You are on page 1of 45

)8002/20-(PPAB

PELAKSANAAN WAKAF TUNAI MALAYSIA OLEH YAYASAN WAQAF MALAYSIA

TUJUAN PEMBENTANGAN
Memaklumkan mengenai latar belakang serta objektif penubuhan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan peranannya sebagai entiti wakaf kebangsaan. Memberi makluman mengenai perlaksanaan Skim Wakaf Tunai oleh YWM yang dijenamakan sebagai Wakaf Tunai Malaysia.

Mengemukakan cadangan kutipan dan promosi Wakaf Tunai Malaysia kepada peserta.

PENUBUHAN YWM
25 Mac 2006
Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal Kebangsaan (JPBK) yang telah diadakan di Kuala Terengganu telah bersetuju agar satu entiti kebangsaan bagi menguruskan hal ehwal wakaf diwujudkan.

16 Julai 2007

Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi telah bersetuju agar satu entiti wakaf peringkat kebangsaan diwujudkan dengan segera bagi menyelesaikan masalah pembangunan harta wakaf di negara ini.

Samb..

14 Februari 2008

YWM dilancarkan oleh mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

YWM dipengerusikan oleh YB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri kini dan dianggotai 18 orang ahli Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri dari pegawai kerajaan, pegawai Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan ahli korporat.

1 Jun 2008

Ketua Pegawai Eksekutif mengetuai operasi YWM.

dilantik

untuk

Samb..

25 Jun 2008

Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Bil 1/2008 telah diadakan di JAWHAR. Ahli mesyuarat bersetuju dengan pelaksanaan Skim Wakaf Tunai.

23 Julai 2008

YWM telah didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258]. Memperolehi kod potongan gaji kakitangan awam Persekutuan (No. Kod 4474) daripada Jabatan Akauntan Negara

5 Januari 2009

Membentuk satu badan nasional bagi menyatu dan menggembleng sumber-sumber wakaf Penglibatan MAIN merupakan fokus utama pada peringkat penubuhan selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf di peringkat negeri

OBJEKTIF PENUBUHAN YWM


Mengumpul dan menyatukan dana serta menggembleng sumber-sumber wakaf yang berpotensi di dalam dan luar negara agar dapat dimanfaatkan oleh umat Islam
Membangun dan memajukan aset wakaf di Malaysia melalui jalinan kerjasama dengan MAIN selaku pemegang amanah tunggal aset wakaf di Malaysia

Menjana modal melalui kaedah-kaedah kontemporari dan inovatif bagi memaksimumkan manfaat wakaf

Samb..

Membangun dan memajukan harta wakaf dan harta umat Islam bagi tujuan khairat dan amal jariah melalui pembangunan ekonomi, pendidikan, sosial dan kebajikan Menangani masalah ketidaksamaan sosio-ekonomi di kalangan umat Islam secara progresif dan produktif, khususnya bagi mengurangkan jurang kemiskinan

Menyempurnakan amanah pewakaf

MATLAMAT TERAS YWM


Mengumpul dana wakaf
Membangun & memajukan harta wakaf Membuat pelaburan yang dibenarkan oleh Syarak

Penubuhan YWM adalah untuk mencapai 5 matlamat teras berikut:

Merangka program kebajikan & sosial untuk faedah umat Islam


Mempromosi & membuat penerbitan untuk mengembangkan institusi wakaf

Pengertian Wakaf
Terjemahan

Wakaf berasal dari perkataan Arab: waqafa yang membawa maksud berhenti, menegah dan menahan.

Pengertian Wakaf
Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S.W.T.

Pengertian Wakaf
Pengertian Kontemporari Wakaf ialah penahanan harta, baik muabbad (bersifat kekal) atau muaqqat (bersifat tidak kekal) untuk dimanfaatkan harta tersebut mahupun hasilnya, secara berulang-ulang, bagi tujuan kebajikan amal jariah (Dr. Monzer Khaf, cendekiawan Islam terkenal dalam bidang wakaf).

Pengertian Kontemporari?
Dalam era moden, manfaat yang boleh disalurkan untuk kebajikan/dinikmati oleh masyarakat boleh diperolehi daripada berbagai sumber dan bentuk harta.

Harta-harta yang boleh dimanfaatkan secara berulang kali termasuk harta intelek, suratsurat berharga dan wang tunai.

Pewakaf (al-waqif) Harta yang diwakafkan (al- mawquf)


Penerima manfaat wakaf (al-mawquf alaih)

Lafaz Akad (al-sighah)

Merdeka Baligh

PEWAKAF

Berakal Berkelayakan untuk berwakaf Sukarela (tidak dipaksa untuk berwakaf)

HARTA YANG DIWAKAFKAN


Harta yang mempunyai nilai Harta yang boleh dipindah milik Harta yang boleh diambil manfaat berkekalan Harta adalah milik sempurna pewakaf

PENERIMA MANFAAT WAKAF


Penerima khusus samada seorang atau lebih Penerima tidak khusus (menentukan penerima wakaf)

LAFAZ AKAD

Akad ialah kata-kata yang boleh difahami atau tulisan untuk sesuatu tujuan wakaf. Akad adalah wajib bagi mengesahkan wakaf.

Wakaf Tunai
Wakaf tunai ialah berwakaf menggunakan wang tunai sebagai harta yang diwakafkan untuk mengumpul dana wakaf yang kemudiannya ditukar kepada harta kekal.

Harta kekal ini akan dimanfaatkan untuk kebajikan dan kepentingan masyarakat secara berulang kali/berterusan.

WAKAF WANG TUNAI

Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam.


(Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali Ke-77 yang bersidang pada 1012 April 2007 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu)

Ilustrasi Transaksi Wakaf


Pewakaf
Lafaz Akad

Mewakafkan

Harta

N a z i r

Urus & majukan harta

P e m b a n g u n a n

Penerima manfaat

Nota: Nazir ialah pemegang amanah ke atas harta wakaf, iaitu MAIN

Ilustrasi Transaksi Wakaf Tunai


Pewakaf
Lafaz Akad N a z i r A N a z i r B
P e m b a n g u n a n

Mewakafkan

Tunai

Urus & agih

Penerima manfaat

YWM ialah pemegang amanah Dana Wakaf, yang kemudiannya ditukar kepada harta wakaf kekal di bawah pemegang amanah kekal, iaitu MAIN

WAKAF TUNAI SEBAGAI INSTRUMEN UTAMA MENGUMPUL DANA WAKAF

Berwakaf dengan memberi wang tunai kepada nazir atau entiti pengurusan yang sah untuk dikumpul dan dijadikan modal bagi menukar dana kepada harta kekal atau membiayai aktiviti berkaitan wakaf

PERANAN WAKAF TUNAI DALAM KOMUNITI ISLAM

Berkembang pesat di Turki semasa zaman pemerintahan Uthmaniyyah mulai penghujung abad ke-15 hingga abad ke-18. Wujud 1,161 wakaf tunai di Istanbul (1456 hingga 1551), sementara di Busra, wujud 761 wakaf tunai dalam abad ke-18.

Berjaya meringankan perbelanjaan kerajaan dalam menyediakan kemudahan perkhidmatan pendidikan, kesihatan, perbandaran dan sebagainya kepada masyarakat dan pelengkap (complimentary) kepada usaha-usaha pembangunan oleh kerajaan.

Di Singapura, Majlis Agama Islam Singapura telah melaksanakan wakaf tunai yang mengumpul SG$6 juta setahun melalui potongan gaji bulanan warga-warga Islam (minima SG$2 hingga SG$11) dan berjaya membiayai pembangunan serta penyelenggaraan tempat-tempat beribadah Islam di Singapura.

HIKMAH WAKAF
Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) ialah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi maha mengetahui
Surah Al-Baqarah: Ayat 261

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah maha mengetahui Surah Al-Imran: Ayat 92

Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) dia akan beroleh pahala besar! Surah Al-Hadid: Ayat 11

Sabda Rasulullah S.A.W.:

Apabila mati anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang mendoakannya
Hadith Riwayat Muslim

WAKAF TUNAI MALAYSIA

Wakaf Tunai Malaysia ialah skim wakaf tunai yang dilaksanakan oleh Yayasan Waqaf Malaysia

OBJEKTIF WAKAF TUNAI MALAYSIA


Menggalakkan amalan sedekah jariah dikalangan umat Islam Sebagai alternatif untuk melaksanakan ibadah wakaf

Menzahirkan pembangunan institusi wakaf dengan lebih produktif dan berwibawa

Penggerak pembangunan sosial dan ekonomi umat Islam Meningkatkan pegangan aset umat Islam yang akan digunakan untuk kepentingan agama dan pembangunan ummah

Meluaskan saluran kebajikan dengan sistematik dan berkesan

Menyumbang kepada pembangunan harta wakaf dengan skop yang lebih luas, dinamik dan bersepadu

METODOLOGI PELAKSANAAN KUTIPAN WAKAF TUNAI MALAYSIA


KUTIPAN DANA SECARA TRADISIONAL

mendekati pewakaf secara peribadi memberi penjelasan secara individu atau taklimat berkumpulan

memperolehi persetujuan daripada pewakaf untuk menyalurkan wang tunai secara berterusan dan berkala (setiap bulan) melalui potongan gaji atau pembayaran keluar daripada akaun simpanan tunai. Kod potongan gaji = 4474

PENYALURAN MANFAAT WAKAF TUNAI MALAYSIA

Dana Terkumpul

ditukarkan

Harta Kekal

Melalui:
Pembangunan tanah wakaf sedia ada Pembelian /pembangunan aset Pembinaan bangunan seperti sekolah, kedai, pejabat Pembangunan perladangan, ternakan, dan perkilangan Pelaksanaan Wakat Tunai Malaysia ini adalah wakaf musytarak (wakaf berkelompok)

KADAR MINIMA BERWAKAF MELALUI WAKAF TUNAI MALAYSIA

Wakaf adalah sedekah jariah atau pemberian dari keikhlasan hati seorang Muslim bagi tujuan menyalurkan manfaat kepada masyarakat.

YWM mencadangkan satu kadar minima iaitu RM10.00 bagi memudahkan pelaksanaan dalam mencapai sasaran kutipan dana wakaf.

KELEBIHAN BERWAKAF
Rebet cukai pendapatan kepada pewakaf

Duniawi

Manfaat kepada umat Islam CONTOH membantu Majlis Agama Islam Pulau Pinang menyelesaikan masalah kekurangan tanah perkuburan di Jelutong, Pulau Pinang.

Ukhrawi

Ganjaran pahala berterusan selagi harta wakaf dimanfaatkan

Program Agihan Kutipan Tunai Malaysia

Wakaf

CADANGAN PENAMBAHAN TAPAK PERKUBURAN MASJID KG. JELUTONG MELALUI PENGAMBIL-ALIHAN TANAH (Melibatkan Kos RM22 juta)

CADANGAN MENYIAPKAN PEMBINAAN SEKOLAH AGAMA MAAHAD ADDINI, ALOR SETAR

CADANGAN PEMBANGUNAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA WILAYAH PERSEKUTUAN (IMTIAZ)


Sekolah berkonsepkan dwi-aliran iaitu menyeimbangkan antara aliran akademik dan agama. Keperluan yang mendesak untuk peningkatan kualiti ummah dan ada permintaan yang tinggi daripada ibu bapa. Akan memberi impak yang besar kepada masyarakat Islam di Malaysia di dalam tempoh 10 ke 15 tahun akan datang. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memberi komitmen untuk membiayai RM30 juta, masih memerlukan antara RM30 juta hingga RM40 juta lagi untuk pembangunan projek ini. Memandangkan projek ini perlu dilaksanakan dengan segera, YWM dan MAIWP bercadang untuk mengumpul dana melalui Wakaf Tunai Malaysia.

CADANGAN PEMBANGUNAN KOMPLEKS SAUDARA BARU DI MUKIM BATU, KUALA LUMPUR


Pusat penempatan dan perlindungan untuk saudara baru, sehingga mampu berdikari. Memberi perlindungan seperti tempat penginapan dan makanan supaya saudara baru tidak tertekan untuk kembali kepada agama asal. Pembangunan lengkap mengandungi fasiliti beribadah, pengajian agama serta kutub kanah ilmiah. Boleh menempatkan tempat latihan untuk mendidik atau meningkatkan pengetahuan/kemahiran dalam bidang tertentu sebagai mata pencarian baru. Tapak telah dikenal pasti, komponen pembangunan masih di peringkat perancangan.

KERJASAMA STRATEGIK YWM UNTUK MEMBANTU PENCAPAIAN QUICK WIN

Perlu melaksanakan transformasi paradigma dan perspektif mengenai amalan wakaf

WAKAF TRADISIONAL

WAKAF KOMTEMPORARI

TANAH

WANG TUNAI

PERKUBURAN, MASJID, RUMAH ANAK YATIM

KOMPLEKS PERNIAGAAN, KOMPLEKS KEDIAMAN, KOMPLEKS PENDIDIKAN

Berwakaf mengikut kemampuan. Berwakaf bagi pihak orang lain seperti ibu/bapa yang telah meninggal dunia. Selain daripada menyumbang ke arah peningkatan tahap sosio-ekonomi masyarakat Islam, ganjaran pahala yang berterusan selagi harta wakaf hasil daripada amaun yang diwakaf dimanfaatkan.

You might also like