You are on page 1of 7

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH PERINGKAT PKG KEMASEK TAHUN 2012.

Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tn. Hj. Sulaiman bin Mohamed, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman ke dewan. Semua hadirin diminta berdiri. Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik. Semua hadirin diminta bersedia. ( lagu dimainkan PA System ) Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Dari Johor hendak ke Pekan, Singah di Lipis membeli haruan, Semanis senyuman kami hamparkan ; Buat bingkisan salam pertemuan. Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

UCAPAN ALU-ALUAN Yang berbahagia Tn. Hj. Sulaiman bin Mohamed, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman, Yang berbahagia, En. Wan Roslan bin Wan Zaki Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Kemasek, Yang berusaha, 1. _____________________________(Guru Besar SK Kijal) 2. _____________________________(Guru Besar SK Meraga Beris) Pengerusi bersama Pengurusan Sekolah Rendah PKG Kemasek, Yang dihormati barisan pentadbir, ahli jawatankuasa Karnival Pendidikan Prasekolah PKG Kemasek, ibu bapa serta anak-anak prasekolah yang dikasihi sekalian. Selamat dating ke Majlis Perasmian Penutup Karnival Pendidikan Prasekolah PKG Kemasek Tahun 2012.

BACAAN DOA Apa diterbang di tengah lembah Tentunya kayu saya lentangkan Semoga berkat majlis disembah Bacaan doa kita dahulukan. Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput _______________ ________________________________________ untuk membacakan doa. Majlis mempersilakan . Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga kita pada hari i n i b e r j a l a n d e n g a n l a n c a r d a n diberkati oleh-NYA. InsyaAllah UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PENGURUSAN SEKOLAH RENDAH PKG KEMASEK Indah mentari terbit di kuala Tampak cahaya cerah berserakan Sebelum majlis kita bermula Ucapan alu-aluan kita dahulukan Sebagai ucapan pembuka tirai kita pada hari ini, majlis menjemput ________________________________________________________________ Pengerusi Pengurusan Sekolah Rendah PKG Kemasek untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlismempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada _____________________________ ___________________________________ atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
3

UCAPAN PERASMIAN PENUTUP Bukan rumput sebarang rumput Rumput perhiasan tepi halaman Bukan jemput sebarang jemput Jemput memohon kata perasmian. Bagi menyempurnakan majlis kita pada hari ini, majlis menjemput Tn. Hj. Sulaiman bin Mohamed, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman untuk memberi ucapan dan seterusnya mengumumkan perasmian penutup Karnival Prasekolah PKG Kemasek 2012. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn. Hj Sulaiman bin Mohamed, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman atas ucapan sebentar tadi. PERSEMBAHAN Hadirin dan hadirat sekalian Bagi menyerikan lagi majlis hari ni, marilah kita sama-sama saksikan persembahan Kalam Jamaie yang bertajuk _________________________________________. Majlis mempersilakan.. Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi. Untuk makluman semua, ,pasukan Kalam Jamaie tadi terdiri daripada _______________ _____ dan dibimbing oleh___________________________.

PENYAMPAIAN HADIAH Indah sungguh di pagi ini Berwarna-warni berseri-seri Tiba kini acara dinanti Penyampaian hadiah bermula kini Kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu upacara penyampaian hadiah kepada para peserta. Bagi menyempurnakan majlis ini dijemput En. Wan Roslan bin Wan Zaki, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kemasek mengiringi Tn Hj. Sulaiman b. Mohamed, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman untuk menyampaikan hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Bagi acara futsal. Tempat ketiga dimenangi oleh ________________________________________ Naib Johan dimenangi oleh___________________________________________ Johan disandang oleh pasukan ________________________________________ Seterusnya bagi acara senamrobik, Tempat ketiga dimenangi oleh ________________________________________ Naib Johan dimenangi oleh___________________________________________ Johan disandang oleh pasukan ________________________________________

Seterusnya bagi acara pertandingan mewarna, 20. 19. 18. 17. 16. 15. 14. 13. 12. 11. 10. 9. 8. 7. 6. 5. 4. 3. 2. 1. Bagi pertandingan Pameran Bahan Bantu Mengajar, Tempat ketiga dimenangi oleh ________________________________________ Naib Johan dimenangi oleh___________________________________________ Johan disandang oleh _______________________________________________ Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Sulaiman bin Mohamed atas kesudian beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya.
6

PERSEMBAHAN PENUTUP Tidak lengkap majlis kita pada hari ini tanpa persembahan penutup dari juara pertandingan senamrobik sempena Karnival Pendidikan Prasekolah PKG Kemasek 2012. Majlis dengan berbesar hati menjemput pasukan senamrobik _______________________________________________________ untuk membuat persembahan. DIpersilakan. PENUTUP Hadirin-hadirat yang dimuliakan, Inilah yang dikatakan, Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan, Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka berakhirlah Karnival Pendidikan Prasekolah Peringkat PKG Kemasek Tahun 2012. Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Perasmian Penutupan karnival ini. Majlis memohon kemaafan atas segala kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung. Majlis mempersilakan Yang Berusaha _____________________________________________________ dan Yang Berusaha _______________________________________ untuk mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj. Sulaiman b. Mohamed dan tetamu menikmati jamuan ringan yang disediakan. Sekian, wabillahi taufikwalhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
7

You might also like