You are on page 1of 6

SKRIP SEMPENA MAJLIS PERSARAAN USTAZ AMRAN B RAMLI

Bismillah.... Assalamualaikum wbt Salam ceria, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam penuh kemesraan Yang berusaha Tn Hj Mohamad b Abd Rahim, Pengetua SMK Langgar Yang Berusaha Guru guru Penolong Kanan SMK Langgar Yang dihormati En Fauzi b Mohamad Yang DiPertua PIBG SMK Langgar. Yang diraikan Ust. Amran b Ramli Guru-guru kanan, Kaunselor sekolah, guru-guru serta para pelajar yang disayangi sekalian. Alhamdulillah terus dipanjatkan, Setulus hati, seikhlas nurani, semurni jiwa, Dimunajatkan rasa syukur ke hadrat Illahi, Allah Yang Maha Agong dan Maha Tinggi, Maha Pengampun, Maha Bijaksana, Maha Pengatur dan Maha Perencana, Ke atas segala ciptaanNya di langit mahu pun di bumi. Demi kebesaran dan ketulusan rahmat yang dilimpahkan, Demi kekuatan azam dan iltizam yang dikurniakan, Beserta izin dan innayahNya jua, Didorong dan digerakkan minda serta deria rasa, Dianugerahkan aqal kita dengan kewarasan, Fizikal mapan dengan afiah kecergasan, Lantas dihimpun dan dipertemukan kita semua Bagi menjayakan kemurnian agenda Majlis Bakti dijunjung, Budi disanjung. Pihak majlis mengambil ruang seawal waktu untuk menyatakan sepenuh aprisiasi setulus hati, atas kehadiran tetamu kehormat Yang Diraikan Ust. Amran b Ramli Dan para jemputan ke majlis Bakti dijunjung, budi disanjung pada hari yang bahagia ini. Selamat datang kami alu-alukan. Terima kasih.

tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan.. Demi memberkati acara dan agenda kita, Marilah kita semua, Selaku insan kerdil sifat dan upaya, Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih, Menghimpunkan segala harapan dan hasrat, Dengan bait-bait doa serta munajat. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.. Yang Berbahagia Ust. Zambri b Ibrahim

Tampil seketika untuk memimpin pembacaan doa pembuka majlis pada pagi ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Aamin, Aamin Ya Robbal Aalamiinn.. Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara, Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan, Menambah tautan kemesraan, Serta, berpisahnya kita nanti akan diiringi dengan jutaan ketenangan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Ust Zambri b Ibrahim Atas pimpinan doa sebentar tadi.

Ucapan Wakil pelajar Bagi meneruskan acara pada hari ini dijemput saudari Hazwani b Yusof, ketua pelajar SMK Langgar untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. ** Terima kasih atas ucapan itu tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI KELAB GURU

Sayang melukut ditepi gantang Himpunan tikar padian huma Tuan dijemput sudahlah datang Berbesar hati kami menerima

Hadirin sekalian, Majlis pada pagi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ust. Ruslim b Mohd Salleh, Pengerusi Kelab Guru dan Staff SMK Langgar. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

UCAPAN YDP PIBG Terima kasih daun keladi atas ucapan itu tadi. Tanpa melenggahkan masa di jemput Yang dihormati En Fauzi b Mohd untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih kepada YDP PIBG SMK Langgar atas ucapan itu tadi.

Ucapan Pn Pengetua Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika suaranya tidak berbicara. Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan segala hormatnya mempersilakan Tn Hj Mohammad b Abd Rahim PENGETUA SMK Langgar bagi menyampaikan ucapan . DIPERSILAKAN . ** TERBANG MELAYANG SI ANAK KEDIDI,TERIMA KASIH DIUCAPKAN ATAS UCAPAN ITU TADI.

Bacaan Biodata- Pn Hamidah Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu pembacaan biodata Yang diraikan Ust Amran b Ramli. Majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan Pn Hamidah bt ismail bagi meneruskan acara. Dipersilakan. Terima kasih Pn Hamidah.

Ucapan Yang diraikan Hadirin hadirat sekalian,


Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan

Seterusnya, Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan Ust. Amran b Ramli untuk sepatah dua kata. Dipersilakan. Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Majlis penyampaian hadiah Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Ust Amran b Ramli. Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Tn Hj Mohammad b Abd Rahim, Pengetua SMK Langgar untuk mengiringi Yang Diraikan Ust Amran b Ramli untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas. Dipersilakan wakil pelajar daripada Tingkatan 1 (kita mulakan dengan 1 Ariff) Dipersilakan wakil pelajar daripada Tingkatan 2 Dipersilakan wakil daripada Tingkatan 3 Dipersilakan wakil daripada Tingkatan 4 Dipersilakan wakil daripada tingkatan 5 Majlis penyampaian hadiah diteruskan lagi dengan cenderamata dari guru-guru mengikut Bidang. Dijemput ..... Cik Hazwani bt Yusuf wakil daripada Badan Pengawas Cik wakil daripada Pusat Sumber Sekolah

En Salahuddin b Lahamin menyampaikan cenderamata wakil daripada unit Bimbingan dan Kaunseling. Pn Nasriah bt Ismail menyampaikan cenderamata daripada Koperasi Sekolah.

Hj Omar b Hj Awang

utk menyampaikan hadiah mewakili staff sokongan SMK Langgar.

Tn Hj Mohammad b Abd Rahim utk menyampaikan hadiah daripada barisan pentadbir sekolah. Seterusnya Majlis mempersilakan Yang Dihormati En. Fauzi b Mohamad untuk menyampaikan cenderamata daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Langgar.. * Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan Yang Dihormati Ust Ruslim b Mohd Salleh untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SMK Langgar. ______________________________________________________________________________ Begitulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Ust Amran yang

kita kasihi. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan beliau atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Majlis penutup Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Buat Cikgu Asri sila hayati pantun ini.

Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan Tuai padi antara nampak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan.

Terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan di setiap kesilapan dari tuturkata mahupun lakucara, jumpa lagi pada lain ketika. Sebelum bersurai, diminta pelajar lelaki untuk bersalam-salaman dengan Ustaz Amran. Kita mulakan dengan pelajar tingkatan 1. Manakala pelajar perempuan bolehlah beratur dihadapan bagi upacara send off.

You might also like