You are on page 1of 4

Pengenalan etika secara umum dan secara spesifik tentang etika perniagaan.

Secara umumnya stiap perkataan yang kita gunakan hampir setiap hari mempunyai makna yang tersendiri, sebagai contoh etika. Dalam perkara ini maksud etika bukannya bermaksud secara terus tetapi makna bagi perkataan ini berasal daripada perkataan latin. Perkataan etika berasal daripada perkataan ethos dalam bahasa yunani yang bermaksud tabii atau perangai. Ia juga didefinisikan sebagai adat atau kebiasaan sesuatu kaum. Secara formal etika boleh ditakrifkan sebagai satu teori tentang perlakuan baik buruk manusia dan sejauh mana dapat ditentukan oleh akal. Dalam bahasa latin pula ,ethos disebut sebagai mores yang telah menghasilkan kata nama moral.

Manakala moral telah didefinisikan sebagai norma yang sesuai dengan konsep yang diterima umum sebagai tingkah laku manusia yang baik dan wajar. Moral dianggap sebagai sebahagian daripada etika juga. Persoalan moral adalah persoalan praktikal tetapi bukan semua persoalan praktikal itu persoalan moral. Hal yang demikian kerana moral membincangkan persoalan betul atau salah, benar atau tidak benar dan apakah yang perlu dibuat atau ditinggalkan dalan satu-satu perkara. Sekarang kita beralih kepada apa maksud etika perniagaan yang sebenarnya. Sepertimana yang kita tahu etika bermaksud tingkah laku seorang manusia secara umumnya, maksud etika perniagaan ialah pengajian yang mengandungi betul atau salah, baik atau buruk tindakna seseorang manusia tersebut dalam kontek perniagaan itu tersendiri. Velasquez(1992) telah menyatakan bahawa etika perniagaan adalah satu pengajian khusus tentang betul atau salah moral sesorang. Etika ini menekankan tentang bagaimana standard moral diaplikasikan kepada polisi perniagaan, institusi dan sikap. Perkara yang sebenarnya, etika perniagaan bukanlah satu benda yang baru. Sebelum tahun 1960-an, manusia telah membincangkan tentang etika dalam perniagaan contohnya daripada segi pemberian gaji yang adil , keadaan tempat kerja yang kondusif dan selesa ,kejujuran dalam pengiklanan dan urusan perniagaan yang lain. Para pengguna semakin sedar terhadap hak mereka dan mereka mula mengkritik peniaga kerana tidak mempunyai kesedaran sosial dan tindakan mereka yang membahayakan pengguna .Pada tahun 70-an, pergerakan etika perniagaan mula menyerlah. Perbincangan diadakan antara para peniaga ,pengguna ,tenaga akademik dari sekolah perundangan, perniagaan, falsafah dan agama. Seterusnya buku, kursus , jurnal dan pertubuhan yang berkaitan dengan etika perniagaan diperkenalkan. Sehingga kini, terdapat banyak syarikat yang mempunyai kod etika syarikat mereka sendiri, mempunyai ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab berkenaan etika dan menganjurkan program-program

yang bersangkutan dengan etika . Kerajaan juga menggubalkan undang-undang yang berkaitan dengan etika perniagaan. Sekarang kita beralih sedikit pandangan kita kepada maksud etika perniagaan dari aspek islam. Etika dari sudut islam adalah akhlak seseorang dalam melakukan sesuatu aktiviti. Set prinsip moral yang diikuti dalam akhlak adalah kaedah untuk menentukan sama ada sesuatu yang kita buat itu sama ada betul atau salah. Penilaian tersebut bukan berdasarkan nafsu ataupun keiinginan tetapi berdasarkan Al-quran dan Sunnah nabi.

Prinsip etika perniagaan


Menurut De George (1995), etika perniagaan melibatkan 5 jenis aktiviti iaitu: Pertama berkenaan dengan pemakain prinsip-prinsip asas etika kepada kes-kes tertentu atau amalan perniagaan. Disini ,etika ini menentukan sama ada sesuatu keputusan itu betul atau salah atau dapat dijustifikasikan secara moral atau tidak. Aktiviti kedua ialah metaetika. Kita mesti mengenal pasti sama ada terma moral yang biasanya digunakan untuk mengkaji individu dan tindakan mereka boleh diaplikasikan kepada organisasi perniagaan. Aktiviti ketiga ialah analisis kepada praandaian perniagaan , iaitu praandaian moral dan praandaian daripada pendapat moral. Hal ini kerana perniagaan beroperasi dalam sistem ekonomi dan salah satu daripada fungsi etika perniagaan ialah untuk mempersoalkan tentang kedudukan moral dalam sistem ekonomi. Pihak-pihak yang terlibat di dalam perniagaan kadangkala berhadapan dengan masalah yang terkeluar daripada bidang etika seperti bidang falsafah, ekonomi dan teori organisasi. Aktiviti kelima ialah penjelasan pujian moral dan tindakan contoh sama ada oleh individu atau organisasi perniagaan.

You might also like