You are on page 1of 26

BAB 5: PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Susunan Oleh : PN HJH FADHILAH HJ ASPAR JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPG KTHO, BATU PAHAT

Konsep Pengurusan Persekitaran Fizikal


Faktor-faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah. Kemudahan dan peralatan sekolah merujuk kepada bangunan sekolah, kemudahankemudahan di kawasannya, meja dan kerusi, alatan serta perabot di dalam bilik darjah.

Mengikut kajian pakar-pakar penyelidikan, suasana fizikal sekolah yang kondusif menjadi faktor yang penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam sekolah. Faktor fizikal sekolah merangkumi suasana fizikal di dalam bilik darjah dan kawasan sekolah.

LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA


1. Penyusunan meja-kerusi murid mengikut kumpulan tanpa mengira jantina dan kaum. Rasional: Memudahkan interaksi di antara murid dengan murid, dan guru dengan murid. Menggalakkan pergaulan murid berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain di dalam satu kumpulan Mengelakkan kumpulan-kumpulan yang berpuak daripada kaum tertentu sahaja.

Contoh: susun atur meja-kerusi dalam bilik darjah

2. Letakkan anak-anak patung yang berpakaian mewakili pelbagai budaya di sudut seni di belakang kelas supaya murid-murid dapat mengenali budaya sesebuah kaum yang lain.
Rasional: Memberikan pendedahan kepada muridmurid terhadap warisan budaya pelbagai kaum lain Membolehkan murid-murid mengenalpasti identiti sesebuah kaum menerusi pakaian tradisional yang dipakai.

Contoh: Hiasan anak patung pelbagai budaya di belakang kelas

3. Mempamerkan beberapa contoh model mini alat-alat muzik daripada pelbagai kaum di belakang kelas.
Tujuan: Murid-murid mengetahui nama dan cara untuk menggunakan alat muzik tersebut. Murid-murid dapat mengaitkan alat muzik tersebut dengan kaum tertentu. Murid-murid dapat mengenalpasti jenis perayaan atau adat istiadat yang ada menggunakan alat muzik tersebut.

Contoh: alat muzik tradisional

4. Guru boleh memaparkan soalan dan teka

silangkata yang berkisarkan kepelbagaian etnik dan budaya di negara ini.

Tujuan: Murid-murid dapat mencuba untuk menyelesaikan soalan dan teka silangkata. Secara tidak langsung, dapat menambah ilmu pengetahuan tentang sesebuah kaum yang lain. Menggalakkan mereka berinteraksi sesama sendiri untuk menyelesaikan masalah terutamanya berinteraksi dan bersoal-jawab dengan murid daripada kaum lain.

Contoh: teka silangkata pelbagai budaya

5. Hasil-hasil seni seperti poster kanak-kanak yang memaparkan pelbagai kaum dan budaya ditampal di dinding-dinding kelas dan papan kenyataan supaya murid-murid dapat mengenali lebih banyak etnik dan budaya kaum lain di Malaysia.
Tujuan: Murid-murid dapat berbangga dengan hasil kerja sendiri yang memaparkan ilustrasi kaumnya. Dapat menceritakan perihal kaum sendiri kepada rakan-rakan yang lain terutamanya yang berlainan kaum dan budaya. Secara tidak langsung, dapat menggalakkan interaksi sesama mereka di dalam kelas.

Contoh: Poster pelbagai kaum dan budaya

6. Sediakan buku-buku cerita yang menggunakan watak kanak-kanak daripada pelbagai budaya dan kaum di ruang bacaan kelas.
Rasional: Murid-murid akan dapat mengenali dan mempelajari kebudayaan dan cara hidup kaum lain apabila membaca buku-buku cerita tersebut. Memberi kesedaran kepada murid bahawa bukan kaum mereka sahaja yang wujud di dunia ini, tetapi banyak lagi kaum lain yang ada dan mereka boleh mengenali dan berinteraksi sesama sendiri untuk mewujudkan hubungan sosial yang harmoni.

Contoh: Buku cerita kanak-kanak yang memaparkan kepelbagai kaum dan budaya

KESIMPULAN
1. Guru memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dengan menerapkan nilai-nilai keharmonian dan toleransi antara kaum dalam pengurusan persekitaran fizikal kelas. 2. Dengan susun atur fizikal kelas yang berkesan dan terancang, dapat mewujudkan perasaan kekitaan di kalangan murid-murid dan menggalakkan mereka berinteraksi dan bersosial di kalangan rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Di samping tu, ia juga menjadi faktor penting dalam meningkatkan keberkesanan P&P guru di dalam sesebuah kelas.

Rujukan
http://www.pre-kpages.com/multicultural.html http://faculty.tnstate.edu/bchristian1/amanda%2520powerpoint .ppt www.elc-marion.org/publications/2008121909142852.pdf www.personal.psu.edu/scs15/idweb/multicultural.htm http://www.highscope.org/file/NewsandInformation/ReSource Reprints/Fall/Winter2006/SupportiveSpaceMulti.pdf

You might also like