You are on page 1of 19

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104)

GRANDMAS BOY

Laporan analisis kajian kes Grandmas Boy (Lampiran 6)

1.0Pengenalan
Bilik darjah merupakan satu tempat yang kompleks dan mempunyai banyak tuntutan (Doyle, 1986). Mengikut Richards (1990), pengurusan bilik darjah pula ditafsirkan sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Alberto dan Troutman (1986), pengurusan bilik darjah dimaksudkan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan, dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran. Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam pengurusan bilik darjah. Bagi menjalankan pengurusan bilik darjah dengan efektif, guru perlu memahami tingkah laku, personaliti, dan tabiat murid di dalam bilik darjah tersebut. Pembinaan hubungan yang baik antara guru dengan murid dan pengawasan perjalanan rutin bilik darjah supaya berjalan dengan lancar. Selain daripada itu, guru juga perlu mengetahui cara untuk mengenalpasti punca utama kepada masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah. Bagi mengenalpasti masalah murid, pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara

pelaksanaannya amat penting. Pengetahuan ini boleh dijadikan sebagai panduan dalam pengurusan bilik darjah.

2.0Latar belakang kes


Grandmas Boy bermula dengan Cikgu Helen yang menceritakan kisah seorang murid iaitu Justin yang telah baru pindah ke sekolahnya dan dimasukkan dalam kelasnya Second Grade. Sebelum kedatangan Justin, Cikgu Helen telah menggunakan teknik pengurusan tingkah laku (behaviour management technique)
YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104)

GRANDMAS BOY

bagi menguruskan kelasnya dan turut menamai kelasnya Home of The Spartan. Akan tetapi, kemasukkan Justin telah menimbulkan masalah dimana dia suka memencilkan dirinya dan tidak bercampur dengan rakan sekelasnya. Selain itu, Justin juga didapati suka menyendirikan dirinya dan selalu sahaja termenung dalam kelas. Selain daripada itu, Justin akan berpura-pura belajar apabila rakan-rakannya cuba mendekatinya dan sikap pasif-agresif serta dia juga tidak mempedulikan teguran gurunya. Pencapaiannya dalam ujian bertulis dan lisan juga kurang memuaskan. Maka, sebagai langkah mengatasi masalah Justin, Cikgu Helen telah menghubungi guru lama Justin dan mengumpul maklumat peribadinya. Dia mendapat tahu bahawa ibu bapa Justin telah bercerai dan kini dia tinggal bersama ayahnya En.Richardson dan neneknya Ann Richardson. Di sekolah tersebut Justin telah mempamerkan sikap negatif seperti mana yang telah ditunjukkan di sekolah barunya. Langkah seterusnya, guru tersebut memanggil bapa Justin dan menceritakan tentang sikap Justin semasa di kelasnya. Cikgu Helen juga ingin mendapatkan persetujuan bapa Justin untuk melibatkan anaknya dalam program home-school behavior management program. Tetapi bapanya tidak mahu bekerjasama dengan cikgu Helen kerana ikut cakap nenek Justin, Ann Richardson.

3.0Analisis watak
Cikgu Helen, Justin, En.Richardson, dan Ann Richardson memainkan peranan yang penting dalam kisah Granmas Boy. Pn. Richardson dan Cikgu Judy memainkan peranan sebagai watak sampingan dalam kisah ini. Cikgu Helen merupakan guru kelas Home of The Spartan yang selalunya mengambil berat tentang anak muridnya. Sebagai langkah mengatasi masalah muridnya Justin, Cikgu Helen telah menghubungi cikgu lama Justin,Judy bagi mendapatkan maklumat tentang pelajarnya. Cikgu Helen juga menunjukkan ciri-ciri guru yang asertif seperti yakin diri, konsisten, demokrasi, mudah didampingi dan berlaku adil terhadap setiap pelajarnya.

YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104)

GRANDMAS BOY

Seterusnya adalah Justin, anak murid Cikgu Helen yang mengalami masalah keluarga iaitu penceraian antara ibu dan bapanya. Hal ini memberikan impak yang teruk terhadap diri Justin dimana dia mula mengharapkan kasih sayang ibunya. Justin mula bersikap muram dan suka berkhayal di kelas memikirkan ibunya. Semasa melakukan kerja kumpulan Justin tidak memberi kerjasama malah dia bersikap pasif dan dia juga mula menjadi seorang pelajar yang agresif dalam kelasnya. Justin juga didapati mengendahkan kata-kata cikgunya. Perwatakan seterusnya ialah En.Richardson yang merupakan bapa Justin yang tidak memahami perasaan anaknya. Beliau selalu menyakitkan hati anaknya melalui bercakap buruk tentang ibunya setiap kali Justin bertanya mengenai ibunya. Beliau juga seorang yang tidak suka bekerjasama. Hal ini dapat dilihat melalui cara beliau respon terhadap program yang dicadangkan oleh cikgu Helen untuk mengetasi masalah yang dihadapi oleh Justin. Selain itu, beliau juga tidak mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi oleh anaknya, walaupun beliau sudah mengetahui masalah anaknya melalui cikgu Helen. Ann Richardson merupakan nenek Justin yang merupakan seorang penyibuk. Beliau suka bercampur tangan dengan hal-hal yang berkaitan dengan pihak sekolah dan cucunya. Selain daripada itu, beliau juga suka menghasut anaknya En.Richardson supaya tidak bekerjasama dengan pihak sekolah dan selalu menyakiti perasaan cucunya melalui bercakap buruk tentang ibu Justin setiap kali Justin bertanya akan ibunya. Watak sampingan pula dimainkan oleh ibu Justin iaitu Pn.Richardson, Judy selaku cikgu daripada sekolah lama dan Cindy sebagai rakan yang mendengar akan keluhan cikgu Helen.

4.0Konflik yang timbul


Konflik mula timbul apabila Justin berpindah dari satu sekolah ke sekolah ini dan memasuki kelas Helen iaitu Home of The Spartan. Justin merupakan seorang murid yang pasif dan tidak mahu bekerjasama dengan guru mahupun rakan sekelasnya. Guru kelasnya iaitu Cikgu Helen cuba berbincang dengan bapa Justin untuk

YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104)

GRANDMAS BOY

melibatkan Justin dalam program Home-School Behavior Management. Tetapi ayah Justin dan neneknya enggan bekerjasama dengan Cikgu Justin apabila beliau mencadangkan beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah Justin. Mengikut jalan kisah ini, kita akan mendapati bahawa terdapat dua punca mengapa Justin berkelakuan sedemikian, iaitu punca dalaman dan punca luaran. Punca luaran berlakunya masalah ini adalah Justin mempunyai tahap kemahiran yang berbeza berbanding dengan rakan sekelasnya yang lain. Ini menyebabkan Justin menghadapi kesukaran dan masalah untuk mengikuti sesuatu pelajaran seperti rakan sekelasnya yang lain. Justin juga enggan bekerjasama dengan cikgu Helen apabila beliau cuba berbincang dengannya untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak muridnya. Selain daripada itu, penceraian ibubapa Justin menyebabkan dia menghadapi masalah keluarga yang menyebabkan dia tidak tahu tempat untuk meluahkan perasaan dan masalahnya. Ini mengakibatkan Justin mula menunjukkan tingkahlaku yang tidak diingini di dalam bilik darjah seperti asyik termenung dan tidak mengendahkan teguran gurunya. Justin juga tidak menerima asuhan yang betul daripada keluarganya. Ini adalah kerana nenek dan ayah Justin sering memberi tanggapan dan maklumat negatif tentang Pn. Richardson iaitu ibu Justin kepada Justin. Justin yang menerima maklumat sebegini daripada ayah dan neneknya menjadi kelam-kabut dan tak tentu arah yang menyebabkan dirinya diselubungi konfik ataupun masalah dalaman. Keadaan sedemikian menjadikan Justin seorang murid yang pasif dan sekali-sekala menjadi agresif terhadap rakan sekelasnya yang cuba mendekatinya. Perasaan yang didendam oleh Justin menjadi punca dalaman dalam diri Justin. Justin menginginkan kasih sayang daripada ibunya iaitu Pn.Richardson. Justin juga mahu ibubapanya bersatu semula dan memberi Justin kasih sayang yang sepenuhnya sepertimana rakan sekelasnya yang lain. Apabila Justin mendapat tahu bahawa ayahnya enggan bersatu dengan ibunya, dia mula berasa rendah diri. Perkara ini turut mengundang kepada kelakuannya bertukar, seperti mula berkhayal, tidak mahu berinteraksi dengan rakan walaupun rakannya menjemput, tidak membuat sebarang kerja atau tugasan yang diberikan dan tidak bermotivasi.

YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104)

GRANDMAS BOY

Selain daripada itu, Justin juga tidak sedar akan realiti. Ini adalah kerana dia masih mengharapkan kasih sayang dari ibunya walaupun dia tahu ibubapanya telah bercerai dan ayahnya benci akan ibunya. Justin yang tidak sedar akan apa yang sedang berlaku disekelilingnya dan beranggapan bahawa jika dia berbuat demikian ibubapanya akan bersatu semula supaya keluarganya sempurna. Akan tetapi realitinya ialah, ibubapa Justin telah bercerai dan ibunya telah menghilangkan diri tanpa sebarang berita malah dirinya bersama ayah dan neneknya telah berpindah rumah. Keadaan ini menyebabkan dia tidak dapat tumpukan perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku tetapi asyik buat tingkah laku bermasalah seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

5.0 Objektif
Objektif yang ingin saya capai selepas menggunakan model Teori Psikologi Individu (Alderian) terhadap Justin ialah menukarkan sifatnya yang selalu bersendirian kepada seorang pelajar yang mudah didampingi oleh semua orang termasuk guru dan rakan sekelasnya. Seterusnya adalah Justin akan menjadi seorang pelajar yang peramah dimana daripada seorang pelajar yang pendiam kepada peramah. Maka, dengan ini Justin yang pendiam akan mula melibatkan diri dalam setiap aktiviti kumpulan yang dijalankan oleh gurunya bergaul dengan semua orang tanpa sebarang masalah. Objektif seterusnya adalah Justin perlu menjadi seorang pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi atau serata dengan rakan sekelasnya, supaya dia mempunyai keyakinan diri. Apabila Justin mempunyai keyakinan diri, dia akan mula melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan yang dijalankan oleh gurunya. Disamping itu, melalui model ini Justin juga akan menjadi seorang pelajar yang boleh berfikiran secara rasional dimana dia dapat memahami keadaan dirinya yang sebenar. Dia juga boleh menerima kenyataan bahawa ibu dan bapanya sudah berpisah dan ibunya tidak akan kembali lagi. Hal ini akan menyedarkan dia tentang apa yang sedang berlaku disekelilingnya. Akhirnya Justin akan cuba menyesuaikan

YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104)

GRANDMAS BOY

diri dengan keadaan sebenar dan akan meneruskan hidupnya mengikut matlamat sendiri yang ditetapkan di akhir pelaksanaan model ini.

6.0 Justifikasi model


Saya bersama ahli kumpulan saya rasa bahawa Teori Psikologi Individu (Alderian) adalah lebih sesuai digunakan bagi mengatasi dan menangani masalah Justin berbanding dengan teori-teori lain yang sedia dikemukakan. Hal ini demikian kerana, melalui penggunaan teori ini, kita dapat mengenalpasti punca Justin berkelakuan sedemikian dimana model yang lain tidak dapat kesan punca kelakuan Justin. Selain itu, teori ini juga membantu kita menyelesaikan masalah Justin tanpa melibatkan ayah dan neneknya kerana merekalah yang menjadi penghalang untuk Cikgu Helen mengambil sebarang langkah bagi menyelesaikan masalah Justin. Mengikut teori yang dikemukakan oleh Alder, setiap manusia mempunyai tugasan hidup. Diantaranya adalah kerjaya, persahabatan dan kasih sayang. Apabila seorang manusia mengalami kekurangan salah satu tugasan hidup ini, maka dia akan mengalami kompleks inferioriti. Kompleks inferioriti ini merupakan sekumpulan idea dan perasaan yang timbul sebagai respons individu berdasarkan kekurangan yang dihadapinya. Mengikut Alder, individu ini akan mengurung dan mengasingkan dirinya daripada orang lain. Individu yang mengalami kekurangan ini juga akan berusaha memotivasikan dirinya untuk mendapat penghargaan kendiri. Jika usaha ini gagal, individu berkenaan akan mengalami kompleks inferioriti. Mengikut kisah ini, watak utama kes ini iaitu Justin sedang mengalami kompleks inferioriti akibat kekurangan kasih sayang ibunya. Apabila dia bertindak untuk mencari kasih sayang ibunya, dia akan dihukum teruk oleh ayah dan neneknya. Ini mengakibatkan Justin mempunyai tingkah laku bermasalah seperti mendiamkan diri dalam bilik darjah, menjadi pasif-agresif dan tidak mahu bekerjasama.

YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104)

GRANDMAS BOY

Saya bersama ahli kumpulan saya berasa, Teori Psikologi Alder lebih sesuai berbanding dengan teori Modifikasi Tingkah Laku Skinner. Hal ini demikian kerana teori ini tidak akan kekal lama berbanding dengan teori yang dikemukakan oleh Alder. Pendekatan teori ini iaitu pengukuhan lebih kepada elemen-elemen luaran untuk mempengaruhi tingkah laku murid pada masa itu sahaja. Model ini tidak mewujudkan sebarang perubahan dari segi cara pemikiran pelajar tersebut tetapi hanya mempengaruhi tingkah lakunya buat seketika sahaja. Apabila pelajar tersebut tidak dapat sebarang rangsangan dari luaran iaitu pengukuhan, dia akan menghentikan tindakan yang ditunjukkan dan mula berkelakuan seperti biasa. Akan tetapi, Cikgu Helen telah menggunakan teori Modifikasi Tingkah Laku Skinner sebelum kedatangan Justin ke kelasnya dan dia mendapati ianya amat berkesan. Tetap, selepas pemindahan Justin ke kelasnya, Cikgu Helen tidak dapat menggunakkan teori ini untuk mengatasi masalah Justin kerana dia tidak respon kepada sebarang tindakan yang diambil oleh Cikgu Helen. Disamping itu, masalah yang dihadapi oleh Justin akan kekal buat selamalamanya sekiranya ia tidak diberi ubat dalaman dimana dia harus sedar akan realiti dan kembali ke dunia realiti. Melalui teori Modifikasi Tingkah Laku Skinner, masalah ini hanya dapat diselesaikan buat sementara waktu sahaja dan akan kembali berulang apabila pengukuhan dihentikan. Maka kesimpulannya, Teori Psikologi Individu Alder lebih sesuai digunakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh Justin kerana ia dapat membawa Justin ke dunia nyata dan dia akan sedar akan kebenarannya.

7.0 Stategi Teori Terapi Alder


Mengikut teori Psikologi Individu yang dikemukakan oleh Alder, terdapat sebanyak 12 langkah yang patut diamalkan bagi mengatasi masalah ini. Peringkat yang pertamanya ialah hubungan-empati. Mengikut peringkat ini, Cikgu Helen akan mula membina hubungan dengan Justin dengan menggunakan kemahiran empati. Ketika membina hubungan, Cikgu Helen perlu menunjukkan kefahaman, mesra,

YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104)

GRANDMAS BOY

penerimaan, perasaan empati, dan nyatakan idea yang boleh membantu Justin mengatasi konfliknya. Seterusnya, melalui soal selidik Cikgu Helen akan mengumpulkan maklumat tentang latar belakang, memori, mimpi, dan prestasi ketiga-tiga tugasan hidup Justin disamping pengaruh budaya dan agamanya. Pada akhir sesi ini, Cikgu Helen dapat membuat hipotesis mengenai perasaan inferiority, gaya hidup, logic persendirian, dan matlamat Justin berkelakuan sedemikian. Peringkat seterusnya ialah, peringkat penjelasan dimana Cikgu Helen akan menggantikan logic persendirian yang bukan rasional dengan konsep atau idea yang rasional dan logic yang boleh diteri umum. Pada peringkat ini, Cikgu Helen akan menggunakan Soalan Sokratik bagi meneroka idea dan konsep kendiri Justin . Hal ini demikian kerana, dengan ini matlamatnya yang kurang realistik akan dicabar dan demi memotivasikan Justin untuk merancang tindakan yang sesuai pada masa akan datang. Galakan akan diberikan apabila Justin memahami kebimbangannya dapat Berjaya diatasi jika sesuatu tindakan yang diambil adalah sesuai. Langkah demi langkah galakan akan diberikan untuk membina perasaan keberanian Justin dan seterusnya memperolehi keyakinan untuk mengatasi masalahnya. Seterusnya, peringkat interpretasi dan penerimaan dimana Cikgu Helen akan membantu Justin memahami bahawa adalah salah mengkritik orang lain yang menyebabkan tingkah laku agresif atau depresifnya. Justin akan dibantu untuk untuk menukarkan desakan oran lain kepada desakan dir dan bersedia untuk menghadapi situasi social yang baru. Peringkat pemahaman merupakan peringkat seterusnya yang akan

diamalkan oleh Cikgu Helen dimana Justin akan memainkan peranan untuk menginterpretasi gaya hidup dan maklumatnya, dan membincang apa yang telah mengenal pasti dengan Cikgu Helen. Mengikut teori terapi Alder, peringkat pengalaman kompensatori merupakan peringkat yang seterusnya yang sepatutnya diamalkan oleh Cikgu Helen. Cikgu Helen akan cuba untuk menangani pengalaman negatif yang diwarisi daripada keluarganya dan memupuk pengalaman yang positif. Cikgu Helen akan

YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104)

GRANDMAS BOY

menggunakan latihan imageri berpandu, main peranan, dan imageri eidetic dalam peringkat ini untuk menangani konflik Justin. Justin mungkin aka nada keraguan terhadap langkah yang diambil dalam tuju arah barunya. Pada masa ini, Cikgu Helen akan menggalakkan Justin mengikut jadual langkah tindakan untuk mengubah pendekatan kepada ketiga-tiga tugasan hidupnya iaitu kerjaya, persahabatan, dan kasih sayang. Peringkat ini dikenali sebagai peringkat tindakan bermasalah. Seterusnya, peringkat peneguhan dimana Cikgu Helen akan membantu Justin untuk membuang tindakan egosentrik dan akan menggalakkannya untuk menangani rintangan yang dielakkan dahulu. Peneguhan akan diberikan kepada Justin oleh Cikgu Helen supaya Justin mengalami pengalaman dengan perasaan positif. Peringkat seterusnya ialah peringkat perasaan komuniti dimana Justin akan menerima hakikat penerimaan komuniti yang sebenar dimana Justin akan sedar bahawa orang-orang lain benar-benar sedia untuk membantunya. Kesedaran ini akan meningkatkan penghargaan kendirinya yang akan mendorongnya untuk bekerjasama dengan ahli kumpulannya. Peringkat yang ke-11 ialah peringkat penentuan matlamat semula. Pada peringkat ini, Justin akan menetapkan matlamat ke tahap yang lebih tinggi dimana dia akan berusaha untuk mencapai matlamatnya untuk menjadi seorang manusia yang sempurna. Peringkat yang terakhirnya ialah, peringkat dimana Cikgu Helen akan menggalakkan Justin untuk memilih sesuatu cabaran baru untuk dilaksanakan diri sendiri berdasarkan kebolehannya demi meningkatkan kualiti tugasan hidup yang lebih bermakna.

YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104)

GRANDMAS BOY

8.0

Penutup

Sebagaimana pengajaran dan pembelajaran adalah penting, sebegitu juga dengan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku seseorangmurid turut memainkan peranan dalam keberkesannan sesuatu p & p. Jadi, sebagai seorang guru, beliau haruslah bijak menilai dan membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam menangani konflik yang timbul dalam kelasnya. Pengetahuan yang lluas mengenai teori-teori pengurusan masalah disiplin yang sedia ada akan membantu seseorang guru untuk mengatasi masalah yang sedia dihadapi oheh anak muridnya.

YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104)

GRANDMAS BOY

Refleksi
Laporan mengenai analisis kajian kes ini telah memberi banyak pengetahuan manfaat kepada saya. Pada mulanya, saya berasa bahawa ianya satu bebanan yang memang susah untuk saya membuat dan menyiapkan laporan ini. Saya telah mencari maklumat daripada pelbagai punca seperti dari perpustakaan, buku-buku rujukan, majalah dan juga internet. Bantuan guru pembimbing Cik. Tan Sheu Yann, juga amat membantu saya dalam menyiapkan laporan ini. Semasa saya mula dan menyiapkan kerja kursus ini saya memang sangat gembira kerana maklumat- maklumat yang saya menggunakan untuk menyiapkan laporan ini memanglah memberi manfaat kepada diri dan ilmu pengetahuan saya. Dengan bantuan kawan-kawan, saya telah berjaya menganalisis, merekod, dan mengumpul data yang harus disertakan dalam laporan ini. Apabila saya membuat tugasan ini saya mendapati bahawa diri saya dapat menambahkan lagi pengetahuan tentang apa yang dikaitkan dengan teori-teori pengurusan disiplin bilik darjah dan langkah-langkah yang disarankan bagi setiap teori. Selain itu, saya juga dapat mengetahui tentang peranan guru dalam pengurusan disiplin bilik darjah dimana masalah disiplin akan kerap wujud dalam bilik darjah dan saya selaku seorang guru perlu menanganinya dengan berkesan. Secara kesimpulanya, saya berpendapat bahawa laporan ini telah berjaya memupuk nilai-nilai positif ke dalam diri saya disamping mengukuhkan pengetahuan saya mengenai teori-teori pengurusan disiplin bilik darjah.

YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104)

GRANDMAS BOY

Lampiran

YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104)

GRANDMAS BOY

Borang kolaborasi

Bil. Tarikh Perkara

Catatan Tandatangan

YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104)

GRANDMAS BOY

IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, 27200 KUALA LIPIS, PAHANG.

TUGASAN PROJEK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN IPGM

PISMP PT SEMESTER 3 JAN 2010 (AMBILAN JAN 09)

Nama

: YOGANANTHINI RAMACHANDRAN (890619-10-5330)

PENSYARAH TARIKH SERAHAN

: Cik.TAN SHEU YANN : 19 APRIL 2010

YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104)

GRANDMAS BOY

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

:................................................

Nama Penulis : YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

Tarikh

: 19 APRIL 2010

Penghargaan

YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104)

GRANDMAS BOY

Pertama sekali saya ingin berucapkan ribuan terima kasih kepada tuhan kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik dan sempurna tanpa sebarang masalah. Saya juga sangat berterima kasih kepada pensyarah saya Cik.Tan Sheu Yann kerana beliau telah memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga tidak lupa merakamkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak menolong saya dalam menyiapakan tugasan ini. Saya mendapat banyak faedah dan iktibar semasa membuat tugasan ini kerana saya mendapat pelbagai maklumat baru tentang pengurusan disiplin bilik darjah. Diharap segala usaha yang telah diberikan akan menjadi pembelajaran

semakin berkesan dan membina bagi mencapai kejayaan pada masa yang akan datang.

HALAMAN JUDUL

YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104)

GRANDMAS BOY

TAJUK TUGASAN ANALISIS KAJIAN KES

NAMA JABATAN JABATAN ILMU PENDIDIKAN

NAMA INSTITUSI IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR

YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104)

GRANDMAS BOY

ISI KANDUNGAN

HALAMAN BERJUDUL

HALAMAN PENGAKUAN

PENGENALAN

PENGHARGAAN

ANALISIS KAJIAN KES (GRANMAS BOY-LAMPIRAN 6)

REFLEKSI

BIBLIOGRAFI

BORANG KOLABARASI

LAMPIRAN

YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (EDU 3104)

GRANDMAS BOY

Bibliografi

Choong Lean Keow, PhD. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Halizah Hamzah. (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Weinstein, C.S. & Mignano, Jr, A.J. (2007). Elementry Classroom Management: Lessons from Research and practice (4th ed). Boston: McGraw Hill. Lee Shok Mee (1994). Asas Pendidikan 2: Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Shok Mee Lee (1995). Murid dan Proses Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Ramlan hamzah & lily mastura harun PhD. (2003). Siri Pendidikan Perguruan Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan untuk Prasarjana Muda dan KPLI. Kuala Lumpur: Kumpulan budiman Sdn bhd www.searchyahoo.com / alferd alder www.searchyahoo.com /socratic questions

YOGANANTHINI RAMACHANDRAN

You might also like