You are on page 1of 21

Bermaksud memberi bantuan awal kepada mangsa yang tercedera, sebelum kehadiran pergawai perubatan.

Bantu mula bukan merawat mangsa yang tercedera, tetapi merupakan langkah awalan yang dapat mengurangkan mangsa daripada mendapat kecederaan yang lebih parah lagi. Antara kaedah bantuan awal adalah: 1. TOTAPS T Talking : Bercakap dan menyoal mangsa berkaitan dengan bahagian anggota badan yang cedera O Observe : Memerhati dan memastikan degree of the injury mangsa. T Touch : Sentuh bahagian anggota badan yang cedera dengan perlahanlahan. A Active Movement : Perhatikan mangsa yang tercedera melakukan pergerakan yang aktif. P Pasive Movement : Membantu mangsa menggerakan bahagian anggota yang mengalami kecederaan. S Skill : Menguji mangsa berlari atau berjalan sambil melakukan kemahiran permainan ringan atau pergerakan yang mudah. 2. DRABC Kaedah ini biasanya dilakukan kepada mangsa yang sudah pengsan atau tidak bernafas.

D Danger : Bawa mangsa ke tempat yang selamat dan di tempat yang teduh R Respond : Memerhatikan tindak balas deria mangsa dengan mengesan degupan nadi mangsa. A Airway : Membuka dan melapangkan salur pernafasan mangsa B Breathing : Memastikan mangsa bernafas C Circulation : Memastikan system darah fungsi dengan memeriksa denyutan nadi. Sekiranya tiada B dan C, maka perlukan CPR dengan bantuan 2 kali pernafasan diikuti dengan 15 mampatan dada.

RICER Biasanya kaedah bantuan awal ini diberikan kepada mangsa yang terseliuh, dislokasi, retak dan patah. Kaedah RICER dijalankan mengikut urutan seprti: R Rest : rehatkan bahagian anggota mangsa yang cedera. Jika mangsa sedar, Tanya sama ada keadaan dirinya selesa atau tidak. I Ice : Gunakan ais dan letakkan pada bahagian anggota yang cedera untuk beberapa minit (biasanya antara 15 hingga 20 minit) C Compression : Memberi tekanan dengan membalut bahagian anggota badan yang cedera. E Elveation : Tinggikan bahagian anggota badan yang cedera melebihi paras jantung mangsa. (lebih kurang 45cm daripada pinggang) R Refer : Rujuk pakar perubatan dan doctor yang bertauliah dengan kadar segera. CPR - Cardiopulmonary Resuscitation

SISTEM PEREDARAN DARAH

Kitaran pulmonary merupakan pengaliran darah daripada jantung ke paru-paru dan balik
semula ke jantung. Dalam kitaran pulmonary, daah teroksigen dari ventrikel kanan dipam ke paru-paru melalui arteri pulmonary. Dalam paru-paru pertukaran gas akan berlaku dimana CO2 akan dibebaskan dan O2 akan diserap dan bergabung dengan hemoglobin iaitu darah beroksigen. Darah beroksigen memasuki atrium kiri melalui vena pulmonary dan masuk ke ventrikel kiri melalui injap bicuspid.

Kitaran Sistemik merupakan pengaliran darah daripada jantung ke semua organ badan dan
balik semula ke jantung. Dalam kitaran sistemik, darah beroksigen dipamkan dari ventrikel kiri ke dalam aorta untuk dihantar ke seluruh bahagian badan kecuali paru-paru. Di dalam tisu-tisu badan pertukaran gas akan berlaku. Oksihemoglobin akan diuraikan dan O2 akan dibebaskan ke tisu-tisu badan. CO2 dari tisu-tisu badan diserap dan bergabung dengan hemoglobin untuk membentuk karbaminohemoglobin iaitu darah terdeoksigen. Darah terdeoksigen dari seluruh bahagian badan dibawa balik ke jantung melalui vena kava masuk ke atrium kanan dan dipam ke dalam ventrikel kanan.

Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang

menyeluruh.

Apakah yang perlu dilakukan ?

* Jangan panik. Anda perlu bertenang *Fikir. Lakukan perkara yang sepatutnya dilakukan mengikut tertibnya yang logik. Apabila memberikan pertolongan cemas, laksanakannya mengikut kemampuan anda. *Jangan cuba untuk menjadi wira. Hubungi atau dapatkan bantuan secepat mungkin. Adalah amat penting bagi setiap pengamal pertolongan cemas melaksanakan tindakan mereka dengan pantas. Tindakan segera ini adal ah perlu untuk menyelamatkan nyawa dan anggota badan. Seorang mangsa yang tidak boleh bernafas dengan baik, atau mengalami pendarahan berlebihan, perlukan bantuan segera. Jika pertolongan cemas itu pantas dan berkesan, mangsa tersebut akan memiliki peluang yang lebih cerah untuk pulih. Cuba bertenang dan fikirkan semua tindakan anda. Pengamal pertolongan cemas yang tenang dan terkawal telah terbukti dapat mengawal keadaan dengan cekap dan berkesan. Bagaimana mendapatkan bantuan ? Untuk mendapatkan bantuan perubatan, hubungi ambulans segera dengan mendail 999. Jika anda berada di samping mangsa, dapatkan orang lain untuk menelefon bantuan. Jika anda bersendirian, anda perlu tinggalkan mangsa buat seketika untuk membuat panggilan telefon. 'AMARAN PERUBATAN' (MEDIC ALERT) Ada individu yang menderita akibat sesuatu keadaan perubatan tertentu yang boleh menyebabkan mereka menghadapi gejala dan tanda-tanda penyakit yang serius pada bila-bila masa. Sebagai bantuan dan makluman, mereka mungkin memakai sejenis pengenalan perubatan, biasanya dalam bentuk sejenis rantai atau gelang yang khas. Alat ini dikenali sebagai gelang Medic Alert atau Amaran Perubatan. Pada gelang ini tercatat identiti pesakit, keadaan perubatan yang tertentu dan keterangan-keterangan lain seperti alahan, dadah yang diperlukan atau alamat konteks perubatan yang boleh dihubungi.

Pelbagai keadaan perubatan yang boleh dimaklumkan oleh alat tersebut termasuklah penyakit jantung yang khusus, diabetes, epilepsi atau gila babi, asma dan alahan-alahan yang serius. Mengapa pertolongan cemas ? Mereka yang memberikan pertolongan cemas sentiasa berusaha ke arah:

*Menyelamatkan nyawa mangsa *Mengelakkan komplikasi atau keadaan dari menjadi bertambah buruk. *Membantu pemulihan *Menenangkan perasaan mangsa dengan membuat mereka berasa selesa dan memulihkan kesakitan. Mereka yang memberikan pertolongan cemas mestilah tahu apa yang perlu mereka lakukan dalam keadaan-keadaan yang berbeza. Kesilapan dalam memberikan rawatan boleh memburukkan lagi keadaan mangsa. Maklumat yang diberikan di dalam artikel ini membolehkan anda memberikan pertolongan cemas yang berguna dan berkesan. Bilakah diperlukan ? Pertolongan cemas diperlukan di dalam keadaan berikut:

*Sakit dada yang teruk atau sakit di bahagian abdomen *Pendarahan yang teruk atau tidak dapat dikawal *Luka terbakar yang teruk *Tercekik *Patah tulang atau terseliuh *Kecederaan yang teruk *Serangan jantung

*Renjatan haba *Pengambilan dadah yang berlebihan *Keracunan *Renjatan *Tidak sedarkan diri Apakah asas pertolongan cemas yang perlu saya ketahui? Sepatutnya, anda perlu tahu cara-cara untuk

1.Membantu mangsa secukupnya (bantuan keselamatan asas) 2.Mulakan prosedur pernafasan (pertolongan cemas primer) 3.Hentikan pendarahan 4.Merawat renjatan 5.Merawat kecederaan mata 6.Merawat luka terbakar Teknik SAFE Pada setiap keadaan kecemasan, lakukan teknik SAFE yang bermaksud:

S - Summon / Shout for help (Dapatkan bantuan) *Dalam kebanyakan kes, lebih daripada seorang pembantu diperlukan A - Approach with care & Assess the situation (Lakukan pendekatan dengan berhati-hati dan menilai keadaan tersebut) *Kemungkinan wujudnya bahaya di kawasan sekeliling tidak dapat dipastikan dan boleh membahayakan penyelamat dan seterusnya menambahkan lagi masalah. Peningkatan bilangan mangsa akan mengurangkan keupayaan bantuan perubatan yang ada.

*Bahaya boleh jadi di dalam bentuk wayar elektrik hidup, risiko letupan atau kebakaran dari tumpahan minyak, haiwan berbisa dan lain-lain F - Free from danger (Bebas dari bahaya) * Mangsa mesti dibebaskan dari segala bahaya atau perkara yang menimbulkan bahaya tersebut perlu dialihkan atau dibuang dengan penuh hati-hati. Contohnya, matikan enjin kereta, alihkan wayar elektrik yang hidup menggunakan batang kayu, halau haiwan berbahaya seperti ular, dan lain-lain lagi E - Evaluate casualty's condition (Menilai keadaan pesakit) Pertolongan Cemas Primer ? Lakukan perkara-perkara seperti berikut apabila anda mendekati mangsa yang mengalami kecederaan teruk

*SALURAN UDARA - periksa samada saluran udara mangsa dan pastikan ia samaada tidak dihalang oleh lidah, bendalir rembesan atapun bendasing. Cara yang perlu dilaksanakan untuk memberi bantuan terhadap saluran udara ialah dengan meletakkan mangsa berbaring menelentang dengan tegak dan mulut mangsa dibiarkan terbuka. *GUNAKAN dua jari untuk membersihkan mulut dari sebarang halangan yang boleh dilihat. *KELUARKAN gigi palsu hanya jika alat tersebut longgar. *ELAK dari memasukkan tangan terlalu dalam kerana ini boleh menyebabkan halangan yang tidak dapat dilihat termasuk pada saluran udara. *BERNAFAS - periksa samaada mangsa masih bernafas, jika tidak, berikan bantuan pernafasan. *EDARAN (circulation) - periksa samaada nadi mangsa masih berdenyut. Jika tiada, lakukan tekanan pada dada (kompresi dada) Bagaimana untuk memberhentikan keadaan tercekik? *Jika mangsa tercekik disebabkan makanan ataupun objek-objek lain dan mangsa berhenti bernafas, lakukan bantuan pemulihan pernafasan *Anda harus berasa yakin bahawa anda akan dapat mengeluarkan objek yang menyumbat kerongkong mangsa sebelum memasukkan jari atau tangan ke dalam mulut mangsa.

*Tanggalkan pakaian untuk mendedahkan bahagian dada *Ikut arahan untuk memberi bantuan pemulihan pernafasan Bagaimanakah caranya untuk menghentikan pendarahan? *Gunakan tekanan secara langsung ke atas anggota badan dan tangan *Tekan pada luka dengan beralaskan kain yang bersih atau bahan lain yang sesuai. Ini akan meminimakan sebarang jangkitan. *Pegang tangan ataupun kaki pada paras jantung. Teruskan tekanan sehingga pendarahan berhenti ataupun sehingga pasukan ambulans tiba *Jangan alihkan kain yang digunakan walaupun ia telah basah dengan darah. Anda perlu tambahkan lagi lapisan kain dan kenakan tekanan yang mampan. *Gunakan juga tekanan secara langsung untuk menghentikan pendarahan di bahagian-bahagian lain. *Seorang yang mengalami pendarahan boleh mati dalam masa satu minit jika saluran darah utama terpotong. Jangan tunggu. Hentikan pendarahan dengan serta-merta. Bagaimanakah caranya untuk merawat renjatan

*Dalam situasi pertolongan cemas, rawatan bagi renjatan mestilah dilakukan dengan segera sebaik sahaja selepas disahkan keadaan renjatan itu dan setelah punca kemalangan dialihkan. *Baringkan mangsa dengan telentang serta angkat kaki mangsa untuk meningkatkan aliran darah ke otak *Pastikan tubuh mangsa diselimuti untuk mengelakkan kesejukan ataupun kehilangan haba *Longgarkan pakaian yang ketat dan tali pinggang untuk mengurangkan jerutan di kawasan leher, dada ataupun pinggang. *Jangan berikan sebarang cecair kerana ia tidak dapat diserap dengan mudah jika diberi melalui mulut *Hubungi ambulans dan bawa mangsa ke hospital secepat mungkin Bagaimanakah cara untuk merawat kecederaan mata

*Cara yang paling baik bagi mengeluarkan bendasing dari mata adalah dengan membiarkan ia keluar bersama air mata, tetapi kadangkala adalah perlu untuk membasuhnya keluar *Basuh mata dengan menuangkan air dengan banyak keatas mata *Jika bendasing itu dapat dilihat dan berada di permukaan mata, cuba keluarkannya dengan perlahanlahan menggunakan hujung bucu sapu tangan ataupun dengan menggunakan putik kapas. *Jika bendasing tersebut terbenam di dalam mata, jangan cuba keluarkannya. Tutup mata tersebut menggunakan lapikan mata yang steril atau menggunakan kain yang bersih dan minta bantuan perubatan dengan segera *Jangan sekali-kali gunakan sebarang bahan kimia. Ia boleh menyebabkan kecederaan mata yang serius. Bagaimanakah cara untuk merawat luka terbakar *Di dalam kes terbakar yang teruk, minta bantuan perubatan dengan segera *Buangkan semua aksesori dan pakaian yang mengecut dari kawasan yang terlibat. *Rendamkan kawasan yang terlibat ke dalam air sejuk dengan segera ataupun kenakan tuala yang basah dan lembab di kawasan tersebut. Anda juga boleh menuangkan air ke bahagian yang terbakar itu atau letak di bawah air sejuk yang mengalir. Teruskan rawatan ini selagi kesakitan masih dirasai. *Untuk luka terbakar yang disebabkan oleh bahan kimia, tuangkan air di atas kulit atau letakkan dibawah air yang mengalir. Kemudian tutupkan kawasan tersebut dengan kain yang bersih untuk mengelakkan gangguan oleh udara. *Jika luka terbakar tersebut adalah besar, tenangkan mangsa dan lakukan rawatan untuk renjatan INGAT! *Bertindak dengan segera, setiap saat boleh membawa perubahan *Jangan gerakkan mangsa yang mengalami kecederaan leher atau belakang kecuali dalam keadaan yang sangat diperlukan *Dapatkan seseorang untuk menghubungi ambulans dan doktor sewaktu anda sedang memberikan pertolongan cemas

*Jangan tarik pakaian mangsa luka terbakar *Bertenang dan tenangkan mangsa *Jangan paksa mangsa yang tidak sedarkan diri untuk mengambil sebarang cecair Kit Pertolongan Cemas ? Setiap rumah perlu memiliki satu kit bantuan kecemasan yang mudah diambil oleh orang dewasa tetapi tidak boleh dicapai dengan mudah oleh kanak-kanak. Peti tersebut mestilah teguh dan kalis air. Kit bantuan kecemasan boleh mengandungi isi kandungan yang berbeza, bergantung kepada keperluan. Kit bantuan kecemasan peribadi mestilah disimpan di kawasan yang bersih dan kering serta tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak. Isi kandungannya mestilah diperiksa dalam satu jangkamasa yang tertentu untuk memastikan ia masih ada dan lengkap, belum luput tarikh dan berada dalam keadaan baik. Satu kit yang asas mengandungi: *Krim antihistamin untuk melegakan rasa gatal *Sebatian antiseptik (untuk membersihkan luka-luka kecil) *Tablet parasetamol atau aspirin untuk sakit kepala, demam dan melegakan kesakitan ringan (aspirin tidak harus diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 16 tahun) *Pembalut luka (bandage) *Plaster (sepeket) *Pita bergam untuk membalut *Crepe bandage (untuk rawatan terseliuh) *Pembalut elastik *Pembalut tiga segi *Losyen calamine untuk ruam yang gatal *Kapas steril (1 gulung) *Pembalut luka atau dressing

*Gause parafin (untuk luka terbakar) *Gause steril *Dressing untuk luka (2 saiz) *Basuhan mata *Lampu suluh *Selimut (untuk mengekalkan kepanasan ketika kesejukan) *Hidrogen peroksida ataupun alkohol untuk disapu *Putik kapas (untuk meletakkan ubat) *Pin (untuk menetapkan bandage) *Gunting yang tajam tetapi mempunyai hujung yang tumpul (untuk kegunaan pertolongan cemas sahaja) *Penyepit yang tajam di hujung(untuk membuang selumbar)

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/02/pertolongan-cemas.html#ixzz1nJerkXjO

Susunan pangkat Unit Bantuan Sukarela

PANGKAT: BRIEGED GENERAL Jawatan: 1. Jawatankuasa UBS (kebangsaan).

PANGKAT: LT. KOLONEL Jawatan: 1. Penolong Pengarah UBS (cawangan).

PANGKAT: MEJOR Jawatan: 1. Pegawai Penjaga Belia UBS (cabang).

PANGKAT: KAPTEN Jawatan: 1. Komanden.

PANGKAT: LEFTERNEN Jawatan: 1. Timbalan Komanden.

PANGKAT: LEFTERNEN MUDA Jawatan: 1. Kuartermaster unit.

PANGKAT: STAF SARJAN Jawatan: 1. Ketua Utama Seksyen.

PANGKAT: SARJAN Jawatan: 1. Ketua Seksyen.

PANGKAT: KOPORAL Jawatan: 1. Penolong ketua seksyen.

PANGKAT: LANS KOPORAL Jawatan: 1. Dianugerahkan kepada ahli yang senior.

Susunan pangkat unit kanak-kanak

PANGKAT: BRIEGED GENERAL Jawatan: 1. Jawatankuasa belia & kanak-kanak (kebangsaan).

PANGKAT: LT. KOLONEL Jawatan: 1. Penolong Pengarah Belia & Kanak-kanak (cawangan).

PANGKAT: MEJOR Jawatan: 1. Pegawai Penjaga Kanak-kanak (cabang).

PANGKAT: KAPTEN Jawatan: 1. Guru Besar

PANGKAT: LEFTERNEN Jawatan: 1. Pegawai kanak-kanak (ketua penasihat).

PANGKAT: LEFTERNEN MUDA Jawatan:

1. Penolong pegawai kanak-kanak (penasihat & penolong ketua penasihat).

Sususan pangkat unit belia

PANGKAT: BRIEGED GENERAL Jawatan: 1. Jawatankuasa belia & kanak-kanak (kebangsaan).

PANGKAT: LT. KOLONEL Jawatan: 1. Penolong Pengarah Belia & Kanak-kanak (cawangan).

PANGKAT: MEJOR Jawatan: 1. Pegawai Penjaga Belia (cabang). 2. Pengetua (sekolah).

PANGKAT: KAPTEN Jawatan: 1. Pegawai belia (ketua penasihat).

PANGKAT: LEFTERNEN Jawatan: 1. Penolong Pegawai Belia (penolong ketua penasihat).

PANGKAT: LEFTERNEN MUDA Jawatan: 1. Penolong pegawai belia (bagi penasihat yang tidak mempunyai sijil). PANGKAT: STAF SARJAN Jawatan: 1. Ketua Utama Seksyen (pengerusi). PANGKAT: SARJAN Jawatan: 1. Ketua Seksyen. 2. Timbalan pengerusi. 3. Setiausaha. 4. Bendahari. PANGKAT: KOPORAL Jawatan: 1. Penolong ketua seksyen. 2. Ahli jawatankuasa. PANGKAT: LANS KOPORAL Jawatan: 1. Dianugerahkan kepada ahli yang senio

You might also like