You are on page 1of 5

Yang Berbahagia Tuan/Puan/Muslimin /Muslimat Warga PTSS dan sesiapa yang berkenaan

PROGRAM PENGHAYATAN RAMADHAN AL MUBARAK TAHUN 14 AL-MUBARAK 1433H/2012 M ANJURAN PUSAT ISLAM LUQMAN AL HAKIM PTSS

Perkara di atas adalah dirujuk.

InsyaAllah, bulan Ramadhan Al-Mubarak 1433 H akan datang lagi dan kita sebagai umat Islam akan melaksanakan satu lagi rukun Islam yang ketiga iaitu per ntah melakukan ibadah puasa. perintah Bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dan menawarkan ganjaran pahala berganda kepada sesiapa sahaja yang menjalani ibadah puasa pada siang hari dan beribadah pada malamnya semata mata kerana Allah SWT. Antara amalan mulia yang perlu ditingkatkan pada bulan Ramadhan ialah memperbanyakkan amalan bersedekah, yakni membelanjakan harta yang kita sayangi bagi membantu gulungan dhoif dan miskin terutama didalam memberi gi makan minum kepada orang orang yang berbuka puasa.

Sehubungan dengan kedatangan bulan mulia ini, Pusat Islam Luqman Al Hakim P PTSS akan mengadakan pelbagai aktiviti kebajikan dan keagamaan yang membolehkan kita semua keagamaan

memperolehi pahala berganda di akhirat nanti dengan menyertai pilihan ibadah yang telah kami sediakan. Antara program yang akan dilaksanakan selain dari sembahyang dari sunat

terawih berjemaah ialah:

1.

Mengadakan jamuan berbuka puasa & sepanjang di bulan Ramadhan.

2.

Mengadakan majlis bacaan tahlil arwah khusus kepada arwah kedua ibubapa, keluarga dan sahabat handai tersayang.

3.

Menerima kutipan derma dari anggota untuk disalurkan kepada g golongan fakir miskin / anak anak yat / gulungan Fi Sabillilah yang di dalam PTSS yatim

1. SUMBANGAN MENAJA JAMUAN BERBUKA PUASA SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1433 HIJRAH.

Pihak urusetia akan menyediakan jamuan berbuka puasa kepada para pelajar terutamanya. Anggaran seramai 100 jemaah akan menghadiri majlis jamuan berbuka puasa ini.

Dengan ini adalah dipelawa kepada individu perseorangan / jabatan / unit di PTSS untuk menaja jamuan ini. Pihak urusetia telah menetapkan bayaran mengendalikan jamuan berbuka puasa untuk pakej satu malam sebanyak RM 500.00 ( Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja ) bagi tujuan tersebut. Tajaan untuk satu malam boleh juga dikongsi dengan secara bersama oleh kumpulan individu, bahagian atau unit masing masing mengikut sistem lot yang disediakan ( Lampiran A).

Oleh kerana bilangan hari adalah terhad, tempahan awal akan diutamakan dahulu.

Tempahan bagi penetapan tarikh dan hari, boleh menghubungi USTAZ RAZAK BIN NORDIN di talian : 012 4206431

Muslimin Muslimat adalah dijemput hadir pada majlis berbuka puasa tersebut.

MENGADAKAN BACAAN TAHLIL ARWAH

Bacaan tahlil arwah ini adalah khusus untuk arwah datuk nenek, ayah bonda dan juga arwah keluarga maupun sahabat handai yang kita sayangi yang telah pergi menemui Tuhan terlebih dahulu, iaitu sebagai tanda cinta dan sayangnya kita kepada mereka. Kepada yang ingin membuat jariah melalui skim ini hendaklah mengisi borang tahlil arwah ( Lampiran B) dan mengembalikan borang tersebut kepada mana mana ahli jawatan kuasa beserta dengan bayaran sedekah masing masing. Pihak urusetia tidak menghadkan jumlah sumbangan yang ingin dijarikahkan. Sumbangan jariah dari

Tuan/Puan akan kami cairkan segera sebelum bulan syawal menjelma tiba.

3.

MEMBERI SUMBANGAN WANG RINGGIT UNTUK DISEDEKAHKAN KEPADA GOLONGAN FAKIR MISKIN/ANAK-ANAK YATIM/FI SABILLILLAH DI PTSS

Pihak urusetia dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar akan mengendalikan kutipan sedekah jariah dari semua untuk kami sampaikan kepada golongan fakir miskin.anak

anak yatim di PTSS dengan harapan agar mereka ini dapat bergembira bersamasama sempena menyambut hari lebaran. Semua sumbangan ini juga akan dicairkan sebelum tibanya hari raya Aidilfitri.

SARANAN

Oleh kerana ganjaran yang tinggi disediakan oleh Allah SWT bagi sesiapa yang membelanjakan hartanya untuk disedekahkan dibulan yang mulia ini, terutama menaja jamuan kepada orang yang berbuka puasa dan bantuan kemanusia kepada gulungan dhoif lagi miskin ini, maka saya amat berterima kasih dan mengalu-alukan penyertaan dari Y.Bhg Dato / Datin / Tuan-Puan untuk sama sama membantu usaha jawatankuasa PUSAT ISLAM bagi menjayakan aktiviti kebajikan dan keagamaan sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini. Sepertimana keterangan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud

Akan diberi ganjaran dan ketinggian darjat serta diampun segala dosa, bagi sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, walau seteguk air, sesuapan tamar atau seisipan susu

Y.Bhg Tan Sri/Dato/Datuk/Datin/tuan puan yang berhasrat untuk membuat sumbangan jariah ini bolehlah mengisi borang permohonan yang disertakan dan mengembalikan kepada pihak Urusetia ihya Ramadhan

Sekian dan salam hormat.

RAZAK BIN NORDIN Pengerusi Pusat Islam Luqman Al Hakim Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

s.k. fail

Lampiran A

CADANGAN JADUAL MAJLIS BERBUKA PUASA RAMADHAN 1433H Pusat Islam Luqman Al Hakim Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

SUMBANGAN Tarikh 01 RAMADAN 02 RAMADAN 03 RAMADAN 04 RAMADAN 05 RAMADAN 06 RAMADAN 07 RAMADAN 08 RAMADAN 09 RAMADAN 10 RAMADAN 11 RAMADAN 12 RAMADAN 13 RAMADAN 14 RAMADAN 15 RAMADAN 16 RAMADAN 17 RAMADAN 18 RAMADAN 19 RAMADAN 20 RAMADAN 21 RAMADAN 22 RAMADAN 23 RAMADAN 24 RAMADAN 25 RAMADAN 26 RAMADAN 27 RAMADAN RM50 RM50 RM50 RM50 RM50 RM50 RM50 RM50 RM50 RM50

Lampiran B Pusat Islam Luqman Al Hakim Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

BORANG TAHLIL ARWAH

Nama dan alamat pemohon

MAJLIS TAHLIL ARWAH RAMADHAN 2012 M / 1433H

Dengan segala hormatnya saya memohon para jemaah surau ini bertahlil bagi arwah-arwah keluarga saya seperti yang tersebut dibawah ini:BIL 1 2 3 4 5 Nota: Jika ruang ini tidak mencukupi sila gunakan borang tambahan. Tiada penetapan NAMA ARWAH PERTALIAN

had sumbangan bagi menyertai ibadah tahlil arwah ini. ( Cadangan sumbangan minimum sebanyak RM10)

Akad: Bersama-sama ini saya sertakan wang sebanyak RM . sebagai sedekah jariah untuk majlis tahlil arwah kepada penama diatas, dan bersetuju wang jariah ini dibelanjakan bagi tujuan kebajikan dan pengimarahan Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun ini.

Sekian dan terima kasih.

. (Tandatangan Pemohon) Tarikh:

Wang sumbangan sebanyak RM . dari Y.Bhg Dato/Datin/Tuan-Puan..bagi menyertai ibadah tahlil arwah 2006/1427 telah diterima dan diucapkan ribuan terima kasih.

Tarikh:..

.. Bendahari

You might also like