You are on page 1of 1

Laporan Hari Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi

Pada 25 April 2012 bersamaan hari Sabtu, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi telah mengadakan Hari Kantin kali ke-21. Hari Kantin itu diadakan di kantin dan kawasan persekitaran sekolah. Hari Kantin telah bemula kira-kira pada pukul 9.00 pagi. Hari Kantin telah dirasmikan oleh Presiden PIBG, Tuan Haji Azmi bin Mansur. Tujuan Hari Kantin ini diadakan untuk mengumpul dana dan melatih murid berniaga dengan cara yang efektif. Dana tersebut untuk membeli komputer bagi kegunaan pusat sumber sekolah Raja Mahadi. Selain itu, wang yang berjaya dikumpul akan digunakan untuk membaik pulih kemudahan dan menceriakan kawasan sekolah. Beberapa hari sebelum Hari Kantin berlangsung, guru-guru, ahli jawatankuasa PIBG serta murid-murid begitu sibuk membuat persiapan. Antaranya, menyediakan bahan-bahan jualan, meyusun atur dan menghias gerai-gerai jualan untuk menarik perhatian orang ramai. Semua berganding bahu melaksanakan tugas masing-masing demi memastikan kejayaan Hari Kantin tersebut. Sebanyak 20 buah gerai telah dibuka untuk mengadakan jualan. Selain pelbagai jenis makanan dan minuman dijual, turut diadakan pertandingan teka kacang, rumah hantu, dan sebagainya. Sebagai menarik perhatian para pengunjung, cabutan nombor bertuah turut diadakan. Berbagai-bagai hadiah menarik telah disediakan. Kehadiran para ibu bapa dan murid-murid sungguh memberangsangkan. Ini mungkin disebabkan promosi yang meluas dilakukan oleh guru-guru melalui kertas edaran dan gantungan sepanduk. Para pemilik gerai sibuk melayan para pelanggan yang datang. Hari Kantin itu telah berakhir pada pukul 5.00 petang. Sebelum bersurai, guru-guru dan murid-murid bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Secara keseluruhan, Hari Kantin telah berjaya mencapai sasarannya. Disediakan oleh, ___________ (Ssharvien Kumar) Murid Tingkatan 3 Kemahiran 1, SMK Raja Mahadi 12 Mei 2012

You might also like