P. 1
kertas kerja

kertas kerja

|Views: 30|Likes:
Published by Mexnuel Pinus

More info:

Published by: Mexnuel Pinus on Jul 06, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/25/2013

pdf

text

original

ISU 1: NILAI MORAL MASYARAKAT CHINA BEIJING – Seorang budak perempuan berusia dua tahun, Wang Yue yang

menjadi mangsa langgar lari pada 13 Oktober lalu, dilaporkan telah meninggal dunia seminggu kemudian. Mangsa telah dilanggar oleh dua buah kenderaan berbeza serta tidak diendahkan oleh orang awam yang lalu lalang, mencetuskan kegemparan atas apa yang digelar sebagai “masyarakat moden yang tidak bermoral”. Menurut laporan media tempatan, Agensi Berita Xinhua, pihak hospital gagal menyelamatkan mangsa walaupun pelbagai usaha telah dilakukan. Mangsa meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak pada awal Jumaat lalu, seminggu selepas kejadian. Kejadian yang berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa telah dilanggar oleh sebuah van, sebelum dilanggar lagi untuk kali kedua oleh sebuah lori. Beberapa orang pejalan kaki dan pemandu motorsikal yang melalui tempat kejadian pula hanya menyaksikan sahaja mangsa yang sedang tercedera tanpa memberikan sebarang bantuan. Beberapa minit kemudian, baharulah seorang wanita muncul untuk menarik mangsa ke tepi jalan sebelum kelibat ibu mangsa kelihatan. Kedua-dua pemandu berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut.

ULASAN ISU NILAI MORAL MASYARAKAT CHINA : Mangsa telah dilanggar oleh dua buah kenderaan berbeza serta tidak diendahkan oleh orang awam yang lalu lalang, mencetuskan kegemparan atas apa yang digelar sebagai “masyarakat moden yang tidak bermoral”. Bagi Negara China , Fenomena ini adalah sesuatu yang biasa dan bukanlah sesuatu yang baru. Hal ini kerana undang-undang di negara China antaranya termasuk dalam perihal kemalangan. Sebagai contoh, antara sebab mereka tidak menolong kanak kecil itu adalah sekiranya mereka menolongnya, kos rawatan akan ditanggung sepenuhnya oleh mereka. Jadi dari perspektif

pemandu kenderaan ketika itu, setelah pemandu tersebut

terlanggar budak itu, pemandu itu mungkin merasakan jika budak itu telah mati, dia hanya perlu

membayar denda sahaja berbanding jika budak itu masih hidup, pemandu itu terpaksa menanggung kos rawatan budak itu sepanjang hidup sehingga budak itu sihat. Oleh itu, pemandu itu terus melanggar budak itu dengan harapan budak itu mati. Tindakan yang dilakukan ke atas Yue Yue dianggap amat kejam dan amat dikecam di seluruh negara. Berdasarkan situasi ini sahaja ini kita dapat mengetahui nilai sesuatu budaya adalah berbeza antara satu sama lain. Nilai moral dan undang-undang sebegini tidak patut di amalkan bagi mereka yang mempunyai nilai kemanusiaan. Asas pegangan nilai moral sebegini boleh dihapuskan sekiranya seseorang individu mempunyai pegangan agama yang kukuh , kerana semua agama melarang perbuatan tidak bermoral ini.

ISU 2 : JENAYAH JUVANA DAN MORAL KOTA KINABALU: Sepanjang tahun 2011, kira-kira 357 kes juvana yang melibatkan pelajar telah ditangkap atas pelbagai kesalahan jenayah. Walaupun angka itu kelihatan agak mengejutkan, belia yang terlibat dalam jenayah sebenarnya kurang lima peratus daripada jumlah 2,355 pesalah yang berjaya ditangkap di seluruh negeri.Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Hamza Taib berkata antara Januari hingga November tahun ini, seramai 96 pelajar telah ditahan kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah.“Antara jenayah yang dilakukan oleh belia adalah seperti

kecurian kecil, pecah rumah, kekerasan dan rogol. Manakala ada yang ditangkap kerana kesalahan yang serius.“Walaupun angka lima peratus adalah kecil, mereka yang terlibat atau ditangkap masih agak tinggi jika dalam kategori belia,” katanya pada sidang media selepas berucap

sempena Hari Kesedaran Jenayah Dengan Belia 2011, di sini, kelmarin.Hamza berkata, program seumpama itu diadakan bagi memberi tumpuan khususnya kepada golongan belia dan memberi kesedaran tentang jenayah yang boleh berlaku kepada mereka.Beliau berharap melalui program yang dianjurkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu boleh membantu mendidik belia dalam pencegahan jenayah supaya tidak terlibat dalam aktiviti atau gejala sosial yang tidak sihat. “Kita mahu seluruh masyarakat termasuk belia bekerjasama dengan pihak polis dalam menangani serta mengurangkan jenayah di negara kita,” katanya, sambil menambah bahawa pegawai polis dan kakitangan sentiasa mesra dan mudah didekati serta akan sentiasa mendengar masalah yang diajukan oleh masyarakat. Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Yee Moh Chai, Timbalan Pesuruhjaya Negeri Polis, Datuk Tan Kok Liang, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir dan wakil Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (Sabah), Datuk Francis Yap.

ULASAN ISU JENAYAH JUVANA DAN MORAL Jenayah juvana adalah merujuk kepada perlakuan jenayah atau anti-sosial golongan remaja yang bertindak menyalahi undang-undang dan enggan menjalankan kewajipan sosial mereka. Ia merupakan satu isu sosial yang penting kerana golongan ini adalah kumpulan yang menyalahi undang-undang dan mengganggu hak asasi manusia dan masih belum

ditanggungjawabkan sepenuhnya. ini,masyarakat kita Hari telah

dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah. bapa begitu Peranan penting ibu dalam

mendidik anak-anak. Ada juga dalam kalangan ibu bapa yang tidak ambil berat tentang

pendidikan bermulalah

agama.Jadi, kehidupan anak

tersebut tanpa didikan agama dan moral seterusnya mereka mudah terjebak dalam kes-kes jenayah seperti ini. Ibu bapa ialah individu paling dekat dan paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah dalam kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh. Antara langkah-langkah yang boleh diambil

ialah ibu bapa perlu mendidik anak-anaknya dari kecil sebelum terlambat.Ibu bapa perlulah menberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Selain itu,ibu bapa juga selalu memantau anak-anak terutama dari segi pergaulan mereka. Ibu bapa seharusnya memberi galakan kepada anak-anak mereka dalam menyertai aktiviti-aktiviti seperti ceramah-ceramah agama dan ceramah berbentuk kerohanian yang sesuai bagi anakanak mereka.Ini boleh memberi panduan kepada mereka dalam mencari kehidupan yang benar.

KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI CAWANGAN TERENGGANU
JABATAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN MORAL MPW 1153 LAPORAN KERJA KURSUS INDIVIDU

DISEDIAKAN OLEH : MEXNUEL PINUS TP04103009

PENSYARAH : UST. MOHAMAD NORHAFIEZUL AMRIE BIN BUNGSU

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->