You are on page 1of 13

PS3311P IPG KAMPUS DARUL AMAN, 06000 JITRA , KEDAH.

ARCA MOBAIL
KUMPULAN : PK(MP)/BM/PJ/PSV2- PK4 AHLI KUMPULAN: RAYMCELDRIN LEGAN ANAK RAPU, NICKLON RYMOND JOO, ILHAM AFIFI BIN AYOB, NORHAIDAH BINTI JAMAIN, NUR AZRYN BINTI MOHD DAHALAN. PENSYARAH PEMBIMBING: ENCIK NASRUL BIN SAMSUAR

PENGENALAN ARCA
Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.

KONSEP MOBAIL
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.

Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.

SEJARAH
Arca Mobail atau arca kinetik dipelopori oleh Alexander Calder (1898-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika.

Arca Kinetik ini diperkenalkan pada awal tahun 1930-an. Arca ini boleh bergerak, berputar dan berombak.

Calder telah menghasilkan monumen di tempat umum dan menjadi perangsang kepada artis seni lain untuk membuat binaan bersaiz besar.

Arca mobail yang dihasilkan oleh beliau menjadi inspirasi kepada artis lain kerana bentuk logam industri dan menampilkan pelbagai pergerakan.

Flamingo (1974)

Berada di Federal Plaza, Chicago. (Setinggi 53 kaki)

Myxomatose (1953)

Poisson Volant (1957)

Arca Kinetik Calder juga mempamerkan fenomena alam seperti kersikan daun, burung terbang dan serangga yang mengepak.

Arca stabil boleh bergerak, tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawangawang.

FUNGSI ARCA MOBAIL DALAM KEHIDUPAN


Meningkatkan nilai estetika

Aspek landskap

Menjana pemikiran yang lebih kreatif

Aspek peluang pekerjaan

Meningkatkan penghayatan dalam seni

JENIS-JENIS ARCA MOBAIL


Digantung dengan saiz yang berbeza

Digantung dengan dawai

Mengunakan bahan kayu atau board yang digantung dengan tali

Motif manusia menggunakan bahan kertas

Motif manusia menggunakan bahan kertas

ALAT DAN BAHAN DALAM ARCA MOBAIL


Arca mobail menggunakan dawai, tali, kertas, benang dan sebagainya.

Arca mobail juga boleh menggunakan


Lampu
Kuasa solar

Angin

Air

Perbezaan suhu

Graviti

Keseimbangan

Mengakibatkan berlakunya pergerakan

You might also like