(A) CONTENT BASED Definisi Konsep Menurut kamus dewan (1997:1318), sumber bermaksud asal, mula, atau punca

. Sonia Blandford (1999:xi) pula menjelaskan, “ Sumber ialah alat pembekalan atau sokongan yang dapat membantu pengurus sekolah mencapai matlamatnya. Peruntukan dan pengurusan sumber (belanjawan, bahan, masa dan manusia) adalah penting dalam pengurusan sekolah berkesan dan seharusnya berhubung kait dengan keperluan murid.” Kewangan bermakna perihal wang ataupun segala sesuatu yang berkaitan dengan wang. Kewangan ataupun sumber sekolah bermaksud peruntukan yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan daripada pungutan yang dibuat oleh sekolah sendiri termasuk derma dari para dermawan (Omardin Ashaari, 1996:337). Merujuk Kamus Dewan (1997:274), dasar bermaksud pendirian yang menjadi asas segala tindakan, polisi, faktor terpenting atau asas pokok. Belanjawan pula bermaksud butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan. Menurut Parkinson (Sonia Blandford, 1999: 135), belanjawan ialah rancangan untuk masa hadapan, penyata sumber yang dipadankan dengan hasrat ataupun tujuan, dan agenda praktikal untuk tindakan.

Sumber Kewangan Sekolah Seperti yang sudah diterangkan sebelum ini sumber kewangan sekolah adalah daripada “Kumpulan Wang Sekolah.” Jenis-jenis kumpulan wang sekolah dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan wang kerajaan, kumpulan wang asrama dan kumpulan wang SUWA.

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH Sekolah ialah institusi masyarakat yang diwujudlkan bagi memberikan perkhidmatan dalam khususnya pendidikan. Pengetua bertanggungjawab sebagai pengurus kewangan sekolah perlu memahami dam mematuhi semua prosedur kewangan di sekolah. Oleh sebab itu, pengurusan kewangan sekolah adalah satu lagi perkara penting kepada setiap pengetua di Page 1 of 31

sekolah. Kewangan sebaiknya dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengurusan yang tidak jelas mengikut peraturan kewangan akan menjejaskan perjalanan sekolah secara keseluruhannya (Ibrahim Mamat, 2001). Pengurusan kewangan penting bagi membolehkan pengetua menyelia kerja-kerja yang melibatkan kewangan sekolah yang dijalankan oleh staf sokongannya dengan kerjasama guruguru. Seseorang pengetua juga mesti ingat bahawa tanggungjawab sebenar dan terakhir dalam urusan kewangan terletak pada dirinya. Selain itu, sebarang penyelewengan membawa padah yang besar kepada pengetua sendiri.

GARIS PANDUAN KEWANGAN SEKOLAH Sekolah ialah sebuah institusi pendidikan yang pentadbiran harta dan kewangannya adalah tertakluk pada peruntukan yang terdapat di bawah Akta Pendidikan 1961 dan Accounts & Audit Rules 1962. (KPM, 1994). Di bawah peruntukan tersebut pihak sekolah dikehendaki menyimpan akaun-akaun dan rekod-rekod lain yang berkaitan dengannya dengan sempurna serta menyediakan dan mengemukakan satu penyata akaun berkenaan tahun kewangan yang baru berlalu kepada pihak audit tidak lewat daripada 31 Mac pada tiap-tiap tahun. Seksyen yang berkaitan di bawah Akta Pendidikan berkenaan dengan perkara ini berbunyi seperti yang berikut, “Seseorang pengurus atau penyelia atau orang lain yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sesebuah institusi pendidikan yang dibantu, harus mempunyai sebab bagi menyimpan akaun yang sempurna dan rekod –rekod lain dalam bentuk yang diperlukan oleh pihak kementerian untuk semua perkara kewangan yang berkaitan dengan institusi pendidikan yang dibantu, dan harus sudah menyediakan dan menyerahkan satu penyata akaun tahunan kewangan sebelum ini dengan segera tidak lewat daripada 31 Mac pada setiap tahun.” Walau bagaimanapun, mengikut Surat Pekeliling kewangan Bil 4 Walau

bagaimanapun, mengikut Surat Pekeliling kewangan Bil 4/88 pihak sekolah dikehendaki mengemukakan penyata akaun tersebut satu bulan lebih awal iaitu pada 28 Februari atau 29 Februari tahun berikutnya (yang mana berkenaan). Ini adalah bertujuan membolehkan pelarasan atau pembetulan di buat pada penyata akaun tersebut apabila didapati perlu. Page 2 of 31

KUMPULAN WANG SEKOLAH Kumpulan wang sekolah adalah sejumlah wang yang dikendalikan oleh pihak sekolah daripada sumber kerajaan atau bukan kerajaan dan kumpulan wang ini perlu akaunkan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. Kumpulan wang yang terdapat di sekolah dikategorikan kepada tida kumpulan iaitu Kumpulan Wang Kerajaan, Kumpulan Wang SUWA dan Kumpulan Wang Asrama. Tiap-tiap kumpulan wang ini diselenggarakan secara berasingan yang lazimnya satu akaun bank akan dibuka bagi setiap kumpulan wang tersebut bagi menguruskan kira-kira urus niaga yang berlaku.

KUMPULAN WANG KERAJAAN Kumpulan Wang Kerajaan merupakan semua penerimaan yang diperoleh daripada bantuan dan pemberian kerajaan. Pemberian ini dibuat dalam pelbagai bentuk. Sebahagian besar wang disalurkan melalui bantuan per kapita yang diberi berdasarkan bilangan pelajar. Secara umumnya, ia digunakan bagi keperluan pengajaran dan pembelajaran serta penyelenggaraan sekolah secara keseluruhannya. Antara punca-punca kewangan yang diperakaunkan dalam kumpulan wang kerajaan termasuklah: 1. Bantuan pendidikan (pelajaran /per kapita) daripada kerajaan. 2. Bantuan biasiswa kerajaan. 3. Bantuan rancangan makanan tambahan / Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan. 4. Bantuan gotong-royong / modal. 5. Yuran Peperiksaan Kerajaan.

Apa-apa perbelanjaan yang dibuat daripada kumpulan wang ini hendaklah selaras dengan tujuan sesuatu bantuan atau pemberian.

Page 3 of 31

b. Berdasarkan kumpulan PCG mata pelajaran. Manakala PCG Bukan Mata Pelajaran pula terbahagi 3 iaitu pusaat sumber sekolah. tambahan / bahasa asing dan elektif yang diterima oleh sekolah hendaklah dibelanjakan bagi maksud perbelanjaan: a. JENIS BANTUAN PER KAPITA DAN MAKSUD PERBELANJAAN 1. Penyelenggaraan peralatan termasuk computer yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. LPBT / LPK Asrama dan PCG bagi aktiviti pra sekolah. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna (termasuk kertas Braille) bagi pengajaran dan pembelajaran. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains.PCG) adalah satu bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid sekolah sama ada sekolah bertaraf sekolah kerajaan ataupun Sekolah Bantuan Kerajaan. Grant. Bantuan Per Kapita Mata Pelajaran Bantuan per kapita mata pelajaran bagi teras. c. Ia meliputi PCG mata pelajaran dan PCG bukan mata pelajaran. Pembelian buku rujukan. perisian. Selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa dalam sektor pendidikan masa kini. wajib. Peruntukan PCH yang diterima oleh sekolah hendaklah dibelanjakan pada tahun semasa dan tidak melebihi 10% daripada jumlah asal PCG yang diterima dalam tahun berkenaan yang dibenarkan dibawa ke tahun hadapan. taman herba dan lain-lain yang boleh memberikan pengukuhan kepada program pengajaran dan pembelajaran. Page 4 of 31 . ensiklopedia. video tape dan lain-lain yang bersesuaian untuk pengajaran dan pembelajaran. bimbingan dan kaunseling serta lain-lain perbelanjaan berulangtahun atau perbelanjaan khas. ianya telah dipecahkan kepada 4 iaitu teras. wajib. d. (LPBT / LPK) Sekolah.BANTUAN PENDIDIKAN PELAJARAN ATAU PER KAPITA DARIPADA KERAJAAN Bantuan Per Kapita (Per Capita. tambahan / bahasa asing dan elektif.

Ia hendaklah dibelanjakan bagi maksud perbelanjaan: Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pusat Sumber Sekolah Bantuan per kapita bukan mata pelajaran bagi pusat sumber sekolah meliputi perbelanjaan bagi perpustakaan dan pusat sumber pendidikan. f. Program Pendidikan Khas Integrasi – melengkapkan stesen pembelajaran bagi program pendidikan khas integrasi. ensiklopedia. Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan ataupun hari persekolahan. perisian.e. b. 2. Bimbingan dan Kaunselling Page 5 of 31 . video tape dan lain-lain yang bersesuaian untuk pengajaran dan pembelajaran. Program berunsurkan pendidikan yang boleh member pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan ataupun hari persekolahan. Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan. Pembelian buku rujukan. Penyelenggaraan peralatan termasuk computer yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Bantuan Per Kapita Bukan Mata Pelajaran a.

Bayaran sewaan yang berkaitan dengan program bimbingan dan kaunseling. interen dan pembentungan.Bantuan per kapita bukan mata pelajaran bagi Bimbingan dan Kaunseling Sekolah hendaklah dibelanjakan bagi maksud perbelanjaan: Pembelian buku rujukan. Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan. Bayaran perkhidmatan penceramah luar mengikut kelayakan dalam peraturan-peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa. Penyelenggaraan peralatan termasuk komputer yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Page 6 of 31 . elektrik. setem. perisian. video tape dan lain-lain yang bersesuaian untuk pengajaran dan pembelajaran. ensiklopedia. Perkhidmatan pengiklanan. telegram. LPBT / LPK Sekolah Bantuan per kapita bukan mata pelajaran bagi LPBT / LPK Sekolah hendaklah dibelanjakan bagi maksud perbelanjaan: Bayaran bil telefon. Perkhidmatan percetakan untuk pengurusan sekolah dan bahan pengajaran dan pembelajaran. air. Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan ataupun hari persekolahan. c. Pembaikan kecil sekolah. Penyelenggaraan perabot dan peralatan dan peralatan kelengkapan pejabat termasuk komputer.

d. Pembelian bahan bakar. dan pembetungan.00 adalah dibenarkan.00 perlu mendapatkan kelulusan Ketua PTJ. Penyelenggaraan perabot dan peralatan kelengkapan pejabat termasuk komputer. kelulusan daripada Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran (JMPK) perlu diperoleh. Pembaikan kecil peralatan pengajaran dan pembelajaran bagi murid pendidikan khas dan program pendidikan khas integrasi. LPBT / LPK Asrama Bantuan per kapita bukan mata pelajaran bagi LPBT / LPK Asrama Sekolah hendaklah dibelanjakan bagi maksud perbelanjaan: Bayaran bil telefon. elektrik. setem. Pembaikan kecil sekolah.000. telegram. Perolehan harta modal melebihi RM 10.- Pengangkutan barang-barang. Perbelanjaan untuk keceriaan / kesihatan murid / keselamatan sekolah. - Bayaran balik bagi urusan kecemasan oleh guru / kakitangan sekolah berdasarkan kelayakan tambang teksi. Perbelanjaan bagi keraian yang melibatkan lawatan pihak luar ataupun urusan rasmi. Perolehan harta modal tidak melebihi RM 10. bahan habis guna dan ubat. internet. air. - Pengangkutan murid dan bayaran insurans untuk murid-murid dan guru pengiring.000. Manakala bagi perolehan komputer. - Bayaran yuran kursus untuk guru-guru dan kakitangan sekolah. Page 7 of 31 .

- Perkhidmatan pengiklanan. video tape dan lain-lain yang bersesuaian untuk pengajaran dan pembelajaran. ensiklopedia. e. c. buku rujukan dan lain-lain yang berkaitan bagi kegunaan murid di asrama. kesihatan dan keselamatan penghuni asrama. bahan habis guna dan ubat. Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan. Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah serta penyelenggaraan komputer dan lain-lain peralatan bagi pengajaran dan pembelajaran. Bantuan Per Kapita Pra Sekolah Bantuan Per Kapita Pra Sekolah hendaklah dibelanjakan bagi maksud perbelanjaan: a. ada semasa cuti persekolahan ataupun hari PROSEDUR TUNTUTAN Prosedur tuntutan PCG oleh sekolah terbahagi kepada 2 iaitu: Page 8 of 31 . Pengangkutan barang-barang. b. - Pembelian bahan bakar. Pembelian buku rujukan.- Perkhidmatan percetakan untuk pengurusan sekolah dan bahan pengajaran dan pembelajaran. 3. Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh member pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama persekolahan. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi pengajaran dan pembelajaran. perisian. Perbelanjaan untuk keceriaan. Pembelian majalah. d.

Sekolah Berasrama Penuh serta Sekolah Pendidikan Khas di Sabah. Sekolah yang menyelenggarakan Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (semua jenis sekolah di Semenanjung Malaysia dan Sekolah Teknik / Vokasional. Bagi sekolah yan bertaraf PTJ. Bagi sekolah rendah yang tidak bertaraf PTJ. 2. Tuntutan penyelarasan boleh dibuat sekali oleh sekolah yang mengalami pertambahan murid sekurang-kurangnya 5% ataupun 100 orang murid berbanding bilangan murid pada tarikh asas tuntutan. tambahan / bahasa asing dan elektif. wajib. Tuntutan penyelarasn ini perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Julai tahun semasa.1. Page 9 of 31 . Sarawak dan Wilayah Persekutuan dan Labuan). Tuntutan PCG tahun berkenaan adalah berdasarkan bilangan enrolmen murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya. Sekolah ini perlu mengemukakan tuntutan PCG kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing yang akan seterusnya mengemukakan kepada Pejabat Pembayar bagi urusan pembayaran dan mengkreditkan terus ke dalam Akaun sekolah berkenaan. Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan). Sekolah akan mencatatkan jumlah yang diterima dalam buku vot mengikut kumpulan PCG yang ditetapkan iaitu teras. wajib. 2. tuntutan PCG akan disalurkan ke sekolah melalui waran peruntukan kecil mengikut kadar berdasarkan bilangan murid yang ditetapkan. Tuntutan PCG ditetapkan sekali setahun. peruntukan PCG akan disalurkan melalui waran peruntukan kecil ke PPB / PPD mengikut kadar berdasarkan bilangan enrolmen murid yang telah ditetapkan. ASAS TUNTUTAN 1. Sekolah akan mencatatkan jumlah yang diterima dalam Akaun Kumpulan Wang Kerajaan mengikut kumpulan PCG yang ditetapkan iaitu teras. Peruntukan PCG yang diterima oleh sekolah hendaklah dibelanjakan pada tahun semasa dan tidak melebihi 10% daripada jumlah asal PCG yang diterima dalam tahun berkenaan yang dibenarkan dibawa ke tahun hadapan. tambahan / bahasa asing dan elektif. Sekolah yang tidak menyelenggarakan Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (Bagi sekolah rendah dan menengah di Sabah.

Bagi sekolah / asrama baru yang dibuka selepas 1 Oktober. 4. Page 10 of 31 . tuntutan adalah berdasarkan bilangan murid yang mengambil setiap mata pelajaran dalam setiap kumpulan elektif. Education (Grants) Regulation. 7. 1960. 4. 1961.3. 1962. 3. Education (Grants) (Amendment) Regulations. 6. 1966. Schools (Financial Assistance) (Amendment) Regulations. Bagi mata pelajaran elektif di sekolah menengah. Schools (Financial Assistance) (Amendment) Regulations. tuntutan hendaklah dibuat berdasarkan bilangan enrolmen murid pada tarikh sekolah tersebut beroperasi dan peratus tuntutan yang dibenarkan adalah seperti berikut: Sekolah Beroperasi Januari – Mac April – Jun Julai – September Selepas September Peratus Tuntutan 100% 70% 50% 25% PERATURAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH Selepas sahaja negara mencapai kemerdekaan. Education (Grants) (Amendment) Regulations. Schools (Financial Assistance) Regulations. 1974. Education (Grants) (Amendment) Regulations. 1968. kerajaan telah member peruntukan kepada sekolah-sekolah berdasarkan kepada peraturan bantuan kewangan seperti berikut: 1. 5. 2. Borang tuntutan PCG tahun berkenaan hendaklah dikemukakan oleh sekolah kepada PTJ masing-masing selewat-lewatnya pada 30 November tahun sebelumnya. 1958. 5.

buku. dsb. “Kecuali setakat yang wang diluluskan atau diperuntukkan bagi maksud itu oleh Parlimen atau selainnya. “sumbangan bantuan dan sumbangan modal hendaklah tertakluk kepada syarat. 2. pinjaman ataupun bantuan lain. Penyeliaan tempat tinggal. Pemberian dermasiswa. PEMBERIAN BANTUAN PER KAPITA Page 11 of 31 . tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan sebagai mengenakan apa-apa kewajipan kepada Menteri untuk menubuhkan dan menyenggarakan suatu institusi pendidikan dibawah Akta ini atau untuk menyenggarakan keseluruhan atau sebahagian daripada suatu institusi pendidikan” Dalam seksyen 124 dinyatakan. seksyen 123. Yang ditetapkan.” Menteri mempunyai kuasa menggantung atau membatalkan pembayaran apa-apa sumbangan kepada mana-mana institusi pendidikan jika peruntukan di bawah Akta Pendidikan tidak dipatuhi. Menteri boleh memberikan sama bantuan kewangan ataupun selainnya berkenaan dengan murid ataupun mana-mana golongan murid di institusi pendidikan kerajaan ataupun bantuan kerajaan dan bantuan itu boleh termasuk: 1. Selain itu. bagi maksud membolehkan murid itu menggunakan sepenuhnya kemudahan yang tersedia bagi mereka ataupun bagi maksud memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan hidup mereka. biasiswa.Apabila Akta Pendidikan 1996 dikuatkuasakan pada bulan Januari 1998 dan Akta Pelajaran 1961 dimansuhkan. maka bantuan kewangan ke sekolah-sekolah tetap diberikan berdasarkan Akta yang baru Bahagian XI. pengangkutan. dan perkhidmatan perubatan dan pergigian.

KUASA DAN KAWALAN PERBELANJAAN “Untuk memastikan supaya hal-ehwal kewangannya dijalankan dengan teratur mengikut kehendak Badan Perundangan. termasuk tatacara bagi memungut. ” Oleh itu ketua jabatan. Pemberian ini dibuat bagi memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjalan dengan lancar. menjalankan pula pengawalan yang lebih cermat atas perbelanjaan semua jabatannya dan atas semua perkara mengenai tatacara kewangan dan perakaunan. Kementerian Pendidikan menggariskan peraturan dan tatacara baru dalam pemberian Bantuan Per Kapita mata pelajaran dan bukan mata pelajaran kepada sekolahsekolah. menyimpan dan membayar wang awam dan tatacara bagi membeli.P 1574/17/Jld. Wajib. Bantuan Per Kapita (Per Capita Grant – PCG) adalah bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid sekolah sama ada sekolah yang bertaraf Sekolah Kerajaan ataupun Sekolah Bantuan Kerajaan. pengetua sekolah dan guru besar serta pihak Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu memastikan arahan kawalan perbelanjaan dipatuhi dengan betul supaya sekolah tidak menyalah guna peruntukan yang diberikan. Kerajaan.15(25) bertarikh 11 Februari 2004). menyimpan dan melupuskan barang-barang awam. Tambahan / Bahasa Asing dan Elektif. Mengikut cadangan baru pemberian PCG ini kumpulan PCG mata pelajaran telah dikurangkan kepada empat iaitu Teras. Manakala. Page 12 of 31 . Pusat Sumber Sekolah.Mengikut pekeliling dari Kementerian Pendidikan (Rujukan K. Surat pekelilingini juga mengambil kira LPBT / LPK Asrama dan PCG bagi Aktiviti Prasekolah. Bimbingan dan Kaunseling serta Lain Perbelanjaan Berulang Tahun / Lain-lain Perbelanjaan Khas (LPBT / LPK) sekolah. GERAN PELANCARAN (LAUNCHING GRANT) Geran pelancaran ialah peruntukan yang diberikan oleh behagian Pembangunan. Kementerian Pendidikan Malaysia kepada sekolah-sekolah yang baru beroperasi. Penswastaan dan Bekalan. yang bertindak melalui Perbendaharaan. Ia meliputi PCG mata pelajaran dan PCG bukan mata pelajaran.

00 5.00 3000.00 Bagi sekolah atau asrama baru yang dibuka selepas tarikh 1 Oktober.00 5. Contoh perkiraan kadar PCG yang layak dituntut bagi mata pelajaran elektif sastera Ikhtisas adalah seperti berikut: Mata Pelajaran Ekonomi Asas Perdagangan Prinsip Akaun Ekonomi Rumahtangga Jumlah Bilangan Murid 100 50 150 100 400 Kadar (RM) 5.00 Jumlah (RM) 500. Bagi mata pelajaran elektif sekolah menengah.00 250. tuntutan perlu dibuat berdasarkan bilangan enrolmen murid pada tarikh sekolah itu beroperasi dan peratus tuntutan yang dibenarkan adalah sepeerti yang berikut: Sekolah Beroperasi Januari – Mac April – Jun Peratus Tuntutan 100% 70% Page 13 of 31 . Borang tuntutan PCG tahun itu perlu dikemukakan oleh sekolah kepada Pusat Tanggung Jawab (PTJ) masing-masing selewat-lewatnya pada 30 November tahun sebelumnya. 3.00 30. Merujuk kepada Surat Pekeliling Kewangan Bil. Tuntutan Per Capita Grant (PCG) ditetapkan sekali setahun. 4.00 4500.Tujuan adalah bagi membantu pengurusan sekolah memulakan operasi pentadbiran. tuntutan adalah berdasarkan bilangan murid yang mengambil setiap mata pelajaran dalam setiap kumpulan elektif. 2.5 Tahun 2002. Asas Tuntutan bagi sekolah –sekolah adalah seperti berikut: 1.00 750. Kadar yang diluluskan bergantung pada kategori sekolah. Tuntutan PCG tahun itu adalah berdasarkan bilangan enrolmen mulai 1 Oktober tahun sebelumnya.

Page 14 of 31 . Tuntutan penyelarasan boleh dibuat sekali oleh sekolah yang mengalami pertambahan murid sekurang-kurangnya 5% atau 100 orang murid berbanding bilangan murid pada tarikh asas tuntutan. Tuntutan perlu menggunakan borang yang ditetapkan. 3. Jabatan Sekolah Pengarah Bahagian Pengurusan Teknik dan Vokasional.Julai – September Selepas September 50% 25% Ketua pusat Bertanggungjawab (PTJ) yang ditetapkan adalah seperti dalam jadual berikut: Jenis Sekolah Sekolah berasrama Penuh Sekolah Sukan Sekolah Menengah Teknik/ Vokasional Ketua PTJ Pengarah Bahagian Sekolah. Tuntutan penyelarasan ini perlu di kemukakan selewat-lewatnya pada 31 julai tahun semasa. Jabatan Pendidikan Khas Prasekolah. 2. Khas Sekolah di Rendah. Sekolah Pengarah Pendidikan Negeri Dan Menengah . Jabatan Pendidikan Teknik Sekolah Pendidikan Khas Pengarah Pendidikan Khas. Jabatan Sekolah Pengarah Bahagian Sukan. Asrama dan Program Pendidikan Intergrasi Sekolah Rendah Menengah TUNTUTAN PENYELARASAN 1. Tuntutan peyelarasan bagi Aktiviti Prasekolah adalah tidak dibenarkan.

Rekod subsidiari perlu dibuat pada ruang berasingan dalam Akaun Kumpulan Wang kerajaan daripada murid biasa. Sebelum pemindahan bantuan PCG dibuat. Sekolah yang menyelenggara Akaun Kumpulan Wang Kerajaan dibenarkan membuat pindahan antara kumpulan bantuan PCG mata pelajaran sahaja. 2. Rekod subsidiari perlu dibuat bagi mengawal peruntukan Page 15 of 31 . pengetua/guru besar perlu memastikan baki bantuan PCG selepas pemindahan mencukupi bagi menampung keperluan sehingga akhir tahun. 3. Bantuan PCG bagi murid di bawah program Pendidikan Khas Intergrasi perlu dibuat pada ruang berasingan dalam Akaun Kumpulan Wang Kerajaan daripada murid biasa.PINDAH BANTUAN PCG 1. Pengetua/guru besar dikehendaki menyelenggara dan mengemaskinikan rekod buku tunai Akaun Kumpulan Wang Kerajaan setiap masa. Bantuan PCG yang dipindah keluar tidak dibenarkan pindah masuk semula ataupun sebaliknya bagi satu tahun kewangan. Pengetua/guru besar adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan supaya baki pada setiap ruangan mengikut bantuan dalam Akaun Kumpulan Wang Kerajaan tidak defisit. Lain-lain pindahan adalah tidak dibenarkan kecuali dengan kelulusan daripada ketua PTJ dengan mengisi boring pindahan yang ditetapkan. PERINGATAN 1. 2. Sekolah yang tidak menyelenggara Kumpulan Wang Kerajaan hanya dibenarkan membuat pindahan antara kumpulan bantuan PCG mata pelajaran dan bukan mata pelajaran dengan kelulusan daripada ketua PTJ dengan mengisi borang yang sama. Pengetua /guru besar diingatkan supaya memaklumkan kepada Ketua Bidang dalam mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Akaun Peringkat Sekolahmengenai jumlah peruntukan PCG yang diterima supaya perancangan perbelanjaan dapat dilakukan dan peruntukan yang diberikan dapat dimanfaatkan oleh murid sepenuhnya.

Sains Tulen.yang diberi kepada program itu mengikut kumpulan mata pelajaran dan bukan mata pelajaran. Sastera Ikhtisas dan Kemanusiaan). Pengajian Islam. 4. 3.” Pihak sekolah dikehendaki menyelengaraan dan menyimpan akaun-akaun dan rekod-rekod dengan sempurna serta menyediakan dan mengemukakan satu penyata akaun mengenai tahun kewangan yang baru berlalu kepada pihak audit tidak lewat daripada 31 Mac setiap tahun. Bawah seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 dinyatakan pada subseksyen 2. Semua tuntutan PCG yang tidak dikemukakan dan tidak dibayar dalam tahun kewangan itu luput dan tidak boleh dituntut dalam tahun berikutnya. satu lagi rekod subsidiari perlu disediakan bagi setiap kumpulan mata pelajaran itu (contohnya. Begi mata pelajaran elektif. “ Menteri boleh membuat peraturan –peraturan bagi atau berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut: (m) penyimpanan buku akaun dan pengauditan akaun institusi pendidikan yang menerima sumbangan. TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN SEKOLAH Sebagai institusi pendidikan. TANGGUNGJAWAB PENGURUS SEKOLAH Pengurus sekolah perlu bertanggungjawab bagi – a) Penyediaan penyata kewangan tahunan bagi tahun berakhir 31 Disember tiap-tiap tahun mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum. pentadbiran harta dan kewangan sekolah tertakluk kepada peruntukan yang terdapat dalam Peraturan – Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002 yang dikeluarkan dibawah Akta Pendidikan 1996. dan Page 16 of 31 .

Buku tunai runcit Page 17 of 31 . REKOD KEWANGAN Rekod kewangan yang penting mengikut peraturan 3 dalam Akta Pendidikan 1996 adalah seperti berikut: 1. Daftar kutipan harian 7. pihak sekolah dikehendaki mengemukakan penyata akaun itu sebulan lebih awal iaitu pada 28 Februari ataupun 29 Februari tahun berikutnya. Resit pejabat 4. Kewajipan pengurus sekolah memberikan jawapan atas apa-apa laporan atau pertanyaan audit Pengurus sekolah perlu memberikan jawapan atas apa-apa laporan atau pertanyaan audit yang dibuat oleh juruaudit dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh laporan atau pertanyaan audit itu. Akan tetapi mengikut Surat Pekeliling Kewangan Kementerian Pendidikan Bil. Resit pelajar 3. Ini bertujuan membolehkan penyelarasan atau pembetulan dibuat pada penyata akaun itu jika didapati perlu.b) Pengemukaan penyata kewangan itu kepada Ketua Pusat Tanggungjawab yang kemudiannya perlu mengemukakan penyata kewangan tahunan itu kepada Bahagian Audit tidak lewat daripada 31 Mac tahun yang berikutnya. Daftar bil 8. Penyata penyesuaian bank 6. 4/88. Penyata bank 5. Buku tunai 2. PENALTI Seseorang yang melanggar peraturan-peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Penyata penerimaan dan pembayaran 3. (Perkeliling Kewangan Bil. Buku cek sekolah 12. Daftar stok buku resit 13. Nota-nota akaun Pihak sekolah dikehendaki mengemukakan penyata kewangan tahunan sekolah pada pihak audit sekolah selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun berikutnya. Penyata pendapatan dan perbelanjaan 2. Menyediakan anggaran perbelanjaan sebenar sekolah setelah peruntukan diperoleh. 1. di mana-mana yang perlu. Lembaran imbangan 4. Walau bagaimanapun. Daftar penghuni asrama 11. Menyediakan maklumat yang tepat dengan mengisi borang tuntutan Bantuan Per Kapita Kerajaan bagi mendapatkan peruntukan. Baucar kecil 16. 4/88) Anggaran Belanjawan Tahunan Terdapat 2 tugas utama seseorang pengetua atau guru besar yang berkaitan dengan belanjawan tahunan ini. Pesanan tempatan Penyata kewangan dan belanjawan tahunan sekolah Penyata sekolah merupakan penyata yang menunjukkan kedudukan kewangan untuk sesuatu tahun berakhir pada 31 Disember bagi tiap-tiap kumpulan wang yang diselenggarakan oleh sekolah. Page 18 of 31 . pihak sekolah dikehendaki mengemukakan penyata kewangan sekolah pada ataupun sebelum 28 Februari kepada pihak audit supaya pihak sekolah mempunyai tempoh satu bulan sehingga 31 Mac bagi membuat pemmbetulan sekiranya ada. 2. Jadual kedatangan murid 10.9. Penyata kewangan mengandungi penyata-penyata berikut: 1. Baucar 15. Daftar aset dan inventori 14.

2. Penyata ini menunjukkan jumlah semua penerimaan yang sepatutnya diterima dan jumlah semua pembayaran yang sepatutnya dibayar pada tahun berkenaan. Penyata pendapatan dan perbelanjaan 1. Nota-nota Akaun Page 19 of 31 .Penyata penerimaan dan pembayaran 1. Lembaran imbangan Lembaran Imbangan ialah laporan berkenaan kedudukan kewangan sesebuah sekolah pada suatu masa tertentu. Penyata ini menunjukkan jumlah penerimaan sebenar yang telah diterima dan juga jumlah sebenar yang telah dibayar dalam tempoh tahun kewangan yang berkenaan serta kedudukan baki wang yang ada dalam bank pada akhir tahun. 2. Penyata ini menunjukkan satu ringkasan penerimaan dan bayaran daripada buku tunai dengan mengambil baki wang dalam bank pada awal tahun dan dicampurkan jumlah penerimaan serta ditolak jumlah bayaran bagi mendapatkan baki wang dalam bank pada akhir tahun. Penyata ini disediakan mengikut asas akruan iaitu segala penerimaan yang sepatutnya diterima tetapi masih belum diterima dan segala pembayaran yang sepatutnya dibayar tetapi masih belum dibayar pada akhir tahun perlu diambil kira. Ianya turut memaparkan kelebihan ataupun kekurangan pendapatan atas perbelanjaan bagi tahun berkenaan. Penyata ini menunjukkan jumlah aset. liabiliti dan baki kumpulan wang terkumpul pada 31 Disember tahun yang dilaporkan.

JADUAL Page 20 of 31 . dan ia ditambahkan lagi pada masa yang akan datang.Nota-nota ini memberikan maklumat lanjut bagi amaun-amaun yang terdapat dalam penyata Kewangan Tahunan Sekolah. BANTUAN PER KAPITA Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat mengurangkan kerenah birokrasi dalam menyalurkan bantuan ke sekolah-sekolah. Projek ini hanya melibatkan 1005 buah sekolah sahaja buat masa ini. Oleh itu bantuan disalurkan terus ke sekolah-sekolah tanpa melalui jabatan pelajaran negeri ataupun pejabat pelajaran daerah. Sekolah-sekolah ini dikategorikan sebagai Pusat Tanggungjawab Peruntukan.

(B) APPLIED KNOWLEDGE MASALAH-MASALAH DALAM PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 1. Perbelanjaan yang kadang-kala melebihi pendapatan. Page 21 of 31 . 3. Hal ini menimbulkan masalah kerana kebanyakan pengetua dan guru-guru tidak mengetahui dalam mengemaskinikan rekod-rekod yang berkaitan dengan kewangan sekolah. Guru kelas harus memainkan peranan bagi menyelesaikan masalah ini dengan sentiasa mengingatkan berkenaan duit yuran yang perlu dijelaskan kepada murid yang belum menjelaskannya. Ada kalanya pembayaran dibuat tetapi barangan tersebut didapati tidak wujud. 2. Pembelian yang tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Hal ini akan mengakibatkan perbelanjaaan melebihi pendapatan yang berlaku tanpa disedari. Malahan ada sesetengahnya yang langsung tidak membuat bayaran. 4. Kebiasaaannya penggunaan “Local Order” menyebabkan pihak sekolah terpaksa membayar dengan harga yang agak tinggi kerana belian secara hutang. Pungutan duit yuran yang tergendala akibat kelewatan ibu bapa murid menjelaskannya. Hal ini terjadi kerana belanjawan yang dicadangkan tidak betul dan ada kalanya perbelanjaan yang tidak lengkap juga turut menyebabkan perbelanjaan melebihi pendapatan. Rekod tidak dikemaskinikan. Hal ini biasanya melibatkan pembelian alatan sukan. 5. 6. Jawatan Setiausaha Kewangan Sekolah tidak diberikan kepada kerani kewangan yang tahu berkenaan akaun. Membuat bayaran pada barangan yang tinggi harganya.

Mengenal pasti aktiviti utama pengurusan kewangan: . 1.Kelewatan.7.Kerugian kewangan hasil perbelanjaan. Mengenal pasti aktiviti utama yang berisiko tinggi serta terdedah kepada peluang dan permasalahan: . TINDAKAN PENGETUA SEKOLAH Tindakan yang boleh diambil oleh pengetua bagi memantapkan lagi pengurusan kewangan sekolah. . .Pembuangan masa. . 2. . . Hal ini akan menyebabkan pihak sekolah tidak dapat membuiat pembelian dan terpaksa menghadapi bayaran tertunggak. .Menggunakan sumber atau peruntukan kewangan dengan baik. Penerimaan wang sama ada Bantuan Per Kapita Kerajaan atau Wang SUWA yang lamabt dimasukkan ke bank. Hal ini akan menyebabkan pembaziran kerana barangan yang dibeli tidak digunakan dan ada kalanya berlaku pertindihan dalam pembelian sesuatu barang. 8. .Mengawal.Pembaziran tenaga manusia.Merancang perolehan sumber atau peruntukan kewangan. Page 22 of 31 .Penghakisan keyakinan. mengesan aliran perbelanjaan dan perolehan.Mengagih sumber atau peruntukan kewangan dengan betul. Ketua Bidang / Panitia memohon bagi membeli sesuatu barangan tanpa mengikut kehendak ahli-ahlinya.

Apakah akibat buruk jika masalah timbul? . Guru kelas harus memainkan peranan bagi menyelesaikan masalah ini dengan sentiasa mengingatkan berkenaan duit yuran yang perlu dijelaskan kepada murid yang belum menjelaskannya. . Biasakan diri dengan soalan yang berkait dengan pengurusan seperti: . .Apakah prosedur kerja yang mudah terjejas? . Di Page 23 of 31 . .Mengenal pasti proses kerja atau prosedur kerja berisiko tinggi. amanah dan jujur.Menilai sistem kawalan dalaman sama ada berupaya ataupun tidak bagi meminimumkan risiko.Mengenal pasti masalah yang mungkin berlaku sekiranya prosedur kerja tidak dikawal selia. Antaranya adalah telus. Hal ini terjadi kerana belanjawan yang dicadangkan tidak betul dan ada kalanya perbelanjaan tidak ikut belanjawan. Kawal selia dengan rapi proses perjalanan aktiviti utama: . Perbelanjaan yang kadang-kala melebihi pendapatan.Kesan dan impak negatif ke atas organisasi sekiranya kelemahan tidak dikenal pasti dan tidak diatasi.Mungkinkah masalah-masalah berlaku? Masalah-masalah Dalam Pengurusan Kewangan Sekolah 1. 5.Apakah masalah yang mungkin timbul? . 2. serta bersyukur. 4. Pungutan duit yuran yang tergendala akibat kelewatan ibu bapa murid menjelaskannya. adil. Amalkan nilai-nilai teras pengurusan.Kenapa masalah boleh berlaku? . bijaksana. Malahan ada sesetengahnya yang langsung tidak membuat bayaran.3.

Jawatan Setiausaha Kewangan Sekolah tidak diberikan kepada kerani kewangan yang tahu berkenaan akaun. sebahagian daripada pemberian peruntukan yang besar itu tidak diuruskan dengan baik kerana terdapatnya pembaziran di sesetengah sekolah. 7. Bagaimanapun.samping itu rekod pembelian yang tidak lengkap juga turut menyebabkan perbelanjaan melebihi pendapatan. Pembelian yang tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan. 3. Ketua Bidang/Panitia memohon bagi membeli sesuatu barangan tanpa mengikut kehendak ahli-ahlinya. Hal ini akan menyebabkan pihak sekolah tidak dapat membuat pembelian dan terpaksa menghadapi bayaran tertunggak. Ada kalanya pembayaran dibuat tetapi Masalah Sumber Dan Belanjawan sekolah Setiap tahun Kementerian Pendidikan mengadakan perbelanjaan yang tinggi bagi mendidik pelajar-pelajar di sekolah-sekolah kerajaan bagi mempertingkatkan mutu pelajaran dan pendidikan. Hal ini akan mengakibatkan perbelanjaan barangan tersebut didapati tidak wujud. 8. Page 24 of 31 . Kebiasaannya penggunaan “Local Order” menyebabkan pihak sekolah terpaksa membayar dengan harga yang agak tinggi kerana belian secara hutang. 6. Membuat bayaran pada brangan yang tinggi harganya. melebihi pendapatan yang berlaku tanpa disedari. 5. Hal ini biasanyamelibatkan pembelian alatan sukan. 4. Hal ini akan menyebabkan pembaziran kerana barangan yang dibeli tidak digunakan dan ada kalanya berlaku pertindihan dalam pembelian sesuatu barang. Rekod tidak dikemaskinikan. Penerimaan wang sama ada Bantuan Per kapita Kerajaan atau Wang Suwa yang lambat dimasukkan ke bank. Hal ini menimbulkan masalah kerana kebanyakan Pengetua dan guru-guru tidak mengetahui dalam mengemaskinikan rekod-rekod yang berkaitan dengan kewangan sekolah.

Perbelanjaan tanpa perancangan menyebabkan wang bantuan untuk sesuatu mata pelajaran tertentu disalurkan untuk tujuan lain. Faktor peribadi pengetua seperti kemahiran. kelemahan-kelemahan dalam pengurusan kewangan berlaku di sekolah. mengurus. pengetua selaku pentadbir sekolah adalah bertanggungjawab penuh bagi merancang. kepimpinan dan sikap pengetua itu sendiri mempunyai perkaitan yang rapat bagi menjayakan pengurusan kewangan sesebuah sekolah itu. Pengetua tidak merancang terlebih dahulu tentang sumbersumber pendapatan dan keperluan-keperluan perbelanjaan. tetapi belajar mentadbir secara cuba jaya. kelemahan-kelemahan dalam pengurusan kewangan atau sumber juga berlaku kerana kekurangan kawalan yang sempurna dalam aspek-aspek berikut: Pembelian Page 25 of 31 . Oleh yang demikian. keadaannya lebih menyulitkan. pengetua banyak bergantung kepada kerani yang berpengalaman dalam hal-hal berkaitan dengan pengurusan kewangan di sekolah. dan dilantik tidak diberikan kursus.Pengetua sekolah emainkan peranan penting dalam menguruskan kewangan sekolah. Perkara ini bukan disengajakan tetapi kerana kekurangan tenaga pengawai yang berkebolehan. Pengetua dikehendaki mengkaji dan mematuhi segala prosedur kewangan bagi menentukan kelicinan pengurusan kewangan sekolah. Jadi. Maka dalam keadaan sedemikian.55). maka terdapat sekolah-ekolah yang tidak menyediakan belanjawan sekolah. Keadaan yang kurang memuaskan juga berpunca daripada kurangnya kawalan dan bimbingan pihak jabatan Pendidikan. Masalah-masalah sumber Sistem pelantikan pengetua tidak berdasarkan latihan dan kepakaran. mengawal dan dalam menentukan pengurusan kewangan di sekolahnya dengan cekap dan berkesan. Menurut Zaidatol Akmaliah (1990. Mengikut sistem Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh sebab pengetua kurang pengalaman. bagi sekolahsekolah yang kecil yang masih tiada kerani. pengetahuan dalam ilmu menyimpan kirakira perlu bagi membolehkan pengetua membuat perancangan kewangan di samping menyelia kerja-kerja perkeranian dengan berkesan. Menurut Zaidatol Akmaliah (1990:56-57) selain daripada faktor-faktor di atas.

1.00 setiap unit tanpa mendapatkan sebut harga ataupun kelulusan daripada pihak jabatan Pendidikan Negeri. Terdapat pengetua yang mengambil barang-barang dahulu daripada pembekal dan pesanan dibuat kemudian. Buku-buku Akaun Page 26 of 31 . Pungutan dan Penyimpanan Wang di Bank 1. Kutipan yuran khas. 2. sewa kedai buku tidak dikutip pada masa yang ditetapkan . Pengetua membeli alatan yang nilainya melebihi $500. Pembayaran dibuat lebih daripada sekali kerana pihak sekolah menerima invois ulangan. Bayaran dibuat tanpa baucar dan dokumen-dokumen sokongan bagi membuktikan ketepatan harga. Pembelian alatan dibuat tanpa menggunakan borang-borang pesanan. 4. Cek-cek tidak rapat ke kiri sama ada perkataan ataupun angka. 5. 2. ini engakkibatkan kehilangan apabila pelajar berkenaan meninggalkan sekolah ataupun berlakunya pertukaran pengusaha kantin/kedai buku. 2. Pembayaran 1. sewa kantin. Kutipan yuran dilakukan tetapi resit tidak dikeluarkan. Pengetua dan guru kanan membeli sesuatu alatan kerana dipengaruhi oleh jurujual yang datang ke sekolah dengan tawaran-tawaran tertentu. Ini membolehkan tambahan dibuat selepas cek ditandatangani. 3. Borang-borang pesanan tempatan dikeluarkan pada akhir tahun sahaja untuk tujuan pengauditan. 3. Pengetua membeli dan membayar terlebih dahulu dengan wangnya sendiri dan menuntut daripada sekolah kemudian. Ini melanggar peraturan yang ditetapkan.

Ini berlaku di banyak sekolah. 2. adalah seperti berikut: Kes-kes pembaziran dan penyelewengan di kalangan pengurus khasnya di sekolah rendah. terdapat pengurus yang boros. masalah-masalah lain seperti yang dinyatakan oleh Abdullah Sani Bin Yahaya (1995:19). Bagi dana SUWA. 2. iaitu berbelanja tidak mengikut tujuan sesuatu bantuan dan tidak membuat perancangan. Buku-buku stok tidak diselenggarakan dengan kemas kini. Selain itu. Hal ini akan menjejaskan kutipan yuran. Tambahan lagi keupayaan dan corak pengurusan guru besar tidak berubah dan tidak mencapi tahap yang diharapkan. Ini membebankan pihak sekolah dan terpaksa Page 27 of 31 . koperasi guru dan sebagainya. seperti membeli minyak enjin rumput. Di samping itu. tidak penting dan menyerahkan tugas kepada pembantu tadbir. Malah terdapat guru besar atau pengetua yang menganggap mengurus kewangan adalah kerja yang remeh. Potongan Potongan dibuat daripada gaji guru/kakitangan sekolah untuk tujuan pembayaran cukai pendapatan. Buku-buku akaun tidak dicatatkan dengan kemas kini. masalah timbul apabila terdapat perbezaan sosioekonomi pelajar. masalah antara sekolah kecil dan sekolah besar yang berbelanja sama banyak dalam menguruskan sesuatu hal. Terdapat juga pengurus yang merunggut dalam belanjawan yang di luar jangkaan. Berbalik pada peranan pengurus. Pengetua tidak memeriksa buku-buku akaun yang diselenggarakan oleh kerani sekolah. Dengan kata lain mereka tidak mengaplikasikan kurikulum kursus dengan tugasan harian. Prosedur menerima dan mengeluarkan alatan tidak dipatuhi. tetapi potongan-potongan itu tidak dihantar ke jabatan-jabatan yang berkenaan.1. Sekolah kecil akan menghadapi masalah kerana kekurangan sumber kewangan. Penyelenggaraan Stok 1. perumahan. KWSP.

4. terdapat guru besar di luar bandar mengorbankan wang sendiri bagi membantu pada pringkat awal. Oleh itu. Persembahan. Ini penting kerana ia membantu pihak sekolah menentukan polisi kewangan dan juga polisi pendidikannya. 3. dan penglibatan dalam perancangan. pengetua perlu mengadakan sebaikbaiknya belanjawan bagi tempoh lima tahun dan juga belanjawan tahunan. Belanjawan hendaklah disediakan dengan terperinci supaya ia dapat dijadikan dasar perancangan kerja dan tugas kewangan. Sebenarnya proses merancang belanjawan bertujuan memastikan pendapatan yang diperoleh dan digunakan dengan sewajarnya. 5. taklimat ke bawah. Daripada segi perancangan. Taklimat ke Page 28 of 31 . Daripada belanjawan efektif ini. Dokumen belanjawan yang didefinisikan sebagai satu perancangan yang sistematik dan dapat membuat ramalan pendapatan dan perbelanjaan sekolah dalam tempoh yang ditentukan. Menurut Zaidatol Akmaliah (1990:45) lagi. iaitu penubuhan sistem jawatankuasa kewangan. Pengurusan belanjawan. iaitu membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan yang penting bagi membiayai perkhidmatan dan kelengkapan yang diperlukan oleh pihak sekolah dalam usaha menyediakan satu program pendidikan yang berkesan (Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. 2. Dasar belanjawan sekolah yang terpaksa Belanjawan sekolah ialah satu aspek perancangan pendidikan.mencari sumber lain. pertimbangan dan penggunaan belanjawan itu. jadi pengetua perlu membuat keputusan perlaksanaan aktiviti kewangan. 1990:44). Belanjawan yang dapat menyediakan program pendidikan yang boleh memberi kesan yang baik kepada polisi pendidikan. pengetua perlu merancang bukan sahaja untuk jangka panjang tetapi juga untuk jangka pendek. kekerapan perbincangan. Penilaian belanjawan. Dengan itu. Belanjawan yang elektif hendaklah mengambil kira: 1. Abdullah Sani (1995:101) menggariskan beberapa perancangan lain bagi menentukan kecekapan pengurusan. belanjawan sekolah adalah inti pentadbiran.

Kelebihannya ialah ia memberi maklumat tentang objektif organisasi. Ia juga tertumpu kepada kesan jangka panjang. menurut Sonia Blandford (1999:137). Ia penting bagi menangani halangan yang akan datang. memerlukan justifikasi tentang setiap perbelanjaan yang dicadangkan. Belanjawan Tambahan Belanjawan ini bermakna menjadikan belanjawan tahun apa pun sebagai asas kepada angka sebenar tahun lepas atau angka yang dianggarkan dalam belanjawan (Sonia Blanford. sekolah harus menyediakan belanjawan alternatif sebelum belanjawan akhir dikemukakan. Beberapa reka bentuk belanjawan yang dapat menyumbang kepada keberkesanan pengurusan sumber sekolah ialah seperti berikut: Belanjawan berprogram Belanjawan ini dikenali pada praktiknya sebagai Sistem Belanjawan Merancang Memprogramkan. Belanjawan Berasaskan Sifar Tujuan utama belanjawan ini ialah bagi menunjukkan lebih kawalan ke atas belanjawan. pengurus kewangan perlu membina kefahaman yang lebih luas tentang reka bentuk belanjawan. Di samping itu.bawah haruslah dijalankan bagi memberi maklumat kepada guru-guru dan kakitangan lain tentang peruntukan dan belanjawan sekolah. PENTINGNYA PENGURUSAN KEWANGAN YANG CEKAP Page 29 of 31 . 1999:141). dan ia membolehkan peruntukan sumber dibuat berasaskan perhubungan faedah atau kos. apabila sekolah mempunyai belanjawan yang semakin besar untuk dikawal. secara teorinya bermula daripada asas sifar (Sonia Blandford. Selain belanjawan efektif. 1999:140). Begitu juga dengan perbincangan yang lebih kerap bagi membincangkan jumlah pemberian bantuan pelajaran bagi setiap mata pelajaran dan setiap panitia.

149. mengadakan seminar-seminar serta kursus bagi pengetua dan guru besar serta pengawai-pengawai kewangan sekolah dari semasa ke semasa pada peringkat kebangsaan. Pengetua dan guru besar sekolah perlu mengambil langkah yang bijak dan berkesan supaya perbelanjaan bagi pendidikan di sekolah dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh para pelajar dan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan memuaskan. sebanyak RM 45. “Selaras dengan keperluan ihtisab (accountability) para pengurus yang bertepatan dengan konsep let managers manage bagi agensi kerajaan. Kebimbangan pihak kesatuan Page 30 of 31 . Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menaikkan had kuasa mempertimbang dan menyetujui terima perolehan oleh semua Agensi-Agensi Kerajaan. Kesatuan itu bersetuju supaya tugas pemantauan pelaksanaan program pendidikan dijalankan oleh Pengawai Pendidikan Daerah. dan pengawai di Jabatan Pendidikan Negeri juga sama-sama turun padang bagi membantu dalam pemantauan itu. negeri dan juga daerah. Pihak Perbendaharaan juga mengeluarkan surat pekelilingnya mengenai penurunan kuasa kepada agensi-agensi kerajaan supaya dapat menguruskan kewangan masing-masing dengan cekap. Mereka menegaskan langkah itu perlu supaya ‘pisang tidak berbuah dua kali seperti yang berlaku dalam projek pembinaan makmal komputer di sekolah-sekolah. maka semua Agensi-Agensi Kerajaan adalah diwajibkan mematuhi sepenuhnya peraturan perolehan yang ditetapkan di paragraph 3 SPP ini.1 juta telah diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia ke-9.Oleh sebab peruntukan perbelanjaan bagi pendidikan adalah tinggi. Bagi menjamin pengurusan kewangan ditadbirkan dengan baik dna memuaskan.” Pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) turut merasa bimbang tentang pengurusan perbelanjaan yang besar ini apabila ia meminta pihak Kementerian Pendidikan memantau secara konsisten pelaksanaan peruntukan berjumlah RM 5 bilion bagi pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia mengeluarkan pekeliling-pekeliling kewangan. Selaras dengan tindakan Kementerian untuk menurunkan lebih kuasa kepada para pengurusan Agensi-agensi Kerajaan.

dan kurang pengetahuan dalam pengurusan kewangan.mempunyai kebenarannya sebab dalam kajian yang dibuat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (EPRD) pada tahun 1994 dan 1995 mengenai pengurusan kewangan pada peringkat Jabatan Pendidikan Negeri. Adalah dilaporkan.” (c ) PRACTISED OBSERVATION Page 31 of 31 . “Sebahagian besar daripada masalah kewangan berpunca daripada kekangan yang dihadapi oleh Unit Kewangan dan Akaun JPN itu sendiri. seperti ketidakcekapan pengurusan kewangan di peringkat sekolah. peraturan-peraturan yang ketat. Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah terdapat ketidakcekapan dalam pengurusan kewangan. beban tugas yang berat.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful