You are on page 1of 19

JAHITAN

Lengan adalah sebahagian daripada pakaian

LENGAN

PADANAN

RATA

Lengan padanan rata atau lengan

biasa dicantum rata dengan lubang lengan bahagian tubuh. Panjang lengan adalah berdasarkan fesyen yang dipilih. Hujung lengan boleh disiapkan dengan kelepet , lapik atau kun.

Garis tengah lengan bertemu di

garis bahu. Kelim lengan bertemu di kelim rusuk baju. Lengan yang baik tergantung denagan elok.

LENGAN

BISHOP

LENGAN

GELEMBUNG

LENGAN

RAGLAN

LENGAN

MAGYAR

LENGAN

KIMONO

Jahit

dua baris jahitan mesin sederhana kasar di sepanjang kepala lengan. Baris pertama dijahit 1 mm di atas garisan pemadan. Baris kedua dijahit 1 mm dari di bawah garisan pemadan.

Temukan

garis pemadan lengan di sebelah luar fabrik. Semat, jelujur dan jahit kelim lengan. Tekan kelim dengan seterika supaya terbuka dan rata. Kemaskan hujung lengan dengan kelepet. Tetapkan kelepet dengan jahitan yang sesuai seperti jahitan sembat, silang pangkah atau jahitan mesin.

Masukkan

lengan ke lubang dengan sebelah luar lengan bertemu dengan sebelah luar pakaian.

2. Pastikan titik tengah atau garis tengah lengan bertemu dengan kelim bahu pakaian dan kelim lengan bertemu dengan kelim rusuk pakaian. Semat dengan jarum peniti.

Tarik

kedua-dua benang jahitan mesin sederhana kasar dan seratakan kepala lengan supaya dapat dipadankan dengan lubang lengan. Jelujur halus di garisan pemadan.

Bermula

2 cm sebelum kelim lengan, jahit mesin lubang lengan di garis pemadan dengan bahagian lengan di atas. Tamatkan jahitan mesin dengan menindih jahitan 2 cm selepas kelim lengan. Ini adalah untuk mengukuhkan bahagian kelim bawah lengan.

Jahit

mesin kedua-dua basi kelim 6 mm di luar garis kelim.

Trim

basi kelim rapat dengan jahitan mesin

tadi.

Kemaskan

tepi basi kelim dengan jahitan mesin pengemas tepi atau jahitan insang pari atau jahitan lilit kemas.

You might also like