasil hutan seperti rotan dan kapur barus serta kayu manis. SHTI perlu menggunaakan barang-barang ini untuk

mengurangkan pembayaran wang perak kepada negara China. Oleh yang demikian,
118

Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm. 365. 119 Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia: Warisan dan Perkembangan Edisi ke-2. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 104.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

SHTI ingin mencari satu pangkalan di Gugusan Kepulauan Melayu bagi mendapatkan barang-barang tempatan dan juga sebagai tempat persinggahan untuk kapal-kapalnya dalam perjalanan ke negara China.

1.0 FAKTOR – FAKTOR SHTI MEMERLUKAN SEBUAH PANGKALAN DI RANTAU ASIA TENGGARA WALAUPUN MEREKA TELAH LAMA BERTAPAK DI INDIA.

1.1 PULAU PINANG Pengambilan Pulau Pinang oleh Francis Light pada 11 Ogos 1786 merupakan titik penting dalam catatan sejarah negara ini kerana pengambilan ini menandakan bermulanya kemasukan kuasa Inggeris ke negeri – negeri Melayu120. Sejak itu Pulau Pinang terpisah daripada ketuanan Melayu Kedah dan mula mencipta identiti sebagai sebuah koloni Inggeris. Ironinya pula, meskipun cara pengambilan ini penuh dengan penipuan dan dikecam oleh pentadbir kolonial sendiri namun tidak banyak yang dilakukan oleh orang tempatan untuk membetulkan ketidakwajaran dalam gambaran sebenar tentang peristiwa dan kesan pengambilan tersebut. Pulau Pinang bukanlah satu nama yang penting sebelum 1786 sehinggalah Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muazzam Shah II mula menawarkan kawasan di perairan Kuala Kedah hingga ke Pulau Pinang kepada SHTI pada November 1771 dengan syarat diberikan bantuan ketenteraan untuk ekspedisi menentang Bugis di Selangor. Sejak itu, nama Pulau Pinang sering terseret dalam perbincangan antara Kedah dengan SHTI sehinggalah negeri tersebut diambil alih pada 1786. Antara pedagang awal yang menemui Pulau Pinang ialah Kapten James Lancasters. Kapal The Edward Bonaventure milik Kapten Lancaster ialah antara tiga buah kapal yang dihantar oleh Britain dalam misi perdagangan ke Hindia Timur pada tahun 1591. Berdasarkan catatan pelayaran kapten tersebut, beliau menemui Pulau Pinang selepas singgah di pelabuhan Pulau Rimau yang terletak ke arah selatan Pulau Pinang pada Jun 1593. Akibat serangan penyakit seriawan usus yang

mengorbankan ramai anak kapal, Kapten Lancaster tinggal beberapa bulan di Pulau

120

Ibid.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Rimau. Setelah meninggalkan pulau itu, beliau menemui Pulau Pinang yang pada masa itu tidak berpenghuni.121 Pengambilan Pulau Pinang berkait rapat bukan sahaja dengan personaliti dan keghairahan Francis Light, seorang peniaga dan bekas pegawai angkatan tentera laut tetapi juga keghairahan Sultan-sultan Kedah sendiri untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam negeri dan mempertahankan kemerdekaan negeri Kedah. Keperluan untuk menjaga perdagangan dengan China mendesak Inggeris untuk mencari kawasan yang sesuai di Asia Tenggara untuk dijadikan pangkalan bagi mendapatkan bekalan yang dapat membantu perdagangan dengan China122. Dalam pencarian ini pihak Inggeris telah menetapkan tiga kriteria yang perlu dipenuhi iaitu tempat itu mestilah jauh dari kawasan pengaruh Belanda di Jawa untuk mengekalkan persahabatan dengan Belanda demi perimbangan kuasa di Eropah, pangkalan baru itu mestilah membantu dalam perdagangan di China, dan akhir sekali tempat itu mestilah selamat yakni suasana politiknya stabil. Francis Light, seorang country trader, bercita-cita memenuhi impian SHTI dan kerajaan di Britain dengan berusaha mencari pangkalan yang strategik untuk perdagangan dengan China yang secara tidak langsung bakal menguntung beliau sendiri. 123 Sementara itu, pihak Kedah pula melihat perlunya mewujudkan hubungan dengan pihak yang dilihat kuat pada waktu itu dalam usaha menjauhkan ancaman musuh tradisi yang amat digeruni, Siam dan Burma. SHTI ingin menjadikan Pulau Pinang sebagai : a) Pusat Pengumpulan Barang SHTI telah Berjaya memonopoli perdagangan teh yang menguntugkan di China. Teh sangat diminati di Eropah. Sebagai tukaran dengan teh, China mahukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam. Kesemua barang-barang ini boleh diperoleh di Kepulauan Melayu. Pulau Pinang merupakan tempat yang sesuai sebagai pusat pengumpulan barang-barang tersebut.

b) Pelabuhan Persinggahan

121

Cullin,E.G and Zehnder, W.F, 1905. The History of Penang 1592-1827. Penang: The Criterion Press Ltd. hlm.

1.

122

Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm. 365. 123 Tregonning, K.G, 1964. A History of Modern Malaya. Singapura: Eastern Universities Press. hlm. 70- 72.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Pelabuhan Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai tempat menyediakan bekalan air, makanan, dan kemudahan memperbaiki kapal sebelum kapalkapal belayar ke Canton, China124. Pelabuhan ini juga sesuai dijadikan tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.

c) Pangkalan Tentera Pada abad ke 18, British bermusuhan dengan Perancis, Perancis memiliki sebuah pangkalan tentera di Pulau Mauritius. Pemilikan ini mengancam keselamatan British di Madras kerana melalui pangkalan ini, Perancis dapat menyerang British dalam masa yang singkat. Oleh itu, Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pangkalan tentera di Kepulauan Melayu untuk

mempertahankan petempatannya di India daripada diserang oleh Perancis.

1.2. SEBERANG PERAI Antara sebab-sebab yang mendorong SHTI mengambil Seberang Perai. Beliau menyenaraikan lima faktor utama, iaitu untuk menghapuskan lanun, menghapuskan pergantungan kepada Kedah terutamanya dari segi bekalan makanan dengan menggalakkan pertanian di Seberang Perai, menjadikan Seberang Perai sebagai tempat perlindungan kepada orang-orang Melayu yang teraniya dari negeri-negeri berdekatan, menghalang penjenayah atau banduan dari Pulau Pinang lari daripada pengadilan (melalui Seberang Perai) dan menghalang muncul mana-mana pelabuhan yang dapat memberi saingan kepada pelabuhan Pulau Pinang.

1.3. SINGAPURA Pulau Pinang gagal bersaing sebagai pelabuhan di Kepulauan Melayu kerana kedudukannyaa yang kurang strategik. Pulau Pinang terletak jauh ke utara Selat Melaka. Kebanyakkan kapal dagang lebih suka berdagang di Betawi, Riau dan Lingga. British sangat memerlukan pangkalan baru di Kepulauan Melayu kerana :

124

Cullin,E.G and Zehnder, W.F, 1905. The History of Penang 1592-1827. Penang: The Criterion Press Ltd. hlm. 27.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

a) Perdagangan SHTI dengan China semakin penting. Oleh itu, perlunya sebuah pelabuhan yang strategik di Selat Melaka untuk menguasai laluan perdagangan antara China dengan India

b) SHTI ingin memecahkan monopoli perdagangan Belanda. Di samping itu, Belanda mengenakan cukai yang tinggi dan memberi layanan yang buruk kepada pedagang British di Betawi

Stamford Raffles telah diminta untuk mencarikan sebuah pelabuhan baru untuk menyaingi pengaruh Belanda. Raffles telah mencadangkan Singapura sebagai pangkalan baru. Pada masa itu, Singapura berada dalam wilayah takluk Johor. Raffles sangat berminat dengan Singapura kerana :

a) Kedudukan Singapura yang strategik dapat mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda

b) Singapura sesuai dijadikan pelabuhan bebas yang dapat menyaingi pelabuhan Belanda di Betawi

c) Singapura dapat menyekat monopoli perdagangan Belanda di Kepulauan Melayu

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Peta 1.1 Kedudukan pelabuhan-pelabuhan utama di laluan perdagangan antara India dengan China

2.0 PERKEMBANGAN PENTING YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH 1786 – 1832

Pada

tahun

1780-an,

Kedah

menghadapi

ancaman

Siam

dan

Burma.

Pemerintahnya iaitu Sultan Abdullah telah meminta bantuan tentera SHTI untuk mengekalkan kemerdekaan Kedah. Pada masa itu SHTI memerlukan sesebuah pelabuhan persinggahan yang sesuai di antara India dengan negara China. SHTI juga memerlukan pangkalan tentera di gugusan Kepulauan Melayu bagi

memperkukuhkan pertahanan British di India yang sering diancam oleh Perancis. SHTI telah menghantar Francis Light ke Kedah untuk berunding dengan Sultan Abdullah. Baginda sanggup membenarkan SHTI menduduki Pulau Pinang sekiranya SHTI bersetuju memberikan perlindungan daripada musuh – musuh baginda dan bayaran ganti rugi ke atas penyerahan hak monopoli Sultan berjumlah $30, 000 dolar Sepanyol setiap tahun. Hal yang tidak diketahui oleh baginda ialah kerajaan di India sebenarnya tidak pernah memberikan persetujuan menghulurkan bantuan

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

ketenteraan. Justeru dalam surat balas Gabenor Jeneral di Madras kepada Sultan Abdullah Mukaram Shah, aspek perlindungan menjadi begitu kabur. Pada bulan Jun 1788, buat pertama kalinya Sultan Abdullah menyedari SHTI tidak pernah berhasrat untuk memberikan bantuan ketenteraan. Malah bayaran ganti rugi yang dituntut sebanyak $30, 000 dolar Sepanyol itu dengan sewenang – wenangnya diturunkan kepada $10, 000 dalam tempoh lapan tahun sahaja. Perkembangan ini dan sikap SHTI yang terus mendiamkan diri akhirnya mengubah hubungan baik antara Kedah dengan SHTI selama ini. Sultan Abdullah mula bertindak mengenakan sekatan ekonomi dengan memberhentikan semua perahu daripada berurusan dengan Pulau Pinang dan kemudiannya melancarkan perang

di Sungai Perai tetapi tewas. Kekalahan ini menjerat Kedah. Walaupun Sultan Abdullah menafikan beliau terlibat dalam serangan tersebut namun surat arahan baginda untuk serangan itu telah jatuh ke tangan Francis Light. 125 Sultan Abdullah tidak mempunyai pilihan lain melainkan berbaik-baik dengan Francis Light. Perjanjian damai yang ditandatangani pada 1 Mei 1791 akhirnya menamatkan tuntutan ganti rugi Sultan Abdullah yang kini terpaksa menerima $6, 000 dolar Sepanyol iaitu jauh lebih rendah daripada tawaran $10, 000 tawaran sebelumnya. SHTI berpeluang mengambil Seberang Perai apabila Sultan Dziauddin meminta bantuan ketenteraan bagi menghadapi ancaman Siam. SHTI telah mengambil kesempatan dan memaksa Sultan Dziauddin menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor George Leith pada bulan Jun 1800. Antara syarat – syarat perjanjian tersebut ialah Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai dan SHTI akan membayar 10, 000 dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai. Dengan perjanjian ini, Seberang Perai kemudiannya dikenali sebagai Province Wellesly. Pada tahun 1821, Kedah sekali lagi telah tertipu dengan janji – janji manis SHTI apabila Siam menyerang Kedah tetapi SHTI tidak memberi sebarang bantuan. Demi menyelamatkan diri dan keluarga, ramai daripada rakyat Kedah termasuk pembesar dan keluarga Sultan berpindah ke kawasan lain khususnya ke kawasan yang dahulunya milik kesultanan Kedah iaitu Seberang Perai dan Pulau Pinang.

125

Low, J. 1849. The Journal of The Indian Archiepelago and Eastern Asia, Vol. III. Singapura: Kraus Reprint. hlm. 613.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Satu kesan yang ketara daripada peristiwa serangan Siam ke atas Kedah adalah peningkatan mendadak penduduk di negeri Kedah sendiri. Penduduk Kedah seramai 100 000 orang kini hanya tinggal separuh sahaja selepas serangan Siam 1821126. Singapura di bawah British telah menjadi sebuah pelabuhan bebas yang berjaya menarik ramai pedagang. Ia berkembang dengan pesat dan berjaya memajukan hubungan perdagangan India – China. Ini sangat menguntungkan pihak British. Perkembangan pelabuhan bebas Singapura menyebabkan Betawi beransur – ansur merosot dan hilang kepentingannya. Justeru itu, tidak menghairankan apabila Belanda membantah pendudukan British di Singapura. Malah, Belanda mendakwa Singapura ialah hak miliknya. Maka, Perjanjian Inggeris – Belanda 1824 telah ditandatangani untuk mengatasi masalah antara kedua – dua kuasa Barat ini. Termeterainya perjanjian ini merupakan peristiwa paling penting dalam sejarah Tanah Melayu dan Indonesia. Berikut merupakan syarat – syarat Perjanjian Inggeris – Belanda 1824 : 1. Syarat – syarat mengenai wilayah a) Belanda mengiktiraf Singapura sebagai hak milik British b) Belanda bersetuju menyerahkan semua loji atau pusat perdagangan mereka di India kepada British c) Belanda menyerahkan Melaka dan segala jajahan takluknya ke utara Singapura kepada British d) British bersetuju menyerahkan Bangkahulu dan semua kawasan SHTI di Sumatera kepada pihak Belanda e) Kedua – dua bersetuju bahawa jika mana – mana pihak berundur daripada salah satu kawasan, maka hak untuk menduduki tempat tersebut akan jatuh kepada pihak yang satu lagi f) Tiada satu pun daripada wilayah – wilayah yang diserahkan boleh dipindahkan kepada sebarang kuasa asing pada bila – bila masa

126

Newbold, T.J. 1971. Political and Statistical Account of The British Settlements in The Straits of Malacca. London: Oxford University Press.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

2. Syarat – syarat perdagangan a) Belanda diberikan monopoli ke atas Kepulauan Rempah b) Kedua – dua pihak bersetuju mengamalkan dasar perdagangan bebas c) Masyarakat peribumi dibenarkan berhubung secara bebas dengan pelabuhan kedua – dua pihak d) Kedua – dua pihak berjanji untuk bekerjasama dalam menghapuskan kegiatan lanun e) Belanda membayar hutangnya sebanyak 100 000 kepada British Menerusi Perjanjian Inggeris – Belanda 1824, Kepulauan Melayu dibahagikan kepada dua, iaitu Singapura dan kawasan utaranya terletak di bawah pengaruh British dan kawasan di selatan Singapura di bawah pengaruh Belanda. British juga bebas meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu tanpa gangguan mana – mana pihak. Melalui perjanjian ini, British mempunyai tiga buah petempatan, iaitu Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1826, ketiga – tiga petempatan ini digabungkan menjadi Negeri –negeri Selat. Pengaruh Siam di Negeri – negeri Melayu Utara membimbangkan British kerana perkembangan ini menjejaskan pendudukan British di Pulau Pinang serta kepentingan British di Tanah Melayu. Akibatnya, pada Disember 1825, Kapten Burney dihantar oleh Robert Fullerton bagi mengadakan rundingan dan

menandatangani perjanjian dengan Siam. Henry Burney telah diarahkan berbincang mengenai hubungan perdagangan dan persahabatan antara Siam dengan British, kepentingan British di Tanah Melayu mengenai perdagangan, masalah

pembahagian takhta Sultan Ahmad Tajuddin dan soal kemerdekaan Perak dan Selangor. Selepas berada 6 bulan di Siam, Burney berjaya menandatangani perjanjian pada 20 Jun 1826. Dalam perjanjian tersebut, Siam dibenarkan terus menguasai Kedah. Sultan Ahmad Tajuddin tidak dibenarkan tinggal di Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Namun kebimbangan bahawa Siam akan menghentikan hubungan dagang khususnya menyekat bekalan makanan dibawa masuk dari Kedah ke Pulau Pinang menyebabkan SHTI berusaha menghalang setiap percubaan pihak Melayu di Seberang Perai menyerang Siam di Kedah. Langkah penting yang diambil oleh SHTI pada 23 Januari 1829 apabila satu pengisytiharan dikeluarkan yang mengharamkan mana – mana pihak membantu bekas Sultan Kedah menyerang Siam di Kedah.

Pengisytiharan tersebut nampaknya tidak berkesan malah beberapa siri penentangan orang Kedah terhadap Siam muncul selepas itu. Tiga siri serangan utama iaitu pada tahun 1831, 1836 dan yang paling besar serangan tahun 1838. Dalam serangan 1831 misalnya, Tunku Sulaiman berjaya mendapatkan bantuan ketua – ketua Melayu Pattani yang kemudiannya menghimpunkan 3 000 orang Pattani menentang Siam di Kedah.

Sebaik sahaja menandatangani perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Inggeris telah memiliki tiga penempatan iaitu Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. 127 Ibu pejabat Negeri-negeri Selat berpusat di Pulau Pinang dan diketuai oleh seorang Gabenor sementara Singapura dan Melaka ditadbir oleh seorang residen konsular yang bertanggungjawab kepada Gabenor. Gabenor Negeri-negeri Selat yang pertama ialah Robert Fullerton. Pada tahun 1830 Negeri-negeri Selat diturunkan status menjadi Residensi di bawah pentadbiran Residen Benggala. Jawatan Gabenor ditukar kepada Residen. Pada tahun 1832, ibu pejabat Negeri-negeri Selat telah ditukarkan ke Singapura kerana kemajuan Singapura yang lebih hebat. Ini disebabkan oleh kedudukan Singapura lebih strategic kerana berada di tengahtengah laluan timur dan barat berbanding Pualau Pinang yang terletak jauh di utara. Singapura juga berdekatan dengan pelabuhan utara di nusantara lain seperti pelabuhan Betawi, Riau dan Lingga.

Semua dasar dan undang-undang Negeri-negeri Selat digubal oleh Gabenor Jeneral British di India. Antara kesan-kesannya ialah:

127

Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia: Warisan dan Perkembangan Edisi ke-2. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 116.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

a) Penduduk dan pedagang tidak puas hati kerana NNS ditadbir seperti Tanah Jajahan India b) Saudagar-saudagar British di NNS merayu dan mendesak supaya dipindahkan pentadbiran ke London c) Pada 1 April 1967 NNS diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan British dan diletakkan di bawah Tanah Jajahan London d) Majlis Perundangan ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan undang-undang sendiri

PENILAIAN Pada pendapat saya, Syarikat Hindia Timur Inggeris mempunyai sikap

mementingkan diri dan tamak sehingga ingin menguasai keseluruhan Tanah Melayu hanya kerana ingin menjaga perdagangan di negara China. Mereka menyedari bahawa mereka lebih banyak membeli barangan China daripada menjual barang kepada orang Cina. Oleh yang demikian, negeri-negeri di Tanah Melayu dilihat berpotensi tinggi untuk memenuhi keperluan dan kehendak orang Cina seperti bijih timah, sarang burung, lada dan hasil hutan serta rempah ratus.

Kesemua faktor yang dikemukakan di atas telah mendorong SHTI untuk meluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara. Perluasan kuasa SHTI dilaksanakan dengan beberapa rentetan perjanjian yang dimulakan dengan Perjanjian InggerisKedah 1826, Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800, Perjanjian Burney 1826, Perjanjian 1819 dan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Tindakan Sultan Abdullah yang membenarkan SHTI untuk menduduki Pulau Pinang diibaratkan sebagai “pucuk dicita ulam mendatang”. Sultan Abdullah sewenang-wenangnya

mempercayai Francis Light dengan membenarkan beliau menduduki Pulau Pinang dengan syarat Francis Light memberi bantuan tentera apabila Kedah meminta pertolongan untuk menentang Siam.

Sultan Abdullah tidak mempertimbangkan terlebih dahulu tindakan yang ingin diambilnya kerana dikatakan Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 dilakukan secara peribadi tanpa mengikut prosedur-prosedur yang betul. Kesannya, Francis Light enggan memberi bantuan ketenteraan apabila Siam menyerang Kedah. George

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Leith telah dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang pertama. Namun, Kedah tertipu dengan propaganda SHTI apabila Siam menyerang Kedah tetapi SHTI tidak memberi sebarang bantuan pada tahun 1821 walaupun dalam Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800 Gabenor Leith akan membantu Kedah.

Tambahan pula, SHTI dengan mudah dapat meluaskan kuasanya di Asia Tenggara hanya melalui perjanjian-perjanjian antara pembesar-pembesar di Tanah Melayu . Mereka memberikan janji-janji manis dan kemudian memungkiri janji-janji tersebut. Hal ini memperlihatkan SHTI yang mempunyai nilai-nilai negatif dan licik mengambil kesempatan terhadap orang-orang Melayu yang mudah terpedaya.

Seterusnya, kita dapat lihat SHTI dapat memiliki tiga penempatan iaitu Pulau Pinang, Singapura, dan Melaka yang juga dikenali sebagai Negeri-negeri Selat menerusi Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dengan diketuai oleh Gabenor dan ditadbir oleh Residen Konsular.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

KESIMPULAN Kesimpulannya, sejarah membuktikan negeri-negeri di Tanah Melayu pada masa lalu hanya dikuasai oleh sebuah syarikat, iaitu Syarikat Hindia Timur Inggeris ( SHTI ), bukan sebuah kerajaan dan Negara tertentu. Maksudnya, mereka hanya menghantar sebuah syarikat untuk menguasai negeri-negeri di Tanah Melayu. British tidak perlu mengerahkan seluruh bala tentera mereka atau menggerakkan seluruh jentera kerajaan bagi mencapai tujuan dan matlamat meluaskan kuasa di seluruh Tanah Melayu. Keadaan ini tidak seperti sekarang di mana Amerika Syarikat terpaksa mengerahkan tenteranya untuk menguasai Iraq. Ternyata betapa lemahnya pentadbiran negeri kita pada ketika itu sehingga sebuah syarikat pun boleh menguasai sebuah negeri. Antara kelemahan yang boleh dilihat ialah ilmu pentadbiran raja-raja Melayu yang menerima kuasa secara warisan juga kurang. Hal ini menyebabkan mereka mudah termakan janji palsu dan tipu helah penjajah. Mereka juga sewenangwenangnya mudah terpengaruh dengan taktik penjajah yang menjanjikan

pengukuhan kuasa dalam pentadbiran jika mereka mematuhi syarat-syarat yang SHTI kemukakan. Justeru, kita seharusnya dapat mengambil iktibar daripada pentadbiran pada masa dahulu yang mudah mempercayai kuasa asing yang mempunyai kepentingan negara mereka. Sebagai pemimpin, kita perlu bersikap berhati-hati dan bijaksana dalam membuat keputusan supaya tidak ditipu oleh orang luar untuk menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat sejagat.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

RUJUKAN Cullin, E. G and Zehnder, W. F (1905) The Early History of Penang 1592- 1827. Penang: The Criterion Press Ltd. Low, J. (1849) The Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia, Volume III. Sinagpura: Krauss Reprint.

Newbold, T. J. (1971) Political and Statistical Account of the British Settlements in the Straits of Malacca. London: Oxford University Press. Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Tregonning, K. G (1963) A History of Modern Malaya, Singapura: Eastern Universities Press.

Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia: Warisan dan Perkembangan Edisi ke-2. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Perkembangan Wilayah Israel Dengan Mandat British di Palestin FAZITAH BINTI ABDUL MALIK CHELY FATHRA JUANIS NURFAZERAH BINTI EBRAHIM Abstrak Kajian ini melihat teori berkaitan dengan sejarah awal bangsa Yahudi sehingga kini masih menimbulkan keraguan dalam kalangan sejarawan. Terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan dan salah satu teori yang paling mendapat perhatian ialah pendapat yang menyatakan bahawa bangsa Yahudi terdiri daripada dua golongan iaitu, ahudi Semitik dan Yahudi Ezkinaz (bukan semitik). Yahudi semitik dikatakan merupakan suku awal bangsa Yahudi yang hidup sejak dari zaman Nabi Ibrahim. Pada zaman tersebut mereka hidup secara berpindah – randah, iaitu berhijrah dari satu kawasan ke kawasan lain seperti dari Kota Aur, sebelah Selatan Mesopotamia menuju ke Khurran,

PENGENALAN Perkataan Palestin ada dinyatakan dalam rekod Assyria iaitu pada era pemeritahan Raja Assyria, Addizry III pada awal 800 sebelum masihi. Palestin berasal daripada perkataan Philsta.128 Herodotus pula mentakrifkan Palestin sebagai sebuah kawasan yang terletak di selatan Syria berdekatan Finithya sehingga sempadan Egypt. Manakala semasa pemetrintahan Romania, Palestin merupakan sebuah tanah yang suci . Pada tahun 1217 sehingga 1918, Palestine merupakan sebahagian daripada wilayah Pentadbiran dawlah Uthmaniyah. Tiada istilah politik yang dinamakan Palestin. Orang Arab mengenali Palestin sebagai al-Ard al- Muqaddasah ( The Holy Land).
129

Selain itu, Palestin juga digelar sebagai Surya al-Janubiyya ( Southern

Syria) disebabkan oleh kedudukan geografinya yang berdekatan dengan negara Syria,Lebanon,Israel, Palestin dan Jordan. Palestin berasal daripada nama suku kaum Philistine yang hidup di tepi-tepi pantai Laut Agean.Bukti arkeologi yang ditemukan menunjukkan perubahan corak hidup dari menternak binatang yang bermula seawal 17000 sehingga 18000 sebelum masihi kepada bidang pertanian yang diperkenalkan pada 8000 sehingga 4000
128 129

Fawzy Al-Ghadiry. The History Of Palestine. Hal 16. Ermy Azziaty Rozali, etc. 2011. Perang Dunia Pertama , Deklarasi Balfour dan Kesannya terhadap Palestin. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hal 24.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

masihi. Palestin, pada peringkat awal disebut sebagai Ard Kan‟an -Bumi orang Kan‟an (bersempena nama orang-orang Kan‟an yang berhijrah ke sana dari benua Arab sekitar tahun 2500 S.M) Mereka kemudiannya hidup berasimilasi dengan Puak Kan‟an sehingga nama mereka kekal sebagai Palestin. Palestin terletak di bahagian barat daya Bilad al-Sham dibarat Asia dan lokasinya berada di tengah Timur Tengah merupakan satu kawasan luas merentas dari pantai Laut Mediterranean di barat hingga ke Sungai Jordan di timur dan ke utara dari Teluk Aqaba hingga ke Laut Galilee. Palestin kini dibahagikan kepada negara Israel dan daripada Tebing Barat (West Bank) yang terdiri daripada bahagian timur Jerusalem (BaitulMaqdis) dan Semenanjung Gaza. kedudukannya yang istimewa bagi orang Yahudi, Islam dan Kristian menjadikan Palestin terus menjadi rebutan. Bagi umat Islam, di situlah berlakunya Isra Nabi Muhammad S.A.W dan juga tempat lahir Nabi Ismail. Bagi Krisitian pula, kedudukannya istimewa kerana di situlah lahirnya Nabi Isa A.S manakala bagi orang Yahudi, Palestin merupakan „Jewish National Home‟ atau Tanah yang dijanjikan Tuhan kepada mereka melalui Nabi Ibrahim. 130Menurut kitab injil mereka, mereka akan dikurniakan tanah yang terletak antara Sungai Nil di Mesir sehingga ke Sungai Dajlah. Zionis melihat Palestin adalah kawasan yang dimaksudkan.

2.0. 2.1.

MANDAT BRITISH DAN PERKEMBANGAN WILAYAH ISRAEL Sejarah Awal Bangsa Yahudi

Teori berkaitan dengan sejarah awal bangsa Yahudi sehingga kini masih menimbulkan keraguan dalam kalangan sejarawan. Terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan dan salah satu teori yang paling mendapat perhatian ialah pendapat yang menyatakan bahawa bangsa Yahudi terdiri daripada dua golongan iaitu, ahudi Semitik dan Yahudi Ezkinaz (bukan semitik). Yahudi semitik dikatakan merupakan suku awal bangsa Yahudi yang hidup sejak dari zaman Nabi Ibrahim. Pada zaman tersebut mereka hidup secara berpindah – randah, iaitu berhijrah dari satu kawasan ke kawasan lain seperti dari Kota Aur,
130

Ermy Azziaty Rozali, etc. Perang Dunia Pertama , Deklarasi Balfour dan Kesannya terhadap Palestin. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2011. Hlm. 25.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

sebelah Selatan Mesopotamia menuju ke Khurran, Syiria. Bangsa tersebut kemudiannya diperturunkan daripada Nabi Ibrahim kepada Nabi Ya‟kub yang juga dirujuk sebagai awal mulanya kewujudan bani Israel dan seterusnya Nabi Yusuf dan Nabi Musa a.s. Bermula pada zaman Nabi Musa a.s., bangsa tersebut telah dibawa untuk keluar daripada Mesir bagi mengelakkan penindasan daripada kezaliman Firaun dan menuju ke Palestin. Walau bagaimanapun, kemasukan bangsa tersebut ke Palestin hanya bermula pada zaman Nabi Daud (2000 S.M.) dan secara rasmi pada zaman Nabi Sulaiman. Bangsa Yahudi pada zaman Nabi Sulaiman terbahagi kepada beberapa pecahan kerajaan kecil yang antaranya merupakan kerajaan Sumeria dan Yahuda. Pada tahun 576 S.M., Sumeria telah menerima serangan daripada kerajaan Raja Sargeus serta disoroti oleh serangan daripada Assurbanibal dari Assiria dan kerajaan Babilon. Raja Nebuchadnezzar II dari Babilonia telah menyerbu kerajaan Israel yang ibu kotanya di Jerusalem, kemudiannya menghancurkan Kuil Sulaiman.131 Bermula daripada serangan kerajaan – kerajaan luar seperti Babilon, Macedonia dan Romawi, maka masyarakat Israel yang tinggal di Palestin mula meninggalkan tanah tersebut akibat penindasan yang dilakukan terhadap mereka. Sama ada berpindah secara kerelaan sendiri mahupun dihalau keluar. Mereka ini kemudiannya terpisah dan hidup sebagai kaum pelarian di antara beberapa buah negara di kawasan Laut Tengah dan Eropah. 132 Natijahnya, bangsa ini telah menanamkan konsep “Janji Tuhan” dan “Bumi Nenek Moyang” yang diperturunkan dari generasi ke generasi sehinggalah mereka bangkit menawan semula tanah Palestin bermula pada tahun 1917. Konsep ini telah menunjukkan keazaman bangsa Yahudi yang berusaha untuk kembali ke tanah Palestin yang dianggan sebagai “tanah yang dijanjikan oleh tuhan” kepada bangsa mereka iaitu Nabi Ibrahim dan cucu keturunannya. Oleh itu, bagi Yahudi tidak ada satu bangsa pun yang berhak ke atas Palestin melainkan bangsa mereka.133

131 132

William G. Carr. Yahudi Menggenggam Dunia. Jakarta, 2004. Hlm. Ix. Timbun Ritonga. Zionisme dan Perkembangannya. Sumatera, 2005. Hlm. 1. 133 Ibid.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Bangsa bukan semitik pula dikatakan berasal daripada keturunan orang Turki Mongolia yang berhijrah melintasi daerah yang terletak di sebelah Utara Laut Kizwin dan Laut Mati, kemudiannya telah menubuhkan sebuah kerajaan yang dikenali sebagai kerajaan Kojar. Peringkat awal bangsa ini mengamalkan kepercayaan Animisme, namun akibat peredaran zaman mereka cenderung memeluk agama Yahudi yang telah mengalami banyak perubahan oleh tangan tokoh – tokoh Yahudi semenjak penindasan kerajaan Babilon.134 Asimilasi yang berlaku telah mewujudkan sebuah bangsa baru yang dikenali sebagai bangsa “Yahudi Baru” atau Yahudi bukan semitik. Golongan inilah yang kini dikatakan telah menjadi sebuah kuasa besar yang merampas Palestin dan mendakwa tuntutan mereka adalah hasil sejarah silam mereka serta janji “nenek moyang”.

2.2.

Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) – 1897

Zionisme secara umumnya merujuk kepada sebuah pergerakan pelbagai sudut bagi membentuk sebuah negara bagi bangsa Yahudi. Memandangkan golongan Yahudi tidak mendapat kedudukannya terutamanya di Eropah Timur, maka sebuah Pertubuhan Zionis Antarabangsa (World Zionist Organisation) telah dibentuk bagi membebaskan bangsa tersebut daripada terus ditindas. 135 Pertubuhan ini secara rasminya telah ditubuhkan pada 23 Ogos 1897 melalui persidangan pertamanya yang diadakan di Basel, Switzerland oleh presiden pertamanya , Theodore Herzl. 136 Rata – ratanya pertubuhan ini dipimpin oleh golongan sekular.137 Istilah zionis telah muncul bermula pada akhir abad ke-19 di dalam sebuah buku yang bertajuk “Der Judenstaat” atau “The State of Israel”, hasil tulisan Theodore Herzl pada tahun 1895.138 Melalui buku tersebut, pelbagai isu yang membangkitkan perihal orang – orang Yahudi bermula dari kekayaan pada zaman Nabi Daud, masa pembuangan sehingga pada suatu cita – cita untuk mendirikan negara Yahudi yang teguh telah dimasukkan di samping mengungkit isu kedudukan bangsa Yahudi yang
134 135

William G. Carr. Op.cit. hlm. X. Mohd. Roslan Mohd. Nor. Sejarah Kejatuhan Palestin dan Kewujudan Israel. Kuala Lumpur. Hlm. 38. 136 Patrick Seale. The Struggle for Arab Independence : Riad el-Solh & The Makers of the Modern Middle East. New York, 2010. Hlm. 618. 137 Mohd. Roslan Mohd. Nor. “Konflik Israel – Palestin Dari Aspek Sejarah Moden & Langkah Pembebasan daripada Cengkaman Zionis”, Jurnal Al- Tamaddun 5 (2010) : 73 – 92. 138 Mohd. Roslan Mohd. Nor. Ibid.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

penuh kehinaan di antara bangsa – bangsa.139 Buku tersebut telah berjaya menarik perhatian masyarakat Yahudi yang tiggal di merata – rata dunia terutamanya dalam kalangan intelektual. Ia turut berjaya melahirkan satu perasaan dan semangat yang sangat tinggi dalam hati orang – orang Yahudi untuk kembali menguasai tanah Palestin dan mencapai semula zaman kegemilangannya. Merujuk kepada Istilah “zionisme” itu sendiri, ia terdiri daripada dua perkataan; “zion‟‟ dan “isme”. Perkataan “zion” diambil daripada perkataan Ibrani (bahasa Yahudi) yang merujuk kepada „batu‟ iaitu sejenis batu yang digunakan sebagai ikatan bangunan istana (Haikal) yang didirikan oleh Nabi Sulaiman di Kota Al-Quds. Manakala, perkataan “isme” diambil daripada perkataan Inggeris iaitu „fahaman‟ atau „ajaran‟. Gabungan kedua – dua perkataan tersebut telah membentuk satu ideologi yang dianuti oleh bangsa Yahudi di seluruh dunia. Fahaman tersebut telah menyatakan bahawa bansa Yahudi akan mendirikan sebuah kerajaan “Israel Kubra” (Israel raya) serta menjadikan Kota Quds sebagai ibu kotanya.140 Selain itu, terdapat juga sebuah buku yang menyatakan perkataan “zion‟‟ diambil bersempena dengan nama sebuah bukit yang terdapat di Jerussalem yang menjadi tempat penyembahan Yahwe, iaitu tuhan bagi bangsa Yahudi. Istilah zionisme telah diguna pakai bagi menarik perhatian orang – orang Yahudi seluruh dunia untuk turut serta dalam gerakan untuk mewujudkan suatu negara Yahudi di Palestin. 141 Dengan kata lain, pertubuhan ini merupakan sebuah gerakan penyatuan yang bertindak menyatukan orang – orang Yahudi yang tersbesar daripada berbagai negara dan menjadi sebuah bangsa dan memperjuangkan bahawa adanya negara bagi mereka di Palestin. Pertubuhan Zionis Antarabangsa juga telah dianggap sebagai sebuah politik yang mempercayai bahawa ras Yahudi merupakan ras “tertinggi tingkatnya di bumi”. Kepercayaan ini telah dikukuhkan lagi dengan adanya doktrin dalam agama Yahudi yang menyatakan bahawa bangsa Yahudi merupakan sebuah bangsa yang mulia. Doktrin ini muncul setelah Nabi Musa a.s. berjaya membebaskan orang – orang Yahudi daripada cengkaman Mesir, iaitu; “pertolongan Allah akan terus dicurahkan kepada kami‟,‟Allah selalu membuka jalan kemenangan, Ia akan terus memberi kekuatan yang
139 140

Timbun Ritonga. Op. cit. hlm. 5. Mohd. Roslan Mohd. Nor. Op. cit. 74. 141 Timbun Ritonga. Op. cit. hlm. 6.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

akan membuat kami berada di atas segala bangsa. Benteng Allah selalu di hadapan kami”.142 Selanjutnya, tuhan berfirman kepada Nabi Ya‟kub, iaitu; “Akulah tuhan Allah Abraham, nenekmu dan Allah Ishak, tanah tempat engkau berbaring ini akan ku berikan kepadamu dan engkau akan mengembang ke sebelah timur, barat, utara dan selatan dan olehmu serta keturunanmu semua di muka bumi akan mendapat berkat, sesungguhnya aku menyertai engkau dan aku akan melindungi engkau ke manapun engkau pergi....”143 Maka, berdasarkan kepada doktrin tersebutlah, ia telah memberi keyakinan kepada orang – orang Yahudi untuk bangkit dan menubuhkan sebuah negara bagi Yahudi di tanah Palestin. Pertubuhan Zionis telah memulakan langkah – langkah yang bijak bagi memastikan impian tersebut berjaya direalisasikan.

2.3.

Strategi Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) – 1897

Kongres pertama yang diadakan pada tahun 1897 di Basle telah dihadiri oleh seramai 197 wakil orang Yahudi. Pertubuhan tersebut telah menyenaraikan empat langkah bagi mencapai matlamat mereka, iaitu; I. Memperkenalkan bidang – bidang penjajahan yang sesuai di Palestin untuk petani, pekerja industri dan pedagang Yahudi; II. Mengelolakan dan mengumpulkan semua orang Yahudi dengan menggunakan institusi tempatan atau antarabangsa menurut undang – undang sesebuah negara itu; III. Memperkukuhkan keinsafan dan kesedaran kebangsaan orang Yahudi; IV. Memperolehi persetujuan kerajaan yang kelulusannya diperlukan untuk mencapai matlamat zionis.144

142 143

Ibid. Ibid. 144 Lois A. Aroian & Richard P. Mitchell. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur, 1991. Hlm. 144.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Selain daripada langkah – langkah yang dikemukakan di dalam kongres tersebut, Herzl turut melaksanakan pelbagai usaha dan strategi lain bagi memastikan matlamat pertubuhan tercapai, terutamanya dalam melaksanakannya pada tempoh masa yang singkat. Untuk membuat sebuah piagam, Herzl telah berjumpa dengan Kaiser Wilhelm II di Baitul Muqaddis pada bulan November 1898 untuk mendapatkan piagam bagi pengiktirafan terhadap penubuhan negara Yahudi namun usaha tersebut gagal. Di samping itu, beliau turut mengadakan campur tangan dengan Sultan Abdul Hamid II untuk mendapatkan pengesahan terhadap Palestin.145 Beliau telah mengemukakan cadangan untuk membenarkan imigran Yahudi masuk ke Palestin dengan menawarkan tawaran menarik iaitu bantuan kewangan untuk membantu mendapatkan sumber – sumber dan barang keperluan untuk empayar Uthmaniyyah.146 Niat Herzl bagaimanapun tidak berjaya mendapatkan persetujuan daripada sultan kerajaan Turki Uthmaniyyah tersebut. Ia dinyatakan dengan jelas melalui surat yang ditulis oleh Sultan Abdul Hamid kepada Herzl melalui rakannya Neolinsky yang sebahagiannya berbunyi; “Jika Herzl benar – benar kawanmu, sebagaimana anda adalah kawanku juga, maka tolong beritahukan agar Herzl jangan sekali – kali meneruskan langkahnya, kerana aku tidak akan menjual sejengkal pun wilayah kerajaanku. Kerajaanku bukanlah milik peribadiku, melainkan milik seluruh kaum muslimin. Dan untuk memperoleh itu, mereka telah mengorbankan harta benda dan hidupnya. Oleh kerana itu, kami akan mempertahankan bumi itu dengan darah kami pula, dari setiap usaha yang dilakukan oleh pihak luar untuk merebutnya. Pasukan kami telah terjun dalam dalam medan perang di Syria dan Palestina. Mereka rela gugur satu demi satu, kerana tidak ada seorang pun dari prajurit kami yang mau menyerah kepada musuh. Mereka lebih senang mati membela kehormatan Islam daripada hidup dalam kenistaan. Kerajaan Turki bukanlah milik peribadiku, melainkan milik bangsa Turki. Tanah sejengkal pun tidak boleh dijarah orang. Orang Yahudi supaya menyimpan saja jutaan wang miliknya itu. Seandainya kerajaan ini dapat
145 146

Ibid. hlm. 145. Mohd. Roslan Mohd. Nor. Op. cit. hlm. 75.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

dihancur – hancurkan orang Yahudi boleh mengambil tanah Palestin dengan percuma. Akan tetapi harus diingat, bahwa kerajaan kami tidak pernah akan mundur dari tekad, yang telah kami pegang selama ini. Orang Yahudi tidak akan mampu menghancurkan kami, sebelum mereka mampu melangkahi mayat – mayat kami lebih dahulu.”147 Memandangkan usaha mendapatkan persetujuan daripada Sultan Abdul Hamid II tidak berhasil, Herzl masih tidak berputus asa dan cuba mendapatkan sokongan daripada kuasa – kuasa besar seperti Britain dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1902, pemimpin – pemimpin Zionis telah meminta kerajaan Britain supaya menyokong hak – hak autonomi Yahudi di padang pasir Sinai, akibat beberapa kesulitan, permintaan tersebut ditolak. Kerajaan British telah menawarkan Uganda kepada pertubuhan tersebut, namun pihak Zionis iaitu Herzl telah menolaknya. Sebab penolakan tersebut telah ditulis oleh penggantinya, Dr. Chaim Weizzman pada tahun 1905, iaitu selepas kematian Herzl, berbunyi; “Among the arguments put forward against this scheme was the fact that the few white settelers, mostly English, who were already in Uganda, would fight against Jewish influx into their territorry, which would not accommodate more than a very limited number.” Pada tahun 1906, Perdana Menteri Britain telah megubah dasarnya iaitu dengan meluluskan dasar sekatan ke atas kemasukan Yahudi ke Britain. Keadaan tersebut telah mendesak kepada perpindahan beramai – ramai orang Yahudi ke Amerika dari Rusia, negeri Beltic dan kawasan Eropah Tengah. Keadaan tersebut telah menguatkan lagi keazaman Yahudi untuk kembali ke tanah air mereka di Palestin. Akhirnya, Weizzman telah mengambil langkah dengan menghubingi pemimpin – pemimpin British seperti Lord Balfour, Milner, Lloyd George dan Sir Mark Sykes dan menyatakan hasratnya bagi penubuhan negara bagi Yahudi (National Homes of Jews).

147

William G. Carr. Op. Cit. Hlm. Xii.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Pada tahun 1914, Weizzman telah menemui Llyod George dan Herbert Samuel. Lloyd George telah menulis hasil pertemuan tersebut, iaitu; “The Zionist gave us a definite promise that if the Allied Comitted themselves to giving facilities for the establishment of a National Home for the Jews in Palestine, they would do their best to rally Jewish sentiment and support throughout the world to the Allied cause”.148 Perang Dunia Pertama yang tercetus pada tahun 1914 telah memberikan peluang kepada Weizzman untuk melobi kuasa – kuasa besar bagi memenuhi impian perubuhan zionis. Ketika kerajaan Turki menjalankan kerjasama dengan kuasa Jerman, pertubuhan Zionis pula mengambil peluang dangan mengikat perjanjian dengan pihak British dan Perancis bagi menghancurkan dunia Arab. Peristiwa perjanjian tersebut bermula apabila usaha Weizzman dan Nahum Sokolow melobi pihak British bagi memberi sokongan kepada penubuhan negara Yahudi gagal. Penolakan British berpunca daripada terma rahsia perjanjian di antara Britain dan Perancis pada tahun 1916 yang disebut sebagai perjanjian Sykes – Picot di mana terma tersebut menyatakan bahawa Palestin adalah untuk diperintah oleh mandat antarabangsa dan bukan semata – mata oleh British di dalam era selepas perang. Walau bagaimanapun, di atas kebijaksanaan pihak Zionis, mereka berjaya meyakinkan pihak British dengan syarat Zionis berjaya menggalakkan Kongres Amerika dan Rusia untuk menyertai usaha perang di antara Britain dengan Jerman. 149 Hal ini disebabkan oleh jumlah orang Yahudi yang terlibat dalam pergerakan revolusi di Rusia adalah ramai dan kenaikan kuasa Yahudi di Amerika Syarikat, Britain percaya bahawa kenyataan pro-Zionis akan membantunya mencapai matlamat perang.150 Melalui perjanjian tersebut, maka ia telah membuka lembaran baru kepada harapan pertubuhan Zionis dalam usaha pembentukan negara Yahudi melalui Deklarasi Balfour.

148

Ismail Abdul Rahman, Konsep dan Kedudukan Bangsa Pilihan Menurut Agama Islam dan Agama Yahudi. Kuala Lumpur, 1989. Hlm. 79. 149 Akram Fouad Khater. Sources in the History of the Modern Middle East. New York, 2004. Hlm. 131. 150 Lois A. Aroian & Richard P. Mitchell. Op. cit. hlm. 172.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

2.4.

Deklarasi Balfour – 1917

Sokongan British terhadap hasrat pertubuhan Zionis merupakan hasil usaha pemimpin Zionis seperti Weizzman dan Sukalow dalam melobi pihak Eropah. Namun, tidak terkecuali juga peranan yang dimainkan oleh Lord Rothchild, seorang pemimpin Yahudi di London yang telah mengutuskan surat kepada Arthur James Balfour, Setiausaha Luar British bagi menegaskan hasrat Zionis dalam penubuhan „national home‟ untuk bangsa Yahudi di Palestin. Sebelum perang dunia pertama berakhir, kerajaan British melalui Lord Balfour telah membalas surat Rothchild pada 2 November 1917 bagi menyatakan sokongan British terhadap penubuhan negara bagi Yahudi. Kandungan surat yang dikenali sebagai Deklarasi Balfour dan mendapat restu Perdana Menteri, Lloyd George dan setelah diluluskan oleh Kabinet Perang adalah seperti berikut; Dear Lord Rothchild, I have much pleasure in conveying to you, on behalf of His Majesty‟s Government, the following declaration of sympathy with Jewish Zionist aspirations which has been submitted to, and approved by, the cabinet. His Majesty‟s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country. I should be grateful if you would bring this declaration to the knowledge of the Zionist Federation. Signed: Arthur James Balfour.151 Selain itu, terdapat juga surat yang dikeluarkan oleh Cambon kepada Sukolow yang menyokong idea penubuhan negara Yahudi bertarikh 4 Jun 1917, iaitu;

151

Ermy Azziaty Rozali & Azmul Fahimi Kamaruzaman. “Perang Dunia Pertama, Deklarasi Balfour dan Kesannya Terhadap Palestin”, International Journal of West Asian Studies 3:2 (2011) : 19 – 39.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

You were good enaugh to present the project to which you are devoting your efforts, which has for its object the development of Jewish colonization in Palestine. You consider that, circumstances permitting, and the independence of the holy places being safeguarded on the other hand, it would be a deed of justice and of reparation to assist, by the protection of the Allied Powers, in the renaissance of the Jewish nationality in that Land from which the people of Israel were exiled so many centuries ago. The French Government, which entered this present war to defend a people wrongfully attacked, and which continues the struggle to assure the victory of right over might, can but feel sympathy for you cause, the triumph of which is bound up with that of the Allies. I am happy to give you herewith such assurance.152 Sokongan – sokongan yang diberikan oleh kuasa – kuasa barat terhadap “national home of Jewish” terutamanya Britain, selain daripada perjanjian yang dibentuk bersama ketika Perang Dunia Pertama juga dipengaruhi oleh beberapa faktor. Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa pengeluaran Deklarasi Balfour mungkin juga merupakan hasrat Lord Balfour yang ingin memperbetulkan kesilapan silamnya. Ketika beliau menyandang jawatan Perdana Menteri, Akta Orang Asing 1905 yang menghalang kemasukan orang – orang Yahudi ke Britain telah diluluskan olehnya. Disamping itu, ada juga yang menyatakan bahawa tindakan Balfour tersebut adalah untuk membalas jasa Chaim Weizzman, seorang pensyarah kimia di Universiti Manchester dan Presiden kepada pertubuhan Zionis yang telah menyumbangkan hasil rekacipta bahan letupan bagi peperangan kepada British. Keadaan ini telah menguatkan pendapat bahawa Weizzman telah menggunakan hubungan dan pengaruhnya bagi melobi kuasa – kuasa barat dalam usaha mencapai matlamat pertubuhan Zionis. Tidak dinafikan juga, adanya pendapat oleh sejarawan yang menyatakan bahawa pihak British menginginkan Perancis untuk keluar daripada Palestin, namun pihak
152

Akram Fouad Khater. Op. cit. hlm. 132.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Zionis telah terlebih dahulu mendapat persetujuan dari Perancis dan Itali berkenaan rancangan penempatan Yahudi. Inggeris juga berkemungkinan telah diyakinkan oleh Zionis mengenai kepentingan wilayah Palestin terhadap negara tersebut. Ini terutamanya berkenaan keselamatan Mesir.153 Perasaan belas kasihan dan faktor kemanusiaan juga dianggap telah mempengaruhi keputusan British terhadap Deklarasi Balfour. Peristiwa kezaliman yang berlaku ke atas orang – orang Yahudi sejak ribuan tahun disertakan dengan kepercayaan agama, iaitu “kembali semula ke tempat asal” turut menarik perhatian British dalam usaha membantu kepada kewujudan sebuah negara bagi Yahudi di Palestin. Dengan tersebarnya Deklarasi Balfour pada 2 November 1917, maka satu manifesto telah dikeluarkan oleh pertubuhan Zionis. Manifesto tersebut yang ditandatangani oleh Sokolov, Tschlenov dan Chaim Weizzman telah menyatakan bahawa aspirasi yang dibentuk semasa persidangan Zionis di Basle Switzerland pada tahun 1897, berada di landasan yang tepat dengan deklarasi yang diisytiharkan secara rasmi oleh kerajaan British tersebut. Menurut Gillon (1969), di sebalik sokongan British terhadap aspirasi Zionis di Palestin adalah untuk memudahkan mereka

mengetepikan perjanjian Sykes-Picot, seterusnya menggantikan perjanjian tersebut dengan satu bentuk penguasaan British yang baru.154 Sejurus selepas perisytiharan Deklarasi Balfour, pada 31 Oktober 1917, pasukan British di bawah pimpinan Jeneral Allenby telah memulakan serangan ke atas Beersheba dan akhirnya berjaya menawan Jerusalem pada 9 Disember 1917. 155 Berikutan daripada penawanan tersebut, maka bermulanya penguasaan secara langsung kuasa Eropah ke atas Palestin. Kejayaan British menewaskan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah menggalakkan titik mula kemasukkan orang – orang Yahudi secara besar – besaran ke tanah Palestin secara bebas. Ia dianggap sebagai gelombang penghijrahan ketiga Yahudi selepas peristiwa Aliyah Pertama (1881 – 1903) dan peristiwa Aliyah Kedua (1904 – 1914).156 Di pihak orang Arab Palestin, kemasukkan beramai – ramai orang Yahudi ke tanah Palestin merupakan satu ancaman terbesar bagi kerajaan Islam tersebut.
153 154

Lois A. Aroian & Richard P. Mitchell. Ibid. Ermy Azziaty Rozali & Azmul Fahimi Kamaruzaman. Op. cit. hlm. 26. 155 Ibid. hlm. 23. 156 Lois A. Aroian & Richard P. Mitchell. Op. cit. hlm. 141 – 147.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

2.5.

Memorandum Pertubuhan Zionis – 1919

Setelah mendapatkan sokongan daripada kuasa Britain, pada 3 Febuari 1919, pihak Zionis telah bertindak mambentuk sebuah memorandum yang konkrit bagi memastikan hasrat penubuhan negara Yahudi diterima di dalam mesyuarat persekutuan di Versailles (Peace Conference). Matlamat persidangan tersebut antaranya adalah untuk memetakan kawasan geopolitik pascaperang Timur Tengah dan Afrika, keputusan tentang siapa yang akan menerima kawalan kolonial ke atas Palestin merupakan perkara bersejarah di antara pihak Zionis dan Arab.157 Pihak pertubuhan Zionis telah mengemukakan draf resolusi yang berikut untuk pertimbangan persidangan damai (terjemahan); I. Pihak – pihak berkuasa mengiktiraf sejarah orang – orang Yahudi dan hak bagi menubuhkan „National Home‟ bagi bangsa Yahudi di Palestin; II. Sempadan Palestin hendaklah sebagaimana yang diisytiharkan dalam jadual yang dilampirkan bersama (schedule annexed hereto); III. Hak pemilikan kedaulatan Palestin adalah tertakluk di bawah kerajaan British melalui mandat yang diberikan oleh Liga Bangsa – bangsa; IV. Peruntukan akan dimasukkan berkaitan dengan permohonan di Palestin melalui syarat – syarat am yang terkandung dalam mandat; V. Perkara – perkara lain yang tertakluk dalam mandat: i. Palestin hendaklah diletakkan di bawah politik, pentadbiran dan ekonomi yang akan memastikan penubuhan rumah baru Yahudi (Jewish National Home); ii. Kuasa mandat hendaklah antara lainnya berkenaan imegresen Yahudi, penyelesaian kepada hak tanah, jaminan kesaksamaan hak – hak bangsa bukan Yahudi, kerjasama Yahudi, Palestin dan dunia berkenaan penubuhan negara bagi Yahudi dan hal ehwal hak ekonomi; iii. iv. Hal ehwal pentadbiran; Kebebasan tempat ibadat bagi semua agama;

157

Akram Fouad Khater. Op. cit. hlm. 193.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

v.

Peruntukan – peruntukan lain yang berkaitan.158

Pembentangan draf tersebut merupakan salah satu langkah yang turut menunjukkan usaha pertubuhan Zionis bagi mendapatkan sebuah negara bagi bangsa Yahudi di Palestin. Antara tuntutan daripada Yahudi ke atas Palestin adalah berdasarkan kepada pertimbangan berikut; I. II. Palestin merupakan tanah bersejarah bagi Yahudi; Keadaan hidup bangsa Yahudi di beberapa bahagian dunia terutamanya Eropah Timur adalah amat daif (penuh kehinaan), oleh itu perlu ditubuhkan sebuah negara bagi Yahudi bagi menghentikan penindasan ke atas bangsa tersebut oleh bangsa – bangsa lain; III. Tanah Palestin tidak cukup besar bagi menempatkan semua orang Yahudi yang melebihi 14 juta atau lebih yang hidup bertaburan di serata dunia, oleh itu perlunya sempadan yang membahagikan kawasan orang – orang Yahudi dan orang – orang Arab di Palestin; IV. V. Sebahagian besar kekayaan dunia terletak di Palestin; Tanah itu sendiri (Palestin) memerlukan penebusan.159

Hasil daripada meorandum yang dikeluarkan oleh pertubuhan Zionis tersebut, maka ia telah memberikan tindak balas yang positif daripada kuasa – kuasa barat dalam memberikan kemudahan kepada bangsa Yahudi di Palestin. Perancis, melalui persidngan tersebut telah memberikan kesediaannya menerima sepenuhnya usul Zionis tersebut untuk meletakkan Palestin di bawah Mandat British. Dalam Persidangan Damai 1919 juga, Yahudi telah menuntut agar sebuah negara Yahudi yang mengandungi daerah – daerah Palestine, sebelah Timur Jordan dan Selatan Lubnan ditubuhkan. Pada persidangan seterunya yang diadakan pada tahun 1920, Persatuan Undang – undang Yahudi telah mendesak Liga Bangsa – bangsa Bersatu untuk meletakkan British sebagai pemegang Mandat di Palestin dan Perancis di Syria termasuk Lubnan. Selain itu, Zionis turut mengemukakan satu Rang Undang – undang Perlembagaan untuk diterima oleh Liga Bangsa – bangsa Bersatu. Penerimaan tersebut merupakan satu kemenangan kepada orang – orang Yahudi bagi
158 159

Ibid. hlm. 194. Ibid. hlm. 195.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

meletakkan asas dalam bidang politik di Palestin. Keadaan ini telah menggalakkan mereka untuk berpindah secara beramai – ramai ke Palestin.160 2.6. Mandat British Di Palestin – 1920

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 991, “mandat” bermaksud AMANAH yang diberikan oleh orang ramai atau sesuatu kumpulan kepada wakil mereka. Mandat juga membawa erti surat perintah dan surat kuasa serta kuasa yang diberikan oleh pihak yang lebih tinggi. Dalam konteks di negara Palestin, dapat ditakrifkan sebagai satu peralihan kuasa daripada kerajaan Empayar Uthmaniyyah kepada kuasa barat. Manakala, menurut Kamus Am Crescent News (1997) pula mendefinisikan mandat sebagai kuasa yang diberikan oleh Bangsa-bangsa Bersatu kepada sebuah negara untuk mentadbir sesuatu daerah. Kedatangan British ke Palestin bermula apabila pasukan British di bawah General Allenby telah berjaya menawan Palestin daripada naungan Uthmaniyyah. Beliau telah berjaya menawan Palestin pada bulan Disember 1917 dan seterusnya melancarkan serangan pada 31 Oktober pada tahun berikutnya. Dapat dilihat, pergerakan secara taktikal yang disusun oleh Allenby membawa kepada kejayaan British menawan bahagian Selatan Palestin dan juga Jerusalem daripada pemerintahan Turki-Uthmaniyyah.161 Dan secara rasminya, pada tahun 1918, iaitu selepas Perang Dunia I, daerah Baitulmaqdis dan Palestin jatuh ke tangan British setelah British menewaskan Empayar Islam. Maka dengan itu, bermulalah pendudukan British di Palestin. 162 Palestin ialah nama yang digunakan dengan meluas sejak era Rom lagi yang mana merujuk kepada kawasan Timur Tengah di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan. Mandat British di Palestin bermula pada tahun 1920 dan berakhir pada tahun 1948. Mandat British yang diberikan oleh Pihak Berikat Eropah kepada Britain di San Remo itu telah diadakan pada bulan April, 1920 dan telah disahkan juga oleh Liga Bangsa-bangsa pada tahun 1922. Setelah itu, mandat mula beroperasi pada

160 161

Ismail Abdul Rahman. Op.cit. hlm. 81. Emory C.Bogle. The Modern Middle East :From Imperialism to Freedom (1800-1958). America, 1996. Hlm. 131. 162 Ibid, hlm 132.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

tahun berikutnya. 163 Secara amnya, sejarah mandat British di Palestin banyak mempengaruhi sejarah masa depan Timur Tengah secara mendalam. Proses mandat British di Palestin tidaklah mengambil masa bertahun-tahun kerana British mendapat pengesahan daripada Liga Bangsa-Bangsa untuk beroperasi di Palestin tidak mendapat tentangan malah masa yang diambil juga tidak lama. Selepas Perang Dunia I, sistem mandat telah diisytiharkan dan wilayah-wilayah Uthmaniyyah telah dibahagikan kepada pemerintahan kuasa-kuasa besar seperti British, Perancis, Itali dan lain-lain negara yang mempunyai kuasa veto. Hasil daripada pembahagian wilayah, British mendapat wilayah Iraq, Jordan dan Palestin untuk ditadbir dan seterusnya dikuasai dari segi politik, ekonomi dan sosial di bawah mandatnya. Manakala, Perancis pula mendapat wilayah Syria dan Lubnan.
164

Selepas itu, British telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour di mana British menyokong pelan Zionis untuk mewujudkan sebuah negara Yahudi di Palestin sehinggalah tertubuhnya “National Home of Jews” yang membenarkan kemasukan pendatang Yahudi ke Palestin. Pentadbiran British adalah bersifat pro-zionis atau lebih kepada Zionis dan bukannya Palestin. Ini dibuktikan melalui teks mandat yang dikeluarkan pada 24 Julai 1922 yang mengarahkan British agar menubuhkan sebuah negara bagi orang Yahudi di Palestin. Malah, British mencuba menunjukkan bahawa tindakan mereka telah diterima oleh kedua-dua pihak namun sukar dicapai. British juga mencuba untuk mengimbangi dasar-dasar tersebut terhadap Orang Arab dan Yahudi di Palestin namun juga mempunyai hasil yang sama. Semasa mandat, British berusaha untuk melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka sepanjang pentadbiran mandat di Palestin. British ingin menjadikan Palestin sebagai negara Yahudi walaupun mendapat tentangan daripada penduduk Arab. Di Palestin, pemerintahan British diterima oleh Orang Arab namun begitu sering dipengaruhi oleh pendapat masyarakat muslim dari negara-negara jiran atau di India. Pelaksanaan sistem mandat Palestin pada Julai 1922, secara tidak langsung telah memberi tanggungjawab kepada British melaksanakan syarat-syarat Deklarasi Balfour.165

163 164

Ibid. hlm 168. Ibid, hlm 120. 165 Ibid, hlm 134.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

British telah melakukan perubahan polisi dalam pentadbiran. Pada Disember 1920, mesyuarat Kongres Palestin Ketiga di Haifa telah mendesak Inggeris agar menubuhkan institusi berkerajaan sendiri. Dalam mesyuarat itu, 37 orang

perwakilan mewakili Pertubuhan-pertubuhan Islam-Kristian Palestin cuba untuk mewujudkan satu Barisan Islam-Kristian yang bersatu. Jawatankuasa Eksekutif kongres yang dilantik melalui perwakilan telah melantik Musa Kadhim al-Husayni sebagai Presiden dan Anif al-Dajani sebagai Timbalan Presiden. Musa Kadhim yang telah berusia lebih 70 tahun dan merupakan bekas Datuk Bandar Baitulmaqdis mendapat penghormatan tertinggi pertama yang mengetuai pentadbiran di Palestin.166 Dalam tahun 1930 pula Eksekutif Arab telah diharamkan kerana dituduh melakukan keganasan. Eksekutif Arab juga menjadi semakin lemah selepas kematian Musa Kadhim. Jadi ini telah membawa kesan yang hebat, apabila berlaku perpecahan dan perebutan kuasa untuk menjadi ketua menyebabkan tiada pemimpin yang dapat mewakili Palestin untuk menentang penubuhan negara Yahudi di bumi Palestin. Selepas Musa Kadhim, muncul lagi seorang pemimpin yang mempunyai semangat nasionalisme, iaitu al-Hajj Amin yang merupakan ahli keluarga al-Husayni. Beliau berusaha mengapi-apikan rusuhan anti-Yahudi di Jaffa pada bulan Mei 1921. Beliau menjadi semakin berkuasa dalam kalangan bangsa Palestin apabila tertubuhnya Majlis Tertinggi Islam pada Januari 1922. 167 Jika tidak kerana pembentukan yang dilakukan oleh British, rusuhan di bawah pimpinan al-Hajj Amin tidak akan berlaku. Justeru, hal ini berlaku kerana rasa ketidakpuasan hanti terhadap seikap British yang lebih mementingkan orang Yahudi. Hal ini membuktikan bahawa berlakunya pergolakan politik dalam pentadbiran mandat British pada ketika itu. Maka dapat digambarkan fenomena negara Palestin pada masa itu amatlah tidak tenteram dan pemberontakan rakyat Palestin berlaku sehingga British memecat al-Hajj Amin pada 1 Oktober 1937.168

166 167

Opcit., hlm 171. Lois A.Aroian & Richard P.Mitchell. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur, 1991. Hlm 34. 168 Prof.Madya Fadhlullah Jamil. Islam di Asia Barat Moden ;Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Selangor,2000.hlm. 78

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Dapat dilihat, tindakan British ini jelas menunjukkan

bahawa British lebih

mementingkan diri sendiri dan akan menghapuskan sesiapa sahaja yang cuba menentangnya walau apa cara sekalipun. Hal ini bolehlah diibaratkan seperti seekor raksasa yang lahap memakan mangsanya. Walaupun begitu, majoriti bangsa Arab Palestin tetap beranggapan bahawa mereka mempunyai hak menentukan nasib sendiri dan bukannya penduduk tanpa kerelaan. Penafian terhadap hak

kemanusiaan tersebut merupakan asas bantahan rakyat Palestin sepanjang pelaksanaan mandat.169 Walaupun dalam Kertas Putih Churchill pada tahun 1922 jelas-jelas menyatakan pendekatan yang bercirikan dasar Inggeris sehingga tahun 1939, iaitu memberi dan mengambilnya daripada kedua-dua belah pihak, khususnya menafikan tuntutan bangsa Yahudi dan desakan bangsa Arab. Namun, British telah menghantar Sir Samuel sebagai Pesuruhjaya Tinggi yang mana Sir Samuel itu sendiri berbangsa Yahudi. Jadi, tentulah beliau akan berpihak kepada bangsanya. Jika difikirkan secara kritis, tidak ada seorang pun yang mahu haknya terjejas dan dirampas. Begitu juga dengan Palestin. Justeru itu, Palestin tetap berkeras membantah pembentukan negara Yahudi di tanah tumpah darah mereka sendiri. Begitu juga dengan amanah yang dalam mandat British melalui Suruhanjaya Shaw yang mana diketuai oleh Sir Walter Shaw pada September 1929. Dalam suruhanjaya ini, laporannya mencadangkan agar pentakrifan semula interpretasi mandat yang melindungi orang Yahudi dengan turut memasukkan juga orang Arab ke dalam mandat, penyekatan penghijrahan masuk orang Yahudi, perlindungan petani Arab dan perakuan bahawa Agensi Yahudi bukanlah kerajaan Palestin. Penubuhan Suruhanjaya Shaw tersebut adalah disebabkan oleh pertikaian Tembok Barat Palestin. Haram al-Sharif yang merupakan kawasan suci terletaknya Baitulmaqdis dan juga terletaknya Masjid al-Aqsa. Pada masa yang sama juga kawasan ini turut menjadi tempat suci orang Yahudi. Jadi dengan itu, golongan Yahudi mendakwa kawasan suci Tembok Barat merupakan tinggalan kuil kuno Yahudi yang dibina oleh Nabi Sulaiman dan kemudian dibina semula oleh Herod Agung. Sebagai kawasan waqaf, keseluruhan Haram al-Sharif berada di bawah bidang kuasa pentadbiran Islam. Jadi, senario ini dipertikaikan oleh orang Yahudi

169

Ibid. hlm. 36

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

akibat daripada pengaruh rahib-rahib yang bersifat radikal. Dan pada September 1928, orang Yahudi telah bertindak dengan membawa tersebut. pembahagi ke Tembok

Justeru, hal ini mencetuskan perasaan kurang enak dalam kalangan

penduduk Islam. Malah, pada Ogos 1929, perusuh kedua-dua pihak telah bertembung di bandar Hebron yang menyaksikan lebih 100 orang Yahudi dan 100 penduduk Islam telah terbunuh. Kesannya, keganasan ini telah membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Shaw. Tetapi, Suruhanjaya ini juga ternyata tidak membawa perubahan yang baik kepada orang Arab kerana tetapi sahaja berpihak kepada orang Yahudi. Jadi,amanah yang dipikul oleh British tidak berjaya melalui suruhanjaya ini. Tambahan lagi, apabila British menubuhkan pula Suruhanjaya Peel pada tahun 1937. Suruhanjaya ini merupakan satu-satunya laporan yang dianggap paling menyokong Yahudi. Hal ini adalah disebabkan ianya lebih banyak menggariskan keistimewaan orang Yahudi berbanding orang Arab. Dalam pada itu juga, pembahagian kawasan yang dicadangkan sebagai penyelesaian kepada pertelingkahan nasionalisme Palestin. 170 Melalui

suruhanjaya itu, orang Yahudi

berjaya mendapatkan dan mewujudkan sebuah negara Yahudi namun mereka tetap tidak berpuas hati dengan sempadan negara mereka. Hal ini dibuktikan dengan nyata apabila Kongres Zionis telah menolak cadangan Peel dan mencadangkan pula bumi Palestin menjadi dua bahagian, iaitu lebih kurang 43 peratus daripada kawasan Palestin yang meliputi Gaza, Tebing Barat dan Transjordan diserahkan kepada orang Arab manakala selebihnya yang berjumlah 57 peratus menjadi kekuasaan orang Yahudi. Walaupun demikian, penduduk Palestin telah membantah cadangan tersebut kerana Palestin adalah hak mereka dan tidak perlu dibahagikan.171

170

Charles D.Smith. Palestine and The Arab-Israeli Conflict,A History with Document. Fourth Edition.New York. 2001. Hlm. 245 171 Ibid hlm. 255

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

2.7.

Kertas Putih Britain 1939 dan Rancangan Biltmore – 1942

Konflik yang berlaku di antara orang – orang Arab Palestin dan Yahudi disertakan dengan kemungkinan perang Eropah telah mendesak British mewujudkan sebuah lagi dasar yang dianggap akan menjamin keamanan di Palestin. Oleh yang demikian sebuah dokumen rasmi atau “Kertas Putih‟‟ telah dikeluarkan pada Mei 1939. 172 Walau bagaimanapun, Kertas Putih yang dikeluarkan telah menerima kutukan yang meluas, terutamanya daripada kalangan Zionis. Hal itu berikutan daripada kenyataan yang terdapat di dalam dokumen tersebut yang akan memberikan kemerdekaan kepada Palestin dalam tempoh sepuluh tahun jika keadaan membenarkan, dan wilayah tersebut akan dibahagikan kepada tiga kawasan utama.173 Kertas Putih itu telah dianggap sebagai usaha kerajaan British melindungi orang Arab sebagai penduduk majoriti Palestin, manakala pendatang Yahudi akan dikurangkan kepada 75 000 dalam tempoh masa lima tahun. Melalui dokumen tersebut juga, dinyatakan dengan jelas oleh British, “ bukanlah dasar kerajaan untuk menjadikan Palestin sebagai sebuah negara Yahudi, dan menganggapnya sebagai bertentangan dengan kewajipan mereka kepada pihak Arab di bawah mandat”. 174 Keterangan tersebut telah menunjukkan bahawa kerajaan British mula lepas tangan dalam hal penubuhan negara bagi Yahudi, dan amat bertentangan dengan pernyataan sokongan British melalui Deklarasi Balfour yang dikeluarkan pada tahun 1917. Sikap British tersebut telah menimbulkan kecaman keras daripada pihak Zionis dan membangkitkan kemarahan Ben Gurion yang merupakan pemimpin pejabat Agensi Yahudi di Baitulmuqaddis pada masa tersebut.

172 173

Lois A. Aroian & Richard P. Mitchell. Op.cit. hlm. 272. Ibid. hlm. 273. 174 Ibid.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Ben Gurion amat menyokong perluasan hubungan di antara Zionis dengan pemimpin Yahudi Amerika. Dengan hubungan tersebut, beliau menganggap impian penubuhan sebuah negara bagi Yahudi akan dapat dicapai dengan segera. Melalui persidangan yang dijalankan pada bulan Mei 1942 di Hotel Biltmore, New York, maka orang Yahudi Amerika telah meminta agar orang Yahudi Palestin dibenarkan berperang di bawah panji – panji Yahudi, di mana Rancangan Biltmore mendesak agar “pintu Palestin dibuka” dan “Palestin ditubuhkan menjadi Negara Komanwel Yahudi”.175 Hasil daripada rundingan tersebut, di bawah Rancangan Biltmore maka orang Yahudi Amerika telah melancarkan bantuan terhadap Zionis Palestin bukan sahaja dari segi kewangan, malah usaha melobi kerajaan Amerika Syarikat untuk mendapatkan sokongan menubuhkan negara Yahudi di Palestin. Presiden Roosevelt, walau bagaimanapun beliau menganggap bahawa nasib orang Arab di Palestin masih perlu dijaga dan kejadian yang menimpa orang Yahudi di Eropah, seperti penindasan dan kekejaman yang dilakukan oleh Jerman di bawah Hitler,1942 bukanlan tanggungjawab orang Palestin. 176 Sikap presiden Amerika pada masa tersebut bolehlah dikatakan masih memihak pada nasib orang Arab dan dasar di antara Amerika Syarikat dengan Palestin. Setelah Roosevelt meninggal dunia, beliau telah digantikan oleh Harry S. Trauman yang mempunyai sikap dan dasar yang berbeza dengan pemimpin amerika sebelumnya. Selepas dilantik sebagai presiden, Trauman segera menekankan kepada Britain untuk membenarkan agar 100 000 orang Yahudi memasuki Palestin. Namun, kerajaan Parti Buruh Britain yang telah mengambil alih kuasa di bawah pimpinan Clement Atlee enggan mengubah dasar sekatan mereka terhadap penghijrahan Yahudi. Keadaan tersebut telah menimbulkan pertelingkahan di antara kerajaan British dan orang – orang Yahudi di Palestin. Ramai pendatang Yahudi yang cuba memasuki Palestin telah ditangkap dan ditahan di khemah – khemah yang terdapat di Palestin. Pada bulan Oktober 1945, kumpulan militan Hagana telah menyerbu kem tahanan tersebut dan membebaskan orang – orang Yahudi yang ditahan. Kejadiaan tersebut
175 176

Ibid. Ibid. hlm. 276.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

telah diikuti oleh beberapa serangan oleh I.Z.L., Palmach dan Lehi antara 31 Oktober dan 1 November 1945. Keganasan yang dilakukan oleh pihak Yahudi telah menyebabkan kerajaan British mendesak Amerika untuk bertanggungjawab dan menubuhkan sebuah jawatankuasa penyiasat yang ditugaskan bagi mencari kemungkinan penghijrahan orang Yahudi ke Palestin dan menyiasat mangsa – mangsa kekejaman di Eropah. 177 Pada tahun 1946, sebuah laporan yang dianggap terlalu bersifat pro – Zionis telah dikeluarkan tetapi ditolak oleh kerajaan Brtish dan Amerika. Kesannya, keganasan oleh orang Yahudi semakin berleluasa di Palestin dan kerajaan Brtish yang tidak mampu menampung bebanan yang besar dalam isu konflik di Palestin serta bebanan perang dunia kedua akhirnya menarik diri dan menyerahkan kes Palestin kepada Pertubuhan Bangsa – bangsa Bersatu.

2.8.

Penglibatan Pertubuhan Bangsa – bangsa Bersatu : Resolusi 181 – 1947

Di bawah Pertubuhan Bangsa – bangsa Bersatu, sebuah Jawatankuasa Khas Bangsa Bersatu atau United Nations Special Committee (U.N.S.C.O.P.) telah ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah konflik di Palestin. Satu rundingan telah dirancang oleh UNSCOP pada tahun 1947, namun hanya orang Yahudi dan pihak British yang hadir, manakala orang – orang Arab Palestin memulau suruhanjaya tersebut. 178 Melalui rundingan tersebut, UNSCOP telah memutuskan pilihan raya bagi mendapatkan sokongan terhadap cadangan pembahagian Palestin kepada tiga bahagian, iaitu sebuah negara Yahudi, sebuah negara Arab dan sebuah zon antarabangsa (corpus separatum) di sekitar Baitulmuqqadis, dengan kedua – dua negara bergabung dalam satu kesatuan ekonomi. 179 Cadangan yang dikenali sebagai Resolusi 1818 tersebut telah mendapat sebanyak 33 buah sokongan, 13 menolak dan 10 dianggap tidak hadir atau berkecuali.

177 178

Ibid. Ibid. hlm. 278. 179 Mohd. Roslan Mohd. Nor. Op. cit. hlm. 42.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

2.9.

Perisytiharan Negara Israel – 1948

Hasil daripada pembahagian kawasan oleh UNSCOP, maka ia telah meletakkan sokongan terhadap penubuhan sebuah negara bagi Yahudi di wilayah Palestin. Walaupun, orang – orang Arab menentang cadangan tersebut, namun segala usaha dan tindakan penentangan yang dilakukan hanya sia – sia. Upacara pengisytiharan kemerdekaan bagi negara Yahudi telah dijalankan di Muzium Tel Aviv pada 14 Mei 1948 oleh Ben Gurion yang seterusnya diangkat sebagai Perdana Menteri pertama bagi Israel. 180 Dalam bacaan pengisytiharan kemerdekaan tersebut, Gurion telah menekankan beberapa perkara yang berkaitan dengan hubungan zaman kuno orang Yahudi dan Palestin, usaha mengasaskan sebuah negara, penderitaan orang Yahudi di Eropah pada masa Perang Dunia II, sumbangan Yahudi dalam peperangan, dan “hak asasi untuk memerintah sendiri”. 181 Disamping itu, Gurion turut menyatakan untuk mengumpulkan semula orang – orang Yahudi yang hidup dalam buangan sebagai matlamat utama penubuhan negara tersebut. Walaupun, pengisytiharan Israel telah dilakukan sehari lebih awal, tetapi 15 Mei 1948 dianggap merupakan tarikh rasmi bagi kemerdekaan negara Israel. Pengisytiharan negara Israel pada tahun 1948 merupakan satu tarikh yang amat bersejarah dalam kalangan orang – orang Yahudi dan orang – orang Arab Palestin. Penubuhan Israel merupakan satu kemenangan oleh pihak Zionis dan meupakan satu permulaan baru bagi bangsa tersebut untuk menjalankan pemerintahan dan menyatukan bangsa tersebut dalam sebuah negara bagi orang Yahudi. Di pihak orang Arab Palestin pula, penubuhan Israel merupakan satu bentuk jajahan dan penghinaan ke atas penduduk Arab, oleh yang demikian penentangan harus dilakukan ke atas Yahudi. Keadaan ini diterukkan lagi dengan nasib orang – orang Arab yang semakin menderita akibat daripada kekejaman Israel. Melalui penubuhan Israel, pelbagai siri perang telah tercetus di antara orang Yahudi dan orang Arab dan keadaan tersebut telah membuka ruang kepada zionis dalam meluaskan wilayah mereka dan seterusnya mengundurkan orang – orang Palestin sama ada menjadi pelarian atau menjadi korban mangsa kekejaman Israel yang berlaku sehingga kini.

180 181

Ibid. hlm. 44. Lois A. Aroian & Richard P. Mitchell. Op.cit. hlm. 281.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

3.0.

PETA WILAYAH PALESTIN : NEGARA ISRAEL DAN NEGARA ARAB PALESTIN

Gambar 1: Peta peluasan wilayah Israel di Palestin 1948 – 2000. (Sumber : www.google.com).

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

4.0.

ISU – ISU PALESTIN

Terdapat beberapa isu utama Palestin. Bahkan konflik Palestin dan Israel masih berlanjutan sehingga ke hari ini. Antara isu-isu tersebut ialah; 4.1. BaitulMaqdis

Sehingga tahun 2005, terdapat lebih daripada 719,000 orang yang tinggal di Baitul Maqdis. 465,000 adalah orang-orang Yahudi yang kebanyakannya tinggal di

Baitulmuqaddis Barat. Manakala 232,000 adalah Muslim yang kebanyakannya tinggal di Baitulmuqaddis Timur. Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.182 Antara kelebihan Baitul Maqdis ialah ; I. II. Tanah yang subur dan tumbuh-tumbuhannya yang segar. Dikenali sebagai sebagai bumi para anbiya‟ kerana menjadi mendapat kelahiran ramai nabu yang juga membesar di tempat ini. III. Tempat penghijrahan sebahagian nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Lut. IV. Tempat perkuburan rasul-rasul seperti Nabi Ibrahim, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Yusuf, Nabi Daud, Nabi Sulaiman dan Nabi Musa. V. Tempat Rasullah s.a.w dibawa berziarah oleh Jibrail dalam peristiwa Ista‟ Mikraj di mana baginda menjadi imam solat para anbiya‟. VI. VII. Mendapat 500 kali ganda pahala jika bersolat di Masjidil Aqsa. Masjidil Aqsa menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah atas perintah Allah. Isra‟ adalah perjalanan baginda dari Mekah sehingga Baitul Maqdis yang ditemani oleh malaikat Jibrail a.s.
183

Melalui Isra‟ Mikraj, baginda menjadi mukjizat Rasullah

s.a.w. Baginda juga menerima perintah mendirikan solat lima waktu dan berkesempatan bertemu Allah. Hal tersebut menjadikan Baitul Maqdis menjadi sangat istimewa di sisi orang Islam. Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Mereka menganggap mereka merupakan bangsa istimewa
182 183

Mohd Nazdri Kamsin. 2011. Israel Kuasai Dunia. Hijjaz Records Publishing. Hal 9. Mohd Nazdri Kamsin. 2011. Israel Kuasai Dunia. Hijjaz Records Publishing. Hal 5.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

dan bangsa yang terpilih. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel). Di situlah juga kampung halaman mereka. Mereka percaya bahada di tanah itulah terletaknya Bukit Zion dan tertanamnya Temple of Solomon Yang merupakan kuil suci mereka.Bagi umat kristian, Jeruslem merupakan tempat kelahiran Nabi Isa A.S.
184

Nabi Isa A.S ialah seorang rasul yang berketurunan Bani Israel yang digelar

Jesus Christ yaqng dilahirkan membawa kebenaran. Kematian Nabi Isa A.S adalah sebagai penebus dosa dan dianggap sebagai pengorbanan suci. Konflik bermula apabila Israel menegaskan bahawa Wilayah itu tidak sepatutnya dipisahkan dan kekal di bawah kawalan mereka. Mereka .menawan Baitulmaqdis yang pada ketika itu terletak di bawah pimpinan Jordan. Israel kemudiannya memperkenalkan satu Undang2 baru iaitu -Baitulmaqdis, lengkap dan bersatu, adalah modal Israel. Disebabkan kedudukannya istimewa bagi ketiga-tiga umat, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu sehingga membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

4.2.

Pemisahan Palestin

Israel mahu membentuk dua buah negara berasingan iaitu sebuah negara Yahudi dan satu lagi ialah negara Arab Palestin. Orang Arab Palestin sentiasa menolak pemisahan negara Palestin. Mendakwa diri mereka sebagai bangsa teristimewa, Suruhanjaya Diraja Peel telah mencadangkan pembentukan dua buah negara

berasingan. Suruhanjaya Diraja Peel turut mencadangkan agar pembahagian ini diterima. Namun kedua-dua pihak tersebut baik Yahudi dan Arab Palestin menolak cadangan ini.185 Antara sebab penolakan masyarakat Arab Palestin ialah : 1. Palestin merupakan tanah air bangsa Palestine dan umat Islam, oleh itu mereka menolak sebarang idea bangsa asing yang berminat dengan Palestin. 2. Bangsa Palestin dan nenek moyang mereka telah tinggal lama di tanah air tersebut selama lebih kurang 2000 tahun lamanya.

184 185

Ibid hal 20. Ermy Azziaty Rozali, etc. 2011. Perang Dunia Pertama , Deklarasi Balfour dan Kesannya terhadap Palestin. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hal 28.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

3. Faktor dominan ialah penentangan sebarang usaha untuk menubuhkan sebuah negara lain di atas tanah tumpah mereka. Namun Yahudi mahu mengembangkan penempatan mereka. Dalam usaha mengekalkan majoriti Yahudi. Ben Gurion telah mencadangkan agar Jaffa,Ramla, Tul-karem dan Nazareth diserahkan kepada Arab. Manakala kawasan yang mempunyai minoriti Yahudi seperti Acre dan Gaza tidak diberikan kepada Yahudi. Kawasan tersebut kekal sebagai wilayah autonomi mereka sendiri. Kesempatan tersebut memungkinkan Yahudi untuk membina penempatan di kawasan-kawasan tersebut memandangkan wilayah tersebut tidak dipunyai oleh Yahudi dan Arab. Secara keseluruhannya, daripada 27 000 km₂ kawasan Palestin, 10 000 km₂ diserahkan kepada Yahudi manakala negara Arab masih menguasai dengan 14 500 km₂. Baki selebihnya iaitu 500 km₂ diberikan kepada British yang terdiri daripada Jerusalem dan Bethlehem. Hal tersebut telah membuka ruang kepada Yahudi untuk membina dan meluaskan majoriti mereka di Palestin. 4.3. Isu pemilikan Tanah

Isu lain adalah mengenai isu pemilikan tanah. 90 % daripada penduduk Arab Palestin menjalankan aktiviti pertanian. Namun kemasukan imigran Yahudi menyebabkan orang Arab Palestin kehilangan tanah dan pemilikannya. Semasa pemerintahan Zionis , orang Arab Palestin dikenakan cukai yang tinggi. Malahan, pendapatan yang rendah, sewa yang mahal dan bebanan hutang menyebabkan mereka hidup dalam kemiskinan. Selain daripada itu, mereka turut dikenakan cukai ke atas barangan keperluan. Orang Arab Palestin yang tidak mampu menanggung bebanan tersebut akhirnya terpaksa menjual tanah mereka kepada bangsa Yahudi. Namun bangsa Yahudi pula diberikan layanan yang baik. Kerajaan memberikan subsidi yang lebih produktif, modal yang besar dan jumlah pendapatan yang lebih tinggi. Pemilikan Tanah di bawah Penjajahan British Arab 1918 98 % Yahudi 2%

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

1948

93.5%

6.5 %

Pertambahan ketara bangsa Yahudi terus menyeksa orang Arab Palestin. Pada tahun 1946, seramai 608,800 Imigran Yahudi memasuki Arab. Dengan nisbah 1;2, bangsa Yahudi menguasai aset sebanyak 1.6 juta dunam dengan menguasai 20 % tanah pertanian. Melalui Tabung Kebangsaan Yahudi yang hanya membenarkan orang Yahudi mengerjakan tanah telah menyebabkan orang Arab Palestin diusir dari tanah mereka meskipun mereka yang mengusahakan tanah tersebut. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas sama ada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi. Setelah penubuhan negara haram Israel pada 13 Mei 1948, Israel bertindak menggunakan kekerasan dengan menghancurkan 58 desa di Palestin dan terus mengusir para penduduk Arab Palestin sehingga menjadi pelarian di tanah air sendiri. 4.4. Pencerobohan ke atas Palestine

Satu lagi isu utama ialah pencerobohan ke bumi Palestin sehingga memaksa bangsa Palestin menjadi pelarian di tempat sendiri. 186 Pada tahun 14 Mei 1948, akhirnya British telah mengakhiri mandatnya atas Palestine dan meninggalkan

wilayah itu.Tentera Yahudi memasuki Palestine dan mengusir orang Palestine yang selama ini disokong oleh negara-negara Arab. Pada tarik itulah, Ben Gurion telah mengisytiharkan kemerdekaan Israel di kota yang dibentuk mereka yang digelar sebagai Tel Aviv. Hal tersebut akhirnya menyebabkan perang hari pertama. Mereka menggunakan kekuatan untuk menghapuskan Palestin seramai mungkin. Selain itu, tentera Yahudi memusnahkan kampung halaman mereka dan mengambil alih bandar-bandar utama. Perang ini lakukan secara khusus terhadap orang awam, satu perbuatan tidak bermoral dan menyalahi undang-undang. Israel turut melaksanakan pembersihan etnik.Unit tentera Yahudi memulakan proses pembersihan etnik. Sebulan kemudian desa pertama Palestin terpadam dari peta Palestin .Kekerasan antara dua pihak secara berperingkat meningkat dan seramai 70,000 warga Palestin mula meninggalkan rumah mereka sebelum kegiatan ketenteraan berskala penuh

186

Faridzul. 2010. Sejarah Yahudi. Hal 4.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

bermula pada bulan Mac 1948. Satu contoh adalah runtuhan Kampung Latta dan dijadikan Bangunan Parlimen Israel dan Knesset. 4.5. Pelarian Palestin

Satu hal yang paling jelas adalah orang Palestin menjadi pelarian di bumi merek sendiri. Mereka kehilangan tempat tinggal akibat konflik berterusan oleh pihak Israel dan Arab. Bahkan rumah penduduk dirobohkan bagi tujuan penempatan haram Yahudi . Menurut statistik,pada tahun 1949- 711 00 orang menjadi pelarian Palestin. Pada tahun 2010, akibat kekejaman rejim Israel , jumlah tersebut meningkat kepada 2.1 juta orang. Orang Palestin sememangnya mempunyai hak untuk kembali ke tempat asal mereka. Mereka mempunyai hak yang penuh terhadap Palestin memandangkan mereka sudah tinggal lama di Palestin. Diaspora Yahudi sebagai bangsa istimewa ke Palestin perlu dipersoalkan memandangkan kekejaman rejim tersebut kepada bangsa tertindas ini melampaui batasan seorang manusia. 1/3 daripada Pelarian Yahudi terletak di Jordan, Lebanon, Syria, Tebing Barat dan Gaza. Sehingga kini, Israel terus menolak untuk membenarkan 2-3 juta Palestin yang sekarang ini menjadi pelarian di negara-negara sekitarnya untuk kembali. Alasan Israel adalah kedatangan bangsa ini kan menjejaskan negara Yahudi yang kini semakin kukuh. Disebabkan kekejaman melampau rejim Israel, Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia yang ditubuhkan pada 10 Disember 1948 menyokong bangsa Palestin untuk kembali semula ke tanah air mereka . Menurut deklarasi ini, setiap orang adalah berhak untuk meninggalkan mana-mana negara, termasuk negaranya sendiri dan kembali ke negara asalnya dan tidak seorang pun boleh sewenang-wenangnya dirampas hartanya. Namun seperti yang dijangkakan,Israel tetap menolak Diaspora Palestin kerana takut membawa ancaman kepada negara Yahudi yang kini sudah kukuh. Isu ini terus dipersoalkan memandangkan orang Palestin telah kehilangan hak-hak sivil mereka.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

4.6.

Jewish National Home

Satu lagi isu yang menjadi persoalan adalah Palestin sebagai Tanah yang dijanjikan Tuhan kepada bangsa Yahudi. Satu ketika dulu, bangsa Yahudi merupakan bangsa yang ditindas dan hal tersebut menyebabkan diaspora bangsa Yahudi di seluruh kawasan dunia. Mereka yang mendakwa mereka sebagai bangsa istimewa berhijrah beramai-ramai ke Palestin. Imigran Yahudi memasuki Palestin disebabkan oleh faktor ‘Jewish National Home’ atau Tanah Yang Dijanjikan Tuhan melalui kitab Torah. Melalui Injil tersebut, Tanah Rahmat yang Dijanjikan dalam kitab Injil oleh Nabi Ibrahim adalah di bumi Palestin.Selain itu, mereka mengklasifikasikan kepulangan ke Tanah Israel sebagai Aliyah. Iaitu kepulangan yang diberkati Tuhan. Orang Yahudi mendakwa bahawa mereka lebih layak ke atas Palestin berbanding orang lain. Mereka mendakwa bahawa mereka mempunyai hak pemilikan terhadap Bayt al-Maqdis meskipun hubungan mereka telah terputus semenjak dihalau oleh Maharaja Rom pada 135 M. Orang Arab pula menganggap bahawa tuntutan Yahudi melalui pertubuhan Zionis adalah tidak sah dan tidak bermoral. Isu ini dikaitkan denga hubungan lampau yang terjalin sejak 2000 tahun lalu antara Yahudi dan Islam. Orang Arab lebih layak menuntut wilayah-wilayah mereka di Palestin memandangkan mereka sudah tinggal lama dan merupakan penempatan mereka sejak dari dulu. Orang Arab mempunyai menentang kemasukan kerana mereka suda lama tinggal dan lebih layak di bumi Palestin.kemasukan Imigran Yahudi masuk ke Palestin merampas hak2 sivil, kewarganegaraan dan tanah . 4.7. Sumber air

Satu lagi isu yang mendapat perhatian di Israel-Palestin adalah mengenai degan sumber air. Krisis ini merupakan antara krisis terbesar di Palestin Orang Yahudi menerima lebih banyak sumber air melalui dua sumber air bawah tanah yang utama. Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ( PBB), orang Israel secara aktif telah mencuri bekalan air di Palestin. Menurut sumber Berita Harian Online bertarikh 25 Mac 2012 ;

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

„„Hari ini, jurang penggunaan air antara penduduk Israel dan Palestin amat tinggi. Berdasarkan data Amnesty International pada 2009, 450,000 pendatang Israel tinggal secara haram di Tebing Barat menggunakan lebih air daripada 2.3 juta penduduk Palestin.

Dianggarkan setiap penduduk Palestin menggunakan hampir 70 liter air setiap hari, kurang 100 liter yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Secara perbandingan, penggunaan air harian penduduk Israel adalah secara purata 200 liter atau hampir empat kali lebih daripada penduduk Palestin. Di beberapa kawasan di Tebing Barat, penggunaan air penduduk Palestin adalah lebih rendah kira-kira 20 liter sehari.‟‟ Dalam percubaan menyelesaikan isu ini, beberapa perjanjian telah dirangka. Antaranya ialah melalui Persetujuan Oslo II. Dalam perjanjian Persetujuan Oslo II, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengekalkan "kuantiti penggunaan dari sumbersumber yang sedia ada.“ Palestin banyak menangkis bahawa perjanjian Oslo II bertujuan untuk menjadi satu resolusi sementara dan bahawa ia tidak bertujuan untuk kekal dalam kesan yang lebih daripada satu dekad kemudian. Israel dengan terang-terangnya mengawal mata air dengan cara peras ugut, pencerobohan, mencuri bekalan air dan membina tanpa permit. Mereka turut bekerjasama dengan pendatang bagi mengawal bekalan air di Palestin. Di bawah perjanjian Oslo 11, empat daripada mata air di Tebing Barat diletakkan di bawah Palestin tapi ditadbir oleh tentera Israel. Selepas itu, Palestin membuat satu perjanjian „Interim Israel-Palestin.‟ Melalui percubaan ini, Pihak Berkuasa Palestin untuk meneroka dan menggerudi untuk gas asli, minyak dan bahan petroleum dalam wilayah dan perairan wilayah. Israel sebenarnya menerima sumber air daripada Sungai Jordan, Laut Galilee dan dua sumber bawah tanah. Namun sumber Artikel BBC 2003 menunjukkan bahawa Palestin tidak mempunyai akses kepada sungai Jordan.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

5.0.

PENILAIAN DAN KESAN

Penubuhan Israel telah menimbulkan pelbagai isu bukan sahaja dalam kalangan penduduk di Timur Tengah bahkan turut menjadi salah satu daripada isu antarabangsa yang sehingga kini belum mampu diselesaikan. Penubuhan negara Israel itu sendiri telah mencetuskan pandangan pelbagai pihak seluruh dunia, ada yang menganggap penubuhan negara Israel adalah tidak sah dari segi undang – undang antarabangsa, malah ada juga yang menyatakan sebaliknya. Ini misalnya seperti yang dikemukakan oleh Dan Cohn – Sherbok dan Dawoud El Alami melalui sebuah buku bertajuk, “The Palestine – Israeli Conflict : A Beginner‟s Guide”, tahun 2003. Dalam buku tersebut, yang dikupas oleh Latifah Abd. Majid (2010), Cohn – Sherbok menyatakan pendapatnya bahawa pembentukan negara Israel dalah tindakan bermoral selepas berkurun anti semitism dan penindasan yang dilakukan terhadap mereka di tanah Palestin.187 Manakala, El – Alami menyatakan; “Sejarah Yahudi Palestin berakhir pada 137 S.M. sehingga pertengahan abad ke-20, tiada majoriti Yahudi di Palestin iaitu semenjak seribu lapan ratus tahun yang lalu....dalam suasana abad ini yang menentang penjajahan, maka tidak wajar Yahudi menakluk dan menjajah tanah yang bukan hak mereka...”.188 Maka dalam hal ini, isu penubuhan Israel telah menimbulkan pelbagai spekulasi bukan sahaja dalam kalangan pemimpin dunia, malah oleh para sejarawan yang melihat dakwaan kebangkitan Israel sebagai satu kepercayaan bangsa Yahudi terhadap sejarah awal mereka di Palestin. Cattan misalnya, menyatakan bahawa “tuntutan Zionis untuk mewujudkan sebuah negara dengan mengatakan orang Yahudi mempunyai hubungan sejarah lama di Palestin sebenarnya tiada asas dalam perundangan (no basis in law), malah tiada asas yang nyata (infact)”. Beliau turut menegaskan bahawa di bawah Undang – undang Antarabangsa, sudah jelas dan nyata kaedah untuk mendapatkan sesuatu tanah atau daerah (territory) dan mengaitkan sejarah lama (historic title) tidak termasuk dalam kaedah tersebut.189

187

Latifah Abd. Majid, “The Palestine – Israeli Conflict : A Beginners Guide,” Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat 2:1 (2010): 81 – 84. 188 Ibid. 189 Mohd. Roslan Mohd Nor. Op.cit. Hlm. 77.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Kenyataan tersebut turut mendapat sokongan oleh O‟Connell dimana, “ historic right” atau “historic title” yang digunakan dalam Undang – undang Antarabangsa adalah untuk merujuk kepada permohonan mendapatkan hak kawasan (territory) yang berkaitan dengan kawasan perairan (maritime). Selain itu, Cattan turut mengulas bahawa, “Deklarasi Balfour tidak mempunyai hak dan kekuatan politik (political sovereignty) kepada Yahudi di Palestin..” di mana beliau menganggap peristiwa tersebut dapat dilihat dari reaksi British sendiri yang telah mengeluarkan kenyataan pada tahun 1922 yang meminta supaya Deklarasi Balfour 1917, “tidak sepatutnya menimbulkan sebarang kemarahan di kalangan rakyat Palestin...kerana ia tidak bermaksud untuk menghapuskan populasi mesyarakat Arab di sana..”.
190

Melalui

kenyataan – kenyataan tersebut, dapat dinilai bahawa sebenarnya pendudukan Yahudi dan penubuhan Israel dianggap tidak sah oleh pelbagai pihak kerana melanggar hak – hak asasi manusia dan Undang – undang Antarabangsa. Pendudukan Yahudi dan penubuhan Israel telah menimbulkan pelbagai kesan sama ada secara domestik mahupun antarabangsa. Ini terbahagi kepada tiga iaitu politik, ekonomi dan sosial.

5.1.

Kesan Politik

Penubuhan Israel di wilayah Palestin telah membangkitkan penentangan oleh penduduk Arab Palestin. Keadaan ini telah menyebabkan pergolakan sentiasa berlaku dan bumi Palestin tidak pernah aman sejak daripada pendudukan British di Palestin dan sehinggalah konflik terbesar tercetus pada tahun 1948 hingga kini (2012). Pelbagai siri peperangan dilaksanakan yang mana bukan sahaja melibatkan orang Arab Palestin, bahkan orang – orang Arab dari negara – negara lain seperti Jordan, Iraq dan Mesir. Antara siri peperangan yang telah menimbulkan kesan yang amat mendalam ialah, Perang Arab Israel I (1948), Perang Suez (1956), Perang enam hari Arab – Israel (1967), Perang Yam Kippur (1973), Perang Lebanon (1982) dan yang terbaru adalah serangan ke atas Gaza.

190

Ibid. hlm. 78.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Selain itu, kesan daripada kebangkitan Zionis telah menyebabkan campur tangan kuasa – kuasa asing di tanah Palestin seperti Britain, Amerika Syarikat, Soviet Union dan Perancis. Melalui campur tangan tersebut, maka ia telah membuka ruang kepada kuasa – kuasa asing tersebut untuk melibatkan diri dalam hal ehwal

penduduk di Palestin. Amerika Syarikat misalnya telah memberikan bantuan kewangan kepada Israel bagi menggalakkan perkembangan negara tersebut, disamping menggalakkan bantuan senjata dan ketenteraan yang memberikan kekuatan kepada Israel dalam peperangan dengan dunia Arab. Hal ini menyebabkan nasib lebih menyebelahi Israel, manakala negara – negara Arab terus lemah dan menjadi bahan permainan kekejaman Israel tanpa sokongan daripada kuasa besar. 5.2. Kesan Ekonomi

Dari aspek ekonomi, penglibatan kuasa asing ke atas Israel dan wilayah – wilayah Timur Tengah telah menyebabkan kuasa – kuasa tersebut mendapat faedah dari segi ekonomi terutamanya dalam penguasaan minyak. Negara – negara Arab seperti Iraq, Arab Saudi, Kuwait, Libya, Qatar dan Oman amat kaya dengan hasil minyak yang mampu memberikan kekayaan kepada mana – mana kuasa yang memilikinya. Oleh yang demikian, ketidakamanan yang berlaku di Timur Tengah telah menyebabkan kuasa asing seperti Amerika Syarikat mengambil kesempatan tersebut untuk menguasai sumber minyak. Natijahnya, Amerika Syarikat telah berjaya memonopoli ekonomi dunia di mana harga minyak ditentukan oleh negara tersebut. Disamping itu, wujud monopoli ekonomi oleh Israel dan orang Arab telah disingkirkan daripada menikmati peluang ekonomi di Palestin. Ini amatlah bertentangan dengan Resolusi 181 yang menetapkan kesatuan ekonomi kedua – dua buah negara tersebut. Monopoli ekonomi termasuklah dari segi peluang pekerjaan, gaji dan juga cukai tanah yang dianggap sebagai tidak adil dan membebankan orang – orang Arab.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

5.3.

Kesan Sosial

Pertapakan Yahudi di Palestin turut menimbulkan masalah petempatan. Hal ini berkaitan dengan aktiviti perluasan wilayah yang dijalankan oleh Israel di mana sejak dari pendudukan Yahudi di Palestin, banyak kampung orang – orang Arab dimusnahkan dan penduduknya telah disingkirkan sama ada dibunuh dengan kejam mahupun dipaksa menjadi pelarian. Sejak daripada tahun 1948 sehingga kini, orang – orang Yahudi telah berjaya meluaskan sempadan Israel sebanyak 90 peratus seperti keadaannya dalam gambar 1. Manakala kawasan tanah Arab telah menjadi bahagian yang sangat kecil dan terus dipertahankan. Keadaan ini dengan jelas telah menunjukkan dasar Israel yang cuba menghapuskan terus kaum Arab daripada wilayah tersebut. Pendudukan Yahudi di wilayah Palestin turut menimbulkan kesan mendalam daripada hati sanubari semua penduduk Arab, malah menimbulkan simpati daripada masyarakat dunia. Kekejaman demi kekejaman telah dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Arab sehingga menimbulkan isu keganasan antarabangsa. Ramai rakyat Palestin terkorban dan ini dianggap telah memberikan kesan terhadap populasi kaum tersebut yang semakin berkurangan. Kekejaman Israel turut dianggap sebagai tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak – hak asasi manusia. Di samping itu juga, pendudukan Yahudi di Palestin telah menyebabkan kesan ke atas perubahan peta dunia di mana, kewujudan Israel telah menunjukkan wilayah Palestin terbahagi kepada dua.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

6.0.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, mandat British yang mula dilaksanakan pada bulan September tahun 1923 telah membawa kepada banyak perubahan yang agak drastik di bumi Palestin . Semenjak mandat dilaksanakan wujud pelbagai dasar, dan ciri-ciri baru yang diperkenalkan dan dijalankan oleh British. Sememangnya, British berusaha untuk membentuk dalam pembinaan negara Yahudi di Palestin. Dan

fenomena ini banyak membawa impak yang sangat hebat terhadap sebahagian besar orang rab, iaitu penduduk asal Palestin. Mandat British yang telah menjadi titik tolak kepada penubuhan National Home of Jews telah menyebabkan wilayah Israel menjadi semakin berkembang dari hari ke hari melalui pelaksanaan Suruhanjaya Peel tahun 1937. Malah, peristiwa ini juga turut menggalakkan migrasi dan bermastautin berlaku di Palestin oleh orang-orang Yahudi. Hal ini dibuktikan semakin meningkatnya populasi penduduk di Palkestin dan ini juga telah menjadi isu di Palestin. Oleh itu, maka tidak hairanlah mengapa rakyat Palestin menentang pemerintahan mandat British dan juga membantah migrasi yang dilakukan oleh bangsa Yahudi ke bumi Palestin serta keengganan mereka mengiktiraf penubuhan negara Israel sehingga ke hari ini.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

7.0.

BIBLIOGRAFI

Akram Fouad Khater. (2004). Sources In The History Of Modern Middle East. New York : Houghton Mifflin Company. Charles D. Smith. (2001). Palestine and The Arab-Israeli Conflict : A History with Document. Fourth Edition. New York. Emory C.Bogle. (1996). The Modern Middle East :From Imperialism to Freedom (1800-1958). America: Prentice Hall. Ermy Azziaty Rozali & Azmul Fahimi Kamaruzaman. (2011). First World War, Balfour Declaration and Their Impacts on Palestine. International Journal of West Asian Studies. Bil. 3. No. 2 (2011): 19 – 39. Fadhlullah Jamil. (2000). Islam di Asia Barat Moden ;Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Selangor: Thinker‟s Librarys Sdn Bhd. John L. Esposito. (2004). Ancaman Islam : Mitos atau Realiti?. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia Sdn. Bhd. (ITNMB). Latifah Abd. Majid. (2010). The Palestine – Israeli Conflict : A Beginner‟s Guide. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia barat. Bil. 2. No. 1. (2010): 81 -84. Lois A. Aroian & Richard P. Mitchell. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Marshall G. S. Hodgson. (2004). Kebangkitan Islam : Gambaran dan Sejarah dalam Tamadun Dunia Empayar Serbuk Letupan dan Zaman Moden, Jilid III. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamad Nadzri Kamsin. (2011). Israel Kuasai Dunia. Kuala Lumpur : Hijjaz Records Publishing. Mohd. Roslan Mohd. Nor. (2010). Konflik Israel – Palestin dari aspek Sejarah Moden & Langkah Pembebasan dari Cengkaman Zionis. Jurnal al – Tamaddun. Bil. 5. (2010): 73 – 92.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Mohd. Roslan Mohd. Nor. Sejarah Kejatuhan dan Kewujudan Israel. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Muhamad Hasrul Zakaria. (2007). British dan Resolusi 242, 1967: Pengajaran Sejarah Untuk Pelan Damai Asia Barat. Jurnal Kemanusiaan. Bil. 10 (Dis 2007). Patrick Seale. (2010). The Struggle for Arab Independence : Riad el – Solh & The Makers of the Modern Middle East. New York : Cambridge University Press. Timbun Ritonga. (2005). Zionisme dan Perkembangannya. Indonesia : Universiti Sumatera Utara. William G. Carr. (2004). Yahudi Menggenggam Dunia. Jakarta: Pustaka Al – Kautsar.

Rujukan Internet Sartiningsih. Peranan Deklarasi Balfour bagi Bangsa Israel dan Permasalahannya. Perpustakaan Universitas Indonesia. Retrieve May 1 2012. From

http://lontar.ui.ac.id/opac/themes/libri2/detail.jsp?id=83324&lokasi=lokal

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

DIASPORA CINA DI TANAH MELAYU: 1820-1949
Lee Bih Ni

Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial
leeh_ni@yahoo.com

Penjajahan British di Tanah Melayu adalah satu persoalan penting dalam sejarah perkembangan sosiopolitik dan sosioekonomi masyarakat berbilang etnik di Malaysia. Dalam hal ini Malaysia mempunyai sejarah yang tersendiri termasuk sejarah orang-orang Cina yang jelas merupakan sebahagian daripada sejarah kemajmukan masyarakat di Malaysia. Orang Cina telah berhijrah ke Tanah Melayu sejak awal abad ke-15 apabila terdapat hubungan antara Kerajaan Melaka dengan negara China. Sejak awal abad ke-18 telah ada petempatan-petempatan pedagang Cina di Pahang, Kelantan dan Terengganu. Namun demikian mereka tidak berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu pada masa itu. Penulisan ini adalah satu usaha melihat faktor yang menjadi asas kemasukan orang-orang Cina secara besar-besaran ke Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-19. Kertas ini membincangkan bagaimana kemasukan orang-orang Cina secara besar-besaran dalam tempoh penjajahan di Tanah Melayu bermula pada pertengahan abad ke-19. Kertas ini bertujuan untuk meninjau sebab-sebab yang mendorong kemasukan orang-orang Cina semasa pemerintahan penjajah British di Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-19, dan pendidikan masyarakat penghijrah Cina di Tanah Melayu, serta nasionalisme orang-orang Cina di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 sehingga pertengahan abad ke-20. Pendahualan Orang-orang Cina mempunyai sejarah yang panjang untuk berhijrah ke luar negara. Salah satu migrasi yang bermula sejak dinasti Ming lagi semasa Zheng He (1371-1435) menjadi duta Ming. Beliau menghantar ramai orang cina daripada suku kaum Kantonis dan Hokkien untuk meneroka dan perdagangan di Laut China Selatan dan Lautan Hindi. Gelombang migrasi yang berbeza telah membawa kepada kumpulan-kumpulan etnik Cina ke luar negara sebagai pendatang ke Asia Tenggara, Amerika Utara, Asia, Caribbean, Amerika Latin, Afrika Selatan dan Rusia. Pada abad ke-19, diaspora Cina yang hebat bermula di bawah zaman penjajahan British di mana kebanyakan tanah jajahan kekurangan tenaga buruh pada ketika itu. Sementara itu, di wilayah-wilayah Fujian dan Guangdong di China, terdapat lonjakan penghijrahan orang Cina ke luar negara akibat kemiskinan dan kemusnahan yang disebabkan oleh pemberontakan Taiping. 191 Empayar Qing (Manchu) telah dipaksa untuk membenarkan orang-orang Cina untuk bekerja di luar negara di bawah kuasa penjajah British. Ramai orang Kantonis dan Hokkien telah memilih untuk bekerja di Asia Tenggara di mana mereka mempunyai suku kaum awal yang datang sejak dari era Ming. Bandar Taishan di wilayah Guangdong adalah tempat asal bagi kebanyakan penghijrah Cina. Bagi negaranegara di Amerika Utara dan Australasia, sejumlah besar tenaga buruh diperlukan dalam tugas-tugas berbahaya seperti perlombongan emas dan pembinaan keretapi. Kebuluran yang meluas di Guangdong telah mendorong ramai orang Kantonis untuk bekerja di negaranegara ini untuk memperbaiki keadaan hidup saudara-mara mereka. Sesetengah orang Cina telah dijual ke luar negara seperti Amerika Selatan semasa Perang Suku Kaum Hakka pada tahun 1855 hingga 1867 di Delta Sungai Mutiara di Guangdong. Selepas Perang Dunia Kedua, ramai orang dari Wilayah Baru di Hong Kong berhijrah ke United Kingdom, terutamanya England dan Belanda untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Dari
191

Henry, K.N. (1924). The Story of California From the Earliest Days to the Present . Chicago: A.C. McClurg & Co., 283-296.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

pertengahan abad ke-19 dan seterusnya, penghijrahan telah diarahkan terutamanya ke negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Brazil, dan negara-negara Eropah Barat; serta Peru di mana mereka dipanggil “tusan”, Panama , dan sebahagian kecilnya ke Mexico.192 Orang Cina seberang laut merupakan rakyat kelahiran orang-orang Cina atau keturunan Cina yang tinggal di luar negara China. Orang keturunan Cina yang hidup separa di luar China juga boleh menganggap diri mereka sebagai Cina seberang laut. Istilah "orang Cina seberang laut" boleh merujuk kepada mereka yang berketurunan Cina Han, atau orang-orang Cina dalam erti kata “Zhonghua Minzu” (People Republic of China) pada pertengahan abad ke-20. Secara umum, semua 56 kumpulan etnik Cina di seberang laut diiktiraf sebagai rakyat China. Dikatakan orang Tibet boleh menggunakan pas perjalanan orang Cina seberang laut untuk ke luar negara China pada pertengahan abad ke-19.193 Di Asia Tenggara dan khususnya di Tanah Melayu dan Singapura, kerajaan British mengklasifikasikan orang Cina seberang laut yang berkahwin dengan orang Melayu tempatan sebagai Peranakan Cina kerana sebahagian daripada mereka diasimilasikan ke dalam budaya Melayu. Kemasukan Orang Cina Ke Tanah Melayu Orang Cina telah berhijrah ke Tanah Melayu sejak awal abad ke-15 apabila terdapat hubungan perdagangan antara Kerajaan Melaka dan negara China. Sejak awal abad ke-18 telah ada petempatan-petempatan pedagang Cina di Pahang, Kelantan, dan Terengganu. Pada awal abad ke-19 orang Cina telah berhijrah ke Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang, Singapura dan Melaka). Kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai buruh, peniagapeniaga dan tukang-tukang yang mahir. Pada tahun 1820 terdapat 8,300 orang Cina di Pulau Pinang manakala pada tahun 1822 terdapat 1,150 orang Cina di Singapura. Bilangan penduduk Cina di Melaka pada tahun 1826 adalah seramai 4,100 orang.194 Orang Cina telah juga berhijrah ke Johor semasa pemerintahan Temenggung Ibrahim (1825-1862) untuk membuka ladang-ladang gambir dan lada hitam. Sistem Kangcu telah diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim pada tahun 1833. Kangcu berasal daripada perkataan Cina yang bermaksud Tuan Sungai. Melalui sistem ini, orang Cina diberikan surat kebenaran yang dikenali sebagai Surat Sungai untuk menetap dan mengusahakan pertanian di tebing sungai. Kawasan perladangan dikenali sebagai Kangkar atau Kaki Sungai. Setiap kangkar diketuai oleh seorang Kangcu yang memerintah dan memungut cukai. Tanaman yang diusahakan adalah lada hitam dan gambir. Cukai daripada hasil tanaman merupakan sumber pendapatan kerajaan Johor.195 Mulai pertengahan abad ke-19, orang Cina telah berhijrah ke Tanah Melayu secara beramai-ramai akibat pembukaan lombong-lombong bijih timah. Kebanyakan orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu berasal bahagian selatan negara China, iaitu dari wilayah-wilayah Fujian, Guangdong dan Guangxi. Penghijrah-penghijrah Cina pada umumnya, telah dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh ejen-ejen tertentu melalui sistem kontrak. Sistem ini telah dihapuskan pada tahun 1914. 196 Selepas tahun tersebut, ramai orang Cina telah berhijrah secara persendirian. Tanah Melayu mempunyai sumber galian yang bernilai dan berpotensi maju dalam bidang perusahaan tin. British yang menyedari potensi ini telah memperkenalkan kegiatan
192

malawi.3.7159493.html?pagewanted=2 Blondeau, A.M., Buffetrille, K. & Wei Jing (2008). Authenticating Tibet: Answers to China's 100 Questions . California: University of California Press, 127. 194 Ooi Jin Bee. (1967). Land, People and Economy in Malaya. London: Longman, 118. 195 Caroline Wong Mei Leng. (1992). Sistem Kangcu di Johor 1844-1917. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia. 196 Ooi Jin Bee., op.cit., 109.
193

Howard, W.F. & Lydia, P. (2007, August 17). Chinese flocking in numbers to a new frontier: Africa. The New York Times, 1-2. Retrieved October 22, 2011 from, http://www.nytimes.com/2007/08/17/world/africa/17iht-

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

ekonomi yang berorientasikan eksport di tanah Melayu. Antaranya termasuklah kegiatan perlombongan bijih timah secara besar-besaran. Selain itu, British turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk membolehkan mereka mengaut kekayaan hasil ekonomi di Tanah Melayu. British turut memajukan kegiatan perlombongan dan mengaut hasil galian seperti bijih timah, emas, arang batu, bauksit, bijih besi dan ilmanit. Emas telah dilombong secara komersil di Raub, Pahang. Raub merupakan kawasan perlombongan emas yang terbesar di Tanah Melayu. Arang batu pula dilombong di Batu Arang, Selangor. Bauksit adalah sejenis logam yang digunakan untuk membuat aluminium. Galian ini dilombong di Bukit Pasir dan Teluk Ramunia di Johor serta Teluk Emas, Melaka. Bijih besi pula dilombong di Bukit Besi, Terengganu, dan Rompin, Pahang. Lombong bijih besi juga dibuka di Kedah, Perak, dan Johor. Ilmanit ialah galian yang dikeluarkan sebagai hasil sampingan perlombongan bijih timah. Sebahagian besar ilmanit dihasilkan di Batang Padang, Perak. Bijih timah merupakan hasil galian yang terpenting di Tanah Melayu. Kekayaan hasil bumi inilah yang mendorong British menguasai Tanah Melayu.197 Sebelum campurtangan British, kegiatan melombong bijih timah telah diusahakan oleh orang Melayu secara tradisional. Mereka menggunakan cara mendulang dan melampan. Pada awal tahun 1820-an, orang Cina mula dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah yang dimiliki oleh pembesar Melayu di daerah Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang. Orang Cina dan Eropah kemudiannya dibenarkan membuka lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesarpembesar Melayu. Penglibatan orang Cina menyebabkan kegiatan perlombongan bijih timah semakin rancak. Lombong-lombong bijih timah yang baru telah dibuka di Ampang, Kuala Lumpur dan Lembah Kinta, Perak. Orang Cina turut memperkenalkan kaedah melombong yang lebih baik. Mereka memperkenalkan sistem lombong dedah dan menggunakan pam kelikir serta palung. Lombong dedah memerlukan ramai buruh Cina untuk mengangkut bijih timah. Sehingga akhir abad ke-19, orang Cina menguasai kegiatan perlombongan bijih timah. Apabila Revolusi Perindustrian berlaku di Eropah, permintaan terhadap bijih timah meningkat. Bijih timah digunakan dalam perusahaan mengetin makanan. Oleh yang demikian, perusahaan bijih timah berkembang maju. Pada akhir abad ke-19, Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia. Pada awal abad ke-20, syarikat-syarikat Eropah telah memperkenalkan kaedah melombong yang lebih moden iaitu menggunakan kapal korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah. Melalui kaedah ini, orang Eropah telah menguasai perusahaan bijih timah pada tahun 1930-an.198

Sebab-Sebab Kemasukan Orang Cina Ke Tanah Melayu Kesengaraan sosial dan ekonomi petani-petani. Kesengsaraan sosial dan ekonomi

telah memaksa sebilangan besar petani-petani Cina untuk berhijrah keluar mencari penghidupan baru yang lebih baik. Petani-petani merupakan 80% daripada jumlah penduduk China. Antara tahun-tahun 1751 hingga 1851 jumlah penduduk negara China telah bertambah daripada kira-kira 181 juta orang ke kira-kira 432 juta orang. Namun demikian, tambahan dalam kawasan di bawah pertanian adalah tidk seimbang dengan tambahan jumlah penduduk tersebut. Keadaan ini mengakibatkan kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup petani-petani. Malahan ramai petani telah kehilangan tanah mereka akibat kegagalan membayar cukai-cukai yang tinggi. Adalah dianggarkan bahawa 60 hingga 90% petani tidak mempunyai tanah sendiri pada pertengahan abad ke-19. Keadaan hidup kaum petani menjadi bertambah buruk akibat kerosakan tanaman-tanaman mereka oleh bencana-bencana alam seperti kemarau, banjir dan gempa bumi di antara tahun-tahun 1826 hingga 1850. Sumber-sumber alam di wilayah Fujian, Guangdong dan Guangxi adalah

197

Cheah Boon Kheng. (2001). Early Modern History 1800-1940. Singapore: Archipelago Press an Imprint of Edition Didier Millet Pte. Ltd. 198 Gullick, J.M. (1988). Kuala Lumpur 1880-1895 A City In The Making. Petaling Jaya: Pelanduk Publication.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

terhad. Justeru itu, peluang-peluang pekerjaan berkurangan. Ini telah memaksa ramai orang Cina untuk berhijrah ke luar negara.199 Kekacauan dan Rasuah Politik Kerajaan Qing (Manchu). Pada abad ke-19 keadaan politik di bahagian selatan negara China tidak stabil. Beberapa pemberontakan anti-Qing telah meletus terutamanya di wilayah-wilayah Guangdong dan Guangxi. Dinasti Qing yang memerintah negara China telah dianggap sebagai pemerintahan asing oleh orang Cina. Pemberontakan Taiping di bawah pimpinan Hung Hsiu Chuan telah meletus di bahagian selatan negara China pada tahun 1850. Kerajaan Qing hanya berjaya menumpaskan pemberontakan tersebut pada tahun 1864. Ketidakstabilan politik yang mengancam nyawa dan harta benda telah memaksa sebilangan besar orang Cina untuk berhijrah. 200 Malahan orang-orang Cina juga tidak puas hati dengan sistem pentadbiran Qing yang bukan sahaja tidak cekap tetapi juga curang. Terdapat amalan rasuah dan kelobaan yang meluas di kalangan pegawai-pegawai. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah di Tanah Melayu. Perkembangan perusahaan bijih timah mulai pertengahan abad ke-19 dan perusahaan getah pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu telah menarik orang Cina. Harga bijih timah yang melambung tinggi pada tahun 1898 telah mengakibatkan penghijrahan orang Cina secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Dalam tahun-tahun 1899 hingga 1900, kira-kira 100, 000 orang Cina telah datang menetap di Negeri- Negeri Melayu Bersekutu. Malahan menjelang tahun 1901, terdapat lebih ramai orang Cina daripada orang Melayu di Perak dan Selangor. 201 Perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu telah juga menarik minat orang Cina. Pada tahun 1931, 35% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu yang terlibat dalam penanaman getah terdiri daripada orang Cina. Pemerintahan British di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Menjelang tahun 1875 pihak British telah berjaya memulihkan keamanan di Perak, Selangor dan Sungai Ujongyang kaya dengan bijih timah. Pemerintahan British melalui Sistem Residen telah memberi jaminan keselamatan harta dan nyawa. Keadaan ini telah mendorong orang-orang Cina untuk berhijrah ke negeri-negeri Melayu tersebut. Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 telah mewujudkan sistem kerajaan yang lebih cekap dan menjamin kestabilan politik. Keadaan ini telah menambahkan penanaman modal di NegeriNegeri Melayu Bersekutu oleh pelabur-pelabur Eropah dan Negeri-Negeri Selat. Perusahaan bijih timah dan getah mula berkembang dengan pesat dan terdapat keperluan tenaga buruh yang ramai. Keadaan sedemikian telah menarik minat orang Cina. Malahan kerajaan British telah menggalakkan penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu bagi tujuan membangunkan ekonominya. Tiada terdapat sebarang sekatan ke atas penghijrahan masuk semua kaum ke Tanah Melayu sehingga tahun 1929.202 Kewujudan perkhidmatan kapal-kapal stim telah juga menggalakkan penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu. Kapal-kapal stim telah membekalkan satu kaedah perjalanan laut yang bukan sahaja cepat tetapi murah. Daya usaha penduduk Guangdong dan Fujian merupakan satu faktor penting bagi penghijrahan mereka ke Tanah Melayu. 203 Sifat suka mengembara penduduk tersebut telah mendorong mereka untuk memulakan penghidupan baru di seberang laut.

Perkhidmatan kapal-kapal stim dan daya usaha penduduk Guangdong dan Fujian.

199 200

Ooi Jin Bee., op.cit., 110.

Ibid, 111. 201 Ibid.
202 203

Victor, P. (1967). The Chinese In Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 297. Ibid, 6.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Penduduk Cina Di Tanah Melayu Orang Cina yang telah berhijrah ke Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai suku kaum yang berbeza antara satu sama lain dari segi loghat, adat dan pengkhususan ekonomi. Malahan terdapat sikap permusuhan di antara mereka. Suku-suku kaum utama orang Cina di Tanah Melayu ialah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew, dan Hainan. Mereka lazimnya cenderung menjalankan pekerjaan-pekerjaan yang berlainan dan tinggal bersama-sama dengan ahliahli kelompok sendiri. Pada umumnya orang Hokkien merupakan peniaga-peniaga dan pekedai-pekedai manakala orang Kantonis merupakan pelombong-pelombong dan tukangtukang mahir seperti tukang kayu, tukang kasut dan tukang besi. Kebanyakan orang Teochew merupakan pekedai-pekedai dan peladang-peladang. Mereka telah membuka ladang-ladang tebu di Province Wellesley dan Pulau Pinang dan ladang-ladang gambir dan lada hitam di Johor. Orang Hakka pula merupakan pelombong-pelombong manakala orang Hainan telah membuka kedai-kedai makanan dan membekalkan perkhidmatanperkhidmatan domestik. Suku kaum Cina yang terbesar di Tanah Melayu ialah Hokkien. Pada tahun 1921, 32.4% (380, 656 orang) daripada jumlah penduduk Cina di Tanah Melayu (1, 174, 777) terdiri daripada orang Cina Hokkien. Jumlah peratus dan bilangan orang Cina di Tanah Melayu pada tahun 1921 mengikut suku-suku kaum Cina adalah seperti berikut:-204 Jadual 1. Suku-Suku Kaum Cina Di Tanah Melayu ________________________________________________________

Suku-Suku Kaum Cina
Hokkien Kantonis Hakka Teochew Hainan Lain-lain Jumlah

Jumlah

%

380, 656 332, 307 218, 139 130, 231 68, 393 45, 051 1, 174, 777

32.4 28.3 18.6 11.1 5.9 3.7 100.0

Bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu telah bertambah dengan pesat pada abad ke-20. Malahan pada tahun 1941, orang Cina merupakan kaum terbesar di Tanah Melayu. Jumlah peratus penduduk Cina adalah 43% manakala kaum Melayu adalah 41%. Tambahan dalam bilangan penduduk orang Cina di Tanah Melayu antara tahun-tahun 1901 hingga 1941 adalah seperti berikut:-205 Jadual 2. Bilangan Penduduk Cina Di Tanah Melayu Antara Tahun-Tahun 1901 Hingga 1941 ___________________________________________________________________________

Tahun
1901 1911 1921 1931 1941

Bilangan Penduduk Tanah Melayu
1, 2, 3, 4, 5, 227, 195 644, 489 338, 545 345, 503 545, 173

Bilangan Penduduk Cina
583, 396 914, 143 1, 170, 551 1, 703, 528 2, 418, 615

% Bilangan Penduduk Cina
48.0 35.0 36.0 39.0 44.0

204 205

Ibid, 299.
Ooi Jin Bee., op.cit., 113.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Kebanyakan orang Cina telah menetap di bandar-bandar perlombongan seperti Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur, dan Seremban serta di kawasan-kawasan ladang getah. Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyakan orang Cina di Tanah Melayu bukan penduduk tetap. Bilangan penduduk Cina terumbang-ambing bergantung kepada pasang surut keadaan ekonomi Tanah Melayu. Tujuan mereka adalah semata-mata untuk mencari kekayaan dan seterusnya kembali menetap di negara China. Menjelang tahun 1921, hanya 22% daripada jumlah orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu. Bilangan kaum lelaki Cina jauh melebihi jumlah kaum wanita. Selepas Perang Dunia Kedua, penduduk Cina di Tanah Melayu lebih stabil. Peratus bilangan orang Cina yang dilahirkan di Tanah Melayu pada tahun 1957 adalah 74.7%. Pada tahun 1957, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu adalah 2, 332, 936 orang yang merupakan 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.206

Pendidikan Cina

Kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19 mempunyai kait rapat dengan dasar pentadbiran British. Pendidikan Cina di Tanah Melayu dipelopori oleh mubalighmubaligh Kristian. Persatuan Mubaligh London telah menubuhkan sebuah sekolah Cina di Melaka pada bulan Ogos 1815. Namun demikian, kebanyakan sekolah Cina telah dibuka dan diselenggarakan oleh masyarakat Cina sendiri. Pada tahun 1854, sebuah sekolah Cina telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin Hokkien di Singapura. Di antara tahun-tahun 1854-1884 lebih daripada 100 buah sekolah Cina telah dibuka di Tanah Melayu. Sekolah-sekolah ini menggunakan pelbagai dialek sebagai bahasa pengantar. Murid-murid Cina ini mempelajari kesusateraan klasik Cina secara hafalan. Pendidikan Cina telah berkembang pesat mulai abad ke-20 akibat pengaruh pemimpin-pemimpin politik negara China seperti Kang Yu Wei, dan Sun Yat Sen. Tujuan mereka adalah memupuk kesedaran politik dan perasaan kebangsaan di kalangan orang Cina seberang laut. Sekolah yang berasaskan pengajaran Confucius dan sains moden mula dibuka di seluruh Tanah Melayu dan Singapura. Di antara tahun-tahun 1911 hingga 1919 lebih daripada 50 buah sekolah Cina telah dibuka di Tanah Melayu. Guru-guru dan buku teks dibawa dari negara China. Di setengah-setengah sekolah perkembangan politik di negara China dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran. Mulai tahun 1920, bahasa Mandarin (Guo yu) digunakan sebagai bahasa pengantar di kebanyakan sekolah Cina. Ini adalah selaras dengan perkembangan di negara China di mandarin dijadikan bahasa kebangsaan. Pada tahap awal kerajaan British membenarkan sekolah-sekolah Cina berkembang dengan bebas. British tidak membantu atau mengawal sekolah-sekolah Cina. Namun demikian, pada tahun 1920 kerajaan British telah meluluskan satu Undang-Undang Pelajaran untuk mengawasi sekolah-sekolah Cina. Ini adalah kerana sekolah-sekolah Cina telah mula diresapi oleh ejen-ejen komunis dari negara China. Di bawah Undang-Undang Pelajaran 1920, semua guru dan sekolah dikehendaki mendaftar dengan kerajaan. Kerajaan British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolahsekolah Cina pada tahun 1923. Kerajaan British telah melantik seorang Nazir sekolahsekolah Cina pada tahun 1924 untuk mengawasi sekolah-sekolah Cina. Sekolah Cina mempunyai pelajaran rendah selama 6 tahun, menengah rendah selama 3 tahun dan menengah atas selama 3 tahun. Sekolah-sekolah menengah menyediakan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti di negara China. Kualiti pelajaran sekolah Cina lebih tinggi daripada kualiti pelajaran sekolah-sekolah Melayu kerajaan dan sekolah-sekolah Tamil. Peruntukan persekutuan bagi sekolah Cina telah bertambah berlipat ganda menjelang tahun 1938.207

206 207

Ibid, 125. Abu Zahari Abu Bakar. (1980). Perkembangan Pendidikan Di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 26.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Nasionalisme Cina Di Tanah Melayu Pada umumnya, kesedaran politik di Tanah Melayu mula-mula timbul di kalangan orang Cina. Merekalah yang mula sekali membentuk parti politik. Politik orang Cina di Tanah Melayu tertumpu kepada pergolakan politik di negara China. Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyakan daripada mereka menganggap negera China sebagai tanah air mereka. Namun demikian, terdapat kegiatan-kegiatan politik yang berorientasikan Tanah Melayu dan Singapura di kalangan orang Cina yang lahir di Negeri-Negeri Selat (Baba) dan merupakan rakyat British. Golongan minoriti ini telah menuntut hak-hak yang sama dengan orang Melayu sebagai penduduk Tanah Melayu. Kepentingan-kepentingan mereka diperjuangkan oleh Straits Chinese British Association yang ditubuhkan pada 17 Ogos 1900 di Singapura. Pemimpin-pemimpin utamanya ialah Tan Jiak Kim, Lim Boon Keng, Song Ong Siang dan Seah Liang Seah. Cawangannya di Melaka telah juga ditubuhkan pada tahun 1900 dengan Lee Keng Liat dan Tan Chay Yan sebagai pemimpin-pemimpin utama. Asal-usul kesedaran politik orang Cina di Tanah Melayu boleh dikesan melalui Perang China-Jepun tahun 1894 hingga 1895. Kekalahan negeri China dalam perang tersebut telah membangkitkan kemarahan orang Cina di seberang laut.208 Pada tahun 1897 seramai 18 orang Cina Melaka telah berkumpul di negeri Johor dan menubuhkan Persatuan Lapan Belas Kawan (Jiu Guo Shi Ba Yu). Pemimpin mereka ialah Sim Hong Pak (Shen Hung Po), seorang pedagang yang kaya dari Melaka.209 Peristiwa politik awal di negera China yang telah menarik minat sebilangan orang Cina di Tanah Melayu adalah Gerakan Pembaharuan di bawah pimpinan Kang Yu Wei. Kang Yu Wei telah memperkenalkan Rancangan Pembaharuan 100 Hari dengan persetujuan Maharaja Kuang Hsu dalam tahun 1898 untuk memodenkan negara China. Rancangan Pembaharuan 100 hari telah gagal dan Kang Yu Wei telah melarikan diri ke Singapura dalam tahun 1900 di mana beliau telah menubuhkan Pao Huang Hui atau Parti Penyokong Raja (Royalist Party) dengan sokongan beberapa orang Cina yang kaya. Pengerusinya ialah Khoo Seok Wan yang memimpin dari tahun 1874 hingga 1941.210 Pao Huang Hui telah mendapat sokongan ramai orang Cina yang kaya dan konservatif. Kang Yu Wei telah menyeru kepada orang Cina untuk menumpukan taat setia kepada Maharaja Kuang Hsu dan negara China. Pengaruh Gerakan Pembaharuan di Perak dan Selangor adalah kuat di kalangan persatuanpersatuan perniagaan dan perlombongan Cina. Orang Cina di Singapura dan Tanah Melayu telah memberi bantuan kewangan kepada Kang Yu Wei semasa beliau melancarkan satu pemberontakan di Hankow pada bulan Ogos 1900. Khoo Seok Wan sendiri telah menderma wang sebanyak $250, 000.00.211 Pemberontakan tersebut yang gagal telah menghampakan golongan reformis Cina di Singapura dan Tanah Melayu. Kehampaan mereka telah bertambah dengan kematian Maharaja Kuang Hsu pada tahun 1908. Golongan reformis Cina tersebut seterusnya mula menyokong gerakan revolusioner di negara China yang dipimpin oleh Sun Yat Sen. Dalam abad ke-20, gerakan revolusioner (anti Qing) di negara China di bawah pimpinan Sun Yat Sen telah mempengaruhi kegiatan politik orang Cina di Tanah Melayu. Gerakan revolusioner telah mendapat sokongan kaum Cina di Tanah Melayu memandangkan kebanyakan daripada mereka telah berhijrah ke Tanah Melayu untuk mengelakkan kekejaman kerajaan Qing di negara China selatan. Sun Yat Sen telah menubuhkan Hsing Chung Hui dalam tahun 1894 dengan tujuan menggulingkan kerajaan Qing dan menubuhkan sebuah republik. Beliau telah melawat Singapura pada bulan Julai 1900 untuk mendapatkan sokongan orang Cina terhadap perjuangannya di negara China. Kejayaan Sun Yat Sen adalah terhad. Kepopularan gerakan revolusioner di kalangan orang Cina Tanah
208
209

Kelly, N. (1997). History of Malaya and Southeast Asia. Singapore: Heinemann. Khoo Kay Kim. (1972). The Western Malay States 1850-1873. New York: London Oxford University Press. 210 Meribeth, E. C. (1963). The Reform Movement in China 1898-1912. New York: Octagon Books Inc., 24.
211

Ibid.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Melayu dan Singapura hanya bermula dengan penubuhan Chung Ho Tang oleh Yu Lieh pada tahun 1901. Yu Lieh merupakan rakan seperjuangan Sun Yat Sen. Beliau telah merintis jalan bagi kepopularan Gerakan Revolusioner di Tanah Melayu dan Singapura. Chung Ho Tang merupakan kelab revolusioner yang bergabung dengan Hsing Chung Hui dan telah mulamula sekali ditubuhkan oleh Yu Lieh di Yokohama, negara Jepun. Cawangan-cawangan Chung Ho Tang telah dibuka di Kuala Lumpur, Penang, Perak, Johor dan Seremban. 212 Dalam tahun 1905, Sun Yat Sen telah menubuhkan Tung Meng Hui yang merupakan gabungan Hsing Chung Hui dengan lain-lain golongan anti Qing. Sun Yat Sen telah melawat Tanah Melayu dalam tahun 1906 dan telah menubuhkan cawangan Tung Meng Hui di Singapura. Pemimpin-pemimpin utamanya ialah Tan Chor Lam, Teo Eng Hock dan Lim Nee Soon. Cawangan-cawangan lain telah ditubuhkan di Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Kuala Pilah, Kampar, Kuantan, Taiping, Muar dan Ipoh. Orang-orang Cina telah memberi bantuan kewangan kepada gerakan revolusioner ini di bawah pimpinan Sun Yat Sen yang akhirnya telah berjaya menubuhkan Republik China dalam tahun 1912. Sun Yat Sen telah menyifatkan orang Cina di seberang laut sebagai “Ibu Revolusi China” kerana sumbangan kewangan mereka yang banyak. Malah ada di antara pemuda-pemuda Cina di Tanah Melayu telah pulang ke negara China untuk membantu gerakan revolusioner menggulingkan kerajaan Qing. 213 Kejayaan Revolusi China telah mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan orang Cina di Tanah Melayu. Selepas penubuhan Republik negara China, Tung Meng Hui telah disusun semula sebagai Parti Kuomintang dalam tahun 1912. Tujuan-tujuan Kuomintang adalah untuk memodenkan negara China dan mengukuhkannya melalui perindustrian dan modenisasi. Kuomintang terpaksa bergantung kepada orang Cina di seberang laut bagi bantuan kewangan untuk memodenkan negara China. Kuomintang telah menghantar Lu Tien Min dan Chui Chi Hsien ke Tanah Melayu untuk menubuhkan cawangan-cawangan parti tersebut. Cawangan Kuomintang di Singapura telah ditubuhkan pada 18 Disember 1912. 214 Konsep Kuomintang yang menganggap semua orang Cina di seberang laut sebagai warganegara negara China atau Hua Chiao telah menarik minat orang Cina di Tanah Melayu. Sepanjang tahun 1913 banyak cawangan Kuomintang telah ditubuhkan di Tanah Melayu. Kebanyakan ahli Kuomintang terdiri daripada orang Cina yang dilahirkan di negara China. Ahli-ahli Kuomintang di Tanah Melayu telah memberi sumbangan kewangan terhadap usaha pemodenan negara China. Dalam tahun-tahun 1920-an propaganda Kuomintang telah disebarkan melalui sekolah-sekolah. Kuomintang telah mula diresapi oleh anasir-anasir komunis memandangkan terdapat perikatan Kuomintang dengan Komunis pada tahun 1923 di negara China. Pihak komunis dalam Kuomintang sering melancarkan permogokan dan kegiatan anti British. Oleh itu, Kuomintang telah diharamkan pada tahun 1925. 215 Parti Komunis Malaya telah ditubuhkan dalam tahun 1930 dengan matlamat menubuhkan sebuah Republik Komunis Malaya.216 Parti Komunis Malaya telah bergerak di bawah tanah dan dan hampir kesemua ahlinya terdiri daripada orang Cina. Ahli-ahli Parti Komunis Malaya telah berjaya menyusup ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja, sekolah-sekolah persendirian dan pertubuhan-pertubuhan belia. Dalam tahun-tahun 1937-1938, Parti Komunis Malaya telah melancarkan beberapa permogokan yang telah mengakibatkan penangkapan dan pembuangan beberapa pemimpin Parti Komunis Malaya ke negara China. Keadaan ini telah mengakibatkan kemerosotan pengaruh Parti Komunis Malaya di Tanah Melayu.

212 213

Tan Ding Eng. (1976). A Portrait of Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Kenneth, S. L. (1970). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 109. 214 Wolfgang, F. (1980). A Century of Chinese Revolution 1851-1949. Columbia: University of South Carolina Press, 66. 215 O‟balance, E. (1966). Malaya: The Communist Insurgent War, 1948-1960. Connecticut: Archon Books, 21.
216

Ibid, 23.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Sehubungan itu, serangan Jepun ke atas negara China dalam tahun 1937 telah mempengaruhi kegiatan politik orang Cina di Tanah Melayu. Kegiatan politik orang Cina telah berubah dari penentangan terhadap British kepada penentangan terhadap Jepun. Orang Cina di Tanah Melayu telah memulaukan barang-barang buatan Jepun dan telah menubuhkan Tabung Bantuan Negara China. Di antara bulan Julai 1937 dan November 1940. Tanah Melayu telah mengutip sebanyak $146 juta bagi tabung tersebut. 217 Beratus-ratus orang Cina telah pulang untuk mempertahankan negara China dari serangan Jepun. Sebanyak 207 “Persatuan menyelamatkan Negara” telah ditubuhkan oleh orang Cina di Tanah Melayu.218 Pengaruh Parti Komunis Malaya di kalangan orang Cina telah bertambah apabila ianya memainkan peranan penting dalam memupuk perasaan anti Jepun. Apabila negara Jepun menguasai Tanah Melayu dan Singapura mulai 15 Februari 1942, Parti Komunis Malaya telah menubuhkan Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya (MPAJA) bagi menentang Jepun. 219 Kuomintang pula telah menubuhkan Malayan Overseas Self-Defence Army (MOCSDA) yang adalah kurang popular berbanding dengan MPAJA. Kerajaan British telah mengesahkan Parti Komunis Malaya dan memberi bantuan senjata serta latihan kepada MPAJA. Pengaruh Parti Komunis Malaya telah bertambah. Dengan penubuhan Republik Komunis Negeri China dalam tahun 1949 di bawah pimpinan Mao Tse Tung, kegiatan Kuomintang di Tanah Melayu telah terhenti. Kuomintang telah diharamkan dan ia hanya wujud pada nama sahaja. Parti Komunis Malaya telah diharamkan dalam tahun 1948 apabila ianya melancarkan pemberontakan bersenjata di Tanah Melayu. Pemberontakan tersebut telah gagal dan Parti Komunis Malaya kini bergerak di bawah tanah. Selepas Perang Dunia Kedua, orang-orang Cina di Tanah Melayu telah menumpukan perhatian terhadap pergolakan politik tempatan. Pemimpin-pemimpin Cina seterusnya menubuhkan Persatuan Cina Malaya (Malayan Chinese Association) pada 27 Februari, 1949. 220 Peresidennya ialah Tan Cheng Lock. Tujuan penubuhan Persatuan Cina Malaya adalah melindungi kepentingan ekonomi, dan politik Cina untuk menentang Komunis, menyatukan orang Cina untuk menentang Komunis, bekerjasama dengan kerajaan dan menganggap Tanah Melayu sebagai tanahair, memberi imej yang baik kepada orang Cina di Tanah Melayu kerana ramai pengganas Komunis terdiri daripada orang Cina, dan mendapatkan keyakinan kerajaan dan menunjukkan ketaatan kepada negara baru iaitu, Tanah Melayu. Kesimpulan Orang Cina gelombang pertama datang pada abad kelima belas apabila terdapat hubungan antara perdagangan antara kerajaan Melaka dengan negara China. Sejak awal abad ke-18 telah ada petempatan-petempatan pedagang Cina di Pahang, Kelantan, dan Terengganu Kebanyakan daripada mereka berketurunan Fujian. Selain itu, mereka juga menetap di Negeri-Negeri Selat. Pada pertengahan abad ke 19, orang Cina gelombang kedua berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Mereka berasal dari selatan China terutamanya dari daerah Fujian, Guangdong, Guangxi, dan Hainan. Suku-suku kaum Cina di Tanah Melayu terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat lima kumpulan dialek utama iaitu, Hakka, Kantonis, Fujian, Teochew, Hainan, dan lain-lain. Mereka membentuk penempatan di Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Johor terutamanya di lombong-lombong bijih timah, ladang getah dan gambir untuk bekerja sebagai buruh lombong dan ladang dengan sokongan British. Kebanyakan orang Cina dapat dijumpai di pantai Barat. Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu secara besar-besaran pada pertengahan abad ke-19. Antara sebab penolaknya adalah kesengsaraan sosial dan ekonomi orang-orang Cina sebagai petani di negara China, dan kekacauan dan amalan
217 218 219 220

Ibid, 25. Ibid, 28.
Harry, M. (1965). The Story of Malaysia. London: Faber & Faber, 156-157. Gordon, P.M. (1976). Malaysian Politics. London: Hodder & Stoughton, 45-46.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

rasuah politik di bawah pemerintahan kerajaan Qing. Manakala sebab penariknya adalah perkembangan perusahaan bijih timah dan getah di Tanah Melayu, dan pemerintahan Inggeris di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Selain itu, kewujudan perkhidmatan kapal-kapal laut stim juga menggalakkan penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu. Sifat suka mengembara orang Cina Guangdong dan Fujian turut mendorong mereka berhijrah untuk memulakan penghidupan baru di seberang laut. Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyakan orang Cina di Tanah Melayu bukan penduduk tetap. Mereka datang semata-mata untuk mencari kekayaan dan seterusnya kembali menetap di negara China. Mereka menganggap negera China sebagai tanah air mereka. Namun demikian, terdapat kegiatan-kegiatan politik yang berorientasikan Tanah Melayu dan Singapura di kalangan orang Cina yang lahir di Negeri-Negeri Selat (Baba) dan merupakan rakyat British. Kepentingan-kepentingan sosioekonomi mereka diperjuangkan oleh Straits Chinese British Association. Pengaruh Gerakan Pembahuruan, Gerakan Revolusioner, dan Perang China-Jepun 1894-1895 serta Perang China-Jepun 1937 di negara China telah menimbulkan kesedaran dan mencorakkan perkembangan politik orang-orang Cina di Tanah Melayu. Pendidikan Cina yang diasaskan oleh masyarakat Cina turut berperanan memberi pembangunan sosial dan mencorakkan perkembangan awal politik orang Cina di sini. Walau bagaimanapun, selepas Perang Dunia Kedua, penduduk Cina di Tanah Melayu lebih stabil. Orang-orang Cina di Tanah Melayu telah menumpukan perhatian terhadap pergolakan politik tempatan. Pemimpin-pemimpin Cina seterusnya menubuhkan Persatuan Cina Malaya (Malayan Chinese Association) pada 27 Februari, 1949 untuk memperjuangkan nasib dan masa depan orang-orang Cina di Tanah Melayu. Rujukan Abu Zahari Abu Bakar. (1980). Perkembangan Pendidikan Di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Blondeau, A.M., Buffetrille, K. & Wei Jing (2008). Authenticating Tibet: Answers to China's 100 Questions. California: University of California Press. Caroline Wong Mei Leng. (1992). Sistem Kangcu di Johor 1844-1917. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia. Cheah Boon Kheng. (2001). Early Modern History 1800-1940. Singapore: Archipelago Press an Imprint of Edition Didier Millet Pte. Ltd Gordon, P.M. (1976). Malaysian Politics. London: Hodder & Stoughton. Gullick, J.M. (1988). Kuala Lumpur 1880-1895 A City In The Making. Petaling Jaya: Pelanduk Publication. Harry, M. (1965). The Story of Malaysia. London: Faber & Faber. Henry, K.N. (1924). The Story of California From the Earliest Days to the Present. Chicago: A.C. McClurg & Co. Howard, W.F. & Lydia, P. (2007, August 17). Chinese flocking in numbers to a new frontier: Africa. The New York Times, 1-2. Retrieved October 22, 2011 from, http://www.nytimes.com/2007/08/17/world/africa/17ihtmalawi.3.7159493.html?pagewanted=2. Kelly, N. (1997). History of Malaya and Southeast Asia. Singapore: Heinemann. Kenneth, S. L. (1970). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Khoo Kay Kim. (1972). The Western Malay States 1850-1873. New York: London Oxford University Press. Meribeth, E. C. (1963). The Reform Movement in China 1898-1912. New York: Octagon Books Inc. O‟balance, E. (1966). Malaya: The Communist Insurgent War, 1948-1960. Connecticut: Archon Books. Ooi Jin Bee. (1967). Land, People and Economy in Malaya. London: Longman.

PUSAKA HISTORY JOURNAL VOLUME 1 (II), 2012 JUNE 1

Tan Ding Eng. (1976). A Portrait of Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Victor, P. (1967). The Chinese In Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Wolfgang, F. (1980). A Century of Chinese Revolution 1851-1949. Columbia: University of South Carolina Press.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->