You are on page 1of 4

IMPLIKASI KETIDAKWUJUDAN PERPADUAN KAUM DAN INTEGRASI NASIONAL DI MALAYSIA.

Perpaduan kaum dan integrasi nasional amat penting bagi negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum. Sejajar dengan rukun Negara yang mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama, menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak dan membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Di dalam Kamus Dewan Edisi Empat, integrasi didefinisikan sebagai penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dan lain-lain) menjadi satu kesatuan, penyatuan. Manakala nasional pula berkaitan dengan bangsa dan kebangsaan. Sehubungan itu, perpaduan pula perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dan lainlain).

Terdapat

pelbagai

masalah

yang

akan

timbul

sekiranya

berlaku

ketidakwujudan perpaduan kaum dan integrasi nasional di Malaysia. Jika hal ini berlaku, negara menjadi kacau-bilau dan huru-hara. Justeru menjadikan keselamatan dan keamanan negara akan terancam. Rakyat merupakan kelompok yang penting dalam menjamin keselamatan dan keamanan negara. Namun, berikutan masyarakat yang telah berpecah belah, Kadar jenayah di dalam Negara akan meningkat hal ini berikutan, perbalahan dan pergaduhan antara kaum akan terjadi. Masyarakat saling benci membenci dan tiada rasa kasih-sayang, tanggungjawab dan kerjasama di dalam satu komuniti. Tunjuk perasaan, perhimpunan dan aktiviti yang tidak sihat akan berterusan dan berleluasa. Berikutan itu, nyawa setiap rakyat dalam keadaan tidak selamat dan terancam. Masalah mencuri, meculik dan lain-lain akan meningkat kerana tiada sikap untuk saling bekerjasama. Contohnya, jika di dalam satu kejiranan, rumah Ali yang berbangsa melayu dimasuki pencuri, tetapi Tan yang berbangsa cina telah terlihat pencuri yang

sedang memasuki rumah Ali tidak melakukan apa-apa tindakan yang sepatutnya disebabkan mereka berlainan kaum dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab.

Justeru, ibu bapa akan sentiasa bimbang keselamatan anak-anak ekoran peningkatan kadar jenayah. Maka, sukar bagi ibu bapa membiarkan anak-anak mereka untuk pergi kemana-mana sama ada bersendirian atau bersama temanteman mereka kerana takut jika berlaku sebarang kecelakaan pada anak mereka contohnya seperti penculikkan dan rogol. Mereka juga takut anak-anak mereka terjebak di dalam perhimpunan atau tunjuk perasaan di jalanan. Malahan, ibu bapa sukar untuk membiarkan anak mereka ke sekolah kerana keselamatan di sekolah juga belum terjamin terutamanya sekolah yang mempunyai percampuran kaum. Sehubungan itu, peningkatan kadar buli di sekolah juga meningkat berikutan tiada rasa kasih sayang dan hormat-menghormati. Contohnya, Chan Yiee membuli Rahmat tetapi dilihat oleh Raju, disebabkan Rahmat bukan sebangsa dengan Raju, Raju hanya membiarkan Rahmat dibuli dan tidak melaporkan hal tersebut kepada guru. Murid-murid juga sukar untuk mendengar kata dan menghormati guru mereka. Contohnya, Siva seorang guru yang sedang mengajar di dalam kelas yang diduduki oleh murid Melayu. Disebabkan Siva berbangsa India, murid-muridnya tidak memberikan perhatian dan tidak menghormati Siva. Berikutan itu, akan

menyusahkan orang ramai terutamanya anggota keselamatan Negara kerajaan yang akan bertungkus-lumus bagi mengekalkan keselamatan.

Sehubungan itu, sikap prasangka antara kaum akan sentiasa wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Masyarakat akan sentiasa curiga dan menaruh perasaan yang kurang baik tehadap individu yang mempunyai akhlak yang buruk. Perasaan ini payah untuk dihapuskan walaupun individu berkenaan cuba untuk melupakan dan membuang tabiat buruknya. Keharmonian dalam masyarakat tidak akan wujud sekiranya sikap prasangka dan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya

mementingkan diri sendiri, membelengu diri individu. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Negara sukar untuk dibentuk menjadi negara yang mencapai perpaduan. Maka, wujudnya jurang yang semakin besar

antara kaum dan pergaduhan dalam masyarakat pasti akan terus berlaku. Ramai yang akan hilang pertimbangan terhadap setiap keputusan dan semangat perpaduan dalam masyarakat akan semakin menghilang. Gejala sosial pula akan meningkat. Contohnya akibat daripada minuman yang memabukkan akan mendatangkan kesan yang buruk seperti pergaduhan, kes kecurian, merosakkan harta benda awam dan perbuatan membunuh.

Selain itu, berikutan pelbagai masalah yang berlaku di dalam negara, ekonomi negara akan merosot. Hal ini disebabkan negara-negara luar akan kurang mengeksport barangan mereka kepada Malaysia oleh sebab berlakunya huru-hara di dalam negara. Ramai pengeksport berasa was-was untuk mengambil risiko menghadapi kerugian sekiranya berlabur dalam negara yang tidak stabil ekonominya. Maka, negara ekonomi negara akan merosot.Sehubungan itu, akan berlaku kurang persaingan yang sihat di dalam negara. Disebabkan kurang persaingan yang sengat, perniaga akan sambil lewa dalam perniagaan mereka. Mereka tiada semangat untuk berdaya saing untuk mepertingkat kualiti barangan justeru boleh mengalakkan pasaran haram seperti denyeludupan dadah, senjata api, warga asing dan lain-lain lagi.Peniaga-peniaga juga kurang aktif di dalam perniagaan mereka kemungkinan menerima ugutan atau pun, tempat mereka berniaga berhampiran dengan kawasan orang ramai berhimpun dan melakukan tunjuk perasaan. Justeru akan menyukarkan lagi hidup mereka yang berpendapatan rendah.

Sehubungan itu, pembangunan negara akan terbantut berikutan masalah perpaduan yang berlaku dan negara yang tidak lagi teratur, sedikit sebanyak akan menganggu pembangunan negara. Berikutan kekurangan modal dalam negara dan ekonomi yang tidak menentu. Berikutan daripada masalah perpecahan kaum, masalah ekonomi dan ketidakpuasan hati oleh kaum kaum tertentu, negara akan ishtihar darurat. Maka, segala urusan pembangunan yang dirancang akan tergendala.

Sehubungan itu, imej negara akan tercemar. Hal ini berkaitan, Negaranegara lain akan asyik membicarakan berkenaan negara Malaysia yang sedang dalam keadaan huru-hara sama ada di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Negara Malaysia yang dikenali sebagai negara yang mempunyai pelbagai kaum dan bersatu padu akan dikenali sebagai negara yang tidak aman dan kacau bilau berikutan banyak masalah negara sama ada dari segi ekonomi, politik ataupun sosial. Jenayah yang teruk terjadi dan berleluasa. Justeru itu, nama baik Negara Malaysia akan terjejas dan tidak lagi digelar negara yang aman damai.

Selain itu, Wawasan 2020 tidak akan tercapai berikutan masalah ekonomi dan sosial yang semakin membelenggu negara. Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan

sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga dalam bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan. Bayangkanlah bagaimana untuk kita sama-sama untuk mencapai wawasan 2020 sedangkan negara dalam keadaan huru-hara dan matlamatmatlamat di dalamnya tidak dapat dilaksanakan.

Tuntasnya, dapatlah ditunjukkan bahawa terlalu banyak kesan negetif sekiranya perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia tidak dapat di wujudkan di dalam negara Malaysia yang kaya dengan pelbagai kaum ini. Jika kita tidak

bersatu-padu, kita akan menjadi lemah seperti sebatang lidi tetapi jika kita bersepakat, kekuatan kita bak seberkas kayu lidi, teguh dan padu. Haruslah kiranya setiap rakyat mengambil tanggungjawab masing-masing bagi menperbaiki hubungan antara kaum di Malaysia dan mempereratkan hubungan yang sedia ada. Bak kata pepatah, lebih baik mencegah lebih baik dari merawat. Jangankan sudah terhantuk baru mengadah.

You might also like